P. 1
Moral - Tingkatan 2 - 1

Moral - Tingkatan 2 - 1

4.5

|Views: 3,525|Likes:
Published by Sekolah Portal
Moral - Tingkatan 2 - 1
Moral - Tingkatan 2 - 1

More info:

Published by: Sekolah Portal on Nov 15, 2007
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/11/2013

pdf

text

original

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

KANDUNGAN
RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KATA PENGANTAR PENDAHULUAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN ii iii iv 1 3 BIDANG PEMBELAJARAN 5 : Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia BIDANG PEMBELAJARAN 6 : Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi BIDANG PEMBELAJARAN 7 : Nilai Berkaitan Dengan Keamanan dan Keharmonian 29 34 BIDANG PEMBELAJARAN 3 : Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar BIDANG PEMBELAJARAN 4 : Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme 21

25

PEMBINAAN KEMAHIRAN MELALUI PERKEMBANGAN MORAL BIDANG PEMBELAJARAN 1 : Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri BIDANG PEMBELAJARAN 2 : Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan

7

39

9

17

i

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

ii

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahir kan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jas mani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan w arganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, ber keterampilan, berakhlak berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mulia, bertanggungjaw ab dan

memberikan sumbangan terhadap

kehar monian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

iii

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

KATA PENGANTAR
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, teori kecerdasan pelbagai, pembelajaran masteri, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran secara konstru ktivisme, dan pembelajaran akse s kendiri. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberi keyakinan kepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral, guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dengan mengambil kira perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan menggembirakan. Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak pihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan universiti serta pegawai Kementerian Pendidikan, dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

iv

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

PENDAHULUAN
Takrifan Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik Pendidikan murid supaya menjadi insan yang bermoral atau mulia dengan menekankan aspek Moral berakhlak

• •

menghormati hak asasi manusia; dan mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah menengah memberi tumpuan kepada usaha memupuk ke kuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu, murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Hal ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan so sial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial. Prinsip-prinsip itu ialah : • • • • • bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain. berpegang teguh pada ajaran agama. prihatin kepada alam sekitar. mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup. bersemangat patriotik.

Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merealisasikan semangat dan hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN
Tujuh Bidang Pembelajaran

Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut, sebanyak tuj uh bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri Nilai berkaitan dengan Kekeluargaan Nilai berkaitan dengan Alam Sekitar Nilai berkaitan dengan Patriotisme Nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia Nilai berkaitan dengan Demokrasi Nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian

1

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

Rangka Konsepsi

Pengajaran nilai berfokus pada Model Insan Menyeluruh yang meliputi tiga dimensi moral yang saling berkaitan. (Rajah 1: Model Insan Menyeluruh). Perwatakan yang positif harus terdiri daripada tiga dimensi moral ini, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Pendidikan Moral yang efektif seharusnya membantu murid memahami nilai-nilai moral, menerima dan menunjukkan komitmen terhadapnya, serta mengamalkannya dalam kehidupan harian. Ketiga-tiga dimensi ini perlu untuk membolehkan seseorang murid mencapai tahap kematangan moral. Teori perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialah yang mempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi ini akan menyubur dan merangsangkan lagi kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasa gembira membuat apa yang betul dan berasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidak bermoral. Program Pendidikan Moral ini tidak seharusnya mengabaikan aspek kesedaran hati nurani yang berfungsi menyepadukan ketiga-tiga dimensi moral tersebut.

PEMIKIRAN MO RAL

PERASAAN MO RAL INSAN BERAKHLAK MULIA

KESEDARAN HATI NURANI

TINDAKAN MO RAL

RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH

2

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
Matlamat Pendidikan Moral

KBSM

Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan ke stabilan negara serta masyarakat global. Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid : i. memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia; menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam se kitar serta berusaha ke arah mengekalkannya; meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik; mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

Tujuan

Objektif Pendidikan Moral

Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid. Buku ini juga menyediakan penerangan untuk membantu guru melaksanakan kurikulum Pendidikan Moral dalam bilik darjah dengan berkesan.

Penerangan Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang Lajur pembelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan

ii.

iii.

akademik, hasil pembelajaran, dan cadangan aktiviti pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dan nilai diperincikan mengikut tahun. Walaupun bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar pada setiap tahun, skop dan penekanan adalah berbeza kerana isu moral atau kandungan yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap kematangan murid.
Format Empat Lajur

iv.

Huraian Sukatan Pelajaran menggunakan format empat lajur utama, iaitu : Laj ur Nilai 1 2 3 4

v.

Laj ur Kandungan Akademik Laj ur Hasil Pembelajaran

Laj ur Cadangan Aktiv iti Pembelajaran

3

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM
1 2 3 4 5 6 7 8 Kandungan akademik bagi setiap tingkatan disusun dengan jelas bermula dengan tema taj uk pengajaran 7
8 6

diikuti oleh

dan huraian taj uk pengajaran

yang disertakan dengan contoh jika perlu bagi

memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam perkembangan kurikulum dan proses pembelajaran, nilai dan kemahiran tidak boleh dipisahkan daripada kandungan atau pengetahuan akademik. Diandaikan bahawa murid akan berfikir secara kritikal serta bertindak lebih efektif terhadap se suatu isu moral jika mereka dapat mengkaji dan memahami konsep isu itu, asal usulnya dan kesanke sannya. Dengan adanya kandungan akademik ini, murid dapat mentelaah dan mengkaji bahan pembelajaran secara lebih terperinci. Kandungan akademik yang dimasukkan meliputi pelbagai bidang seperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasa dan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, kandungan akademik harus diajar serta dipelajari bersama nilai dan kemahiran dalam usaha mencapai matlamat Pendidikan Moral.
Lajur Hasil Pembelajaran

Lajur Nilai

Dalam lajur ini disenaraikan nilai-nilai yang terkandung di bawah Bidang Pembelajaran. Setiap nilai disertakan penerangannya Pelajaran
5

yang dipetik daripada Sukatan Bersepadu

Pendidikan Moral Kurikulum

Sekolah Menengah (Semakan).

Lajur Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang Kandungan diolah bersesuaian dengan kebolehan dan tahap Akademik kematangan murid bermula dari diri, keluarga,

masyarakat, negara hingga ke peringkat antarabangsa.

Hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid dijangka atau diharap mencapai dalam setiap tahun. Guru boleh mencerakinkan hasil pembelaj aran ini dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan akademik yang disampaikan.

4

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti dan contoh isu atau situasi untuk pengajaran dan pembelajaran. Isu atau situasi yang dikemukakan bukan sahaja yang berkaitan dengan pengalaman diri murid tetapi juga meliputi hubungannya dengan keluarga, komuniti, negara, dan peringkat antarabangsa. Aktiviti, isu atau situasi tersebut tidak hanya terbatas kepada cadangan yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini tetapi guru boleh mengambil contoh lain daripada pelbagai sumber asalkan dapat memperkukuh nilai yang diaj ar. Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah kepada satu nilai, nilai-nilai lain yang sesuai perlu dihubungkaitkan dan digabungjalinkan supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan dan menyeluruh. Selain itu, unsur-unsur ilmu daripada pelbagai mata pelajaran lain harus disepadukan dalam merancang aktiviti sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

5

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL
Contoh Persembahan Lajur

KBSM
LAJUR HASIL PEMB ELAJARAN Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri Mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup LAJUR CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN i. Berbincang tentang kepentingan agama dalam kehidupan Menghasilkan esei bertema `Buat baik dibalas baik’

TINGKATAN 2 BIDANG PEMBELAJARAN 1: LAJUR NILAI Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan :

Penerangan nilai

ii.

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. LAJUR KANDUNGAN AKADEMIK Tema : Percaya kew uj udan Tuhan asas kesej ahteraan hidup

Taj uk pengaj aran : Agama benteng hidup manusia Huraian taj uk pengajaran : • Keperluan beragama dalam kehidupan manusia - Sikap taat dan patuh kepada suruhan Tuhan - Agama memandu manusia ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup

6

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL PEMBINAAN K EMAHIRAN UNTUK PERK EMBANGAN MORAL
Kemahiran Utama

KBSM

Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran so sial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan membolehkan murid menghadapi dunia ledakan maklumat dan alaf baru dengan penuh keyakinan dan sikap bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup di kalangan murid. Mengajar murid kemahiran-kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu cara memupuk dan merangsang perkembangan moral mereka. Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik yang akan membantu murid membuat keputusan berasaskan nilai dengan mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui Pendidikan Moral boleh membantu murid berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan dan mengelakkan sebarang konflik. Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan kemahiran pemikiran kritikal berpandukan pengetahuan moral supaya murid dapat menilai sama ada sesuatu tindakan atau perkara itu bermoral atau tidak. Dalam konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan membantu menyemai nilai moral dalam jiwa murid. Kemahiran

pemikiran kritikal ini juga membantu murid menyelesai masalah dan membuat keputusan yang lebih baik dan seterusnya berjaya dalam kerjaya mereka.
Kemahiran Pemikiran Kreatif

Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid mencari dan bertemu dengan cara penyelesaian dan alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

Kemahiran Penyelesaian Konflik

Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya

Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau moral, khususnya apabila kemahiran ini digunakan dalam usaha pencegahan salah guna dadah atau sebarang bentuk salah laku yang lain. Mengajar murid menentang tekanan rakan sebaya tidak bermakna mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang baik daripada rakan sebaya mereka tetapi mengajar murid supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain dan mempertahankan nilai moral sendiri.

Kemahiran Pemikiran Kritikal

Kemahiran Mengkaji Masa Depan

Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji masa depan di kalangan murid iaitu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid menyedari tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada masa yang lampau, masa kini dan masa depan. Ini membantu murid membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku.

7

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

Kemahiran Teknologi Maklumat

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, murid diberi kesempatan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat yang tepat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman web, e-mail, cakera padat dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada perkembangan minda murid. Selain itu melalui Pendidikan Moral, murid-murid dapat membuat pertimbangan dengan mencari maklumat yang positif dan mengelakkan mereka daripada melayari laman-laman web yang berunsur negatif.

sosial memberi penekanan kepada Kemahiran Kemahiran Sosial kebolehan murid untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam sesuatu situasi sosial yang boleh diterima oleh masyarakat dan pada masa yang sama bermanfaat kepada diri dan orang lain. Kemahiran so sial ini boleh diajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.

8

BIDANG PEMBELAJARAN

1

NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

10

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

BIDANG PEMBELAJARAN 1 : N ILAI B ERKAITAN DENGAN PERK EMBANGAN DIRI NILAI 1.1 Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wuju dnya Tuhan sebagai pencip ta ala m dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. KANDUNGAN AKADEMIK Percaya kewujudan Tuhan asas kesejahteraan hidup Agama panduan hid up manusia • Keperlu an beragama dala m kehidupan manusia - Sikap taat dan patuh kepada suruhan Tuhan - Agama memandu manusia ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup Mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hid up i. Berbincang tentang kepentin gan agama dalam kehid upan ii. Menghasilkan esei bertema `Buat baik dibalas baik’. HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

1.2

Amanah Sikap bertanggungja wab yang bole h menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain .

Amanah menjamin perhubungan yang harmonis Sikap amanah menimbulkan kepercayaan orang lain • Sikap amanah dala m setiap perhubungan - Anggota keluarga - Rakan sebaya - Warga sekola h - Anggota masyarakat Bersikap amanah dalam hubungan dengan anggota keluarga dan individ u la in i. Melakonkan satu situasi sikap amanah dalam kehid upan

ii. Menyenaraikan ciri amanah dalam pelbagai situasi - Koperasi sekola h - Bendahari persatuan/kela b

11

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

NILAI 1.3 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu me mulia dan menja ga maruah diri dalam kehidupan.

KANDUNGAN AKADEMIK Sayang akan diri membentuk peribadi mulia Perlakuan yang baik membentuk jati diri • Tingkah laku yang merosakkan diri perlu dijauhi - Kumpulan kongsi gelap - Pergaulan bebas - Penyalahgunaan dadah - Tabiat merokok

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Menghin dari amalan yang bole h menjejaskan maruah diri

i. Ceramah yang bertema `Tingkatkan maruah diri’ ii. Simulasi/main peranan sebagai murid yang mengela k darip ada terlibat dala m kegiatan yang menje jaskan maruah diri

1.4

Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Sikap bertanggungjawab menjamin kesejahteraan hidup Amalan bertanggungjawab menja min kesempurnaan tugas • Sikap bertanggungja wab dalam menjalankan tugas - Rumah - Sekolah - Masyarakat Menjalankan tanggungja wab di rumah, sekolah dan dalam masyarakat dengan sempurna i. Menyenaraikan tanggungjawab diri di rumah, sekolah dan dalam masyarakat ii. Main peranan untuk menunju kkan sikap bertanggungja wab dala m pelbagai situasi

12

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

NILAI 1.5 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dala m pergaula n seharia n.

KANDUNGAN AKADEMIK Hemah tinggi mencerminkan peribadi mulia Tutur kata dan tingkah la ku yang sela ras dengan norma masyarakat • Tutur kata dan tingkah la ku terpuji - Menghormati orang lain - Berterima kasih atas pemberia n • Jauhi sikap negatif - Angkuh - Mementingkan diri

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Mengamalkan pertuturan dan tingkah laku yang sesuai dengan norma masyarakat

Memerhati tingkah laku rakan di sekola h dan menyenaraikan tingkah la ku yang berhemah

1.6

Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengela kkan berla kunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Toleransi menjalin kemesraan Amalan toleransi mengekalkan hubungan yang mesra • Toleransi dalam perhubungan - Anggota keluarga - Rakan sebaya - Warga sekola h - Masyarakat Bertolak ansur dan mengawal diri bagi menja ga hubungan yang baik dengan keluarga dan orang lain i. Berkongsi pengalaman tentang sikap bertole ransi dalam menjaga hubungan yang baik dengan kelu arga dan orang la in. ii. Perbincangan tentang kesan jika sikap bertole ransi tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.

13

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

NILAI 1.7 Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

KANDUNGAN AKADEMIK Berdikari membawa kejayaan Kemampuan menyelesaikan masalah memupuk sikap berdikari • Keupayaan menyelesaikan masalah - Secara individu - Secara kumpula n

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Berkeupayaan menyele saikan masalah sendiri secara individu atau berkumpulan

i. Main peranan sebagai anak/murid yang berdikari dala m me mbuat kerja rumah/ sekolah ii. Menceritakan tentang anggota kelu arga yang berja ya atas hasil usaha sendiri

1.8

Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekala n, kegig ih an, dedikasi dan berdaya maju dala m melakukan sesuatu perkara.

Rajin dan usaha tangga kejayaan Kegigih an dala m kehidupan seharia n • Usaha yang gigih menjamin kejayaan - Diri - Keluarga - Sekolah Berusaha dengan gigih demi kepentingan diri, keluarga dan sekolah i. Mengumpul dan membincangkan kata-kata hikmah berkaitan tema ii. Mewawancara atau kajia n kes tentang individ u yang tela h berja ya

14

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

NILAI 1.9 Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendala m serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhla s.

KANDUNGAN AKADEMIK Kasih sayang asas kesejahteraan hidup Kasih dan sayang semua hid upan di dunia • Sayangi semua hidupan - Manusia - Fauna - Flora

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Menyayangi dan tidak memusnahkan semua hidupan di dunia

i.

Menghayati dan membincangkan lirik lagu bertemakan kasih sayang

ii. Lawatan ke rumah kebajikan, zoo, hutan rekreasi dan membuat laporan

1.10

Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebela h.

Keadilan menjamin kesejahteraan bersama Keadila n membentuk budaya sekola h • Keadila n di sekolah tanggungjawab bersama - Hukuman dan ganja ran - Layanan antara murid - Kemudahan Menerima dan mengamalkan prin sip keadilan di sekola h i. Menulis esei berkaitan dengan tema amalan keadila n di sekola h ii. Main peranan - Pelaksanaan prinsip keadilan di sekolah

15

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

NILAI 1.11 Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

KANDUNGAN AKADEMIK Sikap rasional membentuk pemikiran yang matang Pemikiran terbuka menjamin keputusan yang bijak • Keupayaan menimbangkan pelbagai pilihan berdasarkan beberapa faktor sebelum membuat keputusan - Bukti yang kukuh - Pengetahuan - Pengala man

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Membuat keputusan setela h menimbangkan pelbagai faktor

i.

Menyenaraikan kebaikan membuat keputusan setelah menimbangkan pelbagai faktor. Mengumpul keratan akhbar tentang kegiatan perlumbaan haram, rasuah, penyalahgunaan dadah dan membuat analisa akib at kegiatan tersebut.

ii.

1.12 Kesederhanaan Bersikap tidak keterla luan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perla kuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain .

Hidup sederhana asas kesejahteraan bersama Sikap sederhana dala m hubungan • Keupayaan mengimbangi kepentin gan diri dan orang lain - Pergaulan - Membantu mengikut kemampuan diri Mengambil tindakan dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain Melengkapkan senarai semak kendiri tentang nilai kesederhanaan dala m hubungan dengan orang lain.

16

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->