Kebaikan aktiviti ko kurikulum

Aktiviti kokurikulum merujuk aktiviti yang luar darjah yang melibatkan aktviti yang berpersatuan, lasak dan mungkin kemahiran tertentu. Kegiatan luar darjah ini berupaya untuk memberikan satu pperspektif baru kepada pelajar dalam menjalani kehidupan mereka di sekolah dan luar sekolah. Kelebihan kegiatan ini turut dipaparkan di dalam pelbagai media massa di negara ini yang membuktikan manfaat menyertainya. Jadi, pembabitan pelajar dalam kegiatan ini memang membawa pelbagai impak positif dalam kehidupan mereka. Sebenarnya, aktiviti kokurikulum memberikan pelajar satu keyakinan diri yang hakiki menerusi pembabitan mereka dalam setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan itu. Keyakinan diri ini timbul kerana setiap kali berjaya melaksanakan sesuatu tugasan itu mereka akan menimba pengalaman yang memberi mereka satu jangkaan awal apabila melakukan aktiviti lain pula. Sudah pasti perasaan ini memudahkan mereka untuk menjalani kehidupan selepas sekolah yang lebih mencabar suasananya. Maka, penglibatan kokurikulum memang memberi manfaat kepada seseorang pelajar itu. Selain itu, pelajar yang melibatkan diri dalam kokurikulum turut memiliki tahap disiplin diri yang tinggi dalam diri mereka. Pemilikan disiplin yang tinggi ini terhasil kerana semua aktiviti kokurikulum memerlukan seseorang pelajar itu mematuhi beberapa peraturan tertentu yang meliputii pakaian seragam, aktiviti, masa berlatih dan tempoh akhir untuk menyiapkan sesuatu projek itu. Semua aktiviti ini hanya boleh dilakukan jika seseorang pelajar itu mempunyai disiplin yang tinggi kerana masa untuk belajar dan beraktivti hanya boleh diseimbangkan menerusi satu disiplin yang tinggi. Oleh itu, pelajar yang melibatkan diri mereka secara aktif dalam aktiviti ini akan mempunyai satu sikap mementingkan disiplin yang tinggi. Malah, pembabitan pelajar dalam kokurikulum menghasilkan pelajar yang berhati mulia dan baik. Rasa hormat kepada ibu bapa, guru dan rakan sebaya terhasil kerana setiap aktiviti kokurikulum menekankan aspek menghormati orang lain. Kekerapan melakukan aktivit ini secara tidak langsung akan menerapkan nilai-nilai kesopanan yang jitu dalam diri mereka. Jelaslah, kokurikulum mampu membentuk pelajar menjadi pelajar yang memiliki ciri-ciri sopan yang tinggi. Mungkin satu impak positif kegiatan kokurikulum yang baik ialah aktiviti ini memberikan pelajar satu sikap bersaing yang tinggi. Sikap persaingan positif ini menyebabkan pelajar tidak gentar untuk menghadapi setiap cabaran yang mendatang. Mereka seolah-olah sudah lali untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan dalam aspek alam persekolahan atau kehidupan biasa mereka. Justeru, Konklusinya, pelajar yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti kokurikulum akan berjaya memiliki satu personaliti yang berkualiti tinggi. Semua ciri yang diutarakan di dalam hujah ini akan membantu mereka untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan yang besar ini. Cuma pelajar yang sebegini lebih mudah untuk menyelesaikan masalah mereka itu. Slogan 'pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa” sesuai menjadi pedoman kita dalam aspek ini.

Industri pelancongan membawa sumber pendapatan negara. Huraikan usaha-usaha yang mampu dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan negara.
Tahun 2007 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat malaysia oleh kerajaan kita. Industri pelaancongan berpotensi untuk dimajukan di negara ini kerana Malaysia ialah destinasi pelancongan yang unggul dan mampu memantapkan ekonomi negara kita. Banyak tempat yang boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing dan tempatan di negara ini. Jadi, memang ada banyak usaha yang boleh dijalankan untuk memajukan industri pelancongan kita. Kerajaan boleh menambahkan kemudahan prasarana seperti kemudahan pengangutan dan perhubngan ke destinasi-destinasi yang menarik. Kemudahan ini memberi lebih banyak peluang kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka suka. Jadual penerbangan juga perlu ditaambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah. Cuma mutu perkhidmatan pengangkutan ini hendaklah diselia sepanjang masa untuk memastikan keselesaan pelancong. Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginaan seperti hotel dan chalet. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan mengenakan kadar bayaran yang berpatutan bersama-sama bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong. Keadaan yang selesa ini menimbulkan rasa untujk mekawt semula kepada pelancong tersebut. Mereka akan mngajak kawan kawan untuk datang ke malaysia dan menyebabkan kemasukan mata wang asing. Malahan, kerajaan perlu mengadakan lebih banyak promosi untuk menjelaskan aktiviti pelancongan. Promosi tentang destinasi, kebudayaan dan karnival jualan di laksanakan dengan giat. Usaha mempromosikan negara ini bokeh dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet untuk menyebarkan maklumat pelancongan ini. Penggunaan internet memastikan semua pelancong memperoleh maklumat apabila mereka melayari internet untuk mendapatkan maklumat pelancongan. Jelaslah, promosi yang giat ini memastikan bahawa semua maklumat pelancongan disebarkan secara berkesan. Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama pelancong asing ialah aspek kebersihan. Kemudahan pelancongan ssemestinya bersh dan diselenggarakan dengan baik. Ketiadaan pencemaran terutama kekotoran memastikan pelancong akan terus datang ke destinasi tersebut tanpa rasa ragu-ragu lagi. Jelaskan, kebersihan yang diberikan penekanan ini menyebabkan pelancong dapat menikmati udara yang segar dan keadaan yang selesa. Manakala itu, usaha menarik pelancong ini turut dipikul oleh rakyat negara ini. sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat negara ini. Pelancong tidak suka rakyat negara ini mengambil kesempatan atau menipu mereka selama mereka berada di negara ini. Keramahan rakyat negara iini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Jadi, rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan pelancong tempatan atau asing ini dengan lebih baik. Kesimpulannya, industri pelancongan ini memang penting dberi penekanan oleh rakyat dan kerajaan negara ini. Pelbagai usaha yang dilakukan itu memerlukan gandingan tenaga semua pihak untuk memastikan kejayaannya. Mungkin semua pihak harus merenung dan melihat peranan yang telah

dilakukan oleh mereka.

Karangan Orang Kurang Upaya
Orang k urang upa ya:Modal insan yang tidak boleh dipinggir kan

Menurut definisi WHO Pertubuhan Kesihatan PBB, orang kurang upaya ialah "kanakkanak atau orang dewasa yang cacat adalah mereka yang pada sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan vokasional". Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara. Namun, masyarakat kurang upaya ini terus dipinggirkan. Sebenarnya, orang kurang upaya memiliki kemahiran yang tidak kurang hebatnya berbanding orang biasa. Ada antara mereka yang memiliki kelulusan yang tinggi dan kemahiran khusus. Mereka berupaya untuk berfikir dan melakukan tugas yang biasa dilakukan oleh manusia yang lengkap anggota badannya. Kebanyakan tugas di pejabat atau di mana-mana boleh dilakukan oleh orang kurang upaya ini. Ringkasnya, golongan ini memiliki keupayaan yang sama seperti orang biasa. Masyarakat ini turut tidak harus dipinggirkan kerana mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak berguna. Pekerjaan yang mereka lakukan itu mampu memberi mereka sedikit semangat atau perangsang untuk meneruskan kehidupan ini. Jika tenaga mereka dibiarkan begitu sahaja, sudah pasti negara akan kehilangan sesuatu yang berharga. ada seramai 86 348 orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1999 yang akan berasa diri mereka tidak berguna jika sikap buruk masyarakat ini berterusan. Malah, faktor yang penting yang menekankan peri pentingnya masyarakat kurang upaya di negara ini ialah kejayaan orang kurang upaya membuktikan bahawa negara kita memberi layanan yang sewajarnya kepada masyarakat tanpa mengira warna kulit, keturunan dan keupayaannya. Bukankah ini member imej yang baik kepada negara kita? Semua pihak akan menggunakan negara kita sebagai contoh dalam tindakan mereka untuk melayan orang kurang upaya di negara mereka pula. namun nasib orang kurang upaya tidak akan cerah kerana negara ini kekurangan akta untuk melindungi orang kurang upaya. Sememangnya, negara kita memiiki akta yang membenarkan syarikat mengambil pekerja kurang upaya tetapi kuasa untuk menguatkuasakannya begitu lemah. Keadaan ini menyebabkan nasib orang kurang upaya terus dirundung malang.

Sikap masyarakat kita perlu berubah dengan menganggap orang kurang upaya ini tidak berguna. Kita harus melayan mereka seperti orang biasa tanpa memberi sebarang layanan istmewa yang menyebabkan mereka berasa tersinggung. Sikap masyarakat kita kadangkala mengelirukan kerana menganggap orang kurang upaya tidak berguna tetapi memberi layanan yang berlebihan sehingga menjadi orang kurang upaya berasa mereka dianggap tidak berupaya pula Kesimpulannya,kemelut orang kurang upaya ini terus wujud di negara ini jika sikap masyaraat tidak berubah. Pada awal tahun 2001, bilangan orang kurang upaya yang berdaftar ialah 99 500 . Peningkatan ini membuktikan betapa pentingnya paradigman masyarakat berubah dengan segera. Hendak serbu daya tak hendak seribu dalih mungkin menjadi asas perubahan itu

Karangan Rasuah. Faktor-faktor penyebab dan langkah-langkah mengatasinya
Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai imlikasi, punca dan langkah yang efektif untuk menanganinya. Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini. Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita. Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang harus dan telah dialami oleh semua negara di dunia ini. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak pernah dimalukan oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah ini menyebabkan masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat kita terutama yang tinggal di bandar-bandar besar. Bukan sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan gejala sosial ini tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita tentang isu rasuah ini. Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana mereka sedar mereka masih mampu

menikmati hasil rasuah yang mereka ambil itu setelah keluar dari penjara. Sesungguhnya, kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu pandangan salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak ppercaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini. Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini. Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan. Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatu

Dilema kebanjiran tenaga buruh asing di Malaysia
Sebenarnya kehadiran tenaga kerja asing di negara kita memang membawa pelbagai kesan. Ada pihak yang melihatnya kesan negatif dan ada juga yang melihatnya sebagai kesan positif. Mungkin perkara ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam daripada semua pihak terutama kerajaan. Satu perkara yang kita semua harus akui ialah pekerja asing ini telah memberi sumbangan terhadap pertumbuhan ekonomi negara kita. Lihat sahaja sektor pembinaan negara yang memerlukan pekerja yang ramai. Bangunan-bangunan yang tinggi di ibu kota semuanya didirikan hasil titik peluh pekerja asing yang sanggup bekerja keras dengan bayaran yang minimun mungkin.

Bukan itu sahaja, sektor pembuatan negara terutama industri kecil dan sederhana mampu bersaing dengan negara-negara lain kerana menggaji pekerja asing. Kadar upah yang secara relatifnya rendah berbanding mengupah pekerja tempatan menyebabkan sektor industri kita mampu mengeksport barangan lebih murah ke negara-negara lain. Keadaan ini secara tidak langsung turut menjana pertumbuhan pesat eksport negara. Kehadiran pekerja asing ini turut meningkatkan imej negara sebagai sebuah negara yang membangun. Kalau kita kaji secara teliti, semua rakyat negara maju tidak lagi suka melakukan kerja-kerja yang kotor, tidak berstatus, dan memerlukan kudrat yang tinggi. Jadi, sikap yang diamalkan oleh rakyat kita ini selaras dengan ciri-ciri negara maju yang lain. Kekosongan dalam sektor ini yang menyebabkan pekerja asing membanjiri negara kita. Namun, kesan positif yang dihasilkan itu turut mengundang bencana terhadap negara kita. Kalau kita selidik, jumlah pekerja asing yang memasuki negara kita ramai yang tidak berdaftar atau lebih tepat masuk secara haram. Keadaan ini menyebabkan timbulnya pelbagai gejala tidak sihat yang sering dikaitkan dengan mereka. Kesukaran untuk mengenal pasti dan mengawal kebanjiran pekerja asing secara haram ini telah memeningkan kerajaan. Pelbagai langkah telah dicuba tetapi hasilnya masih tidak meyakinkan kita. Kemunculan pekerja asing turut menimbulkan persoalan budaya. Kebanyakan pekerja asing ini datangnya daripada Indonesia, Vietnam, Myammar, India, Filipina, dan Thailand yang telah mengasimilasikan budaya mereka ke dalam budaya kita. Lihat sahaja kelakuan mereka ketika berada di tempat-tempat awam yang jauh berbeza dengan budaya masyarakat tempatan. Dalam keghairahan kita menerima mereka, kita juga harus sedar perbezaan budaya yang wujud antara kita dengan mereka. Persoalan budaya ini kalau dipanjangkan turut membeir kesan terhadap remaja kita. Remaja kita sudah pasti akan terpengaruh dengan kehadiran budaya baru ini. Mungkinkah bahasa kita akan bertukar seiring dengan wujudnya bahasa asing ini? Mungkin perkara itu tidak akan berlaku tetapi sedikit sebanyak kita akan menerima kesannya jua. Isu penderaan pekerja asing terutama pembantu rumah turut mengejutkan kita. Keadaan ini bukan sahaja menjatuhkan imej negara malah membuktikan betapa masalah pekerja asing ini tidak ditangani dengan sistematik. Ketiadaan peruntukkan yang kuat untuk menjaga nasib pekerja asing telah banyak kali menjadi perhatian media massa. Pekerja asing tiada mempunyai tempat untuk mengadu hal mereka. Mungkin kerajaan harus mengambil langkah lebih keras dalam menangani isu penderaan ini. Maka, isu pekerja asing bukanlah satu isu yang mudah ditangani. Kemelut ini memerlukan satu badan bertindak khas untuk memastikan semua pihak menerima pembelaan yang sewajarnya. Kita tidak boleh menganggap pekerja asing satu masalah sementara sahaja tetapi satu masalah yang hanya menanti masa untuk meletup menjadi isu yang lebih besar dan bahaya.