You are on page 1of 3

Sejarah sukan petanque dikesan kewujudannya semenjak tahun 9000 sm apabila satu

set bola dan jek ditemu di Turki. Satu set bola juga dijumpai di makam orang-orang
Mesir di tahun7000 sm. Di zaman purba, sukan ini dimainkan oleh orang Rom dan
Greek. Ditanggapi bahawa orang-orang Rom merupakan orang pertama yang
membawa sukan petanque ini ke Marseilles kira-kira 2600 tahun dahulu. Di zaman
pertengahan, sukan ini sangat popular sehingga ia dilarang dari dimainkan. Pada
kurun ke 17, para bangsawan Peranchis telah menjadikan sukan ini kepunyaan mereka
sahaja dan Raja Louis XIV telah meletakkan peraturan permainan tersebut kepada 14
mata. Semasa perang, tentera Napoleon menggunakan peluru meriam sebagai bola
permainan. Diceritakan juga, Sir Francis Drake telah bertebeng menamatkan
permainan bola tersebut sebelum beliau bersiap-siaga menewaskan tentera SepanyoL.

Sejarah moden sukan petanque bermula di Clotat, Peranchis dalam tahun 1910 apabila
seorang lelaki cacat yang baru semboh dari kemalangan sewaktu menyaksikan sukan
ini telah mengambil salah satu bola tersebut dan membalingkannya dengan tepat
sekali pada kedudukan berdiri. Sukan ini kemudiannya berkembang ke semua jajahan
di Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah Barat.
Di akhir dekat ini, ia juga dimainkan di beberapa negara Eropah Timur dan Asia
seperti Laos, Thailand, Vietnam, Kemboja, Jepun dan Singapura.

SEJARAH PERMAINAN PETANQUE DI MALAYSIA


Sukan petanque ini telah mula dibawa masuk dan diperkenalkan di Malaysis oleh
Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz, Yang Dipertua Angkasa pada pertengahan tahun
1989. Setelah beberapa bulan dimainkan, akhirnya sukan petanque telah dirasmikan
sebagai salah satu acara sukan negara. Upacara perasmian telah dilakukan oleh
Menteri Belia dan Sukan sendiri pada masa itu, YB Datuk Seri Najib Tun Razak pada
22 Mac 1990 di Padang jalan Timur, Petaling Jaya.

Pada tahun 1993, permainan petanque telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan
Sukan sebagai salah satu acara "sukan baru" dalam kategori "sukan untuk semua".
Seminar untuk sukan ini telah diadakan di Universiti Malaya pada 24 April 1994
anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
Permainan petanque dimainkan dalam 3 jenis konfigurasi berbeza iaitu:-

 3 sekumpulan atau lebih dikenali sebagai tripplets, dengan 3 orang pemain


setiap kumpulan dan setiap pemain menggunakan 2 biji boule.
 2 sekumpulan atau lebih dikenali sebagai doublets, dengan 2 orang pemain
setiap kumpulan dan setiap pemain menggunakan 3 biji boule.

 perseorangan atau lebih dikenali sebagai singles, dengan seorang pemain


menggunakan 3 biji bola

Bola yang digunakan untuk permainan petanque diperbuat daripada besi dengan
berat antara 650g dan 800 gram. Saiz diameter bola besi ini pula antara 70.5mm dan
80mm. ( sebesar bola tennis ). Jack pula diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik
dan mempunyai diameter antara 25mm sehingga 35mm.

Kawasan permainan petanque mestilah tidak kurang dari 15 meter panjang kali 4
meter lebar. Namun begitu keluasan minimum yang diterimapakai adalah tidak
kurang dari 13 meter panjang kali 4 meter lebar.

Pemain yang menang undian lambungan duit syilling hendaklah memulakan


permaianan dengan membuat bulatan dengan diameter 35- 50 cm. Kedua - dua kaki
pemain yang membuat lemparan bola hendaklah menyentuh tanah semasa membuat
lemparan. Permaianan dimulakan dengan pemain pertama melempar jack dalam
jarak 6 ke 10 meter dari bulatan tadi. Jack yang dilemparkan hendaklah tidak kurang 1
meter dari sempadan gelanggang atau apa - apa objek yang menghalang. Jika ini
berlaku, maka jack tersebut hendaklah dilontar semula.

Pemain yang menang undian tadi akan mula melempar bola sedekat mungkin dengan
jack. Pemain daripada pihak lawan pula akan cuba mengatasi jarak  boule pertama
tadi sehingga dia berjaya lebih dekat dengan jack. Jika dalam percubaan itu, boule
pihak lawan lebih dekat, maka kumpulan pertama tadi perlu mengatasi boule tadi.
Permainan ini akan berulang sehinggalah kesemua boule telah habis dilempar.

Mata akan dikira dengan kaedah, berapa boule pasukan yang mendapat mata lebih
dekat kepada jack sebelum bola pihak lawan. Permaianan biasanya dimainkan
sehingga mata 13. Namun begitu, mata 15 juga ada dimainkan untuk perrtandingan -
pertandingan akhir.

Peraturan permainan ini tidak susah. Peraturan-peraturannya ialah:

 Pemain boleh membaling bola mengikut cara yang disukainya tetapi tidak
boleh mengangkat kaki ketika membaling bola. Petanque sendiri bermaksud
'meletakkan kedua-dua kaki bersama'.
 Bola yang terkeluar daripada gelanggang tidak dikra dalam permainan.
 Bola boleh dibaling setinggi manapun atau dengan cara balingan lain.
 Lingakaran titik permulaan boleh diubahsuai sekiranya titik akhir jack ialah
kurang 10 meter untuk membuat balingan yang seterusnya.
 Setiap pasukan harus mempunyai peralatan pengukuran yang sesuai

Bagi menentukan pemenang biasanya, pemain sendiri boleh menentukan bola siapa
yang terhampir, tetapi jika berlaku percanggahan, seorang hakim teknikal akan
membuat ukuran. Mata akan diberikan mengikut bola-bola yang terhampir dengan
jack.

Sebuah pusingan atau dipanggil ends akan tamat apabila salah sebuah pasukan
kehabisan bola mereka. Ends akan berterusan sehingga salah satu pihak berjaya
memperoleh 13 mata.. Permainan ini boleh tamat dalam masa beberapa minit atau
berlarutan sehingga berjam-jam. Ia bergantung kepada strategi.

You might also like