You are on page 1of 11

PENGENALAN PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN

1. PENGENALAN

Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1969, merupakan salah
satu institusi pengajian tinggi awam yang tertua di Malaysia. Pada tahun 1971, kampus induk USM
telah didirikan di Bukit Minden, lebih kurang 10km dari Bandaraya Georgetown. Suasana kampus
yang nyaman dan harmoni ini menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.

USM mempunyai tiga kampus cawangan: Kampus Kejuruteraan bertempat di Seri Ampangan,
Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Manakala Kampus Kesihatan bertempat di Kubang Kerian,
Kelantan.

Sejak ditubuhkan, USM telah diberikan mandat untuk memberi dan memajukan pengajian tinggi
dalam bidang sains dan teknologi yang meliputi Sains Tulen, Sains Gunaan, Perubatan,
Kejuruteraan, Pembangunan dan juga bidang Sains Kemasyarakatan, Kemanusiaan dan Pendidikan.
USM merupakan institusi yang menyediakan arena untuk penyelidikan, pemajuan dan penyebaran
ilmu intelek sains dan kemanusiaan.

2. MISI

Memimpin dan menginovasi untuk mencapai kecemerlangan pada peringkat antarabangsa melalui
pemajuan dan penyebaran ilmu dan kebenaran,pemupukan kualiti-kualiti yang menekankan kepada
kecemerlangan akademik dan professional, perkembangan individu yang menyeluruh dan komitmen
yang kukuh terhadap aspirasi masyarakat, aspirasi negara dan aspirasi universal.

3. UNIVERSITI DALAM TAMAN

Konsep ‘Universiti Di Dalam Taman’ yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab
di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang
segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam
penerokaan kehidupan selanjutnya. Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus
sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat
dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam
semulajadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.
Untuk menyedarkan semua pihak terhadap usaha ini, pelbagai unsur perlu diberikan perhatian.
Unsur-unsur ini adalah nisbah di dalam pemajuan tanah yang ada, keindahan flora dan fauna, tasek
dan keindahan yang berkaitan, rekabentuk dan seni bina serta amalan seluruh warga kampus. Usaha
murni ini memberikan keindahan yang tiada taranya, menggambarkan kampus yang sungguh
menarik, nyaman dan kaya dengan semangat kemanusiaannya. USM menjadi model kehidupan
universiti dalam taman yang patut dicontohi dan dicemburui. Ianya merupakan gabungan harmoni
persekitaran kampus dalam taman yang menyediakan medan wacana intelek dalam menerokai akal
budi – siapa kita, bagaimana kita mengetahui dan bagaimana kita patut meneruskan kehidupan
selanjutnya.

4. KEDUDUKAN USM

Pada masa ini Universiti Sains Malaysia mempunyai 24 buah Pusat Pengajian dan 13 buah Pusat
Kecemerlangan yang menjalankan pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran dan penyelidikan.
Sebanyak 111 program pengajian ditawarkan secara penuhmasa dan 13 program pengajian
ditawarkan secara Jarak Jauh. Pengajaran dijalankan oleh 1,205 orang staf akademik dan dibantu
oleh lebih 4,000 staf eksekutif dan sokongan. Universiti Sains Malaysia kini mempunyai populasi
pelajar sarjana, sarjana muda sepenuh masa dan separuh masa sebanyak 27,981 orang.

5. PUSAT-PUSAT PENGAJIAN DI USM


5.1. Kampus Induk USM, Pulau Pinang
1
a. Pusat Pengajian Pengurusan
b. Pusat Pengajian Sains Komputer
c. Pusat Pengajian Komunikasi
d. Pusat Pengajian Seni
e. Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
f. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
g. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
h. Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan
i. Pusat Pengajian Teknologi Industri
j. Pusat Pengajian Sains Farmasi
k. Pusat Pengajian Sains Kajihayat
l. Pusat Pengajian Sains Kimia
m. Pusat Pengajian Sains Fizik
n. Pusat Pengajian Sains Matematik
o. Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

5.2. Kampus Kejuruteraan Sri Ampangan, Nibong Tebal, Pulau Pinang


a. Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
b. Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
c. Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa
d. Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik
e. Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
f. Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral

5.3. Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan

a. Pusat Pengajian Sains Kesihatan


b. Pusat Pengajian Sains Perubatan
c. Pusat Pengajian Sains Pergigian

6. PUSAT PENYELIDIKAN DAN KECEMERLANGAN

6.1. Pusat Bahasa dan Terjemahan


6.2. Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi
6.3. Pusat Penyelidikan Dasar
6.4. Pusat Kawalan Doping Negara
6.5. Pusat Racun Negara
6.6. Pusat Pengajian Samudera dan Pantai
6.7. Pusat Penyelidikan Arkeologi Negara
6.8. Pusat Penyelidikan Dasar dan Ubatan
6.9. Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Pendamaian
6.10. Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Wanita

2
6.11. Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar
6.12. Institut Perubatan dan Pergigian
6.13. Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara

7. USM PILIHAN UTAMA

7.1 Diiktiraf sebagai “Universiti Penyelidikan’ yang sentiasa menggalakkan aktiviti kajian dan
penyelidikan.
7.2 Hasil penyelidikan USM terbukti bertaraf internasional dengan kemenangan pelbagai
anugerah di pertandingan penyelidikan antarabangsa.
7.3. Suasana kampus yang harmoni, kondusif yang mengamalkan konsep ‘Universiti dalam
Taman’ dan Kampus Sejahtera.
7.4. Program-program pengajian multi-disiplin yang diiktiraf dunia.
7.5 Interaksi rapat antara pusat pengajian dan industrialis serta syarikat-syarikat korporat telah
mendedahkan para pelajar tentang perkembangan terkini yang berkaitan dengan bidang
pelajaran mereka.

8. PENCAPAIAN USM

Keunggulan USM dalam bidang penyelidikan di iktiraf dunia melalui penganugerahan projek-projek
penyelidikan di luar negara. Eksplorasi para saintis kita ke benua Antartika turut mengukuhkan lagi
persepsi mata dunia terhadap tahap dan mutu penyelidikan di USM. Telah berjaya merangkul
pelbagai anugerah kecemerlangan di symposium penyelidikan dalam dan luar negara antaranya;

8.1. Ekspo Sains & Teknologi di Malaysia


8.2. ITEX Malaysia, MOSTE di Malaysia
8.3. Seoul International Inventation di Korea Selatan
8.4. International News Product Exposition (INPEX) di Amerika Syarikat
8.5. International New Products Exposition (INPEX) di Geneva
8.6. Penemuan ‘Perak Man’ di Kota Tampan, Perak oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi USM
merupakan eksplorasi persejarahan yang paling bernilai di Asia Tenggara.
8.7. Ekspedisi sekumpulan saintis USM ke benua Antartika merupakan antara eksplorasi sains
yang terulung di Malaysia dan dunia.
8.8. Sehingga 2004, USM telah berjaya menghasilkan seramai 60,000 graduan sarjana muda dan
7,000 graduan sarjana.

9. KEMUDAHAN AWAM DI USM

9.1. Kemudahan Bank


a. Bank Simpanan Nasional
b. Bank Bumiputra Commerce
c. Bank Islam Berhad (Perbankan Elektronik)
d. Bank Muamalat
9.2. Kemudahan Kedai
a. Kedai Mahasiswa
b. Kedai Buku
c. Kedai Farmasi
9.3. Kafetaria
3
9.4. Masjid
9.5. Pusat Kesihatan
9.6. Rumah Tetamu
9.7. Kemudahan-kemudahan Sukan
a. Stadium Hoki
b. Stadium Bolasepak & Olahraga
c. Kolam Renang
d. Kompleks Sukan
 Badminton  Squash  Gymnasium
e. Padang Golf
f. Tenis
g. Bola jaring
h. Bola keranjang

10. MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut tentang Kemasukan, sila hubungi :-

Puan Mazula Sabudin


Ketua Penolong Pendaftar
Unit Kemasukan & Pengambilan
Aras 2, Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang.
Tel: 04-6532688, 6533059, 6533072, 6533073, 6533141, 6533327, 6533329, 6533478,
6533196
Faks: 04-6533328
email: admissions@notes.usm.my
email: mazula@notes.usm.my

Laman Web: http://registry.usm.my/portal/reg/bpa/kemasukan.htm


Laman Web: http://www.usm.my

11. PUSAT PENGAJIAN SAINS KESIHATAN

Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia telah ditubuhkan pada 1 November
1999 sebagai usaha mengembangkan Sains Kesihatan secara menyeluruh dan merangkumi bidang
seperti Bioperubatan, Dietetik, Kejururawatan, Sains Forensik, Sinaran Perubatan, Audologi,
Patologi Pertuturan serta Sains Senaman dan Sukan. Siswazah pertama dianugerahkan Ijazah
Sarjana Muda Sains Kesihatan pada tahun 2003. Tujuan utama penubuhan Pusat Pengajian Sains
Kesihatan adalah untuk membantu negara memenuhi keperluan gunatenaga manusia dalam
bidang-bidang kesihatan dan para-perubatan yang belum mencukupi.

12. PENGENALAN PROGRAM

Program Diploma Kejururawatan merupakan salah satu pengajian yang mula ditawarkan oleh
Pusat Pengajian Sains Kesihatan untuk sesi 2007/2008. Program ini ditawarkan berikutan
implikasi daripada perkembangan pesat teknologi perubatan, pertambahan hospital kerajaan dan
swasta, di mana permintaan terhadap keperluan jururawat meningkat pada tahap yang kritikal.
Kekurangan bilangan jururawat ini memberi kesan terhadap kualiti perkhidmatan kesihatan.

4
Program Diploma Kejururawatan memerlukan 3 tahun pengajian yang merangkumi teori dan
komponen latihan kemahiran kejururawatan. Program ini mengandungi aspek-aspek sains biologi,
sains tingkahlaku, sains kejururawatan dan kemahiran teknikal. Pelajar perlu mengumpul 98 kredit
unit untuk berijazah.

12.1 MATLAMAT PENGAJIAN PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN

Bagi melahirkan graduan kejururawatan yang mempunyai ilmu akademik yang tinggi juga
kemahiran klinikal yang mantap demi mencapai aspirasi negara untuk masyarakat yang
sihat.

Objektif program adalah:

 menampung keperluan gunatenaga jururawat yang belum mencukupi dalam negara

 melahirkan jururawat terlatih yang mampu memberi perkhidmatan yang cekap dan
berkesan kepada individu dan juga masyarakat

 menyediakan pendidikan asas kejururawatan sejajar dengan keperluan semasa yang


membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah

12.2 PROGRAM KURSUS

Kursus Teras

DGN 101/2 - Kejururawatan Profesional I


DGN 102/3 - Kemahiran Kejururawatan (Aktiviti Kehidupan Harian)
DGN 103/2 - Kejururawatan Profesional II
DGN 104/2 - Komunikasi Kesihatan
DGN 105/3 - Sosiologi Kesihatan
DGN 106/2 - Biologi untuk Kejururawatan
DGN 107/3 - Praktikum Kejururawatan I
DGN 108/3 - Penilaian Kesihatan
DGN 109/3 - Intervensi Terapeutik
DGN 110/2 - Perawatan Perubatan-Surgeri I
DGN 111/2 - Biologi Manusia I
DGN 112/3 - Praktikum Kejururawatan II

Kursus Teras

DGN 201/3 - Perawatan Perubatan-Surgeri II


DGN 202/2 - Biologi Manusia II
DGN 203/3 - Psikologi Kejururawatan
DGN 204/3 - Praktikum Kejururawatan III
DGN 205/3 - Perawatan Perubatan-Surgeri III
DGN 206/2 - Perawatan Psikiatrik
DGN 207/2 - Biologi Manusia III
DGN 208/3 - Praktikum Kejururawatan IV
DGN 301/3 - Kejururawatan Profesional III
DGN 302/2 - Perawatan Ibu dan Bayi
DGN 303/3 - Perawatan Perubatan-Surgeri IV
DGN 304/7 - Praktikum Kejururawatan V
DGN 305/2 - Kejururawatan Profesional IV
DGN 306/3 - Perawatan Neonat dan Pediatrik
DGN 307/2 - Perawatan Ginekologi
DGN 308/3 - Perawatan Komuniti
DGN 309/7 - Praktikum Kejururawatan VI
5
(Keperluan penganugerahan Diploma Kejururawatan ialah 98 unit)

12.3 SINOPSIS KURSUS

DGN 101 - Kejururawatan Profesional I

Merupakan pengenalan tentang sejarah kejururawatan, perkembangan profesion


kejururawatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, sistem penjagaan kesihatan di
Malaysia dan skim insuran kesihatan. Kursus ini juga memberi pengenalan kepada konsep
asas dan amalan serta peranan seorang jururawat.

DGN 102 – Kemahiran Kejururawatan: Aktiviti Hidup Harian

Kursus ini merangkumi komponen teori dan amali asas kejururawatan. Ia dibentuk untuk
menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran kejururawatan asas sebagai tapak
permulaan kukuh sebagai jururawat. Pelajar akan didedahkan dengan aktiviti hidup harian
merangkumi keperluan asas manusia seperti bernafas, makan dan minum, tidur dan rehat,
persekitaran yang selamat, mobilisasi, kebersihan diri dan perkumuhan berdasarkan
keperluan asas Virginia Henderson.

DGN 103 - Kejururawatan Profesional II

Memberi pengenalan tentang isu undang-undang dan etika dalam amalan kejururawatan.
Penekanan juga diberikan kepada penggunaan proses kejururawatan bagi memenuhi
keperluan pesakit.

DGN 104 - Komunikasi Kesihatan

Memperkenalkan teori dan kemahiran berkomunikasi secara interpersonal, kumpulan dan


masyarakat amnya. Pelajar mengambil bahagian dalam pembentangan kertas kerja/tugasan
supaya mereka lebih yakin untuk berinteraksi.

DGN 105 - Sosiologi Kejururawatan

Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar tentang peranan sosiologi dalam
penjagaan kesihatan serta kesan dan pengaruhnya kepada tingkah laku dan tindakbalas
terhadap penyakit atau gangguan kesihatan .

DGN 106 - Biologi Kejururawatan

Membincangkan aspek-aspek penting biokimia asas, fungsi dan kepentingannya dalam


tubuh. Perbincangan juga merangkumi prinsip asas mikrobiologi, parasitologi dan
imunologi dan kesannya ke atas tubuh manusia.

DGN 107 - Praktikum Kejururawatan I

Kursus praktikum ini meliputi konsep asas kemahiran dan teori kejururawatan seperti
keperluan asas Virginia Henderson, kemahiran komunikasi yang dipelajari semasa dalam
makmal kejururawatan. Pelajar dijangka membangunkan kemahiran mereka semasa
penempatan klinikal.

DGN 108 - Penilaian Kesihatan

Kursus teori beramali ini memberi tumpuan kepada aspek amali asas kejururawatan
termasuk proses kejururawatan, objektif dan kaedah penilaian kesihatan, pengambilan

6
sejarah pesakit, kaedah melakukan pemeriksaan klinikal, menilai dan mentafsir tanda dan
gejala penyakit.

DGN 109 - Intervensi Terapeutik

Tujuan kursus ini adalah memberi pengetahuan kepada pelajar berkaitan intervensi
terapeutik. Ini amat penting semasa mengurus pesakit di wad. Pelajar akan mempelajari
konsep dan teknik aseptik, penjagaan luka, farmakokinetik, farmakodinamik, interaksi ubat,
administrasi ubat berdasarkan konsep 6R, dan kepentingan aspek diet terapeutik,
pengurusan sakit, teknik kaunseling serta pengenalan kepada teknik alternatif dalam
penjagaan pesakit.

DGN 110 - Perawatan Perubatan-Surgeri I

Merupakan pengenalan kepada kejururawatan klinikal di hospital iaitu kejururawatan


perubatan-surgeri. Penekanan adalah dari segi peranan dan tanggungjawab jururawat dalam
pengurusan pesakit.

DGN 111 - Biologi Manusia I

Membincangkan struktur dan fisiologi sistem gastrousus, renal, urologi, respiratori dan
kardiovaskular. Kursus ini akan menjadi pengetahuan pre rekuisit kepada Perawatan
Perubatan-Sugeri.

DGN 112 - Praktikum Kejururawatan II

Praktikum ini meliputi konsep asas kemahiran dan teori kejururawatan perubatan dan
surgeri seperti perawatan peri-operatif, penafsiran fizikal dan proses kejururawatan serta
pesakit yang dipelajari semasa dalam makmal kejururawatan. Pelajar dijangka
membangunkan kemahiran mereka semasa penempatan klinikal.

DGN 201 - Perawatan Perubatan–Surgeri II

Kursus ini memberi pengenalan kepada konsep asas dan amalan kejururawatan. Penekanan
diberi kepada penggunaan proses kejururawatan bagi memenuhi keperluan pesakit.

