HBML 4803 : PERBANDINGAN TATABAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________ FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2009

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

PENGHARGAAN ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH……… Segenap pujian dan rasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan modul bertajuk HBML 4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu mengikut sedikit proformanya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W., rasul pilihan yang diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam serta sahabat – sahabatnya.

Jutaan terima kasih dihulurkan kepada Ketua Jabatan dan semua pensyarah Pengajian Melayu IPSAH yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan dalam ilmu linguistik. Semoga segala tunjuk ajar berguna pada suatu hari kelak.

Di samping itu, huluran kasih dan penghargaan yang teristimewa kepada ayahanda dan bonda saya yang tersayang. Mereka tidak pernah jemu menjadi tulang belakang saya dalam apa jua yang saya lakukan. Dorongan, pengorbanan dan kasih sayang mereka takkan saya lupakan selagi nyawa dikandung badan. Insya Allah. Dan kepada insan yang tersayang, Nor Nadia bt. Rosli yang sentiasa menjadi pelita dalam menerangi kehidupan ini.

Selain itu, tidak dilupakan kepada rakan-rakan tersayang yang banyak membantu menyumbangkan idea-idea yang bernas kepada saya. Semoga

persahabatan yang terjalin berkekalan hingga akhir hayat.

Akhir kalam, jauh di sudut hati saya sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua. Semoga dengan terhasilnya modul tidak seberapa ini memberi manfaat kepada semua. Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.........Wassalam

Muhammad Norrudin b. Abdul Aziz.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

DEDIKASI

Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani Akulah insan kerdil di dunia-Mu ini Buat ayah dan ibuku Abdul Aziz Adnan Che Yam Mat Daud

Buat adikku: Siti Nuraisyah Siti Aminah Siti Zabedah Siti Nurfardziah Awanis Natasha Dan insan yang tersayang sentiasa Nor Nadia bt. Rosli Para guru Yang setia mengajarku Mengenali Bahasa Melayu Dan yang terutamanya Encik Mohd Ali b. Syed Abu Tahir Encik Muhammad Khairi b. Mohamed Nor Encik Mohd Noor b. Ahmad Tidak lupa kelas PISMK-OUM 8 A

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Muhammad Norrudin 21 – 09 – 2009
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

ISI KANDUNGAN Penghargaan dan Dedikasi Bab 1 Falsafah Tatabahasa Bab 2 Susur Galur Penulisan Tatabahasa Melayu Bab 3 Tokoh dan Aliran Dalam Tatabahasa Melayu Bab 4 Tatabahasa Tradisional Bab 5 Tatabahasa Struktural Bab 6 Tatabahasa Transformasi Generatif Bab 7 Pembentukan Kata Bahasa Melayu Bab 8 Penggolongan Kata Bahasa Melayu Bab 9 Penjenisan dan Pengkelasan Frasa BM Bab 10 Penjenisan dan Pengkelasan Ayat BM Rujukan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

berkesan atau sebaliknya.BAB 1 FALSAFAH TATABAHASA – BENTUK DAN FUNGSI 1. Secara amnya.1 Awang Sariyan Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa (kata. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. frasa dan ayat. lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. baik dalam ucapan mahupun tulisan. bahasa Melayu mempunyai peraturanperaturan tersendiri untuk membentuk kata. teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Dengan itu. tatabahasa mestilah tepat. tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis.2 Definisi Tatabahasa Di sini kita akan menyelusuri definisi tatabahasa yang dahulunya dikenali sebagai nahu. Dengan pengangkatan martabat bahasa Melayu melalui bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. lengkap. Oleh itu. Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yang mendasari atau pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu khususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa. Peraturan atau tatabahasa inilah yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh penutur sesuatu bahasa. Dengan perkataan lain. 1.1 PENGENALAN Bahasa Melayu ialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara. tuntas. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik.2. bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. frasa dan ayat) yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya. 1.

iaitu sistem yang tertentu dalam sesuatu bahasa yang dipatuhi penutur bahasa itu. 1.2. tepat dan gramatis. pengimbuhannya betul.4 Salleh Mohd. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Abdul Aziz Menurut Siti Hajar (1996). pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.3 Siti Hajar Hj.2 Abdullah Hassan Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. umpama sistem bunyi dan bentuk-bentuk ayat yang betul. tatabahasa ialah rentetan ucapan. „nahu‟ atau tatabahasa ialah undang-undang jalan bahasa. hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya. tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Dengan perkataan lain. Ismail Idris dan Hamzah Mahmood (1977).2. Sebagai kesimpulannya. Sistem-sistem yang tertentu. Ismail Idris dan Hamzah Mahmood Menurut Salleh Mohd. maksudnya tentu. Akib. tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumusrumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifatnya dinamik.1. 1. Akib. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .2.

Morfologi ialah bidang yang mengkaji cara-cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan sintaksis pula ialah bidang yang mengkaji cara perkataan itu disusun menjadi ayat. Peraturan itu akan menentukan bahasa yang kita gunakan itu dapat berfungsi dengan baik. proses pembentukan perkataan dan proses penyusunan perkataan dalam membentuk ayat-ayat gramatis. Tatabahasa merupakan satu cabang daripada linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi dan frasa menggunakan formula-formula tertentu. Dengan perkataan lain.3 Konsep Tatabahasa Kita rujuk kembali kepada definisi tatabahasa kerana itulah konsep penting kepada tatabahasa. iaitu terdiri daripada peraturan-peraturan dan undangundang bagi pengucapan dan penulisan bahasa yang betul. Ini bermakna. Etika berbahasa. tepat-kurang dan tidak tepat ketika seseorang itu berbahasa. Cara kajian tersebut dilakukan secara saintifik dengan mengikut rumus-rumus tertentu. berkesan atau sebaliknya. Kajian tatabahasa bermula daripada unsur-unsur yang membina perkataan. Salah satu cabang telaah dan kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa. yang mula dikuasai oleh kanak-kanak selepas usia 5 atau 6 tahun. Sekurang-kurangnya terdapat tiga konsep tatabahasa yang diketengahkan oleh ahli-ahli bahasa. menunjukkan bahawa keteraturan berbahasa memang wujud dan menjadi hukum yang normal dalam masyarakat bahasa mana pun di dunia ini. Lazimnya tatabahasa bersifat preskriptif. betul-salah. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. iaitu: Seperangkat pola penataan kata dalam sesuatu bahasa.1. Peraturan atau hukum bahasa itulah yang dimaksudkan dengan tatabahasa. Berdasarkan konsep tatabahasa di atas. konsep tatabahasa berkait secara langsung dengan proses pewujudan hukum.

Namun begitu. tatabahasa dapat didekati dengan ukuran hubungan sintagmatis dan paradigmatis. dengan aturan-aturan itu dihasilkan bentuk-bentuk linguistik (ayatayat.1. perihal itu dapat dibuat dengan menggunakan analisis tatabahasa daripada pengucapan sebenar bahasa itu atau dengan mencapai rumus-rumusnya dengan cara meneliti bagaimana pengucapan itu berlaku atau terjadi.3. suku kata dan yang lain) yang gramatis dalam bahasa itu.Noam Chomsky yang menjelaskan tatabahasa sesuatu bahasa sebagai sejumlah aturan. Himpunan hukum ini disebut tatabahasa. bahasa yang diucapkan atau dituliskan oleh seseorang itu terjadi daripada ayat-ayat yang terbatas panjangnya tetapi tidak terbatas jumlahnya. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . morfem-morfem. Tegasnya. Manakala Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985) telah mentakrifkan tatabahasa sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji dan memerikan bahasa secara saintifik dan kajiannya ditumpukan kepada perkataan. Tegasnya. tatabahasa tidak lain adalah tentang struktur rentetan ucapan dan pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan yang berulang-ulang yang ditinjau menurut fungsinya berdasarkan lingkungan yang diduduki oleh sesuatu unsur serta hubungan antara satu sama lain yang menghasilkan struktur-struktur tertentu. Tambahannya lagi. Tiap-tiap ayat itu pula terjadi daripada kata-kata yang disusun menurut ketetapan-ketetapan tertentu yang berupa sistem dalam bahasa itu. Katanya. Lufti Abas (1975) telah meninjau formula aliran Transformasi Generatif . proses pembentukan dan penyusunannya dalam membentuk ayat.1 Pendapat Tentang Tatabahasa Menurut Arbak Othman (1983) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataanperkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Asraf pula (1981) mendefinisikan tatabahasa itu dari sudut takrif bahasa itu sendiri dan bahasa menjadi alat bagi seseorang untuk menyatakan perasaan dan fikirannya. frasa-frasa. Setiap ketetapan itu menjadi hukum atau peraturan yang harus dipatuhi oleh setiap pengguna bahasa. kata-kata.

Bagi Abdullah Hassan (2006) pula. menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul salahnya sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang dalam hidup bermasyarakat dan beragama. 1. Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) berpendapat morfologi ialah bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. frasa-frasa. proses-proses perkataan dan bentuk perkataan yang terhasil.Dengan kata lain. morfologi sesuatu bahasa adalah binaan-binaan dalam mana bentuk-bentuk berikut hadir di antara konstituennya. Morfologi merupakan satu bidang yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. malahan ini yang terpenting. Nik Safiah Karim (1996) mengaitkan morfologi dengan mengkaji struktur. tatabahasa dan semantik.3. Menurut Bloomfield (1935). Kajian ini lebih tertumpu dan berfokus kepada unsur-unsur yang membentuk perkataan. Lyons (1970) pula mendefinisikan morfologi sebagai bidang yang mempelajari struktur dalam bentuk-bentuk kata. sebagaimana undang-undang dan peraturan dalam sesuatu negara atau dalam agama. alat untuk membentuk ayat-ayat. Begitu juga halnya tatabahasa yang merangkumi dua sistem utama iaitu morfologi dan sintaksis. Malahan menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) dengan tegasnya ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Tegasnya lagi. suku kata dan yang lain) yang gramatis dalam sesuatu bahasa (coding). morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. maka demikianlah tatabahasa menjadi pedoman dan pegangan untuk menentukan betul salahnya sesuatu bentuk bahasa yang diucapkan atau dituliskan oleh seseorang dalam sesuatu masyarakat bahasa. tetapi juga. Tokoh bahasa terkenal. Tatabahasa merupakan aspek yang terpenting dalam sistem bahasa kerana ketika berbahasa kita menggunakan tatabahasa sebagai peraturan tertentu. morfem-morfem.2 Sistem Tatabahasa Bahasa mempunyai tiga sistem utama iaitu sistem fonologi. mengikut Slametmuljana (1960) tatabahasa itu bukan hanya huraian tentang „wujud sistem bahasa‟ (decoding). kata-kata. Menurut pakar bahasa tempatan. bentuk dan penggolongan kata.

Dalam bidang linguistik. frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina ayat. ini kerana sintaksis merupakan pelengkap dan lanjutan kepada proses morfologi. Sintaksis pula dapat dilihat bagaimana ayat dibina. Tanpa sintaksis. morfologi tidak dapat berdiri sendiri. Menurut Abdullah Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata. Begitu juga sintaksis kerana kedua-dua kajian ini amat berkait rapat dan saling bergantungan. dapat dirumus bahawa morfologi merupakan kajian yang spesifik dan terperinci di mana ia berfokuskan kepada struktur dalaman bahasa yang melibatkan perubahan struktur kata. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . klausa dan frasa. struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk. pengertian sintaksis membawa kepada pembentukan ayat. Asmah (1968) menyatakan bahawa sintaksis adalah bahagian daripada linguistik deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi katakata dalam rangkai kata dan ayat.mendefinisikan morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infeksi atau imbuhan. Abdullah Hassan (2006) dalam buku bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu ada menyatakan unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat. golongan kata dan juga maksud makna kata. Sintaksis dipinjam daripada perkataan Yunani iaitu „suntutein‟ yang bermaksud menyusun atau susunan. Oleh yang demikian. terbitan dan pemajmukan. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa.

objek. fungsi tatabahasa ialah fungsi yang dibawa oleh perkataan atau frasa yang berlaku dalam ayat. Sebagai contoh. Perkara paling penting yang mendukung tugas tatabahasa ialah penghuraian ayat yang sempurna. Malah dalam perkembangan linguistik yang semakin maju. keterangan dan lain-lain. fonologi dan morfologi serta sintaksis. Dengan lain perkataan. Kita dapat lihat kesannya dari segi sosial.3. justeru panduan dan peraturan tatabahasa adalah untuk membentuk perkara yang betul dan mengelakkan penggunaan bahasa yang salah. Jika penggunaan bahasa yang salah dan tidak gramatis. kriteria makna atau darjah penggunaannya tetapi berasaskan bentuk ujaran dan ketuntasan makna bahasa itu. predikat. politik malah martabat bahasa itu sendiri. inilah yang dikatakan fungsi sintaktik sesuatu perkataan atau frasa. Oleh demikian.3 Fungsi Tatabahasa Tatabahasa berfungsi untuk memisahkan bentuk yang gramatis dengan bentuk yang tidak gramatis.1. fonologi. ini mencerminkan bahasa yang bertaraf rendah. Inilah penekanan fungsi tatabahasa kerana ukurannya tidak didasarkan pada korpus ujaran. 1. peraturan berbahasa yang betul dan cekap menggambarkan ketinggian sesuatu bahasa dari segi tatabahasa kerana tatabahasa amat berkait dengan fonetik.4 Tugas Tatabahasa Tatabahasa mempunyai tugas tersendiri.3. sesuatu bahasa mempunyai sistem dan ciri bahasa tersendiri. Kenapa perkara ini terjadi? Seperti yang sedia maklum. Hal ini penting kerana tatabahasa tidak boleh dianggap remeh dan diubah secara arbitrari (kesamaran). ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Fungsi tatabahasa secara khusus merujuk kepada subjek. tatabahasa juga dikaitkan dengan semantik kerana ia merupakan kriteria penting dalam memberi makna mengikut konteks sama ada budaya mahupun konteks yang lain. morfologi dan sintaksis. Penghuraian ayat yang sempurna bermaksud pemerian ayat yang melengkapi segala aspek dalam linguistik yakni dari segi fonetik.

Struktur tatabahasa mengikut pola-pola tersendiri misalnya subjek. predikat.3.5 Ciri-Ciri Penting Tatabahasa Pada bahagian ini.6 Unit / Tatatingkat Tatabahasa Ayat Bidang Sintaksis Klausa Tingkat Atas Frasa Kata Bidang Tingkat Bawah Morfem Morfologi Susunan unit-unit tatabahasa pada skala mengikut saiz. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Tatabahasa memainkan peranan atau tugas tertentu dan berfungsi dalam bahasa. objek. saya hanya menyenaraikan secara ringkas mengenai ciri-ciri penting tatabahasa: Mempunyai sistem tatabahasa.3.1. keterangan dan sebagainya. 1. Unit tatabahasa mendukung tugas struktur yang berbeza skala tatatingkat tatabahasa. Skala di sini disebut tatatingkat.

1. Kata Adjektif dan Kata Tugas. Ini membolehkan keseragaman pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu di semua institusi pendidikan.  Frasa:kata yang membentuk unit sintaksis. dimulai dan diakhiri kesenyapan. Langkah ini bertujuan untuk menyeragamkan pengajaran bahasa berkenaan.Tatatingkat tatabahasa terdiri daripada 5 peringkat iaitu:  Ayat: unit tatabahasa tertinggi. letaknya antara kata dan klausa. Tatabahasa pegangan adalah tatabahasa yang dipilih oleh pihak berwajib bagi menentukan sesuatu tatabahasa itu dijadikan pedoman umum untuk semua sekolah. Perkara sebegini diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam institusi pendidikan Malaysia. rumus-rumus tatabahasa yang terdapat dalam buku tatabahasa pegangan hendaklah dijadikan pedoman bagi mengajar bahasa di semua peringkat pendidikan. institut perguruan dan universiti. intonasi sempurna. terdiri daripada satu kumpulan atau lebih.  Mofem:unit tatabahasa terkecil yang bermakna leksikal atau fungsian. Kata Kerja.4 Tatabahasa Pegangan Tatabahasa Dewan (2008) dijadikan sebagai tatabahasa pegangan. mempunyai subjek dan predikat. Keadaan ini bersifat lebih kepada preskriptif. ungkapan fikiran yang lengkap dan tuntas.  Klausa:unit lebih rendah daripada ayat. Justeru.  Kata:morfem atau gabungan morfem sama ada bebas dan terikat. Tatabahasa pegangan menjadi rujukan penting untuk semua peringkat. semua rumus-rumus tersebut hendaklah dipatuhi agar pengguna bahasa menggunakan bahasa secara betul dan baik dalam menghasilkan ayat yang gramatis. Tatabahasa pegangan penting dalam memartabatkan sesuatu bahasa. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Kata ialah unit terkecil yang berstatus ayat atau ujaran. Kata memain peranan penting dalam aspek mofologi bagi penentuan sesuatu unsur misalnya Kata Nama. Maknanya di sini.

Sifat ini tidak dapat dielakkan sebagai terpaksa mencirikan sesuatu tatabahasa pegangan. mahupun untuk membolehkan mereka menulis bahasa Melayu dengan baik dan jelas maksudnya melalui peraturan bahasa yang standard dalam perhubungan yang teratur dan bersistem dalam masyarakat Malaysia yang heterogen keperluannya itu. 1.2 Konsep Tatabahasa Pegangan Bertitik tolak dari pengertian tatabahasa pegangan ini.1.1 Definisi Tatabahasa Pegangan Arbak Othman (1986) menakrifkan tatabahasa pegangan ialah tatabahasa yang memperlihatkan kesederhanaan dari segi penerimaannya oleh masyarakat sebagai sebuah tatabahasa yang berupaya menghuraikan seberapa mungkin keseluruhan yang dikatakan penggunaan standard bahasa Melayu itu. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Kesederhanaan yang dinyatakan di atas ialah kebolehan penghuraian yang dapat merangkumi segala aspek bahasa Melayu dari segi penggunaannya sebagai perantaraan kebangsaan di sekolah-sekolah sama ada untuk membolehkan rakyat negara Malaysia khususnya bercakap dengan teratur dan cukup maksud yang dikehendaki oleh pemikiran moden. Tatabahasa pegangan hendaklah tertakluk kepada beberapa perkara seperti berikut: Penerimaan masyarakat Penghuraian bahasa yang sederhana Keperluan keteraturan yang standard dan berupaya menggambarkan pemikiran yang teratur tetapi diterima Seperkara lagi mengenai tatabahasa pegangan ialah tentang dasar penghuraiannya. kita melihat pula konsepnya. Konsep tatabahasa pegangan itu sendiri sudah cukup memberi persepsi atau gambaran bahawa tatabahasa serupa ini tidak dapat tidak akan bersikap preskriptif dalam banyak hal.4.4.

Perbezaan paling ketara dapat kelihatan apabila ia dibandingkan dengan tatabahasa pegangan. institut perguruan dan universiti. kata sendi dan kata hubung. Ia berbeza daripada tatabahasa pegangan. Pokok utama tatabahasa pedagogi adalah membina latihan-latihan yang sesuai dengan setiap peringkat pembelajaran.5. Penghuraian rumus ini mengikut tahap mudah untuk sekolah rendah dan ke tahap tertinggi untuk peringkat institusi pendidikan. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Rumus-rumus itu diolah dan dihurai semula supaya disesuai dengan pelbagai tahap pembelajaran di sekolah rendah. Dalam usaha mengubah suai huraian rumus.5. Hal ini disebabkan pedagogi ialah satu kaedah di mana mengajarkan sesuatu bahasa mengikut tatabahasa pegangan.2 Konsep Tatabahasa Pedagogi Tatabahasa pedagogi merupakan pelengkap kepada tatabahasa pegangan. pelajar. Tatabahasa pedagogi bukan sahaja mempunyai huraian rumus-rumus tatatabahasa dan contoh tetapi juga latihan-latihan bagi mengajarkan dan mempelajari bahasa.1.1 Definisi Tatabahasa Pedagogi Abdullah Hassan (2008) menjelaskan tatabahasa pedagogi adalah tatabahasa yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kita akan lihat huraian ini dalam konsepnya nanti. Kenapa perkara sebegini terjadi? Hal ini disebabkan tatabahasa pedagogi menggunakan semua huraian yang ada dalam Tatabahasa Dewan (tatabahasa pegangan) untuk tujuan mengajar bahasa. guru dan pensyarah berbanding tatabahasa pegangan yang mesti dipunyai oleh semua guru dan pensyarah.5 Tatabahasa Pedagogi Tatabahasa pedagogi amat berbeza dengan tatabahasa pegangan. Begitu juga dengan huraian kata adverba. menengah. ada penjelasan yang lebih rapi perlu dilakukan seperti huraian mengenai pola-pola ayat dasar. 1. 1. Tatabahasa pedagogi adalah untuk pengajaran dan pembelajaran yang mesti dipunyai oleh semua murid. Tatabahasa pedagogi memainkan peranan yang cukup penting kepada tatabahasa pegangan.

istilah fon.6 Rumusan Tatabahasa Pengertian tatabahasa dapat ditafsirkan menurut pelbagai perspektif. alofon. bagi mengajarkan bahasa Melayu di sekolah. yang bersifat mengajarkan sistem sesuatu bahasa. Buku tatabahasa yang disusun oleh Za‟ba dan kebanyakan penyusunan tatabahasa yang lain termasuk pendekatan tatabahasa jenis ini bersifat preskriptif. fonem. berfungsi memperlengkap pedagogi pegangan. Pendekatannya bersifat preskriptif. buku tatabahasa memperlengkap fungsi dan huraian Tatabahasa Dewan.Begitu juga bahagian yang perlu diringkas seperti bilangan golongan kata tugas yang terlalu banyak dengan fungsi yang tidak jelas boleh membantut dalam mempelajari bahasa. Tatabahasa jenis ini didasarkan pada data tertulis yang diiktiraf sebagai bahan yang mewakili sifat bahasa umumnya. 1. iaitu menyesuaikannya untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Satu jenis tatabahasa lagi ialah tatabahasa normatif. Tatabahasa yang diajarkan di sekolah ialah tatabahasa normatif. Di kalangan ahli bahasa ada tatabahasa yang dinamai tatabahasa deskriptif. ada huraian bentuk dan fungsi kata tugas yang tidak diperlukan bagi mengajarkan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan menengah. morfem dan pelbagai lagi perlu digugurkan. Oleh sebab itu sebarang konsep yang memerlukan pengetahuan tentang teori linguistik perlu digugurkan. Di samping itu. Tatabahasa Melayu yang kita kenal sekarang ini sebenarnya didasar pada bahasa yang terdapat dalam karya besar ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Tatabahasa jenis ini amat berguna untuk menghuraikan bahasa atau dialek yang belum mempunyai tradisi persuratan atau bahasa yang belum pernah diuraikan sistemnya. Tatabahasa jenis ini bersifat menghuraikan bahasa menurut adanya. Rumusannya. tatabahasa sesebuah Dengan tatabahasa perkataan pedagogi lain. semua murid sekolah belum mempunyai pengetahuan asas tentang linguistik. Umpamanya. hal itu tidak bermakna bahawa tatabahasa ini merupakan ciptaan ahli bahasa. Konsep ini sebenarnya adalah abstrak dan memerlukan pengetahuan mendalam. Malah. iaitu tatabahasa yang disusun berdasarkan kajian empiris.

dalam zaman perancangan bahasa kebangsaan kita. maka perancang bahasa dapat mengatur strategi untuk mengatasi masalah penguasaan bahasa di kalangan masyarakat. Jelasnya. Dapat juga kita manfaatkan tatabahasa deskriptif itu sebagai titik tolak untuk merancang bahasa baku. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Hal ini tidak bererti bahasa tatabahasa deskriptif tidak berguna sama sekali. Misalnya jika huraian yang terhasil menunjukkan bahawa masyarakat melakukan kesalahan bahasa yang banyak sekali. Kajian Awang Sariyan (1985) telah membuktikan bahawa rumus-rumus tatabahasa yang menerbitkan ayat-ayat dalam „Sejarah Melayu‟ ialah rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat dalam teks moden juga. walaupun pada lahirnya bentuk ayat-ayat itu berlainan.seperti „Sejarah Melayu‟. Tatabahasa deskriptif berguna sebagai gambaran penggunaan bahasa sesuatu kelompok masyarakat pada sesuatu waktu tertentu. tatabahasa jenis inilah yang paling kita perlukan. tetapi tidak semestinya dianggap benar menurut sistem bahasa baku.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

O. Raja Ali Haji membahagi kata bahasa Melayu kepada tiga kelas iaitu nama. Sebagai contoh. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .BAB 2 SUSUR GALUR PERKEMBANGAN PENULISAN TATABAHASA MELAYU Sebenarnya sejarah perkembangan nahu telah lahir sejak abad ke-16 lagi. Perkembangan nahu selari dengan perkembangan kamus. Houtman telah menunjukkan peri pentingnya nahu Melayu. buku tatabahasa Melayu yang pertama ditulis oleh putera Melayu ialah Bustanul al-Katibin li Sibyan al-muta’allimin (Kitab Perkebunan JuruTulis bagi Kanak-Kanak Yang Hendak Belajar) susunan Raja Ali Haji dari Pulau Penyengat di Kepulauan Riau. De Houtman (1803). Antara karya awal tatabahasa Melayu dipelopori oleh sarjana Barat. Favre (1876). seperti Marsden (1812). Daftar kata yang dihasilkan oleh Pigafetta. Penulis lain yang terlibat ialah Eliot (1825). Wiltens Dankaerts 91623). A. Maxwell (1882). 2. kerangka kelas kata bahasa Melayu ternyata didasarkan pada kerangka kelas kata bahasa Arab. Heumius (1650) dan Gueynier (1677). Harimurti Kridalaksana pernah membuat penyelidikan tentang tatabahasa susunan Raja Ali Haji khususnya dari segi kelas kata. Elbink dan C. Karya yang paling berjaya pada masa itu ialah karya Werndly (1736).P. Klinkert (1879). Shellaber (1899) dan R. Huraian tatabahasa yang dibuat oleh penulis Belanda seperti F. Seorang ahli bahasa Indonesia. Pijnappel (1888) dan Roorda Van Eysinger (1939). de Hollander (1845). W. Itulah serba sedikit tokoh karya awal tatabahasa yang berkaitan dengan alam Melayu.1 Sejarah Perkembangan Nahu Melayu Menurut sejarah. Menurut Harimurti Kridalaksana. E. perbuatan dan harf (partikel). Sumbangan orang Inggeris bermula pada kurun ke-19. Pembahagian kata seumpama ini dalam bahasa Arab menjadi isim. Buku tatabahasa Melayu yang pertama ditulis oleh orang asing ialah buku yang berjudul A Grammar Of The Malayan Language With An Introduction oleh William Marsden dan terbit dalam tahun 1812. Tatabahasa Melayu susunan Raja Ali jelas membayangkan pengaruh tatabahasa bahasa Arab. Winstedt (1913). Buku tersebut dianggar selesai disusun pada tahun 1857. hal sedemikian berkait rapat dengan sejarah kedatangan pihak penjajah ke Nusantara.

Tetapi kira-kira 80 tahun kemudian. Buku ini didasarkan dengan pegangan tradisional. Dengan demikian. ada seorang lagi penulis buku nahu bahasa Melayu yang amat kurang diperkatakan orang. Sementara itu. dapat dikatakan bahawa keperluan dan perhatian bangsa Melayu terhadap buku nahu sebagai rujukan tidaklah timbul pada masa itu. Haji Sulaiman. Penerapan tatabahasa struktur dalam penulisan buku tatabahasa digiatkan oleh Charles Carpenter ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . muncul seorang guru bahasa Melayu yang kemudian dikenal sebagai pengasas atau bapa tatabahasa Melayu. ada juga orang asing sezaman dengan Za‟ba menulis buku nahu Melayu. tidak hairanlah bahawa Za‟ba sendiri mengakui bahawa buku tatabahasanya didasarkan pada acuan nahu Inggeris dan sedikit-sedikit nahu bahasa Arab. Sehingga kini. Buku ini lebih menjurus untuk pedoman pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu. Tatabahasa struktural ini diasaskan di Eropah oleh Ferdinand de Saussure dan di Amerika oleh Leonard Bloomfield. Satu hal yang jelas. buku tersebut masih wujud kerana DBP berusaha menerbitkan semula buku tersebut. Zainal Abidin Ahmad yang lebih masyhur dengan nama Za‟ba.fi‟il dan harf. Buku beliau berjudul Buku Kecil bagi Bahasa dan Jalan Basa Bahasa Melayu PBMPB Diraja Johor terbit pada tahun 1937. Beliau ialah Allahyarham Tan Sri Dr. buku tatabahasa ini tidaklah terkenal. satusatunya magnum opus yang menjadi teras tatabahasa Melayu. mulalah muncul penulis tatabahasa yang menggunakan pendekatan struktur. Pada penghujung tahun 1960-an. Za‟ba berusaha menyusun buku tatabahasa sehingga pada tahun 1940 terbitlah buku Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 cetakan pertama. Beliau ialah Mejar Haji Mohd Said b. Walau bagaimanapun. Dari segi uraian dan pendekatan. buku ini tidak banyak berbeza dengan buku yang terkarang oleh Za‟ba. tatabahasa Melayu disusun oleh Za‟ba didasarkan pada kerangka nahu tradisional. Winstedt telah menghasilkan buku berjudul Malay Grammar pada tahun 1939.O. Hal ini jelas kerana bahasa Inggeris ketika itu kuat memancarkan nahu tradisional dan secara kebetulan bahasa itu turut berpengaruh di Tanah Melayu dengan datangnya kuasa Inggeris. barangkali kerana bahasa Melayu belum dipelajari secara formalnya. Misalnya R. Dengan demikian. Selanjutnya beliau menerbitkan sambungan buku pertama dengan Penggal 2 dan Penggal 3. Di samping Za‟ba. Dalam tahun 1930-an.

Uraian tentang pembentukan kata dan ayat dilakukan menurut pola. Ada ahli bahasa yang berpendapat bahawa tatabahasa TG mengambil jalan tengah antara tatabahasa tradisional dengan tatabahasa struktur iaitu dengan menitikberatkan bentuk serta makna sekali gus. Farid M. Kemudian dengan agak tiba-tiba. Walau bagaimanapun sehingga sekarang nahu TG yang masih bersifat dominan dalam penulisan tatabahasa Melayu. Sebagai contoh. Mashudi Kader. Nik Safiah Karim. Nahu ini dipopularkan oleh Sanat Nasir dan Azhar M. Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas Kini (2008). Kemudian. Namun begitu. Sebagai contoh melalui bukunya yang berjudul An Introduction to Malay Grammar (1969). ada juga ahli bahasa yang mencuba menerapkan aliran lain lagi dalam bahasa Melayu. ini terbukti apabila Tatabahasa Dewan dijadikan pegangan untuk semua peringkat. Aliran ini kuat mempengaruhi penulisan nahu Melayu sehingga dapat dikatakan bahawa kebanyakan ahli bahasa Melayu sekarang menggunakan acuan nahu tersebut dalam menganalisis bahasa Melayu. Omar. Selain itu. Onn dan Yeoh Chiang Kee telah mencuba memperkenalkan aliran relational grammar dalam menulis nahu Melayu melalui rencana dan kertas kerja mereka. terdapat juga nahu yang menggunakan pendekatan wacana. Dalam hal nahu Melayu. Aliran tersebut ialah aliran tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Noam Chomsky di Amerika sekitar tahun 1950-an. Misalnya Abdullah Hassan banyak menghasilkan buku tentang morfologi dan sintaksis menurut aliran tagmemik. Hal ini jelas berbeza dengan acuan tradisional yang mementingkan aspek makna sematamata. Lufti Abas dan Raja Mukhtaruddin Dain menggunakan acuan nahu TG dalam tulisan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu walaupun terdapat perbezaan tentang hasil analisis masing-masing. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .Fries di Amerika. Nahu jenis ini mengkaji pertautan dalam sesuatu teks. penulis yang menerapkan acuan nahu struktur ialah Asmah Hj. Nahu wacana mula popular sekitar tahun 1980-an. satu aliran baharu terserap ke dalam bahasa Melayu. Simin.

Sebaliknya aliran-aliran itu haruslah hanya sebagai alat untuk menghasilkan tatabahasa bahasa Melayu yang jitu dan mantap. mudah-mudahan kita tidaklah akan tenggelam kerana terlalu mementingkan aliran. dapatlah kita lihat bahawa penulisan nahu Melayu dipengaruhi oleh aliran-aliran tertentu yang diperkenalkan oleh ahli-ahli bahasa yang mewarisi aliranaliran tersebut daripada institusi tempat mereka mendalami ilmu bahasa. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Harapan kita.Dalam uraian sepintas kilas tentang sejarah penulisan nahu Melayu yang diberikan tadi.

(aliran TG) Sumber: Diubah suai daripada Harimurti Kridalaksana (1983) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Zain dan lain-lain (1950) Abdullah Hassan (aliran tagmemik) Tatabahasa Tradisional struktural transformasi generatif Nik Safiah Karim et. Rahman (1913) Maxwell (1882) Hollander (1845) Bloomfield (1930) Shellabear (1904) Wijk (1889) Bloomfieldanisme Winstedt (1913) Za‟ba (1940) Sasrasoegonda (1910) Aliran TTG [perkembangan di Malaysia dipengaruhi oleh Inggeris] Asmah Hj.Plato (abad kelima SM) Aristotle (abad keempat SM) Dyonisius Thrax (abad pertama M) Priscianus (ke-5 M) ad Du‟ali (ke-7M) Bullokar (1586) Spieghel (1584) Sibawaihi (ke-8M) Marsden (1612) Roman (1653) Raja Ali Haji (1857) Crawfurd (1825) Wendly (1736) Abdullah A. Omar. Asraf (aliran struktural) (1960) [perkembangan di Indonesia dipengaruhi oleh Belanda] Alisjahbana. al.

T. Muhammad Said bin Sulaiman Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu (PDM) (1939) oleh Dato‟ Hj.2. Dussek dan Mohd Hashim bin Hj. Muhammad Said bin Sulaiman • Pelita Bahasa Melayu (PBM) (1940) oleh Za‟ba ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Talib • • • • • • • Kitab Punca Bahasa (KPB) (1928) oleh Abdullah bin Talib Rencana Melayu (RM) (1928) oleh Raja Hj.1 Peringkat Perkembangan Nahu Melayu Karya awal Nahu-nahu Melayu: • • • Bustanul Katibin (BK) (1857) oleh Raja Ali Haji.1. Salam Kitab Permulaan Mengarang (PM) (1936) oleh Syed Muhammad bin Othman Jalan Bahasa Melayu (JBM) (1937) oleh Dato‟ Hj. Rahman • • Senjuh Suratan (SS) (1922) oleh Mohd Shah bin Yusof Kitab Pelita Mengarang (KPM) (1925) oleh O. Mohd Tahir bin Mursyid Riau Ilmu Mengarang Melayu (IMM) (1934) oleh Za‟ba Kitab Penanggam Bahasa (PB) (1936) oleh Ibrahim bin Hj. Pemimpin Johor (1878) oleh Muhammad Ibrahim Munsyi Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (KPPM) (1911) oleh Abdullah bin Abd.

JBM 11. KPB 6. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . disentuh secara sepintas lalu ketika membincangkan aspek-aspek lain. PM 10. PB 9. Antara bidang yang dicakupi oleh buku-buku di atas dapatlah dirumus dalam jadual di bawah: Bidang Yang Dicakupi Sejak Tahun 1900 – 1940 Buku/Bidang Huruf & Golongan Ejaan / Kata / / / / * / / Pengimbuhan Ayat Tanda Baca AspekKarangan Aspek Gaya 1.Kesemua buku-buku mengenai tatabahasa yang terhasil sejak zaman Raja Ali Haji (1857) sehingga zaman Za‟ba (1940) akan kita lihat bidang yang dicakupinya. BK 2. RM 7. KPM 5. SS 4. PDM 12. PBM / / * / / / / / / / / / / / / / / / / / / / * / / / / / * Nota: / * menunjukkan adanya bidang-bidang tertentu. IMM 8. KPPM 3.

faham kata. rupa kata. perbuatan(fiil) dan harf (partikel) nama. perbuatan. ganti nama. perbuatan. menafikan (kata nafi)  Tempelak (kata penegas)  Perakam (kata pangkal ayat) perubahan (kata hubung)  Penguat kata (kata penguat) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Sumpah (kata sendi nama)  Penempat tutur ( kata arah. antara penggolongan kata yang dibahagikan ialah: BK KPPM SS KPB - nama (isim). kata waktu)  Janji kata (kata hubung syarat)  Penyambung kata. keadaan nama dan perbuatan nama. perbuatan dan diwal kata nama & ganti nama. kata sangkal)  Seruan. seruan Diwal kata merupakan golongan kata lain yang bukan dari golongan nama dan perbuatan (kerjaan). kelakuan. rupa nama. perbuatan. sifat. sendi. tengking. sendi kata. sifat. hairan. Antara diwal yang ditemui ialah:  Tambahan perbuatan (kata bantu & kata perintah)  Penetap tutur. Mengikut tafsiran saya. cadangan. pandu. seruan dan ibu kata PB PBM - nama. ganti nama. herdik (kata seru)  Menyahut (kata pembenar)  Menjawab.Golongan Kata: Berdasarkan penahu-penahu di atas. penyambut kata seruan JBM - nama. diwal sinonim dengan kata tugas untuk istilah moden. terdapat beberapa aspek golongan kata yang telah dibincangkan secara spesifik atau sepintas lalu melalui pendekatan atau kaedah yang berbeza. Penelitian golongan kata adalah berdasarkan intuisi penahu dalam memerikan bahasa Melayu.  Istifham (kata tanya)  Pengecualian kata (kata nafi. sendi nama. perbuatan dan diwal nama.

Maksudnya di sini perbezaan istilah yang digunakan pada ketika dahulu dengan istilah moden. kita merujuk kepada golongan dan subgolongan kata. Antara istilah yang didapati bersesuaian dengan padanannya adalah seperti berikut: Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Istilah Lama diwal / diwal kata penyambung kata sendi kata ibu kata diwal pandu diwal pengetahuan istifham janji kata penguat kata penempat tutur perbuatan Istilah Moden kata tugas kata hubung kata hubung kata pangkal ayat kata sendi nama & kata hubung kata tanya kata penegas kata hubung kata penguat kata arah kata kerja Pengimbuhan: Untuk proses pengimbuhan.Istilah Kata: Untuk istilah. kesemua penahu dirumus membincangkan aspek-aspek seperti sedemikian:  Huraian dan penjenisan  Cara pengejaan  Fungsi imbuhan  Peristilahan yang digunakan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Jelaslah pada tahun 1900 – 1940 bahasa Melayu sudah berkembang maju seiring dengan peredaran semasa linguistik. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Kita rujuki istilah di bawah: Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 Istilah Lama ayat benar ayat terikat ayat songsang kata ringkas kata lanjut kata selapis kata bercampur kata berlapis Istilah Moden ayat tunggal ayat majmuk ayat pasif ayat tunggal ayat majmuk ayat tunggal ayat majmuk ayat majmuk pancangan Rumusannya. karangan dan aspek gaya bahasa dimasukkan sekali. Cuma di sini terdapat beberapa istilah lama yang pelbagai. setiap buku tatabahasa pada zaman tradisional meliputi aspek-aspek yang merangkumi satu sistem lengkap tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. secara umumnya aspek yang ditekan ialah:  Definisi ayat  Binaan ayat (percantuman kata. Malah ada juga bidang ejaan.Sintaksis: Pada bahagian sintaksis. penyambung kata dan penunjuk kata)  Jenis ayat Bagi jenis ayat. istilah yang digunakan juga berbeza dengan istilah moden. Seharusnya istilah tersebut hendaklah diselaraskan agar tidak berlaku sebarang kekeliruan seperti istilah sekarang yang mantap dan jitu.

Azhar M. Misalnya. Namun pada 1940.2. Tatabahasa jenis ini adalah beracuan Arab yakni nahu tradisional. Kesemua penahu mengikut aliran tersendiri kerana mendapat ilmu linguistik mengikut negara-negara yang berlainan semasa memperolehi Ijazah Kedoktoran yang seterusnya menghasilkan tatabahasa di Malaysia. Tokoh-tokoh yang lain ialah Arbak Othman. Sebenarnya banyak lagi karya tatabahasa Melayu yang dihasilkan. Terdapat satu lagi hasilan yang beraliran Tagmemik iaitu Abdullah Hassan yang mengarang Tatabahasa Dinamika (1994). karya tersohor yang menjadi rujukan ialah Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia karya Hasan Alwi et. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . namun di sini sekadar untuk pengetahuan ringkas. Omar (1993) mengarang Nahu Melayu Mutakhir yang dilihat beraliran struktural manakala Nik Safiah Karim et. karya tatabahasa mengikut aliran tersendiri. Di Indonesia. Simin. Era Moden (1960 – 2009) Karya Tatabahasa Melayu yang moden dapat dilihat setelah para sarjana mengembangkan sayap aliran tersendiri di Malaysia.2 Penulisan Nahu Melayu Penulisan Nahu Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Era Tradisional (1857 – 1940) Karya awal tatabahasa pada era tradisional yang terkenal adalah Bustanul Katibin (1857) dan Pemimpin Johor (1878). Lufti Abas dan ramai lagi sarjana Melayu yang tidak dinyatakan. Karya awal nahu ini boleh dikatakan bermula semenjak zaman Raja Ali Haji. Asmah Hj. al (2008) menghasilkan Tatabahasa Dewan yang beraliran Tranformasi Generatif di mana menjadi pegangan kepada sistem pendidikan rendah. Justeru. Wahab. Asraf Hj. pendidikan tinggi dan IPTA. seorang pendeta Melayu yang terkenal iaitu Za‟ba telah menggemparkan alam Melayu dengan karya agungnya iaitu Pelita Bahasa 1-3. Sulaiman Masri.1. Di Malaysia. era moden ini mencambahkan lagi karya tatabahasa Melayu. Karya tatabahasa beliau sungguh hebat sehingga menjadi pedoman mengikut acuan para sarjana Melayu yang moden. al (2000) manakala di Singapura pula terkenal dengan Nahu Melayu Moden hasilan Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1994).

kata-kata dan kata”. Raja Ali Haji menggolongkan kata kepada tiga iaitu nama (isim). ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .2.3 Pelopor Nahu Melayu Pelopor awal nahu Melayu ialah Raja Ali Haji dengan karya terkenal beliau. perbuatan (fiil) dan partikel (harf). Bidang-bidang nahu yang digarapkan oleh almarhum ialah tataejaan daripada Fasal 1-10. Hal ini jelas dengan buku Pelita Bahasa Penggal 1-3 yang dihasilkan oleh beliau. misalnya Asmah Hj. Abdullah Hassan. „perkataan‟ disamakan dengan ayat dalam bahasa Melayu dan kalimat dalam bahasa Indonesia. pembahagian kata Fasal 11-14. Dalam peristilahan terkini.1. Buku tatabahasa beliaulah sering dijadikan panduan dan pedoman untuk pengajaran dan pembelajaran waktu ketika itu. Analisis Kalimat dihuraikan di bawah tajuk “perkataan. Namun begitu. analisis kalimat Fasal 15-31. Hal ini dapat diterima kerana Raja Ali Haji menakrif perkataan sebagai „lafaz yang memberi makna‟ sementara „kata-kata‟ diertikan sebagai „barang yang tiada dengan orang yang mendengar daripada menantikan suatu yang lainnya‟ dan „kata‟ pula dimaksudkan sebagai „melengkapi‟ ia segala yang tersebut itu. Maksud di sini perkataan pun boleh dianggap kata dan kata-kata pun boleh dikatakan kata. Justeru dapat disimpulkan karya-karya awal yang mempelopori nahu Melayu lebih kepada acuan tradisional. Bustanul Katibin. Omar. Nik Safiah Karim dan sebagainya lagi. Sarjana-sarjana Melayu yang membuat kajian tentang nahu banyak merujuki Pelita Bahasa. bapa nahu Melayu yang terkenal ialah Za‟ba.

2.3 Tatabahasa Nosional (Notion Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Sesuatu bahasa ditakrifkan berdasarkan makna (semantik) dan rasa Ciri bahasa di dunia sudah ada acuannya Berdasarkan kesejagatan bahasa Berdasarkan struktur yang ideal Struktur yang menjadi norma sahaja dianggap gramatis Ayat ditakrifkan sebagai deretan ujaran yang bermakna ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .2 Jenis-Jenis Tatabahasa Terdapat beberapa jenis nahu atau tatabahasa dalam perkembangan era linguistik yang selari dengan teori linguistik.2.2. 2. Di sini kita akan memperlihatkan beberapa ciri asas setiap nahu.1 Tatabahasa Formal (Formal Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik Pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasa Setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistem Berdasarkan fungsi tidak berdasarkan faktor ekstralinguistik Berdasarkan tatabahasa huraian dan deskriptif 2.2 Tatabahasa Deskriptif (Decriptive Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Huraian Penghuraian segala kemungkinan dalam sesuatu bahasa Kemungkinan yang merangkumi morfologi dan sintaksis Kemungkinan itu juga berasaskan ciri-ciri bahasa itu 2.2.

2.2.2.7 Tatabahasa Tradisional (Traditional Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani Dapat diaplikasi pada tatabahasa lain Bercirikan kajian bahasa sebelum era linguitik moden (era Struktural) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .6 Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Berdasarkan pandangan pragmatik (praktikal) Fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial Berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia 2.2.5 Tatabahasa Bebas Konteks (Contex Free Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Jenis Tatabahasa Struktur Frasa (SF) Rumus Tulis semulanya seperti X -------> Y Rumus Tulis semula digunakan dengan tidak mengira apa-apa konteks X 2.2.4 Tatabahasa Preskriptif (Precriptive Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Normatif Ciri yang dianggap betul sahaja yang diberikan Penggunaan acuan pencarian yang sedia ada Penentuan kaedah baku sebagai rujukan atau pedoman 2.

Fonologi Prosodi ( Suprasegmental) dan Kolokasi ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .9 Tatabahasa Pedagogi (Pedagogical Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Tatabahasa khusus untuk kegunaan dalam bidang pendidikan bahasa yakni para guru bahasa Berasaskan Pendekatan.2.2.10 Tatabahasa Sistemik (Systemic Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Penganalisisan pola bahasa berasaskan kaedah tertentu Pola bahasa dianalisis di tempat yang berbeda dalam unit bahasa Penekanan terhadap teori Keperihalan Keadaan.2.2. Hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa (struktur dalaman) Pemerian bahasa menggunakan Rumus Transformasi 2. Kaedah dan Teknik pengajaran tertentu Penekanan terhadap pengajaran:  Bahasa ibunda  Bahasa pertama  Bahasa kedua  Bahasa asing 2.8 Tatabahasa Transformasi Generatif (Transformational Generative Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Dipelopori dan diasaskan oleh Noam Chomsky pada tahun 1957 Dilihat mencirikan konsep matematik Ayat dilihat sebagai unit asas yang mempunyai struktur dalaman dan struktur permukaan.

Lamb pada tahun 1962 Bahasa dilihat sebagai suatu struktur Strukturnya terdiri daripada sistem strata yang saling berkaitan Jenis tatabahasa yang popular pada tahun 1960-an 2.3 Tatabahasa Jenis Lain Di samping jenis deskripsi tradisional dan struktural ada banyak teori dan model deskripsi bahasa. Cooks 1969).L.2. Uldall 1930).2.K. Tatabahasa Tingkatan (S. 2. Glosematik (J. Apa sahaja teori atau model deskripsi bahasa ini. Anderson 1971). tetapi juga menunjukkan persamaan struktur sintaksis yang pada permukaannya kelihatan berbeza. seperti. Halliday 1961). Chomsky 1957. Katz & P. 1964. Postal 1964). Pike 1954. J. Tagmemik (K. Lamb 1966). dan lain-lain.11 Tatabahasa Stratifikasi (Stratification Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Diperkenalkan oleh S.A.M. Baru-baru ini muncul pula Tatabahasa Hubungan. Untuk berbuat demikian tatabahasa itu bukan hanya sekadar mampu menunjukkan perbezaan-perbezaan antara struktur ayat yang pada permukaannya nampak serupa. Tatabahasa Kasus (J.2. 1958 dan W.J. dan Tatabahasa Generatif (N.M. ia mestilah mampu mendeskripsikan seluruh bahasa itu sebelum hasilnya dapat dianggap berguna untuk pengajaran bahasa.M.A. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .12 Tatabahasa Struktural (Structural Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Bahasa dianggap sebagai struktur Unsur yang membentuk struktur itu mempunyai hubungan dan sifat tertentu Unsur ini juga digunakan untuk menjanakan ayat dan menentukan struktur konstituennya. Tatabahasa Skala dan Kategori (M.

Contohnya dari segi fonologi. 2.4 Perbezaan Jenis-Jenis Nahu atau Tatabahasa Di sini kita dapat meneliti segala perbezaan antara jenis-jenis nahu yang dipaparkan. Peranan komponen inilah yang mendasari perbezaan jenis-jenis nahu. Pertama ialah morfem. Unit berikutnya ialah frasa. morfologi atau makna. Jika hal ini tidak berlaku. Semoga bahasa yang digunakan mencerminkan martabat masyarakat bahasa itu secara khususnya. Perkara sebeginilah yang menyebabkan sesuatu bahasa dicemari. Keunikkan jenis-jenis nahu membolehkan kita mempelbagai lagi pengetahuan tentang tatabahasa sejagat amnya dan tatabahasa bahasa Melayu khususnya. kesemua unit-unit bahasa berfungsi mengikut peranan tersendiri. Seterusnya ialah perkataan. Morfem terdiri daripada morfem bebas dan terikat. ayat dan wacana. Morfem merupakan unit terkecil bagi bidang morfologi. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Perkataan ialah unit terkecil tatatabahasa yang mempunyai makna bebas. Perbezaan jenis nahu dilihat lebih kepada aspek atau keseluruhan komponen tatabahasa itu sendiri. Kesimpulannya. Misalnya nahu tradisional lebih mementingkan aspek makna namun nahu struktural pula sebaliknya yang menganalisis struktur setiap unsur dalam sesuatu bahasa. sintaksis. 2. Keempat-empat unit bahasa ini merupakan komponen sintaksis yang sangat penting dalam menganalisis bahasa. maka akan melahirkan bentuk bahasa yang tidak gramatis.Oleh yang demikian kita hanya perlu menyesuaikan teori dan model deskripsi bahasa untuk diaplikasi ke dalam bahasa Melayu agar penggunaan itu menjadi mantap dan baik.5 Unit-Unit Bahasa Yang Terlibat Dalam Analisis Nahu Terdapat lima unit bahasa yang terlibat dalam analisis nahu. Makna bebas di sini ialah dapat berdiri sendiri tanpa bantuan struktur lain. klausa.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

BAB 3

TOKOH DAN ALIRAN DALAM TATABAHASA MELAYU

3.1

Tokoh-Tokoh Tatabahasa

Dalam bidang tatabahasa, historiografi linguistik Melayu menampilkan beberapa banyak ahli tatabahasa yang menghasilkan tulisan tentang tatabahasa Melayu. Bermula dengan tulisan A. C. Ruyl, Spiegel van de Maleische Tale (1612) yang merupakan buku pelajaran bahasa Melayu yang pertama, kita mengenal karya G. H. Werndly, iaitu Maleische Spraak Kunst (1889). Di Malaysia, kita mengenal karya W. Marsden, A Grammar of the Malay Language (1812) dan karya R.O. Winstedt, Malay Grammar (1914). Selain itu, kita ingat juga akan nama ahli tatabahasa Melayu yang besar sumbangannya dalam meletakkan dasar tatabahasa Melayu, misalnya Ch. Van Ophuysen, C.A. Mees, Madong Lubis, Raja Ali Haji, Sasrasie-ganda, Sutan Mohd. Zain, Sutan Takdir Alisyahbana, Slametmuljana, Za‟ba dan lain-lain. Hasil usaha mereka dengan jelas memperlihatkan persamaan dalam hal-hal dasar tentang tatabahasa Melayu, sehingga buku tatabahasa di Indonesia, misalnya, dapat juga diterima di Malaysia. Hal ini dengan mudah dapat difahami kerana semua ahli tatabahasa itu mendasarkan tatabahasa yang disusun itu pada karya-karya besar dalam bahasa Melayu seperti Sejarah Melayu dan sebagainya.
Tatabahasa Tradisional (bermula pada tahun 1857-an)

Tatabahasa Struktural (bermula pada tahun 1960-an) Penjenisan Tatabahasa

Tatabahasa Transformasi Generatif (bermula pada tahun 1970-an)

Tatabahasa Wacana (bermula pada tahun 1980-an)

Penjenisan Karya Tatabahasa Bahasa Melayu di Malaysia Mengikut Aliran Teori Linguistik Sumber: Diubah suai daripada Ismail Salleh (1993)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

3.1.1

Sarjana Barat

Terdapat ramai sarjana Barat yang mengkaji tatabahasa Melayu. Namun begitu, kita hanya meneliti dua sarjana Barat yang banyak memberi jasa kepada bahasa Melayu. Kita hanya meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh sarjana bahasa di bawah. Penerangan penggolongan kata akan dibincangkan dalam bab 7 nanti. 3.1.1.1 W. Marsden

A Grammar of the Malay Language (1812)

3.1.1.2

R.O. Winstedt

Malay Grammar (1914)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

3. perbuatan dan kata partikel (harf). ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .2.3.1.1 Raja Ali Haji Bustan al-Katibin (1857) Pembahagian kata kepada tiga iaitu kata nama.2 Sarjana Tempatan Seperti yang dinyatakan pada bab 2 tadi. terdapat ramai sarjana Melayu yang mengiatkan diri dalam penulisan tatabahasa. Sejarah penulisan tatabahasa Melayu dimulai dengan Raja Ali Haji yang banyak membantu persuratan Melayu berkembang yang mana seterusnya berkesinambungan kepada sarjana-sarjana Melayu yang lain.1.

