Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010

1.0 PENDAHULUAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT Falsafah pendidikan Barat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu falsafah

pendidikan tradisional Barat dan falsafah pendidikan moden Barat. Dalam bahagianbahagian tersebut pula mempunyai beberapa cabang-cabang lain. Contohnya dalam bidang falsafah pendidikan tradisional Barat terdapat cabang-cabang lain iaitu perenialisme dan esensialisme. Dalam bidang falsafah pendidikan moden Barat pula ialah progresivisme dan rekonstruksionisme. Setiap falsafah pendidikan (perenialisme, esensialisme, pregresivisme dan rekonstruksionisme) mempunyai akar di dalam satu atau lebih falsafah umum seperti idealisme, realisme dan pragmatisme. Sebagai contoh, aspek-aspek idealisme dan realisme boleh didapati dalam esensialisme dan perenialisme serta pragmatism menimbulkan progresivisme dan rekonstruksionisme. Falsafah pendidikan Barat boleh digambarkan seperti dalam Rajah 1.0.

Realisme

Perenialisme

Idealisme

Tradisional

Esensialisme

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Moden

Pragmatisme

Rekonstruktionisme

Progresivisme

Eksistensialisme

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Falsafah pendidikan memberi makna kepada konsep-konsep sejagat yang mendefinisikan proses pendidikan seperti konsep pendidikan, pembelajaran, kurikulum, dan sebagainya. Oleh kerana proses pendidikan berlaku dalam konteks masyarakat tertentu, maka falsafah pendidikan juga bertindihan dengan falsafah sosiopolitik dan ekonomi. Sebagai contoh, John Dewey mendapati betapa perlunya untuk berfikir mengenai perhubungan sekolah dengan masyarakat dan juga perhubunganperhubungan lain yang berkaitan dengan pendidikan. ³ Secara keseluruhan, pendidikan berubah, pendidikan bukan lagi dianggap sebagai satu proses yang mewujudkan keadaan kondusif dan selesa agar dapat memudahkan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran fizikal dan moral mereka´; (John Dewey, Democracy and Education) ³ Setiap individu mempunyai potensi yang unik tanpa mengambil kira ciri-ciri fizikal atau psikologi masing-masing. Justeru, matlamat pendidikan ialah membantu setiap individu mencapai potensi mereka demi kepentingan masyarakat´; (John Dewey, Democracy and Education) Di samping itu juga, satu perkara yang penting dalam falsafah pendidikan ialah tujuan atau matlamat pendidikan, iaitu dalam hal perkembangan individu atau kesedaran kendiri dan juga dalam hal perhubungan di antara matlamat-matlamat pendidikan dan matlamat-matlamat sosial.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
PERENIALISME Perenialisme berasal daripada perkataan asas, perennial yang bermaksud ³tidak berubah´. Justeru, bagi ahli perenialisme, ketelusan merupakan sesuatu yang tidak akan berubah atau bersifat perennial. Perenialisme membawa pandangan pendidikan yang konservatif dan tradisional. Perenialisme berasas daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM). Menurut ahli-ahli perenialisme, tabii manusia adalah tetap. Oleh itu, prinsip-prinsip pendidikan adalah tetap dan selalu berulang-ulang. Mereka juga menegaskan tentang ciri-ciri intelek yang terdapat pada diri manusia. Bagi mereka, manusia adalah makhluk yang rasional, dan sekolah merupakan agensi masyarakat yang bertujuan untuk membentuk manusia menjadi rasional. Menurut Johnson dan rakan-rakan (1969), tujuan pembelajaran bagi perenialisme terletak dalam aktiviti-aktiviti untuk mendisiplinkan akal. Berpandukan konsep yang telah dikemukakan, maka pendidikan bertujuan untuk mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi atau tidak mempunyai had masa. Ahli-ahli perenialisme menganggap tujuan sejagat pendidikan ialah untuk mencapai dan menyebarkan kebenaran. Bagi mereka, kebenaran adalah sejagat dan tetap. Ini bermakna kebenaran adalah sama di mana-mana sahaja. Oleh itu, pendidikan mestilah sama di seluruh dunia. Ia mestilah berusaha untuk menyesuaikan individu bukan kepada alam ini, tetapi kepada apa yang benar. Penyesuaian kepada kebenaran adalah matlamat pendidikan. Untuk menyelamat tamadun manusia daripada

kelenyapan, fungsi asas pendidikan hendaklah mengutamakan perkembangan potensi rasional individu, menolong mereka menemui prinsip-prinsip mutlak, dan daripada itu memahami dunia yang sebenar. Dalam konteks tumpuan falsafah pendidikan perenialisme, hanya empat aspek akan dijelaskan, iaitu jenis kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan guru.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010
Kurikulum sekolah perlu menegaskan perkara-perkara sejagat dan tema-tema kehidupan manusia yang tetap. Kurikulum tersebut juga mestilah mengandungi subjeksubjek kognitif untuk melatih ciri-ciri rasional, mata pelajaran-mata pelajaran yang berkaitan dengan moral, estetika dan juga prinsip-prinsip agama bertujuan untuk membentuk sikap. Antara mata pelajaran kritikal yang diberi penumpuan adalah dalam bidang kemanusiaan dan kesusasteraan. Ahli-ahli perenialisme menyarankan supaya pe;ajar belajar hasil-hasil karya orang-orang ternama dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sejarah dan sains. Bagi mereka, hasil-hasil usaha ini telah menunjukkan aspirasi dan pencapaian tertinggi orang-oarng ternama sejak dari dahulu lagi. Dengan mengkaji hasil-hasil usaha ini, ahli-ahli perenialisme berpendapat, pelajar akan belajar kebenaran-kebenaran yang lebih penting daripada sebarang yang didapati oleh dirinya sendiri mengikut minat. Selain itu, dalam bidang kemanusiaan dan kesusasteraan mengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia dan bukannya bidang vokasional atau teknik yang berkaitan dengan mesin. Kebanyakkan ahli perenialisme mempercayai bahawa pendidikan mestilah diberikan kepada pelajarpelajar yang pandai sahaja dan kepada pelajar-pelajar yang kurang pandai diberi latihan vokasional. Pendidikan vokasional, industri dan pendidikan lain yang berkaitan boleh dimasukkan asalkan pengajarannya bercorak intelektual. Walau bagaimanapun, sekolah tidak wujudkan untuk melatih tugas-tugas pekerjaan. Tugas-tugas melatih ini ditinggalkan atau diserahkan kepada pekerja-pekerja di dalam bidang pekerjaan. Sekolah juga bukanlah tempat untuk memperbaiki semula masyarakat. Di samping itu juga, mata pelajaran-mata pelajaran yang disyorkan termasuk bahasa, sastera, matematik, seni dan sains. Mata pelajaran ini akan memberi murid peluang untuk memperoleh celik akal yang penting mengenai kehidupan. Mata pelajaran ini mestilah dipelajari sama ada ia digunakan atau tidak. Ahli-ahli perenialisme juga menyarankan bahawa pelajar mestilah diajar perkara-perkara asas tertentu yang akan membiasakan dirinya dengan alam yang kekal. Pelajar tidak semestinya berusaha untuk belajar perkara-perkara yang didapati mustahak pada sesuatu masa tertentu.

