You are on page 1of 15

Tarikh amali : 3 Januari 2011

Masa amali : 08.30-11.30 pagi

Tajuk amali : Membuat pembersihan, penyegar dan pelembapan pada muka.

Tujuan amali : mempelajari teknik-teknik yang betul semasa melakukan pembersihan muka dan
cara meletakkan penyegar, pelembap dengan betul beserta memegang dan menggunakan alatan
dengan betul.

MEMBUAT PEMBERSIHAN, PENYEGARAN DAN PELEMBAPAN PADA MUKA

Sebelum amali yang akan kami lakukan pada hari ini oleh pengajar, sebelum memulakan amali
sedikit demo atau tunjuk ajar diberikan kepada kami tentang teknik-teknik yang harus dilakukan
oleh kami semasa melakukan pembersihan keatas muka. Selain itu kami juga diberikan
penerangan tentang jenis-jenis produk yang sesuai dan tidak sesuai digunakan berdasarkan
analisis kulit muka.

Sebelum memulakan amali alatan dan bahan disediakan antaranya ialah:

Alatan

Eye make-up remover


 Digunakan untuk menanggalkan mekup
pada muka sebelum proses rawatan
dilakukan.

Spatula

STE 3209 KOSMETOLOGI


1 (LAPORAN AMALI)
 Sebagai alatan untuk mengambil krim
pelembap.

Antiseptik

 Disapukan pada tangan jurusolek


sebelum melakukan aktiviti rawatan
bagi menghapuskan bakteria yang
terdapat pada tapak tangan.

Kapas muka

 Sebagai alat untuk menyapukan


penyegar.

Bahan

Pencuci muka

STE 3209 KOSMETOLOGI


2 (LAPORAN AMALI)
 Terdapat dalam pelbagai jenis produk
mengikut kesesuaian kulit.
 Digunakan untuk membersihkan
kotoran dan minyak yang terdapat pada
muka.

Penyegar

 Menyegarkan kulit muka setelah penat


melakukan aktiviti seharian.

Pelembap

 Melmbapkan kulit dan mengemblikan


pH kulit pada keadaan yang seimbang.

Langkah-langkah kerja

1. Bahan dan alatan yang diperlukan disediakan pada rak bertroli dan diletakkan
bersebelahan dengan
2. Sediakan bahan dan ben rambut diatas katil fasial
3. Sediakan pelanggan
- Minta pelanggan meanggalkan aksesori yang dipkainya
- Minta pelanggan menukar pakaiannyadengan gaun fasial.
STE 3209 KOSMETOLOGI
3 (LAPORAN AMALI)
- Iringkan pelanggan sehingga ke katil fasial.
- Baringkan pelanggan diatas katil fasial
- Balutkan rambut pelanggan dengan tuala dan ikatkan dengan ben rambut
4. Setelah itu lakukan proses-proses untuk membersihkan, menyegarkan, dan melembabkan
kulit muka.
5. Jurusolek mensterilkan tanggannya dengan spirit surgical.
6. Bubuh sedikit pembersih mata pada kapas lembab dan letakkan di bawah mata. Minta
pelanggan menutup mata.
7. Letakkan diatas kelopak mata dan kening.
8. Letakkan jari manis pada saraf trigeminal. Bersihkan mekap pada kelopak mata dengan
sempurna disebelah kiri.
9. Ulang langkah 4 pada mata sebelah kanan.
10. Dengan menggunakan kedua-dua jari manis, bersihkan bahagian bawah mata dari hujung
dalam ke hujung luar.
11. Bubuh sedikit pembersih pada kapas lembap, lipat kapas dua kali.
12. Bersihkan bibir dari sudut luar ke tengah. Lipat kapas kebahagian yang bersih dan ulang
proses pembersihan bibir hingga sempurna.
13. Bubuh pembersih pada keseluruhan leher dan muka.
14. Ratakan pembersih pada leher, dagu, pipi, hidung dan dahi
15. Bersihkan bahagian tersebut dengan span lembap dan air.
16. Bubuh penyegar pada kapas dan sapukan pada leher dan muka
17. Petap leher dan muka dengan kertas tisu
18. Bubuh pelembab pada leher dan muka.

Prosedur pembersihan muka

Sebelum memulakan prosedur membersih muka kami diberi penerangan tentang teknik-
teknik yang betul dalam membersihkan muka dibawah adalah langkah-langkah yang
diajarkan kepada kami oleh Cik Dina:

1. Menyediakan pelanggan, mengirigi

STE 3209 KOSMETOLOGI


4 (LAPORAN AMALI)
pelanggan ke katil fasial.

2. Pelanggan dibaringkan dan alatan


yang diperlukan disediakan pada rak
troli serta diletakkan disebelah
jurusolek.

3. Pastikan kedudukan dan postur badan


jurusolek adalah betul iaitu badan
tegak dan kaki kanan akan diletakkan
diatas palang bawah katil manakala
kaki kiri tegak dilantai.

4. Menggunakan kapas muka kepitkan


diantara jari hantu dan manis dan
barulah diletakkan ‘eye remover’
diatas kapas tersebut.
5. Kemudian menggunakan kapas
tersebut mata dilapkan menggunakan

STE 3209 KOSMETOLOGI


5 (LAPORAN AMALI)
kapas tersebut bagi menanggalkan
mekup yang berada dimuka.
6. Bermula pada bahagian mata dan
kemudian pada bahagian bibir
pelanggan.

7. Menggunakan pembersih muka


diletakkan pada tapak tangan
jurusolek, jika ianya jenis foam
makan sedikit air akan diletakkan
pada tangan jurusolek tersebut bagi
menghasilkan buih sebelum muka
dibersihkan.
8. 5point pada muka diletakkan buih
pencuci muka iaitu pada bahagian
pipi kiri dan kanan, hidung, dahi dan
dagu.
9. Kemudian bermula pada bahagian

STE 3209 KOSMETOLOGI


6 (LAPORAN AMALI)
dagu muka dibersihkan dan
seterusnya pipi, dahi dan hidung.

10. Menggunakan span yang direndam


didalam air suam sabun pembersih
tersebut di bersihkan sehingga tiada
kesan.

Prosedur penyegaran muka menggunakan toner

setelah selesai muka dibersihkan kami diterangkan langkah-langkah yang betul untuk
meletakkan penyegar dimuka berikut adalah langkah dan teknik yang betul :

1. Setelah muka selesai dibersihkan,


penyegar akan diletakkan dimuka
pelanggan.

2. Kapas dipegang menggunakan jari


hantu dan diselitkan diantara jari
telunjuk dan manis.

STE 3209 KOSMETOLOGI


7 (LAPORAN AMALI)
3. Tonner penyegar diletakkan pada
permukaan kapas dan kemudian di
dapkan pada muka perlahan-lahan.

Prosedur melembapkan muka menggunakan krim pelembap

Setelah penyegar diletakkan kemudian kami ditunjukkan langkah-untuk meletakkan krim


pelembab pada muka dengan teknik yang betul antaranya adalah seperti berikut :

1. Setelah penyegar kering dimuka


kemudian menggunakan spatula
calitkan krim pelembap mengikut
kuantiti yang mencukupi dan letak
dibahgian tepi tangan.

2. Letakkan krim pelembap pada lima


tempat bahagian muka iaitu pipi
kanan kiri, dahi,hidung dan dagu

STE 3209 KOSMETOLOGI


8 (LAPORAN AMALI)
3. Sapukan pelembap sehingga rata
keseluruh kawasan muka.

Setelah selesai semua prosedur tersebut, pelanggan diminta untuk menukar pakaian didalam
bilik persalinan serta jurusolek akan mengiringi pelanggan tersebut hingga ke bilik
persalinan.

STE 3209 KOSMETOLOGI


9 (LAPORAN AMALI)
Alatan besar yang terdapat dimakmal

Beberapa alatan yang terdapat didalam makmal solekan adalah


seperti berikut:

Katil fasial

Digunakan untuk tempat persediaan pelanggan


sebelum melakuakn proses-proses rawatan.

Troli peralatan

digunakan untuk meletakkan barangan sebelum proses rawatan


kecantikan dilakukan, bagi memudahkan jurusolek mencapai
alatan-alatan yang diperlukan.

Siki air

Kegunaannya adalah untuk membasuh tangan sebelun


melakuak aktiviti rawatan.
STE 3209 KOSMETOLOGI
10 (LAPORAN AMALI)
Jenis air panas dan sejuk terdapat bagi memudahkan pengambilan air suam

Penapis air suling

Digunakan untuk menghasilkan air suling bagi


kegunaan steam muka

Alatan medicior

alatan digunakan untuk rawatan kuku.

Sanitizer

Digunakan untuk menstrilkan alatan bagi bebas kuman


dan bakteria.
STE 3209 KOSMETOLOGI
11 (LAPORAN AMALI)
Vacuum dan High frequency

Digunakan untuk merawat muka

Kanta muka

Digunakan untuk melihat keadaan kulit pada muka

STE 3209 KOSMETOLOGI


12 (LAPORAN AMALI)
Steamer muka

Digunakan untuk mewapkan muka

Refleksi

Hri ini merupakan amali pertama yang dijalankan oleh saya bersama rakan-rakan yang lain, saya
sangat teruja untuk mengetahui teknik dan cara yang betul dalam melakukan prosedur rawatan
kecantikan yang selama ini hanya saya dengari daripada television sahaja dan sekarang saya
akan diajar tentang teknik dan cara yang betul menggunakan alatan yang digunakan di SPA
kcantikan. Kami diberi penerangan tentang alatan yang terdapat pada makmal solekan. Saya
amat teruja degan peralatan moden dan canggih yang akan saya gunakan dalam melakukan sesi
rawatan kecantikan.

Setelah amali selesai dilakuakn barulah saya tahu bahawa selama ini cara dan teknik
pembersihan yang saya lakukan pada muka saya adalah tidak betul sama sekali dengan
mempelajari pada hari ini saya akan menggunakan pada diri saya dan mengajarkan pada orang
lain teknik yang diajarkan ini. Saya cukup seronok melakukan amali pada hari ini, selain
memperolehi ilmu secara tidak langsung ilmu ini saya boleh gunakannya untuk diri sendiri atau
mungkin satu hari nanti membuka pusat kecantikan sendiri. Selain itu saya juga dapat mengenali
beberapa jenis alatan besar yang digunakan di SPA.

STE 3209 KOSMETOLOGI


13 (LAPORAN AMALI)
Kesimpulan

Pada era ini semua orang telah menggunakan pembersih muka beserta set yang telah disediakan
bagi mencantikkan kulit muka dan membuang kotoran yang melekat pada muka setelah penat
melakukan aktiviti luar rumah. Pembersihan dan teknik-teknik yang betul adalah penting untuk
setiap orang mengetahuinya ini adalah kerana semasa proses pembersihan muka dilakukan
terdapat teknik-teknik urutan muka dilakukan bagi menegangkan kulit. Ianya adalah penting bagi
megelakkan seseorang itu kelihatan tua sebelum usianya.

Selain itu penyegar juga mempunyai fungsinya sendiri dimana penyegar berperanan
menyegarkan kembali kulit yang seharian terdedah kepada kotoran semasa melakukan aktiviti
luar. Pada masa yang sama pelembap juga penting bagi kulit untuk mengekalkan kelmbapan
kulit muka supaya tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak.

Seperti yang kita tahu kulit terdiri daripada dua iaitu kulit berminyak dan kulit kering, dapat kita
lihat pada masa sekarang pelbagai jenis set pencuci muka yang telah diciptakan dan
diadaptasikan mengikut kesesuaian kulit seseorang. Jika betul pemilihan produk pencucian maka

STE 3209 KOSMETOLOGI


14 (LAPORAN AMALI)
kulit akan kelihatan cantik dan jika salah pemilihan terhadap produk maka kulit muka kita akan
mengalami sensetif yang mungkin mengakibatkan kesan buruk pada muka.

STE 3209 KOSMETOLOGI


15 (LAPORAN AMALI)

You might also like