P. 1
MAb 2

MAb 2

|Views: 8,924|Likes:
Published by Zulhelmi Samsir

More info:

Published by: Zulhelmi Samsir on Feb 28, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/18/2013

pdf

text

original

Permainan Sahibba merupakan permainan yang melibat pembinaan suku kata di atas

papan petak-petak yang mengandungi nilai tertentu. Permainan ini dapat membantu

pelajar dalam mengembangkan kemahiran linguistik mereka dalam pembelajaran.

Kecergasan linguistik yang melibatkan kemahiran dalam bidang bahasa merupakan

salah satu bidang kecergasan yang telah digariskan Dr. Howard Gardner. Apabila

bermain Sahibba murid akan cuba mencipta sesuatu perkataan baru. Perkataan ini

mungkin wujud dari persekitaran mereka. Kemungkinan perkataan yang didengari di

dalam televisyen atau perbualan dalam keluarga juga merupakan sumber mencipta

perkataan. Seterusnya jika perkataan yang digunakan itu pelik. Pengadil perlawanan

atau guru akan merujuk kepada sebuah kamus. Kemudian secara tidak langsung murid

akan mengetahui maksud perkataan tersebut dan mengetahui kewujudan perkataan

tersebut dalam kosa kata bahasa melayu. Justeru hal ini dapat membantu mereka

dalam membina penulisan yang berkualiti tinggi kelak.

Selain itu permainan Sahibba juga dapat meningkat kemahiran Interpersonal

murid. Melalui pergaulan dengan rakan dalam kelas dengan lebih rapat dalam

permainan, hubungan antara pelajar akan semakin erat. Justeru membina satu ruang

yang baik dalam kerjasama bilik darjah. Permainan ini mengajar murid untuk

berinteraksi antara satu sama lain di samping semangat persaingan yang tinggi. Jika

wujud pelajar yang pendiam dalam kelas, guru digalakkan melibatkan mereka dalam

aktiviti permainan Sahibba ini agar mereka juga dapat memahirkan diri dalam

kecergasan interpersonal.

MURID & ALAM BELAJAR 2010 PERMAINAN SAHIBBA

29 | mukasurat

5.2 GAYA BERFIKIR

Akal ialah pemberian paling bernilai bagi seorang manusia. Perkara ini yang

membezakan manusia dengan haiwan. Proses berfikir membezakan seorang individu

dengan individu yang lain. Gaya berfikir akan menentukan persoanaliti dan corak

kehidupan seseorang. Pemikiran adalah satu proses mental bagi memperoleh

pengetahuan dan pemahaman dengan tujuan menyelesaikan masalah. Ia melibatkan

penerimaan dan pemahaman rangsangan dalaman dan luaran, pembentukan konsep,

pentafsiran, dan penghasilan gerak balas yang sesuai. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai

satu kebolehan/keupayaan otak dalam pelbagai kemahiran berfikir. Pemikiran juga

merupakan satu proses bagaimana otak kanan manusia berfikir secara kreatif dan

bahagian otak kiri berfikir secara kritis. Sebagai rumusan, pemikiran ialah satu usaha

oleh otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->