DGN 202 - Biologi Manusia II

Membincangkan aspek-aspek penting struktur sistem endokrin, imun, limfatik, darah dan
homeostasis badan. Kursus ini akan menjadi pengetahuan pre rekuisit kepada Perawatan
Perubatan-Sugeri.

DGN 203 - Psikologi Kejururawatan

Untuk membina pemahaman konsep serta teori penting dalam sains tingkahlaku dan proses
mental. Ia juga menjelaskan perkaitan sosial saraf/biologi dan tingkahlaku serta proses
mental (contohnya: pembelajaran, persepsi, sosialiti, kognitif dan psikopatologi). Penekanan
juga diberi kepada prinsip psikologi perkembangan (contohnya: peringkat perinatal hingga
ke usia tua dan pengaruh persekitaran seperti sosial, fizikal, sosialiti, sosial dan kognitif).

DGN 204 - Praktikum Kejururawatan III

Praktikum ini meliputi perkembangan kemahiran kejururawatan mengikut masalah


berkaitan dengan sistem urinari, gastrousus, respiratori dan kardiovaskular.

7
DGN 205 - Perawatan Perubatan-Surgeri III

Kursus ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu masalah endokrin, imunologi, onkologi
dan hematologi. Ia memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengurusan perawatan yang
holistik terhadap pesakit dengan masalah endokrin, imunologi, onkologi dan hematologi
yang memerlukan rawatan pengubatan dan pembedahan. Untuk setiap bahagian pelajar akan
didedahkan dengan pengetahuan yang diperlukan untuk diaplikasi semasa melakukan
pengurusan perawatan kepada masalah tersebut.

DGN 206 - Perawatan Psikiatrik


Mendedahkan pelajar kepada penyakit mental dan pengkelasan klinikal. Pelajar akan
memahami faktor penyebab dan pencetus penyakit serta masalah kesihatan mental juga
penjelasan tentang isu legal dan etika berkaitan dengan penyakit mental secara umum.
Pelajar akan didedahkan kepada perkhidmatan penyakit mental di Malaysia; hospital dan
komuniti, peranan jururawat dan ahli kumpulan kesihatan mental serta pengurusan dan
perawatan pesakit dengan masalah mental.

DGN 207 - Biologi Manusia III

Kursus ini membincangkan aspek-aspek penting struktur sistem saraf, telinga, hidung dan
leher, mata, kulit, otot dan sistem reproduktif. Kursus ini akan menjadi pengetahuan pre
rekuisit kepada Perawatan Perubatan-Sugeri.

DGN 208 - Praktikum Kejururawatan IV

Mengaplikasi kemahiran kejururawatan mengikut masalah endokrin, imunologi, onkologi,


hematologi serta psikiatrik. Pelajar dijangka membangunkan kemahiran semasa penempatan
klinikal.

DGN 301- Kejururawatan Profesional lll

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang teori, prinsip dan penilaian kaedah pengurusan
dan pendidikan, serta aspek dan prinsip etika dalam pengurusan kejururawatan pelbagai
disiplin pesakit di hospital dan komuniti. Latihan amali akan mendedahkan pelajar kepada
kemahiran merancang, mengurus pentadbiran wad serta amalan etika yang berkaitan.

DGN 302 - Perawatan Ibu dan Bayi

Memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai perawatan ibu dan anak, jagaan ibu
mengandung sehingga kelahiran. Pelajar juga mempelajari aspek pengurusan neonat yang
baru lahir dan jagaan pos natal serta puerperium dan kepentingan pendidikan kesihatan.

DGN 303 - Perawatan Perubatan–Surgeri lV

Kursus ini memberi fokus kepada pengurusan perubatan dan surgeri serta pengurusan
perawatan holistik pesakit yang mengalami masalah neurologi, deria khusus, kulit dan
disfungsi otot skeletal. Penekanan diberikan pada aspek etiologi, patofisiologi, manifestasi
klinikal, rawatan perubatan, pembedahan dan komplikasi serta pengurusan perawatan
holistik. Pengetahuan teori yang dipelajari seterusnya akan diaplikasikan semasa
menguruskan pesakit di penempatan klinikal.

DGN 304 - Praktikum Kejururawatan V

Praktikum ini meliputi konsep asas kemahiran dan teori kejururawatan obstetrik dan bayi
baru lahir serta orthopedik, neurologi, oftalmologi, telinga & tekak. Pelajar dijangka
membangunkan kemahiran mereka semasa di penempatan klinikal.
8
DGN 305 - Kejururawatan Profesional lV

Modul ini membincangkan aspek-aspek penyelidikan kejururawatan, proses penyelidikan,


isu etika penyelidikan, penggunaan statistik dalam penyelidikan kejururawatan dan
penggunaan teknologi maklumat yang bersesuaian.

DGN 306 - Perawatan Neonat dan Pediatrik

Membincangkan pengurusan kejururawatan kepada pesakit neonat dan kanak-kanak. Isi


kandungan kursus ini merangkumi aspek pengurusan medikal, surgeri, kajian diagnostik,
komplikasi dan kejururawatan secara holistik. Kemahiran klinikal kejururawatan akan diberi
melalui sesi amali di makmal kejururawatan dan praktikal di kawasan klinikal.

DGN 307 - Perawatan Ginekologi

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan pesakit
dengan masalah seks dan pembiakan.

DGN 308 - Perawatan Komuniti

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pengurusan kejururawatan berkaitan dengan


keluarga dan masyarakat. Kemahiran klinikal akan dibina melalui sesi praktikum di
komuniti.

DGN 309 - Praktikum Kejururawatan Vl

Praktikum ini meliputi konsep asas kemahiran dan teori kejururawatan serta kemahiran
spesifik ginekologi, neonatal, pediatrik, unit kritikal, dewan bedah dan perawatan komuniti.
Pelajar dijangka membangunkan kemahiran mereka semasa penempatan klinikal.

13. YURAN PENGAJIAN

13.1 Yuran Tidak Berulang


Yuran Tidak Berulang hanya perlu dibayar sekali sahaja iaitu pada tahun pertama pengajian.
(RM)
Penginapan Minggu Suaikenal 30.00
Pendaftaran 100.00
Suaikenal 100.00
Yuran Pemeriksaan Kesihatan 50.00
Kad Pintar Pelajar 60.00
Kegiatan Pemajuan Pelajar 200.00
Alumni 100.00

9
JUMLAH 640.00

13.2 Yuran Berulang


Yuran berulang perlu dibayar setiap semester pengajian (kecuali yuran kesihatan yang
dibayar setahun sekali). Yuran Desasiswa hanya dibayar sekiranya pelajar menginap di
Desasiswa. Walau bagaimanapun, pelajar adalah diwajibkan tinggal di desasiswa.

Yuran Pengajian 400.00


Yuran Kesihatan Pelajar 30.00
Tabung Kebajikan Pelajar 10.00
Yuran Perpustakaan 25.00
Aktiviti Desasiswa 10.00
Yuran Penginapan Desasiswa 292.60
JUMLAH 767.60
JUMLAH BESAR 1407.60

13.3 ELAUN (bagi calon yang ditaja oleh USM sahaja)

Elaun Sara Hidup : RM600.21 sebulan


Elaun Buku : RM250.00 setahun
Elaun Kertas Projek : RM 90.00 setahun
Elaun Alat Perkakas : RM 25.00 sepanjang pengajian
Subsidi Pakaian Seragam : RM195.00 setahun

13.4 Kadar Yuran adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak Universiti bila perlu.

14. SENARAI SEMAK PERMOHONAN

14.1 Sila semak dan pastikan maklumat-maklumat berikut disertakan bersama-sama dengan
Borang Permohonan anda:-

a. Salinan-salinan Sijil yang telah disahkan.

b. Bayaran memproses permohonan kiriman Wang Pos Malaysia sebanyak RM60.00 atas
nama “UNIVERSITI SAINS MALAYSIA”.
c. Surat persetujuan Majikan (jika berkaitan)

14.2 Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar kepada:


Unit Kemasukan & Pengambilan
Aras 2, Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang

14.3 TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 MAC 2007

14.4 KEMASUKAN: 1 JULAI 2007

14.5 Borang permohonan yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses.

14.6 UNTUK KETERANGAN LANJUT, sila hubungi :

10
TALIAN: 04- 6532688/6533059/6533072 /6533073 /6533141/
6533327/6533478/6533198

FAKSIMILI: 04- 6533328, WEBSITE: http://www.usm.my


E-MEL: admissions@notes.usm.my, mazula@notes.usm.my

11

You might also like