Jurnal Akademik 2005

Kecerdasan Emosi
Oleh Yunus bin Yusof Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Abstrak
Perubahan dalam pemikiran di kalangan ahli-ahli akademik semakin berkembang dan mempengaruhi perkembangan dalam pendidikan. Masa lalu kebanyakan ahli-ahli di bidang pendidikan lebih cenderung menyatakan serta bersependapat bahawa kecerdasan intelek lebih banyak mempengaruhi perkembangan pendidikan pelajar. Setelah melalui beberapa peringkat pelaksanaan pendidikan, ahli-ahli pendidikan di seluruh dunia mendapati bahawa perkembangan dan pertumbuhan pendidikan untuk setiap pelajar juga dipengaruhi oleh kecerdasan emosi mereka. Di dalam artikel ilmiah ini, penulis membincangkan perkembangan kecerdasan emosi secara ringkas dari sudut (1) Konsep Kecerdasan Emosi; (2)Teori-teori; (3) Tokoh-tokoh penyelidik; (4) Modelmodel Kecerdasan Emosi; dan (5) Kajian-kajian Kecerdasan Emosi.

Pengenalan
Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif individu yang dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari. Istilah ‖kecerdasan‖ mula diperkenalkan oleh Sir Francis Galton. Beliau meyakini bahawa kebolehan intelek seseorang adalah bersifat penurunan. Mengikut Kamus Dewan (1986 hlm.99) cerdas ditakrifkan sebagai sempurna akal (untuk berfikir, mengerti dan lain-lain), cerdik, pintar dan sempurna pertumbuhan (perkembangan) badannya. Mengikut takrifan Wechsler (1975) kecerdasan itu ialah kebolehan seseorang individu memahami alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang ada padanya yang boleh menolong ia menghadapi cabaran hidup. Fischer (1985) menekankan bahawa kecerdasan berkait rapat dengan keadaan sedar dan aksi seseorang individu. Seseorang yang cerdas harus berupaya menyesuaikan segala tingkah lakunya dalam apa-apa bentuk alam persekitaran dalam keadaan sedar.

Emosi
Emosi atau dalam bahasa latin ‘motus anima‟ adalah fikiran tentang sesuatu situasi di mana manusia itu menemui diri mereka dan ia lahir daripada perlakuan-pelakuan fisiologi, iaitu tindak balas badaniah yang dikawal oleh otak. Emosi berasal dari perkataan Greek ―emovere‖ yang membawa maksud ―untuk keluar‖. Emosi biasanya ditonjolkan keluar untuk dipuaskan oleh setiap manusia. Secara amnya, emosi adalah satu keadaan yang dialami oleh manusia iaitu beberapa perubahan pada proses fisiologi, diri dan psikologi akan berlaku. Bruno (1984) mendefinisikan emosi sebagai satu keadaan bangkitan yang mengganggu garis dasar homeostasis. Beliau melihat emosi dari perspektif ini kerana apabila

1

Jurnal Akademik 2005

seseorang mengalami emosi,hampir keseluruhan keadaan homeostasisnya terganggu dengan pelbagai perubahan fisiologi yang berlaku dalam tubuhnya. Pandangan yang diutarakan oleh Chaplin (1985) sebaliknya cuba membezakan emosi dan perasaan. Mengikut beliau, emosi adalah satu keadaan bangkitan ―arousal‖ yang dialami oleh organisma yang melibatkan beberapa perubahan pada viseral, kesedaran dan tingkah lakunya manakala perasaan pula adalah pengalaman-pengalaman sedar yang diaktivasikan oleh sama ada rangsangan luaran ataupun beberapa keadaan badan yang berbeza-beza. Perkataan emosi dístilah sebagai keadaan subjektif seperti cinta, takut, benci dan rasa jijik. Dari aspek psikologi emosi didefinisikan sebagai tindak balas subjektif (perasaan), yang biasanya disertai oleh perubahan fisiologi. Emosi adalah keadaan motivasi yang ditandai oleh pertumbuhan fisiologi, tingkah laku ekspresif dan pengalaman dan penilaian mental (Maarof dan Haslinda, 2001). English dan English (1961) pula mentakrifkan emosi sebagai satu set tindak balas automatik, viseral dan tingkah laku lampau serta komunikasi emosi seperti ekspresi muka, isyarat, perkataan dan lain-lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Crow dan Crow (1983) menyatakan bahawa emosi ialah statu pengalaman yang penuh perasaan, yang melibatkan unsur-unsur dalaman secara amnya dan keadaan mental dan fisologi yang bergerak di dalam diri individu, dan yang menunjukkan dirinya pada tingkah laku yang nyata. Emosi juga digambarkan sebagai proses penyesuaian dalaman yang dinamis yang ditunjukkan melalui kepuasan, keperluan pelindungan dan kebajikan individu.

Konsep Emosi
Dalam mengkaji pelbagai bentuk dan fenomena emosi, pakar-pakar jiwa cuba menerangkan apa itu emosi dan bagaimana emosi dialami oleh manusia. Antara pakar jiwa yang mula-mula mengkaji tentang emosi ialah William James, Wilhelm Wundt dan Edward Titchner dan kajian mengenai emosi berkembang dari masa ke semasa sehingga terbentuknya beberapa teori yang boleh dijadikan sandaran asas kepada kajian emosi. Emosi dan perasaan manusia pada amnya mempunyai unsurunsur yang positif dan negatif. Kegembiraan, keriangan dan kesukaan adalah bentuk-bentuk emosi yang positif, manakala kemarahan, kesedihan dan kemurungan melambangkan emosi yang negatif. Satu cara yang ringkas untuk emosi ini diklasifikasikan adalah dengan cara mengenalinya di atas satu skala yang berterusan seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut :

Rajah 1 : Sumber

Skala Hedonik untuk mengkategorikan emosi. : Bruno,F ( 1984 halaman 197)

__________________________________________________________________________
Gelisah -5 -4 -3 -2 -1 0 +1 +2 +3 +4 +5 Tenang

___________________________________________________________________________

Skala Hedonik ini dicadangkan oleh Wundt (1918) dan tujuan skala ini adalah untuk memperihalkan keadaan tenang-gelisah. Angka -5 adalah keadaangelisah dan angka +5 melambangkan ketenangan yang maksimum. Pelbagai pengalaman emosi peribadi boleh dimasukkan ke dalam skala tersebut seperti kesedihan, kegembiraan, kesunyian dan lain-lain lagi.

2

Ia melibatkan proses ransangan yang di hantar secara isyarat ke otak (talamus) dan menghasilkan reaksi fizikal tubuh badan dan menghasilkan pengalaman. Teori fiologi menyatakan bahawa kebanyakan emosi yang diluahkan oleh manusia adalah di bawah kawalan satu siri neuron yang terletak di satu kawasan otak yang dinamakan sebagai sistem limbik. Teori James-Lange dan Teori Cannon-Bard. Teori Tiga Lapisan Otak Paul Maclean (1950) telah menjalankan satu kajian mengenai otak.(Salovey dan Mayer. menilai dan menjana emosi dalam membantu proses pemikiran dan membuat keputusan. Teori-teori Emosi Terdapat dua komponen teori mengenai emosi. Rajah 2: 3 Lapisan Otak Neo-Korteks (serebrum) ‗Mengawal intelek – kemahiran berfikir‘ Otak tengah (Otak Mamalia) ‗Mengawal emosi. iaitu teori berasaskan fisiologi yang terdiri dari Teori Tiga Lapisan Otak. untuk memahami emosi tersebut dan pengetahuan emosi dan untu mengawal emosi dalam usaha untuk memperkembangkan kemahiran intelektual dan emosi. seks dan kegembiraan. 1990). Kecerdasan emosi didefinisikan sebagai kebolehan untuk memantau emosi. 1996). Neo-korteks berfungsi mengawal intelek dan proses berfikir dan penaakulan. dan seterusnya memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. Beliau kemudiannya memperdalamkan kajian beliau dalam bidang emosi dengan melihat perkaitannya dengan perubahan tingkah laku serta perkaitannya dengan kecerdasan. (Young. Teori kognitif melibatkan penafsiran dan proses fisiologi di mana tindak balas emosi dibentuk akibat dari tindak balas neuron. Otak tengah berfungsi mengawal emosi. Sistem Limbik terdiri dari sel-sel dalam hipotalamus. Komponen kedua berasaskan kognitif seperti Teori Schachter-Singer dan Teori Arnold-Ellis. amigdala dan bahagian-bahagian kortek yang lain. seks dan kegembiraan‘ Pangkal Otak ‗Mengawal tindakan refleks‘ Sumber : Azizi Yahya (2003) 3 . Beliau mendapati bahawa otak manusia secara fizikalnya boleh dibahagikan kepada tiga lapisan iaitu neo-korteks (serebrum). otak tengah (otak manusia) dan pangkal otak (reptilian).Jurnal Akademik 2005 Kecerdasan emosi Sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain. Pangkal otak pula bertindak sebagai pengawal kepada tindakan refleks.

4 . kemudian terus ke hipotalamus dan ini menyebabkan reaksi fizikal pada emosi berkenaan. Mereka mengutarakan teori yang hampir sama dengan teori Arnold-Ellis dengan penambahan di mana selepas proses reaksi fizikal tubah setelah ransangan dinilai mereka perlu melaksanakan bahagian gabungan penilaian kognitif dan reaksi fizikal akan menghasilkan emosi. Emosi amat berkaitan dengan reaksi fisiologi yang di alami oleh manusia dan teori James-Lange menekankan yang emosi itu berlaku hanya setelah beberapa tindak balas tubuh yang khusus di alami. Perasaan malu merupakan hasil daripada perubahan biologi badan seperti muka kemerah-merahan. Reaksi biologi ini menyatakan dengan jelas apakah perasaan yang kita alami sebenarnya Secara kesimpulannya. James dan Lange ( 1890) mengatakan bahawa kita merasai emosi di seluruh tubuh dan tidak hanya di otak atau fikiran sahaja. Ringkasan teori emosi James-Lange digambarkan dalam rajah di bawah. James dan Lange (1904) ( dalam Jonhnson 2003) menjelaskan bagaimana wujudnya perasaan malu. Rajah 3 : Teori Emosi James – Lange Rangsangan Malar Talamus Hipotalamus Reaksi Badan Korteks Emosi dalam bentuk pengalaman SEDAR Sumber: Mohd Nazar Mahmood (2001) Teori Kognitif Schachter-Singer Stanley Schachter berpendapat bahawa kedua-dua teori fisiologi telah mengenepikan komponen kognitif. Sebagai contoh. Reaksi ini di hantar ke bahagian korteks di organ otak dan akan menghasilkan pengalaman sedar tentang emosi tersebut. teori ini percaya bahawa emosi wujud hasil daripada berlakunya perubahan keadaan fisiologi yang disebabkan rangsangan dari persekitaran kita.Jurnal Akademik 2005 Teori James-Lange Emosi yang dialami oleh manusia boleh disebabkan oleh sesuatu peristiwa yang berlaku (rangsangan luaran) dan mempengaruhi perubahan fisiologi (dalaman). Dari aspek fisiologi. tangan menutup muka dan melingkarkan badan. 2001). Tindak balas dan maklum balas yang ditunjukkan oleh tubuh badan menghasilkan emosi (Maa‘rof dan Haslinda. Schachter dan Singer (1962) berkata terdapat dua komponen untuk merasai emosi iatiu. Teori James-Lange menyatakan bahawa emosi disebabkan oleh pengamatan manusia terhadap beberapa perubahan pada badan. seseorang itu mesti mengalami fisiologi dan mestilah ada interpretasi kognitif atau penerangan kognitif tentang fisiologi. manusia harus mempunyai rangsangan luaran yang disalurkan terus ke bahagian talamus.

Rajah 4 : Teori Emosi Cannon. Kemudiannya rangsangan itu akan dihantar ke bahagian hipotalamus yang bertanggungjawab menghasilkan reaksi emosi yang bersesuaian.Bard Rangsangan Luaran Talamus Korteks serebral Hipotalamus Sistem saraf Autonomik Organ dalam Badan ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Persepsi tentang Emosi Reaksi fizikalyang berkaitan dengan Emosi PENGALAMAN EMOSI Sumber : Mohd Nazar Mahmood (2001) Teori kognitif Arnold-Ellis Teori kognitif Arnold-Ellis pula menekankan kepentingan terhadap penilaian serta interpretasi sesuatu peristiwa daripada rangsangan yang menyebabkan sesuatu emosi. dari talamus isyarat saraf akan terus di hantar ke dua bahagian serentak. rangsangan luaran akan di terima oleh talamus dan terus di hantar ke bahagian korteks untuk di analisis dan diinterpretasikan. iaitu korteks serebral dan sistem saraf autonomik. Menurut Arnold dan Ellis (1890) manusia akan menginterpretasi pelbagai situasi dan peristiwa yang berkaitan sebelum memaparkan sesuatu emosi. Kemudian. Kedua-dua pengalaman dan reaksi tubuh emosi ini adalah unik kerana kedua-duanya sekali akan menyatakan tentang sesuatu emosi yang di alami. Beliau berpendapat reaksi-reaksi tubuh terhadap pelbagai emosi adalah hampir-hampir sama dan sukar bagi reaksi ini dibeza-bezakan pada tahap saraf. Kedua-dua pakar psikologi ini menekankan bahawa ransangan yang diterima oleh individu dihantar ke bahagian talamus terlebih dahulu.Jurnal Akademik 2005 Teori Cannon-Bard Cannon (1890) mengatakan bahawa emosi tidak harus berpunca daripada reaksi-reaksi tubuh. 5 . Oleh itu. Bersandarkan idea tersebut beliau bersama Philip Bard menyarankan teori emosi sendiri. Pandangan ringkas mengenai teori tersebut digambarkan dalam rajah berikut.Ringkasan teori ini digambarkan di dalam rajah di bawah. Rangsangan yang di terima oleh korteks serebral akan menghasilkan persepsi serta pengalaman sedar mengenai emosi tersebut manakala sistem saraf autonomik akan menghasilkan reaksi tubuh terhadap emosi itu.

kecerdasan emosi merujuk kepada : Emotional intelligence is the ability to perceive. to access and generate emotions so as to assist thought. untuk membezakan setiap emosi yang dirasai dan untuk menggunakan maklumat yang diperolehi dalam pemikiran dan tindakan. Neely (1997) mendefinisikan kecerdasan emosi secara saintifik sebagai satu rangkaian kebolehan yang melibatkan dua proses berlaku serentak secara tidak langsung iaitu tindakbalas otak dan tindakbalas emosi. kecerdasan emosi juga merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memantau perasaan dan emosi sendiri dan orang lain. Ia kerana ia didapati penting dalam mengenalpasti dan menjangka prestasi individu di tempat kerja (Kiersted. semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan. 2004) Definisi Kecerdasan Emosi Kebelakangan ini. tidak melebih-lebihkan kesenangan. menagtur suasana hati dan menjaga supaya beban tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca perasaan dalaman orang lain dan berdoa untuk memelihara hubungan dengan sebaik-baiknya. 1999).1990) Mayer dan Salovey (1993) seterusnya menyatakan bahawa kecerdasan emosi membenarkan kita berfikir lebih kreatif dan menggunakan emosi bagi menyelesaikan masalah. and to relectively regulate emotions so as to promote emotional and intellectual growth. ( Mayer dan Salovey.Jurnal Akademik 2005 Rajah 5: Teori Emosi Arnold Ellis Rangsangan luaran Talamus Korteks serebral Emosi diinterpretasi di bahagian ini Hipotalamus Reaksi badan setelah diketahui dan dikenalpasti Sumber : Mohd Nazar Mahmood (2001) Kecerdasan Emosi Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri. Menurut mereka. to understand emotions and emotional knowledge. Ahli psikologi yang terawal merungkai makna kecerdasan emosi secara spesifik ialah Mayer dan Salovey (1990). ( Azhar. Pelbagai definisi telah dibuat oelh ahli psikologi terhadap terma kecerdasan emosi. kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi. kecerdasan emosi telah mendapat perhatian yang menggalakkan dari pelbagai pihak. Menurut mereka. 6 . keupayaan dan kecekapan yang mempengaruhi kebolehan seseorang untuk menghadapi cabaran persekitaran. kemampuan untuk menyelesaikan konflik serta untuk memimpin.

dan mengenal pasti apakah perkaitan yang wujud antara emosi terbabit. perasaan dan tindakan. Ia juga bagi membantu individu dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi serta berfungsi secara afektif. Cabang keempat merujuk kepada Pengurusan Emosi (Emotional Management). Menurut Mayer dan Salovey. perasaan dan emosi pada diri mereka. kecerdasan emosi membolehkan kita berfikir dengan lebih kreatif dan memudahkan proses penyelesaian masalah. di mana ia melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah emosi seperti mengetahui emosi mana yang serupa atau bertentangan. happiness and survival. Ia melibatkan kebolehan mengaitkan emosi dengan sensasi mental lain seperti rasa dan warna.Jurnal Akademik 2005 Hein (2004) mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai : The mental ability we are born with which gives us our emotional sensitivity and our potential for emotional learning management skills which can help us maximize our long. Enam domain EQ yang diperkenalkan oleh mereka adalah seperti yang dibincangkan di bawah : Kesedaran kendiri Kecerdasan emosi yang paling asas adalah keupayaan menyedari satu-satu perasaan dan dapat memberikannya identifikasi tertentu. Kesedaran kendiri melibatkan kepercayaan dan keyakinan pada diri. Sekiranya tingkah laku serta keputusan yang dibuat melibatkan elemen akal dan perasaan maka hasilnya boleh dijangka dan ianya lebih baik. Cabang yang pertama merujuk kepada Persepsi Emosi (Emotional Perception). Kecerdasan emosi merujuk kepada kemampuan minda berfungsi secara semulajadi dalam keadaan-keadaan yang dipengaruhi oleh kognisi. Ia melibatkan pemahaman terhadap implikasi perbuatan sosial dalam emosi dan pengawalan emosi dalam diri orang lain. Individu sedar berkenaan pemikiran jenis apa yang merangsang perasaaannya. Cabang kedua merujuk kepada Memudahkan Perhatian Terhadap Emosi (Emotional Facilitating of Thought). Konsep Kecerdasan Emosi Kecerdasan emosi merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan emosi dalam kehidupan dan pekerjaan mereka seharian. Cabang ketiga pula merujuk kepada Memahami Emosi (Understanding Emotion). Paling penting. (1993). kita menyedari apakah emosi kita pada waktu ini dan bagaimana emosi itu dapat membantu kita membuat keputusan yang tepat dan bijak. Elemen Kecerdasan Emosi Enam domain EQ yang dikategorikan oleh Mayer dan Solovey Istilah emotional intelligence mula-mula sekali digunakan oleh ahli psikologi iaitu Salovey dan Mayer (1990). dan menggunakan emosi dalam menaakul dan menyelesaikan masalah. Mereka telah membahagikan kepntaran emosi seseorang individu kepada empat cabang kebolehan. muzik. Ia melibatkan kebolehan seperti mengenal pasti emosi melalui mimik muka. Ia digunakan bagi menjelaskan kualiti-kualiti diri khusus yang terdapat pada emosi yang penting supaya seseorang dapat mencapai kejayaaan. Aras ini juga merujuk kepada kesedaran hubungan antara buah fikiran. Tambahan lagi kesedaran adalah perasaan yang akan terbit akibat daripada satu-satu tindakan itu. 7 . cerita atau sebagainya. Perubahan tingkah laku berlaku setelah emosi diransang di mana akal akan bertindak secara logik dan hasil yang diharapkan bergantung pada situasi.term health.

Kita perlu mencari jalan meredakan perasaan yang meluap-luap kerana marah atau kecewa. Menyedari kebolehan seseorang dan memberi galakan supaya mengambil bahagian dalam satu-satu aktiviti adalah lebih berkesan bagi menghasilkan kebaikan daipada memberi arahan ataupun mengkritik. sebaliknya adalah satu elemen yang amat berguna dalam menjana kejayaan. kita perlu menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab danb menyedari kesan atau akibat daripada keputusan yang dibuat dan meneruskan komitmen yang tidak berbelah bahagi. Beliau pula mengemukan idea bahawa kecerdasan emosi boleh dikenalpasti melalui lima domain berikut : 8 . Lima Domain EQ oleh Goleman (1996) Goleman (1996) mempopularkan EQ dalam bukunya Emotional Intelligence dan sekaligus membangkitkan kesedaran orang ramai berkenaan konsep ini yang bermula dengan implikasinya ke atas mendidik kanak-kanak sehinggalah kepentingannya di tempat kerja dan hampir dalam semua interaksi manusia. Empati Kebolehan menguasai keadaan dan bertindak dengan bijak memerlukan keprihatinan kita pada perasaan orang lain dan melihat sesuatu daripada kaca mata orang lain. Kebolehan membezakan apa yang dikatakan oleh orang lain daripada tindakan dan penilaian yang bersifat personal adalah penting. Kepercayaan dan keyakinan mempunyai kesan yang kuat kepada kebolehan kita bertindak dan bagaimana satu-satu tindakan dilakukan. Sedar apakah jenis perasaan yang cuba dikomunikasikan kepada orang lain. Sifat pemimpin yang unggul bukan terletak pada paksaan ataupun kuasa tetapi lahir daripada kebolehan menggalakkan orang yang dipimpin dapat berkerjasasama antara satu dengan yang lain secara baik bagi mencapai satu tujuan bersama.Orang-orang yang terlibat dalam konflik biasanya dihantui ataupun terkunci dalam rangkaian emosi yang membakar diri dan mereka jarang dapat melihat isu yang menyebabkan konflik itu secara lebih rasional. Fikirkan sejenak berkenaan akibat baik dan buruknya satu perkataan yang dihamburkan ketika emosi tidak terkawal.Jurnal Akademik 2005 Mengendalikan emosi Kita perlu menyedari apa sebenarnya berada di sebalik satu-satu perasaan atau emosi itu. Kegirangan dan pengharapan ada kait-mengait sama juga halnya dengan pesimis dan perasaan ataupun pendapat tanpa melahirkan perasaan atau kebenciaan adalah kekunci kejayaan. Berhubung Kebolehan menjalin hubungan silaturrahim yang sihat mempunyai kesan positif kepada semua yang terlibat. Kita cuba memahami apa yang akan terjadi apabila emosi amarah menggelodak apabila tidak dapat dikawal. Pada ketika yang sama. Ramai orang secara berterusan dikuasai atau dipengaruhi oleh pemikiran negatif. Penyelesaian konflik apat dicapai dengan menggunakan kebolehan emosi. kita perlu memahami mekanisme yang hendak digunakan. Timbang-rasa yang membolehkan kita mendengar pendapat orang lain tanpa menjadikan kita emotional adalah penting. Kerjasama Kebolehan meletakkan diri dan tahu bila hendak menjadi ketua ataupun pemimpin dan ila pula menjadi pengikut adalah penting dalam kerjasama. Kebolehan mengalihkan emosi kepada satu-satu yang positif adalah anak kunci kepada kecemerlangan sikap. Menyelesaikan konflik Apabila hendak menyelesaikan masalah. Harapan dan rasa optimis.

Namun apa yang boleh dilakukan ialah dengan menentukan emosi yang menguasai kita itu hanya sementara sahaja. Mengurus emosi sendiri Kita mempunyai peluang yang amat terhad untuk mengawal emosi yang menguasai diri. Kita boleh menentukan berapa lama emosi itu akan menguasai diri kita. Kesedaran kendiri tidak bermakna seseorang itu terbawa-bawa dengan emosinya ataupun berlebihlebih dengan emosi. Pada peringkat ini. Keupayaan untuk memasuki satu keadaan psikologi yang disebut flow merupakan keadaan mental pada peringkat tinggi. Ramai orang sedar bahawa emosi sedang menguasainya tetapi sukar untuk mengawalnya atau keluar daripada penguasaan emosi itu. Dengan adanya kesedaran kendiri ini maka seseorang itu dapat menguasai emosi dan fikiran tentang emosi itu. iaitu keadaan apabila kecerdasan emosi berada di dalam keadaan yang terbaik. Justeru itu. Kalau seseorang itu tidak mampu untuk memahami emosi sendiri 9 . seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi bukan sahaja sedar tetapi juga dapat menguasai emosi. Emosi menjadi satu unsur motivasi untuk menghadapi segala gejala seperti kekecewaan. Emosi marah akan menjadi aktif dan bertindak dengan cepat sekali tanpa diduga apabila terdapat rangsangan emosi seperti apabila ego kita dicabar. Lebih tinggi keupayaan kita menyelami emosi sendiri maka lebih mudah kita menjelajah dan memasuki emosi orang lain atau empati. Apabila seseorang itu mempunyai atau menaruh harapan maka segala kebimbangan. Selain harapan. keputusan dan kesedihan yang dialami dapat diredakan kerana segala rintangan atau masalah boleh diatasi. Emosi datang tanpa diundang kerana bila-bila sahaja emosi boleh muncul tanpa direncana. Maka beberapa kemahiran boleh dipraktikkan. Sebaliknya kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang itu dapat menyedari emosi yang sedang mempengaruhi mindanya akibat tekanan yang dihadapi seterusnya menguasainya. Segala pekerjaan yang diiringi dengan harapan akan dibantu oleh perasaan gembira dan bersemangat untuk melakukannya. Keadaan minda emosi begini akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat merasai bahawa beban yang dihadapi itu satu masalah yang berat. Di dalam keadaan flow. Di antara caranya ialah dengan menyemai harapan dalam diri seseorang itu. emosi dikerahkan menjadi tenaga yang positif dan produktif. Jika emosi negatif ini tidak dibendung dengan segera maka ia akan membawa mudarat. mencabar fikiran yang mencetuskan emosi marah itu dan mengalih tumpuan masalah. Melalui kesedaran kendiri seseorang itu mengetahui dan memahami emosinya.Jurnal Akademik 2005 Mengenali emosi sendiri Seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi berupaya menyedari emosinya ketika emosi itu menguasai dirinya. memberi tumpuan yang penuh dan menyedari apa yang dilakukan. Seseorang yang mampu mengurus emosinya boleh dikira mempunyai sebahagian kecerdasan emosi. sebaliknya ia dilihat sebagai sesuatu yang mudah diatasi. Kemampuan kita juga agak terbatas untuk menentukan emosi yang akan menguasai kita. keyakinan juga akan menghasilkan satu sikap yang positif yang dapat bertindak sebagai penghalang kepada seseorang itu daripada terjebak di dalam jaringan tekanan apabila menghadapi masalah. Emosi boleh dijadikan alat untuk meningkatkan prestasi minda kognitif dengan cara tertentu. . kebimbangan dan ketakutan melalui kemahiran-kemahiran tertentu. merancang dan menyelesaikan masalah adalah salah satu ciri kecerdasan emosi. Mengenali emosi orang lain Sebelum kita mengenali emosi orang lain maka terlebih dahulu kita mesti mengenali emosi sendiri. Memotivasikan emosi negatif Menjadikan emosi sebagai alat untuk meningkatkan keupayaan diri untuk berfikir. seperti memikir kembali rangsangan emosi tadi. keselamatan kita diancam ataupun keupayaan atau hak kita dirampas ataupun dinafikan. Untuk mencapai keadaan ini seseorang itu harus melakukan sesuatu yang disukai atau diminati. Di dalam keadaan ini emosi dapat digunakan untuk memudahkan pekerjaan dan pembelajaran. seseorang itu dapat menghayati sepenuhnya pekerjaan yang diusahakan.

postur dan physiological-biochemical iaitu aktiviti otak. ekspresi muka. jenis-jenis sifat individu yang mempengaruhi kepintaran emosi dan kesan dari sifat tersebut. Orang yang menghadapi masalah untuk memahami emosi sendiri dikatakan mengalami alexithymics. sejarah dan sebagainya . Keupayaan interpersonal ini mengizinkan seseorang itu mencorak dan membentuk pertemuan yang berlaku menjadi sesuatu yang positif. behaviour-expressive atau non verbal expresión seperti mimik muka. Teori X dan Teori Y serta Teori 2 faktor Herzberg. senang dengan orang yang ditemui dan sedia menghulurkan tali persahabatan. linguistik. Empati berbeza daripada simpati. gerak badan dan sebagainya. Hanya aspek behaviour expressive dapat dilihat dengan jelas manakala yang lain biasanya sukar dilihat Teori kecerdasan emosi membincangkan tentang aspek-aspek yang mempengaruhi kecerdasan emosi seseorang. Memahami emosi orang lain perlu kepada kemahiran yang khusus. Sehubungan itu. kadar denyutan jantung. Manusia sering tidak memperlihatkan emosi secara langsung. Beberapa teori berkaitan kecerdasan dan kecerdasan emosi telah dikenalpasti iaitu Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner. gerak tangan. Sebaliknya mereka memperlihatkan melalui tindakan bukan verbal seperti nada suara. Simpati hanya setakat memahami masalah atau perlakuan seseorang. Maka dengan adanya kecerdasan emosi. pendidikan. Tanpa empati seseorang itu akan membina jarak emosi dan keadaan ini akanmenyebabkan seseorang itu gagal membina persahabatan yang bermakna. Empati lebih daripada itu. geografi. Terdapat tiga aspek emosi iaitu cognitive-experiential bermaksud emosi yang dapat dijelaskan dengan perkataan. suhu badan . Setiap kali kita bertemu dengan seseorang kita sebenarnya menghantar isyarat melalui mimik muka. Namun emosi atau perasaan sebagai salah satu unsur yang terdapat pada manusia sudah dikaji Sejak beratus-ratus tahun yang lalu. di antaranya orang yang tersenyum itu sedia untuk didekati.Jurnal Akademik 2005 bagaimana pula hendaka memahami emosi orang lain. bahasa tubuh. Mengendalikan perhubungan Mengenali emosi orang lain dapat dilakukan apabila seseorang itu memiliki keupayaan pengurusan kendiri dan berempati. menghasilkan perhubungan yang akrab. Senyuman adalah isyarat yang membawa mesej. Selepas berempati barulah kita dapat membantu dengan cara yang lebih rasional dan positif. isyarat-isyarat yang dihasilkan itu mampu membentuk perhubungan yang positif. mempengaruhi orang lain dan membantu orang lain mendapatkan kebahagian ataupun ketenangan. memberi ilham kepada orang lain. Keadaan ini bertambah celaru apabila orang lain mencurahkan emosi mereka. kemahiran untuk membaca makna daripada unsur-unsur bukan verbal ini sangat penting untuk memahami emosi orang lain. Justeru itu. Ramai sarjana berpendapat istilah emosi sukar hendak diterjemahkan kerana ia milik peribadi seseorang. Seseorang yang ingin membaca emosi orang lain itu haruslah berempati. Memperlihatkan empati tidak bermakna seseorang itu menyerahkan nilai-nilainya ataupun mengenakan nilai-nilainya kepada orang lain. bahasa badan serta nada suara dan isyarat-isyarat ini memberi kesan kepada orang yang kita temui. Sesungguhnya emosi menggunakan wahana bukan verbal untuk disampaikan. Emosi manusia bukan sahaja menjadi subjek kajian dan eksperimen ahli-ahli psikologi dan klinikal malah ia turut dilihat dalam pelbagai perspektif sains sosial dan kemanusiaan seperti sosiologi. Misalnya senyuman yang diberi pada setiap kali pertemuan akan menyebabkan seseorang mudah didekati oleh orang lain. 10 . Sebaliknya seseorang itu dikehendaki mendengar. alexithymics menjadi penghakis kepada pembinaan kecerdasan emosi. Teori-teori Kecerdasan Emosi Kecerdasan emosi sebagai satu sub ilmu dalam disiplin psikologi masih baru. Mereka ini bukan sahaja tidak memahami emosi sendiri tetapi juga tidak tahu apa yang mereka rasai dan seterusnya menjadi keliru dengan emosi sendiri. memahami dan merasainya. Empati bukan sahaja memahami masalah orang tetapi merasai apa yang dirasai oleh orang itu. Dua keupayaan ini membentuk kuasa interpersonal.

Kewujudan sembilan jenis kecerdasan ini telah mempengaruhi persepsi pakar-pakar psikologi Barat yang lain terhadap konsep kecerdasan yang selama ini dipegang dan dipertahankan. Beliau juga berpendapat bukan terdapat hanya satu cara untuk menyelesaikan masalah. (Gardner. bahasalinguistik. Gardner (1983) telah mengenalpasti sembilan jenis kecerdasan yang diperlukan oleh seseorang untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk. to draw upon them as a means of understanding and guiding one‟s behaviour. muzikal. intrapersonal. Teori ini dikenali sebagai Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner. Beliau menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan seseorang boleh dikenalpasti melalui ujian seperti ujian IQ.linguistik Eksistensial Kinestetik-badan Intrapesonal Visual-ruang-spatial Interpersonal Sumber : Gardner (1983) Mengikut Gardner (1984) kecerdasan intrapersonal melibatkan kemahiran meneliti. The core capasity at work here is access to one‟s own feeling life. tetapi terdapat pelbagai cara. iaitu setiap individu itu dilahirkan dengan kecerdasan tertentu. naturalis dan eksistensial.one‟s range of effects or emotions: the capacity instantly to effect discriminations among these feelings and eventually. Implikasi daripada pandangan Gardner (1983) ini ialah kehadiran dua pandangan yang berbeza tentang kecerdasan. to label them. interpersonal. Bagi Gardner (1983) kewujudan beberapa kecerdasan itu tidak boleh dinafikan dan selain kecerdasan kognitif terdapat lagi satu kecerdasan yang berhubungan dengan kemahiran sosial iaitu kemahiran intrapersonal dan interpersonal. Rajah 6 : Logik . memahami. Pertama. iaitu individu menggunakan beberapa set proses kognitif untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk.Jurnal Akademik 2005 Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner (1983) percaya bahawa kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja dalam konteks budayanya seperti menggubah lagu. mereka yang menerima kecerdasan sebagai sesuatu yang mempunyai beberapa komponen.1984) 11 . visual-ruang-spatial. to enmesh them in symbolic codes. Kedua.matematik Jenis-jenis kecerdasan Gardner Muzikal Naturalisme Bahasa . mencipta puisi atau koreografer tarian. melabel dan menilai perasaan-perasaaan sendiri serta menggunakannya untuk memahami dan memandu perlakuan sendiri. Kecerdasan-kecerdasan tersebut ialah kecerdasan logik-matematik. mereka yang melihat kecerdasan sebagai satu.

Kaedah ini biasa digunakan bagi proses pemilihan pekerja (selection) dan pembangunan kerjaya. Pekerja juga mempunyai motivasi yang tinngi untuk maju dan berjaya dalam kerjaya mereka. seorang ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan emosi selama lebih 19 tahun. Pengukuran Kecerdasan Emosi Bar-On Emotional Quotient Inventory Bar-On EQ-i telah dibangunkan oleh Bar-On . Teori X dan Teori Y Teori ini membahagikan pekerja lepada dua sifat iaitu Teori X dan Teori Y. 12 . Pekerja ini akan membuat kerja hanya apabila mereka dipaksa melakukannya.Jurnal Akademik 2005 Kecerdasan interpersonal pula melibatkan hubungan seseorang itu dengan orang lain di dalam konteks meneliti. temperaments. US Air Force melaporkan bahawa mereka telah dapat menjimatkan 3 milion dolar setiap tahun setelah menggunakan kaedah pengukuran ini dalam menentukan kejayaan pengambilan rekrut baru. Pekerja dalam golongan ini akan berusaha sedaya upaya dalam menyelesaikan sebarang masalah dan melaksanakan tugas yang diperintahkan. Ini akan memudahkan organisasi untuk membantu pekerja yang tergolong dalam Teori X untuk sedar akan tanggungjawabnya terhadap organisasi dan lebih aktif memberikan sumbangan lepada organisasi. Selain itu tujuan utama kaedah ini adalah untuk menilai kualiti peribadi yang membolehkan seseorang individu itu lebih bijak mengawal emosi dari orang lain. pengurusan perlu memberikan ganjaran dan pengiktirafan yang sewajarnya supaya mereka dapat mengekalkan prestasi dan sikap mereka. pembawaan/perangai. pihak pengurusan perlu mengetahui pekerja terdiri dari golongan mana. rangsangan dan tujuan yang ditunjukkan oleh orang lain dan seterusnya menjalinkan hubungan. Mereka juga mampu membuat kerja tanpa sebarang seliaan daripada pengurusan atau penyelia. Namun mereka lebih terperici perbincangannya tentang kemampuan atau pengaruh emosi di dalam pembinaan kepintaran manusia berbanding Gardner. in particular among their moods.Pekerja dari golongan ini akan melakukan tugasnya sebaik mungkin hanya apabila terdapat seliaan atau kawalan daripada penyelia. Lepada pekerja Teori Y pula. Che An (1990) mengatakan bahawa pekerja yang tergolong dalam kategori Teori X merupakan pekerja yang tidak suka diarah untuk membuat sesuatu kerja. Untuk memastikan organisasi mencapai matlamat yang diingini. the ability to notice and make distinctions among other individuals and. ….Pendekatan Gardner adalah pendekatan yang dikenali sebagai ―a cognitive-sceince model of mind‖ iaitu ia memberi perhatian yang lebih kepada pendekatan daripada sudut di mana kognisi melihat emosi dan bukannya peranan emosi di dalam pembentukan kecerdasan emosi. motivations and intentions. (Gardner 1984. Che An (1990) menjelaskan bahawaTeori Y merujuk kepada pekerja yang cenderung dan mempunyai minat untuk melakukan sesuatu tugas. Goleman (1996) dan Patricia (1997). Bar-On mencipta kaedah pengukuran ini bertujuan untuk menjelaskan pendapat beliau mengenai ”an array of non cognite skills‖ yang berguna dalam menentukan kejayaan dalam aspek tertentu dalam kehidupan. memahami dan memberi makna kepada mood.241) Kedua-dua kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner (1984) jelas memperlihatkan pertalian dengan pengertian kecerdasan emosi seperti yang dikemukakan oleh Salovey (1997). Kaedah pengukuran ini telah digunakan untuk menilai ribuan individu selama lebih satu dekad kerana realibiti dan kesahihan keputusan yang diperolehi.

Pemarkahan adalah berdasarkan skor akhir yang diperolehi oleh setiap pekerja hasil daripada jawapan yang diberi. Kaedah ini dibentuk berdasarkan kepada teori yang telah dibuat oleh Mayer dan Salovey. ia lebih dikenali dengan nama Multifactor Emotional Intelligence Scale (MEIS). mengenalpasti dan menggunakan emosi. 13 . Salovey dan Caruso. Ia merangkumi sebanyak 133 soalan yang meliputi 5 skala asas dan 5 sub-skala seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah : Rajah 7 : Skala Bar-On Emotional Quotient Inventory SKALA KEMAHIRAN INTRAPERSONAL SUB SKALA Pertimbangan diri kesedaran emosi diri penonjolan diri berdikari kesempurnaan kendiri Empati Tanggungjawab sosial Hubungan interpersonal Pengujian Realiti Fleksibiliti Penyelesaian Masalah Toleransi tekanan Kawalan Impuls Optimisme Kegembiraan KEMAHIRAN INTERPERSONAL SKALA PENYESUAIAN DIRI PENGURUSAN TEKANAN SKALA SITUASI (MOOD) UMUM Sumber FIKIRAN : Mohd Nazar Mahmood (2001) Mayer-Salovey-Caruso Emotional Intelligence Test (MSCEIT) Kaedah ini telah direka bentuk oleh Mayer. di mana markah yang diperolehi adalah berdasarkan jawapan yang dijawab oleh pekerja. Kaedah ini didapati lebih kepada menguji kebolehan individu iaitu kebolehan mengecam. tahap kecerdasan emosi pekerja akan dibahagi mengikut tahap yang tertentu. Sebelum ini. Kaedah pengukuran ini meliatkan beberapa persoalan yang meliputi empat cabang kepintaran emosi seperti dalam lakaran rajah berikut. Ia biasanya digunakan untuk memahami kebolehan atau kelemahan diri dan untuk mengetahui emosi orang lain.Jurnal Akademik 2005 Kaedah pengukuran ini merupakan kaedah self report. Daripada skor yang didapati.

Justeru itu. rakan sekerja dan individu yang melapor atau sering berinteraksi dengan responden. 4. Pengurusan Diri. Kaedah ini menilai kompetensi yang merangkumi aspek Kesedaran diri.Jurnal Akademik 2005 Rajah 8 : Empat Cabang Kecerdasan Emosi dalam MSCEIT Persepsi emosi Memudahkan perhatian terhadap emosi MSCEIT Memahami emosi Pengurusan emosi Sumber : Salovey. Jld. P dan Mayer.7) 14 . Ia bertujuan untuk mengukur kualiti peribadi individu dan kompetensi yang diperlukan untuk membangun dan menguruskan emosi dengan lebih baik di tempat kerja. Kaedah ini biasanya digunakan sebagai instrumen dalam pembangunan kerjaya dan organisasi. 1980. Ia juga dikenali sebagai Pengukuran Maklumbalas 360* ( 360* Feedback Measure). Kesedaran diri. Ia meliputi 7 komponen iaitu Inovasi. Work Profile Questionnaire-Emotional Intelligence (WPQei) Soal selidik ini dicipta oleh Emmeling (2003) dan merangkumi 84 soalan. J. Konsep Kecerdasan Emosi Konsep Kecerdasan Emosi menurut pandangan Islam Imam Ghazali dalam karya agungnya Ihya ‗Ulumuddin telah membezakan di antara roh dengan jasad seperti yang telah dilakukan oleh rakan-rakannya yang terdahulu. Motivasi. Intuisi. haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kesedaran Sosial dan Kemahiran Sosial. Ini kerana ia bukan sekadar self report tetapi juga melibatkan maklumbalas daripada 15 orang yang mengenali responden seperti ketua atau penyelia. Empati dan Kemahiran Sosial. hlm. Emosi. Imam Ghazali membezakan roh manusia daripada roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan dengan unsur-unsur berikut : ( Imam Abu Hamid Muhammad al-Ghazali bin Muhammad Al-Ghazali. Tujuan utama memperolehi maklumbalas adalah untuk mengelakkan bias dan penipuan responden.J (1990) Emotional Competence Inventory (ECI) Goleman (1985) telah berkerjasama dengan Boyatzis untuk membentuk kaedah pengukuran ini. Roh adalah nyawa yang menghidupkan manusia. Roh yang ada pada manusia kekal dan abadi manakala roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan musnah.

nafs mutmainnah. Akal pertama adalah akal biasa di mana manusia berfungsi berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. sekolah turut mengalami perubahan daripada segi budaya. Hati yang berkualiti tinggi. Selain itu diperingkat ini juga. peringkat ini berlaku apabila berlaku perkara yang merangsang emosi untuk menanggapinya. Kesediaan guru untuk memimpin adalah faktor yang perlu diteliti bagi memastikan keberkesanan kepimpinan pendidikan. Selalunya. Keseimbangan emosi dan spiritual adalah domain penting bagi mewujudkan pemimpin yang bersedia memimpin. generalisasi. Al-Aql (Akal) Ia sangat penting dan dengannya membezakan antara manusia dengan binatang. Kualiti yang mesti dimiliki oleh guru seharusnya dikaji dan diteliti.Kualiti nafs ini mencorakkan personaliti individu itu menjadi manusia yang rasional dan aman. Hati individu ini dikatakan hati ―qalbun‖. fizikal dan emosi yang seimbang. Keinginan yang tidak terkawal dipanggil nafs ammarah yang bertindak mengikut hawa nafsu tanpa berfikir. nafs malhamah. struktur tugas dan kemahiran baru yang diperlukan bagi melakukan kerja yang semakin kompleks. menganalisis serta melihat sebab-musabat. Sementara manusia yang lemah lembut dan tersusun tingkah lakunya dipanggil nafs mardiah. Dalam model ini. Nafs wujud dalam tujuh tahap. keseimbangan antara kemampuan sekolah menyediakan struktur tugas yang teratur. Nafs kamilah adalah yang tertinggi yang dimiliki oleh para ambiya dan nabi-nabi. nafs lawwamah. Al-Nafs (Nafsu) Nafs adalah tabii keinginan. Pengertian kedua merujuk kepada rohaniah manusia yang berpusat kepada naluri rasional. Guru perlu memiliki kecerdasan mental. iaitu nafs ammarah.Jurnal Akademik 2005 Al-Qalb (Hati) Hati secara lahiriah dikatakan sebagai seketul daging yang berfungsi untuk pengedaran darah. nafs mardiah dan yang tertinggi nafs kamilah. proses kerja yang jelas serta kepimpinan yang mantap diperlukan. Kebanyakan kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi memberikan pelbagai pendapat bagi memahami faktor kecerdasan emosi. EQ dipecahkan kepada empat peringkat proses yang merangkumi pembentukan emosi sehingga bagaimana mengurus emosi. iaitu hati ―lubbun‖ melahirkan cetusan hati yang rasional dan ikhlas membimbing akal. Dengannya manusia membentuk konsep. Akal ketiga dikenali sebagai akal tadabbur yang merujuk kepada pemikiran manusia berlandaskan rasional serta keimanannya kepada tuhan. individu turut memikirkan perkara yang berkemungkinan timbul dalam emosi orang lain. Kualiti akal manusia berbeza dan manusia dikatakan mempunyai tiga jenis akal. Individu mula memikirkan bentuk emosinya seperti sedih. Kecerdasan emosi sinonim dengan penjelasan berkenaan satu set kemampuan dan kebolehan kognitif yang membolehkan manusia mengecap ilmu dan belajar cara menyelesaikan masalah (Mayer dan Salovey. Justeru bagi mewujudkan budaya kerja yang lengkap dan baik. jelas menunjukkan prestasi yang baik diperlukan bagi menjamin keberkesanan proses kerja dan struktur tugas yang diatur dan dirancang. dan berdaya rasional. Model-model Kecerdasan Emosi Four Branch Model Dalam era globalisasi kini. Akal kedua dipanggil akal taakul yang mana manusia menggunakannya untuk mentafsir. Apabila membicarakan soal berkaitan kepimpinan guru hari ini. gembira atau takut pada satu-satu masa. 15 . nafs radiah.1997) Mayer dan Salovey (1997) membangunkan satu model EQ yang dikenali sebagai Four Branch Model bagi menjelaskan konsep EQ.

tumpuan ataupun motivasinya. Keadaan emosi positif dan negatif dapat mempengaruhi tingkah laku individu samada membawa kejayaan ataupun penghalang kejayaan dalam proses kognitif dan proses membuat keputusan. kemampuan dan sifat fizikal. mengelola. 16 . Pada peringkat ini tahap empati memainkan peranan penting. Rajah 9 : Four Branch Model Mengenal pasti emosi Kebolehan mengetahui dan mengiktiraf bagaimana dan persekitaran perasaan Menggunakan emosi untuk memudahkan proses berfikir Kemahiran untuk membina emosi. Individu cuba bersimulasi dengan meletakkan diri dalam diri orang lain bagi memahami emosi mereka. individu berkemampuan memahami emosi yang kompleks dan rantaian emosi serta bagaimana emosi berubah di setiap peringkat. Ia penting bagi memastikan keputusan dan tindakan yang dibuat sesuai dengan emosi serta logik bagi mendapatkan hasil. Memandangkan aspek kepimpinan guru mempunyai kaitan rapat dengan mengurus manusia. Peringkat ketiga adalah memahami emosi. Pendekatan kepimpinan berasaskan trait oleh Stephen (2000) memberikan gambaran pemimpin yang efektif di mana ia dikategorikan kepada tiga trait iaitu personaliti. Kemudian individu mula mengaitkan kesesuaian emosinya dengan situasi yang dialaminya. Dalam peringkat terakhir. Individu itu mula memfokuskan pemikirannya kepada situasidirinya sama ada perhatian. Emosi memainkan peranan penting bagi memberi motivasi. Pada peringkat ini kemampuan mengawal diri dan mengurus diri perlu dipertimbangkan. Individu cenderung menjadikan emosi sebagai alasan tumpuannya kepada sesuatu. individu mula memikirkan mengapa dirinya dan orang lain beremosi sedemikian. tahap motivasinya serta emosinya pada sesuatu masa. kemudian menjadikan ia alasan untuk sesuatu pemikiran Mengurus emosi Kemampuan menguruskan emosi diri serta orang lain Memahami emosi. Pendekatan ini boleh diadaptasikan ke dalam diri setiap guru yang umumnya akan memimpin organisasi pendidikan.Pada peringkat ini. ianya merujuk kepada kemampuan individu mengurus emosi mereka. EQ seseorang guru perlulah konsisten sebagai prasyarat kejayaannya dalam mengurus manusia lain dan seterusnya berkesan dalam pencapaian matlamat. mengarah dan mengaktifkan tingkah laku samada tingkah laku sosial ataupun di tempat kerja. Seorang guru yang mempunyai keupayaan memahami dan menguruskan emosinya dan anakanak didiknya sudah pasti akan mencapai kejayaan dalam bidang keguruannya.Jurnal Akademik 2005 Peringkat yang kedua pula adalah individu yang menggunakan emosi sebagai alasan dan sebab ke atas pemikirannya berkenaan sesuatu. kemampuan memahami emosi yang kompleks dan rantaian emosi serta bagaimana emosi berubah pada setiap peringkat Sumber : Mayer dan Salovey (1997) Model Trait EQ adalah elemen penting dalam memperkasa kepimpinan guru dalam setiap aspek atau bidang tugas.

inisiatif.Jurnal Akademik 2005 Rajah 9 : Pendekatan Kepimpinan Berasaskan Trait Ciri-ciri fizikal KEMAMPUAN B e r a t Kecerdasan Emosi dan Intelek PERSONALITI Trait Sosial Dan Trait Individu Pengetahuan Kemahiran Pemikiran T i n g g i penampilan Sumber : Stephen 2000 Trait personaliti mempunyai hubungan yang kuat dengan kepimpinan yang efektif. pasif dan memencilkan diri mempengaruhi tahap keberkesanan kepimpinan yang rendah. pengetahuan dan kemahiran. Perkaitan ini dapat dilihat dalam dua keadaan iaitu trait sosial yang berkaitan dengan interaksi pemimpin dengan individu lain dan trait peribadi yang berkaitan dengan tingkahlaku pemimpin sebagai seorang individu.Bagi trait peribadi ini kadangkala tidak konsisten dalam sesetengah situasi. para pentadbir. Trait fizikal juga adalah elemen penting sebagai pemimpin. Trait sosial yang positif adalah mesra. Dalam pendekatan ini. bertanggungjawab. memahami. pemikiran atau akal. sikap bekerjasama. bijaksana. pelajar universiti. Ia dilihat berhubung secara positif dengan keberkesanan kepimpinan. berdikari. 17 . ketertiban. trait sosial menunjukkan hubungan yang lebih konsisten dengan keberkesanan kepimpinan berbanding trait peribadi. Trait kemampuan pemimpin bagi mencapai keberkesanan dalam kepimpinannya sering dikaitkan dengan kecerdasan emosi. Trait ini lebih kepada penampilan diri daripada segi aspek fizikal yang dapat mempengaruhi individu lain dalam kepimpinannya. Trait peribadi adalah trait penyesuaian emosi. penyelia kilang dan pegawai tentera. keinginan mencapai sesuatu dan keinginan memenuhi kesempurnaan kendiri. Manakala corak trait sosial yang negatif seperti permusuhan atau persengketaan. empati dan kesedaran sosial. keyakinan diri. Ia seringkali dipengaruhi oleh emosi pemimpin. beliau merumuskan bahawa keberkesanan kepimpinan dipengaruhi oleh kecerdasan yang dimiliki oleh individu itu. Menurut Stodgill (1974) dalam kajian-kajiannya berkenaan kepimpinan di peringkat kanak-kanak sekolah.

Bagi Gardner (1984. kecerdasan kinestatik. kecerdasan logic-matematik. Kewujudan sembilan jenis kecerdasan ini telah mempengaruhi persepsi pakar-pakar psikologi barat yang lain terhadap konsep kecerdasan yang selama ini dipegang dan dipertahankan. kecerdasan. Stogdill. An individual can lose his entire frontal lobes. Bagi beliau. Boyatzis dan Oosten (2002) dalam kajian mereka berhubung dengan peranan EQ dalam kepimpinan mendapati pemimpin yang berkesan menggunakan banyak kecekapan emosi dalam melaksanakan tugas kepimpinan berbanding kemahiran yang lain. Beliau mengemukakan konsep pelbagai kecerdasan iaitu kecerdasan bahasa. Gardner (1984) mengkritik tentang pemahaman sempit manusia tentang pengertian konsep kecerdasan. kematangan psikologi dan kesedaran emosi diperkenalkan oleh para pengkaji. Kemahiran sensitif ini adalah kesedaran emosi diri dan empati (social awareness). iaitu sensitif tehadap dirinya sendiri dan sensitif terhadap orang lain. Gardner (1984) melihat bahawa hasil ujian IQ itu tidak selalunya memperlihatkan ramalan yang benar dan boleh dipakai.Jurnal Akademik 2005 Kajian-kajian terkini mendapati terdapat enam trait personaliti yang membezakan pemimpin dengan bukan pemimpin iaitu kejujuran dan integriti. untuk mengatasi perlakuan yang tidak berfungsi (Dysfunctional Behavior). Kajiankajian ini mendapati penekanan unsur-unsur yang ada kena mengena dengan kecerdasan emosi menjadikan pelajar lebih stabil dalam perhubungan dan interaksi sosial mereka berbanding dengan pelajar yang tidak didedahkan dengan konsep kecerdasan emosi. 2004). berfikir. Gardner tidak bersetuju dengan definisi kecerdasan yang diutarakan oleh kebanyakan ahli psikologi dan bagi beliau pengertian kecerdasan tersebut amat sempit dan merugikan. Beliau tidak menganggap bahawa cara menilai kepintaran dapat melemahkan kekuatan ujian IQ. Minda rasional adalah satu mod pemahaman yang lazimnya disedari.18) : … intelligence test rarely assess skill in assimilating new information in solving new problems. kecerdasan bukan hanya IQ malah lebih daripada itu. iaitu minda rasional dan minda emosi (LeDoux 1996). in the process becoming a radically different person . kecerdasan naturalis . Pada dasarnya terdapat keseimbangan di antara kedua-dua jenis minda ini. Boyatzis (2002) menjalankan kajian berhubung dengan kecekapan utama dalam melatih. kecerdasan muzik. 1974) Kajian. kecerdasan eksistensial serta kecerdasan personal yang merangkumi kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal. 18 . This bias towards “crystallized” rather than “fluid” knowledge that can have astounding consequences. kecerdasan ruang. ( Azhar. Ujian IQ tidak menjadi ukuran yang mutlak tentang meramalkan masa depan seseorang. cita-cita dan keinginan untuk memimpin. merenung dan mengingat. namun apa yang beliau musykilkan ialah persepsi manusia terhadap makna kecerdasan di mana rata-rata ahli psikologi mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan mental. unable to display any initiative or to solve new problem-and yet may continue to exhibit an IQ close to genius level. tahap kuasa tinggi. Hasilnya didapati terdapat dua kecekapan yang perlu ada pada seseorang kaunselor jika hendak menjadi kaunselor yang berkesan. 1991. Bersama-sama dengan minda rasional ialah minda emosi. Ia menonjol dalam hal-hal seperti kesedaran. kecemerlangan perhubungan interpersonal.kajian berkenaan dimensi kecerdasan emosi dijalankan dengan mengukur konsep-konsep yang berkaitan dengan kecerdasan emosi seperti kebolehan bersosial. Bagi Gardner(1984) kewujudan beberapa kecerdasan itu tidak boleh dinafikan dan selain kecerdasan kognitif terdapat lagi satu kecerdasan yang berhubungan dengan kemahiran sosial iaitu kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal Kajian-kajian yang dilakukan terhadap minda manusia mendapati bahawa topografi minda manusia mempunyai dua komponen. keyakinan diri dan pengetahuan berkenaan tugas yang berkaitan (Kilpatrick dan Locke.

Kecenderungan ini dilakukan kerana manusia menerima kognisi dan fikiran sebagai satu kegiatan mental yang rasional dan logik berbanding dengan emosi dan perasaan yang diterima sebagai sesuatu yang tidak rasional dan tidak logik. 1996. Ketidakseimbangan yang berlaku akan menyebabkan satu minda itu menguasai minda yang lain. Oleh kerana korteks berkembang daripada kawasan limbik maka hubungan di antara emosi dengan fikiran sangat erat . Kawasan limbik juga dikenali sebagai otak mini yang secara automatik mengawal persekitaran dalaman otak seperti emosi. Selama ini emosi dianggap sebagai unsur psikologi manusia yang tidak ada kaitan langsung dengan kecerdasan.Jurnal Akademik 2005 Emosi memberi maklumat untuk minda rasional beroperasi dan minda rasional pula memperhaluskannya dan kadangkala menvatakan hasil emosi itu. amigdala dan hipokampus. maka peranan emosi tidak boleh diabaikan dan hakikatnya hubungan emosi dengan fikiran rasional ini memberi kesan terhadap kehidupan manusia. Mengikut kajian evolusi otak manusia. manusia cenderung untuk memisahkan di antara kognisi dengan emosi serta di antara fikiran dengan perasaan.Hakikat ini banyak dikaji oleh LeDoux apabila beliau memperkatakan tentang sains kognitif (LeDoux 1996).Goleman(1996) meneruskan kajian beliau dan mempeloporkan idea serta konsep kecerdasan emosi dengan meluas dalam dunia psikologi. Kemudian dari kawasan limbik ini berkembang kepada otak fikir yang dikenali sebagai korteks atau cerebral korteks. Keseimbangan dua minda ini memandu manusia melayari kehidupan mereka. Rajah 10 : Sistem Limbik Serebelum Sistem Limbik Otot. Plato misalnya telah menyatakan bahawa kehadiran emosi atau diistilahkan sebagai ―passion‖ telah menyebabkan manusia kadangkala tidak dapat menggunakan akal fikiran.166. malah emosi mempunyai kuasa untuk mempengaruhi fikiran rasional Sistem limbik telah memperkukuhkan lagi kajian Goleman (1996) dimana beliau mengatakan minda emosi telah wujud lama sebelum minda rasional. dan tekanan darah Kortex Visual Sumber : LeDoux. Sebaliknya. Goleman menyangkal dakwaan tersebut dalam kajian beliau : 19 . kecerdasan hanya dihubungkan dengan IQ. Semenjak zaman Greek purba lagi. Le Doux (1996) mengatakan kawasan limbik dipercayai mempunyai talamus. didapati bahawa berjuta-juta tahun dahulu dipercayai pusat emosi bermula daripada pangkal otak dan berkembang menjadi kawasan emosi yang disebut sebagai kawasan limbik. nadi. Tidak ramai yang menerima dan mendalami emosi sebagai satu kecerdasan. hipotalamus. iaitu kemampuan mental kognitif.

R. 1996) Bagi Goleman. Coleman. Kiess. Multivariate data analysis.(1996). Tatham. 1989. New Jersey. USA. (1995). 20 . 2002. : Why It Can Matter More Than IQ. Bibliografi Alias Baba. Behavior disorders: Theory and practice. Behavior disorders of children and adolescents. Emotional Intelligence. IQ yang tinggi tidak dapat menjamin kejayaan apabila seseorang itu mudah dikuasai oleh emosi. T. C. . The very name Homo sapiens. London: Simon and Schuster. and Andrew M. (1987). Intelligence can come to nothing when the emotion holds way. Black. M. L. Gerald Mount dan Fabio Sala (Eds. Idrul Hisham Ismail. Prentice Hall.L. terdapat pelbagai pendekatan dan pendapat ahli psikologi terhadap kepintaran emosi dan kelebihan yang diperolehi sekiranya institusi pendidikan menggarapkan kecerdasan emosi sebagai satu elemen penting dalam proses pembelajaran.R. A. Hair.G. Core Competencies In Coaching Others To Overcome Dysfunctional Behavior. Basics statistics for behavioral sciences. feeling counts every bit as much-and often more than thought.. 1999. Goleman. Maktab Perguruan Sultan Mizan. Glass. New York: Longman. the thinking species. (1986).C. Assessing child and adolescent disorders. when it comes to shaping our decisions and our actions. Pembangunan Profesionalisme Perguruan Ke arah Pendidikan Berkualiti.. Erickson. (1992). M. W. H. IQ sahaja belum menjanjikan kebahagian sebaliknya orang yang IQnya sederhana dan mampu pula mengurus emosinya dengan baik lebih berjaya daripada orang yang mempunyai IQ yang tinggi tetapi gagal membendung desakan emosinya. K.R. Abnormal psychology.R. Covey. The 7 Habits Of Highly Effective People. Anderson.E. Dalam Vanessa Druskat. (1995). Daripada hasil penulisan yang dirujuk. R..) Emotional Intelligence and Work Perfomance.V. New Jersey: Prentice-Hall Inc. J. Hopkins. Kuching: Jabatan Ilmu Pendidikan.E. New York: Allyn Bacon. Kecerdasan intelek tidak menyediakan manusia untuk menghadapi tekanan emosi atau stress. New Jersey: Prentice-Hall Inc.Jurnal Akademik 2005 ―A view of human nature that ignores the power of emotions is sadly shortsighted. Hoghughi. As we all know from experience.F. dalam keadaan yang dikuasai oleh emosi kecerdasan kognitif atau intelek tidak berfungsi. ( Goleman.. D. New York: Allyn Bacon. NewYork: Sage Publication Hopkins. USA: Bantam Books. (1996). S. 2003.D. is misleading in light of the new appreciation and vision of the place of emotions in our lives that science now offers. Rumusan Diskusi tentang kecerdasan emosi merupakan satu isu yang amat penting dan perlu diberi perhatian. Bangi : UKM. M. Boyatzis.C. „Tahap Penguasaan Kecerdasan Emosi Para Pensyarah Maktab Perguruan Sultan Mizan dan Pengaplikasiannya Dalam Pengajaran dan Pembelajaran‟ dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2003 (Peny). Case Western Reserve University. Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan Dan Sains Sosial. Statistics concepts for behavioral sciences. We have gone too far in emphasizing the value and importance of the purely rational-of what IQ measures-in human life. Englewood Cliffs. Pandangan ini amat wajar diberi perhatian dalam membentuk insan guru yang kamil. 1996. O.B. Arnold.

htm file://A:\Emotional%20Literacy%20Education%20and%20 Self-Knowledge%20http—www_ file://A:\Emotional%20Literacy%20Articles%20and%20http—www_eq_org-Articles-files\banner. Roberecht. (1990). hlm. EQ: Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Salovey dan D. Pulau Pinang. Salovey. 1998.htm file://A:\Introduction%20toEmotional%20Intellingence.T.P. Statistik dalam penyelidikan pendidikan. (1995). Zaidatun Tasir. Behavioral statictics in action.net/emotional intelligence. New York: Basic. Chapman and Hall Vernoy. San Francisco: Dellen Publising Company Sohaimi Abdul Aziz.. Varma. 2004.Jurnal Akademik 2005 Mayer. (1998). Sulaiman. P. Y.. 2. ―Grounded theory: involving methods‖. Kuala lumpur: Venton Publishing. 1997. M. What Is Emotional Intelligence? Dalam P. 1998.. The management of children with emotional and behavioural Difficulties. Statistic by example.D. 169 -177 Sincich. Universiti Sains Malaysia. 21 . J. Vernoy. Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. 3 – 31 Mohd Azhar Abd Hamid. New York: Routledge. 5. Qualitative Health Research.htm.J. file://A:\Emotional%20Intelligence%20in%20%Schools. L. San Francisco: Jossey-Bass Publishers (Rujukan Internet) http://www. (1997). 2001. (1985). Mohd Salleh Abu.eqcoach. V.h. (Jun 2003). Emotional Develepment and Emotional Intellingece: Implication For Educators. Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10. Skudai: Fakulti Pendidikan UTM Skudai. Weisinger.C. H. New York: Brooks/ Cole Publising Company.. Sluyter (Eds). EQ Membentuk Kecerdasan Emosi Kanak-kanak :Melalui Kesusasteraan Kanak-kanak. Emotional Intelligence At Work.0.