P. 1
IPTB - Ilmu Pendidikan - Jenis-jenis pembelajaran

IPTB - Ilmu Pendidikan - Jenis-jenis pembelajaran

4.82

|Views: 4,510|Likes:
Published by kizzoie
Institut Perguruan Tuanku Bainu
Institut Perguruan Tuanku Bainu

More info:

Published by: kizzoie on Aug 21, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

Jenis-jenis Pembelajaran

1. Pembelajaran Formal 2. Pembelajaran Informal 3. Pembelajaran Non-formal Pembelajaran Formal 1. Dijalankan oleh institusi seperti sekolah, IPG dan universiti. 2. Pendidikan yang diterima secara langsung. 3. Ciri-ciri pendidikan formal:• Pembelajaran secara langsung dan dikendalikan oleh sesuatu institusi bertauliah dan dilembagakan. • Berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum yang sudah digubal KPM dan dilembagakan. • Diwajibkan kepada semua kanak-kanak biasa dari 7 hingga 13 tahun, melanjutkan pelajaran selama 5 tahun dan seterusnya ke IPG dan universiti. • Pembelajaran formal biasanya dilaksanakan di dalam bangunan yang siap prasarananya seperti bilik darjah – kerusi meja, makmal, komputer, pusat sumber dan lain-lain. • Pembelajaran formal perlu dilaksanakan oleh guru-guru terlatih dan betauliah. • Pembelajaran formal melibatkan penilaian pada tiap-tiap tahap yang dilalui, penilaian dalam bentuk formatif dan sumatif. • Pembelajaran formal menekankan secara langsung pendidikan empat bidang penting iaitu melibatkan aspek kognitif, afektif, rohani dan psikomotor. Pembelajaran Informal 1. Perlakuan belajar yang terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar. 2. Pelajar dapat pengetahuan daripada didikan dan asuhan ibubapa di rumah, pergaulan dengan rakan-rakan, menghadiri seminar, menonton tv, mendengar radio dan lain-lain. 3. Ciri-ciri pembelajaran informal:• Diterima secara tak langsung tanpa berasaskan sebarang sukatan pelajaran. • Diserap secara tidak sedar dari persekitaran melalui pemerhatian, perbualan dan pengalaman.


• •

Pembelajaran informal adalah proses pembelajaran yang berterusan dan berlaku sepanjang hayat. Pembelajaran informal berlaku setiap masa tanpa melibatkan masa dan tempat tertentu. Pembelajaran informal tidak menetapkan isi pelajaran atau bahan-bahan pelajaran yang perlu dikuasai.

Pembelajaran Nonformal

1. Pembelajaran nonformal diadakan bagi melengkapkan lagi hasil pembelajaran yang diperolehi melalui sistem formal. Biasanya pembelajaran seperti ini juga memerlukan perancangan secara teliti dan pengendalian yang dilakukan oleh pendidik dan pakar-pakar tertentu. 2. Ciri-ciri pembelajaran nonformal:• • Sesebuah institusi akan mengadakan kursus pendek, majlis-majlis ceramah secara formal, forum, bengkel dan sebagainya. Pembelajaran nonformal berlaku apabila ada keperluan menambah dan mempertingkatkan kepakaran pelajar dalam bidang tertentu. Kursus-kursus ini mungkin melibatkan beberapa jam sehari atau beberapa hari. Biasanya bayaran minimum akan dikenakan kepada pelajar sebagai bayaran sagu hati kepada penceramah dan perbelanjaan makan dan minum. Tempat-tempat formal seperti dewan sekolah, bilik-bilik darjah, pusat-pusat latihan dan lain-lain digunakan untuk kursus atau pembelajaran nonformal. Kandungan kursus bagi pembelajaran nonformal biasanya lebih mendalam, ada kesinambungan daripada pembelajaran formal. Melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang, pelajar mendapat penjelasan yang lebih baik dalam menambah ilmu dan kepakaran.


