Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T.

kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, maka dapatlah kita bersamasama dalam Penyampaian Sijil SSQS 2010 dan Pelancaran Pembestarian Pendidikan Sekolah-sekolah Negeri Sembilan Darul Khusus tahun 2011. Tuan-tuan dan puan-puan, Wawasan 2020 yang diperkenalkan pada tahun 1991 oleh Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, mensasarkan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendiri iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Satu rangka dasar dan pelaksanaan pembangunan terdiri daripada lima teras utama bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 yang digariskan melalui Misi Nasional (2006-2020) dengan memberi penekanan kepada pembangunan modal insan sebagai pendekatan utama bagi melonjakkan Malaysia ke status negara maju. Justeru, peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan kelima-lima teras Misi Nasional terutamanya Teras 2 dan 3 iaitu ‘Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara serta Memupuk Minda Kelas Pertama’ dan ‘Menangani Masalah Ketidaksamaan Sosioekonami Secara Membina dan Produktif’. Bagi memenuhi hasrat ini, misi utama Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Semenjak tahun 1990-an, pendidikan di Malaysia telah meningkat maju dari segi kemudahan untuk pendidikan Sains, Teknologi dan ICT. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan ICT dalam pendidikan seperti Projek Rintis Sekolah Bestari, SchoolNet, Makmal Pengkomputeran, TV Pendidikan, pembekalan kemudahan ICT untuk PPSMI, pengenalan mata pelajaran ICT, Pusat Akses Sekolah, Latihan ICT untuk guru dan Projek Pengkomputeran Pengurusan dalam Pendidikan. Sehubungan itu, pembestarian pendidikan telah diperkenalkan. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai peneraju teknologi pendidikan dan ICT telah diberi tanggungjawab dalam melaksanakan pembestarian pendidikan ini. Oleh itu, satu pelan strategik telah dirangka oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 2011 hingga 2015 bagi memastikan kelestarian pembestarian pendidikan ini. Terdapat tujuh strategik yang menjadi tumpuan iaitu:

1

1. Peningkatan infrastruktur ICT semua sekolah seluruh negara. Sepanjang RMK-10, semua sekolah telah dilengkapi dengan infrastruktur teknologi dan ICT yang sesuai bagi menampung keperluan pendidikan bestari. 2. Persekitaran pembelajaran Ubiquitous, iaitu membolehkan murid belajar di mana-mana pada bila-bila masa melalui penggunaan media komunikasi yang pelbagai. 3. Pusat Kegiatan Guru (PKG) sebagai pusat bimbingan profesional teknologi pendidikan yang menyediakan khidmat nasihat kepakaran dan kemahiran kepada semua warga pendidik. 4. Kerjasama dan kolaborasi pintar dengan semua pihak berkepentingan dalam pendidikan komunikasi bagi tujuan memajukan pendidikan di negara ini. 5. Pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui pendekatan participatory yang membolehkan para pendidik membina dan mengubahsuai bahan sumber P&P mengikut keperluan setempat dan memenuhi gaya pembelajaran murid untuk pelbagai persekitaran pembelajaran. 6. R&D teknologi pendidikan berterusan dalam teknologi pendidikan agar teknologi dan pedagogi terkini dapat disampaikan kepada pendidik dan murid di sekolah. 7. Hub ICT dan multimedia pendidikan terunggul di mana BTP menjadi hub kecemerlangan ICT dan multimedia, khidmat kepakaran dan kemahiran yang boleh dijadikan rujukan ke arah meningkatkan kualiti P&P.

Para hadirin sekalian, Kita sebagai pelaksana haruslah memberi satu respon yang positif ke arah mengimplementasikannya. Kita sebagai pengurus sekolah dan pendidik perlu peka dengan perkembangan teknologi terkini agar tidak ketinggalan dalam arus permodenan dan pembelajaran abad ke-21. Menurut Kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC), Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatkan kesedaran dan kreativiti dalam kalangan guru
2

dan murid dalam penguasaan ICT. Ini kerana Malaysia mempunyai banyak inisiatif termasuk video pendidikan melalui web, EduWeb TV, makmal komputer, pusat akses sekolah, dan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta. Hasil kajian ini telah dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran di Forum Pembelajaran dan Teknologi Baru 2010 di Pusat Persidangan Queen Elizabeth II di London. Dalam menjayakan segala perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia, tuantuan dan puan-puan bertanggungjawab memastikan warga sekolah menggunakan seoptima mungkin kemudahan ICT yang disediakan dan memberi impak dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar penyampaian maklumat lebih berkesan dan bermakna. Smart School Qualification Standards (SSQS) merupakan satu instrument bagi mengukur pencapaian sekolah dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta sistem pengurusan di sekolah. Saya mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya mencapai 5 bintang dalam penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) pada tahun 2010. Saya berharap sekolah-sekolah yang berjaya ini meneruskan lagi kecemerlangan masing-masing dalam penggunaan ICT di samping membantu sekolah lain dalam mencapai tahap 5 bintang. Saya juga berharap, lebih banyak sekolah di Negeri Sembilan mencapai tahap 5 bintang dalam penarafan SSQS pada tahun 2011. Saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dalam melaksanakan penarafan SSQS ke sekolah-sekolah selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Terima kasih juga saya ucapkan atas usaha dan komitmen pegawai-pegawai di BTPN, PPD dan PKG dalam memastikan pembestarian pendidikan dapat dilaksanakan dengan jayanya di Negeri Sembilan.

Akhir kata saya memetik kata-kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir berkaitan pembestarian yang boleh menjadi panduan kepada kita, Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives.
3

Sebelum mengakhiri ucapan pada petang ini, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan dan tahniah sekolah-sekolah penerima sijil yang telah mencapai tahap 5 bintang dalam penarafan SSQS. Seterusnya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan : Pelancaran Pembestarian Pendidikan Sekolah-sekolah Negeri Sembilan Darul Khusus 2011 dan Penyampaian Sijil SSQS 2010. Sekian, terima kasih.

4

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful