PANTANG LARANG DI SARAWAK

(KAUM BIDAYUH DAN MALANAU)
NAMA KUMPULAN : P5E 1. NOR IZZATI BINTI JOHARI 2. RODZIAH BINTI ABD. RAHIM 3. NURUL ATIKAH BINTI HASSAN 4. SITI NORAZIRAH BINTI YA·ACOB

SEMASA MENGANDUNG

Semasa mengandung, si isteri serta suaminya dikehendaki mengamalkan pantang larang berikut:

Tidak boleh mencuri, kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi pencuri. Tidak boleh memakan daging rusa kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi gila dan akan menyukarkan proses bersalin. Tidak boleh keluar pada waktu senja kerana takut disampuk hantu atau umot sanja yang akan mengganggu anak dalam kandungan tersebut. Tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa saja yang berpenyakit kulit, kerana dikhuatiri akan menjangkiti anak dalam kandungan dan menyebabkannya lahir tidak cukup bulan.

PERSEDIAAN MENYAMBUT KELAHIRAN

Tidak dibenarkan membuat atau membersihkan parit atau tali air kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir menjadi sumbing. Tidak dibenarkan memaku, mengikat dengan ketat atau menyumbat sebarang lubang, takut anak akan mati semasa dilahirkan. Tidak dibenarkan mengeringkan kolam, perigi atau sungai kerana dikhuatiri si isteri akan mengalami tumpah darah. Tidak boleh melipat balik tikar, lapisan lantai dan sebagainya, kerana takut kedudukan anak di dalam perut songsang dan ini boleh menyulitkan kelahirannya.

SELEPAS BERSALIN

Menyimpan dan Menanam Uri

Uri bayi tersebut dimasukkan ke dalam kendi tanah yang kecil dan ditutup dengan abu dapur dan ditinggalkan di sudut tempat memasang api dalam bilik keluarga berkenaan sehingga bayi itu sudah boleh duduk dan berjalan sendiri. Mengikut adat masyarakat Bidayuh, kendi yang mengandungi uri tadi akan dipecahkan apabila si anak sudah mula belajar berjalan. Jika anak perempuan, kendi dipecahkan dengan kayu api dan sekiranya anak lelaki, kapak akan digunakan. Uri tadi juga akan ditanam ke dalam tanah dan masyarakat Bidayuh percaya perbuatan ini boleh menyebabkan si anak perempuan tadi pandai membuat kerja-kerja rumah dan anak lelaki pula pandai membuat kerja-kerja di sawah.

Menjaga Tali Pusat Bilik kediaman anak itu dikenakan pantang selama tujuh hari tujuh malam.

Membawa rebung, paku, kulat, pekasam daging dan ikan serta belacan ke dalam bilik, dikhuatiri ibu dan anaknya jatuh sakit. Naik ke siling atau memanjat pokok yang berdekatan kerana dikhuatiri si anak akan jatuh sakit. Merokok kerana bimbang si anak mendapat batuk. Nasi untuk si ibu hendaklah dibungkus dengan daun manah dan dimakan dengan garam nipah sahaja.

Selain itu, ibu tersebut juga hanya dibenarkan meminum arak atau air halia yang sudah dijerang. Tuak tidak dibenarkan kerana perut akan menjadi kembung. Sesiapa yang melanggar pantang di atas terutamanya pantang pertama dan kedua akan dikenakan denda yang berat jika si ibu atau si anak jatuh sakit

Tidak boleh bersiul di waktu malam, nanti hantu menjelma, sebab bersiul itu seperti memanggil hantu

. Tidak boleh menuding jari ke arah pelangi sewaktu hujan renyai renyai, nanti jari putus

. Tidak boleh menyapu di dalam rumah pada waktu malam, nanti rezeki tidak mahu datang

Tidak boleh makan menggunakan periuk, nanti nasi ´ruakµ dan rezeki tidak mahu datang

Tidak boleh potong kuku pada waktu malam, kerana dipercayai menyumpah ibu bapa mati awal

Tidak boleh bercermin pada waktu malam, takut nanti nampak hantu kat belakang

Bila menggunakan lesung batu, lesung batu mesti dilapik dgn kain supaya bunyi menumbuk dalam lesungi tidak terlalu kuat, takut nanti ´ipukµ marah dan tuan rumah pendek rezeki

. Bila mencuci pinggan mangkuk tidak boleh melaga pinggan mangkuk tersebut, nanti orang yang makan menggunakan pinggan mangkuk itu akan menghidap penyakit untut kaki atau gaut

Bila hari hujan lebat,guntur dan petir, tidak boleh ketawa, kalau ketawa kena bakar rambut sikit

Jangan ketok senduk kat periuk sewaktu masak, nanti orang yang memakan makanan yang dimasak dengan mengetuk akan menghidap penyakit untut kaki

MASYARAKAT MALANAU

WANITA HAMIL
Tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam dan petai kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.

SUAMI WANITA HAMIL
Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab.

SEKIAN TERIM A KASIH

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful