P. 1
SINOPSIS BAB 4 LANGIT PETANG

SINOPSIS BAB 4 LANGIT PETANG

|Views: 130|Likes:
Published by Adila Jambari

More info:

Published by: Adila Jambari on Feb 23, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/14/2013

pdf

text

original

SINOPSIS BAB 4 Ketika Hafiz sedang menghirup kopinya, seorang lelaki duduk di sebelahnya dan memperkenalkan dirinya sebagai

Hanafi. Hanafi mengetahui pekerjaan hafiz yang merupakan seorang wartawan namun Hafiz cuba untuk mengingati lelaki tersebut. Hafiz menyatakan destinasinya ke Kuala Terengganu dan untuk seketika perhatiannya beralih kepada sepasang kekasih. Hanafi menyedari tumpuan Hafiz dan membuat tanggapan bahawa Hafiz bertujuan ke Kuala Terengganu untuk berkahwin. Hafiz tergamam dengan tanggapan tersebut dan menafikannya. Apabila Hanafi cuba untuk bertanya lanjut tentang tujuan perjalanannya, Hafiz hanya mendiamkan diri. Akhirnya, Hanafi bertanya jika Hafiz berkenalan denagan Ariff. Hafiz yang mula tertarik dengan Hanafi, bertanya lanjut mengenai hubungan Hanafi bersama Ariff. Dia mula mengimbas kembali zaman lampau Ariff, mengenai rakan-rakannya di Maktab Perguruan Sultan Idris, perjuangannya untuk mendapat kemerdekaan negara, serta penglibatannya dalam pergerakan UMNO. Hafiz berasa kesal terhadap kisah hidup Ariff kerana pada akhirnya segala kemanisan memerdekakan negara hanya dirangguk oleh orang lain dan bukan oleh pejuang-pejuang seperti Ariff. Hafiz cuba untuk mencari Hanafi, dan dalam pencariannya dia mula menyedari akan kepentingan mengembara. Dia berasa malu terhadap dirinya yang telah berusia 27 tahun tetapi masih belum pernah menjejakkan diri di luar Selangor, sedangkan Zakiah telah pun mengembara di dalam dan di luar negara. Namun begitu, dia masih mengirimkan kad kepada Zakiah untuk memberitahunya bahawa dia telah tiba di Kuala Terengganu dan Hafiz bertanya mengenai Hanafi dalam kad yang dikirimkannya kepada Ariff.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->