You are on page 1of 18

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/1

KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN DI
MALAYSIA

OBJEKTIF AM

Mengetahui dan memahami sejarah dan konsep

Unit

1
keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
diamalkan di Malaysia.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

 Mentakrifkan keselamatan dan kesihatan


pekerjaan.
 Menerangkan sejarah perkembangan keselamatan dan
kesihataan pekerjaan.
 Menyatakan kepentingan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di Malaysia.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/2

UNIT 1 – KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN

1.0 PENGENALAN

Berita mengenai kemalangan di tempat kerja kerap didengari, ditontoni


dan dibaca. Malahan ada juga kemalangan itu kita alaminya sendiri. Apa yang
anehnya ialah ada di antara kemalangan itu diulangi seolah-olah kita tidak
mempelajari dan mengambilnya sebagai iktibar. Akibat terlalu kerap kita
mendengar mengenai kemalangan, kadangkala kita merasakan kemalangan itu
semacam lumrah, iaitu sesuatu yang memang akan berlaku dan tidak dapat
dielakkan di dalam dunia pekerjaan.

Oleh kerana kemalangan melibatkan manusia, maka manusialah yang


bertanggungjawab terhadap kemalangan. Jika semua yang ada pada dan sekeliling
manusia itu hazard, maka manusialah yang memainkan peranan di dalam
mencipta, mempunyai, mengguna, menyelenggara, menyimpan, mengawal dan
melupus hazard tersebut. Dengan demikian faktor manusia memainkan peranan
yang sangat penting di dalam sesuatu kemalangan pekerjaan. Soalnya sekarang
ialah siapakah manusia itu? Adakah dia pihak kerajaan, majikan, pekerja atau
masyarakat? Sekarang timbul persoalan akauntabiliti dan mengapa akauntabiliti
itu penting.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa kemalangan di tempat kerja


berpunca daripada kelemahan manusia yang berkaitan dengan sifat-sifat berikut;

a. sikap mementingkaan diri: seseorang akan merasakan impak


sesuatu kemalangan dan peka serta mengambil berat terhadapnya
jika kemalangan itu mempunyai kepentingan kepada dirinya. Ini
termasuklah kemalangan yang melibatkan diri sendiri, keluarga,
kenalan dan harta bendanya. Mereka ini kurang mengambil berat
terhadap kemalangan itu jika ia melibatkan orang yang tidak
dikenali.
b. Salah dan betul: Ada pendapat mengatakan bahawa sesiapa yang
membuat kesilapan, maka dialah yang patut menerima akibatnya.
Dengan lain perkataan, kalau seseorang itu buat kesilapan dan
mengakibatkan kemalangan, dan jika kemalangan itu menimpa
dirinya maka kemalangan ini memang patut berlaku dan ia boleh
diterima.
c. Fokus yang salah: Jika kemalangan berlaku, persoalannya bukan
untuk mencari sebab musabab berlakunya kemalangan dan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/3

mencegah kemalangan yang serupa berulang, tetapi fokusnya lebih


kepada menentukan seiapa yang membuat kesilapan. Begitu juga
pencegahan kemalangan lebih kepada tindakan reaktif untuk
setakat mematuhi keperluan undang-undang dan kurang kepada
usaha mengubah sikap dan budaya kerja.
d. Orang ramai mengatasi individu: Masyarakat lebih mengambil
berat jika masalah itu adalah masalah ramai, dan kemalangan
melibatkan ramai orang berbanding dengan jika ia berlaku kepada
beberapa individu sahaja. Sikap inilah yang menjadikan satu
insiden kepada satu bencana yang trajek di tempat kerja kerana
tindakan yang diambil sudah terlewat dan bencana yang menimpa
sukar dikawal atau lebih mahal untuk dikawal.
e. Meremehkan insiden nyaris: Insiden nyaris yang berlaku di
tempat kerja dianggap remeh dan tidak perlu diambil kira. Mereka
melakukan kesilapan yang besar dengan membuat andaian bahawa
insiden nyaris tidak akan menjadi kemalangan yang tragis.
f. Tidak memahami apa sebenarnya keselamatan: Bagi sebilangan
majikan dan juga pekerja, keselamatan adalah sesuatu yang tidak
mutlak dan risiko sifar tidak wujud. Ini bermakna setiap pekerjaan
mempunyai risikonya.

Melihat kepada senarai kelemahan di dalam sifat dan sikap manusia ini,
kita dapat simpulkan bahawa untuk mencegah berlakunya kemalangan perlu ada
anjakan paradigma di dalam sifat dan sikap manusia itu. Sifat dan sikap negatif
dan reaktif yang dahulunya menjadi sesuatu yang lumrah, hakikatnya sekarang
hendaklah diubah menjadi budaya yang positif dan proaktif. Daripada sifat dan
sikap yang positif dan proaktif akan lahirlah budaya kerja selamat yang bukan
digerak dan dipandu oleh desakan pihak luar tetapi berpegang lebih kepada
prinsip tanggungjawab dan ingin mengatur diri sendiri.

1.1 TAKRIF KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah suatu keadaan di mana


seseorang pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk
dirinya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.

1.2 SEJARAH PERKEMBANGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

1.2.1 Kod Hamurabi

Sejarah pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh


dijejak seawal tahun 2500 sebelum masihi di Babylon, melalui kod
Hammurabi. Hammurabi ialah seorang raja yang telah memerintah
negerinya berpandukan kod undang-undang. Kod undang-undang ini
dipahat pada sebuah monumen batu hitam, lebih kurang 2.4 meter tinggi
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/4

dan dipamerkan untuk tatapan rakyatnya. Antara yang berkaitan dengan


pengaturan keselamatan pekerjaan ialah kod ini mentapkan agar
pencegahan kemalangan dilakukan melalui pembalasan berupa denda.
Kawalan yang dicadangkan oleh kod ini dipanggil ‘pembalasan’. Sesiapa
yang didapati cuai dan kecucaiannya mengakibatkan kematian maka
mereka akan menerima balasan yang setimpal dan jika mengakibatkan
kerugian maka dikehendaki menggantikan kerugian tersebut.

Kod Hamurabi mengatur organisasi masyarakat


berpandukan kod undang-undang yang dipamer dan
dimaklumkan kepada semua rakyat untuk dipatuhi.
Kod menekankan hukuman bagi kesalahan

1.2.2 Revolusi Industri dan Perkembangan Legiftatif Keselamatan dan


Kesihatan Pekerjaan di United Kingdom .

Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di United


Kingdom mempunyai sejarah bermula sejak Revolusi Industri dalam
kurun ke-19 yang membawa suasana kerja yang berbeza di mana pekerja
lebih kerap bekerja dengan mesin berbanding dengan menggunakan
peralatan tangan atau binatang. Misalnya, jika pekerja mengetahui
kecacatan di dalam sistem kerja dan gagal mengambil kira mengenainya,
sekiranya berlaku kemalangan maka mahkamah boleh meletakkan
tuduhan kecuaian ke atas pekerja bukan majikan.
Pada tahun 1833, Akta Kilang diwartakan dengan tujuan untuk
menghadkan masa kerja pekerja yang berumur di bawah 18 tahun kepada
10 jam. Ini diikuti pada tahun 1844 dengan Akta Kilang membuat
peruntukan undang-undang untuk mengawal suasana kerja di mana buruh
kanak-kanak digunakan dan memagar mesin yang membahayakannya.

Pada tahun 1972, sebuah jawatankuasa yang diketuai Lord Roben


mendapati beberapa kelemahan yang melibatkan undang-undang sedia ada
dan bilangan kemalangan pekerjaan yang tidak berkurangan.
Jawatankuasa tersebut melaporkan bahawa ;
 Punca utama mengapa kemalangan berlaku adalah kerana sikap
tidak peduli,
 Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah
terlalu banyak, sukar difahami dan tidak memuaskan
 Undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ada,
kurang menekankan aspek sikap, kemampuan dan pencapaian
seseorang dan kecekapan sistem organisasi yang mereka bekerja.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/5

Pada tahun 1974, Akta 1961 telah diatasi oleh Akta Kesihatan dan
Keselamatan di tempat kerja atau ‘ Health And Safety At Work Act ’,
1974 (HASAWA 1974). Pentadbiran HASAWA, 1974, dan segala
perundangan yang dibuat di bawahnya adalah menjadi tanggungjawab
sebuah badan berkanun yang dipanggil Suruhanjaya Kesihatan dan
Keselamatan(Health and Safety Commission, HSC) . Kesimpulanya
penguatkuasaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di United Kingdom
telah berubah daripada urusan berbagai pihak penguatkuasa kepada yang
diselaraskan oleh Suruhanjaya Kesihatan dan Keselamatan.

1.2.3 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Malaysia

Peranan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia telah


bermula sejak 120 tahun yang lalu iaitu pada akhir abad ke-19. Bermula
dengan keselamatan dandang dan kemudiannya ke atas keselamatan
jentera, ini diikuti dengan keselamatan industri, keselamatan dan kesihatan
industri dan akhir sekali meliputi aspek keselamatan dan kesihatan
pekerjaan yang meliputi semua bidang pekerjaan. Sejarah perkembangan
keselamatan dan kesihatan di Malaysia boleh dijelaskan dalam LIMA era
iaitu:

i) Era keselamatan dandang – sebelum 1914


ii) Era keselamatan jentera – 1914 hingga1962
iii) Era keselamatan industri – 1953 hingga 1967
iv) Era keselamatan dan keselamatan industri – 1970 hingga 1994
v) Era keselamatan dan kesihatan pekerjaan – selepas 1994

1.2.3.1 Era keselamatan Dandang – sebelum 1914

Tugas utama keselamatan pekerjaan yang mula-mula


dilaksanakan di Malaysia ialah pada tahun 1878, di mana En
William Givan telah dilantik sebagai Pemeriksa Jentera. Beliau
bertugas untuk memeriksa keselamatan dandang stim yang ketika
itu kebanyakanya digunakan di lombong-lombong bijih timah.
Pada sekitar tahun 1890an, kerajaan Negeri Perak telah
melaksanakan sistem pemeriksaan oleh orang perseorangan, di
mana ia mempunyai kelayakan dalam bidang dandang stim diberi
lesen perlantikan sebagai ‘boiler surveyor’ . Pada tahun 1892
dalam terdapat 83 dandang di Negeri Perak. Kesemua dandang
digunakan di lombong bijih timah melainkan 6 unit yang
digunakan di kilang gula.
Enakmen-enakmen dandang stim pada ketika ini bersifat
kenegerian yang mana keempat-empat negeri di bawah Negeri-
negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan) mempunyai perundangan dandangnya tersendiri.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/6

Perundangan dandang yang pertama adalah dipercayai di Negeri


Selangor iaitu ‘Boiler Enacment’ 1892. manakala di Perak
perundangan dandang stim yang pertama berkuatkuasa pada tahun
1903. Pada tahun 1908 barulah kesemua Negeri-negeri Melayu
Bersekutu mempunyai perundangan dandang mereka masing-
masing dan kesemua pemeriksa pada ketika itu dikenali sebagai
‘Inspector of Boiler’.

1.2.3.2 Era keselamatan Jentera – 1914 hingga 1952

Pada 1 Januari 1914 enekmen-enekmen dandang stim


dimansuhkan dan digantikan dengan ‘Machinery Enactment’.
Berkuatkuasanya enekmen ini, pemeriksa tidak hanya membuat
pemeriksaan dandang stim sahaja tetapi juga ke atas jentera-jentera
lain termasuklah enjin pembakaran dalam, turbin air dan
pemasangan ‘auxiliary’ yang bersangkutan. Pada masa yang sama
jawatan ‘Inspector of Boiler’ juga dimansuhkan dan digantikan
dengan ‘Inspector of Machinery and Assistant Inspector of
Machinery.’
Pada tahun 1932, ‘Machinery Enactment’ pada 1913 telah
dimansuhkan dan digantikan dengan ‘Machinery Enactment’ pada
1932. Pemeriksaan dan pendaftaran serta pemeriksaan pemasangan
telah dikuatkuasakan. Ketika itu pemeriksa-pemeriksa jentera
adalah di bawah pentadbiran Jabatan Galian iaitu di bawah
cawangan kejenteraan. Ini kerana pada ketika itu jentera-jentera
kebanyakkan tertumpu di sektor perlombongan menjadi
perusahaan utama pada ketika itu.

1.2.3.3 Era Keselamatan Industri – 1953 hingga 1967

Cawangan Kejenteraan berada di bawah Jabatan Galian


sehingga 1962, cawangan Kejenteraan telah dipisahkan dari
Jabatan Galian dan ditukar nama kepada Jabatan Kejenteraan. Ini
kerana kebanyakkan pemeriksaan telah berkembang luar daripada
industri perlombongan. Pada 1953, semua enekmen kejenteraan
yang digunakan di negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak
Bersekutu serta negeri-negeri Selat telah dimansuhkan dan
digantikan dengan ordinan 1953. Berkuatkuasa ordinan ini,
peranan pemeriksa tidak tertumpu kepada dandang atau
keselamatan jentera tetapi meliputi keselamatan pekerja kilang-
kilang di mana jentera digunakan. Peruntukan utama ordinan
tersebut adalah seperti berikut:

a) Hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Pemeriksa dengan


kuasa-kuasa mengendalikan pemeriksaan dan kelulusan
sijil-sijil perakuan kebolehan.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/7

b) Peraturan-peraturan perlu dibuat


c) Jentera-jentera tidak boleh dijalankan tanpa sijil perakuan
kelayakan
d) Jentera-jentera perlu diperiksa dari masa ke semasa
e) Kebenaran daripada pemeriksa hendaklah dilakukan
sebelum jentera diperlesenkan dan diubah
f) Semua kemalangan kepada orang atau harta benda
bersangkut paut dengan jentera hendaklah dilaporkan dan
disiasat
g) Tidak sesiapapun boleh membuat kelakuan yang boleh
mengakibatkan kecederaan kepada orang lain
h) Jentera-jentera yang tidak mematuhi peraturan tidak
dibenarkan dijual atau dipinjamkan atau disewakan
i) Pemeriksa diberi kuasa-kuasa untuk memasuki tempat-
tempat dan memberhentikan jentera-jentera yang tidak
selamat.

1.2.3.4 Era Keselamatan Industri – 1970 hingga 1994

Pada tahun 1967, Akta Kilang dan Jentera telah diluluskan


oleh Parlimen. Pada tahun 1970 Akta Kilang dan Jentera serta
lapan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya
dikuatkuasakan. Dengan berkuatkuasanya Akta ini, Ordinan
Kejenteraan 1953 telah dimansuhkan dan nama Jabatan pula
ditukar kepada Jabatan Kilang dan Jentera. Pemeriksa-pemeriksa
yang menguatkuasakan akta tersebut bergelar Pemeriksa Kilang
dan Jentera. Akta ini digubal untuk mengatasi kekurangan-
kekurangan yang terdapat pada Ordinan Kejenteraan 1953, iaitu
dari segi skop liputan ke atas pekerja, di mana para pekerja di
tempat kerja yang tiada penggunaan jentera telah juga dilindungi.
Peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan kesihatan industri
telah diperlengkapkan.

Secara umumnya, Akta ini telah digubal untuk


memperuntuknan piawaian minimum bagi keselamatan, kesihatan
dan kebajikan di tempat kerja yang mempunyai 5 orang pekerja
atau lebih dan di semua premis di mana jentera digunakan,
termasuklah di kilang-kilang, tapak-tapak kerja binaan bangunan
dan kerja binaan kejuruteraan. Akta ini cuma berkuatkuasa di
Semenanjung Malaysia sehinggalah pada tahun 1980 apabila
pemakaiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Sehinggalah
pada tahun 1968, Ketua-ketua pemeriksa adalah terdiri daripada
rakyat British berbangsa Inggeris. Pada tahun 1968 jawatan
Pemeriksa di Jabatan Kejenteraan telah sepenuhnya diisi oleh anak
tempatan. Tahun 1968 juga menyaksikan penubuhan seorang
Pegawai Perubatan dan Pengawasan unit ini telah
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/8

dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kejenteraan. Unit tersebut


tidak kekal lama di bawah Kementerian Buruh dan telah diletakkan
di bawah pentadbiran Kementerian Kesihatan pada tahun 1971.

Era ini juga menyaksikan perwujudan beberapa aktiviti


serta bahagian yang penting seperti tertubuhnya Bahagian
Pencegahan Pencemaran pada tahun 1971, penubuhan Unit
Industri Hygiene pada tahun 1975 dan penaikan tarafnya kepada
Bahagian Industri Hyiegene pada tahun 1980; permulaan aktiviti
keselamatan petroleum dengan tertubuhnya Bahagian Keselamatan
Petroleum pada tahun 1985, bermulanya aktiviti pemeriksaan khas
bagi mencegah kemalangan besar industri, aktiviti latihan
keselamatan dan kesihatan industri pada tahun 1987 dengan
bantuan kepakaran daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa
(ILO); penubuhan Pusat Kebangsaan bagi Maklumat Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (C.I.S.) pada tahun 1988 dan penubuhan
Bahagian ‘Major Hazards’ pada tahun 1991. Akta Petroluem telah
dikuatkuasa pada tahun 1984 dan penguatkuasaannya dibuat oleh
beberapa agensi kerajaan. Jabatan Kilang dan Jentera
menguatkuasakan peruntukan-peruntukan akta yang bersangkutan
dengan penghantaran pertoluem melalui talian paip, pengagihan
dan penyimpanan petroleum serta peralatan perkakasan yang
berkaitan. Peraturan-peraturan 1985 telah dikuatkuasakan
sepenuhnya oleh Jabatan ini. Dengan tanggungjawab baru ini
pemeriksa-pemeriksa kilang dan jentera telah juga diwartakan
sebagai Pemeriksa Petroluem.

Cadangan untuk mengadakan sebuah Institut Keselamatan


dan Kesihatan Pekerjaan Negara telah dikemukakan oleh Jabatan
Kilang dan Jentera kepada Majlis Penasihat Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan pada tahun 1985. Kabinet telah
meluluskan penubuhan institut ini pada tahun 1991 dan
pelancarannya telah dibuat oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia
pada bulan Disember 1992. Institut ini adalah sebuah syarikat di
bawah tanggungan kerajaan dan penubuhannya bermatlamat untuk
menjalankan aktiviti-akitiviti latihan, pengumpulan dan
penyebaran maklumat, kajian dan pembangunan dalam bidang
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

1.2.3.5 Era Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan- selepas 1994

Perundangan baru keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


diperbuat pada tahun 1994. Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah mendapat kelulusan parlimen
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/9

pada tahun 1993 dan diwartakan pada Februari 1994. Perundangan


ini diperbuat kerana memandangkan Akta Kilang dan Jentera 1967
hanya meliputi keselamatan dan kesihatan pekerjaan sektor
perkilangan, perlombongan dan pengkuarian dan pembinaan yang
mana keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor industri-industri
lain tidak diliputi. Pekerja-pekerja yang terlibat di bawah Akta
Kilang dan Jentera 1967 hanyalah 24% daripada jumlah tenaga
kerja manakala Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
merangkumi sejumlah 90% daripada tenaga kerja dan hanya
pengecualian pekerjaan atas kapal dan angkatan tentera.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ini


bertujuan untuk memupuk dan menggalakkan kesedaran
keselamatan dan kesihatan dikalangan pekerja dan juga
mewjudkan organisasi dan langkah-langkah keselamatan dan
kesihatan yang berkesan. Ini dilaksanakan di bawah skim-skim
pengaturan kendiri yang disesuaikan dengan industri atau
organisasi yang berkaitan. Peruntukan Akta Keselamatan dan
Keselamatan Pekerjaan 1994 ini melengkapi peruntukan undang-
undang sedia ada dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan,
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan
mengatasinya.

Akta ini mendefinisikan kewajipan-kewajipan am majikan,


pengilang, pekerja, pekerja sendiri, perekabentuk, pengimport dan
pembekal. Prinsip-prinsip utama yang diambil sebagai asas dalam
penggubalan akta ini adalah seperti berikut:

Pertama - ‘Self regulation’ atau pengaturan kendiri yang


bertujuan menangani perkra-perkara berkaitan dengan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan, pihak majikan perlu membangunkan satu
sistem pengurusan yang baik dan kemas bermula dengan
mengadakan satu polisi keselamatan dan kesihatan untuk pekerja-
pekerjanya. Pihak majikan mengadakan satu perkiraan yang baik
untuk dilaksanakan.

Kedua – Perundingan iaitu pihak majikan, pekerja dan kerajaan


perlu berunding untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah
berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat-tempat
kerja.

Ketiga – Kerjasama iaitu pihak majikan dan pihak pekerja perlu


bekerjasama untuk menjaga, memelihara dan meningkatkan mutu
keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/
10

Dengan Akta Keselamatan mulai April 1994 Jabatan


Kilang dan Jentera dikenali sebagai Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan pemeriksa dikenali sebagai
Pegawai Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan. Di bawah Akta
ini sektor-sektor industri yang terlibat adalah seperti berikut:

a) Pengilangan
b) Perlombongan dan penguraian
c) Pembinaan
d) Pertanian, Perhutanan dan perikanan
e) Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan
f) Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi
g) Perdagangan borong dan runcit
h) Hotel dan restoran
i) Kewangan, insuran, harta dan perkhidmatan perniagaan
j) Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun.

Misi utama Jabatan adalah untuk mewujudkan budaya kerja


yang selamat dan sihat dikalangan semua majikan dan pekerja
supaya keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka dan orang
lain yang terdedah risiko keselamatan pekerjaan yang berpunca
daripada aktiviti orang bekerja adalah terpelihara.

Senarai contoh beberapa Akta dan Peraturan yang


ditunjukkan di dalam jadual 1.0 yang telah diwartakan oleh
kerajaan Malaysia untuk mengurus dan mengawal penggunaan
bahan berhazard dan pekerjaan yang berkaitan dengannya dan
pekerjaan yang telah dikenalpasti sebagai merbahaya kepada
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/
11

Jadual 1.1 Contoh akta dan peraturan

AKTA-AKTA DAN PERATURAN- HAZARD DAN PEKERJAAN


PERATURAN
Environment Quality, 127, 1974 dan Bahan toksik dan berjadual
Subsidiary Legislation
Akta Kilang dan Jentera, 139, 1967 Keselamatan dan kesihatan di kilang
dan pengendalian jentera
Akta Perlesenan Tenaga Atom, 304, Keselamatan dan Kesihatan menangani
1984 dan peraturan-peraturannya sinaran mengion
Akta Petroleum (Langkah-langkah Akta berhubung dengan keselamatan di
Keselamatan), 1984 dalam pengangkutan, penstoran dan
penggunaan petroleum
Akta Bekalan Elektrik, 447, 1990 Keselamatan elektrik
Akta Keselamatan dan Kesihatan Keselamatan, kesihatan dan kebajikan
Pekerjaan, 514, 1994 dan Peraturan- di tempat kerja
peraturanya.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 514,


1994 (AKTA 514) diwartakan untuk menyatu dan
menseragamkan pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan di Malaysia. AKTA 514
mengatasi tetapi tidak bercanggah dengan mana-
mana akta dan peraturan yang berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/
12

Rajah 1.0 Sejarah perkembangan pengurusan keselamatan dan kesihatan di


Malaysia
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/
13

1.3 STATISTIK KEMALANGAN INDUSTRI

Jadual 1.2 Bilangan kemalangan Mengikut Perusahaan –2000


(Sumber Perkeso : www.perkeso.gov.my/statistik/jadual5.htm)

Perusahaan Bil. Kes HUK Maut Bil. Kes


dilaporkan dilaporkan Dilaporkan dilaporkan
L P
PERTANIAN, i) Pertanian dan ternakan 10390 867 62 6465 3925
PERHUTANAN & ii) Perhutanan &
PERIKANAN Pembalakan
 Perhutanan 31 3 0 26 5
 Pembalakan 1437 318 51 1385 52
iii) Perikanan 35 2 2 30 5

PERLOMBONGAN & 626 105 11 598 28


KUARI

PERKILANGAN i) Perusahaan makanan, 3017 376 23 2566 541


minuman dan tembakau
ii) Perusahaan kulit, 2828 270 19 1535 1393
pakaian, tekstil
iii) Kilang papan dan 3956 512 36 3253 703
proses mengetam
iv) Kilang papan dan 273 46 4 215 58
bekas rotan
v) Mengilang papan dan 938 95 1 788 150
gabus
vi) mengilang perabot dan 3100 453 14 2438 662
kelengkapan
vii) perusahaan kertas & 1826 320 14 1492 334
percetakan
viii) perusahaan bahan 5564 743 35 4385 117
kimia
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/
14

AKTIVITI 1

1. Kemalangan di tempat kerja boleh berlaku akibat dari sifat-sifat berikut:


a. Sikap mementingkan diri
b. Meremehkan insiden nyaris
c. Salah dan betul.

Terangkan secara ringkas.

2. Apa yang kita boleh pelajari daripada Kod Hammurabi?

3. Nyatakan 3 perkara yang didapati oleh Lord Roben yang


menjadi penyebab kepada bilangan kemalangan masih tinggi walaupun terdapat
banyak akta dan peraturan yang telah diwartakan untuk mengawal keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/
15

MAKLUMBALAS AKTIVITI 1

1.
- seseorang akan merasa impak sesuatu kemalangan dan peka serta
mengambil berat terhadapnya jika kemalangan itu mempunyai
kepentingan kepada dirinya
- insiden nyaris yang berlaku di tempat kerja dianggap remeh
dan tidak perlu diambil kira atau diperbesarkan.
- Pendapat mengatakan sesiapa yang membuat kesilapan
maka dialah yang patut menerima akibatnya.

2. Kod Hammurabbi mengatur organisasi masyarakat berpandukan kod undang-


undang yang dipamer dan dimaklumkan kepada semua rakyat untuk dipatuhi.
Kod menekankan hukuman bagi kesalahan.

3.
a) punca utama mengapa kemalangan berlaku adalah kerana sikap tidak
peduli
b) undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah terlalu
banyak, sukar untuk difahami
c) undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ada kurang
menekankan aspek sikap, kemampuan dan pencapaian.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/
16

(1) Lengkapkan Jadual Berikut berkaitan peraturan dan akta oleh kerajaan Malaysia.

AKTA-AKTA DAN PERATURAN- HAZARD DAN PEKERJAAN


PERATURAN
Environment Quality, 127, 1974 dan Subsidiary
Legislation
Keselamatan dan kesihatan di kilang dan
pengendalian jentera
Akta Perlesenan Tenaga Atom, 304, 1984 dan
peraturan-peraturannya
Akta Petroleum (Langkah-langkah
Keselamatan), 1984
Akta Bekalan Elektrik, 447, 1990
Keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat
kerja

(2) Berikan takrif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

(3) Nyatakan sektor-sektor industri yang terkandung di bawah Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Akta 514), 1994.

(4) Nyatakan dengan ringkas Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 514, 1994
(AKTA 514)
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/
17

(1)

AKTA-AKTA DAN PERATURAN- HAZARD DAN PEKERJAAN


PERATURAN
Environment Quality, 127, 1974 dan Subsidiary Bahan toksik dan berjadual
Legislation
Akta Kilang dan Jentera, 139, 1967 Keselamatan dan kesihatan di kilang dan
pengendalian jentera
Akta Perlesenan Tenaga Atom, 304, 1984 dan Keselamatan dan Kesihatan menangani
peraturan-peraturannya sinaran mengion
Akta Petroleum (Langkah-langkah Akta berhubung dengan keselamatan di
Keselamatan), 1984 dalam pengangkutan, penstoran dan
penggunaan petroleum
Akta Bekalan Elektrik, 447, 1990 Keselamatan elektrik
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat
514, 1994 dan Peraturan-peraturanya. kerja

(2) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah suatu keadaan di mana seseorang
pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan
orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.

(3) Di bawah Akta ini sektor-sektor industri yang terlibat adalah seperti berikut:

a) Pengilangan
b) Perlombongan dan penguraian
c) Pembinaan
d) Pertanian, Perhutanan dan perikanan
e) Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan
f) Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi
g) Perdagangan borong dan runcit
h) Hotel dan restoran
i) Kewangan, insurans, harta dan perkhidmatan perniagaan
j) Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun.

(4) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 514, 1994 (AKTA 514) diwartakan untuk
menyatu dan menseragamkan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
Malaysia. AKTA 514 mengatasi tetapi tidak bercanggah dengan mana-mana akta dan
peraturan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/1/
18

‘Semoga Berjaya’

Anda telah memahami dan berjaya di unit


ini. Teruskan perjuangan anda ke unit
seterusnya.

You might also like