Rosak Bawang Ditimpa Jambak secara langsung bermaksud, bawang yang di dalam keadaan baik dan elok itu

akan rosan / jahanam / tidak boleh digunakan untuk apa tujuanpun, jika dibiarkan jambak atau daunnya yang basah itu tersepuk di atasnya tanpa diambil peduli. Dalam keadaan yang sedemikian, rosaknya bawang itu adalah disebabkan oleh anggotanya sendiri. iaitu daunnya. Begitulah juga halnya dengan kita manusia. Berdasarkan peribahasa tersebut, kecelakaan yang mungkin menimpa kita berkemungkinan berpunca dari diri kita sendiri. Berpunca dari tindak tanduk kita dalam mengharungi kehidupan. Berpunca dari tindak tanduk kawan-kawan kita atau mereka yang di sekeliling kita; yang seharusnya bertindak menjaga dan menyokong kita, jika kita seorang ketua atau pemimpin. Perkara ini amat perlu dihayati dan difahami demi kebaikan diri dan kebaikan organisasi kita; lebih-lebih lagi jika kita seorang ketua dan pemimpin. Bila bercakap mengenai pemimpin; khususnya pemimpin di peringkat tertentu, kita selalu mendengar cakap-cakap atau lebih tepat kalau dikatakan keluhan ketidakpuasan dari orang ramai tentang betapa susahnya kita; penyokong atau rakyat biasa, jika berhajat hendak berurusan dengan pemimpin.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful