P. 1
Bab 9 TCP-IP

Bab 9 TCP-IP

4.0

|Views: 1,938|Likes:
Published by JustNuar
tcp -ip tutorial only
tcp -ip tutorial only

More info:

Published by: JustNuar on Aug 23, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

TCP/IP Transmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP) adalah protokol yang diterima pakai untuk kegunaan Wide

Area Network (WAN), Local Area Network (LAN) dan Internet. Kita mungkin telah ketahui mengenai architecture DOD (Department of Defense). Dari namanya kita sudah dapat meneka DOD dibina oleh pihak tentera. Diperkenalkan diawal tahun 70 an dan architecture tidak jauh lari dari Model OSI. Dibawah disertakan perbandingan diantara Model OSI dan DOD.
OSI Layer Application Presentation File Transfer Protokol Digunakan DOD Layer Electronic Terminal Network Mail Emulation Management

Session Transport

Simple File Simple Mail Process/ Network Transfer Transfer TELNET Application Management Protocol Protocol Protocol Protocol (FTP) (SMTP) *RFC 854* (SNMP) *RFC 959* *RFC 821* *RFC 1098* Transmission Control Protocol (TCP) *RFC 793* Addess Resolution ARP *RFC 826* RARP *RFC 903* User Datagram Protocol (UDP) *RFC 768* Internet Protocol (IP) *RFC 791* Internet Control Message Protocol (ICMP) *RFC 792* Host-toHost

Network

Internet

Data Link

Network Interface Card: Ethernet, StarLAN, Token Ring, Arcnet *RFC 894, RFC 1042, RFC 1051* Transmission Media: Twisted Pair, Coaxial, Fiber Optics, Wireless dll

Physical

Network Access or Local Network

Jadual 1: Menunjukkan perbandingan diantara Model OSI dan DOD *RFC = Request for Comments 187
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Di dalam model OSI terdapat 7 lapisan, tetapi di dalam Model DOD hanya terdapat 4 lapisan. Lapisan Proses/Penggunaan (Process/Application) Lapisan ini jika dibandingkan dengan lapisan OSI merangkumi lapisan Penggunaan (Application), Persembahan (Presentation) dam Sidang (Session). Lapisan ini menyediakan protokol untuk komunikasi aplikasi antara nod (node-to-node) dan mengawal spefikasi antaramuka pengguna. Aplikasi dan servis yang ada di dalam lapisan ini adalah: 1. Telnet (Terminal Emulation) Telnet asalnya datang dari “Telephone Network”. Aplikasi Telnet sering digunakan untuk pengguna dari jauh (remote client) mencapai, menggunakan servis dan menjalankan arahan yang ada di dalam Pelayan. Aplikasi Telnet sering digunakan pada Linux, Unix, peralatan seperti penghala (Router), suis (switch) dan sebagainya. Paparan hanyalah di dalam bentuk text dan menu, menu disini seperti yang digunakan di dalam ms-dos. Perisian telnet.exe boleh didapati secara percuma setiap perisian OS Microsoft. Boleh dicapai di c:\windows. Selain dari itu perisian seperti Netterm juga boleh digunakan. Sila pergi ke laman http://www.securenetterm.com untuk mendapatkannya. Contoh 1: Dari rumah saya telah mendail ke pejabat dan menggunakan perisian telnet untuk memasuki Pelayan DHCP melalui penggunaan telnet.

188
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Rajah 1: Telnet Selepas login menggunakan akaun rozaimy dan memberikan laluannya, saya perlu menukar akses dari pengguna biasa kepada pengguna super user iaitu root. Sekiranya ingin mematikan servis DHCP, hanya perlu menaip arahan ps ax untuk mendapatkan nombor tugasan DHCP. Dari contoh dibawah nombor tugasan untuk DHCP adalah 28249. Oleh itu arahan kill –9 28249 akan menamatkan servis DHCP

Rajah 2: Menamatkan servis Untuk mengaktifkan semula arahan /etc/rc.d/init.d/dhcpd start perlu ditaipkan.

Rajah 3: Mengaktifkan servis 189
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Dengan menggunakan aplikasi telnet, pengguna dapat mengawal pelayan dari jauh. Contoh 2: Selain memasuki pelayan (Server), telnet juga boleh digunakan untuk memasuki penghala (Router).

Rajah 4: Contoh memasuki router Cisco7200

190
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Rajah 5: Contoh memasuki router Proteon

Rajah 6: Contoh memasuki suis Baystack 450-24T 2. FTP (File Transfer Protocol) FTP merupakan protokol FTP dan juga program FTP. Digunakan untuk memindahkan data diantara dua buah komputer.

191
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Pengguna FTP hanya boleh melihat direktori, mengambil dan menghantar data. Pengguna FTP tidak boleh menjalankan sebarang arahan seperti di dalam Telnet. Penguna perlu mempunyai perisian FTP seperti ftp.exe atau wsftp.exe untuk mencapai Pelayan FTP. Katalaluan yang betul perlu untuk kita mencapai pelayan FTP. Aplikasi boleh diperolehi di http://www.wsftp.com/. Pelayan FTP yang menerima pengguna Anonymous tidak memerlukan katalaluan, ini kerana pelayan jenis ini selalunya hanya membenarkan pengguna mengambil data dari pelayan tetapi tidak membenarkan pengguna menghantar data kepada pelayan. Contoh 1: Aplikasi DOS ftp.exe

Rajah 7: FTP di dalam mod DOS Aplikasi Windows WS_FTP

Rajah 8: FTP di dalam mod tetingkap 192
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Fungsi dan kegunaan adalah sama untuk ftp di dalam ms-dos atau windows. Ftp di dalam ms-dos, memerlukan penguna mengetahui arahan seperti get untuk mendapatkan data dari pelayan, arahan put untuk menghantar data ke palayan dan arahan ls untuk melihat fail di dalam directori pelayan. 3. TFTP (Trivial File Transfer Protocol) Sama seperti FTP, tetapi tidak boleh melihat direktori dan tidak mempunyai kata laluan untuk memasukinya. Apabila mengunakan TFTP, kita perlu tahu nama fail untuk dipindah atau diambil. Program TFTP sering digunakan untuk menghantar atau menerima data dari perkakasan seperti Penghala (Router) dan Suis (Switch). Data ini selalunya kecil seperti data konfigurasi dalam bentuk text atau data untuk meningkatkan Firmware pada penghala atau suis. Contoh: Program TFTP digunakan di dalam Switch Lucent P550R

Rajah 9: TFTP 4. NFS (Network File System) Protokol ini digunakan untuk pengkongsian fail pada dua sistem operasi yang berlainan seperti Unix dan NT. Sekiranya NFS diletakkan di dalam Pelayan NT, maka pengguna Unix dapat mencapai fail di dalam Pelayan NT tadi dengan adanya 193
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

NFS. Tanpa NFS, komputer yang menggunakan sistem operasi Unix tidak akan dapat mencapai fail di dalam Pelayan NT disebabkan oleh berlainan kawalan sekuriti, panjang nama fail, case sensitivity dan sebagainya. 5. SMTP (Simple Mail Transfer Protocol) Protokol ini digunakan untuk menghantar email. Apabila kita mengkonfigurasi akaun email, kita perlu mengisi ruangan pelayan SMTP dan POP3. Pelayan SMTP dan POP3 boleh berfungsi di dalam satu pelayan atau pelayan yang berlainan. Fungsi SMTP untuk menghantar email yang kita hantar dan akan disimpan oleh pelayan SMTP di dalam cakera keras dan akan dimasukkan di dalam ruangan menunggu (queue) untuk dihantar kepada penerima. Sekiranya pelayan penerima tidak menjawap (dalam kes ini pelayan POP3), maka email tadi akan tersimpan di dalam ruangan menunggu dan akan dihantar semula selepas 15 minit dan akan cuba selama empat hari lamanya sebelum pelayan SMTP membuang email tersebut. Walau bagaimanapun kekerapan dan tempoh percubaan menghantar email mungkin berubah mengikut konfigurasi pelayan SMTP yang dibina. POP3 pula digunakan untuk kita menerima email dari pelayan POP3. Ini kerana semua email kita disimpan di dalam pelayan POP3 sebelum kita mengambilnya. Semua email yang dihantar oleh pelayan SMTP akan disimpan oleh pelayan POP3 penerima. Apabila penerima menggunakan perisian email seperti Outlook Express, maka protokol POP3 digunakan untuk mengambil email tersebut dari pelayan POP3. Aplikasi Outlook Express kegunaan SMTP dan POP3. merupakan contoh terbaik

194
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Rajah 10: Menunjukkan konfigurasi POP3 dan SMTP 6. LPD (Line Printer Daemon) Protokol ini digunakan untuk pengkongsian mesin pencetak melalui sistem rangkaian dengan mengunakan TCP/IP. 7. X Windows Merupakan paparan grafik (GUI = Graphical User Interface) yang digunakan untuk operasi client-server. Kalau dalam OS keluaran Microsoft kita panggil Windows. 8. SNMP (Simple Network Management Protocol) Protokol ini digunakan untuk mengambil data sesuatu perkakasan yang ada di dalam sistem rangkaian. Data ini boleh datang dari penghala, suis dan komputer peribadi. Dengan data ini, kita boleh menggunakannya sebagai rujukan, amaran awal dan sebagainya. 195
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

9. DNS (Domain Name Service) Digunakan untuk resolves host names. Sering digunakan di dalam Internet. Apabila kita menaip www.komputer.com.my maka paparan laman komputer akan dipaparkan. Pelayan DNS akan memberikan alamat IP yang merujuk kepada www.komputer.com.my. Adalah lebih mudah untuk menaip www.komputer.com.my dari alamat IP. Alamat IP komputer mungkin berpindah dari masa kesemasa, tetapi dengan adanya pelayan DNS, pengguna tidak perlu mengetahui alamat IP yang baru. 10. Bootp (Bootstrap Protocol) Digunakan untuk komputer yang tidak mempunyai pemacu cakera liut dan cakera keras untuk mendapatkan maklumat tertentu dengan menghantar alamat MAC (MAC address) kepada pelayan BootP. Pelayan BootP pula akan membandingkan alamat MAC dengan senarai fail BootP. Di dalam senarai fail BootP tersebut ada tercatat alamat IP untuk setiap alamat MAC. Alamat MAC (lebih dikenali dengan nama Hardware Address) adalah berbeza untuk setiap NIC (Network Interface Card). Hasilnya, komputer tersebut akan memperolehi maklumat seperti dibawah: a) Alamat IP komputernya sendiri b) Alamat IP dan nama hos untuk Pelayan c) Nama fail yang perlu untuk letakkan di dalam memori dan melakukan boot-up d) BootP merupakan satu program yang lama dan telah digantikan dengan Dynamic Host Configuration Protocol (DHCP) 11. DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol) Apabila komputer pengguna disetkan untuk menggunakan DHCP, pelayan DHCP memberikan maklumat yang dikehendaki seperti: a) Alamat IP untuk pengguna tersebut b) Default Gateway (jika ada) c) Subnet Mask 196
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

d) Alamat IP Pelayan DNS (jika ada) e) Alamat IP Pelayan WINS (jika ada) Contoh:

Rajah 11: Pelayan DHCP memberikan berbagai maklumat IP. a) Host Name adalah nama komputer yang digunakan b) DNS servers merujuk kepada Pelayan DNS c) Node Type merujuk kepada jenis topologi sama ada bus, ring, star atau hybrid d) Adapter Address merupakan MAC address untuk NIC e) IP Address adalah alamat IP yang diperolehi dari Pelayan DHCP 197
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

f) Subnet Mask diperolehi dari Pelayan DHCP g) Default Gateway merupakan alamat IP untuk Router h) DHCP Server merupakan Pelayan DHCP yang memberikan maklumat mengenai b, e, f, g, h, i, j, k dan l i) Primary WINS Server merupakan Pelayan akan menukarkan alamat IP kepada nama komputer (netbios name) j) Secondary WINS Server merupakan pelayan gantian sekiranya pelayan utama gagal berfungsi. k) Leased Obtained adalah tarikh mula mendapat maklumat dari Pelayan DHCP k) Leased Expires adalah tarikh lupus maklumat yang diperolehi dari pelayan DHCP, selepas tarikh tersebut, alamat IP mungkin diambil oleh komputer lain. Lapisan Host-to-Host Fungsi lapisan ini sama seperti lapisan Pengangkutan (Transport) yang ada di dalam model OSI. Berfungsi untuk memberi servis kepada lapisan Aplikasi dan memastikan komunikasi dan penghantaran data dapat dilakukan dengan baik tanpa kesilapan (error-free). Ia mengawal susunan paket (packet sequence) dan integriti data (data integrity). Terdapat dua protokol di dalam lapisan ini: 1. Transmission Control Protocol (TCP) 2. User Datagram Protocol (UDP) 1. Transmission Control Protocol (TCP) Ramai orang mengetahui Internet yang kita gunakan mengunakan protokol TCP/IP tanpa mengetahui bahawa TCP dan IP merupakan dua benda yang berlainan. TCP merupakan teknik bagaimana data akan dibawa kelapisan yang lain. Di dalam Model OSI, TCP berada di dalam lapisan Pengangkutan (Transport), manakala di dalam Model DOD berada di dalam lapisan Host-to-Host. Di dalam kedua-dua 198
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Model ini, pembawa data untuk mengunakan IP hanyalah TCP dan UDP. Di dalam lapisan Host-to-Host, TCP mengambil data dari lapisan aplikasi/proses dan memecahkan data tersebut dalam bentuk segmen (segment). Masa ini, setiap segmen akan diberi nombor mengikut urutan supaya segmen ini dapat disusun semula oleh TCP pada penerima. Setiap penghantaran segmen, protokol TCP akan menunggu pengesahan (acknowledgement) dari penerima. Sekira pengirim tidak menerima pengesahan, segmen tersebut akan hantar semula. Sebelum penghantaran boleh dibuat, mesti terdapat perhubungan diantara TCP pengirim dan TCP penerima. Kesepakatan dalam menentukan jumlah segmen yang perlu dihantar sebelum pengesahan dilakukan diproses di sini. Hasilnya terbentuklah satu perhubungan yang dikenali sebagai talian maya (virtual circuit). Ini menyebabkan TCP dikenali sebagai Connection –Oriented. Dalam erti kata lain, Sekiranya Abu ingin menghantar barang kepada Ali, maka Abu perlu mendapatkan pengesahan dahulu yang Ali ada di rumahnya. Setelah itu barulah Abu dapat menghantar barang tersebut.

Perbezaan antara pembawa TCP dan UDP TCP Penerima akan menghantar balik pengesahan kepada pengirim, ini seperti kita menggunakan talipon. Mulamula kita angkat gagang dan mula mendail nombor rakan kita. Apabila ada jawapan dari rakan kita, kita mula berborak sehinggalah salah seorang akan mengatakan bye!. Baru kita meletakkan gagang talipon tersebut. TCP menjamin kualiti penghantaran tetapi mempunyai kos overhead yang tinggi

199
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

TCP dikenali sebagai connection-oriented protocol, UDP TCP header bersaiz 20 octets. Pengirim akan menghantar data tanpa perlu menunggu balasan dari pihak penerima. Dengan kata lain, pengirim tidak ambil peduli sama ada data tersebut sampai kedestinasi atau tidak. Ini seperti kita melancong keluar negara, dari situ kita menghantar poskad ke kampung. Kita tidak perlu tahu sama ada poskad yang kita hantar sampai kedestinasi atau tidak. Pemindahan data menggunakan pembawa UDP mempunyai kurang overhead berbanding dengan TCP kerana header UDP tidak mempunyai data sequencing, acknowledgements atau flow control. Ini membuat UDP sesuai digunakan untuk penghantaran data seperti email. UDP juga dikenali sebagai connectionless. UDP header bersaiz 8 octets dan UDP (User Datagram Protocol) Lapisan Internet Fungsi lapisan ini sama seperti lapisan Rangkaian (Network) yang ada di dalam model OSI. Berfungsi untuk menghantar data keseluruhan sistem rangkaian. Lapisan ini mengambil kira alamat hos (host) dengan mengunakan alamat IP (Internet Protocol) dan mengawal routing data (dalam bentuk paket) di dalam sistem rangkaian yang berbagai (multiple network). Ia juga mengawal flow komunikasi antara dua hos. Terdapat empat protokol yang berada di dalam lapisan ini: • Internet Protocol (IP) • Internet Control Message Protocol (ICMP) • Address Resolution Protocol (ARP) • Reverse Address Resolution Protocol (RARP)

200
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Lapisan Network Access Lapisan ini sama seperti kabungan lapisan Talian Data (Data Link) dan Fizikal (Physical). Lapisan ini berfungsi memastikan pertukaran data diantara hos dan sistem rangkaian dengan mengunakan alamat perkakasan (hardware address) dan menentukan protokol yang akan digunakan untuk menghantar data secara penghantaran fizikal (physical transmission). Sejarah TCP/IP Sejarah TCP/IP bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1969 apabila jabatan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) melakukan ujian sistem rangkaian mengenai pensuisan paket (packet-switching). 1 Advanced Research Agency Network (ARPANET) mula 970 mengunakan Network Control Protocol (NCP) 1 Spefikasi Telnet “Ad Hoc Telnet Protocol” dihantar 972 sebagai RFC 318 1 RFC 454 “File Transfer Protocol” diperkenalkan 973 1 Transmission Control Protocol (TCP) 974 1 Standart IP diperkenalkan di RFC 791 981 1 TCP/IP protocol suite diperkenalkan oleh Defence 982 Communications Agency (DCA) dan ARPA 1 ARPANET bertukar dari NCP kepada TCP/IP 983 1 Domain Name System (DNS) diperkenalkan 984 Alamat IP (IP Addressing) Setiap alamat IP terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Network ID dan Host ID.Network ID umpama Jalan Utama, manalah Host ID merupakan alamat rumah yang ada di dalam jalan Utama tadi. Alamat IP bersaiz 32 bit dan dibahagikan kepada empat bahagian,

201
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

iaitu setiap bahagian mempunyai 8 bit. Contoh 8 Bit berbanding decimal. 8 bit 1 128 1 64 1 32 1 16 1 8 1 4 1 2 1 1

255 nilai decimal

Ada 2 cara membaca alamat IP, iaitu cara binari dan decimal. Nombor binari diwakili dengan nombor 0 dan 1, manakalah Decimal diwakili dengan nombor 0 sehingga 9. Contoh penukaran binari kepada decimal Binari 00000000 00000001 00000011 00000111 00001111 00011111 00111111 01111111 11111111 Nilai Bit Decimal 0 0 1 1 1+2 3 1+2+4 7 1+2+4+8 15 1+2+4+8+16 31 1+2+4+8+16+32 63 1+2+4+8+16+32+64 127 1+2+4+8+16+32+64+128 255

Jenis Kelas Alamat (Address Classes) Terdapat 5 jenis kelas Alamat yang ada iaitu A, B, C, D dan E.
• • Kelas A bit pertama mesti bermula dengan 0. Kelas B 2 bit mesti bermula dengan 10.

202
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

• • • • • • • •

Kelas C 3 bit mesti bermula dengan 110. Kelas D 4 bit mesti bermula dengan 1110. Kelas E 4 bit mesti bermula dengan 1111. Julat Julat Julat Julat Julat alamat alamat alamat alamat alamat Kelas Kelas Kelas Kelas Kelas A diantara 1 sehingga 126. B diantara 128 sehingga191. C diantara 192 sehingga223. D diantara 224 sehingga 239. E diantara 240 sehingga 255.

Walaubagaimanapun kita hanya dibenarkan menggunakan kelas dari jenis A, B dan C sahaja. Alamat IP mempunyai 32 bit dan dipecahkan kepada 4 bahagian yang mana setiap satu mempunyai 8 bit dan kita wakili setiap bahagian sebagai w.x.y.z . Sekiranya alamat IP tersebut adalah 191.254.253.13, w = 191, x =254, y =253 dan z = 13 atau dalam bentuk binari adalah: 10111111.11111110.11111101.00001101 = 191.254.253.13 Cara mengiranya adalah dengan nilai decimal kepada binari seperti ini: (rujuk rajah pertukaran binari kepada decimal) Kalau 1 kita ambil nilai decimal mengikut kedudukannya di dalam bentuk binari dan nilai 0 untuk binari 0. 191 = 1011111 = 128 + 0 + 32 + 16 + 8 + 4 + 2 + 1 254 = 1111110 = 128 + 64 + 32 + 16 + 8 + 4 + 2 + 0 253 = 1111101 = 128 + 64 + 32 + 16 + 8 + 4 + 0 + 1 13 = 00001101 = 0 + 0 + 0 + 0 + 8 + 4 + 0 + 1 Selain cara ini kita juga boleh menggunakan mesin kira (Calculator) yang disediakan pada setiap perisian Windows. 1. 2. 3. 4. Klik butang Start Programs Accessories Calculator 203
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

5. Klik pada View dan pilih dari Standard kepada Scientific.

6. Taip angka 191 dan lepas klik kat butang Radio (Radio Button) pada Bin (binari).

Rajah 12: Mesin kira boleh menukarkan format decimal kepada binari 7. Nilai 1011111 akan dipaparkan. Lakukan seterusnya untuk 254. Tetapi jangan lupa klik butang Radio kepada Dec (Decimal) sebelum taip angka 254.

204
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Rajah 13: Cara penukaran decimal ke binari

Alamat Kelas A (Class A) Alamat IP dibahagi kepada 4 bahagian iaitu w.x.y dan z. Dimana setiap huruf akan diwakili dengan 8 bit. Undang-undang mengatakan bit yang pertama mesti 0 (pertama dari belah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 00000000 sehingga 01111111. Nilai binari kepada decimal. Decimal = binari 0 = 00000000 1 = 00000001 2 = 00000010 3 = 00000011 4 = 00000100 5 = 00000101 6 = 00000110 205
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

7 = 00000111 8 = 00001000 dan seterusnya sehingga 126 = 01111110 127 = 01111111 (ini nilai yang terakhir, sebab bit yang pertama mesti 0 untuk IP kelas A) Maka IP kelas A bermula dari 0 hingga 127 TETAPI nilai 0 merupakan network number dan tidak boleh digunakan dan 127 merupakan local loop back (digunakan untuk melakukan ujian terhadap diri sendiri seperti menggunakan arahan ping pada alamat IP sendiri), juga tidak boleh digunakan. Oleh itu IP kelas A bermula dari 1 sehingga 126. Sekiranya kita melihat alamat IP seperti ni 1.10.134.8 kita tahu ianya di dalam IP kelas A. Ini kerana pangkal 1 adalah di dalam IP kelas A. Begitu juga IP 130.233.222.32 berada di dalam IP kelas A. Alamat Kelas B (Class B) Undang-undang mengatakan 2 bit permulaan mestilah 10 (dari sebelah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 10000000 sehingga 10111111. Nilai binari kepada decimal. Decimal = binari 128 = 10000000 129 = 10000001 130 = 10000010 131 = 10000011 132 = 10000100 133 = 10000101 134 = 10000110 135 = 10000111 136 = 10001000 dan seterusnya sehingga 190 = 10111110 206
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

191 = 10111111 (ini nilai yang terakhir, sebab 2bit permulaan mestilah 10 untuk IP kelas B) Maka julat alamat IP kelas B bermula dari 128 sehingga 191. Sekiranya alamat IP tersebut adalah 155.76.76.8, nilai 155 menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas B. Alamat Kelas C (Class C) Undang-undang mengatakan 3 bit permulaan mestilah 110 (dari sebelah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 11000000 sehingga 11011111. Nilai binari kepada decimal. Decimal = binari 192 = 11000000 193 = 11000001 194 = 11000010 195 = 11000011 196 = 11000100 197 = 11000101 198 = 11000110 199 = 11000111 200 = 11001000 dan seterusnya sehingga 222 = 11011110 223 = 11011111 (ini nilai yang terakhir, sebab 3 bit permulaan mestilah 110 untuk IP kelas C). Maka julat alamat IP kelas C bermula dari 192 sehingga 223. Sekiranya alamat IP tersebut adalah 200.76.76.8, nilai 200 menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas C. Alamat Kelas D (Class D)

207
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Undang-undang mengatakan 4 bit permulaan mestilah 1110 (dari sebelah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 111000000 sehingga 111011111. Nilai binari kepada decimal. Decimal = binari 224 = 11100000 225 = 11100001 226 = 11100010 225 = 11100011 227 = 11100100 228 = 11100101 229 = 11100110 230 = 11100111 231 = 11101000 dan seterusnya sehingga 238 = 11101110 239 = 11101111 (ini nilai yang terakhir, sebab 4 bit permulaan mestilah 1110 untuk IP kelas D). Maka julat alamat IP kelas D bermula dari 224 sehingga 239. Sekiranya alamat IP tersebut adalah 230.76.76.8, nilai 230 menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas D. Alamat Kelas E (Class E) Undang-undang mengatakan 4 bit permulaan mestilah 1111 (dari sebelah kanan), merujuk kepada 8 bit pada w. Maka nilai bit bermula dari 111100000 sehingga 111111111. Nilai binari kepada decimal. Decimal = binari 240 = 11110000 241 = 11110001 242 = 11110010 243 = 11110011 244 = 11110100 208
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

245 = 11110101 246 = 11110110 247 = 11110111 248 = 11111000 dan seterusnya sehingga 254 = 11111110 255 = 11111111 (ini nilai yang terakhir, sebab 4 bit permulaan mestilah 1111 untuk IP kelas E). Maka julat alamat IP kelas E bermula dari 240 sehingga 255. Sekiranya alamat IP tersebut adalah 243.76.76.8, nilai 243 menunjukkan alamat IP tersebut berada di dalam kelas E. Nota: Alamat IP yang dibenarkan untuk digunakan hanyalah IP kelas A, B dan C. IP kelas D sering digunakan untuk multicast seperti yang digunakan di dalam protocol OSPF. IP kelas E pula digunakan untuk ujian. Subnet Mask Di dalam protocol IP, selain memberikan alamat IP kita perlu juga mengisikan ruangan Subnet Mask. Terdapat default subnet mask untuk setiap kelas. IP kelas A IP kelas B IP kelas C 255.0.0.0 255.255.0.0 255.255.255.0

Sebagai contoh: Alamat IP 10.100.10.1, default subnet mask adalah 255.0.0.0 Alamat IP 191.254.1.23 default subnet mask adalah 255.255.0.0 Alamat IP 192.168.3.1 default subnet mask adalah 255.255.255.0 Selain daripada default subnet mask yang dikhaskan untuk setiap kelas, IP kelas A boleh menggunakan default subnet mask kelas B dan C. Manakala IP kelas B boleh menggunakan default subnet

209
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

mask kelas B dan C. Tetapi IP kelas C hanya boleh menggunakan default subnet mask kelas C. JANGAN guna IP kelas C dan default subnet mask kelas A atau B. Walaupun komunikasi berjaya dilakukan tetapi mengundang masalah apabila terdapat dua jenis alamat IP digunakan. JANGAN guna alamat IP yang berakhir dengan nombor 0 dan 255. Seperti 192.168.10.0 dan 192.168.10.255 (untuk kelas C), 191.254.0.0 dan 191.254.255.255 (untuk kelas B), 10.0.0.0 dan 10.255.255.255 (untuk kelas A). Sebab 0 merupakan nombor network dan 255 merupakan nombor broadcast. JANGAN guna alamat IP lebih besar dari 255 sebab nombor tersebut tidak wujud. Pengguna Alamat IP Fitry 10.100.10.1 Safry 10.200.150.1 Ah Chong 10.100.10.2 Mutusamy 10.100.150.2 Halimatus 10.101.10.3 Rabiatul 10.100.10.4 Ruzila 10.100.10.5 Jadual 1: Alamat IP dan Subnet Mask Merujuk kepada jadual diatas, PC Fitry dan Safry boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Cara paling mudah untuk memeriksa sama ada komunikasi dapat dilakukan hanya dengan menggunakan arahan PING. Pada PC Fitry, arahan dibawah perlu dilakukan: 1. Ping 10.100.10.1 - ini dikenali ping local, biasakan ping alamat IP sendiri sebelum ping PC lain. Sekiranya keputusan berjaya. Maka pemacu NIC (Network Interface Card) dan konfigurasi alamat IP adalah betul. Sekiranya keputusan gagal, maka kita perlu memeriksa semula NIC, pemacu NIC dan konfigurasi alamat IP. Subnet Mask 255.0.0.0 255.0.0.0 255.255.0.0 255.255.0.0 255.255.0.0 255.255.255.0 255.255.255.0

210
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

2. Ping 10.200.150.1 - ini dikenali ping remote. Sekiranya keputusan berjaya. Maka kedua-dua PC dapat berkomunikasi. Sekiranya gagal, Safry perlu melakukan ping local untuk memastikan pemacu NIC dan konfigurasi alamat IP adalah betul. Sekiranya ping local menunjukkan hasil yang positif, maka kabel rangkaian mengalami kepincangan. Seterusnya PC Ah Chong diletakan di dalam hab (hub) yang sama. Keputusan ping akan gagal kerana Ah Chong mempunyai subnet mask yang berbeza. PC Mutusamy pun akan gagal berkomunikasi dengan PC Fitry dan Safry tetapi boleh berkomunikasi dengan PC Ah Chong. Keputusan seterusnya, PC Halimatus akan gagal berkomunikasi dengan semua PC. Manakala PC Rabiatul dan Ruzila hanya boleh berkomunikasi antara satu sama lain tetapi tidak boleh berkomunikasi dengan PC lain. Kenapa pula? Masih ingat lagi cara perkelasan dilakukan terhadap alamat IP. Setiap alamat IP dibahagi kepada dua, iaitu Network dan Host. Kelas IP Pecahan Network dan Host A network.host.host.host B network.network.host.host C network.network.network.host Jadual 2: Menunjukkan pecahan terhadap Network dan host pada setiap kelas Network merupakan nama jalan, manakala host pula adalah nombor rumah. Sebagai contoh di dalam satu taman A perumahan: 1. Alamat IP 100.10.200.1. Nombor 100 permulaan adalah merupakan Jalan 100 dan 10.200.1 merupakan nombor rumah.

211
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

2. Alamat IP 100.200.230.10. Nombor 100 permulaan adalah merupakan Jalan 100 dan 200.230.10 merupakan nombor rumah. Kedua-dua PC berada di dalam jalan yang sama (nombor network yang sama) maka berkomunikasi boleh dilakukan. Contoh alamat IP kelas B. Kita namakan Taman B. 1. Alamat IP 191.254.200.10. Nombor 191.254 merupakan nombor jalan dan 200.10 adalah nombor rumah. 2. Alamat IP 191.254.200.20. Nombor 191.254 merupakan nombor jalan dan 200.20 adalah nombor rumah. Keduadua PC berada di dalam jalan yang sama (nombor network yang sama) maka berkomunikasi boleh dilakukan. Contoh seterusnya kita mengunakan untuk alamat kelas C. Kita namakan Taman C. 1. Alamat IP 192.168.1.10. Nombor 192.168.1 merupakan nombor jalan dan 10 merupakan nombor rumah. 2. Alamat IP 192.168.1.20. Nombor 192.168.1 merupakan nombor jalan dan 20 merupakan nombor rumah. Keduadua PC berada di dalam jalan yang sama (nombor network yang sama) maka berkomunikasi boleh dilakukan. Merujuk kepada kepada jadual 1, PC Fitry dan Safry menggunakan default subnet mask kelas A maka Nombor 10 adalah nombor jalan, 100.10.1 merupakan nombor rumah untuk Firty dan 200.150.1. Kedua-dua PC berada di dalam jalan yang sama (nombor network yang sama) maka berkomunikasi boleh dilakukan. Untuk memudahkan kefahaman, sila rujuk jadual 3. Pengguna Alamat IP Subnet Mask Network Fitry 10.100.10.1 255.0.0.0 10 Safry 10.200.150. 255.0.0.0 10 1 Host 100.10.1 200.150.1

212
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Ah Chong Mutusamy Halimatus Rabiatul

255.255.0.0 10.101 255.255.255. 10.100.1 0 0 Ruzila 10.100.10.5 255.255.255. 10.100.1 0 0 Jadual 3: Pembahagian Network dan host dari jadual 1

10.100.10.2 10.100.150. 2 10.101.10.3 10.100.10.4

255.255.0.0 255.255.0.0

10.100 10.100

10.2 150.2 10.3 4 5

Merujuk jadual 3, Fitry dan Safry mempunyai nombor network yang sama. Ah Chong dan Mutusamy mempunyai nombor network yang sama. Rabiatul dan Ruzila mempunyai nombor network yang sama. Hanya PC yang berada di dalam jalan yang sama (nombor network yang sama) barulah berkomunikasi boleh dilakukan. Apabila nombor network bernilai 10. Maka alamat PC yang dibenarkan adalah 10.0.0.1 sehingga 10.255.255.254. Jumlah alamat IP adalah 16,777,214. Kiraannya 2^24 (dua kuasa 24) tolak 2 = 16,777,214 (16 juta!). Nombor network 10.100, alamat PC yang dibenarkan adalah 10.100.0.1 sehingga 10.100.255.254. Jumlah alamat IP adalah 65,534. Kiraannya 2^16 (dua kuasa 16) tolak = 65,534 (65 ribu!) Nombor network 10.100.10, alamat PC yang dibenarkan adalah 10.100.10.1 sehingga 10.100.10.254. Jumlah alamat IP adalah 254. Kiraannya 2^8 (dua kuasa 8) tolak 2 = 254. Kalau semua PC di dalam jadual 3 ditukar default subnet mask kelas A, kesemua PC akan dapat berkomunikasi kerana mempunyai nombor network yang sama. Sila rujuk jadual 4. Pengguna Fitry Safry Ah Chong Mutusamy Alamat IP 10.100.10.1 10.200.150. 1 10.100.10.2 10.100.150. Subnet Mask 255.0.0.0 255.0.0.0 255.0.0.0 255.0.0.0 Network 10 10 10 10 Host 100.10.1 200.150.1 100.10.2 100.150.2 213
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

2 Halimatus 10.101.10.3 255.0.0.0 Rabiatul 10.100.10.4 255.0.0.0 Ruzila 10.100.10.5 255.0.0.0 Rajah 4: Menukar default subnet mask Kelebihan melakukan subnetting:

10 10 10

101.10.3 100.10.4 100.10.5

1. Mengurangkan trafik di dalam rangkaian – Setiap tambahan PC akan menyebabkan penambahan trafik di dalam system rangkaian. 2. Optima prestasi rangkaian – dengan kurangnya trafik, prestasi rangkaian mencapai prestasi maksima. 3. Mudah dikendalikan – Lebih mudah mengendalikan sekiranya berlakunya kepincangan. Subnetting Kelas C Internet merupakan saluran maklumat yang tiada batasan, maka banyak syarikat mempunyai sambungan ke Internet sama ada melalui cara mendail ke Internet atau mempunyai talian suwa (leased line). Penggunaan talian dail tidak perlu melakukan sebarang perkiraan terhadap alamat IP tetapi penggunaan talian suwa akan diberikan satu blok alamat IP. Maka terpulang kepada kita untuk memilih alamat IP yang mana untuk penghala (router), pelayan dan sebagainya selagi kita tidak menceroboh alamat IP syarikat lain. Contoh: IP address serial line 161.7.5.251, subnet mask 255.255.255.252 dan LAN bermula dari 204.104.5.193, subnet mask 255.255.255.224 atau

214
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

IP address serial line 161.7.5.251, subnet mask 30 bit dan LAN bermula dari 204.104.5.193, subnet mask 27 bit Dari contoh yang diberikan kita perlu meletakkan alamat IP 161.7.5.251 pada antaramuka siri (serial interface) pada penghala (router) dan ini tidak menjadi sebarang masalah. Setiap penghala mempunyai sekurang-kurangnya dua antaramuka iaitu antaramuka siri dan pangkalan Ethernet (port Ethernet). Masalah timbul apabila ingin meletakkan alamat IP di dalam pangkalan Ethernet pada penghala dan alamat IP pada pelayan. Untuk itu, kita perlu mengetahui teknik pengiraan subnetting. Syarat untuk membolehkan sesuatu blok alamat IP boleh di subnet adalah: 1. Mesti terdapat sekurang-kurangnya dua bit di setkan ON pada bahagian 8 bit terakhir alamat IP. 2. Mesti terdapat sekurang-kurangnya dua bit di setkan OFF pada bahagian 8 bit terakhir alamat IP. Senarai Subnet yang dibenarkan di dalam kelas C adalah: Binari 11000000 11100000 11110000 11111000 11111100 Decimal 192 224 240 248 252 Subnet mask 255.255.255.192 255.255.255.224 255.255.255.240 255.255.255.248 255.255.255.252

Tujuan kita mempelajari teknik pengiraan adalah untuk mengetahui: 1. Berapa banyak subnet? 2^X –2 (2 kuasa X ditolak 2, dimana X adalah nilai binary yang disetkan ON = 1) 2. Jumlah hos (host) untuk setiap subnet? 2^X –2 (2 kuasa X ditolak 2, dimana X adalah nilai binary yang disetkan OFF = 0)

215
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

3. Nilai permulaan setiap subnet? 256 – subnet mask 4. Nombor host setiap subnet? Nilai antara 0 dan 1 pada setiap subnet 5. Nombor rangkaian (network)? Nilai awal pada setiap subnet 6. Nombor broadcast setiap subnet (broadcast number)? Nilai akhir pada setiap subnet Latihan 1 Subnet Mask 255.255.255.192 (26 bit) Satu alamat IP kelas C iaitu 192.168.1.xxx subnet mask 255.255.255.0 (24 bit). Apabila subnet berakhir dengan 0 maka alamat IP akan bermula dari 1 (dimana xxx = 1) dan berakhir dengan 254 (dimana xxx = 254). Seperti sebatang jalan, dikenali sebagai jalan 192.168.1, maka jalan masuk adalah 192.168.1.0 yang juga dikenali sebagai nombor rangkaian (network number) dan penghujung jalan 192.168.1.254 merupakan jalan mati yang juga dikenali sebagai nombor broadcast (broadcast number). Di antara nombor rangkaian dan nombor broadcast adalah nombor yang boleh digunakan oleh peralatan rangkaian seperti printer dan komputer.

Rajah 14: Alamat IP untuk subnet mask 24 bit Sekiranya alamat IP yang sama iaitu 192.168.1.xxx dan subnet mask adalah 255.255.255.192 (26 bit). Mula-mula kita kena tukar nilai decimal 192 kepada binari. 216
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

192

11000000

1. Berapa banyak subnet? 2^2 –2 (2 kuasa 2 ditolak 2) = 2 (terdapat 2 bit yang ON) 2. Jumlah hos (host) untuk setiap subnet? 2^6 –2 (2 kuasa 6 ditolak 2) = 62 (terdapat 6 bit yang OFF) 3. Nilai permulaan setiap subnet? 256 – 192 = 64 (nilai 192 diambil dari nombor subnet mask). Jadi nombor permulaan setiap subnet adalah 64 dan 128 (64 + 64). Nombor subnet seterusnya adalah 192 tidak boleh digunakan kerana sama dengan nombor subnet mask. Ini menjadikan jalan 192.168.1 akan mempunyai 2 lorong kecil. 4. Nombor host setiap subnet? Untuk lorong 64, alamat IP adalah 192.168.1.65 sehingga 192.168.1.126. Untuk lorong 128, alamat IP adalah 192.168.1.129 sehingga 192.168.1.190. 5. Nombor rangkaian (network number)? Untuk lorong 64, nombor rangkaian adalah 192.168.1.64 dan untuk lorong 128, nombor rangkaian adalah 192.168.1.128. 6. Nombor broadcast setiap subnet (broadcast number)? Untuk lorong 64, nombor broadcast adalah 192.168.1.127 dan untuk lorong 128, nombor rangkaian adalah 192.168.1.223.

217
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Rajah 15: Jalan dan lorong untuk Subnet 192

Rajah 16: Menunjukkan fungsi subnet mask

218
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Merujuk rajah 16, PC Ahmad boleh berkomunikasi dengan PC Ali tetapi tidak boleh berkomunikasi dengan PC Siti dan Abu. Ini disebabkan alamat IP PC mereka berada di lorong yang berlainan, sila rujuk rajah 15. Begitu juga Siti hanya boleh berkomunikasi dengan Abu tetapi tidak boleh berkomunikasi dengan PC Ahmad dan Ali. Kesimpulannya walaupun menggunakan hab yang sama, alamat IP pada lorong 64 hanya boleh berkomunikasi dengan PC yang menggunakan alamat IP yang ada di dalam lorong tersebut. Untuk membolehkan PC dari lorong 64 dan 128 berkomunikasi, peralatan seperti penghala (router) diperlukan.

Latihan 2 Subnet Mask 255.255.255.224 (27 bit) Alamat IP yang sama iaitu 192.168.1.xxx tetapi subnet mask 255.255.255.224. Tukar 224 dari decimal ke binari. 224 11100000 1. Berapa banyak subnet? 2^3 –2 (2 kuasa 3 ditolak 2) = 6 (terdapat 3 bit yang ON). 2. Jumlah hos (host) untuk setiap subnet? 2^5 –2 (2 kuasa 5 ditolak 2) = 30 (terdapat 5 bit yang OFF) 3. Nilai permulaan setiap subnet? 256 – 224 = 32 (nilai 224 diambil dari nombor subnet mask). Jadi nombor permulaan setiap subnet adalah 32, 64, 96, 128, 160 dan 192 (jumlah mesti 6 kerana jumlah subnet adalah 6). Nombor subnet seterusnya adalah 224 tidak boleh digunakan kerana sama dengan nombor subnet mask. Ini menjadikan jalan 192.168.1 akan mempunyai 6 lorong kecil. 219
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Rajah 17: Menunjukkan lorong pada subnet 224 4. Nombor host setiap subnet? Sila rujuk rajah 17. a) Lorong 32 – alamat IP dari 192.168.1.33 sehingga 62 b) Lorong 64 – alamat IP dari 192.168.1.65 sehingga 94 c) Lorong 96 – alamat IP dari 192.168.1.97 sehingga 126 d) Lorong 128 – alamat IP dari 192.168.1.129 sehingga 158 e) Lorong 160 – alamat IP dari 192.168.1.161 sehingga 190 f) Lorong 192 – alamat IP dari 192.168.1.192 sehingga 222 5. Nombor rangkaian (network number)? Sila rujuk rajah 17. a) Lorong 32 –192.168.1.32 b) Lorong 64 –192.168.1.64 c) Lorong 96 – 192.168.1.96 d) Lorong 128 – 192.168.1.128 e) Lorong 160 – 192.168.1.160 f) Lorong 192 – 192.168.1.192 6. Nombor broadcast setiap subnet (broadcast number)? Sila rujuk rajah 17. a) Lorong 32 –192.168.1.63 b) Lorong 64 –192.168.1.95 c) Lorong 96 – 192.168.1.127 d) Lorong 128 – 192.168.1.159 e) Lorong 160 – 192.168.1.191 f) Lorong 192 – 192.168.1.223 220
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Latihan 3 Subnet Mask 255.255.255.240 (28 bit) Alamat IP yang sama iaitu 192.168.1.xxx tetapi subnet mask 255.255.255.240. Tukar 240 dari decimal ke binari. 240 11110000 Terdapat 4 bit ON untuk jumlah subnet dan 4 bit OFF untuk jumlah host. Selain dari menggunakan lakaran jalan dan lorong, kita juga boleh menggunakan jadual untuk memudahkan perkiraan. 1. Jumlah subnet ialah 2^4 - 2 (dua kuasa empat tolak 2) = 14 2. Jumlah hos ialah 2^4 - 2 (dua kuasa empat tolak 2) = 14 3. Permulaan subnet ialah 256 – 240 = 16, seterusnya 32, 48 dan berakhir dengan 224 Subnet 16 32 48 64 80 96 112 128 144 160 176 192 208 Nombor Rangkaian 192.168.1.xxx 16 32 48 64 80 96 112 128 144 160 176 192 208 Nombor Tersiar 192.168.1.xxx 31 47 63 79 95 111 127 143 159 175 191 207 223 Lingkungan IP Sah 192.168.1.xxx 17 – 30 33 – 46 49 – 62 65 – 78 81 – 94 97 – 110 113 – 126 129 – 142 145 – 158 161 – 174 177 – 190 193 – 206 209 – 222 221
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

224

224

239

225 – 238

Nota: • Nombor rangkaian sama dengan nombor subnet. • Nombor tersiar (broadcast number) nilainya kurang satu dari nilai subnet seterusnya. • Lingkungan IP sah adalah lingkungan tambahan satu nilai pada nombor rangkaian dan diakhiri dengan kurang satu nombor dari nombor tersiar. • Syarikat-syarikat di Malaysia sering diberikan alamat IP kelas C dan subnet mask seperti 255.255.255.224 (27 bit) atau 255.255.255.240 (28 bit) untuk syarikat yang lebih kecil. Subnet mask 255.255.255.252 (30 bit) untuk sambungan bersiri (serial) antara penghala (router) syarikat kepada penghala ISP. Latihan 4 Subnet Mask 255.255.255.248 (29 bit) Alamat IP yang sama iaitu 192.168.1.xxx tetapi subnet mask 255.255.255.248. Tukar 248 dari decimal ke binari. 248 11111000 Terdapat 5 bit ON untuk jumlah subnet dan 3 bit OFF untuk jumlah host. Selain dari menggunakan lakaran jalan dan lorong, kita juga boleh menggunakan jadual untuk memudahkan perkiraan. 1. Jumlah subnet ialah 2^5 - 2 (dua kuasa lima tolak 2) = 30 2. Jumlah hos ialah 2^3 - 2 (dua kuasa tiga tolak 2) = 6 3. Permulaan subnet ialah 256 – 248 = 8, seterusnya 16, 24, 32 dan berakhir dengan 240 Subnet Nombor Rangkaian 192.168.1.xxx Nombor Tersiar 192.168.1.xxx Lingkungan IP Sah 192.168.1.xxx 222
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

8 16 24 32 40 48 56 64 72 80 88 96 232 240 Latihan 5

8 16 24 32 40 48 56 64 72 80 88 96 232 240

15 23 31 39 47 55 63 71 79 87 95 103 239 247

9 – 14 17 –22 25 – 30 33 – 38 41 – 46 49 – 54 57 – 62 65 – 70 73 – 78 81 –86 89 – 94 97 – 102 232 – 238 241 – 246

Subnet Mask 255.255.255.252 (30 bit) Alamat IP yang sama iaitu 192.168.1.xxx tetapi subnet mask 255.255.255.248. Tukar 248 dari decimal ke binari. 252 11111100 Terdapat 6 bit ON untuk jumlah subnet dan 2 bit OFF untuk jumlah host. Selain dari menggunakan lakaran jalan dan lorong, kita juga boleh menggunakan jadual untuk memudahkan perkiraan. 1. Jumlah subnet ialah 2^6 - 2 (dua kuasa enam tolak 2) = 62 2. Jumlah hos ialah 2^2 - 2 (dua kuasa dua tolak 2) = 2 3. Permulaan subnet ialah 256 – 252 = 4, seterusnya 8, 12, 16 dan berakhir dengan 248 Subnet Nombor Rangkaian Nombor Tersiar Lingkungan IP Sah 223
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

192.168.1.xxx 4 4 8 8 12 12 16 16 20 20 24 24 28 28 32 32 36 36 40 40 44 44 240 240 244 244 248 248 Subnetting Kelas B

192.168.1.xxx 7 11 15 19 23 27 31 35 39 43 47 243 247 251

192.168.1.xxx 5–6 9 – 10 13 –14 17 –18 21 – 22 25 – 26 29 – 30 33 – 34 37 – 38 42 – 42 45 – 46 241 – 242 245 – 246 249 -250

Default Subnet Mask untuk kelas B adalah 255.255.0.0 atau 16 bit. Syarat utama untuk melakukan subnetting adalah: 1) Sekurang-kurangnya 2 bit nombor rangkaian mesti ON (1). 2) Sekurang-kurangnya 2 bit nombor hos mesti OFF (0). Dari syarat diatas, selepas bit ke 16, Subnet bermula dengan 11000000.00000000 11100000.00000000 11110000.00000000 11111000.00000000 11111100.00000000 11111110.00000000 11111111.00000000 11111111.10000000 11111111.11000000 11111111.11100000 11111111.11110000 11111111.11111000 11111111.11111100 192.0 224.0 240.0 248.0 252.0 254.0 255.0 255.128 255.192 255.224 255.240 255.248 255.252 224
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Dibawah disenaraikan nombor subnet mask yang boleh digunakan di dalam kelas B 255.255.192.0 255.255.224.0 255.255.240.0 255.255.248.0 255.255.252.0 255.255.254.0 255.255.255.0 255.255.255.128 255.255.255.192 255.255.255.224 255.255.255.240 255.255.255.248 255.255.255.252 Latihan 1 Alamat rangkaian (network address) = 191.254.0.0 Subnet mask = 255.255.192.0 Nilai 192 mempunyai 2 bit ON (1) dan 14 bit OFF (0). 11.1.1.1.1.1.1.Jumlah subnet 2^2 tolak 2 = 2 11.1.1.1.1.1.2.Jumlah hos 2^14 tolak 2 = 16382 11.1.1.1.1.1.3.Permulaan subnet 256 – 192 = 64. Subnet kedua 128. Maka subnet pertama adalah 64.0 dan kedua adalah 128.0 Subnet 64 128 Nombor Nombor Lingkungan IP Rangkaian Tersiar Sah 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 64.0 127.255 191.254.64.1 sehingga 191.254.127.254 128.0 191.255 191.254.128.1 sehingga 225
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

191.254.191.254 Perhatikan: Nombor tersiar untuk subnet 64.0 adalah 127.255. Nilai tersebut merupakan nilai kurang satu dari nombor rangkaian 128.0. Nombor tersiar untuk subnet 128 adalah 192.255. Nilai tersebut merupakan nilai kurang satu dari nombor rangkaian 192.0 (lorong/subnet selepas 128.0, atau nilai 192 subnet mask) Nombor permulaan untuk subnet 64.0 adalah 191.254.64.1 (nombor selepas nombor rangkaian) dan berakhir dengan 191.254.127.254 (nombor sebelum nombor tersiar). Nombor permulaan untuk subnet 128.0 adalah 191.254.128.1 (nombor selepas nombor rangkaian) dan berakhir dengan 191.254.191.254 (nombor sebelum nombor tersiar).

Rajah 18: Menunjukkan lorong subnet mask 192 pada kelas B Latihan 2 Alamat rangkaian (network address) = 191.254.0.0 Subnet mask = 255.255.224.0 226
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Nilai 224 mempunyai 3 bit ON (1) dan 13 bit OFF (0). 1. Jumlah subnet 2^3 tolak 2 = 6 2. Permulaan subnet 256 – 224 = 32. Subnet seterusnya adalah 64, 96, 128, 160 dan 192. Maka subnet pertama adalah 32.0 dan yang akhir adalah 192.0 Subnet 32 64 96 128 160 192 Nombor Nombor Lingkungan IP Rangkaian Tersiar Sah 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 32.0 63.255 191.254.32.1 sehingga 191.254.63.254 64.0 95.255 191.254.64.1 sehingga 191.254.95.254 96.0 127.255 191.254.96.1 sehingga 192.254.127.254 128.0 159.255 191.254.128.1 sehingga 191.254.159.254 160.0 191.255 191.254.160.1 sehinnga 192.154.191.254 192.0 223.255 191.254.192.1 sehingga 191.254.223.254

Latihan 3 Alamat rangkaian (network address) = 191.254.0.0 Subnet mask = 255.255.254.0 Nilai 254 mempunyai 7 bit ON (1) dan 9 bit OFF (0). 1. Jumlah subnet 2^7 tolak 2 = 126

227
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

2. Permulaan subnet 256 – 254 = 2. Subnet seterusnya adalah 4, 6, 8, 10, 12, 14 dan seterusnya sehingga 252. Maka subnet pertama adalah 2.0 dan yang akhir adalah 252.0 Subnet 2 4 6 8 10 … 252 Nombor Nombor Lingkungan IP Rangkaian Tersiar Sah 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 2.0 3.255 191.254.2.1 sehingga 191.254.3.254 4.0 5.255 191.254.4.1 sehingga 191.254.5.254 6.0 7.255 191.254.6.1 sehingga 191.254.7.254 8.0 9.255 191.254.8.1 sehingga 191.254.9.254 10.0 11.255 191.254.10.1 sehingga 191.254.11.254 ….. …. ….. 252.0 253.255 191.254.252.1 sehingga 191.254.253.254

Latihan 4 Alamat rangkaian (network address) = 191.254.0.0 Subnet mask = 255.255.255.0 Nilai 255 mempunyai 8 bit ON (1) dan 8 bit OFF (0). 1. Jumlah subnet 2^8 tolak 2 = 254

228
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

2. Permulaan subnet 256 – 255 = 1. Subnet seterusnya adalah 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan seterusnya sehingga 254. Maka subnet pertama adalah 1.0 dan yang akhir adalah 254.0. Subnet 1 2 3 4 254 Nombor Nombor Lingkungan IP Rangkaian Tersiar Sah 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 1.0 1.255 191.254.1.1 sehingga 191.254.1.254 2.0 2.255 191.254.2.1 sehingga 191.254.2.254 3.0 3.255 191.254.3.1 sehingga 191.254.3.254 4.0 4.255 191.254.4.1 sehingga 191.254.4.254 254.0 254.255 191.254.254.1 sehingga 191.254.254.254

Latihan 5 Alamat rangkaian (network address) = 191.254.0.0 Subnet mask = 255.255.255.128 Nilai 255 mempunyai 9 bit ON (1) dan 7 bit OFF (0). 1. Jumlah subnet 2^9 tolak 2 = 510 2. Permulaan subnet 256 – 255 = 1. Subnet seterusnya adalah 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan seterusnya sehingga 254. Eeee, sama macam subnet mask 255.255.255.0 tetapi subnet kali ini adalah 255.255.255.128.Maka subnet bermula dari 0.128, 1.0, 1.128, 2.0, 2.128, 3.0, 3.128, 4.0, 4.128 dan yang akhir adalah 255.0. Subnet Nombor Nombor Lingkungan IP 229
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

1 2 3 4 5 6 7 8 509 510

Rangkaian Tersiar Sah 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 0.128 0.255 191.254.0.129 sehingga 191.254.0.254 1.0 1.127 191.254.1.1 sehingga 191.254.1.126 1.128 1.255 191.254.1.129 sehingga 191.254.1.254 2.0 2.127 191.254.2.1 sehingga 191.254.2.126 2.128 2.255 191.254.2.129 sehingga 191.254.2.254 3.0 3.127 191.254.3.1 sehingga 191.254.3.126 3.128 3.255 191.254.3.129 sehingga 191.254.3.254 4.0 4.128 191.254.4.1 sehingga 191.254.4.127 254.0 254.127 191.254.254.1 sehingga 191.254.254.126 254.128 254.255 191.254.254.129 sehingga 191.254.254.254

Latihan 6 Alamat rangkaian (network address) = 191.254.0.0 Subnet mask = 255.255.255.192 Nilai 255 mempunyai 10 bit ON (1) dan 6 bit OFF (0). 230
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

3. Jumlah subnet 2^10 tolak 2 = 1022 4. Permulaan subnet 256 – 192 = 64 . Subnet seterusnya adalah 128. Eeee, sama macam subnet mask 255.255.192.0 tetapi subnet kali ini adalah 255.255.255.192.Maka subnet bermula dari 0.64, 0.128, 0.192, 1.0, berakhir adalah 254.128 Subnet 1 2 3 4 5 6 7 8 509 510 Nombor Nombor Lingkungan IP Rangkaian Tersiar Sah 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 191.254.xxx.xxx 0.128 0.255 191.254.0.129 sehingga 191.254.0.254 1.0 1.127 191.254.1.1 sehingga 191.254.1.126 1.128 1.255 191.254.1.129 sehingga 191.254.1.254 2.0 2.127 191.254.2.1 sehingga 191.254.2.126 2.128 2.255 191.254.2.129 sehingga 191.254.2.254 3.0 3.127 191.254.3.1 sehingga 191.254.3.126 3.128 3.255 191.254.3.129 sehingga 191.254.3.254 4.0 4.128 191.254.4.1 sehingga 191.254.4.127 254.0 254.127 191.254.254.1 sehingga 191.254.254.126 254.128 254.255 191.254.254.129 sehingga 191.254.254.254 231
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

232
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->