Tugas pendidikan ialah memupuk kelakuan moral. Dengan kata lain. Selain daripada itu juga. pembacaan. Tanggungjawab murid alah berusaha dengan bersungguh-sungguh agar dapat memperoleh seberapa banyak ilmu mengikut kemampuan masing-masing. pelajar dapat mendisiplinkan akalnya dengan berusaha bersungguh-sungguh mempelajari perkara-perkara yang dianggap penting. Dengan cara ini. melatih pelajar dalam 3M. guru berperanan sebagai pakar yang bijaksana serta berwibawa dalam bidang pendidikan dan pengetahuan. mereka dikehendaki menyiapkan segala tugasan yang diberi ole guru. guru mempunyai kuasa pakar dan tidak akan melayan sebarang pandangan anak murid mereka. latih tubi dan ulang kaji. mereka dapat menonjolkan bakat yang ada pada diri yang selama ini mungkin tersembunyi disebabkan oleh tiada asuhan atau tunjuk ajar daripada pihak luar. menulis dan mengira serta mengingat petikan-petikan daripada karya-karya agung sebagai asas kehidupan yang rasional dan matang pada masa depan.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 Selain itu. menguasai alat pembelajaran. Kaedah yang ditekankan pula ialah kaedah didaktik di mana guru mengajar dan murid belajar segala isi yang disampaikan tanpa menanya sebarang soalan. iaitu membaca. penulisan. . ahli-ahli perenialisme mencadangkan kaedahkaedah pengajaran seperti ingatan. Mereka juga perlu mendisiplinkan anak murid mereka. Kesedaran juga penting yang mana memerlukan disiplin kendiri dan disiplin kendiri boleh diperolehi hanya melalui disiplin luaran. Kesimpulannya. Pengajaran adalah satu seni. Tanggungjawab mereka ialah untuk menyampaikan ilmu di samping membimbing perbincacangan kumpulan. Untuk itu. seni untuk menggalak dan mengarahkan perkembangan individu untuk memiliki kuasa untuk berfikir secara rasional iaitu kuasa yang dipunyai oleh kebanyakkan manusia.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 ESENSIALISME Essensialisme pula berasas daripada falsafah tradisional. sukan diterima tetapi kurang diberi keutamaan. Bidang sastera dan kemanusiaan pula dianggap sebagai mata pelajaran sampingan sahaja.Kandel. Ahli esensialisme menganggap pengajaran sebagai penyebaran pengetahuan. Oleh itu. Ahli-ahli esensialisme menghendaki nilai-nilai masyarakat diajar sepanjang kurikulum persekolahan. . Di sekolah menengah pula. Bagi ahli esensialisme. Selain itu. percakapan. Falsafah ini menekankan kepada perkaraperkara yang asas sahaja. kemahiran dan nilai-nilai yang benar-benar diperlukan. esensialisme bersifat praktikal dan prakmatik. Di sekolah rendah. Di antara pendidikpendidik lain yang tergolong dalam pergerakkan falsafah ini termasuklah Thomas Briggs. Semua bentuk aktiviti kokurikulum seperti persatuan. penulisan. iaitu apa yang perlu diketahui seseorang individu agar menjadi ahli masyarakat yang produktif. Perkara-perkara pula boleh berubah dari masa ke semasa.Bagley (1983). sejarah. mata pelajaran yang yang wajib adalah sains. mengira dan menulis (3M). Pandangan pendidikan ahli-ahli essensialisme banyak dipengaruhi oleh falsafah idealisme dan realisme. Falsafah pendidikan ini telah dibentuk oleh William C. sains fizikal dan bahasa asing. ejaan dan baru diperkenalkan sejarah. Termasuklah nilai-nilai sosial dan kebudayaan golongan kelas atasan dalam masyarakat. Frederick Breed dan Issac L. nilai-nilai politik dan cendekiawan negara. tumpuan diberikan kepada kemahiran asas iaitu membaca. Matlamat pendidikan ini ialah pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari. Bagi merealisasikan matlamat pendidikan. dihayati dan disimpan oleh murid serta penghayatan budaya. ilmu alam. perkara yang dianggap penting ialah pembacaan. seni dan muzik. terdapat ilmu dan kemahiran utama yang perlu diajar kepada anak murid. perkara-perkara yang dipentingkan di peringkat sekolah rendah diperkembangkan lagi menjadi lebih khusus dan lebih mencabar.

Guru mestilah mempunyai pendidikan liberal. . ahli-ahli esensialisme meletakkan guru di tengah-tengah alam pendidikan. Kaedah yang ditekankan ialah pendekatan didaktik. maka semua murid perlu rajin belajar dan menumpukan perhatian dan usaha mereka kepada apa yang diajar di sekolah. Menurut Brickman (1958). seorang yang berpengetahuan dalam bidang pembelajaran.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 Guru disifatkan sebagai seorang yang berwibawa dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Bagi mencapai dalam bidang akademik. Murid-murid tidak digalakkan untuk melibatkan diri dalam proses spekulasi reflektif yang dilihat sebagai satu perkara yang semata-mata mensia-siakan masa sahaja. Guru merupakan model dan seorang yang berpendidikan dan berpengetahuan dalam kebudayaan bangsa dan nilai-nilai masyarakat. seorang yang memahami psikologi kanak-kanak dan proses pembelajaran dan seorang yang menjalankan tugas.

manusia adalah bersifat baik. Kebebasan sebegini akan memastikan bahawa mereka akan pelajari apa yang mereka minati. Ahli-ahli progresivisme menggambarkan guru sebagai pembimbing atau penasihat membantu pelajar-pelajar mengenali masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka di dalam persekitaran yang berubah. Bagi mereka. anak murid kita seharusnya diberi kebebasan untuk memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari. Dengan itu. penekanan yang lebih mestilah diberikan untuk membentuk pelajar supaya memperolehi kemahiran menyelesaikan masalah. Realiti dikatakan melalui perubahan secara berterusan. Oleh itu. guru juga adalah pengurus pengajaran yang bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Maka. Pada dasarnya.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 PROGRESIVISME Ahli progresivisme melihat perubahan sebagai intipati realiti. Selain itu. Seorang yang berpendidikan sebaik-baiknya berkebolehan untuk mencari alternatif penyelesaian yang sesuai dengan masalah yang timbul. Oleh itu. . pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan mereka dapat memaksimumkan kebolehan dan potensi masing-masing. ilmu hanya sesuatu yang bersifat relatif dan tenataif begi menerangkan realiti masa kini sahaja. Berbeza dengan mazhab perenialisme. Matlamat pendidikan ialah menyediakan golongan murid agar berupaya menakomodasi sebarang perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. ahli progresivisme tidak percaya wujudnya ketelusan yang tetap dan penting untuk dikuasai oleh anak murid. mengemukakan soalan yang merangsang pemikiran anak murid dan membimbing minat mereka ke arah yang produktif. Ianya tidak boleh dianggap sebagai benar buat selama-lamanya. seorang yang berpendidikan ditakrifkan sebagai seorang yang mempunyai celik akal bagi membolehkan menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam kehidupannya.

Antara kaedah yang diperkenalkan ialah pengajaran kemahiran menyelesaikan masalah yang menggunakan pendekatan induktif dan berpandukan kaedah saintifik. Selain itu. kaedah pengalaman langsung dengan persekitaran. . Mereka seharusnya belajar bagaimana cara untuk mengemukakan soalan mengenai alam sekeliling mereka. Lanjutan daripada pengajaran berbentuk induktif maka tugas murid ialah untuk mencari keterangan masing-masing bagi menjelaskan fenomena yang diberi oleh guru. Seterusnya pula ialah peranan murid.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 Pendekatan induktif diberi penekanan agar memberi murid-murid peluang untuk memikirkan penjelasan bagi isu-isu pendidikan yang timbul serta meningkatkan pemahaman mereka mengenai fenomena yang berlaku dalam persekitaran mereka yang sentiasa berubah.

Pendidikan bermatlamat untuk mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan penyakit sosial. Dalam kurikulum mazhab ini terdiri daripada bidang sains sosial terutamanya mata pelajaran kajian sosial yang memberi tumpuan kepada kecenderungan semasa dan masa depan di samping isu-isu tempatan dan antarabangsa. maka guru hendaklah bertugas sebagai agen perubahan dan pembaharuan.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 REKONSTRUKTIVISME Ahli-ahli rekonstruktivisme menganggap bahawa sekolah sebagai pemangkin utama untuk meningkatkan keadaan hidup manusia. Selain itu. Ahli rekonstruktivisme. Kaedah berpusatkan murid diberikan penekanan di mana murid-murid di ajar kemahiran penyelesaian masalah melalui aktiviti. Mereka hendaklah berani untuk mencuba serta sanggup mengubah paradigma lama masingmasing. Guru perlu bersifat kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Guru juga perlu menerangkan kepada pelajar bentuk masyarakat demokrasi yang merupakan suatu persekitaran baik. sumbangsaran. Selaras dengan jenis kurikulum yang ditawarkan. kebajikan dan masyarakat. main peranan dan simulasi. Tumpuan diberikan kepada perkembangan ekonomi. . Berdasarkan kaedah mengajar yang digunakan oleh guru. Mereka juga mempercayai bahawa sekolah boleh memainkan peranan untuk membentuk masyarakat baru yang lebih baik. murid-murid perlu mengambil bahagian yang aktif agar dapat mencapai matlamat pendidikan. melihat rekonstruktivisme sesuai dengan kebudayaan dan masyarakat. peranan guru bukan hanya untuk menyampaikan pengetahuan tetapi berperanan menimbulkan isu-isu sosial yang dianggap penting. Sekolah mestilah bersedia menyediakan pelajar kepada perubahan untuk membentuk semula masyarakat supaya dapat disesuaikan dengan keadaan yang berubah. Theodore Bremald.

individu harus bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sebarang autoriti luar. mata pelajaran yang bersifat estetik dan berfalsafah seperti seni.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 EKSISTENTIALISME Mazhab ini berfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia. Memandangkan murid-murid bertanggungjawab ke atas pendidikan masing-masing. Walau bagaimanapun. Main peranan serta simulasi banyak digunakan bagi membolehkan murid-murid meluahkan perasaan dan pemikiran mereka secara mendalam. Dalam erti kata lain. Ahli eksistentialisme melihat realiti sebagai sesuatu yang bersifat subjektif dan hanya boleh didefinisikan oleh individu yang berkenaan sahaja. kaedah mengajar yang digunakan biasanya adalah berpusatkan aktiviti serta berpusatkan murid. . Guru pula berperanan sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi anak murid mereka meluahkan perasaan dan emosi. maka murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif agar dapat memaksimumkan peluang pendidikan yang disediakan. Manusia dianggap sebagai dilahirkan tanpa sebarang tujuan. Sejajar dengan kaedah mengajar. kesusasteraan dan drama difikirkan relevan. maka tidak ada kurikulum yang khusus. Selaras dengan kurikulum tersebut.

Tumpuan kurikulum dalam pendidikan Islam ialah pengajaran al-Quran. keadaan keseimbangan dapat diwujudkan dengan akal fikiran. sejarah. Pengalaman ini berubah dan boleh didapati daripada al-Quran dan Sunnah. Dalam pendidikan Islam. Selain itu.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam bertujuan untuk menyebarkan pengalaman dan kebudayaan manusia daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. biologi. Bahasa Arab dianggap penting kerana dengan penguasaan Bahasa Arab seseorang dapat mendalami dan menghayati pengajaran al-Quran dan Hadis. menghormati dan bekerjasama di antara satu sama lain. Matlamat pendidikan Islam ialah mewujudkan perkembangan yang seimbang di dalam diri individu dengan nilai-nilai keislaman. Bidang ilmu ini dikenali sebagai kemanusiaan seperti psikologi. berpengetahuan dan akhlak tinggi. penyebaran pengalaman dalam bentuk kemahiran serta pengetahuan teknikal yang keadaannya sentiasa berubah dari semasa ke semasa dan pengalaman berasaskan nilainilai yang tetap yang terdapat dalam agama. Hadis dan Bahasa Arab. sosiologi. Seterusnya ialah bidang ilmu yang meliputi kajian tentang manusia sebagai individu dan juga anggota masyarakat. botani dan lain-lain. bidang ilmu mengenai alam tabii atau sains natural yang meliputi bidang astronomi. ekonomi dan lain-lain lagi. Ia tidak hanya memberi perhatian kepada pembinaan otak semata-mata dan menekan aspek alam sekeliling dan ransangan sahaja tetapi berusaha untuk membentuk individu. Dengan cara ini akan menghasilkan suatu masyarakat yang hidup dengan harmoni. Bidang pendidikan Islam ini luas dan menyeluruh. . Dalam pendidikan Islam. Matlamat yang seterusnya ialah melengkapkan setia individu dengan pengetahuan Islam supaya dapat hidup sebagai seorang yang beriman. Pemaduan seperti ini dapat menghasilkan seorang individu yang beriman.

Kesimpulannya. pendidikan Islam bertujuan untuk membentuk setiap individu Islam yang beriman. berpengetahuan atau dengan lebih mudah insan yang sempurna. Pendidikan Islam juga menyatukan di antara pendidikan ilmu keduniaan dengan ilmu akhirat. Oleh sebab itu. membahagikan pengetahuan kepada 2 jenis iaitu pengetahuan yang diberika oleh Allah dan pengetahuan yang diperolehi sendiri. pendidikan Islam juga bertujuan membentuk seorang individu yang baik. Selain itu. . dalam kurikulum pendidikan Islam perkara-perkara yang berkaitan dengan keagamaan wajib dipelajari oleh setiap orang Islam dan di samping mempelajari bidang-bidang ilmu keduniaan yang lain. Islam menolak pandangan yang hanya mementingkan alam rohani semata-mata dan mengetepikan alam kebendaan. berakhlak tinggi. Menurut Syed Muhammad Naquib al ±Attas (1980). Oleh itu. pendidikan Islam berbeza dengan pendidikan Barat yang memisahkan kedua-dua bidang tersebut. kurikulum pendidikan Islam ditentukan oleh konsep pendidikan umum yang mana dasarnya diisi dengan mata pelajaran-mata pelajaran seperti al-Quran.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 Dari segi pelaksanaan. Hadis dan Bahasa Arab.

dan diterima umum. iaitu.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Kebangsaan. terminologi (istilah) dan praktikal. Philos bermakna mencintai manakala Sophia diertikan sebagai kebijaksanaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara. Definisi falsafah dilihat daripada tiga penjuru iaitu etimologi (bahasa). Para ahli falsafah mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan penjanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia. Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 19761980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas. iaitu falsafah. Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984) mengujarkan falasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item. . sistematik. Rukun Negara. falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar. Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang penting. pendidikan dan kebangsaan. E. rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik. Kesimpulannya. Leksikal ³falsafah´ berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan sophia. masyarakat dan negara.

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 Asal usul leksikal ³pendidikan´ adalah daripada morfem bebas Latin. Misalnya. Definisi pemajmukan leksikal ³Falsafah Pendidikan´ diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai ³Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah iaitu metafizik atau ontologi (teori kejadian). 1946). jelas dan logik.´. Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan menghasilkan masyarakat yang dihasratkan oleh negara Malaysia. dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal (tidak bersifat nisbi atau berubah-ubah). Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan.. Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun.ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi. ³Kebangsaan´ secara umumnya diertikan sebagai sesuatu yang universal dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. jasmani. ³. aksiologi (teori nilai). Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan kesemua leksikon. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama. .. kemanisan dan kepahitan´. iaitu teologi dan sains (Russel. dan rohani. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan. dan tingkah laku... epistomologi (teori ilmu) dan logik. Panduan peraturan ini menggabungkan matlamat. pemikiran dan prinsip berkaitan bidang pendidikan di Malaysia. hati. akhlak. educare yang bermaksud memelihara atau mengasuh.

malahan berlangsung secara tekal dan dapat membuktikan kedinamikan pendidikan berdasarkan keperluan individu. barisan sintaksis ³Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah. Ketiga. Perkataan ³berterusan´ menunjukkan bahawa sistem pendidikan tidak terhenti sebegitu sahaja. berketerampilan. . Barisan morfem bebas inilah yang bertindak sebagai penentuan kurikulum. Keempat...´..Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 Kedua. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjelaskan norma-norma kedinamikan pendidikan terkini secara rasional serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia. lanjutan penghasilan falsafah baharu umpamanya Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menghasratkan ciri-ciri guru yang dihasratkan dan sebagainya. Misalnya. berakhlak mulia. Variasi usaha pendidikan yang sedia ada. 1982). para penggubal kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi rujukan para guru.bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. ³. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menentukan arah haluan.. Misalnya. direformasi secara mudah dan dilaksanakan ke arah mencapai Matlamat Pendidikan Negara dengan merujuk FPK tersebut. asas dan sumber inspirasi kepada semua rancangan dalam bidang pendidikan. ko-kurikulum dan citra guru yang diharap-harapkan.´. Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertindak sebagai medium perealisasian misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia dan memenuhi aspirasi negara kita. masyarakat dan negara dari semasa ke semasa. ...

pengalaman salaf al-salih serta ilmu muktabar. kepribadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri. alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat ³ Dengan ini telah jelas menunujukkan bahawa falsafah pendidikan Islam telah diguna pakai dan diterapkan dalam falsafah pendidikan kebangsaaan negara kita. kemahiran. rohani. akhlak. Matlamat Falsafah Pendidikan Islam ini berunsurkan unsur keagamaan di mana membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu. beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri sebagai hamba dan khalifah Allah S. satu proses yang berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek.1 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan banyak menerapkan unsur-unsur dari falsafah pendidikan Islam. pendidikan Islam ialah proses yang mendidik dan melatih akal. Sebagai contoh yang menunjukkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerapkan unsur-unsur dari Falsafah Pendidikan Islam seperti di bawah: ³ Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu. rohani. Ini pula jelas menunjukkan bahawa aspek intelek yang terdapat di negara kita ini adalah pengaruh daripada falsafah-falsafah islam di mana aspek intelek diberikan keutamaan.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 1. jasmani. emosi manusia berasaskan ilmu wahyu. Falsafah pendidikan islam pula menyatakan bahawa pendidikan bermaksud.W. dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat. akhlak. Menurut Abdul Halim El- Muhammady. rohani dan jasmani serta bersepadu ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat. Falsafah Pendidikan Islam berkonsepkan proses memupuk seluruh potensi semula jadi manusia dari segi intelek. kemahiran dan penghayatan Islam berteraskan al-Quran dan As-sunnah bagi membentuk sikap. masyarakat. al-quran dan as-sunnah. . berimam.T.

Conficius dan Rabindranath Tagore memberikan penekanan kepada muzik. al-jasmiah iaitu pendidikan jasmani terkandung di dalam bidang pendidikan Islam. puisi yang dapat mengimbangkan seseorang insan dari segi emosi. Rabindranath Tagore juga menekankan tarian dan drama sebagai satu mata pelajaran. terdapat bidang al-nafsiah dan al-aqiliah yang masing masing bermaksud pendidikan jiwa dan pendidikan mental. seni.Muhammady. . Selain itu. Aspek jasmani pula ditekankan dalam pendidikan islam dimana dalam dalam konsep Abd Halim Haji Mat Diah.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 Aspek emosi pula jelas terpapar di falsafah pendidikan islam di mana menurut Abdul Halim El. dalam falsafah pendidikan timur. Selain itu.

. membaca dan mengira. Dalam mazhab ini juga pendidikan merupakan satu tugas memupuk kelakuan moral. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran asas 3M iaitu menulis.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 1. Dalam mazhab ini. rohani. kaedah mengajar dan peranan murid. falsafah pendidikan barat di anggap individu yang sedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian. Peranan guru adalah untuk mendisiplinkan pelajar. Program pendidikan juga disusun agar dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek. Ini juga telah termaktub dalam falsafah pendidikan guru bahawa unsur disiplin memang sentiasa dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 4 aspek yang diberi penekanan dalam falsafah pendidikan barat ini iaitu kurikulum. falsafah pendidikan Barat juga memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan negara kita iaitu dalam pembentukan falsafah pendidikan kebangsaan. Ini juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan Malaysia yang mana semua pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah diberi peneguhan asas untuk mahir dalam 3M. Walau bagaimanapun guru perlu menitikberatkan nilai-nilai seperti ketepatan masa. bersopan santun. Guru juga rela menjalankan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang lemah dan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang baik pencapaiannya supaya semua pelajar tidak kira status dapat menguasai 3M dengan mahir. emosi dan jasmani (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. bekerjasama dan prihatin di kalangan pelajar supaya mereka membesar menjadi ahli masyarakat yang penyayang dan berdisiplin. Pertama sekali kita lihat kepada mazhab perenialisme.2 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Selain falsafah pendidikan Islam. Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua iaitu falsafah pendidikan barat moden dan tradisional. peranan guru.

guru memainkan peranan utama. Matapelajaran wajib yang diberi penekanan ialah sains. pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 Yang seterusnya pula ialah esensialisme. Dalam pendidikan di Malaysia juga guru menjadi µrole model¶ kepada pelajar. Matlamat pendidikannya pula. Ia bersifat praktikal dan pragmatik. guru menjadi µrole model¶ dan teladan kepada pelajar. latihan intelek dan mental. Sikap yang ditonjolkan oleh guru mampu untuk mengubah sikap dan tingkah laku murid-murid di sekolah. 3M diterapkan dan nilai-nilai kemasyarakatan ditekankan. sejarah. dihayati dan disimpan oleh anak murid kita serta penghayatan budaya. Ia tertumpu kepada inovasi kurikulum sekolah yang dirancang secara sistematik. Maka juga perlu mempunyai pekerti yang mulia supaya pelajar dapat mencontohi sikap dan perlakuan guru. Dalam mazhab ini menumpukan perkara-perkara asas sahaja dan perkara ini pula boleh berubah dari masa ke semasa. seni dan muzik. Selain itu juga. .

Seperti yang kita ketahui. menulis dan mengira. Dalam falsafah pendidikan Islam menerapkan unsur-unsur yang membentuk diri seseorang berasaskan al-Quran dan Sunnah.3 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan. Seperti yang kita semua ketahui bahawa negara kita juga sekarang sedang mempelbagaikan program khusus untuk murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca. kaedah mengajar dan peranan murid. ahli-ahli falsafah mereka member keutamaan dalam perkembangan potensi individu dari segi jasmani. dalam falsafah pendidikan barat telah mengelaskan setiap bidang atau tugas supaya sistem pendidikan mereka jelas dan teratur. Dalam kedua-dua bahagian falsafah pendidikan barat ini. emosi. Dari sini kita dapat lihat bahawa. . tugas guru memainkan peranan penting dalam mendidik dan membentuk murid. peranan guru. Dalam falsafah pendidikan kebangsaan juga telah menekankan beberapa tugas atau peranan guru. Pendidikan Islam juga menitikberatkan aspek emosi dan jasmani yang mana merupakan pendidikan jiwa dan mental. Seperti yang telah dijelaskan terdapat dua bahagian dalam falsafah pendidikan Barat iaitu falsafah pendidikan barat tradisional dan falsafah pendidikan barat moden. mereka juga menekankan tentang kemahiran asas 3M. kita lihat kepada bagaimana falsafah pendidikan Islam berperanan dalam membentuk falsafah pendidikan kebangsaan. Di samping itu juga. Seterusnya pula. rohani dan intelek. mereka telah menekankan sebanyak 4 aspek iaitu jenis kurikulum. dalam falsafah pendidikan Barat.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 1. Oleh itu. falsafah pendidikan kebangsaan telah banyak mengambil sedikit sebanyak dari falsafah pendidikan Islam dan Barat. Selain itu. falsafah pendidikan barat menjadi penanda aras kepada kita untuk membentuk falsafah pendidikan kita sendiri. Sekiranya mempunyai emosi dan jasmani yang stabil dapat melahirkan individu yang mampu berfikir dengan cerdas serta cemerlang dari segala segi.

emosi.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 Jelas di sini menunjukkan bahawa falsafah pendidikan Islam dan Barat boleh dikatakan menjadi asas kepada falsafah pendidikan kebangsaan. tidak semua dalam falsafah pendidikan Barat dan Islam itu diambil bulat-bulat dan dijadikan terus kepada falsafah pendidikan kebangsaan kita. . Kedua-dua falsafah tersebut telah diubahsuai mengikut keperluan negara kita. Aspek-aspek penting yang terdapat di dalam ketiga-tiga falsafah ini digunakan untuk dijadikan panduan untuk perkembangan pendidikan di Malaysia. Sedikit sebanyak falsafah pendidikan Barat dan Islam menjadi penanda aras dalam pembentukan falsafah pendidikan kebangsaan. Namun begitu. rohani dan intelek. Setiap aspek yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita diterapkan daripada ketiga-tiga falsafah pendidikan ini dan digabungkan ke atas satu unsur iaitu keseimbangan dari segi jasmani.

³Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. 1979:226) Selain itu. Kini. Dasar Pendidikan Kebangsaan pula merupakan satu dokumen yang mengandungi pernyataan dasar dan strategi pelaksanaan agar dapat dijadikan garis panduan bagi semua pihak dalam bidang pendidikan. Dalam falsafah pendidikan kebangsaan menggabungkan matlamat. yang tidak menyenangkan. perpaduandan prinsip-prinsip ideologi kebangsaan adalah selaras dengan tujuan dan matlamat pendidikan. . tetapi« yang didatangi dari luar. pada tahun 1988. sangat penting bagi kita untuk mempunyai falsafah pendidikan tersendiri. Falsafah pendidikan kebangsaan telah digubal pada 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Falsafah pendidikan kebangsaan menggariskan segala istilah. nilai dan hala tuju pendidikan. Meneydari hakikat tersebut. Justeru. Laporan ini juga mengemukakan kepentingan kita mempunyai suatu falsafah pendidikan yang menekankan pembangunan kemanusiaan. pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. kita menghadapi satu cabaran lain. Oleh itu. pelaksanaan dan perkembangan kurikulum adalah selaras dengan perkembangan menyeluruh muridmurid. Demikian juga dalam bidang sosial«kita berhadapan dengan pelbagai unsur-unsur dari dalam dan luar« kebanyakan daripada unsur ini adalah baik. Flasafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). segala prinsip untuk pembentukan. jelas dan logik. iaitu pembangunan kemanusiaan´ (Laporan Kabinet. dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu identity keseluruhan yang tekal.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 2. Oleh itu. Konsep identiti kebangsaan.0 PENDAHULUAN Seperti yang kita sedia maklum. negara kita Malaysia merupakan salah satu negara yang sedang membangun. Laporan tersebut mengandungi isu-isu penting berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip.

kemahiran asas 3M (membaca. KBSR adalah dibentuk kepada rasional bahawa aktiviti pelajar dan pendidikan peringkat rendah adalah bercorak pendidikan asas. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. menguasai kemahiran asas bahasa iaitu bertutur. dan menulis dan menguasai kemahiran belajar. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai ksejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Perancangan kurikulum telah digubal sedemikian rupa yang bertujuan membolehkan murid-murid menguasai bahasa Malaysia. menghargai hak dan kebolehan orang lain dan mempunyai semangat kerjasama dan toleransi. Selain itu. KBSR juga mementingkan kemahiran belajar dan kemahiran berfikir. berketerampilan. Matlamat pendidikan ialah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh.´ Bagi menghidupkan falsafah pendidikan kebangsaan ini dua bentuk kurikulum baru yang mengamalkan sistem pendidikan bersepadu. emosi. rohani. Matlamat utama KBSR ialah menghasilkan pelajar yang bukan sahaja mempunyai kecerdasan intelek tetapi juga mempunyai akhlak tinggi. akhlak. . Oleh itu.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berteras konsep kesepaduan antara intelek. Perkembangan tersebut meliputi aspek intelek. KBSR dan KBSM telah diwujudkan mengantikan sistem kurikulum yang lama. emosi dan semangat tanggungjawab kepada diri. Falsafah pendidikan kebangsaan ini berbunyi :³Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. Kedua-dua KBSR dan KBSM ini memberikan penekanan asas kepada usaha pembentukan saksiah. rohani dan jasmani telah diwujudkan. bakat. masyarakat dan alam sekitar. rohani. emosi. berakhlak mulia. membaca. murid-murid juga boleh membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilainilai kemanusiaan. Mereka juga mampu bergaul. nilai-nilai estetika dan sosial. mengira dan menulis) dipentingkan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. peribadi.

nilai dan sikap. akhlak. rohani. Ia merangkumi komponen kemanusiaan dan persekitaran serta komponen kerohanian. Terdapat 3 mata pelajaran dalam bidang ini iaitu pendidikan jasmani. kesihatan. rohani dan intelek. Ia merupakan satu pendekatan di mana unsur-unsur pengetahuan. Kemahiran mengira telah dimasukkan dalam bidang komunikasi kerana dalam apa jua komunikasi seseorang itu tidak boleh mengelakkan diri daripada penggunaan konsep dan kemahiran kualitatif. akhlak dan lain-lain pengetahuan mengenai manusia dan alam sekitar. sejarah. nilai-nilai estetika dan sosial. Seterusnya pula dalam bidang manusia dengan alam sekitar. bakat. seni lukis. pendidikan seni dan muzik. KBSR dirancang melalui 3 bentuk bidang asas iaitu bidang komunikasi. Komponen kemanusiaan dan persekitaran adalah satu komponen yang mengandungi unsur-unsur sains. menulis dan mengira. Prinsip yang pertama ialah pendekatan bersepadu.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 KBSR dibentuk berlandaskan kepada perakuan 57 (a) Laporan Kabinet iaitu: ³Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi. jasmani. Dalam bidang yang pertama iaitu bidang komunikasi. Pembentukan dan penggubalan KBSR adalah berlandaskan prinsip-prinsip sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan. kemahiran dan nilai digabungkan agar wujud kesepaduan dari segi jasmani. merupakan bidang utama dalam KBSR kerana bidang ini murid-murid dididik dan dilatih bagi memperoleh asas dalam kemahiran membaca. bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid itu. emosi. geografi. Bidang ini mempunyai dua bidang iaitu bahasa dan matematik.´ Seperti yang telah dinyatakan di atas. manusia dengan alam sekitar dan perkembangan individu. Konsep kesepaduan berlaku melalui 4 cara iaitu . Bidang yang terakhir ialah bidang perkembangan individu yang meliputi semua aspek iaitu intelek. Bidang ini meliputi komponen kesenian dan rekreasi. bidang manusia dengan alam sekitar dan bidang perkembangan individu sesuai dengan keperluan minat.

penyerapan. Guru juga memainkan peranan dari segi menanam dan memupuk budaya ilmu dan budaya membaca dalam kalangan anak murid. Selain itu. KBSR juga berpegang kepad prinsip perkembangan individu secara menyeluruh.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 penggabungjalinan kemahiran. . Aspekaspek kerjasama dan hormat-menghormati ditegaskan dalam kerja kumpulan atau projek. Menurut ahli psikologi. Sementara dalam proses penyerapan. Selain daripada prinsip pendekatan bersepadu. Ini bermaksud proses belajar berlaku secara berterusan dan tidak terhad dari segi jangka waktu. sekolah juga memupuk minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Dalam penggabungjalinan kemahiran. seorang murid yang berpotensi menjadi pemain bola sepak yang handal bukan sahaja perlu mengembangkan ilmu. mendengar. Untuk kesepaduan antara dua unsur sama ada kurikulum dan kokurikulum. mata pelajaran Matematik diserap dalam mata pelajaran Sains. KBSR membina asas bagi setiap murid dari segi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan mereka menghadapi situasi dalam kehidupan seharian. empat kemahiran dalam mata pelajaran bahasa iaitu bertutur. alam sekitar merentasi kurikulum. Prinsip yang seterusnya ialah pendidikan seumur hidup. kesepaduan antara dua unsur dan unsur merentasi kurikulum. Secara amnya. sekolah mempunyai 2 peranan iaitu sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Contoh untuk unsur merentasi kurikulum ialah bahasa merentasi kurikulum. potensi individu tidak boleh dikembangkan secara berasingan. Sebagai contoh. Usaha mencari ilmu memerlukan tabiat mahu mencari dan tahu mencari ilmu. sains merentasi kurikulum dan kemahiran berfikir merentasi kurikulum. membaca dan menulis. pengetahuan dan amalan atau pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru. Setiap potensi memang mempunyai hubungkait dengan potensi yang lain.

menghafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran serta menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat. membaca dan menulis. Dalam tahap 1. tahap 1 berfokus kepada penguasaan nombor dan asas mengira. Menurut Tyler (1949) mencadangkan lima prinsip dalam memilih pengalaman pembelajaran. Pembelajaran berlaku melalui penglibatan aktif pelajar.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 Prinsip yang keempat dalam KBSR ialah pendidikan yang sama untuk semua murid. Di samping itu juga. murid-murid boleh menguasai kemahiran belajar dan berfikir secara kritis dan kreatif serta mampu membaca. Oleh itu guru perlu memilih pengalaman pembelajaran yang aktif untuk membolehkan mereka mencapai objektif yang telah ditentukan oleh KBSR. Prinsip yang kedua pula ialah pengalaman hendaklah memberi kepuasan kepada pelajar. KBSR juga menyediakan pendidikan yang sama bagi semua murid. Kebanyakkan pengalaman pembelajaran . Murid juga mampu mengenal huruf serta membaca. Semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikut kurikulum yang sama tanpa mengambil kira jenis aliran persekolahan cuma yang membezakannya ialah bahasa pengantar sahaja. Sistem pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR mementingkan pelajar menjadi aktif mental dan fizikal. Tahap 2 pula berfokus kepada pengukuhan asas kemahiran berbahasa. bertutur. Yang seterusnya pula mereka mampu untuk menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dan kemasyarakatan. fokus yang diberikan ialah penguasaan kepada kemahiran berbahasa iaitu mendengar. kemahiran asas operasi Matematik dan penyelesaian masalah. Yang seterusnya ialah pengalaman pembelajaran hendaklah sesuai dengan keperluan dan kebolehan pelajar. Selain itu juga. menghafaz dan menghayati ayat Al-quran. Pelajar yang aktif akan membolehkan mereka menguasai apa yang diajar dengan berkesan. KBSR dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Yang pertama ialah pengalaman pembelajaran yan dipilih mestilah memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktik perlakuan yang dikehendaki.

Akhir sekali dalam sistem KBSR ialah penilaian. Selain daripada itu.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 mestilah sesuai digunakan. Sistem penilaian dalam pendidikan sangat penting untuk melihat dan menentukan sama ada objektif pendidikan tercapai atau tidak. jasmani dan rohani. penilaian juga perlu dibuat untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang terdapat dan hasil daripada itu strategi baru dapat disusun. Penilaian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan diri pelajar secara menyeluruh meliputi keempat-empat aspek iaitu intelek. Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini bermakna pengalaman tersebut hendaklah luas untuk membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan daripada pelbagai bidang. emosi. UPSR dijalankan di akhir tahun 6 persekolahan dan ditadbirkan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan. Yang terakhir pula ialah pengalaman pembelajaran yang dipilih hendaklah melengkapkan beberapa hasil pembelajaran. Penilaian dalam KBSR dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu bentuk penilaian yang digunakan dalam menilai prestasi pelajar-pelajar dalam KBSR ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). .

Sebagai seorang guru.1 PERANAN GURU DALAM KBSR Seterusnya kita lihat pula kepada peranan guru dalam KBSR. rancangan pelajaran harian iaitu objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu membuat pemilihan strategi pengajaran. mereka juga bertindak untuk mentafsir sukatan. apabila sudah menjadi guru kelak mereka boleh menjadi guru yang berkualiti dan menepati ciri-ciri yang dikehendaki seperti yang terdapat dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Perancangan . memahami. panduan khas serta mengubah suai dimana perlu. 1979).Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 2. topik dan kandungan. bahan. objektif dan domain yang terpilih sesuai dengan keperluan semasa. Hal ini kerana. Apabila seserang guru tersebut sudah memahami sukatan pelajaran yang ingin di ajar ini akan memudahkan beliau untuk mengajara muird-muridnya. mengapa peranan guru yang kedua iaitu merancang ialah dalam apa jua yang kita lakukan. Selain itu. Yang pertama ialah mentafsir. strategi serta penilaian. proses pangajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menjadi tidak teratur dan mungkin objektif pembelajaran pada hari tersebut tidak tercapai. Di samping itu juga guru perlu memindahkan matlamat. Tanpa perancangan yang rapi. Mentafsir ialah memahami dan menghargai falsafah pendidikan kebangsaan dan Matlamat Pendidikan iaitu bersikap positif. Yang kedua pula ialah merancang. Selain itu guru juga perlu mentafsir sukatan iaitu mengkaji sukatan. organisasi pengalaman dan menghargai objektif sukatan. isi kandungan dan pengalaman pembelajaran untuk mencapai hasil yang diinginkan. beriltizam untuk mengembangkan kurikulum membaca . Selain itu. Pada pendapat saya. kita perlu membuat perancangan. amat perlu bagi mereka untuk memahami dan menghargai falsafah pendidikan kebangsaan. Merancang ini ialah membuat rancangan semester. mengatur aktiviti pengajaran untuk murid dengan cara yang sesuai bagi memudahkan pembelajaran (Gagne & Briggs. Hal ini sangat penting dan dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

dengan pelaksanaan tersebut. mengulang kaji maklumat serta menyampaikan maklumat yang baru. peranan guru juga sebagai fasilitator dan pengurus pembelajaran.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 yang dibuat perlu untuk mengikut keperluan murid-murid dan bersesuaian dengan suasana. Hasil yang telah dibuat perlu dilaksanakan agar mendapat keputusan berdasarkan dengan apa yang telah dilakukan. Selain itu. guru perlu melaksanakan di dalam bilik darjah. merancang dan mengubahsuai. Bagi saya. seseorang guru juga perlu mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan daya inovatif. pelaksaan ini wajar dilakukan agar usaha yang telah dibuat tidak sia-sia. Peranan guru yang keempat pula ialah melaksanakan. Selain itu. sekirannya terdapat kelemahan-kelemahan guru tersebut boleh membuat penambaikkan agar menjadi lebih baik pada masa akan datang. peranan guru dalam mengubahsuai ini sangat penting kerana daripada pengubahsuaian yang dibuat oleh guru tersebut mampu untuk menarik minat murid-murid untuk belajar. Guru tersebut mampu untuk membuat alat bantu mengajar snediri dengan kreativiti yang mereka ada dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menjadi lebih berkesan dan menarik. Berdasarkan sumber yang ada guru juga harus pandai menggunakannya untuk menghasilkan teknik pengajaran yang menarik. Mereka akan diberi peluang untuk meluaskan maklumat yang diperolehi. Setelah melakukan pentafsiran. Bagaimana guru ini bertindak untuk mengubah suai iaitu mengubahsuai teknik pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan keperluan murid dan persekitaran. . Peranan guru yang ketiga ialah mengubah suai. Kesimpulannya. Guru juga akan menyediakan aktiviti pengayaan kepada pelajarnya. Tugas guru sebagai fasilitator ialah untuk menyampaikan maklumat kepada muridmuridnya. Untuk melakukan pengubahsuaian dalam teknik pengajaran dan pembelajaran ini.

Guru memainkan peranan penting untuk melatih murid-murid menguasai sesuatu kemahiran dalam pembelajaran. Kemahiran awal yang harus dikuasai oleh murid-murid tersebut ialah kemahiran asas dalam bahasa dan matematik. Guru hendaklah memberi dorongan kepada mereka untuk menggunakan kemahiran yang telah diperolehi dan seterusnya menguasai kemahiran baru. Justeru. Dengan ini murid-murid akan lebih dinamik dan akan menguasai kemahiran belajar dengan lebih berkesan. guru tersebut juga mampu untuk memperkembangkan lagi bakat yang sedia ada pada murid-murid berkenaan. cekap dan mempunyai personaliti yang menarik. dapat dijelaskan bahawa peranan guru sangat penting dalam menyampaiakn ilmu. Sekiranya terdapat murid-murid yang masih tidak dapat menguasai . seseorang guru harus mempunyai keyakinan diri sendiri. sebagai seorang pendorong kepada murid-murid. guru mempunyai tugas yang berat dalam memastikan setiap murid-muridnya menguasai kemahiran yang telah diajar. Mereka bertindak sebagai medium kepada muridmurid di sekolah dalam memberi maklumat sama ada tentang pelajaran mahu pun tentang isu semasa. guru hendaklah memperluaskan segala maklumat daripada kurikulum sesuatu mata pelajaran. mereka sendiri akan mempunyai inisiatif untuk mendapatkan maklumat yang lebih daripada apa yang mereka telah sedia ada. Secara tidak langsung. Peranan yang seterusnya ialah guru sebagai penyampai ilmu.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 Bagi saya. Hal demikian dapat meningkatkan keyakinan diri kepada murid-murid apabila guru itu sendiri mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Selain daripada itu. ini akan menimbulkan minat membaca dan tabiat belajar dengan lebih berkesan. Guru hendaklah mengajar murid-muridnya cara-cara belajar dengan lebih berkesan dan sentiasa menggalakkan mereka supaya mencari maklumat baru. Berdasarkan di atas. Daripada kenyataan di atas. Sebagai seotrang penyampai ilmu pengetahuan. guru juga bertindak sebagai pengembang dan pengukuh penguasaan kemahiran. Apabila murid-murid telah diberi pendedahan awal mengenai hal tersebut.

Guru seharusnya membimbing pelajarnya dalam semua aspek seperti mencungkil dan memperkembangkan bakat dengan mengambil kira perbezaan dari segi kebolehan. Seorang guru perlulah cekap dan tegas serta mempunyai keyakinan diri dalam rutin hariannya. Bagi pemulihan KBSR. Bagi pendapat saya. Guru juga bertindak sebagai contoh teladan atau model. Akhlak yang mulia hendaklah diserapkan kepada murid-muridnya. dapat mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar dan memberi penghargaan kepada hasil kerja pelajarnya yang baik. Penerapan nilai-nilai murni dapat dilakukan dengan secara tidak langsung semasa mengajar di bilik darjah. Di sini jelas menunjukkan bahawa guru memainkan peranan penting dalam menentukan murid-muridnya menguasai sesuatu kemahiran dan seterusnya dapat menguasai kemahiran yang baru. dijalankan di kelas khas dan diberi penumpuan kepada kemahiran asas 3M sahaja. Guru menjadi contoh teladan khasnya kepada pelajarnya dan amnya kepada masyarakat. latar belakang dan minat pelajar. Sebagai contoh. guru juga bertindak sebagai pembimbing. Program pemulihan ini pula terbahagi kepad dua iaitu pemulihan KBSR dan pemulihan khas. guru hanya memberi penekanan tentang kemahiran yang lemah dalam mata pelajaran tertentu selain bahasa dan Matematik serta dilakukan di dalam kelas sahaja. Ia juga dapat member tunjuk ajar dengan berkesan. semasa menjalankan aktiviti kokurikulum dan luar bilik darjah. Bagi pemulihan khas. Inilah yang dikatakan guru sebagai pembentuk akhlak. sebelum membentuk akhlak orang lain. semasa menjalankan aktiviti kumpulan nilai kerjasama dan hormat-menghormati dapat dipupuk.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 kemahiran tersebut. guru harus peka dan memasukkan murid tersebut ke kelas pemulihan. Peranan guru yang seterusnya ialah guru sebagai pembentuk akhlak. Ia juga . Selain itu. guru itu sendiri perlu membentuk akhlak yang baik. Guru juga perlu bijak semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid dapat diterapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka melalui aktiviti tersebut. Pembentukan akhlak yang baik dapat memperbaiki sahsiah dan moral seseorang murid.

.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 hendaklah menunjukkan akhlak yang baik di dalam dan di luar bilik darjah serta di mana-mana berada.

tugas guru begitu banyak untuk disenaraikan kerana segala yang berlaku di dalam sekolah adalah tanggungjawab guru. falsafah pendidikan kebangsaan telah mengambil acuan falsafah pendidikan barat dan Islam untuk menjadikan falsafah pendidikan kita sendiri. Sejarah pendidikan di Tanah Melayu juga ada menjelaskan bahawa. Melalui sekolah pula. setelah didatangi oleh pihak penjajah. sistem pendidikan tersebut secara perlahan lahan telah diubah mengikut rentak pendidikan di Barat. Falsafah pendidikan barat dan Islam memainkan peranan penting dalam pembentukan falsafah pendidikan kebangsaan. sistem pendidikan sangat mementingkan suatu proses yang berterusan serta keakhiratan. Timur dan Barat. Pelaksanaan dan hasrat yang dilampirkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah bermediumkan sekolah. Seperti yang telah dinyatakan di atas. besar sekali implikasi falsafah pendidikan Timur. sekarang kita telah mempunyai ramai rakyat yang bijak dan mereka ini telah memilih jalan tengah untuk mencedok idea ± idea dari pendidikan Islam. . Namun begitu. guru memainkan peranan dalam menjalankan dan melaksanakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. sebelum dijajah oleh pihak Inggeris. Walaubagaimanapun. Islam dan Barat kepada perkembangan pendidikan di Malaysia.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 PENUTUP Seperti yang telah dijelaskan.

saya tidak mengetahui bahawa falsafah pendidikan kebangsaan banyak mengambil acuan daripada falsafah pendidikan barat dan Islam. saya mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Melalui tugasan pada soalan pertama yang meminta nyatakan implikasi falsafah pendidikan barat dan Islam kepada perkembangan falsafah pendidikan kebangsaan tersebut telah menambahkan pengetahuan saya dalam bidang pendidikan ini sendiri. Selain itu. apa yang dapat saya katakan ialah banyak ilmu mengenai perguruan dan falsafah pendidikan kebangsaan. Sebelum ini. Akhir sekali. Hal ini kerana. Saya juga berbincang bersama rakan sekelas untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Kerjasama antara rakan-rakan juga banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini. saya sdah memahami mengenai falsafah pendidikan barat.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 REFLEKSI Melalui tugasan ini. pensyarah pembimbing juga telah banyak memberi panduan kepada saya. Pelbagai pendapat yang diutarakan dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau telah memberi garis panduan apa yang perlu ada dalam tugasan kami. saya dapat juga menyiapkan tugasan ini tanpa sebarang masalah yang terlalu berat. Islam dan kebangsaan serta peranan-peranan guru dalam KBSR. saya boleh mendalami secara terperinci mengenai falsafah pendidikan kita sendiri. Hal ini telah mengingatkan saya apabila menjadi guru kelak perlu melaksanakan tugas-tugas saya dengan berdedikasi dalam mendidik dan membimbing anak-anak bangsa. jadi hal ini telah memudahkan saya dan rakan sekelas yang lain mencari bahan. saya dapat membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan. Selain itu juga. Apabila tugasan ini selesai. Ternyata bahawa tanggungjawab yang dipikul oleh seorang guru amat berat. . Dalam soalan kedua tugasan ini iaitu peranan guru dalam KBSR. saya tidak terlalu berat untuk mengulang kaji subjek ini kerana sudah memahaminya semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini. Justeru. Melalui tugasan ini juga. selepas pensyarah menyerahkan tugasan. Saya mencuba sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan ini.

com/kbsr. (1994). Kumpulan Budiman Sdn. Choong Lean Keow. Selangor. Kuala Lumpur. Pendidikan Di Malaysia. (1999). Habib Mat Som. Utusan Publications & Distributors Sdn. Zakaria Kasa. Lee Pau Wing. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Petaling Jaya.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Aroff.Bhd. (2009). Shahril @ Charil Marzuki. Siraj Dr. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.htm . Internet http://kdckdpm06.bravehost. Fajar Bakti Sdn. Kuala Lumpur. Isu Pendidikan Di Malaysia Sorotan dan Cabaran. (1988). Mok Soon Sang. Falsafah dan Konsep Pendidikan. Shahril@ Charil Marzuki. Bhd. Zainun Ishak.Bhd. (2009). Saedah Hj. Utusan Publications & Distributors Sdn. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur.Bhd.

iaitu. masyarakat dan negara. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara. Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 19761980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). Rukun Negara. Definisi falsafah dilihat daripada tiga penjuru. Leksikal ³falsafah´ berasal daripada dua perkataan Yunani. Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 PENGENALAN Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Kebangsaan. Para ahli falsafah mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan penjanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia. . terminologi (istilah) dan praktikal. iaitu etimologi (bahasa). iaitu. philos dan Sophia. Philos bermakna mencintai manakala Sophia diertikan sebagai kebijaksanaan. pendidikan dan kebangsaan. iaitu falsafah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas.

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya´.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 HALAMAN PENGAKUAN ³ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap . TANDATANGAN : _____________________ NAMA : NURULHUDA BINTI MAT RADZI TARIKH : 25 FEBRUARI 2010 .

Melalui tugasan ini saya dapat memahami lebih mendalami tentang tajuk yang diberi iaitu mengenai falsafah pendidikan dan peranan guru dalam KBSR.terima kasih« . Selain itu rakan-rakan juga telah membantu saya semasa mencari maklumat dan berbincang serba-sedikit mengenai tugasan ini. Wan Azmi yang telah banyak memberi maklumat mengenai tugasan ini serta memberi garis panduan apa yang perlu saya dan rakan sertakan dalam tugasan ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang membantu dari segi kewangan untuk saya menyiapkan tugasan ini. Sebelum terlupa. Segala ilmu yang disampaikan itu dapat saya gunakan untuk menyiapkan tugasan ini. Hal ini kerana semasa mencari bahan untuk membuat tugasan ini saya perlu membaca dan mencari isi-isi untuk dimasukkan ke dalam tugasan ini jadi saya boleh belajar melalui itu. bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan yang telah dibekalkan. Sekian.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 PENGHARGAAN Alhamdulillah. saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Falsafah dan Pendidikan di Malaysia saya iaitu En.

3 KESIMPULAN 2.Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 ISI KANDUNGAN TAJUK HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2 13 15 HALAMAN i ii iii 1 1.0 PENDAHULUAN KBSR 2.2 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT KEPADA FPK 1.1IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM KEPADA FPK 1.1 PERANAN GURU DALAM KBSR PENUTUP REFLEKSI BIBLIOGRAFI BORANG KOLABORASI 18 20 22 24 30 35 36 37 38 .

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2010 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful