Tumor Otak

Apakah itu Tumor Otak? Tumor otak merupakan ketumbuhan yang berasal dari sel-sel otak atau dari struktur di sekelilingnya. Bagaimanakah tumor otak ini diklasifikasikan? Ia boleh diklasifikasikan sebagai:
• •

Tumor Benigna (bukan kanser). Tumor Malignan (kanser).

Terdapat 2 kategori tumor otak
• •

Tumor otak primer - tumor ini berasal atau tumbuh dari otak. Tumor otak sekunder (dikenali sebagai metastatik) - ia berasal atau merebak dari bahagian-bahagian badan yang lain seperti paru-paru, buah pinggang, payudara dan kulit.

Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat dua jenis tumor otak iaitu sama ada benigna atau malignan. Tumor benigna tumbuh secara perlahan-lahan dan ia tidak merebak ke bahagian-bahagian lain dalam badan. Jika tumor ini dapat dibuang dengan jayanya, ia tidak lagi menimbulkan apa-apa masalah. Walau bagaimanapun, jika tumor itu terletak berdekatan dengan mana-mana struktur otak yang penting, ia boleh menimbulkan ancaman kesihatan yang serius kerana sesuatu ketumbuhan yang membesar boleh menyebabkan beberapa komplikasi atau boleh mengancam nyawa. Kadangkala ianya menimbulkan kesulitan untuk dibuang kerana kedudukannya itu. Bagi tumor malignan, sel-sel ketumbuhan ini berkemampuan untuk merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain (kanser). Ia menyerang dan merebak dengan begitu cepat. Walau bagaimanapun, tumor otak malignan ini jarang sekali merebak keluar dari sistem saraf pusat1. Tumor otak primer bermula dan terbentuk di dalam otak. Ianya mungkin tumbuh dan terbentuk di sesuatu tempat yang kecil atau ia boleh merebak ke kawasankawasan berdekatan. Tumor sekunder (metastatik) bermula atau tumbuh di tempat lain dan kemudiannya merebak melalui saluran darah ke otak untuk membentuk tumor otak sekunder (tempat asalnya ialah kanser paru-paru, payudara, usus dan kulit). Tumor secara langsungnya boleh memusnahkan sel-sel otak dan secara tidak langsungnya memusnahkan sel-sel apabila berlakunya keradangan, mampatan

1

iaitu kanak-kanak (3 -12 tahun) dan golongan dewasa (40 -70 tahun). walau bagaimanapun. Sel-sel ini tumbuh dan membiak dengan cara yang tersusun untuk membentuk sel-sel baru dan mengekalkan badan yang sihat supaya ia dapat berfungsi dengan baik. Sel-sel yang tumbuh berlebihan tanpa dikawal ini akhirnya menjadi tumor. meninges (lapisan yang terdiri dari 3 membran) dan juga oleh cecair serebrospina. melihat. Apabila sel-sel ini hilang kemampuan untuk mengawal pertumbuhannya. Otak dilindungi oleh tengkorak. deria (mendengar. Ahli-ahli kimia dan para pengawet adalah antara mereka yang termasuk dalam golongan ini. merasa dan menyentuh) dan emosi. Apakah faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko tumor otak? Tidak terdapat faktor-faktor risiko yang jelas di kalangan pesakit-pesakit yang menghidap tumor otak. keturunan. Ia juga mengawal bahagianbahagian badan yang lain termasuk otot-otot. ia akan tumbuh dengan bebasnya. Bagaimanakah insidens penyakit ini? Tumor otak boleh berlaku pada semua lapisan umur. Tumor ini boleh menyerang mana-mana satu dari 3 bahagian otak: serebrum serebelum atau pangkal otak Bagaimanakah terbentuknya tumor ini? Tubuh manusia terdiri dari sel-sel. menghidu. tetapi para pengkaji telah cuba mencari jawapan kepada masalah ini. organ dan saluran darah. ia akan mempengaruhi kemampuan otak untuk berfungsi dengan normal. Terdapat banyak bidang yang diberi tumpuan oleh para penyelidik untuk mengenal pasti sebab-sebab berlakunya tumor otak ini.akibat ketumbuhan tumor. persekitaran dan bahan-bahan kimia adalah antara bidang-bidang yang diberi perhatian serius. Organ otak mengawal beberapa bahagian dan fungsi dalam badan. didapati sesetengah jenis tumor otak lebih kerap berlaku di kalangan pekerjapekerja kilang penapis minyak. 2 . Apakah penyebab tumor otak? Penyebab tumor otak tidak diketahui. Jika tumor didapati di mana-mana bahagian ini. kebengkakan dan peningkatan tekanan dalam otak (tekanan intrakranium). Faktor-faktor seperti genetik. Dengan mengkaji beberapa kes pesakit tumor otak. Otak mengawal proses ingatan dan pembelajaran. kajian telah menunjukkan bahawa terdapat 2 kumpulan umur yang lebih biasa mendapat masalah ini. industri-industri pembuatan bahan-bahan getah dan dadah.

Tidak terdapatnya refleks merah di dalam mata. Sakit kepala merupakan gejala tumor otak yang paling biasa. ataksia • 3 . jika pesakit terjatuh ia boleh mencetuskan sawan yang disebabkan oleh tumor. apabila terdapat tumor di sesuatu bahagian maka ia akan mempengaruhi keupayaan fungsi di bahagian tersebut. Perubahan pada gaya (terhuyung-hayang). gejala berikut mungkin berlaku: • • • • • Loya dan muntah. Ini kerana setiap bahagian otak mengawal fungsi-fungsi tertentu. • • Di kalangan kanak-kanak. kebutaan. hilang ingatan. Pengesanan dan rawatan awal mungkin boleh meningkatkan kadar kemandirian pesakit. Jika gejala masih berterusan berjumpalah doktor pakar neurologi atau doktor pakar kanser. Bagi sesetengah kes. hilang tumpuan dan kekeliruan mungkin merupakan tanda-tanda tumor otak.Apakah gejala-gejala tumor otak? Tumor otak akan menimbulkan pelbagai gejala. Sakit kepala yang menjadi semakin teruk ketika batuk. Jadi. Ia bergantung kepada bahagian mana ianya berlaku. bersin dan menunduk. • • Perubahan tingkah laku seperti bersikap 'tidak apa'. berjalan (berjalan terencot-encot). Sebelah tangan menjadi lemah dan kekok. Gangguan makan. Gangguan penglihatan seperti penglihatan berganda. Lilitan kepala membesar. juling. Bayi yang menghidapi kanser selalunya menunjukkan gejala-gejala berikut : • Ubun-ubun membonjol (bukaan yang tedapat pada tengkorak disebabkan oleh proses penulangan yang tidak lengkap). Sakit kepala yang berterusan dan diikuti dengan loya dan muntah. Kesukaran untuk berjalan. Gejala-gejala berikutnya mungkin merupakan petanda tumor kerana ia boleh meningkatkan tekanan di dalam otak: • Sakit kepala yang teruk terutamanya di sebelah paginya berbanding dengan waktu tengah hari.

Ubat ini berguna untuk mengatasi gejala-gejala yang berkaitan dengan bengkak otak yang selalunya berlaku selepas pembedahan. Berehat adalah penting. terapi sinaran ini boleh menimbulkan masalah kulit di bahagian yang dirawat. Gangguan percakapan. kelemahan atau kekebasan sebelah badan. Anda perlu ingat bahawa selepas terapi sinaran. Hilang penglihatan (terutamanya penglihatan periferi). anda tidak boleh menghentikan dengan sendiri pengambilan ubat steroid ini tanpa nasihat doktor. Di samping itu. perubahan mood dan kemurungan. Hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemorosotan proses mental. Perbuatan begini boleh membahayakan anda. Adalah perlu bagi anda supaya sentiasa membawa bersama kad steroid (dapatkan dari jururawat atau doktor anda) ketika anda masih dirawat dengan ubat tersebut. Kesan-kesan sampingan ini adalah sementara dan akan beransur-ansur hilang. loya atau muntah. Kulit kelihatan seperti terkena selaran matahari. Sekali-sekala paras gula dalam darah akan meningkat. Orang dewasa yang menghidap tumor otak akan menunjukkan beberapa gejala seperti berikut: • • • • • Kerap diserang sakit kepala. dapatkan pemeriksaan doktor selalu. kesukaran untuk tidur di waktu malam. anda mungkin terasa sangat letih. Adalah penting bagi 4 . Pesakit mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan sementara. kerana. Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan. Untuk memantau kesan-kesan sampingan ini. Gangguan ingatan atau perubahan personaliti. seperti tekanan darah tinggi. jangkitan. Peningkatan berat badan. Epilepsi (sawan. • • • Apakah yang selalunya dilakukan selepas pembedahan dan apakah komplikasi yang seringkali terjadi? Selalunya doktor akan memberi terapi ubat steroid atau ubat antikonvulsi atau kedua-duanya sekali sebelum atau selepas pembedahan otak7. Perubahan pada endokrin. pengekalan air.• • • Keletihan dan terasa lemah badan. Ini perlu. merah dan gatal. kekejangan otot dan tidak sedarkan diri). Hilang daya imbangan terutamanya jika ia dikaitkan dengan sakit kepala.

Ia seringkali digunakan di kalangan pesakit kanak-kanak untuk melambatkan terapi sinaran kerana otak mereka mudah rosak bila terdedah kepada sinaran. Juga. Dadah yang digunakan dalam kemoterapi akan menyekat keupayaan selsel tumor untuk membiak dengan menghenti atau mengganggu putaran selnya (pola biasa pembentukan sel). Kemoterapi akan memberi kesan kepada keduadua jenis sel. Anda jangan menggunakan ubat-ubat lain tanpa nasihat doktor. Berikutan dari rawatan sinaran atau kemoterapi ini. Apakah rawatan yang ada untuk penyakit ini? Dadah atau ubat-ubatan yang sering digunakan untuk merawat tumor otak termasuklah: • • • • • • Dadah kemoterapi Ubat steroid Ubat anti-konvulsi Diuretik Analgesik Antasid atau penyekat histamin Kemoterapi Kemoterapi menggunakan dadah-dadah tertentu untuk memusnahkan sel-sel tumor. Ia juga digunakan untuk merawat tumor 5 . walaupun kesan sampingan setiap dadah itu berbeza-beza. yang normal dan yang bertumor. Doktor juga akan memaklumkan bilakah prosedur-prosedur pengimbasan atau ujian-ujian lain perlu dijalankan. Lawatan susulan adalah penting. Jika anda tidak memiliki maklumat ini.anda mendedahkan kawasan yang dirawat itu kepada udara seberapa lama yang boleh dan lindunginya dari cahaya matahari. Mata juga mungkin turut terlibat. jika terdapat apa-apa masalah kesihatan yang luar biasa. Selepas pembedahan atau rawatan-rawatan lain doktor mungkin meminta pesakit melalui beberapa ujian untuk mengetahui keberkesanan rawatan yang telah diberi dan memantau sebarang kemungkinan berlaku semula tumor tersebut . maklumkan kepada doktor anda segera. sila hubungi atau berjumpa doktor anda. yang membawa kepada terjadinya katarak. Doktor anda mungkin mencadangkan penggunaan ubat salap dalam bentuk losyen atau krim. pesakit tumor otak mempunyai risiko mendapat penyakit leukemia atau tumor tersebut mungkin berulang kembali di kemudian hari nanti.

Antasid atau penyekat histamin untuk mencegah ulser stres. Doktor anda mungkin mencadangkan penggunaan ubat salap dalam bentuk losyen atau krim. Untuk memantau kesan-kesan sampingan ini. Steroid ini digunakan untuk mengurangkan keradangan tisu-tisu serta mengawal kebengkakan yang terjadi di sekeliling tumor otak. Adalah perlu bagi anda supaya sentiasa membawa bersama kad steroid (dapatkan dari jururawat atau doktor anda) ketika anda masih dirawat dengan ubat tersebut. perubahan mood dan kemurungan. jangkitan. Di samping itu. Kesan-kesan sampingan ini adalah sementara dan akan beransur-ansur hilang. Ubat-ubatan Ubat steroid seperti dexamethasone dan ubat antikonvulsi digunakan untuk pesakit tumor otak. Anda jangan menggunakan ubat-ubat lain tanpa nasihat doktor. Prosedur ini mungkin dilakukan secara bersendirian atau digabungkan untuk merawat tumor malignan.yang berulang. Anda perlu ingat bahawa selepas terapi sinaran. Adalah penting bagi anda mendedahkan kawasan yang dirawat itu kepada udara seberapa lama yang boleh dan lindunginya dari cahaya matahari. Kulit kelihatan seperti terkena selaran matahari. pesakit tumor otak mempunyai risiko mendapat penyakit leukemia atau tumor tersebut mungkin berulang kembali di kemudian hari nanti. terapi sinaran ini boleh menimbulkan masalah kulit di bahagian yang dirawat. Sekali-sekala paras gula dalam darah akan meningkat. Berehat adalah penting. dapatkan pemeriksaan doktor selalu. anda mungkin terasa sangat letih. jika perlu. kesukaran untuk tidur di waktu malam. Mata juga mungkin turut terlibat. Analgesik atau ubat menahan sakit untuk mengawal kesakitan. Ubat anti konvulsi seperti phenytoin diberi untuk mencegah serangan sawan dan selalunya diberi selepas pembedahan otak dijalankan. Perbuatan begini boleh membahayakan anda. 6 . Apakah yang selalunya dilakukan selepas pembedahan dan apakah komplikasi yang seringkali terjadi? Selalunya doktor akan memberi terapi ubat steroid atau ubat antikonvulsi atau kedua-duanya sekali sebelum atau selepas pembedahan otak7. Ubat-ubatan lain yang mungkin juga diberi termasuklah: • • • Ubat diuretik osmosis seperti mannitol untuk mengecilkan bengkak otak. Pesakit mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan sementara. pengekalan air. seperti tekanan darah tinggi. Ubat ini berguna untuk mengatasi gejala-gejala yang berkaitan dengan bengkak otak yang selalunya berlaku selepas pembedahan. yang membawa kepada terjadinya katarak. Berikutan dari rawatan sinaran atau kemoterapi ini. kerana. merah dan gatal. Ini perlu. anda tidak boleh menghentikan dengan sendiri pengambilan ubat steroid ini tanpa nasihat doktor.

jika terlalu banyak perebakan itu telah dikesan.di mana doktor pakar bedah akan memotong sebahagian dari tulang tengkorak untuk membedah otak yang terlibat. Ini kerana bagi sesetengah kes. Juga. Tumor yang telah merebak ke tisu-tisu otak mungkin juga akan dibuang untuk mengurangkan saiznya. Sejenis prosedur penyimpangan dilakukan untuk melegakan tekanan dalam otak (interkranial) dengan mengalirkan cecair yang berlebihan atau yang tersekat. Kraniotomi . jika terdapat apa-apa masalah kesihatan yang luar biasa. tulang yang dipotong tadi akan diletak kembali atau sekeping logam atau fabrik akan diletak untuk menutup lubang yang ditebuk atau bukaan yang dibuat pada tengkorak. Doktor juga akan memaklumkan bilakah prosedur-prosedur pengimbasan atau ujian-ujian lain perlu dijalankan. pesakit perlu melalui beberapa ujian tertentu seperti imbasan CT. rawatan mungkin hanya ditumpukan kepada usaha untuk melegakan kesakitan atau mengurangkan gejala-gejalanya sahaja. Selepas pembedahan atau rawatan-rawatan lain doktor mungkin meminta pesakit melalui beberapa ujian untuk mengetahui keberkesanan rawatan yang telah diberi dan memantau sebarang kemungkinan berlaku semula tumor tersebut . Tujuannya adalah untuk mengeluarkan keseluruhan tumor. RAWATAN BUKAN FARMAKOLOGI Rawatan berikut merupakan kaedah-kaedah utama yang dilakukan: • • • Pembedahan Terapi sinaran Imunoterapi Pembedahan Pembedahan merupakan rawatan yang sangat biasa dilaksana untuk pesakit tumor otak. maklumkan kepada doktor anda segera. pesakit akan mengalami tekanan interkranial yang tinggi. sila hubungi atau berjumpa doktor anda. pembedahan dijalankan untuk membuang kesemua ketumbuhan setempat. Bagi tumor otak yang telah merebak. MRI atau PET bagi menentukan kedudukan sebenar tumor tersebut. • • 7 . Terdapat beberapa prosedur pembedahan: • Biopsi . Sebelum sesuatu pembedahan itu dilakukan. Jika anda tidak memiliki maklumat ini.sedikit sampel akan diambil untuk membolehkan diagnosis yang tepat dibuat. Walau bagaimanapun.Lawatan susulan adalah penting. Selepas mengeluarkan tumor.

Ia bertindak dengan mengubah persekitaran biologi atau gelagat sel-sel tumor menjadikannya sukar untuk tumbuh membiak. • 8 . seseorang doktor akan memeriksa rekod-rekod perubatan pesakit bagi membolehkannya merancang sesuatu pelan rawatan berasaskan keadaan pesakit tersebut. Imunoterapi Kaedah ini masih lagi di peringkat percubaan klinikal. Sebelum rawatan sinaran ini dimulakan. Doktor mungkin juga akan menjalankan pemeriksaan menggunakan pengimbas tertentu atau x-ray untuk menentukan kedudukan tumor yang tepat. Otak kita hanya mampu menerima sinaran pada jumlah tertentu sahaja.saluran udara. Terapi sinaran ini boleh diberikan kepada pesakit sebelum ataupun selepas kemoterapi. B (breathing) pernafasan dan C (circulation) iaitu peredaran darah. menghantar atau mengekalkan ketahanan semulajadi badan menentang penyakit. Periksa ABC pesakit .resusitasi kardiopulmonari (jika anda dilatih). Doktor pakar onkologi akan menentukan paras dos sinaran yang selamat untuk merawat sesuatu tumor. Pindahkan pesakit ke tempat yang tidak merbahaya. yang perlu dilakukan ialah: • • Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil perkhidmatan kecemasan. ia dijalankan selepas pembedahan jika tumor tidak dikeluarkan kesemuanya ataupun untuk mencegah sel-sel tumor dari merebak ke lain-lain bahagian badan. prosedur ini melibatkan bukan sahaja tisu-tisu tumor tetapi juga tisu-tisu yang sihat. Biasanya. RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan cemas mungkin diperlukan ketika atau untuk pesakit yang tidak sedarkan diri atau sawan: Untuk pesakit yang tidak sedarkan diri. Walau bagaimanapun.Terapi Sinaran Prosedur ini melibatkan penggunaan x-ray yang dihasilkan dari sebuah mesin yang dipanggil linear acceleretor atau menggunakan mesin kobalt untuk memusnahkan sel-sel kanser dan mengecutkan tumor.A (airway). Jika pesakit tidak bernafas atau nadi serta denyutan jantungnya tidak dapat dikesan atau dirasai. Lazimnya. tisu-tisu yang normal ini akan memulih semula dirinya. mulakan tatacara CPR . Ia menggunakan bahanbahan yang dihasilkan oleh badan kita sendiri ataupun dibuat di dalam makmal untuk merangsang. sebelum atau selepas pembedahan atau diberikan bersama dengan rawatan dadah.

ujian pendengaran. Jangan masukkan apa-apa benda ke dalam mulut mangsa. Pemeriksaaan menggunakan alat pengimbas tomografi berkomputer (CT Scan -Computed Tomographic Scan). ia mungkin menasihati pesakit untuk melalui beberapa ujian atau pemeriksaan bagi menentukan diagnosis. lakukan perkara-perkara berikut: • • • Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil perkhidmatan kecemasan. refleks. ujian kederiaan dan refleks kaki dan tangan. Setelah sawannya beransur pulih letakkannya dalam kedudukan yang lebih selesa. Baringkan pesakit di atas lantai atau tanah. Ia juga melakukan ujian-ujian untuk memeriksa tahap kewaspadaan. pendengaran.• Longgarkan pakaiannya yang ketat terutamanya di sekeliling leher mangsa. kuasa dan pemeriksaan saraf kranial. Berikut ialah beberapa pemeriksaan yang biasanya dilakukan untuk mendiagnos tumor otak: • Pemeriksaan Neurologi: ini termasuk ujian mental dan pemeriksaan mata. Longgarkan segala pakaian mangsa yang ketat. Baringkan mangsa pada kedudukan pemulihan. • • Untuk sawan. imbangan dan koordinasi. Letakkan ia dalam keadaan mengiring bagi mencegah muntahnya memasuki paru-paru. Jika mangsa bukanlah seorang pesakit epilepsi hantarkannya ke hospital yang berdekatan • • • • • Apakah jenis ujian yang dilakukan untuk mengesan tumor otak? Jika doktor mengesyaki seseorang pesakit itu mendapat tumor otak melalui sejarah perubatan yang diambil atau melalui gejala yang berlaku. Pastikan mangsa tidak mencederakan dirinya sendiri. kekuatan otot. Biarkan mangsa sentiasa berada dalam keadaan panas sehingga bantuan perubatan tiba. kederiaan dan pergerakan. Alat ini merupakan sejenis x-ray yang menggunakan komputer untuk memaparkan gambar struktur otak 9 • .

dengan terperinci. Ini akan membantu seseorang doktor untuk membentuk imej 3 dimensi tumor berkenaan. Sedikit sampel akan diambil dari tumor tersebut bertujuan untuk menentukan diagnosis yang sebenar. tumor otak yang malignan di kalangan orang dewasa tidak boleh disembuhkan. • Apakah prognosis bagi tumor otak? Peluang untuk baik atau sembuh (prognosis) dan pilihan rawatan yang akan diberi banyak bergantung kepada jenis tumor otak yang terjadi dan keadaan kesihatan pesakit keseluruhannya. Alat ini akan mengesan struktur tumor di dalam otak. Kebanyakan mereka yang dirawat akan meninggal dunia dalam masa 2 tahun dan bagi mereka yang enggan dirawat akan meninggal lebih awal lagi. Di samping itu juga. ia akan menentukan jenis histologi tumor itu. Malangnya. Pengimbas PET (Positron Emission Tomography): Alat pengimbas PET menggunakan bahan gula yang dirawat dengan bahan radioaktif deoksiglukosa. Pengimbas otak radioisotop. Secara globalnya. Ia lazimnya dapat menghasilkan gambar tumor otak dengan lebih jelas. Pola gula yang diserapkan ke dalam sel otak akan diamati untuk mengesahkan kewujudan sel-sel tumor. Bahan ini disuntik ke dalam vena pesakit dan proses pengimbasan dilakukan. kadang-kadang tumor benigna pun boleh menimbulkan masalah kerana tumor yang terjadi itu boleh menyebabkan tekanan dan kerosakan pada otak. Biopsi: Kaedah pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesahkan kewujudan tumor otak. Elektroensefalogram (EEG) sejenis alat digunakan untuk merakam aktiviti pengaliran elektrik ke beberapa bahagian otak yang dipanggil alat ensefalograf. Ia juga dapat mengesan sesuatu kebengkakan. Prognosisnya di kalangan pesakit yang melalui pembedahan adalah lebih baik terutamanya selepas tumor itu dibuang sepenuhnya. Tatacara pengimbasan ini mengambil masa antara 1 hingga 4 jam. Teknik ini akan membantu seseorang doktor untuk mengesan kedudukan dan saiz tumor berkenaan. • Pengimejan Resonan Magnetik atau MRI (Magnetic Resonance Imaging): Pengimbas MRI menggunakan gelombang magnet untuk menghasilkan gambar otak. 10 . pendarahan dan lain-lain keadaan yang berkaitan. • • Ujian-ujian lain: • • Filem x-ray kepala dan tengkorak.

Bagaimanakah kita boleh mencegah dari berlakunya tumor otak ini? Tidak ada sebarang garis panduan atau peraturan untuk mencegah tumor otak dari berlaku. 11 . Jika ini berlaku bertindaklah segera dengan berjumpa doktor dan dapatkan pemeriksaan yang diperlukan. Cuma kita perlu mengawasi gejala-gejala yang timbul yang mungkin menandakan wujudnya tumor di dalam otak.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful