You are on page 1of 3

Kemahiran-kemahiran Asas Kaunseling

 Kemahiran Membina Hubungan


 Merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. 
 Tujuannya adalah untuk membina  perhubungan yang mesra, saling
mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia
berbincang.

 Sebagai satu indikator untuk memberi perangsang kepada klien agar sentiasa
tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. 

 Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan
dan menunjukkan kemesraan.

 Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas  seperti membina
suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi,
penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada
suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling.

 Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi


realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan
dan bukan lisannya.

 Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej
yang hendak disampaikan.

 Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau
wajah yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil
kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan
hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi.
Kemahiran Berbahasa

 Kaunselor perlu mengelakkan daripada menggunakan perkataan-perkataan yang


sukar difahami oleh klien.
 Kaunselor patut menggunakan ayat-ayat yang biasa dan bukannya dari buku-
buku akademik. Ini adalah kerana bukan semua klien adalah berpelajaran tinggi
atau mempunyai pengetahuan yang begitu luas.
 Dengan itu, kaunselor perlu cuba untuk menggunakan perkataan yang mudah
supaya klien tidak berasa rendah diri bila berdepan dengan kaunselor.
 Di samping itu, elakkan juga penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-
belit. Ini bertujuan untuk mengelakkan klien daripada menjadi keliru dan tidak
faham apa yang telah dikatakan oleh kaunselor.

Kemahiran Interpersonal

 Hubungan interpersonal dapat melahirkan persefahaman yang baik antara


kaunselor dan klien sekali gus meningkatkan kebolehan kaunselor membina
suasana terapi yang lebih harmoni.
 Kemahiran hubungan interpersonal dapat membantu kaunselor menggunakan
bentuk-bentuk komunikasi yang sesuai dengan tahap psikologi klien supaya
hubungan yang terjalin antara mereka adalah hubungan yang berkesan dan
dapat membantu klien mengatasi masalah yang dihadapi.
 Kaunselor harus melihat, memahami, menyelami, empati dalam ertikata lain
tingkah laku yang implisit terhadap perkembangan psikologi klien.
 Motivasi, sikap dan tindakan kaunselor juga banyak memainkan peranan dalam
proses terapi.
 Antara kemahiran hubungan interpersonal ialah:
 Kemahiran komunikasi
Kaunselor perlu menjadi perintis dan permulaan bagi mewujudkan iklim
komunikasi positif dan bijak mengatur arah jika terdapat kecelaruan emosi
dan tingkah laku di kalangan klien mereka. Untuk mewujudkan interaksi yang
memenuhi keperluan psikologi, kaunselor perlu menggunakan gaya bahasa
yang positif, memberi lebih pengiktirafan, teguran, nasihat dan jangan sekali-
kali suka membuktikan kesalahan klien.
 Kemahiran memujuk
 Kemahiran mendengar
 Kemahiran bertanya
 Penampilan

You might also like