• • • •

Proses Pembelajaran 1. Proses pembelajaran berlaku apabila seseorang itu terdedah dengan persekitaran. Ia bermula dari rangsangan yang diterima melalui pancaindera. 2. Rangsangan ini dibawa ke otak untuk diberi makna dan disimpan dalam ingatan sebagai pengalaman. 3. Apabila pengalaman ini digunakan semula dalam bentuk yang baru, ia dianggap sebagai perubahan tingkah laku iaitu pembelajaran. Proses Pembelajaran : 8 Fasa (Gagne, 1988) 1. Proses pembelajaran melibatkan pelbagai fasa. Setiap individu akan melalui fasa tersebut secara disedari atau tidak disedari. 2. Gagne telah menghuraikan proses pembelajaran melibatkan 8 fasa:• Fasa motivasi – pelajar akan menerima rangsangan daripada persekitaran. • Fasa kefahaman – melibatkan proses persepsi dan penanggapan. Rangsangan yang sesuai dan memberi makna dipilih oleh organ deria.

.Fasa pemerolehan – rangsangan dibawa ke otak untuk diberi makna dan diterima.

• • • • •

Fasa penyimpanan – fakta atau pengalaman akan disimpan dalam ingatan deria, ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang. Ini menghasilkan pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan. Fasa mengingat semula – fakta atau pengalaman yang disimpan perlu dikeluarkan semula untuk digunakan. Contohnya, apabila hendak menelefon kawan, kita perlu ingat semula nombor telefonnya. Fasa generalisasi – dalam fasa ini seseorang mengingat semula fakta atau pengalaman untuk diamalkan dalam suatu situasi baru yang sesuai dan sepadan. Fasa prestasi – seseorang mendapat maklum balas orang lain mengenai tingkah lakunya. Fasa maklum balas – seseorang mendapat peneguhan mengenai perlakuannya. Maklum balas ini penting bagi menentukan sejauh mana seseorang dapat mengamalkan fakta atau kemahiran yang diperolehinya.

Faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran Kesediaan Pembelajaran 1. Kesediaan pembelajaran sangat penting bagi memastikan kanak-kanak memperolehi faedah daripada apa yang dipelajari. Ini bermakna kanak-kanak tidak dapat memahami sesuatu konsep apabila tahap pemikirannya belum sampai ke tahap itu. 2. Kesediaan belajar meliputi mental, kanak-kanak juga perlu ada kesediaan psikomotor dan afektif sebelum menerima pembelajaran bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan. 3. Kesediaan adalah tahap seseorang itu mampu untuk mempelajari kemahiran baru. Ia adalah satu keadaan yang penting kerana ia menentukan kepuasan atau kekecewaan pelajar. Sekiranya seorang kanak-kanak bersedia untuk bermain jengkek, ia mestilah telah boleh melompat-lompat atas satu kaki. 4. Piaget mengemukakan teori perkembangan kognitif yang boleh dijadikan panduan apabila merancang objektif dan aktiviti pembelajaran. Piaget membahagikan tahap perkembangan kognitif kepada empat peringkat:• • • • peringkat deria motor (0 – 2 tahun) peringkat pra operasi (2 – 7 tahun) peringkat operasi konkrit (7 – 11 tahun) peringkat operasi formal (12 tahun ke atas)

Peringkat deria motor – pembelajaran pada tahap ini bermula dengan pembelajaran motor atau pantulan seperti tingkah laku motor kasar dan motor halus kepada pembelajaran yang mempunyai matlamat. Kanak-kanak akan memperolehi konsep kekalan objek sewaktu berumur 4 – 6 bulan iaitu percaya bahawa sesuatu objek atau manusia tetap ada atau wujud cuma tidak kelihatan. Contoh – kanak berumur 6 bulan percaya ibunya yang pergi bekerja apabila dia hilang dan muncul semula pada waktu petang. Mereka juga akan mengingati orang-orang yang signifikan dalam hidupnya. Peringkat praoperasi – kanak-kanak boleh buat ayat pendek yang bermakna bagi menyatakan kehendaknya semasa berumur 2 tahun. Ingatan kanak-kanak lebih lama daripada peringkat deria motor. Kanak-kanak juga amat suka bermain pada peringkat ini dan masih keliru dengan konsep benda hidup dengan benda bukan hidup. Mereka juga suka bertanya, oleh itu ibu bapa dan guru tadika perlu memainkan perana menjawab pertanyaan kanak-kanak ini dan memberi banyak contoh supaya mereka dapat membentuk konsep dengan betul. Peringkat operasi konkrit – kanak-kanak masuk sekolah dan mengalami banyak pembelajaran. Antaranya konsep kebalikan terutama dalam mata pelajaran matematik. Mereka juga boleh menguasai konsep kekalan isi padu, kekalan pepejal dan berat. Mereka boleh buat operasi tambah,tolak, darab dan bahagi. Peringkat operasi formal – mereka sudah masuk peringkat remaja dan bertanggung jawab di atas segala perlakuan mereka. Mereka boleh memahami benda yang abstrak dan boleh menyelesaikan masalah. Mereka menyelesaikan masalah dengan mengaplikasikan andaian-andaian atau hipotesis, konsep dan teori. Bagaimana guru boleh mewujudkan kesediaan belajar:1. mengadakan aktiviti kumpulan untuk setiap pelajar 2. wujudkan kumpulan pelajar mengikut tahap kemahiran – apabila pelajar telah menguasai satu-satu kemahiran, naikkan ke tahap yang berikutnya untuk membolehkan ia terus belajar dengan rakan sebaya. 3. Pengajaran rakan sebaya (peer teaching) – pelajar mengajar pelajar-pelajar lain dalam kumpulan kecil, ajar kemahiran yang sama pada masa yang sama. Motivasi 1. Baron mendefinisikan motivasi sebagai proses internal yang mengaktifkan, memberi panduan dan mengawal tingkah laku sepanjang masa. 2. Motivasi adalah kuasa atau tenaga yang menggerakkan seseorang supaya bertingkah laku dan ia diarahkan bagi mencapai sesuatu matlamat.

3. Tenaga yang menggerakkan seseorang supaya bertingkah laku itu timbul daripada keperluan atau desakan dalaman bagi mencapai matlamat. 4. Menurut Santrock (2001), motivasi adalah faktor yang menggerakkan manusia supaya bertingkah laku dan penentu kepada tujuan yang ingin dicapai oleh tingkah laku tersebut. Menurut beliau, tingkah laku yang terhasil daripada motivasi adalah bertenaga, mempunyai hala tuju dan berterusan sehingga tercapai matlamatnya. 5. Motivasi dibahagikan kepada dua iaitu:• motivasi intrinsik • motivasi ekstrinsik Motivasi Intrinsik 1. Motivasi intrinsik adalah berasaskan andaian ahli psikologi kognitif dan humanistik bahawa sesuatu tingkah laku adalah hasil dorongan dalaman. 2. Faktor-faktor motivasi intrinsik ialah ciri-ciri sahsiah, pengalaman lampau, keperluan, keinginan, orientasi matlamat, konsep kendiri, harga diri, kecekapan diri, ramalan mengenai kejayaannya, ingin tahu, minat dan peneguhan kendiri. 3. Apabila pelajar mempunyai motivasi intrinsik, mereka tidak perlukan ganjaran atau denda. Ia merupakan kecenderungan hakiki untuk menghadapi dan mengatasi cabaran semasa melakukan sesuatu yang diminati. 4. Dalam kehidupan seharian, aktiviti yang kita lakukan boleh dilihat dalam satu kontinum bermula dengan aktiviti yang kita tetapkan sendiri sehingga aktiviti yang ditentukan oleh orang lain. 5. Pakar psikologi pendidikan berpendapat bahawa pelajar itu bermotivasi sekiranya ia mencuba, memberi perhatian kepada pelajaran atau tugasan, bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasilnya, faham dan ingat apa yang sepatutnya dipelajari. Motivasi Intrinsik 1. Motivasi ekstrinsik adalah berasaskan pendapat Thorndike dan Skinner yang mengatakan bahawa seseorang pelajar digerakkan supaya bertingkah laku hasil dorongan luaran seperti mendapat hadiah atau menggembirakan kedua ibu bapa. 2. Motivasi ekstrinsik termasuk peneguhan, ganjaran, maklum balas, pujian, insentif, ekspektasi orang lain terhadapnya dan ciri-ciri baik yang disebutkan oleh orang lain. 3. Motivasi ekstrinsik mendorong kita melakukan sesuatu untuk mendapat gred yang baik atau ganjaran, mengelak dari didenda dan menyukakan guru. Meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar:-

1.

Menimbulkan minat untuk belajar – guru perlu sampaikan pengajaran yang

diminati pelajar – teknik bercerita.

2.

Mengekalkan rasa ingin tahu – uji kaji di makmal, simulasi, permainan dan

lawatan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->