1.3.2 Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) Pelita Bahasa Penggal 1 (1940) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .2.

Omar An Introduction to Malay Grammar (1969).3 Asmah Hj.1.2. Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas Kini (2008) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .3.

5 Abdullah Hassan The Morphology of Malay (1974).1.2.1. Nahu Bahasa Melayu (1986) 3. Penerbitan Kata (1986) dan Morfologi (2006) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .3.4 Arbak Othman Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981).2.

6 Asraf Hj.2.3. Wahab Petunjuk Tatabahasa (2007) Golongan Kata Menurut Asraf (2007) secara umumnya ialah: Kata nama Kata kerja Kata adjektif Kata sendi Kata keterangan Kata hubung Kata seru Kata sandang Kelas Kata Utama ialah:  Kata Nama  Kata Kerja  Kata Adjektif  Kata Tugas ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .1.

8 Zaharani Ahmad Nahu Praktis (2007) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .2.7 Nik Safiah Karim dan et.3. al Tatabahasa Dewan (1991).1.1. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) 3. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993).2.

Begitu juga Marsden (1812) dan Winstedt (1927). Kita juga dapat perhatikan kepada penggolongan kata yang dibuat oleh ketiga-tiga tokoh tersebut yang sama dasarnya. Abdullah Hassan. Ini terbukti apabila ramai sarjana Melayu mengaplikasikan nahu TG ke dalam bahasa Melayu. Bukti yang nyata ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Linguistik di Barat berkembang dengan pesatnya. Mashudi Kader dan ramai lagi. Nik Safiah Karim et al. 3. Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalam sesuatu bahasa. Aliran TG begitu pesat berkembang di negara Barat dan di Malaysia perkembangannya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Aliran ini menekan kepada aspek makna dan logika semata-mata. Kita dapat meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh mereka hampir sama dan tidak banyak beza kecuali atas dasar pemerian masing-masing. Setiap unsur dikaji secara mendalam mengikut sistem bahasa. Aliran ini dilihat mengambil pendekatan pertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural. Di samping itu. proses ayat yang ditransformasikan daripada satu struktur kepada satu struktur yang memberi kelainan kepada nahu TG. Antara tokoh-tokohnya ialah Arbak Othman. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .2.3 Aliran Tranformasi Generatif Nahu ini terkenal kerana percubaan pengasasnya Noam Chomsky (1957) yang memperkenalkan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman.1 Aliran-Aliran Tatabahasa Mengikut Tokoh Aliran Tradisional Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi historografi nahu Melayu. Misalnya Za‟ba dalam Pelita Bahasa 1 dengan jelasnya menggolongkan nama mengikut makna.3.2. Omar dalam buku Nahu Melayu Mutakhir yang berasas kriteria sintaksis.2. Kita dapat lihat kepada acuan yang dibuat dalam penghasilan nahu ini.2 3. Asraf.2 Aliran Struktural Aliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional. 3.

Tatabahasa separuh wacana Walaupun asas penghuraian ayat berlandaskan ayat tunggal namun ia dipetik oleh penulis tatabahasa daripada teks sastera dan seumpamanya.3. Tatabahasa ayat Tatabahasa yang ditulis berlandaskan ayat tunggal yang dicipta oleh penulis tatabahasa itu sendiri. Simin (1983) Nahu ini terkenal kerana analisis wacana mengikut teks. Tatabahasa sebegini mementingkan kesesuaian dengan teori linguistik yang diistilahkan sebagai nahu teori dahulu. Nahu jenis ini berlandaskan cebisan bahasa yang dihuraikan secara nyata yang diistilahkan nahu ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . tatabahasa digolongkan kepada dua yang utama iaitu: Tatabahasa bebas konteks I.2. Berdasarkan huraian tatabahasa wacana. Di bawah merupakan penjenisan tatabahasa wacana. Sebenarnya aliran tatabahsa wacana dipopularkan oleh Sanat Mohd Nasir dan Azhar M. Ini lebih dikenali sebagai korpus bahasa. Simin pada tahun 1980-an.4 Aliran Tatabahasa Wacana Nahu Ayat Bebas Konteks Nahu Separuh Wacana Jenis Tatabahasa Peka Konteks (Nahu Wacana) Jenis Tatabahasa Mengikut Tatabahasa Wacana Sumber: Diubah suai daripada Azhar M. II. Contohnya ialah tatabahasa yang berpegang pada teori nahu TG.

Ada persamaan yang dibuat oleh Za‟ba dan Nik Safiah Karim. nahu Za‟ba (1945) dan nahu Asmah Hj. menggolong kata kepada kriteria semantik iaitu menamakan sesuatu. benda. Kelainan yang dimaksudkan di sini ialah pemerian penahu mengikut kriteria tertentu seperti yang dinyatakan di atas tadi. nama nika. kata ganti nama. Misalnya Za‟ba. Asmah memerikan nahu mengikut unsur-unsur dalam sistem tatabahasa yakni aliran struktural. Abdullah pula memerikan nahu mengikut tagmen tatabahasa iaitu unit dalam tatabahasa yang mengikut aliran tagmemik. kriteria sintaksis dan kriteria fonetik. (1986) membahagikan kata nama kepada tiga iaitu kata nama am. kata nama khas dan ganti nama. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Sebaliknya Abdullah Hassan (1980) membahagikan kepada empat iaitu kata nama. tempat dan konsep. kriteria morfologi. haiwan.3 Perbezaan Antara Aliran Tatabahasa Yang Dipegang Oleh Tokoh-Tokoh Tertentu Jika kita mengambil satu pegangan atau rujukan terhadap sesuatu tatabahasa.bahasa dahulu. ganti nama dan numeral. Omar kerana huraiannya masih berlandaskan cebisan atau serpihan bahasa yang digunakan mengikut konteks sebenar. Hal ini cukup mudah kerana sebagai contoh. Nik Safiah Karim et al. kita dapat mengesani alirannya. kata bilangan dan penjodoh bilangan. tetapi asasnya tetap sama namun pemerian yang dibuat adalah berlainan. 3. penggolongan kata dalam sesuatu tatabahasa dibuat berdasarkan kriteria tertentu iaitu kriteria makna (semantik). Bagi Asmah dan Abdullah Hassan meskipun nampak berbeza dengan Za‟ba dan Nik Safiah Karim. biasanya melibatkan orang. Contohnya ialah nahu yang ditulis oleh Winstedt (1913). Tatabahasa Peka konteks Merupakan tatabahasa wacana sepenuhnya. Za‟ba membahagikan kata nama kepada tiga iaitu nama khas.

tidak berhenti begitu sahaja. Seterusnya pada dekad 1980-an. Simin (1983) kemudian ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .Kesimpulannya. Perubahan yang berlaku dalam sejarah penulisan tatabahasa Melayu di Malaysia daripada tatabahasa tradisional kepada tatabahasa formal (moden) bermula pada tahun 1960. Seiring dengan perkembangan teori linguistik yang terkemudian daripada itu penghuraian tatabahasa Melayu juga mengikut linguistik struktural bagi menghasilkan karya tatabahasa mereka. Kita perlulah mengkaji dan menilai serta menerapkan ke atas bahasa Melayu agar nahu ini lengkap dan mantap serta tuntas yang boleh diperturunkan kepada generasi akan datang. Tatabahasa Dewan karya Nik Safiah Karim et. termasuk tatabahasa Za‟ba. Buku yang bertajuk Discourse-Syantax of Yang in Malay yang asalnya disertasi doktor falsafah Azhar M. Sepintas Lalu Tatabahasa Za’ba sebagai Tatabahasa Tradisional Lawan Tatabahasa Formal ( Moden ) 3. Peraturan berbahasa yang baik dan betul tidak semestinya daripada satu tatabahasa sahaja. Pelita Bahasa Melayu (1940) yang digolongkan sebagai tatabahasa tradisional asas penghuraian item tatabahasa ini mengikut kriteria semantik.4 Setelah muncul ilmu linguistik moden. penghuraian tatabahasa sebelumnya yang kesemuanya mengikut acuan tatabahasa Yunani-Latin digolongkan sebagai tatabahasa tradisional atau tatabahasa nasional. pemerian tatabahasa Melayu mengikut teori tatabahasa wacana mula mendapat popularitinya di Malaysia. Perkembangan sejarah penghuraian tatabahasa Melayu mengikut acuan atau pola tatabahasa formal atau moden yang berlandas ilmu linguistik yang bermula pada dekad 1960-an. perbezaan aliran yang dipegang atau dianuti oleh penahupenahu amat berkait rapat dengan aliran linguistik yang dipelajari yang seterusnya diaplikasikan ke atas tatabahasa Melayu mengikut acuan atau kefahaman masingmasing. merupakan salah satu contoh acuan teori TG. al (1994) yang diguna secara meluas di Malaysia kini. Contohnya. teori linguistik TG pula mendapat perhatian ahli bahasa tempatan yang menerapkan teori ini dalam penulisan dan penghuraian tatabahasa Melayu. Tetapi menjelang dekad 1970-an. Dari kaca mata linguistik moden.

3. DBP mengorak langkah seawal penubuhannya untuk meningkatkan kecekapan dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Penyelarasan ejaan Rumi antara negara serantau yang memilih bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara masing-maing memberikan impak yang cukup besar bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang besar dan luas sasaran penggunanya.5 Sumbangan dan Usaha Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu Usaha yang memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu ialah sebuah agensi. Nasir berjudul Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar (2002) merupakan sebuah hasilan yang cenderung terhadap tatabahasa wacana.diterbitkan oleh DBP pada tahun 1988 adalah contoh karya yang mengaplikasi teori tatabahasa wacana bagi menghuraikan bahasa Melayu. (1979. 2008). al. Asmah Hj. Azhar M. Omar (1992). Penyata Razak dikeluarkan bagi mendukung semangat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan di Malaysia dan Penyata Razak merupakan salah satu ciri penting Akta Pendidikan 1961 (kini Akta Pendidikan 1996). karya Sanat Mohd. penyelarasan dan pembakuan korpus bahasa.000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Di samping itu. Dengan penyelarasan sistem ejaan antara negara anggota MABBIM (Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia) pada 1972 yang seterusnya diikuti dengan usaha penyelarasan tidak kurang 400. ketokohan Za‟ba sebagai ahli bahasa yang menulis tatabahasa Melayu tetap diakui oleh sarjana Melayu yang terkemudian. Simin (1983). iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka telah didirikan untuk mendukung amanat bangsa. Agensi ini bergerak dengan berdasar pada Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 yang kemudian disemak pada tahun 1978. dan Nik Safiah Karim et. Namun begitu. seperti Abdullah Hassan (1986). bahasa Melayu di rantau ini menjadi semakin kukuh sebagai bahasa pemersatu warga negara Malaysia dan juga warga serantau. Seiring dengan penubuhan DBP. Antara langkah awal yang dilaksanakan yang memberikan kesan jangka panjang sehingga kini ialah usaha pengukuhan.

Bagi konteks pembinaan bahasa yang diraih ialah penyusunan dan penerbitan kamus-kamus ekabahasa. buku kecil dan sisipan akhbar. perancangan korpus bahasa berperanan mengisi taraf bahasa yang telah dicapai oleh DBP. Tatabahasa Dewan dan juga istilah dalam pelbagai bidang ilmu merupakan antara unsur penting yang sangat membantu memantapkan serta menyeragamkan bahasa Melayu menjadi bahasa moden dan diangkat setaraf dengan bahasa lain. membina Munsyi Dewan. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . taraf bahasa Melayu yang kita perolehi tidak akan bererti apa-apa. Pada peringkat awal. memantau dan menegur penggunaan bahasa dalam media massa dan di tempat awam. Di samping itu juga. Usaha pengembangan bahasa digiatkan lagi dengan menyediakan khidmat nasihat bahasa (KNB) kepada karyawan sektor awam. menganjurkan kursus kemahiran berbahasa. Sesungguhnya.Terdapat beberapa usaha lain yang menjadi kebanggaan kepada DBP iaitu menyediakan dan melaksanakan peraturan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam jabatan dan sektor swasta. tanpa istilah yang dapat mendukung konsepkonsep ilmu. dwibahasa dan kamus istilah. pedoman dan bahan rujukan yang dihasilkan seperti Kamus Dewan. penyusunan dan penerbitan daftar ejaan Rumi dan Jawi. mengarang dan berbalas pantun dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira rendah atau menengah. DBP di bawah pimpinan Syed Nasir Ismail telah melancarkan Gerakan Minggu Bahasa Kebangsaan dan kempen-kempen bahasa yang melibatkan penyertaan semua rakyat. tanpa tatabahasa yang komprehensif dan tanpa kamus yang kemas kini. pengembangan korpus yeng menjadi titik tolak kepada perkembangan bahasa Melayu moden kerana tanpa sistem ejaan yang efisien dan praktis. DBP melaksanakan pembinaan. penyusunan dan penerbitan buku dan cakera padat tatabahasa pegangan dan rujukan serta penyusunan dan penerbitan pelbagai bahan pedoman bahasa dalam bentuk risalah. Kempen ini untuk membina keyakinan dalam kalangan masyarakat Malaysia seperti pertandingan bahas. Selama lima dekat ini DBP banyak berkorban dalam mengangkat dan memartabatkan bahkan memperkasa bahasa Melayu. Jadi macam mana kita ingin mengangkat bahasa Melayu ke tahap yang tertinggi? Dengan kata lain. serta masyarakat umum. sektor swasta.

Akhir sekali. usaha memartabatkan bahasa Melayu terus dipertingkatkan dengan memberi kuasa kepada DBP untuk mengenakan denda kepada sesiapa yang di dapati bersalah mencemarkan bahasa kebangsaan. Dasar ini akan dikuatkuasakan sebaik sahaja Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda oleh pejabat Peguam Negara dan diluluskan oleh Parlimen. mengawas atau mengarahkan mana-mana pihak supaya mengutamakan dan menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul. Ini kerana Akta DBP sedia ada (Pindaan dan Peluasan 1995) cuma memberikan kuasa menegur. Dengan ini. menasihat. DBP akan diberikan kuasa penuh untuk mendenda pencemar bahasa dengan denda RM 1. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .000 sebaik diluluskan Parlimen.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

R. iaitu linguistik tradisional. linguistik moden pula bersifat struktural dan deskriptif. tatabahasa tradisional bermula semenjak zaman Yunani. Seterusnya beliau menjelaskan bahawa TT yang biasa juga disebut tatabahasa nosional bermula dengan timbulnya andaian-andaian bahawa ada kategori-kategori di luar bidang bahasa yang bebas daripada fakta-fakta yang kebetulan sesuatu bahasa dan bersifat sejagat dan oleh sebab itu dapat diterapkan kepada semua bahasa. pendekatan menggunakan linguistik tradisi yang penuh dengan pernyataan preskriptif dan normatif. undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik. Robins (1967) telah menunjukkan beberapa kejayaan sarjana Yunani. 1971). Pertengahan dan India. Tatabahasa Tradisional (TT) yang berkembang di Yunani lebih mementingkan bentuk tulisan daripada bentuk ujaran. Berbalik kepada konsep dan sejarah. 4. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Kajian ini berterusan hingga ke hari ini.H.1 Definisi Tatabahasa Tradisional Seperti yang diketahui umum. Oleh itu. tetapi. menurut nahu ini. Linguistik telah lama mempengaruhi tatabahasa. sebenarnya menggunakan pengetahuan linguistik. Ini bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan tepat sepanjang masa. (Lyons. Hal ini memulakan apa yang kita kenali sebagai ilmu linguistik dalam pengertian yang luas. Ini juga linguistik dalam pengertian yang luas. Seseorang individu yang menggunakan sebuah buku tatabahasa lama untuk mempelajari sebutan. atau makna. Bezanya hanyalah.BAB 4 TATABAHASA TRADISIONAL (TT) Linguistik ini satu ilmu yang sudah lama dipelajari. Memanglah sarjana-sarjana Yunani ini memikirkan hal bahasa dan masalah-masalah yang timbul daripada penyelidikan bahasa. tatabahasa. Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. perkataan tatabahasa atau nahu ialah terjemahan daripada perkataan „gramatikos‟ (berasal daripada perkataan Greek atau Yunani) yang bermaksud „seni bacaan dan penulisan yang betul‟. Romawi.

Oleh sebab mereka berfalsafah. Maksudnya lebih kurang “peraturan yang tetap dan tidak boleh diubahsuaikan”. 4. Kajian yang dilakukan dibuat berasaskan falsafah kerana pada masa itu bahasa menjadi salah satu cabang falsafah yang penting dan merupakan satu bidang yang dapat membantu mereka untuk menyelidik tabii alam. ahli-ahli TT mentakrifkan tatabahasa sebagai “ a fixed and unalterable set of rules” (Gaeng. Sejarah TT berkait rapat dengan kajian bahasa yang dimulai oleh orang-orang Yunani pada kurun ke-5 sebelum Masihi.Dapat dikatakan bahawa ahli-ahli TT berkonsep kepada penerangan (explaination). Kajian bahasa bentuk ini dilanjutkan oleh orang-orang Romawi yang mengkaji bahasa Latin dan sarjana-sarjana Arab yang menjalankan bentuk kajian sama terhadap bahasa Arab. orang mulai sedar bahawa bahasa tidaklah kekal. maka terbitlah percubaan untuk menentukan sama ada perkataan itu mempunyai makna secara kebiasaan ataupun bahasa mempunyai satu perhubungan yang semula jadi. kata seru dan kata partikel. Kegiatan orang-orang Yunani meliputi aspek tatabahasa yang ada pada masa itu. Kajian bahasa bentuk ini diteruskan hingga ke abad pertengahan dan hanya pada abad ke-19.2 Sejarah Perkembangan Tatabahasa Tradisional Di sini. melahirkan selamanya berubah dari abad ke abad dalam persejarahan bahasa. kata sendi. Plato mengkaji bentuk-bentuk bahasa mereka sendiri daripada bahan-bahan penulisan. Oleh sebab itu. saya akan menerangkan sejarah perkembangan TT secara ringkas untuk memberi gambaran awal mengenai linguistik tradisional. 1971). misalnya penjenisan kata adverba. Kajian yang serupa juga dijalankan oleh pendeta-pendeta India seperti Panini bagi menghuraikan bahasa Sanskrit. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

manakala kata kerja merupakan istilah yang dapat menerangkan perbuatan atau kualiti predikat. iaitu „onoma‟ dan „rhema‟. kita dapat lihat dengan jelas cara Aristotle melihat nahu sebagai bahagian atau aspek logik formal telah menguasai pemikiran linguistik sesetengah sarjana. kata ganti nama.Zaman Yunani Dalam pengkajian nahu. Sarjana lain iaitu Dionysius Thrax yang menjalankan kajian berdasar kepada bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh Homer dalam puisi-puisinya. Plato ialah orang yang pertama menyelidiki tatabahasa itu sendiri. iaitu yang berupa dialog. Aristotle merupakan sarjana yang pertama mengakui wujudnya sistem kala tense dalam bahasa Yunani yang merupakan variasi bentuk-bentuk yang sistematik. muncul pendekatan berbentuk tradisional dan notion. kata partikel. kata adverba. Perbincangan tentang bahasa dan seluruhnya ada di dalam bukunya yang terkenal iaitu Cratylus. iaitu: kata nama. Seiring dengan perkembangan linguistik. Oleh demikian. dan kata seru. sesuai dengan konsep kala kini present dan kala lampau past. Aristotle (384-322 SM) menambah satu lagi pembahagian lain iaitu kata penghubung yang bermaksud semua perkataan yang tidak tergolong kepada golongan kata nama dan kata kerja itu. Beliau telah membahagikan perkataan kepada kata nama dan kata kerja. Thrax juga telah menghasilkan buku tatabahasa Yunani yang bertajuk Tehne Grammatike yang menjadikan tatabahasa Yunani lebih „standard‟ untuk beberapa lama. kata sendi nama. Kesannya. Plato mendefinisikan kata nama sebagai istilah yang berfungsi di dalam ayat sebagai subjek kepada suatu predikat. kata kerja. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Di samping itu. „Logos‟ terbahagi kepada dua. Thrax pula telah menggolongkan kata kepada lapan. Misalnya Plato telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran yang lengkap iaitu „Logos‟.

Disebabkan peniruan model tatabahasa Yunani-Latin. tatabahasa Priscian dapat dianggap sebagai kajian ketatabahasaan orang-orang Romawi yang „representative‟. cara penggolongan kata yang dibuatnya tiada perbezaan dengan Thrax kerana masing-masing menggolongkan perkataan kepada lapan. Buku ini terdiri daripada 18 jilid dan perbincangan berkisar tentang proses pembentukan kata dan ayat. Tanggapan sebegini berlanjutan hingga ke zaman pertengahan. Tatabahasa yang ditulis oleh beliau masih dianggap standard pada masa ini walaupun telah dihasilkan pada tahun 500 Masihi dahulu. sistem kala dan sebagainya adalah ciri-ciri yang seharusnya ada dalam semua bahasa di dunia. Pada umumnya. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . nombor. Hasil kajian yang dibuat oleh Priscian tentang aspek-aspek tertentu bahasa Latin dianggap lebih sistematis sekali berbanding dengan kajian yang dibuat oleh Thrax. khususnya mengenai tatabahasanya yang kita anggap selama ini sebagai TT. telah meninggalkan satu tanggapan kepada sarjana Romawi bahawa beberapa kategori tatabahasa seperti golongan perkataan. Walau bagaimanapun. Mungkin itulah hasil mereka yang agung. iaitu dalam menyusun tatabahasa Latin yang berasaskan tatabahasa Yunani. Buku tatabahasa berjudul Institutiones Grammatikae. Salah seorang linguis Romawi yang terkenal ialah Priscian. kasus. Walau bagaimanapun. sarjana-sarjana Latin telah membuat banyak kerja analisis tentang bahasa Latin.Zaman Romawi Sarjana Romawi asalnya tidak banyak menghasilkan karya asli tetapi mereka hanya menyadur karya sarjana Yunani dan disesuaikan pula dengan tatabahasa Latin. kajian-kajian tatabahasa mereka masih lagi mempertimbangkan persoalan falsafah. iaitu berkisar di sekitar makna (semantik) iaitu suatu hal yang menjadikan mereka pokok dan dasar analisis. Sebagai kesimpulannya.

Di samping itu. Ahli tatabahasa modistae berusaha dalam teori menggambarkan tatabahasa. Sebuah ayat dikatakan terdiri daripada unsur „amnah‟ dan‟khabar. Caranya dengan menganggap bahasa Latin sebagai bahasa yang mulia. Nahu Port Royal mencari penerangan tentang fakta. al-Masri dan sebagainya telah berjaya mengungkap kemegahan dalam usaha mengkaji ilmu linguistik. Pada bahagian nahu. Zaman Pertengahan Dalam abad pertengahan ini. Pemerian mereka biasanya dikenali dengan istilah „modistae‟ iaitu mereka ingin mengetahui ragam atau kepentingannya. terdapat bukti jelas mengenai tatabahasa aliran Port Royal yang memaparkan pendekatan berbentuk normatif. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . pada zaman Arab ini banyak penghasilan kamus kerana minat sarjana terhadap bidang kosa kata pada mulanya telah beralih kepada bidang leksikografi. Kita terus kepada perkembangan tatabahasa untuk zaman pertengahan yang amat menarik iaitu dengan hasilnya „Tatabahasa Spekulasi‟ berupa pendekatan preskriptif. Penghuraian bahasa mereka terlalu tertakluk kepada dasar paradigma sehinggakan mereka tidak memerlukan penggolongan kata dalam bahasa Arab. Secara ringkasnya. sama seperti „subjek‟ dan „predikat‟. meyatakan bahasa tersebut sebagai pantulan fikiran dan ini berlaku pada taakulan. Kesan yang jelas melahirkan satu era baharu yang dinamakan zaman perbandingan linguistik. mereka telah menggunakan dasar paradigma dalam menganalisis bahasa. Ini kerana bahasa Latin menjadi bahasa gereja dan bahasa ilmiah. Asal perkembangan cara pemikiran seperti ini telah bermula daripada kefahaman yang penutur itu merupakan cermin dan bahasa mencerminkan kebenaran.Zaman Arab Antara sarjana Arab seperti al-Khalil (718-786 TM). cukuplah klasifikasi bahasa mereka itu dilakukan dengan merujuk bentuk paradigmanya sahaja. minat orang Eropah terhadap bahasa Latin semakin menjadi-jadi. Tatabahasa Arab tersebut dikarang dengan lengkap yang mencakupi bidang pembentukan kata dan ayat.

Kajian yang dibuat adalah tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam kita Rig-Veda. Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini menampakkan rencana bahasa yang lengkap serta teliti. mungkin kita tidak akan mengenali linguistik deskriptif. Pengetahuan linguistik tatabahasa di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku di Yunani iaitu seawal 300 SM. Rumusannya. Menurut Bloomfield. tatabahasa Sanskrit merupakan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah yang membuka jalan kepada „ilmu perbandingan bahasa‟. Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang-orang Hindu. dihurai dan disusun yang berasaskan pemerhatian yang halus. Keistimewaan tatabahasa itu terletak pada caranya dikaji. Tanpa usaha beliau. Tradisi inilah yang membawa perubahan besar dalam perkembangan linguistik di Eropah. malah sangat tersusun dan teratur pula.Zaman India Perkembangan dan tradisi linguistik India tidak kurang hebatnya kerana ia merupakan pembuka jalan kepada perkembangan linguistik moden. Kajian yang dianggap paling lengkap ialah karya Panini yang bermula sejak kurun ke-4 SM. tatabahasa Panini telah banyak mengajar sarjana-sarjana Eropah cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang memperlihatkan kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Penemuan dengan huraian lengkap tentang bahasa Sanskrit telah membuka kepada jalan baru kepada bidang linguistik yang dinamakan linguistik perbandingan. tatabahasa dan tatabunyi Panini bukan sahaja penghuraiannya kemas dan lengkap. yakni tidak berdasarkan kepada teori falsafah melainkan berasaskan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif sahaja. Justeru. Orang yang bertanggungjawab mengetengahkan hasil karya Panini ialah Sir William Jones (sekitar 1746-1794).

Panini. Arnauld. Erasmus. Varro Zaman Romawi ( sekitar 500 SM) al-Khalil. Descartes Zaman Arab dan Zaman Pertengahan (Renaissance) Jason Grimm.Yaska. T. Pingala. M. Karl Verner Zaman Perbandingan Linguistik Moden Ferdinand de Saussure Abad ke-19 dan 20. Aristotles Zaman Yunani ( bermula 300 SM) Priscian. Appolonius Discollus. Patanjali Zaman India ( 2 – 200 SM) Plato. Hermann Grassmann. al-Masri. Dante. Katyayana. Sejarah Perkembangan Tatabahasa Tradisional ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

2.1 Tokoh Tatabahasa Tradisional 4.4.1.Plato Aristotle (384-322 SM) Tehne Grammatike -Dionysius Thrax Zaman Romawi Institutiones Grammatikae-Priscian Zaman India Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini 4. Talib Kitab Punca Bahasa (1928) oleh Abdullah bin Talib Ilmu Mengarang Melayu (1934) oleh Za‟ba Jalan Bahasa Melayu (1937) oleh Dato‟ Hj.1.T.2. Muhammad Said bin Sulaiman Pelita Bahasa Melayu (1940) oleh Za‟ba ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .1 Tokoh Tatabahasa Tradisional Barat Zaman Yunani Cratylus. Dussek dan Mohd Hashim bin Hj.2. Rahman Kitab Pelita Mengarang (1925) oleh O.2 Tokoh Tatabahasa Tradisional Melayu Era Tahun 1800-1950 • • • • • • • Bustanul Katibin (1857) – Raja Ali Haji Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (1911) oleh Abdullah bin Abd.

(2000).3.Contoh Tatabahasa Tradisional Zainal Abidin Ahmad (Za‟ba). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 . Daftar Isi Penggal 1 • • • • • • • • Bab 1 Bunyi Suara Digambarkan Dengan Huruf Bab 2 Huruf Benar & Huruf Saksi Bab 3 Ejaan & Tulisan Jawi Bab 4 Ejaan Jawi Pada Perkataan Memakai Penambah Bab 5 Petua-Petua Ejaan Rumi Bab 6 Petua-Petua Ejaan Rumi (sambungan) Bab 7 Jenis-Jenis Perkataan dan Kerja-Kerjanya Bab 8 Perkataan Nama dan Gantinya • • • • • • • Bab 9 Perkataan Perbuatan Bab 10 Perkataan Sifat Bab 11 Perkataan Sendi dan Seruan Bab 12 Perkataan Huruf-Huruf Penambah Bab 13 Perkataan Huruf-Huruf Penambah (sambungan) Bab 14 Kaedah Rangkai Kata Bab 15 Ayat-Ayat Melayu: Kejadiannya & Ikatannya • Bab 16 Jenis-Jenis Ayat dan Uraiannya Daftar Isi Penggal 2 • • • Bab 1 Permulaan Mengarang Bab 2 Lain-Lain Latihan Membuat Ayat Bab 3 Mengarang Ayat-Ayat Tunggal Jadi Cerita: Menyambung— Menyambungkannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bab 4 Cara-Cara Persambungan Ayat Bab 5 Memakai Tanda-Tanda Berhenti Dalam Tulisan Melayu Jawi Bab 6 Memakai Tanda-Tanda • • • • • • Berhenti Dalam Tulisan Melayu Jawi (sambungan) Bab 7 Cakap Ajuk & Cakap Pindah Bab 8 Permulaan Berlatih Mengarang Bab 9 Lagi Latihan Mula-Mula Mengarang Bab 10 Perenggan-Perenggan Karangan Bab 11 Perkataan-Perkataan Pembatas Karangan Bab 12 Perkataan-Perkataan Penghabis Karangan • • • ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Hal ini dinyatakan oleh Za‟ba dalam prakata Pelita Bahasa Penggal 1-3. Nahu ini sebenarnya nahu tradisional kerana acuannya adalah berdasarkan bahasa Inggeris dan sedikit-sedikit bahasa Arab. Penggal 2 & 3 menjurus kepada aspek penulisan iaitu mengarang karangan.Daftar Isi Penggal 3 • • • • • Bab 1 Bagaimana Hendak Mengarang Bab 2 Sedikit Lagi PetuaPetua Mengarang Bab 3 Kesalahan-Kesalahan Dalam Ayat Karangan Bab 4 Cara Memakai SetengahSetengah Perkataan Bab 5 Cara Memakai SetengahSetengah Perkataan Sendi Nama Bab 6 Cara Memakai SetengahSetengah Perkataan Sendi Nama (sambungan) Bab 7 Kecacatan Karangan • • • • • • • • Bab 8 Kecacatan Karangan (sambungan) Bab 9 Menghiasi Karangan Bab 10 Mengarang Pantun & Syair Bab 11 Mengarang Sajak. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Nahu ini boleh dirumuskan sebagai nahu yang lengkap dan sempurna pada suatu ketika dulu sebelum aliran linguistik struktural menguasai tatabahasa Melayu pada pertengahan tahun 1960. morfologi dan sintaksis. Gurindam & Seloka Bab 12 Mengarang Surat Kiriman Yang Senang-Senang Bab 13 Lain-Lain Jenis Surat Kiriman Bab 14 Memahamkan Karangan: Mengarangkan Semula Bab 15 Beberapa Teladan Karangan • • Rumusan: Pelita Bahasa Penggal 1 sebenarnya merupakan tatabahasa yang menekankan aspek fonetik & fonologi.

Huraian tatabahasa bersifat notion (bukan formal dan struktur) dan berdasarkan anggapan disiplin-disiplin lain yang tiada kaitan dengan bahasa. asas linguistik tradisional ditandai oleh beberapa ciri utama yang penting iaitu: Huraian bahasa berdasarkan makna dan logika (menurut falsafah Yunani) Penguasaan bahasa tulisan lebih daripada bahasa lisan Huraian aturan bahasa bersifat normatif dan preskriptif Jika diteliti secara mendalam. kerangka asas kajian-kajian bahasa tradisional dibuat berdasarkan bahasa tulisan. Kajian bahasa yang dilaksanakannya menganggap bahawa bahasa di dunia dihurai berasaskan ciri-ciri universal (seperti logik. Akibatnya. kaki. Salah satu sifat nahu tradisional ialah berasaskan kepada satu model bahasa. „kata nama‟ didefinisikan sebagai segala perkataan yang menyebut benda atau orang seperti budak. Biasanya model bahasa yang menjadi acuan atau pola ialah bahasa Greek dan Latin kerana nahu ini berasal daripada zaman Yunani – Latin. falsafah dan yang lainnya). tahun. iaitu bahasa yang ideal yang dianggap baik dan lengkap segala-galanya dan daripada model itulah diaplikasikan kaedah-kaedah penganalisisan ke dalam bahasa-bahasa lain. Contohnya dalam tatabahasa Melayu.4. Antara pengkaji terawal ialah Plato dan Aristotle yang mengkaji penggolongan kata dengan pemerian terhadap definisi-definisi tertentu yang pokok pangkalnya makna dijadikan analisis kajian nahu ini. Kajian bahasa yang dijalankan adalah secara deduktif iaitu kajian yang menekankan pemahaman undang-undang bahasa dahulu dan selepas itu diikuti dengan misalan-misalan.3 Ciri-Ciri Tatabahasa Tradisional Secara kasarnya. Oleh itu. Sebenarnya huraian sebegini dikatakan sebagai berbentuk notion.(Za‟ba. huraian unsur-unsur bahasa menjadi tidak tepat dan tetap. 1954). semua bahasa dihurai berasaskan unsur-unsur yang sama. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . burung. Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa bahasa di dunia ialah variasi bahasa Yunani dan Latin. bulan….

Satu keadaan yang tidak praktikal atau tidak saintifik ialah tidak semua yang terdapat dalam model bahasa itu terdapat juga dalam bahasa lain. ia seolah-olah berusaha memerikan bahasa mengikut sesuatu model yang dijadikan pola acuan. ciri-ciri Tatabahasa Tradisional ialah: Bersifat nasional iaitu bukan formal dan struktural Percampuran teori semantik dan gramatik Ketiadaan pola contoh yang dijadikan dasar pembentukan pelbagai struktur Ketiadaan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan yang disampaikan sama ada gramatikal atau leksikal. sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atau tidak. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Hal sedemikian bergantung terhadap pemerian dan kefahaman ahli bahasa dalam memerihal bahasa tersebut. Perkara ini menggambarkan satu bentuk bahasa peniruan. Dalam nahu tradisional. Ilmu falsafah dan logika menjadi teras pegangan. dapat dirumuskan bahawa nahu tradisional masih tidak bercirikan saintifik. sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks. TT bersifat preskriptif.Walau bagaimanapun. kita akan dapati bahawa huraian atau pemerian golongan kata seolah-olah sengaja diada-adakan. Secara khususnya. humanistik dan normatif. tidak semua isu penggolongan kata sependapat antara para sarjana bahasa. Ayat-ayat dibina menggunakan konsep „word building‟ Dalam memerikan bahasa. seorang ahli bahasa dikatakan cuba sedaya mungkin untuk mencari unsur-unsur dalam bahasanya dan dibahagikan atau diperikan berdasarkan model bahasa tadi. Oleh demikian. Namun apa yang pro mengenai nahu tradisional ialah sikap preskriptif yang mana akan berjaya mewujudkan peraturan berbahasa dengan betul dan tepat sepanjang bahasa itu hidup. Disebabkan itu.

4. sifat. Buku yang dikarang untuk mengajar bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Swettenham (1886). Elemen Perbezaan Definisi Tatabahasa Preskriptif (TP) Bersifat panduan.4. dan Za‟ba (1965) sendiri. Winstedt (1927). Umpamanya deskripsi jenis kata-katanya masih lagi mengikut golongan kata-kata Yunani. Maxwell (1882). Za‟ba pula menerima unsur-unsur bahasa Arab. perbuatan. dan konsep ini masih belum berubah dalam buku Za‟ba. Begitu juga Winstedt menyebut unsur bilangan. kita juga sentiasa dipengaruhi oleh unsur-unsur dan keadaan ini. terang-terang didasarkan kepada tatabahasa bahasa Inggeris yang sebenarnya disadur daripada tatabahasa bahasa Latin. ketetapan. Swettenham pula membincangkan unsur kala seolah-olah bahasa Melayu itu adalah suatu bahasa yang mempergunakan kala seperti bahasa Inggeris. sendi. atau atau merujuk kepada huraian konsep preskriptif dengan penekanan kepada aspek semantik Struktur merujuk kepada struktur bahasa berdasarkan atau berpandukan peraturan. turun-temurun. Ini tidak berbeza daripada pendapat Yunani 2000 tahun dahulu. Za‟ba mengatakan bahawa huruf menghasilkan bunyi.5 Perbezaan antara Tatabahasa Tradisional dengan Tatabahasa Preskriptif Tatabahasa Tradisional (TT) Bersifat mengikut tradisi. hukum dan pengguna bahasa ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu I.4 Aspek-Aspek Dalam Tatabahasa Tradisional Dalam mempelajari bahasa Malaysia. seperti yang ditiru oleh Latin kerana Za‟ba menerima adanya kata-kata jenis nama. dan seruan. menentukan ketentuan. Za‟ba (1940/1965) pula tidak sunyi daripada masalah demikian. ketetapan.

Tidak menunjukkan dengan Sudut Aplikasi Dapat diaplikasikan dalam aspek bahasa: ejaan. Hanya jelas pada ejaan. Bertujuan memberi pemahaman asas mengenai pembinaan Tujuan bertujuan melahirkan masyarakat yang menggunakan bahasa yang tepat sama ada lisan mahupun tulisan tanpa mengelakkan kekeliruan. diaplikasi pada tatabahasa lain Konsep 2 penentuan kaedah baku sebagai rujukan. sebutan dan laras. tatabahasa dan makna.kebiasaanya TT bersifatkan Konsep kajian tentang penggunaan kata. frasa. jelas sudut pengaplikasiannya. Prinsip tatabahasa umum yang mengamalkan pendekatan preskriptif dan nosional. preskriptif dalam prestij dialek dari aspek sosial. yang sebahagian pendekatandigunakan kepada sintaksis. Pendekatan Merupakan daripada pendekatan dalam TT. beracuan pola dan kaedah Asas Pegangan Berasaskan memberi TT tetapi lebih tatabahasa Latin dan Yunani dan menganggap bahasa penekanan kepada aspek betul mengikut peraturan tatabahasa. tatabahasa. klausa dan ayat yang mana menekan kepada aspek betul semata-mata. Pelita Bahasa Contoh Karya Tatabahasa Dewan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Penekanan Mengutamakan peraturan tersebut mulia dan agung. struktur bahasa. Mengutamakan aspek makna dan semantik sebagai asas mengenai rumus penggunaan tatabahasa yang betul sahaja. pedoman dan pegangan. semantik.

dan ketepatan hasilnya boleh diuji. dialectology.4. Dinneen 1967:4). objektif. tekaan atau emosi seseorang penulis sahaja. Dalam pelbagai kamus umum.6 Pengertian Linguistik Moden Linguistik bolehlah didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa (J. computational linguistics. and structural linguistics. comparative linguistics. Ronald W. dan saintifik tentang sesuatu bahasa. analitis. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . and phonetics.” Disiplin yang mengkaji bahasa manusia secara saintifik dan sistematik dikenali sebagai linguistik. Jelaslah bahawa disiplin linguistik merupakan ilmu yang menerapkan kajian yang empirik. Istilah „saintifik‟ itu bermaksud bahawa dia menggunakan eksperimen terkawal yang mengandungi faktor-faktor variabel yang telah ditentukan dengan secara objektif. syntax. Perkaedahannya juga diterangkan supaya hasilnya dapat diberi verifikasi. linguistik didefinisikan sebagai „ilmu bahasa‟ atau „kajian ilmiah mengenai bahasa‟ (Matthews 1997). khusus. including the study of grammar. Ini bermaksud bahawa linguistik itu adalah satu bidang ilmu yang lengkap dengan teori dan perkaedahannya. Dalam The New Oxford Dictionary of English (2003). Jadi. dan objektif (F. Lyons 1968). Jadi. Specific branches of linguistics include sociolinguistics. linguistik didefinisikan sebagai berikut: “The scientific study of language and its structure. Kamus Dewan (Edisi Ketiga : 1994) memberikan pengertian linguistik sebagai kajian saintifik tentang bahasa dan perkara-perkara yang berkenaan bahasa. Langacker mendefinisikan linguistik sebagai “the study of human language”. David Crystal (1873) mendefinisikan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. kajian saintifik ini hendaklah empirikal. psycholinguistics. bidang linguistik tidaklah merupakan sesuatu yang hanya dihasilkan menurut agakan.

Mereka melihat bahasa daripada perspektif sinkronik berbeza dengan perspektif dikronik yang menjadi amalan ahli-ahli linguistik pada abad ke-19. Berdasarkan ciri inilah Saussure melihat bahasa daripada perspektif penuturnya. Beliau tidak lagi melihat bahasa sebagai satu entiti yang dilihat daripada luar dalam perubahannya mengikut masa. iaitu hubungan antara lambang dalam sistem secara mengufuk. Ketokohan beliau sebagai bapa linguistik moden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalam bidang pengkajian bahasa secara moden. Potensi ini dilihat daripada hubungan paradigmatik. dirumuskan bahawa linguistik moden ialah satu peralihan linguistik tradisional kepada linguistik struktural yang mana perubahan pengkajian bahasa secara menyeluruh. kerana daripada sudut penutur yang mengungkapkan pada ketika itulah sistem pilihan itu penting. ditulis oleh anak muridnya Cours de linguistique generale (de Saussure.Justeru moden di sini merujuk kepada permulaan sejarah linguistik yang baharu setelah linguistik tradisional beralih arah kepada linguistik struktural yakni sekitar kurun ke-19 hingga ke-20. Linguistik moden juga dikenali dengan linguistik deskriptif yang diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure yang menjadi pengasas dan pendukung dalam perkembangan linguistik moden. tetapi melihat bahasa daripada dalam. Linguistik moden lahir apabila para sarjana mula melihat bahasa daripada perspektif penuturnya (Simpson 1980). Ini dapat diteliti dalam Bab 5 : Tatabahasa Struktural ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Perubahan pendekatan ini merujuk kepada idea Ferdinand de Saussure dalam buku yang terkenal selepas kematiannya. Sistem memperlihatkan potensi bahasa sebagai pilihan kepada penutur untuk mengeluarkan ujaran. sebagai satu sistem (langue). Oleh itu. 1916).

Pemerian bahasa dalam tatabahasa tradisional sebahagian besarnya berdasarkan pada pemerian bahasa Yunani. seseorang mungkin tertanya. Bahasa Latin merupakan bahasa yang dicirikan oleh sistem infleksi. ianya tidak demikian kerana tatabahasa tradisional sememangnya mempunyai kelemahan asas yang agak ketara di kalangan pemerhati yang sensitif. Kita tentunya tidak boleh menghuraikan suatu bahasa ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Apa salahnya dengan tatabahasa tradisional? Sekiranya tatabahasa tradisional telah menyediakan pemerian menyeluruh yang memuaskan tentang sebarang atau mana-mana bahasa. kebanyakannya bergantung pada susunan dan fungsi kata.7 Rumusan Tatabahasa Tradisional Pendekatan Nahu Tradisional Dalam era teknologi moden. Antara kelemahan yang pernah ditemui adalah sebagaimana yang dibincangkan di bawah ini: 1. Pike atau Halliday yang berbeza-beza daripada pandangan tatabahasa tradisional? Adakah tatabahasa baru ini ditimbulkan dengan hasrat semata-mata menangkis dan menentang pandangan yang lama. tetapi bahasa Inggeris bukan daripada bahasa berinfleksi yang tinggi. tidak perlulah rasanya kita beralih kepada tatabahasa baru. Akan tetapi.tanya: mengapa perlunya cara-cara moden itu buat seseorang? Apakah pula yang salah dengan yang lama iaitu pendekatan tradisional? Kenapa mazhab tatabahasa Nesfieldian harus dibuang. atau yang terdahulu? Inilah antara persoalan yang harus dijawab dengan yakin.4. Tidak semua kategori yang didapati dalam bahasa Sanskrit terdapat dalam bahasa Tamil. apakah demikian juga nasibnya hasil-hasil kajian kesarjanaan Jespersen dan Fowler? Apakah pula bagusnya pandangan Bloomfield. Latin dan bahasa-bahasa di India yang telah berkembang daripada kajian-kajian yang dibuat terhadap bahasa Sanskrit. dan selagi kita belum begitu yakin dan pasti bahawa tatabahasa tradisional itu benar-benar mengandungi kelemahan dan kekurangan. kita tidak semestinya perlu menerima tatabahasa moden semudah yang disangkakan.

Kata nama diberi pengertian mengikut maksud „apa dia‟. tetapi jika [yang] dianggap ganti nama relatif yang menerangkan kata nama „anak kami‟. berlaku klasifikasi silang dan tidak pula terdapat asas yang baik untuk pendefinisian [berlari] yang dikatakan kata kerja kerana ia „menunjukkan suatu perbuatan‟. tempat dan benda.mengikut penghuraian bahasa yang lain. Dalam ayat. Pergerakan atau peralihan daripada makna kepada fungsi dalam pendefinisian bukan sahaja bagi golongan kata tetapi juga bagi klausa telah menimbulkan kekeliruan. Kesemuanya tidak jelas dan berputar-putar. dan tidak ada kriteria tunggal yang dapat digunakan untuk klasifikasi. [Mereka harus mengampunkan anak kami yang tidak melakukan kesalahan sebelum ini] Dalam ayat ini. Oleh sebab itu. Apakah ini harus dikelaskan sebagai kata nama? 3. klausa selepasnya itu akan dikelaskan sebagai klausa adjektif. maka klausa „yang tidak melakukan kesalahan sebelum ini‟ akan dikelaskan sebagai klausa adverbial sebabakibat. Tetapi terdapat juga nama untuk sesuatu perbuatan itu seperti up dalam bahasa Inggeris yang menunjukkan arah. „Kata nama‟ diberi definisinya sebagai nama bagi orang. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . jika [yang] dianggap sebagai „kerana dia‟. kata [merah] adalah suatu kata nama. tetapi ia tidak dapat memberi definisi mengikut pengertian „orang. [Dialah adik saya yang menceritakan tentang berita tersebut] „yang menceritakan tentang berita itu‟ menerangkan „adik saya‟. Di sini berlaku dua fungsi dan oleh itu menimbulkan konflik. kita akan mengatakan bahawa [merah] merupakan adjektif yang digunakan sebagai kata nama. Dalam hal [merah] tadi. 2. Definisi lazim bagi lapan golongan kata tidak memadai dan tidak memuaskan. Adjektif diberi pengertian mengikut apa yang ia lakukan atau tugasnya itu menerangkan kata nama atau ia memperluas makna dan menyempitkan penggunaan kata nama. Dalam ayat „Merah adalah warna yang saya suka‟. Dalam hal ini juga ia dianggap klausa nama yang berfungsi sebagai komplemen kepada „dialah‟. setiap bahasa harus dihuraikan mengikut istilah yang tersendiri. ia juga dapat menerangkan „dialah‟. tempat atau benda‟. Dalam hal ini ia adalah klausa adjektif.

semua masalah ketaksaan nahuan juga telah diabaikan dalam nahu tradisional. 7. 8. Dalam tatabahasa tradisional. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . subjek nasional. subjek apositif. Sebagai tambahan. tetapi sebaliknya merupakan disiplin preskriptif dan proskriptif.4. Walaupun sesetengah ahli tatabahasa menganggap tatabahasa sebagai identifikasi golongan kata dan analisis ayat. Ini kerana tatabahasa tersebut gagal menyelesaikan masalah ketaksaan sedangkan ia dapat diterangkan dengan mengaitkan fonologi. Tatabahasa tidak dianggap kajian bahasa dan dialek secara deskriptif. subjek eliptis. hubungan dalaman dapat menunjukkan sebab-sebab untuk ketaksaan dalam nahu. pada umumnya tatabahasa diberikan maksud sebagai kajian „bahasa yang betul‟. 6. 5. Ayat itu boleh bermaksud „Kami bergantung pada dinding yang sedang dibina‟ atau „Kami bergantung pada pembinaan dinding sekarang‟. Semua ini menimbulkan masalah keseluruhan sikap tradisional terhadap bahasa dan tatabahasa. subjek frasa. subjek klausa dan sebagainya. kita sudah mengetahui siapa dia‟ dan „Dia mengetahui banyak maklumat tanpa kajian‟. Dalam ayat seperti „Dia bercadang mengambil bas untuk ke Kelantan‟. subjek dapat diklasifikasikan sebagai subjek gramatikal. Klasifikasi kadang-kadang tidak menentu (eratik) Kita ambil sahaja ayat:[Kami bergantung pada dinding yang sedang dalam pembinaan] Kita akan bertanya. Disebabkan kekeliruan dalam pendefinisian „subjek‟ ayat dan „kasus‟ dalam ayat. „Bagaimanakah kita hendak menghuraikan klausa yang sedang dalam pembinaan dalam hubungan tersebut?‟ Masalah makna boleh wujud kerana boleh menimbulkan ketaksaan. „Dengan cara berjalannya sahaja. pertimbangan tidak diberikan kepada fonologi.

sedangkan unsur yang tidak seragam masih merupakan sifat bahasa yang dipelajari itu. terdapat banyak kekecualian. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .9. Nahu tradisional merupakan sumber maklumat yang kaya. Bagi setiap rumus. Banyak contoh dikemukakan di dalamnya tetapi nahu sebenar (prinsip-prinsip dan proses pembinaan ayat) perlu ditentukan oleh pembaca yang bijak pandai. bagaimanakah kita dapat mempelajari bahasa tersebut? Lebih pelik lagi ialah. Di manakah kebenaran yang dikatakan nahu itu. Apabila kekecualian didapati lebih daripada yang seragam dalam bahasa. ahli bahasa menjadi bingung untuk menerangkan kebenaran tersebut. semasa otak pelajar menemui keseragaman dalam apa yang dipanggil kekecualian.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Antara tokoh yang menjadi pengasas teori deskriptif ialah Ferdinand de Saussure. 5.2 Sejarah Perkembangan Tatabahasa Struktural Ahli-ahli Prague Linguistic Circle tahun 1929 menggunakan istilah structuralism yang membawa pengertian bahawa bahasa bagi tiap-tiap bangsa terdiri daripada satu struktur unit-unit yang berhubungan. structural functions and inter-relations of the components of sentences of stretches of utterance” (Robins. Aliran ini digelar Struktural. Oleh itu. 1971). Maksud dalam bahasa Melayu lebih kurang begini “…merangkumi bentuk-bentuk maujud. Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan. Sekarang kita meneliti beberapa kriteria penting mengenai tatabahasa struktural. Ia berkembang antara tahun-tahun 1940-an hingga pertengahan tahuntahun 1950-an. aliran TS menekankan bahawa tatabahasa: “…is concerned with the observable forms. fungsi struktural dan hubungan saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan. TS seringkali dikait dengan era Linguistik Moden.BAB 5 TATABAHASA STRUKTURAL (TS) Sejarah pertumbuhan Tatabahasa Struktural sering dikaitkan dengan pertumbuhan linguistik empiris yang dianggap sebagai linguistik ilmiah di Amerika pada awal tahuntahun 1930-an. Ferdinand menjadi tersohor kerana hasil karyanya dibukukan oleh murid-muridnya yang mana buku tersebut dikenal ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Wells dan Hocket yang membawa pengertian metodologi mereka. Tugas utama ahli-ahli bahasa adalah untuk mengkaji unsur-unsur bukan sahaja sebagai struktur-struktur yang berasingan tetapi sebagai satu keseluruhan sistem. hal demikian kerana ahli-ahli bahasa memberi tumpuan kepada linguistik deskriptif. Harris.1 Definisi Tatabahasa Struktural TS mempunyai konsep yang berupa penghuraian (description). Taxonomist dan Bloomfieldian. 5. muncul tokoh-tokoh bahasa seperti Bloch.

dengan nama Course in general Linguistics. Sesesungguhnya Ferdinand ialah orang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai jirim dan bentuk. Dengan itu lahirlah TS yang menekan kepada aspek sistem dan unsur-unsur huraian bahasa secara mendalam. Aliran Ferdinand berkembang dengan pelbagai mazhab tertubuh antaranya ialah mazhab Geneva, Draha dan Glosematik. Sementara itu di Amerika, L. Bloomfield, Franz Boas dan Edward Sapir juga banyak menurut langkah Ferdinand. Seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenal ialah Z.S. Harris menjalankan kajian linguistik secara struktur. Usaha Harris jelas terpapar dalam buku berjudul Structural Linguistics (1951). Dalam bukunya itu, Harris didapati sangat mementingkan langkah-langkah dan kaedah yang patut dijalankan untuk mengkaji tatabahasa. Pada pertengahan tahun 1950-an, suatu perkembangan baharu yang dibawa oleh Noam Chomsky iaitu Tatabahasa Tranformasi Generatif telah mengambil alih pengaruh TS. Kita akan meneliti sejarah TTG dalam bab akan datang.

Akhiran Zaman Linguistik Tradisional

Zaman Linguistik Perbandingan

Zaman Linguistik Moden (Ferdinand de Saussure)

Geneva

Draha

Glosematik

(Franz Boas, L. Bloomfield, Edward Sapir, Z. S Harris)

Sejarah Perkembangan Linguistik Struktural
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

tagmemik ( K.L. Pike, R.C. Longacre) L. Bloomfield tatabahasa stratifikasi ( S. M. Lamb) Z. S. Harris E. Sapir

O. Jesperson L. Tesniere

N. Chomsky- tatabahasa transformasi generatif

F.de Saussure

J. R. Firth & Mazhab London ( C. F. Bazell, R. H. Robins) Peringkat Awal Mazhab Prague ( N.S. Truhetskoy, R. Jakobson, J. Vachek) Mazhab Geneva (C. Bally A. Sechehaye, H. Frei) Mazhab Copenhagen ( I. Hjelmslev-glossematics) Mazhab Moskow

tatabahasa sistemik ( M. A. K. Halliday) Peringkat Kemudian Mazhab Prague ( F. Daries, J. Firbas)

S. K. Shanmayan dan tatabahasa aplikasi

Mazhab-mazhab Linguistik dan Tokoh-tokoh Utama ( Dipetik daripada Allerton, 1970)
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

5.2.1

Tokoh Tatabahasa Struktural

5.2.1.1

Tokoh Tatabahasa Struktural Barat

Ferdinand de Saussure - Course in general Linguistics L. Bloomfield –Language (1933) Edward Sapir – Language (1881)

Z.S. Harris - Structural Linguistics (1951)

dan ramai lagi lagi.

5.2.1.2

Tokoh Tatabahasa Struktural Melayu

Era Tahun 1960-an

Antara buku tatabahasa aliran Struktural di Malaysia ketika itu ialah: Asmah Hj. Omar (1968) – Morfologi - Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola. Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) – An Introduction to Malay Grammar Asmah Hj. Omar (1970) – Bahasa Malaysia Kini: Satu Pengenalan Melalui Struktur (Buku 1-V) Asraf (1971) – Mari Belajar Bahasa Kita

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

juga. Daftar Isi • • • • • • • • • • • • • • • • • • • Pendekatan Morfem dan Penambah Kata Kata Nama Pembentukan Kata Nama Berlapis Pembentukan Kata Nama Berlapis dengan Penambah Pinjaman Kata Ganti Nama Kata Bilangan Kata Kerja dan Kata Kerja Leksikal Kata Kerja Bantu Pembentukan Kata Kerja Berlapis Kata Sifat Pembentukan Kata Sifat Berlapis Pembentukan Kata Sifat Berlapis dengan Penambah Pinjaman Kata Nafi Kata Supraayat: pun. pula. Nahu Melayu Mutakhir. Omar. jua. (1993). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Contoh Tatabahasa Struktural Asmah Hj. sahaja Kata Adverba Partikel dan Penghubung Kata Majmuk ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 • • • • • • • • • • • • Penggandaan Frasa Frasa Nama Frasa Bilangan Frasa Kerja Frasa Sifat Frasa Preposisi Frasa Adverba Klausa Ayat Ayat dan Sistem Ayat dan Modus .

sebagai unit bunyi.3 Ciri-Ciri Tatabahasa Struktural Fokus pengkajian TS ialah aspek penghuraian struktur bahasa. maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu mofologi dan sintaksis. Ini jelas apabila beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistemik-fungsional. Sekarang kita teliti dahulu ciri-ciri bahasa yang dibawa aliran struktural ini: Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan Bahasa ialah satu sistem Sistem bahasa ialah arbitrari Bahasa adalah untuk perhubungan Seperti yang dinyatakan di atas. 5. Pada peringkat morfologi. Pada peringkat sintaksis. Asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri. Maksudnya kajian bahasa Melayu dihuraikan dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat paling atas iaitu ayat dari segi skala tatatingkat dalam nahu. aliran struktural menekankan pertalian struktur tersendiri. Penghuraian nahu beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh penuturnya. dari aliran Linguistik London. Asmah juga banyak menerangkan secara terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam. aliran struktural memberi tumpuan kepada perkembangan antara elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat.Rumusan: Hasilan nahu Asmah Omar dilihat berunsurkan aliran struktural. sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat. dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Pemerian beliau terhadap nahu secara bersistem.

Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat. Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam sesuatu unsur tatabahasa. aliran struktural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaan kerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku. Ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah: Mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu bahasa. Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis). Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan bukti yang tepat dan betul. logika dan metafizik. 1957). justeru makna tidak diambil kira. Tidak mencampuradukkan ciri-ciri bahasa yang lain. Rumusannya. Secara khususnya. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi. (Fries. bentuk dan struktur sesuatu bahasa. Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain.selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar.

keadaan ini terpisah menjadi satu kajian lain dan tidak termasuk dalam analisis tatabahasa. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .4 Unsur dan Unit Yang Membentuk Struktur Dalam Tatabahasa Struktural Urutan Tingkat 1 2 3 4 5 6 7 Unit Nahu Ayat Klausa Frasa Kata Morfem Fonem Fon FONOLOGI MORFOLOGI SINTAKSIS Tatatingkat Unit Nahu Struktural Jadual di atas menggambarkan satu skema yang dapat menerangkan dengan jelas urutan tatatingkat yang disebut itu. Skema tatatingkat unit-unit nahu di atas menunjukkan peringkat dalam konteks memperkatakan nahu.5. frasa. yang merupakan ayat. Semua penelitian akan bertumpu pada peringkat paling atas itu. morfem. Tiap-tiap peringkat itu diisi atau diwakili oleh unsur atau unit nahu. Pada peringkat fonem dan fon. Ini bermakna dalam kajian nahu. Dari skema itu dapat dilihat bahawa ayat menduduki peringkat paling atas dan dengan itu ayat dikatakan unit nahu yang paling besar disebabkan semua unit nahu lain terangkum di dalamnya. bermula dengan unit yang paling besar atau atas. tidak ada peringkat yang lebih atas daripada ayat. morfem yang menempati dan merupakan unit nahu yang paling kecil. klausa. iaitu ayat dan berakhir dengn unit paling kecil. Kajian nahu struktural dipaparkan dengan berpandukan skema di atas. kata dan morfem. Begitu juga hal dengan peringkat paling bawah dalam struktur nahu.

tetapi perbezaan antara read dan readers (read + er + s) adalah bukan minimal. bentuk dan polanya digabungkan untuk menerbitkan kata. Oleh sebab tatabahasa merangkumi dua bidang. Jadi sistem lebih menekankan kepada aturan atau kaedah-kaedahnya. Prosedur penemuan ini dikenali sebagai morfemik. Untuk itu. maka pendekatan struktural mencadangkan maksud morfologi itu diketahui terlebih dahulu. Oleh sebab itu konsep tentang binaan kata daripada kata perlulah jelas. kita mengenali dulu dua istilah penting dalam aliran struktural. boleh rujuk kepada sub-topik di bawah iaitu Analisis Konstituen Terdekat untuk mendapat pemahaman lebih lanjut. sama ada dalam persekitaran yang saling eksklusif atau dalam variasi bebas. yang bukan tersebar secara konstratif. Pada bahagian sintaksis pula ia lebih kepada analisis konstituen terdekat. Perbezaan antara kata read dan reads dalam bahasa Inggeris adalah minimal. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Morfem merupakan bentuk kelas yang mempunyai makna yang sama. morfologi dan sintaksis yang saling berkaitan.5. maka pengertian struktur dapat dibatasi sebagai bahagian-bahagian dari sesuatu barang atau hal yang lebih besar yang secara fungsional bertalian satu sama lain. struktur bermaksud suatu kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang secara fungsional bertalian antara satu sama lain. Sesetengah ahli bahasa menghuraikan morfem sebagai „unsur pola nahu terkecil yang berulang-ulang kejadiannya‟ dan meninggalkan „makna‟ terkeluar daripada definisi. Secara umum. Sistem boleh dianggap sinonim dengan pengertian struktur seperti yang dikemukakan di atas adalah perangkat kaedah-kaedah yang ditaati atau dituruti oleh penutur-penutur asli suatu bahasa tanpa disedari pada saat ia mempergunakan bahasa itu. Morfem hendaklah dikenal pasti sebagai unit terkecil yang mempunyai makna dalam bahasa. Alomorf merupakan salah satu daripada morfem. Jika dilihat dari sudut unsur pembentukan.5 Konsep-Konsep dan Kajian Tentang Tatabahasa Struktural Sebelum kita mengerti konsep asas tatabahasa struktural. Morfologi ialah bidang yang mengkaji unit-unit minimal yang bermakna.

Sekarang kita meneliti definisi konstituen terdekat yang dinyatakan oleh Abdullah Hassan (1980) bahawa merupakan unsur yang secara langsung mempunyai hubungan untuk mendirikan sesuatu konstruksi (binaan). Rulon Wells berusaha untuk memperbaiki alat yang digunakan oleh Bloomfield. Hubungan konstituen ini kebiasaannya dalam bahasa lisan ditandai dengan intonasi tertentu.5. Kita mencari konstituennya mengikut peringkat demi peringkat. iaitu konstituen terdekat (immediate constituents). Selain itu. tetapi juga menghuraikan apakah konstituen yang membentuk ujaran tersebut. Tugas analisis konstituen terdekat merupakan tugas yang bukan sahaja menghuraikan kejadian ujaran. Terdapat dua cara penentuan konstituen terdekat iaitu ciri penggantian dan ciri perluasan. Contoh analisis konstituen terdekat: Adik tidur awal malam tadi Bapa Alia makan bihun goreng ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . tujuan asas analisis konstituen terdekat ialah untuk menganalisis setiap ujaran dan setiap konstituen kepada urutan bebas yang maksimum. Tujuannya ialah untuk memberikan teori sistematis dan bersepadu tentang penentuan konstituen bagi setiap ujaran.5.1 Pengenalan Analisis Konstituen Terdekat Lebih satu dekad selepas terbitnya Language oleh Bloomfield.

Contohnya adalah seperti di bawah: Budak lelaki itu membunuh ular kapak. dan pembahagian ini menunjukkan hierarki penstrukturan. Rujuk gambar rajah di atas. itu membunuh budak lelaki ular kapak Kesukaran memang timbul di mana-mana dalam analisis tatabahasa. analisis konstituen dapat dianggap pendekatan yang berguna dalam usaha menghuraikan bagaimana morfem-morfem dan kata saling berhubungan antara satu dengan yang lainnya dalam pengucapan. Pembahagian binari seperti ini berlaku dengan jayanya pada semua aras. Dalam usaha mencari dan menentukan struktur unit-unit linguistik iaitu ayat atau kata. Seluruh pengucapan dapat digambarajahkan menggunakan analisis jenis ini. tetapi ia hanya suatu prosedur untuk mencari dan menentukan unit-unit. kita dapat membahagikannya kepada dua komponen bergantung pada darjah penggugusan. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .Bapa Alia Bapa Alia Saya Saya makan makan makan minum bihun goreng laksa laksa Ciri Penggantian dan Ciri Perluasan Adalah jelas bahawa jenis tatabahasa ini bukan sahaja bermaksud pengeluaran ayat-ayat. Walaupun demikian. gambar rajah yang terhasil nanti dipanggil pohon konstituen.

manakala predikatnya dapat dipecahkan kepada konstituenkonstituen mendengar lagu dan sedang. Di bawah merupakan satu cara menganalisis ayat menggunakan konstituen terdekat dengan pemaparan bahasa Melayu sebagai datanya. 5. pemecahan ayat di atas kepada konstituen-konstituen dan hubungan antara konstituen-konstituen itu dapat digambarkan seperti yang berikut: [Budak itu] Budak itu [sedang mendengar lagu] sedang mendengar lagu ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Dalam ayat ini. yang dikenali juga sebagai frasa subjek dan frasa predikat. Konstituen mendengar lagu pula dapat dipecahkan kepada mendengar dan lagu. Dua daripada konstituen terbesar dalam sesuatu ayat ialah konstituen subjek dan konstituen predikat. Binaan sesuatu ayat dapat dilihat sebagai terdiri daripada konstituen-konstituen kecil ini yang kemudiannya bergabung untuk membentuk konstituen-konstituen yang lebih besar. Perhatikan ayat berikut: Budak itu sedang mendengar lagu.5. Subjek dan predikat ini pula dapat dipecahpecahkan kepada konstituen-konstituen yang lebih kecil iaitu perkataan-perkataan.1 Analisis Konstituen Terdekat Ayat terdiri daripada konstituen-konstituen.1. dua konstituen terbesar iaitu budak itu (subjek ayat) dan sedang mendengar lagu (predikat ayat).Rumusannya. Subjek ayat dapat dipecahkan kepada dua konstituen kecil iaitu budak dan itu. teknik analisis konstituen didapati banyak gunanya dari aspek menunjukkan kepada kita betapa struktur sesuatu ayat boleh diwakili sebagai jajaran binaan mengikut tatatingkat berdasarkan pembahagian kepada dua (binari). Secara grafik.

Analisis ayat seperti ini. Analisis konstituen terdekat boleh dibuat pada peringkat frasa dan juga ayat. Beberapa contoh: Peringkat Frasa guru sekolah rendah belum membaca buku masih kecil pada waktu itu dari pusat sumber sekolah ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . iaitu yang melihat hubungan antara konstituen-konstituennya disebut analisis konstituen terdekat.

Peringkat Ayat Kami guru dari institut pendidikan. tatabahasa transformasi generatif cuba mengatasi dengan menggunakan rajah pohon melalui penggunaan rumus. Namun bukan semua masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh teknik analisis konstituen terdekat. tetapi peranan intuisi seharusnya dielakkan agar tidak terlibat atau terkait dalam analisis. Kita akan menyelusuri penggunaan teknik analisis rajah pohon dalam Bab 6: Tatabahasa Transformasi Generatif untuk melihat perbezaan cara menganalisis ayat. Rumah di atas bukit itu rumah Puan Nadia. Disebabkan hal sedemikian. Sebenarnya teknik analisis ini mempunyai beberapa kelemahan yang menimbulkan masalah. Pintu depan asrama sekolah masih tertutup. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Masalahnya adalah berkaitan dengan semantik.

memang jelas aliran struktural mendapat pengaruh yang mendalam seperti wujudnya pelbagai mazhab. Kajian ini lebih bersifat ilmiah dan empiris dengan fakta-fakta yang penting dan jitu untuk dijadikan bahan kajian. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .20. Tradisi ini berkembang dan mempengaruhi kegiatan kebahasaan seluruh dunia. Formal pula diertikan sebagai semua keputusan dibuat berdasarkan bukti-bukti empirikal berasaskan sains.5. Sarjanasarjana lampau seperti Plato. Aliran ini diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure sebagai Bapa Linguistik Moden. Ahli-ahli bahasa terdahulu meninggalkan aspek-aspek sejarah bahasa dan penyelidikan bersifat diakronik lalu menumpukan terhadap aspekaspek sinkronik bahasa. Pendekatan yang bersifat sinkronik serta pegangan yang membezakan langue dan parole menghasilkan aliran ini. penyelidikan terhadap bahasa Yunani dan Romawi menimbulkan konsep preskriptif iaitu tradisi yang menekankan aspek penggunaan bahasa yang „betul sahaja‟. Aspek penting dalam strukturalisme ialah sosial dan formal. Jika diteliti kepada perkembangan linguistik. Sebenarnya istilah strukturalisme mendukung maksud pendekatan analisis bahasa yang memberikan perhatian yang eksplisit dan khusus kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dan sistem. Dengan sosial dimaksudkan tujuan utama pendekatan ini yang digunakan bagi menghuraikan bagaimana bahasa itu benar-benar digunakan oleh penuturnya. maka pendekatan dalam bidang ilmu bahasa condong ke arah menganalisis bahasa dari segi sejarah yang selaras. normatif dan tradisional. Justeru itu lahirlah pelbagai kajian terhadap tatabahasa dengan mengambil kira pendekatan berupa notion. Bahasa pada dahulu kala menjadi bahan kajian sejak zaman berzaman. Dalam bidang tatabahasa. Pendekatan struktural berupa pendekatan sejarah (diakronik) yang disebabkan pengaruh bidang fizik mekanistik dan teori evolusi biologi. Stoic dan Aristotle sering membincangkan asal usul dan sifat-sifat bahasa. Tradisi ini berlanjutan hingga ke abad 19 .6 Rumusan Tatabahasa Struktural Tatabahasa Struktural juga dikenali sebagai aliran deskriptif.

Aliran tatabahasa transformasi generatif juga pada permulaannya mendapat pengaruh struktural. namun disebabkan terdapat beberapa kelemahan mewujudkan teori baharu dalam mengatasi permasalahan ini. Secara umumnya. Melalui aliran struktural inilah pelbagai pendekatan muncul dalam memerikan tatabahasa antaranya formal. tagmemik. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .Jadi kemunculan teori struktural adalah untuk mengatasi atau memberi jawapan kepada persoalan-persoalan atau kelemahan-kelemahan yang tidak dapat di atasi atau terjawab oleh aliran tradisional. glosematik. struktur. Hal ini berbeza dengan tatabahasa tradisional yang mementingkan preskriptif. Tatabahasa Transformasi Generatif kita akan teliti pada bab seterusnya. stratifikasi dan pelbagai lagi. kasus. Perubahan kajian menunjukkan betapa pegangan tradisional memperlihat kelemahan yang besar justeru aliran ini berusaha untuk membaiki dan memaparkan bahan data secara empirikal. skala – kategori. pendekatan utama tatabahasa struktural ialah deskriptif iaitu penghuraian segala kemungkinan yang berlaku dalam sesuatu bahasa. perubahan mendadak kajian bahasa yang selama ini berkisar terhadap sinkronik dilihat beralih kepada diakronik. Di samping itu. tingkatan. Perbezaan pendekatan inilah mewujudkan aliran struktural pada abad ke-19. sistemik – fungsional.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

III. 6. II.1 Definisi Tatabahasa Transformasi Generatif Menurut Chomsky (1965). Tatabahasa Transformasi Generatif diasaskan oleh Noam Chomsky yang menganggap nahu sebagai „a device of some sort for producing the sentences of the language under analysis’. nahu dibahagikan kepada tiga komponen. TG mendapat sambutan dan seterusnya menjadi popular di kalangan para linguis seantero dunia. iaitu: I. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan korpus-korpus dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baru dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya. Ini dapat dilihat dengan perkembangan disiplin Fonologi Generatif. Teori ini terkenal kerana kelainan yang diperlihatkan iaitu penggunaan rumus semacam rumus matematik. sintaksis semantik fonologi ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Dalam teori standard TG seperti yang terdapat dalam Aspects.BAB 6 TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF (TTG) Teori Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun 1957 oleh Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk Syntactic Structures. Lapan tahun kemudian terbit pula buku berjudul Aspects of the Theory of Syntax iaitu buku yang telah menghuraikan nahu transformasi dengan eksplisit dan formal. Semantik Generatif dan sebagainya. nahu terdiri daripada seperangkat (set) rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. iaitu menganalisis bahasa (ayat-ayat) secara generatif dengan penggunaan simbol-simbol untuk membentuk tatabahasa setepat mungkin bagi menerbitkan ayat-ayat yang bersesuaian sebanyak mungkin.

malah pengaruhnya telah menular ke negara-negara Eropah. Abdullah Hassan. Buku yang dilahirkan dalam tahun 1957 ini merupakan hasil kajian beliau yang penting dan dalamnya terdapat garis-garis pendekatan Tatabahasa Transformasi Generatif. Teori Kontrol dan sebagainya. Chomsky dan rakan-rakannya memperkenal aliran tatabahasa ini di kalangan ahli-ahli bahasa dan pelajar-pelajar bahasa. Tatabahasa transformasi mula-mula diperkenalkan oleh Noam Chomsky melalui disertasinya untuk mendapat gelaran doktor falsafah dalam bidang bahasa berjudul Transformal Analysis.2 Sejarah Perkembangan Tatabahasa Transformasi Generatif Sebelum tahun 1957. Teori Kasus. Tatabahasa ini tidak terhenti di negara-negara Eropah tetapi telah menular juga ke Asia Tenggara. Chomsky memperluas perbincangannya melalui buku Aspect of the Theory of Syntax dan kemudian membicarakannya sekali lagi dalam buku berjudul Language and Mind pada tahun 1968.6. pengaruh tatabahasa ini jelas kelihatan dalam buku Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu yang ditulis oleh Lufti Abas pada tahun 1971. Dua tahun kemudian. Amerika. Aliran struktural yang dipelopori oleh Ferdinand de Saussure dan L. Dalam tahun 1965. Oleh sebab terdapat pelbagai kelemahan dalam aliran ini. Teori Theta. Dan sekarang jelas menunjukkan TTG mendapat tempat kerana pengaruhnya masih kuat dengan pelbagai pembaharuan terhadap teori-teori TG misalnya Teori Kuasaan dan Tambatan. Itulah serba sedikit permulaan TTG menular ke Malaysia. Di negara kita. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . penganalisisan tatabahasa yang terkenal adalah melalui aliran tradisional yang berbentuk notion dan aliran struktural yang berbentuk formal. Aliran ini bukan sahaja berkembang di Amerika. dalam bukunya Linguistik Am (1980) ada menerangkan sedikit sebanyak tentang konsep-konsep tatabahasa ini dan juga menghuraikan dengan jelas komponen-komponen nahu transformasi. maka timbullah kesedaran untuk memperbaikinya. Bloomfield dengan mendasarkan konsep konstituen terdekat. beliau telah melahirkan bukunya Syntatic Structure. Hasil penulisannya telah diterima oleh rakan-rakannya di Institut Technology Massachussetts (MIT).

Siegel (1974). (1991) – Tatabahasa Dewan Mashudi Kader (1981) – The Syntax of Malay Interrogatives Nik Safiah Karim (1978) – Bahasa Malaysia Syntax Ramli Hj.2.1. Halle (1973). Allen (1978) dan lainlain.2 Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif Melayu Era Tahun 1970 .1 Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif 6.Aspect of the Theory of Syntax Jackendoff (1971).6. Salleh (1995) – Sintaksis Bahasa Melayu: Penerapan Teori Kuasaan dan Tambatan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .2009 Antara buku tatabahasa aliran TG di Malaysia ialah: Lufti Abas (1971) – Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu Abdullah Hassan (1980) – Linguistik Am Nik Safiah Karim et al.1. Aronoff (1976).2.2.1 Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif Barat Noam Chomsky. 6.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Farid M Onn. Daftar Isi Bahagian І Sejarah dan Variasi Bahasa Bab 1 Sejarah Ringkas Bahasa Melayu Bab 2 Variasi Bahasa Melayu Bahagian ІІ Bab Bab Bab Bab Bab Bab Bab Bab 3 4 5 6 7 8 9 10 - Morfologi Morfologi:Satu Pengenalan Pembentukan Kata Golongan Kata Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas Pembentukan Perkataan Baharu Bahagian ІІІ Bab Bab Bab Bab Bab Bab Bab Bab Bab 11 12 13 14 15 16 17 18 19 - Sintaksis Sintaksis: Satu Pengenalan Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama Ayat Ayat Tunggal Ayat Majmuk Proses Penerbitan Ayat ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Abdul Hamid Mahmood. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. (2008).Contoh Tatabahasa Transformasi Generatif Nik Safiah Karim. Hashim Hj Musa.

Rumusannya. Antara lain ialah penggunaan bahasa pada tahap struktur permukaan dan struktur dalaman. nahu ini melibatkan dua aspek bahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Tatabahasa ini dilihat bersifat aliran transformasi generatif. nahu ini dikatakan bersifat preskriptif terhadap struktur pasif dan pengimbuhan perkataan pinjaman. Onn di Universiti of Illinois pada tahun 1976. bukti penerimaan penuh terhadap aliran ini justeru golongan ini secara terang-terangan menolak cara atau kaedah pegangan aliran lain. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Farid M. Misalnya kata adverba hanya dimasukkan atas pelabelan Kamus Dewan sahaja. Di samping itu. Amerika pada tahun 1975. Berdasarkan aliran linguistik transformasi generatif yang bermula di Amerika. Ini terbukti Nik Safiah Karim mendapat Ijazah Kedoktoran di Universiti Ohio.Rumusan: Berdasarkan tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan penting terhadap prasarana pendidikan di Malaysia khususnya merangkumi sekolah rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi.

3 Komponen Yang Membentuk Struktur Dalam Transformasi Generatif Representasi Semantik Komponen Semantik Rumus Struktur Frasa (RSF) STRUKTUR DALAMAN Leksikon atau kamus Rumus Transformasi STRUKTUR PERMUKAAN Komponen Fonologi Representasi Fonetik Tatabahasa Model Generatif ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .6.

Kecekapan dapatlah diertikan sebagai satu sistem rumus-rumus dalam otak yang mampu menerbitkan kalimat-kalimat yang tidak terbatas jumlahnya.4. Sistem rumus-rumus inilah juga yang merupakan inti TTG. gramatis dan transformasional. Kecekapan ini ditafsirkan sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya eksplisit yang dengannya penutur asli berkemampuan membentuk serta memahami pelbagai ayat dalam bahasanya.1 Kecekapan dan Perlakuan Berbahasa Menurut teori ini. Jadi. 6. iaitu apa yang diterbitkan dan apa yang difahami. Kita akan mengkaji kedua-dua konsep penting di bawah ini. tiap-tiap penutur dan pendengar itu mempunyai dua bahagian bahasa. Kecekapan ini (tatabahasa) berada di dalam otak sedangkan perlakuan boleh dilihat di luar otak dalam bentuk penerbitan dan pemahaman. khususnya dalam bentuk ayat. oleh itu saya hanya mengambil konsep yang utama sahaja dalam menerangkan TTG ini. kecekapan ini penting sebagai asas untuk menghasilkan ujaran atau penggunaan bahasa. Perlakuan (performance) pula berlaku pada dua medan iaitu medan Wernicke dan medan Broca untuk proses penerbitan. yang ada pada setiap penutur asli sesuatu bahasa. iaitu kecekapan dan perlakuan. pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada pengetahuan penutur asli yang memungkinkan membentuk serta memahami ayat-ayat. Terdapat dua konsep utama yang diambil kira iaitu kemampuan dan perlakuan berbahasa dan struktur dalaman dan struktur permukaan.6. eksplisit. kreatif. Kecekapan merupakan pengetahuan penutur mengenai bahasanya dan pengetahuan ini terdiri daripada satu sistem rumus-rumus. Menurut Chomsky (1957). ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .4 Konsep-Konsep dan Kajian Tentang Transformasi Generatif Ada beberapa istilah yang menyatakan konsep-konsep asas TTG iaitu generatif. Pengetahuan ini dikenali sebagai kecekapan berbahasa. Perkara ini tidak akan dibincangkan kerana ia memerlukan satu huraian yang terperinci.

Performance (perlakuan).Oleh itu. diingatkan kembali dua istilah penting dalam nahu ini ialah: Competence (kecekapan atau pengetahuan). ahli-ahli nahu ini cuba melihat tingkat pengetahuan bahasa seseorang melalui kebolehannya menggunakan bahasa tersebut. Skema Kecekapan dan Perlakuan (sumber: Simanjuntak. Rumusannya. iaitu ilmu atau pengetahuan bahasa yang implicit yang ada pada seseorang. iaitu prestasi seseorang dalam menggunakan bahasa yang diketahuinya pada keadaan yang sesuai dan tepat. 1988b) Kecekapan Perlakuan Teori Kecekapan (TG) Organisasi intelek rohani Prinsip-prinsip dasar Pemerolehan Bahasa (jagat-jagat linguistik) (tatabahasa sejagat) Unsur-unsur bahasa dan rumus-rumusnya ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

maka akan berlaku pula ayat-ayat yang bersifat parafrasa. Apabila terdapat suatu ayat daripada jenis struktur permukaan yang berasal daripada dua struktur dalaman atau lebih. teori TTG mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Pada peringkat struktur dalaman. dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur. bernama Noam Chomsky.6. lihatlah contoh di bawah: Ayat Dasar (struktur dalaman) Encik Ali guru.4. Apabila terdapat dua jenis ayat permukaan yang berasal daripada hanya satu struktur dalaman. jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat hingga membawa kepada peringkat permukaan. maka akan wujud keadaan ketaksaan ayat. atau dengan kata lain. peringkat struktur permukaan. iaitu struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat. membentuk semantik ayat. Sebagaimana yang dinyatakan. yang dinamai komponen fonologi. Untuk memudahkan kefahaman kita terhadap kedua-dua struktur ini. Pertama. Beliau mengemukakan suatu teori bahasa yang baharu yang dikenali sebagai teori tatabahasa transformasi-generatif setelah beliau tidak berpuas hati dengan tatabahasa struktral. Kedua. Teori TG mengandaikan bahawa kedua-dua rumus nahu ini sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu.2 Struktur Dalaman dan Struktur Permukaan Konsep kewujudan dua peringkat struktur ayat ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1957 oleh seorang ahli bahasa Amerika. iaitu struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan (transformasi) daripada struktur dalamannya. dan yang diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa.

Ini meliputi representasi fonetik. Struktur permukaan terhasil apabila kita mengujarkan sebutan untuk ayat berkenaan. Jika penguasaan terhadap perkara ini diremehkan.Ayat Transformasi (struktur permukaan) Encik Ali bukan guru. kita perlu menguasai konsep ayat dasar dan ayat terbitan kerana perkara ini membolehkan ayat digeneratif secara gramatis. Itulah sebab mengapa TTG diperlukan kerana melalui ayat dasar kita dapat menerbitkan pelbagai ayat. ayat tanya. ayat penegas dan seumpamanya. Contoh yang jelas apabila penutur asing cuba menggunakan bahasa Melayu ketika berbicara dengan bangsa Melayu. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . justeru akan menjejas atau menjadi bahasa itu kacau-bilau keadaannya. Ayat transformasi terdiri daripada pelbagai bentuk misalnya ayat penyata. Guru itu Encik Ali. Encik Alikah guru? Siapakah Encik Ali? Encik Ali ialah guru di Sekolah Menengah Ismail Petra. Untuk pemahaman lebih lanjut.

4. Rumus struktur frasa dalam bahasa Melayu secara ringkas boleh mengandungi unsur-unsur berikut: (1) A (2) S (3) P S+P FN FN FK FA FS (4) FN (BiL) + (Penj Bil) + (Gel) + KNInt + <KNInt> + (Pen) + (Pent) (5) FK (KB)+ KKtr + {Obj / AKomp} KKttr + {Pel / AKomp} + (Ket) (6) FA (KB) + (KPeng)+ Adj + (Ket) + (AKomp) (7) FS (KB) + SN + (KNArah) +FN +{ (AKomp) / (Ket)} ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . objek. dan sebagainya) antara berbagai-bagai bentuk kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar.4.6. rumus-rumus ini berfungsi untuk melahirkan rajah-rajah pohon yang menunjukkan hubungan gramatis (subjek.1 Rumus Struktur Frasa Rumus struktur frasa terletak pada komponen dasar untuk menghasilkan deskripsi struktur yang seterusnya menghasilkan bentuk ayat dasar atau ayat inti.3. Dengan kata lain. predikat.3 Rumus Sintaksis Rumus Sintaksis terbahagi kepada dua iaitu: Rumus Struktur Frasa Rumus Transformasi 6.

A S P FN₁ FK (Pent) KN (KB) KK KKtr FN₂ KN (Pent) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . A S P FN FN (2). seperti yang berikut: (1).Rumus-rumus struktur frasa di atas boleh melahirkan rajah-rajah pohon.

Rumus-rumus transformasi itu berkuasa untuk menggugurkan unsur kata.Rajah pohon di atas kemudian mengalami suatu proses yang disebut penyisipan leksikon untuk menjadikannya seperti yang berikut: A S P FN₁ FK (Pent) KN KK KKtr Si Abu KN menonton FN₂ (Pent) cerita itu Yang terbentuk ialah satu representasi sintaksis atau ayat yang merupakan struktur dalaman. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa seperti yang di atas kemudian akan menjadi input kepada komponen yang mengandungi rumus transformasi. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Bentuk itu dianggap struktur “dalaman” oleh sebab tidak serupa dengan bentuk ayat permukaan atau ayat yang sebenarnya dituturkan atau ditulis. menambah unsur kata dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata.

penyusunan semula atau perluasan. penyusunan semula dan peluasan.4. Di bawah ini merupakan tiga proses transformasi iaitu proses pengguguran.3.2 Rumus Transformasi Kita meneliti dahulu konsep ayat terbitan yang berkait dengan rumus transformasi ini. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Dalam bahasa Melayu penerbitan ayat ini dapat dilakukan proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran. Kita teliti satu persatu proses demikian untuk mendapat kefahaman serba-sedikit mengenai rumus transformasi. Proses transformasi melibatkan proses pengguguran.6. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa menjadi input kepada rumus transformasi menukar pola atau struktur ayat membawa kepada struktur permukaan. penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman. Struktur permukaan ditafsir oleh bahagian bunyi bahasa atau kompenan fonologi. Penerbitan ayat bermaksud hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa. Oleh itu dapat diringkaskan bahawa: RUMUS TRANSFORMASI Berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.

1.4.3.3.3. 6.2. 6.1 Proses Pengguguran Proses transformasi pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu dalam binaan ayat pada peringkat struktur permukaan.2 Pengguguran Frasa Predikat A A A a) S P KH S P FN FK FN FK Hakimah sudah bertunang dan Najib sudah bertunang Transformasi pengguguran frasa predikat frasa kerja yang sama ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .4.6.1. b) Jemput masuk.2.4.1 Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek b) A A a) S P Transformasi S P FN FK pengguguran FN FK Roslan jemput masuk Ø jemput masuk a) Roslan jemput masuk.2.

b) Zila dan Dila sangat rajin. Dila sangat rajin. ii) Predikat frasa adjektif a) Zila sangat rajin. Pengguguran frasa predikat lain: i) Predikat frasa nama a) Janah pemain hoki. Seluar Mimi di ampaian b) Baju Nadia dan seluar Mimi di ampaian.b) A A A S P KH S P FN FK FN FK Hakimah Ø dan Najib sudah bertunang Ayat yang terhasil adalah seperti berikut: Hakimah dan Najib sudah bertunang. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Farhana pemain hoki. b) Janah dan Farhana pemain hoki. iii) Predikat frasa sendi nama a) Baju Nadia di ampaian.

4.3.1.3 Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif A S P a) FN A1 sahabat saya gadis itu berbaju hitam gadis itu b) S A P FN Rel sahabat saya Ø yang berbaju hitam 6.3.4 Pengguguran Kata Nama yang berfungsi sebagai Inti dalam Frasa Nama.4.2.1.2.6. a) S A P FN FK KN Inti kegiatan Pen bersenam boleh menyihatkan badan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

b) S A P FN FK KN Inti Ø Pen bersenam boleh menyihatkan badan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

2. Hal ini mengakibatkan perubahan atau pengguguran kata-kata tertentu dan penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan tanpa mengubah makna ayat.2.1 Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Subjek A S P a) FN FK Izyan KK FN meN- jual batik Terengganu transformasi pasif b) S A P FN FK Batik Terengganu itu KK FN di- jual oleh Izyan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . 6.2 Proses Penyusunan Semula Proses penyusunan semula mengubah susunan bentuk perkataan dalam ayat asal dan diterbitkan satu struktur ayat gramatis yang baru.4.6.2.3.4.3.

4.2.4.6.2.3.2. syarat dan seumpamanya boleh disongsangkan apabila keterangan itu hendak difokuskan a) Reha bertolak ke Sungai Petani semalam.2 Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Objek A S P a) FN1 FK Priscilla KK FN2 FN3 menghadiahi Nurul seutas rantai transformasi susun semula b) S A P FN1 FK Priscilla KK menghadiahkan FN2 FS seutas rantai KS FN3 kepada Nurul 6.3 Penyusunan Semula melalui Ayat Songsang Ayat yang mengandungi keterangan tempat. c) Bertolak Reha ke Sungai Petani semalam. b) Semalam Reha bertolak ke Sungai Petani. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . masa.3.2.

3.4. 6.6.2.3.2.4.3 Proses Peluasan Proses peluasan melibatkan penambahan unsur-unsur dalam ayat baru. Unsur-unsur ini boleh terdiri daripada frasa nama dan penggunaan kata hubung.3.1 Peluasan Frasa Nama sebagai Subjek A S P a) FN A1 kekasih saya S FN P FA gadis itu gadis itu cantik transformasi relativisasi b) S A P FN FN gadis yang cantik itu kekasih saya ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

4.2 Peluasan Frasa Predikat a) S A P FN1 KN Hafiz KK membelai FK FN2 FN A2 kucing itu kucing itu comel transformasi relativisasi b) S A P FN1 FK FN2 KN KK Hafiz membelai kucing yang comel itu ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .2.6.3.3.

3.3.2.3 Peluasan dengan Kata Hubung Penggabungan ayat yang mempunyai konstituen yang sama dengan kata hubung a) Farah pergi ke pasar b) Farah membeli ikan = Farah pergi ke pasar untuk membeli ikan. Penerangan rumus transformasi diterangkan dalam bahagian bab 10 dalam sub-tajuk ayat terbitan. = Nabil memberitahu kami bahawa jamuan hari raya ditangguhkan.2.4 Peluasan melalui proses komplementasi a) Nabil memberitahu kami b) Jamuan hari raya ditangguhkan. Buku yang sesuai untuk merujuk proses rumus transformasi ialah Tatabahasa Dewan dan Linguistik Am. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . 6.4.3. Itulah beberapa contoh proses transformasi yang diterangkan secara kasar tanpa huraian.4.6.3.

5 Analisis Rajah Pohon Maklumat yang disampaikan melalui analisis konstituen terdekat yang digunakan dalam tatabahasa struktural dapat juga disampaikan melalui analisis rajah pohon. yang mempunyai dahan dan ranting. yang merupakan unsur-unsur atau konstituen dalam ayat. Berikut ialah beberapa singkatan bagi nama-nama frasa dan perkataan yang digunakan dalam analisis: A S P FN FK FA FS KN = = = = = = = = ayat subjek predikat frasa nama frasa kerja frasa adjektif frasa sendi nama kata nama KK KA KS KB = = = = kata kerja kata adjektif kata sendi nama kata bantu kata penentu kata ganti nama kata arah kata penguat KPen = KGn = KAr KP = = ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . iaitu subjek dan predikat. Rajah pohon menggambarkan ayat sebagai sebuah pohon dengan dua cabang utama. iaitu sama ada jenis frasa atau golongan kata tertentu. Konstituen-konstituen dalam sesebuah rajah pohon dikenali melalui binaan masing-masing.6.

Contohnya: Budak itu sedang mendengar lagu. A S P FN FN KN KGn KN KN Ayah saya pegawai polis ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .Dengan menggunakan konsep pohon dan singkatan-singkatan lambang di atas. berikut ialah analisis rajah pohon. A S P FN FK KN KPen KB KK KN Budak itu sedang mendengar lagu Ayah saya pegawai polis.

A S P FN FA KN FN KP KA KN KGn Adik rakan kami sangat malas ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . A S P FN FS KN KS KAr KN ibu dari dalam bilik Adik rakan kami sangat malas.Ibu dari dalam bilik.

Jadi kemunculan teori TG adalah untuk mengatasi atau memberi jawapan kepada persoalan-persoalan atau kelemahan-kelemahan yang tidak dapat diatasi atau terjawab oleh aliran struktural. Pembaharuan lain yang dibuat oleh Chomsky dengan menghasilkan satu teori yang dikira lebih baik daripada terdahulu dengan nama Government and Binding Theory (Teori Kuasaan dan Tambatan) pada tahun 1981. Namun pada tahun 1972. Teori ini lahir atau wujud hasil daripada usaha seorang pelajar linguistik yang bernama Noam Chomsky. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . iaitu alat pemerolehan bahasa atau LAD. Terakhir teori ini diperbaiki dengan nama The Minimalist Program pada tahun 1995. semantik. Oleh demikian. dan merangkumi faktorfaktor bukan linguistik untuk melengkapi komponen semantik yang terkenal dengan nama REST (Revised Extended Standard Theory). Asas Linguistik Tranformasi Generatif (Rasionalis/Mentalis) Bahasa yang hidup dicirikan oleh kreativiti dengan berasaskan rumus atau aturan. Rumus-rumus tatabahasa secara psikologi merupakan hakikat bahasa Manusia secara istimewa dilengkapi keupayaan mempelajari bahasa (APB. satu pembaharuan dibuat dengan menamakan Extended Standard Theory dan menjadi Revised Extended Standard Theory pada tahun 1975.6. fonologi. disusuli dengan Aspect of the Theory of Syntax (1965) yang mana Chomsky menyempurnakan teori mengenai sintaksis dengan menambah beberapa perubahan baharu. Buku ini merangkumi tujuan teori-teori linguistik dan dasar-dasar menilai sesuatu tatabahasa.6 Rumusan Tatabahasa Transformasi Generatif Teori TTG merupakan satu teori linguistik yang lengkap dan menyeluruh merangkumi semua komponen bahasa seperti sintaksis. dapat disimpulkan bahawa tatabahasa transformasi generatif asasnya ialah rasionalis dan mentalis. iaitu language acquition device) Bahasa yang hidup ialah bahasa yang dapat menjadi wadah untuk manusia berfikir. Kemudian. Teori ini diperkenalkan pada tahun 1957 melalui buku yang berjudul Syntactic Structures yang juga dikenali „Tatabahasa Transformasi Klasik‟.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Morfem terbahagi kepada dua kumpulan iaitu morfem bebas dan morfem terikat. kita dapat melihat kata dari segi unsur-unsur yang membentuknya. didik.BAB 7 PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU 7. Morfem bersifat abstrak yang tidak boleh didengar atau diujarkan. aliran tagmemik untuk Abdullah Hassan dan aliran transformasi generatif bagi golongan Nik Safiah Karim. makna satu unit ialah didik. yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Kata ini terdiri daripada unit-unit yang lebih kecil iaitu pen. Terdapat pelbagai aliran yang cuba menghuraikan proses ini antaranya. Omar (2008). Bentuk didik ialah sebuah morfem bebas dan juga kata serta boleh berdiri sendiri. Sebenarnya morfem bebas ialah bentuk yang sama dengan kata. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.2 Bidang Morfologi meliputi aspek: Penggolongan Kata Proses Pembentukan Kata Bentuk Kata Terhasil ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Dua unit lagi iaitu pen dan kan adalah morfem terikat kerana tidak boleh berdiri sendiri. Dalam hal ini.1 Definisi Pembentukan Kata Apabila kita membicarakan mengenai pembentukan kata. kita perhatikan kata pendidikan. Daripada ketiga-tiga unit ini. kata ditakrifkan sebagai unit nahu yang merupakan unsur dalam frasa dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal. Kita menyoroti konsep kata berlandaskan aliran sistemik-fungsional sebagai permulaan untuk membincangkan pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu. 7. Menurut Asmah Hj. dan kan. proses morfologi yang dirasakan sesuai dari mana-mana aliran akan digunakan bagi menjelas pembentukan kata dalam bahasa Melayu. aliran sistemik-fungsional bagi Asmah Hj. Misalnya. Omar.

Tatabahasa Yunani kemudian disadur oleh tatabahasa Romawi. kata kerja. kata hubung dan kata seru) Sekarang kita membandingkan lima karya besar tatabahasa Melayu bermula dari karya W. Sebagai permulaannya. Namun demikian. Quirk dan S. Kata Adjektif dan Kata ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . namun dalam bahasa Melayu unsur tersebut tidak wujud. kata adverb) dan kumpulan B (kata article. Marsden (1812) yang mana beliau membahagikan perkataan kepada tiga golongan iaitu: Kata Namaan. R. Winstedt menulis buku tatabahasa The Malay Grammar (1927). Satu hal yang menarik mengenai karya beliau ialah tidak perlunya meniru golongan-golongan perkataan bahasa-bahasa Eropah seperti yang dibuat oleh Za‟ba. Omar lebih rinci dan menyeluruh. Ada juga pengaruh kajian Marsden terhadap kajian Asmah Hj. Winstedt sebenarnya banyak menyadur konsep-konsep golongan perkataan yang sudah wujud dalam bahasa Inggeris yang sebenarnya diserap daripada bahasa Yunani-Romawi. Winstedt membahagikan perkataan kepada dua golongan besar iaitu Golongan Major dan Golongan Minor. Usaha beliau seterusnya diperbaiki oleh Dionysius Thrax (100 SM) dalam buku berjudul Techne Gramatike (Kaedah Menggunakan Bahasa) yang menjadi batu asas kepada mendeskripsi tatabahasa semua bahasa Eropah selepas itu. kata ganti nama.7. Greenbaum (1973) membahagikan perkataan kepada dua iaitu kumpulan A (kata nama.3 Perbandingan Penggolongan Kata di Antara Para Sarjana Apabila kita melihat dan meneliti golongan perkataan bahasa Yunani dan Romawi. Kata Kerjaan dan Kata Partikel. Priscian (6 M) menggolongkan perkataan kepada 8 golongan dalam buku yang dikenali Institutiones Grammaticae (Asas Tatabahasa).O. Beliau membincangkan unsur kala dalam mendeskripsi kata kerja. Beliau menggolongkan perkataan kepada 8 golongan. kata sendi. R. Aristotle (384-322 SM) membahagikan perkataan kepada 10 golongan. Bagi golongan perkataan bahasa Inggeris. Omar namun ternyata kajian Asmah Hj.. kata adjektif. kajian Winstedt membuat satu persepsi jelas dan tepat terhadap golongan perkataan bahasa Melayu. maka sudah jelas bahawa golongan-golongan perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu banyak meminjam konsep yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana tersebut. kata tunjuk. Golongan Major terdiri daripada Kata Namaan.

Perkataan-perkataan tidak digolong berdasarkan semantik semata-mata tetapi melihat kepada fungsi tatatabahasa. Bertitik tolak dari itu. Za‟ba cuba mendeskripsi tatabahasa Melayu menggunakan pola acuan tradisional yakni gabungan tatabahasa Inggeris dengan Tatabahasa Arab. Bagi Golongan Minor terdapat enam sub-golongan iaitu Ganti nama. kata Sendi dan Kata Depan. Farid M. kata kerja dan kata adjektif. Sendi dan Seruan. Empat orang sarjana linguistik iaitu Nik Safiah Karim. Omar (1968) dilihat lebih saintifik berbanding usaha-usaha terdahulu. Tatabahasa Dewan merupakan tatabahasa pegangan. Satu golongan minor ialah kata tugas di mana terdapat satu penambahan kemasukan kata adverba sebagai keperluan pelabelan dalam Kamus Dewan. Abdul Hamid Mahmood dan Hashim Musa yang menyusun Tatabahasa Dewan (Ayat) pada 1986 dan (Perkataan) pada 1987. Kata Keterangan. Za‟ba menerbitkan Pelita Bahasa Melayu 1. Onn. Pada tahun 1947. Edisi seterusnya mencantumkan kedua-dua bahagian menjadi Tatabahasa Dewan (2004) dan kemudian disemak pada tahun 2005 bagi menghasilkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008). Angka. golongan perkataan ini diperlakukan dengan lebih terperinci dengan melakukan pelbagai semakan dan penambahbaikan. TD menggolongkan perkataan kepada empat golongan iaitu 3 golongan major yakni kata nama. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . beliau membahagikan perkataan Penggolongan perkataan oleh Asmah ternyata lebih terperinci dan meluas berbanding usaha Marsden. Suatu perkara menarik tentang golongan perkataan yang dibuat oleh Za‟ba ialah keasliannya dalam mencuba menghasilkan sesuatu yang betul-betul bercirikan bahasa Melayu dengan berdasarkan nahu Inggeris dan Arab. Winstedt dan Za‟ba. Di dalam buku Nahu Melayu Mutakhir (1993). Kajian yang dilakukan oleh Asmah Hj. Hal ini selaras dengan KPM dan IPTA yang sepakat menjadikan TD sebagai tatabahasa pegangan menggantikan Pelita Bahasa Melayu 1 yang sudah tidak relevan lagi dengan peredaran zaman. Malah golongan kata adjektif yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan dikatakan dimanfaatkan daripada Nahu Melayu Mutakhir.Kerjaan. beliau menghasilkan lima jenis atau golongan kata iaitu Nama. Sifat. Dengan pendekatan demikian. Beliau menggunakan istilah jenis perkataan untuk golongan perkataan. kata Hubung serta Kata Seru. Perbuatan.

Rumusannya, kajian atau deskripsi penggolongan kata yang dibuat dalam TD tidak banyak berbeza daripada persepsi Marsden (1812), Winstedt (1927) dan Asmah Hj Omar (1968). Malah dapat dikatakan golongan perkataan ini tidak lari daripada penggolongan perkataan yang dibuat oleh sarjana Yunani-Romawi namun hanya pendekatan kriteria sahaja yang membezakan penggolongan perkataan tersebut diaplikasi ke dalam bahasa Melayu.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

Penggolongan Perkataan

Zaman Greek

Zaman Romawi Thrax Priscian & Donatus Nama

Zaman Pertengahan Modistae

Zaman Perbaharuan Lyly & Jonson

Abad ke-18 hingga 20

Plato

Aristotle

Stoics

Lowth, Murray dan lain-lain Nama Kata Sifat Kata Ganti

Nama Nama Nama

Nama Kata Ganti Kata Sandang Partisip

Nama

Nama

Kata Sandang

Kata Ganti

Kata Ganti

Kata Ganti

Kata Sandang

Kata Kerja

Kata Kerja

(Participle) Kata Kerja

Partisip Kata Kerja Adverba Kata Depan Kata Penghubung Kata Seru

Partisip Kata Kerja Adverba Kata Depan Kata Penghubung Kata Seru

Partisip Kata Kerja Adverba Kata Depan Kata Penghubung Kata Seru

Partisip Kata Kerja Adverba Kata Depan Kata Penghubung Kata Seru

Kata Kerja

Tak dapat digolongkan ke dalam mana-mana golongan Kata Penghubung

Adverba Kata Depan Kata Penghubung

Sumber: Disesuaikan dari buku R.D. King, Historical Linguistics and Generative Grammar, Prentice Hall Inc. Englewood, 1969.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

Penggolongan Perkataan di Malaysia Mengikut Aliran Linguistik

Tradisional R.O. Winstedt

Struktural

Transformasi Generatif Nik Safiah Karim et. al.

Raja Ali Haji

W. Marsden

Za‟ba

Asmah Omar

Asraf

Abdullah Hassan

Kata Nama

Namaan Golongan Major

Nama

Nama

Kata Nama

Kata Nama

Kata Nama

Harf (Kata Partikel)

Partikel

Sifat Sendi Golongan Minor Seruan

Kata Tugas

Kata Adjektif Kata Sendi Kata Hubung

Kata Adjektif Kata Tugas

Kata Adjektif

Kata Tugas Kata Partikel Kata Kerja Kata Adverba Kata Kerja Perbuatan Kerjaan Kerjaan Perbuatan

Kata Kerja Kata Keterangan

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

mengubah golongan kata dan mencipta perkataan baharu. Morfem afiks atau imbuhan hanya terdiri daripada morfem terikat sahaja. sufiks (akhiran) dan infiks (sisipan) . Melalui proses ini.7. kata ganda. sisipan dan apitan. bentuk yang imbuhan digabungkan dengan bentuk perkataan lain akan menghasilkan proses pemajmukan. ada empat proses morfologi yang berlaku dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan. akan terhasil kata terbitan. kata majmuk dan kata akronim.4 Pembentukan Kata Bahasa Melayu Berdasarkan Abdullah Hassan (2006). Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. akhiran. Katamba (1993) secara umum menyatakan tiga jenis afiks (imbuhan) iaitu prefiks (awalan).4. Kata terbitan ini pula boleh terdiri daripada kata berimbuhan. morfem boleh dibahagikan kepada akar dan imbuhan. penggandaan. Dasar ini akan apabila mengalami proses pengimbuhan. Pengimbuhan juga satu proses menerbitkan kata dengan memberikan atau mencantumkan imbuhan dengan kata dasar. 7. Terdapat empat jenis imbuhan atau afiksasi dalam bahasa Melayu iaitu awalan. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .1 Proses Pengimbuhan Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) imbuhan dimaksudkan dengan unitunit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. pemajmukan dan pengakroniman. Berdasarkan Fromkin dan Rodman (1998). Imbuhan dalam bahasa Melayu mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata terbitan. Begitu juga yang terjadi bagi proses penggandaan dan pengakroniman. Seperti yang telah ditegaskan oleh Abdullah Hassan (2006). pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses imbuhan. Ditegaskan bahawa bentuk dasar boleh terdiri daripada satu kata akar atau kata terbitan. membentuk Proses ini dilakukan kepada bentuk dasar.

Kata Kerja meN-.1 : Pengimbuhan Sumber: Diubah suai daripada Ramli Md. ber-. memper-. -wan.. -el. -in.dan di-. Salleh (2007) dalam Linguistik Melayu. dan –ah.-an.. Kata Kerja -kan. ke. -man.-kan. per-... -er. -em. dan –in. be-. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Apitan Awal dan Akhir Kata Dasar pe-. Sisipan Sisipan di Tengah Perkataan. me-. -at. tata-. sub-. pra-.. dan –i. -wati. Akhiran Kata Nama -an. ter. ke-. dan te-. Kata Adjektif ter-. isme. se-.dan dwi-.-an dan sebagainya. maha-. pel-. bel-.Pengimbuhan Awalan Kata Nama peN-. eka. Rajah 7.

Awalan digunakan di awal atau pada posisi kata dasar seperti per-baik. kata kerja dan kata adjektif. dan lain-lain lagi. Katamba (1993) secara umum menyatakan tiga jenis afiks (imbuhan) iaitu prefiks (awalan). pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses imbuhan. akhiran. sufiks (akhiran) dan infiks (sisipan) .4. Seperti yang telah ditegaskan oleh Abdullah Hassan (2006). Alwi (1998) menyatakan bahawa prefiks merupakan imbuhan yang ditempatkan di bahagian hadapan kata dasar. Bentuk imbuhan awalan hanya boleh digunakan untuk kata nama. akan terhasil kata terbitan. Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Terdapat empat jenis imbuhan atau afiksasi dalam bahasa Melayu iaitu awalan. ber-buah. Morfem afiks atau imbuhan hanya terdiri daripada morfem terikat sahaja. me-lawan. mengubah golongan kata dan mencipta perkataan baharu. sisipan dan apitan. morfem boleh dibahagikan kepada akar dan imbuhan. Istilah ini berasal dari bahasa Latin praefixus yang bererti melekat (fixus) sebelum sesuatu (prae). 7. iaitu peN-.4. Contoh proses binaan awalan ialah: [ pe . Pengimbuhan juga satu proses menerbitkan kata dengan memberikan atau mencantumkan imbuhan dengan kata dasar. pe. Konklusinya. Melalui proses ini.1 Awalan Awalan juga dikenali sebagai prefiks. Ada tiga imbuhan awalan nama.1.dan ke-.1.7. Imbuhan dalam bahasa Melayu mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata terbitan. Berdasarkan Fromkin dan Rodman (1998).1.+ lawak] awalan dasar kata ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . awalan adalah imbuhan yang hanya berlaku pada posisi awal kata dasar sahaja.1 Pengimbuhan Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) imbuhan dimaksudkan dengan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.

prasejarah. berlaku apabila dicantumkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf vokal dan g. penghantar. maharaja. pembajak. penjaja. pengebom. menunjukkan pekerjaan. ukuran dan sesuatu yang abstrak. prasekolah. pekedai pembesar. pengkaji. tatasistem prakata. pemburu pencuri. h. alat. pengasuh pengecat. mahaguru tatabahasa. peladang. kekasih. dwifungsi. tatacara. pengurus. jururawat mahasiswa. ekawarna. ekafungsi dwibahasa. p. pembelot. pengetin ketua. f. sifat. kh. pentafsir penggali. pesawah. juruwang. jurubahasa. pendengar. tinggi. prauniversiti ekabahasa. teragung peraturan atau susunan sebelum menjadi syarat satu dua Contoh pekebun. dwikelas pen - peng penge ke - juru maha tata pra eka dwi- ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . pelaut. pentadbir. prasyarat. pembaca.Contohnya adalah seperti berikut: Awalan Kata Nama Bentuk pe pem Maksud orang atau benda yang melakukan perbuatan dan kerja berlaku apabila dicantumkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b. v. kekanda juruterbang. kekecualian orang atau benda menjadi tumpuan maksud dalam kata dasar maksud ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud kata dasar paling besar.

melompat. membilang mendaki. sufiks merujuk kepada afiks yang dibubuhkan pada akhir sebuah kata contoh ialah “-nya”. terminum diperoleh. melakukan perbuatan dan menyatakan keadaan melakukan sesuatu melakukan sesuatu kekecualian melakukan perbuatan dan menyatakan keadaan melakukan perbuatan dicantumkan dengan kata kerja transitif atau tak. Berdasarkan Wikipedia Indonesia. diperisteri. ng. terambil. y. t. berbuah. m. memperlebar. membesar. diperlambat Awalan Kata Adjektif Bentuk terse Maksud keadaan paling.mengkritik. n. dijadikan lebih atau bertambah Contoh melihat. mencuri. melombong mem men meng mengememper ber ter diper - membaca. terkurus sehodoh. mengkaji mengebom. melawat. Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. s.1. membawa.2 Akhiran Sufiks atau akhiran merupakan imbuhan yang digunakan pada bahagian belakang kata dasar. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . merawat. w.1. my. perbandingan keadaan yang sama Contoh terkecil. mencari. mendayung menghijau. r. k.4. Menurut Alwi (1998) istilah ini berasal dari bahasa Latin suffixus yang memberi makna melekat (fixus) di bawah (sub).Awalan Kata Kerja Bentuk me Maksud bermula dengan cantuman kata dasar l. mengecat. akhiran adalah imbuhan yang berada dibahagian belakang sesuatu kata dasar sahaja. Rumusannya. Manakala Abdullah Hassan (2006) menyebut akhiran adalah imbuhan yang berlaku pada posisi akhir kata dasar. mengetuk mempersuami. secantik. senipis. memperkotak-katik berlari. setebal 7. p. terbesar. tertinggi. berfikir termakan.

nasionalisme. patriotisme hadirin. buatkan. rahmati. ustazah Akhiran Kata Kerja Bentuk -kan -i Maksud menyebabkan jadi atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain memberi pengertian kausatif dan lokatif atau unsur tempat. budiman. seniman. muslimin hadirat. sifat pelaku sesuatu perbuatan pemilik sesuatu benda atau sifat pemilik sesuatu benda atau sifat daripada kalangan wanita kepercayaan pegangan kata nama lelaki kata nama perempuan kata nama perempuan Contoh pakaian. karyawan. sakiti Bagi memudahkan pemahaman tentang akhiran.Akhiran Kata Nama Bentuk -an -wan -man -wati -isme -in -at -ah Maksud menunjukkan hasil. peragawati komunisme. muslimat sultanah. pinjaman seniwati. pendidikan. kawasan. ukuran. jahitan. hartawan. jutawan. cantuman. gunakan duduki. Contoh kecilkan. banyak. mainan usahawan. olahragawati. di bawah merupakan rumus akhiran: [ buat + -an] dasar kata akhiran ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . angkasawan. alat.

pertanian Contoh kebesaran.. berlebihan. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . bersesuaian perjawatan..1. berjiranan.1. Oleh yang demikian...3 Apitan Abdullah Hassan (2006) menyatakan apitan adalah imbuhan yang berlaku serentak pada posisi awal dan akhir kata dasar. Apitan didapati wujud dalam kata nama terbitan. Hashim Musa (1993) mengaitkan apitan dengan lingkungan yang didefinisi sebagai formatif daripada jenis morfem terikat yang hadir di bahagian hadapan dan belakang kata dasar secara serentak atau melingkungi dasar kata.... Manakala Alwi (1998) menyatakan konfiks adalah gabungan prefiks dan sufiks yang membentuk kesatuan dan secara serentak diimbuhkan.an Maksud kekuningan....4..-an beR-. dapat dirumuskan bahawa apitan digunakan pada kedudukan awal dan akhir kata yang mana akan membentuk kesepaduan dalam kata yang diapit... kecinaan menunjukkan sesuatu keadaan atau sifat kata nama berhampiran. Apitan dapat disebut pula imbuhan kurungan yang diistilah sebagai konfiks. Apitan Kata Adjektif Bentuk ke-.an peR-.7. kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan. kenamaan. Rumus bagi apitan ialah: [ ke ...+ besar + -an] dasar kata lingkungan Contohnya. perindustrian.

menakluki....... pengintipan. pembalakan.. perniagaan.-kan me-.. penjadualan pengkhianatan.-kan men-.Apitan Kata Nama Bentuk pe-. proses.. berlandaskan....-kan mem-. mengekhaskan menjadikan sesuatu bertopengkan.... mengamati. Contoh pelarian. penantian.-an peng-. pengepaman perjanjian. menziarahi... penculikan.-i meng-..-an Maksud tempat atau kawasan yang khusus dan menunjukkan hal keadaan proses berkaitan dengan kata dasar proses berkaitan dengan kata dasar proses berkaitan dengan kata dasar proses berkaitan dengan kata dasar menunjukkan peristiwa. mensiasiakan membelikan....-i men-.. menghairahkan. memayungkan.. merasakan. berlanjutan.. mengikut maksud kata dasar berumahkan. persetujuan.-an pel-. sebab jadi meyakinkan mentakrifkan..kan ber-... mendampingi maksud asas sesuatu kata dasar memahami.. transitif berkembangan disahkan.-kan diarahkan menaiki. pemindahan pendapatan. perjuangan pelajaran...... kediaman.. pelayaran keputusan.-an per-... menjadikan.. menyalai...-kan ber-.......-i Contoh menafikan. pengolahan pengeboman. pewarisan pembunuhan. memvariasikan. kementerian Apitan Kata Kerja Bentuk me-...kan menge-..-an pen-.... keadaan dan keserupaan.. dilaporkan. kesatuan. bersulamkan menerbitkan kata kerja tak berguguran. melakukan perbuatan mengkhususkan mengesyorkan.. dicalonkan.-an pem-. mengekori ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 Maksud .. membasahi mengubati. menyebabkan jadi sesuatu memfatwakan dan menyebabkan orang lain mengusulkan....-an ke-.-an penge-.... tempat dan hasil proses berkaitan dengan kata dasar menunjukkan tempat. mengecamkan..-kan meng-. mempelopori..-an di-... menyertai menjauhi... bertolakan..... kebalikan me-.-i mem-..

.. sisipan merupakan satu imbuhan yang disisip ke dalam satu perkataan.4 Sisipan Alwi (1998) menyatakan infiks atau sisipan adalah imbuhan yang diselipkan di tengah kata dasar. dipertontonkan..di-. memperhambakan. diperhalusi mempersembahkan. Bagi rumus sisipan.-kan diper-. kekeliruan 7.. kata adjektif dan kata kerja. memperisterikan memperingati. figere) di dalam (in)...1. misalnya gilang yang mendapat sisipan akan membentuk perkataan gemilang.-i ke-.-i diper-.. ia dapat diperihalkan seperti: [k+ -el- +opak] sisipan kata dasar ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . keinggerisan.. disertai diperdengarkan. Mengikut pemahaman saya...kan memper-. mempersuami.. Menurut Wikipedia Indonesia.1. Infiks berasal daripada infixus yang dirujuk sebagai melekat (fixus.-i memper-. infiks terletak di tengah perkataan.-an disebabkan atau dijadikan makna khusus bagi sesuatu perbuatan menjadi lebih atau bertambah dan mendukung makna berbeza makna khusus bagi sesuatu perbuatan subjek ayat mengalami perbuatan diwarisi.. Berdasarkan penyataan Abdullah Hassan (2006) pula. diekori. memperhalusi kehilangan... dijauhi.. Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam kata nama... keislaman. diperlihatkan diperakui. sisipan adalah imbuhan yang lazimnya disisipkan selepas huruf pangkal kata dasar. dipersetujui.4.

kelabut. kerelip gemilang. gelegak. selerak. serabut Sisipan Kata Kerja Bentuk -el- Maksud sisipan daripada kata nama dan kata sifat Contoh jelajah. geletar Sisipan Kata Adjektif Bentuk -el-er-em-in- Maksud sisipan daripada kata dasar tertentu Contoh kelebak.Contoh sisipan bagi tugas kata utama: Sisipan Kata Nama Bentuk -el-er- Maksud maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar Contoh telunjuk. gelembung gerodak. kelengkeng keruping. cemerkap sinambung ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . jelujur. semerbak. seruling.

jika diteliti secara mendalam. Asraf (2007) berpendapat bahawa dua atau lebih daripada dua patah kata dasar digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya. proses pemajmukan adalah satu keadaan di mana pergabungan kata yang akan membawa konsep atau makna yang berlainan daripada makna asal.7. Omar (2008) dalam Nahu Kemas Kini menyatakan bahawa kata majmuk atau kata kompleks setara merupakan kata yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua morfem yang mempunyai taraf yang sama. Asmah Hj. istilah pemajmukan ialah proses penghasilan atau penciptaan sesuatu dengan memadukan dua atau beberapa unsur yang menghasilkan kesatuan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.2 Proses Pemajmukan Secara umumnya. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Arbak Othman (1984) dilihat menggunakan istilah berbeza bagi pemajmukan iaitu persenyawaan yang dimaksudkan satu cara bagaimana dua atau lebih perkataan (bentuk bebas) disenyawakan dalam satu binaan dengan mempunyai satu makna yang khas dan tertentu. Rumusannya.4.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Farid M.Pemajmukan Kelompok Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas Istilah Khusus Maksud Kiasan Dengan Kata Ganda Unsur Pertama Sahaja Seluruh Kata Majmuk Dengan Kata Imbuhan Menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja Menerima imbuhan apitan Rajah 7.2 : Pemajmukan Sumber: Diubah suai daripada Nik Safiah Karim. Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Onn.

setiausaha.1 Rangkai Kata Bebas Contohnya adat istiadat hijau tua Sahibul Samahah jam dinding darma siswa Profesor Emeritus 7.7. Namun demikian.1. jawatankuasa. peribadi. daripada.4.3 Mendukung Maksud Kiasan (Simpulan Bahasa) Contohnya kacang miang gatal mulut akal kancil intan baiduri nikah gantung hajat besar Di samping itu.2. Hal ini merujuk kepada bentuk yang telah mantap seperti antarabangsa.1. kakitangan. pesuruhjaya dan matahari. beritahu. warganegara. tandatangan.2.2 Istilah Khusus Contohnya segi empat pembesar suara jirim organik roda tenaga 7.1. kerjasama. terdapat beberapa kata majmuk yang dieja bercantum sebagai satu perkataan. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .2. bumiputera. kenapa dan lain-lain lagi. tanggungjawab.4. Misalnya apabila.2. olahraga. ada juga kata majmuk yang dieja bercantum tetapi ia bukan tergolong dalam kata majmuk bentuk mantap.4. sukarela. suruhanjaya.1 Kelompok Kata Majmuk Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) terdapat tiga jenis kelompok kata majmuk iaitu: 7.4. sukacita.

berdasarkan kelas. kata majmuk terbahagi kepada: kata nama majmuk cita rasa kata kerja majmuk datang bulan kata hubung majmuk apabila kata bilangan majmuk tiga perempat kata keterangan majmuk lambat laun kata tanya majmuk bagaimana kata adjektif majmuk gagah perkasa kata sendi majmuk daripada kata pemeri majmuk ialah Kata Majmuk dengan Penggandaan Apabila dikenakan penggandaan kepada kata majmuk. yakni menetapkan kelas kata dasar air (kata nama) + mata (kata nama) ---->air mata (kata nama) mengubah kelas kata dasar alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) ---->alim ulama (kata nama) Oleh demikian. terdapat dua kemungkinan yang berlaku iaitu: Penggandaan Unsur Pertama Sahaja Hal ini kerana ia bukan kata majmuk jati anak-anak tiri suku-suku kata surat-surat khabar kapal-kapal selam Penggandaan Seluruh Kata Majmuk Hal ini kerana ia kata majmuk jati setiausaha-setiausaha warganegara-warganegara jawatankuasa-jawatankuasa pesuruhjaya-pesuruhjaya ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .Sekarang kita melihat kepada tugas kata majmuk.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . pada asalnya kategori kata majmuk bukanlah kategori yang asli Melayu. Onn. Hal ini tidak menjejaskan proses pemajmukan kerana perbezaan pendapat memberi kekuatan kepada ahli bahasa untuk memantapkan lagi hasilan nahu atau tatabahasa pada masa akan datang melalui perspektif preskriptif atau deskriptif. terdapat dua keadaan yang berlaku iaitu: Menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja ejaannya tetap terpisah cita rasa daya serap bercita rasa daya serapan Menerima imbuhan apitan ejaannya menjadi bercantum ke bumi ke tengah dikebumikan diketengahkan Menurut Asmah Hj. Hashim Hj. Perbezaan ini mungkin disebabkan Asmah dilihat beraliran Struktural dan Sistemik manakala Nik Safiah lebih menjurus aliran Transformasi Generatif. Musa dan Abdul Hamid Mahmood yang menerima kategori kata majmuk. Farid M. Omar (1993) dalam buku Nahu Melayu Mutakhir. Kata ini timbul setelah kebiasaan terhadap tulisan Jawi yang menimbulkan kata grafemis atau kata ejaan yang boleh berdiri dari dua kata nahuan atau lebih. Ini berbeza dengan Nik Safiah Karim.Kata Majmuk dengan Pengimbuhan Apabila dikenakan imbuhan kepada kata majmuk.

Asmah Hj. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Proses Penggandaan Penggandaan Seluruh Kata Menyaling Suku Kata Pertama Kata Akar Suku Kata Akhir Berima Berimbuhan Rajah 7.7.3 Proses Penggandaan Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) penggandaan merujuk kepada proses yang menggandakan kata dasar. penggandaan berima dan penggandaan menyaling. Namun dalam buku berjudul Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu karya Asraf (2007) jelas menunjukkan sedikit kelainan dengan penambahan kata ganda bersajak dan kata ganda berimbuhan. penggandaan suku kata akhir. Omar (2008) dalam Nahu Kemas Kini.3 : Penggandaan Sumber: Diubah suai daripada Asmah Hj. saya akan menggunakan proses penggandaan yang diambil daripada Asmah Hj. penggandaan berentak atau penggandaan separa. Di sini. Melalui proses demikian. penggandaan kata akar. Omar (2008) berdasarkan Nahu Kemas Kini kerana perinciannya lebih baik pada pandangan saya. Omar (2008) berpendapat penggandaan dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis iaitu penggandaan seluruh kata. kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh. penggandaan suku kata pertama.4.

3.4.1.4. Proses ini berlaku untuk perkataan dalam semua golongan seperti kata nama.1 Penggandaan Berdasarkan Nahu Kemas Kini (2008) Dalam Nahu Kemas Kini (2008).4.1. kata-kata demikian adalah kata kompleks. 7. kata adjektif dan kata adverba. terdapat enam jenis penggandaan iaitu: 7. makan-makan. Ini bermakna bahawa <le-> setaraf dengan morfem terikat yang berfungsi sebagai awalan.2 Penggandaan Kata Akar Sebahagian besar kata gandaan jenis ini merupakan kata kerja. cantik-cantik. Contohnya.4. kata kerja.3.1. Misalnya: anak-anak. satu-satu dan sebagainya. Oleh itu. bermain-main. melambai-lambai.7.1 Penggandaan Seluruh Kata Kata-kata selapis atau satu fonem dari semua golongan kata boleh digandakan seluruhnya. Bagi kata polimorfemik iaitu kata terdiri daripada dua morfem atau kata kompleks hanya boleh digandakan pada kata nama sahaja seperti kementerian-kementerian dan makanan-makanan. dibelek-belek dan seumpamanya.3.3 Penggandaan Suku Kata Pertama / Gandaan Separa/ Dwipurwa Jika diperhatikan kata lelaki bandingkan dengan laki dan bentuk-bentuk yang serupa itu. dapat disimpulkan bahawa tiap-tiap satunya terdiri daripada Penambah + Kata Akar. Ini berdasarkan struktur fonologi kata gandaan: S₁ S₁ S₂ X S₂ Laki + = = = + ―> S₂ + X (misalnya lelaki) suku kata pengulang suku kata yang diulang suku kata lainnya X = kata akar (A) lalaki ―> lelaki ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . 7.3.

yakni e-pepet. Proses penggandaan dwipurwa yakni pengulangan suku kata pertama pada kata akar dengan atau tanpa perubahan dalam nilai bunyi vokal yang terdapat pada kata pengulang. Sebenarnya perkataan ini berasal daripada bahasa Sanskrit dan ditegaskan di sini.1. penggandaan separa juga berlaku terhadap kata kerja. Namun menurut perspektif Abdullah Hassan (2007). kata adverba dan kata adjektif. Misalnya lelari (kata kerja). bebuahan. ada penggantian <a> dengan <e>. Ia berfungsi sebagai penetap dan pengubah golongan.3. lelambat (kata adverba) dan memerah (kata adjektif). Jika kita tidak mengetahui asal-usul perkataan ini. suku kata pertama bagi kedua-duanya bukanlah awalan tetapi merupakan bahagian keseluruhan kata. Penggantian bunyi-bunyi ini menghasilkan kesan gerincingan atau juga rima di mana memberi ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . 7. 7. lelipan. lelangit. bebawang. pepijat. jejari. ia boleh mendapat akhiran –an seperti dedaunan. bebenang dan pelbagai lagi.Rumusannya. Perubahan pada kualiti vokal berlaku berasaskan peraturan fonotaktik bahasa Melayu yang tidak gemarkan adanya vokal selain e-pepet pada suku kata pertama pada kata-kata yang terdiri daripada tiga suku kata di samping mengutamakan keindahan bunyi yang dihasilkan. sudah tentu ramai yang beranggapan bahawa kedua-duanya merupakan hasil penggandaan kata akar yang mendapat awalan {per-} dan {se-}. kekura.1. tetapi pada masa yang sama berlaku juga penggantian salah satu konsonan atau vokal atau keduaduanya dalam salah satu suku kata pada unsur yang menggandakan itu. lelabu. sesiku.4.5 Penggandaan Berima / Berentak / Bersajak Penggandaan jenis ini berlaku seluruhnya pada unsur dasar. Justeru dapat dirumuskan bahawa penggandaan jenis ini terhasil apabila perkataan ini masuk ke dalam bahasa Melayu dan ia digunakan apabila sesuatu penegasan dalam ucapan diperlukan.4. Penggandaan jenis ini hanya berlaku pada golongan kata nama misalnya tetamu.3. Di samping itu.4 Penggandaan Suku Kata Akhir Hanya ada dua perkataan sahaja yang membuktikan adanya penggandaan jenis ini iaitu segala-gala dan pertama-tama.

kata kerja. gandaan ini lebih sesuai dikenal pasti sebagai gandaan dalam frasa disebabkan adanya {me-} pada unsur B membuktikan hakikat ini. Rumusannya. kata adjektif dan kata keterangan.3. Penggunaan tanda sempang tidak diperlukan kerana jika digunakan sempang ini menghasilkan kata yang sangat panjang. Misalnya dolakdalik. Kata Nama awan-gemawan sorak-sorai Kata Kerja bongkar-bangkir kumat-kamit Kata Adjektif serba-serbih compang-camping Kata Keterangan lintang-kedak serta-merta Di samping itu. 7. seterusnya mengalami persamaan bunyi di pangkal misalnya suku-sakat dan keadaan ketiga ialah persesuaian bunyi di tengah seperti beras-petas. makna yang timbul adalah „menyaling‟ atau „perbuatan menyaling‟. penggandaan bersajak berlaku pada kelas kata kata nama.1. Ia boleh berlaku dalam tiga keadaan yakni mengalami persamaan bunyi di hujung seperti hinggarbinggar. porak-peranda dan huru-hara.4. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Menurut Asraf (2007).keindahan bunyi atau euni. A karang sayang sebelah tutup kasih ―› B mengarang menyayangi menyebelah menutupi mengasihi Melalui penggandaan ini. terdapat contoh yang sukar ditentukan mana satu unsur dasarnya dan mana satu merupakan hasil daripada penggandaan. unsur yang diulang (A) mendapat awalan {me-} atau {me-i} dan menghasilkan unsur pengulang (B).6 Penggandaan Menyaling Dalam proses ini.

4.8 Kata Ganda Bilangan Nor Hashimah (2002) dalam tulisannya mengenai Kata Ganda Bahasa Melayu: Analisis Semantik dan Pragmatik telah membuktikan bahawa kata ganda boleh bermaksud bukan sahaja jamak tetapi juga boleh memaparkan maksud khusus dan tidak khusus. apitan atau sisipan. Kata adjektif. kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang memperoleh imbuhan baik berupa awalan. kecil-kecilan buat-buatan.7 Penggandaan Berimbuhan Berdasarkan Asraf (2007).7.3.3.1. rumah-rumahan berura-ura. Antara contohnya: Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Keterangan jadi-jadian. Contohnya adalah seperti berikut: Kata Nama (Khusus) siapa apa mana Kata Kerja (Khusus) main gila makan Kata Adjektif (Khusus) gemuk sakit tinggi Kata Ganda (Tidak Khusus) siapa-siapa apa-apa mana-mana Kata Ganda (Tidak Khusus) main-main gila-gila makan-makan Kata Ganda (Tidak Khusus) gemuk-gemuk sakit-sakit tinggi-tinggi ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . kata nama dan kata kerja apabila digandakan boleh memperlihatkan ketidakkhususan maknanya.4. setidak-tidaknya 7. bertikam-tikaman keanak-anakan.1. akhiran.

Begitu juga dengan gemuk-gemuk yang gambaran tidak khusus tergambar di sini.Rumusannya. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Pendekatan yang digunakan oleh Nor Hashimah adalah bersifat deskriptif yang menekankan aspek nahu praktis berdasarkan korpus bahasa Melayu. siapa-siapa tidak mempunyai rujukan yang khusus kerana tiada fokus yang spesifik.

4. Abdul Aziz Abdul Rahman (2001) secara umumnya menyatakan akronim tergolong dalam bentuk kata tunggal yang terdiri daripada satu bentuk dasar iaitu bentuk yang tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain.4 Proses Pengakroniman Kamus Dewan Edisi Baharu (2008) mendefinisikan pengakroniman ialah perihal atau proses membentuk akronim. akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .7. Sabran (1986) dalam buku Kajian Bahasa telah menjelaskan bahawa akronim adalah perkataan yang dibentuk daripada penyingkatan beberapa perkataan. Raminah Hj. Berdasarkan Kamus Dewan juga.4 : Pengakroniman Sumber: Diubah suai daripada Abdullah Hassan (2006) dalam Morfologi. Pengakroniman Cantuman Suku Kata Cantuman Huruf Pangkal Perkataan Contohnya:  angkubah  tabika  kugiran  jalankah  sekjen Contohnya:  MARA  MRSM  UMNO  NATO  PBB Rajah 7. Kita lihat kepada maksud akronim pula.

Akronim # Fon + X # # Sil + X # n + # Sil + X # # X + Sil # (kata) dengan Fon Sil X # n = = = = = fonem dalam perkataan silabel atau suku kata dalam perkataan bentuk apa pun yang berikutnya batasan perkataan 1 atau lebih Abdullah Hassan (2006) dalam buku Morfologi membahagikan akronim kepada dua bahagian mengikut proses pembentukannya yakni: 7. rumus bagi akronim adalah seperti berikut: # Fon + X # K.4.1 Mencantumkan Suku Kata Rumusnya boleh ditafsirkan seperti : # Sil + X # + Kata jentera tolak = jentolak # Sil + X # + # Sil + X # taman didikan kanak-kanak = tadika Bagi proses ini. novel + komik = nomik Suku kata pertama no dari kata novel digabungkan dengan suku kata kedua dalam kata komik iaitu mik dan ia akan membentuk satu konsep atau makna baru.4.Secara umumnya. Sebagai contoh. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . pergabungan suku kata yang berlainan akan membentuk sebuah perkataan baru.

2 Mencantumkan Huruf Pangkal Perkataan Kaedah jenis ini adalah dengan mencantumkan huruf pangkal sebuah ungkapan panjang menjadi satu perkataan bagi menamakan konsep.4. Dasar + Ekonomi + Baru = DEB Keadaan seperti ini menyukarkan pengguna bahasa untuk membezakan antara akronim dengan kependekan. Rumus akronim ini boleh diinterpretasikan seperti berikut: # Fon + X # + # Fon + X #  Universiti Pertanian Malaysia = UPM Bagi contoh yang menggunakan akronim daripada bahasa Inggeris.4. akronim membawa satu pengertian baru dari segi konsep dan makna manakala kependekan tidak. Antara contohnya ialah: Koperasi Urban Basic Angkatan Belia Development Input Tentera Nasional Authority Output Malaysia System KOBENA UDA BIOS ATMA ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . rumusnya ialah: # Sil + X # + # Fon + X # Federal Land Development Authority = FELDA Misalnya. bangunan dan sebagainya. Namun ditegaskan di sini. institusi.Antara contoh-contoh lain ialah: cerita makan panggung jalan duta berdiri pendek daging wayang bawah besar di atas gambar tanah kaki sendiri cerpen maging pawagam jabanah dubes berdikari 7.

kita seharusnya dapat membezakan kata akronim dengan kata singkatan kerana dewasa ini banyak berlaku kesilapan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Kita juga pernah menggunakan perkataan „bah‟ yang membawa erti „banjir‟. Sebaiknya. kata „awas‟ yang bermaksud „berhati-hati‟ juga merupakan akronim. Ini kerana dalam semantik. Misalnya. contoh mudah dengan melihat implikasi penggunaan akronim yang berleluasa pada bahasa Indonesia. Omar (1993) dalam Nahu Melayu Mutakhir. beliau memberikan tiga jenis akronim. kita perlu mengurangkan penggunaan akronim kerana dikhuatiri menghilangkan jati diri bahasa Melayu. Kata „cikgu‟ dikatakan akronim kerana kata ini berasal daripada ungkapan „Encik guru‟. maka lahirlah gelaran atau panggilan „cikgu‟. awas dan bah. Konklusinya. Hasil daripada gabungan suku kata cik+gu. Demikianlah beberapa kata yang jarang ditemui oleh kita yang terdapat dalam bahasa Melayu yang terbentuk melalui proses pengakroniman. Tonto merupakan gabungan beberapa huruf daripada ungkapan „Tolong Orang Nak Tipu Orang‟. dari segi membentuk istilah. Sering kali kita mendengar perkataan „tonto‟ yang merujuk kepada sekumpulan gengster yang melindungi peniaga daripada tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa. Perkataan ini berasal daripada ungkapan „ Bencana Air Hujan‟. Di samping itu.Di samping itu. akronim amat tidak digalakkan kerana kita akan melupakan ungkapan asal sehingga tidak mengetahui maknanya. Penambahan akronim ketiga berkait dengan penggabungan kata dengan memendekkan unsur kedua pada bahagian awalnya. Kata tersebut ialah cikgu. Kata ini berasal daripada ungkapan „Anda Waspada Anda Selamat‟. merujuk kepada Asmah Hj. setiap kata akan membentuk gambaran makna yang jelas. Selain itu. juru pulih jentera pelihara = = jurutera pulihara Rumusnya boleh ditafsirkan seperti : # Sil + X # + # X + Sil# pulih pelihara = pulihara Perkara menarik yang ingin diperkatakan di sini ialah banyak pengguna bahasa Melayu yang tidak menyedari bahawa kata di bawah ini sebenarnya merupakan akronim.

melalui penggunaan dua kata ini. Oleh itu. Selain itu. Misalnya kata akronim seperti kugiran namun bagi kata singkatan seperti PLKN sukar diujarkan. Oleh itu kita seharusnya teliti dalam menggunakan kata akronim dengan kata singkatan agar dapat menjadi pengguna yang bijaksana dalam berbahasa. apabila berlaku proses pengakroniman hasilnya perkataan tersebut mudah diujarkan manakala kata singkatan sangat sukar diujarkan. Kata akronim adalah tergolong dalam kata tunggal manakala kata singkatan bukan tergolong dalam kata tunggal. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . sudah jelas kata akronim dan kata singkatan sangat berbeza.

lelaki.3 Kata Ganda Kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar yang disebut penggandaan penuh.5. iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. kekura dan pelbagai lagi. Akronim juga tergolong dalam kata jenis ini juga. Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok. iaitu : rangkai kata bebas istilah khusus maksud kiasan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . 7. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal. pensyarahpensyarah. buku-buku. kata ganda dan kata majmuk. dan mewujudkan makna tertentu.7.5. Antara proses pengimbuhan itu ialah awalan. Di bawah merupakan huraian sekilas pandang mengenai bentuk kata yang terhasil.5 Bentuk Kata Yang Terhasil Dalam bahasa Melayu.4 Kata Majmuk Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. penggandaan separa seperti negeri-negeri. 7. 7. iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih. kata terbitan. Bentuknya ialah kata tunggal. 7. apitan dan sisipan. akhiran.5.5. terdapat beberapa bentuk kata yang terhasil.1 Kata Tunggal Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. jejari.2 Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan.

Konsep Morfem Bebas Terikat Bentuk Kata Akar Perkataan Dasar Tunggal Terbitan Majmuk Ganda Proses Pembentukan Kata Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan Golongan Kata Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas Rajah Konsep Proses Morfologi Bahasa Melayu ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata utama : Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif / Sifat Kata Tugas / Struktural ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Banyak lagi contoh-contoh seperti kata di atas. (Abdullah Hassan.1 Penggolongan Kata Bahasa Melayu Penggolongan kata merupakan satu proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Kriteria-kriteria ini dihuraikan secara ringkas untuk mendapat kefahaman asas bagaimana hendak menjeniskan perkataan.BAB 8 PENGGOLONGAN KATA BAHASA MELAYU 8. terdapat empat kriteria yang digunakan dalam linguistik iaitu kriteria morfologi. kriteria semantik dan kriteria fonologi. Misalnya perkataan rumah adalah kata nama tetapi berubah menjadi kata kerja dalam merumahkan mangsa kebakaran dan berubah kepada kata adjektif dalam orang rumah. kriteria sintaksis. 2006). Perkataan dalam bahasa Melayu bersifat berubah-ubah seperti „chameleon‟ iaitu perubahan mengikut fungsinya dalam ayat. kita seharusnya mempelajari konsep penggolongan kata dengan betul dan boleh membezakan mengikut kelas kata tersebut. Justeru. Dalam menggolong kata. Penggolongan kata penting kerana kita dapat meletakkan sesuatu kata mengikut gatra tertentu dalam ayat.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . ciri morfologi dan ciri fonologi. ciri sintaksis.Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) Golongan Kata Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif sifatan Kata Tugas kata nama am kata nama khas kata ganti nama kata kerja tak transitif kata kerja transitif warna ukuran kata penyambung ayat kata praklausa pancaindera bentuk waktu cara perasaan kata prafrasa & pascafrasa kata pascakata jarak 8. Sarjana tatabahasa bahasa Melayu khususnya menggunakan keempat-empat ciri ini dalam menentukan golongan perkataan dalam bahasa Melayu.1.1 Kriteria Penggolongan Kata Ada empat ciri yang digunakan dalam menggolongkan perkataan iaitu ciri semantik atau makna.

1. Perkataan yang mempunyai fungsi sintaksis yang sama dimasukkan ke dalam golongan yang sama. ciri-ciri ini dapat diperhati secara sistematis. Perihal begini perlulah digunakan pendekatan kriteria sintaksis dan kriteria morfologi. Beliau menggunakan ciri semantik sebagai asas bagi memasukkan perkataan ke dalam golongan masingmasing.8. Peranan setiap frasa tersebut yang menepati kriteria fungsi dalam pembentukan ayat akan dimasukkan mengikut kelas kata yang sesuai. Sebagai contoh. Begitu juga kepada frasa predikat yang diduduki oleh frasa nama. Sebenarnya pendekatan sebegini sukar untuk menentukan golongan kata. kriteria ini dilihat lebih bersifat saintifik. Ini kerana ada kata nama yang berubah menjadi kata kerja atau kerja adjektif. frasa adjektif. Justeru. Dengan kata lain. Oleh kerana itu ciri-ciri formal merujuk kepada fungsi sesuatu bentuk perkataan dalam binaan frasa dan ayat. frasa kerja.1. Sebagai contoh. 8. Dengan demikian. maka perkataan dimasukkan ke dalam golongan masing-masing. Dengan tidak merujuk kepada maknanya kita dapat menentukan penggolongan perkataan itu menurut kedudukannya dalam struktur sintaksis. Berdasarkan kepada makna. Ciri sintaksis ini dapat dianalisis dengan melihat fungsi sesuatu perkataan itu dalam struktur frasa dan ayat.1. kata adjektif pula menerangkan kata nama. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . subjek biasanya diduduki oleh gatra frasa nama.1. Di samping itu. kriteria ini mengkaji penyebaran kata-kata dan hubungan antara satu kata dengan kata lain dalam satu-satu frasa atau ayat. kata adverba berfungsi menerangkan kata kerja. Istilah ini membawa maksud bentuk. secara tidak langsung setiap perkataan yang menduduki gatra tersebut digolongkan kepada kelas kata nama. Za‟ba (1965) menggolongkan kata nama mengikut kriteria semantik.1 Kriteria Semantik atau Makna Ciri semantik bermaksud penggolongan perkataan dilakukan dengan melihat kepada makna perkataan berkenaan. Fungsi perkataan dalam frasa dan ayat itulah dikenali ciri-ciri sintaksis.2 Kriteria Sintaksis atau Struktur Ayat Ciri sintaksis dikenali ciri formal.

1. penggetaran. menulis dan sebagainya termasuk ke dalam golongan kata kerja kerana awalan meN. menyanyi.seperti menari.yang diwakili oleh morfofonem N kemudiannya menjadi . 8. Abdullah Hassan (2006) menyatakan morfofonologi ialah bidang yang mengkaji perubahan bunyi pada sempadan morfem apabila dua morfem dicantumkan bagi menerbitkan perkataan. Sebagai contoh. pelatih. semua bentuk perkataan yang menerima awalan pe-.1. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Ciri ini banyak membantu menjelaskan golongan yang dihasilkan melalui kriteria semantik dan sintaksis.1. Oleh itu. n. ng atau nge menurut konteks fonologinya. pengeluncuran. Misalnya awalan meN. Terdapat lima perubahan bunyi dalam proses pengimbuhan iaitu penyegauan. pemimpin dan lain-lain adalah termasuk ke dalam golongan nama sebab awalan pe. m.4 Kriteria Fonologi atau Bunyi Kriteria fonologi berkait rapat dengan proses morfofonologi.adalah awalan kata kerja dan membentuk kata kerja.menerbitkan kata nama.3 Kriteria Morfologi atau Pembentukan Kata Kriteria morfologi melihat ciri-ciri bentuk perkataan dalam membuat penggolongannya. Begitu juga semua perkataan yang menerima awalan me. ny. umpamanya satu kata sempurna atau bermakna boleh terbentuk daripada satu morfem bebas iaitu akar atau morfem bebas dan morfem terikat.1.8. kriteria morfologi mengkaji struktur kata-kata. pengglotisan dan penduaan konsonan. Kriteria ini jarang digunakan kerana banyak melibatkan perubahan-perubahan bunyi yang berlaku semasa proses pengimbuhan. iaitu penulis.

golongan perkataan major dirujuk menggunakan kriteria sintaksis di mana semua perkataan yang dapat menjadi inti frasa predikat dimasukkan ke dalam golongan perkataan major. kata adjektif dan kata adverba sendiri tidak tergolong dalam kata major? Walhal kata tersebut semacam fungsi dengan kata adjektif yang menerangkan kata nama. Itulah sebab kenapa Kata Nama. senyuman) Kata ganti nama (itu. dia. Dengan kata lain. Nama boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : Kata nama khas (Melayu. Mengapa kata adverba yang menerangkan kata kerja. awak. aku. Prof. beta) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Ali. mereka. Seterusnya kata-kata golongan major mempunyai makna. anggota dalam golongan yang sama itu mempunyai ciri dan kemungkinan sintaksis yang sama dengan anggota yang lain dalam golongan berkenaan. Kebiasaannya.1 Kata Nama Kata nama adalah segala perkataan yang menduduki kedudukan nama dalam strukturstruktur tertentu ayat-ayat bahasa Melayu.2 Golongan Kata Major (Kata Utama) Golongan perkataan major merujuk kepada kelas kata yang bersifat terbuka. 8. Kata Kerja dan Kata Adjektif tergolong dalam kata major.8. kita meneliti dahulu tiga golongan kata major barulah kita menghayati konsep golongan kata minor nanti pula. Terbuka menurut Quirk dan Greenbaum (1973) mengatakan perkataan yang menjadi anggotanya banyak iaitu tidak terhad bilangannya. kolej. Sekarang. Dato‟ Raja Sulaiman) Kata nama am (jururawat. ini.2. rumah.

2 Kata Kerja Kata kerja berperanan untuk menunjukan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan.2.2. Contoh: i) ii) Nurul membacakan ibunya surat.1 Kata kerja aktif transitif Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. me-…i. memper-…kan. Dalam ayat transitif ini. Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada 4 jenis.2.8. iaitu Kata kerja aktif transitif Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja pasif 8. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . memper-…i atau akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat. sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-…kan. kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-. Pelajar itu menulis jawapan.

Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur. terbunuh.3 Kata kerja pasif Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif. ber-…an dan ter seperti perkataan menangis.-an seperti kecurian. berkereta.. (ii) Kata kerja pasif berawalan ter. Pemuda itu sedang berborak. tercapai dan sebagainya.8. Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Aman kelmarin. 8.seperti terangkat. (iii) Kata kerja pasif ke-.2. terjatuh. kehujanan dan sebagainya. duduk. (i) Kata kerja pasif berawalan ber.2.2. Contoh : i) ii) iii) Pegawai polis itu berkereta ke pejabat. berlipat. jatuh. dan bersendirian.2 Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. bertulis dan sebagainya.seperti berasah. ber-. datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhanimbuhan : me-. kedinginan.2. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

3 Kata Adjektif atau Sifat Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. kata tugas dikenali juga kata struktural yang tidak ada makna dan sekadar menjalankan fungsi struktur sintaksis sahaja. Terdapat sembilan jenis kata adjektif iaitu: Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan Kata Adjektif Warna Kata Adjektif Ukuran Kata Adjektif Bentuk Kata Adjektif Waktu Kata Adjektif Jarak Kata Adjektif Cara Kata Adjektif Perasaan Kata Adjektif Pancaindera 8. Bilangan perkataan ini tidak semudah itu untuk bertambah berbanding kata nama. inilah maksud golongan perkataan yang terhad. Jadi. kata sendi dalam tatabahasa bahasa Melayu dapat dikira jumlahnya. Ini bermaksud bilangan perkataan dalam setiap golongan adalah terhad bilangannya dan pertambahannya tidak berlaku dengan mudah. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Disebabkan perkara begini.2. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. perkataan yang mempunyai ciri tertutup dan hanya menjalan fungsi sintaksis merupakan golongan kata ini disebabkan ia tidak menjadi inti frasa predikat.3 Golongan Kata Minor (Kata Sampingan) Golongan kata minor merupakan perkataan yang terhasil daripada golongan tertutup. Sebagai contoh. Antara ciri lain ialah golongan kata minor sebenarnya mempunyai fungsi tatabahasa. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat. Begitu juga kata adverba. sungguh dan sangat.8.

kata penegas .kata hubung .kata arah .kata perintah . Sebab itulah ia dikenali juga kata struktural. pembenar.8. kata tanya. kata nafi. penentu.kata nafi . iaitu : . penafi.kata pembenar . kata pemeri. kata adverba dan kata bilangan) Kata Pascakata (kata penekan dan kata pembenda) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .kata tanya . penegas. pembantu. penanya dan penyeru. kata sendi nama.kata bantu . kata pembenar dan kata pangkal ayat) Kata Prafrasa (kata bantu.kata penguat .kata pembenda Tujuh belas jenis kata tugas ini boleh dikelompokkan ke dalam empat kelompok iaitu : Kata Penyambung Ayat (kata hubung gabungan dan pancangan) Kata Praklausa (kata seru. kata penegas.kata bilangan . penguat.kata pemeri . Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa.3.kata pangkal ayat . kata arah. pemeri. kata perintah.kata sendi nama .kata seru .kata penekan . Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung.kata adverba . pedepan. Ada 17 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam konstituen ayat. kata penguat.1 Kata Tugas atau Kata Struktural Kata tugas mempunyai tugas atau fungsi yang mustahak di dalam ayat.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

frasa menduduki setingkat lebih tinggi daripada kata dan setingkat lebih rendah daripada klausa. Ini juga pengertian frasa dalam fahaman linguistik am. 9. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . frasa mungkin juga terdiri daripada sepatah kata major sahaja. Takrif yang diberikan oleh seorang sarjana Melayu tersohor iaitu Za‟ba (1965) yang menyatakan frasa sebagai rangkai kata. Berdasarkan fungsinya. Jadi yang merupakan unsur ayat hanyalah frasa. Nahu dalam tranformasi generatif hanya mengenal dua kategori utama iaitu frasa dan ayat. Sebenarnya aliran tranformasi generatif tidak mengenal adanya kata atau morfem.BAB 9 PENJENISAN DAN PENGKELASAN FRASA BAHASA MELAYU 9. Frasa. Menurut tatabahasa transformasi generatif (seterusnya TTG). Kata major ialah kata utama iaitu kata nama.1 Definisi dan Konsep Frasa Takrif dan konsep frasa ada berbagai-bagai. menurut Bloomfield (1964) ialah suatu konstruksi yang mengandungi dua atau lebih bentuk bebas yang berfungsi sebagai satu kesatuan. Tanpa pindaan definisi ini kelihatan kurang sempurna apabila digunakan untuk menganalisis frasa dengan kaedah transformasi. Frasa ialah suatu unit tatabahasa dalam tatatingkat sintaksis suatu bahasa. kata kerja dan kata adjektif. Takrifan yang ringkas ini berasaskan teori tradisional yang lebih menekankan kepada aspek semantik. frasa ialah satu unsur daripada ayat. Frasa merupakan komponen terpenting dalam sintaksis. Maka jelaslah bahawa satu kata major sudah boleh berdiri sendiri sebagai satu frasa.1. Jadi kita akan menyelusuri definisi dan tafsiran frasa mengikut sarjana Melayu khususnya dan sarjana Barat amnya.1 Frasa Dalam tatatingkat nahu atau tatabahasa. bergantung kepada apakah teori yang dijadikan dasar. Ini kerana frasa memainkan peranan atau fungsi-fungsi tertentu dalam binaan ayat Di sini terdapat beberapa pandangan dan tafsiran tersendiri mengenai frasa.

frasa ialah unit yang boleh berdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. predikat dan sebagainya yang dimanifestasikan oleh frasa berkenaan. terdapat dua fitur lain yang diterangkan dalam definisi di atas. Asraf pula (1988) memerihal bahawa frasa boleh terdiri daripada hanya sepatah kata saja dengan tugasnya sebagai subjek atau predikat atau objek dan ada pula yang tidak boleh tidak terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya. Pertama. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Kedua. Sekarang kita melihat definisi frasa yang diberikan oleh sarjana Melayu. Perkara sebegini merujuk kepada jenis-jenis tagmem iaitu unit tatabahasa seperti subjek. Selain itu. of two or more words. frasa mestilah satu konstruksi yang tidak mengandungi sifat-sifat sebuah klausa. fills slot on the clause level. Abdullah Hassan (2002) menyatakan bahawa frasa sebagai sekumpulan ayat. frasa biasanya menduduki slot dalam klausa namun frasa juga boleh dipacangkan ke dalam frasa-frasa lain. potentially. Bagi Nik Safiah Karim et al (2008). tetapi sebagai suatu konstruksi yang berpotensi untuk menjadi dua atau lebih kata. but which does not have the characteristics of a clause and typically. Oleh sebab itulah frasa diberikan istilah rangkai kata oleh Za‟ba dengan pengertian bahawa frasa merupakan suatu rangkaian beberapa patah perkataan. ada keterangan bahawa frasa adalah suatu bentuk bahasa yang terdiri daripada dua patah kata atau lebih. Elson dan Pickett tidak menyebut frasa sebagai suatu konstruksi yang mengandungi dua atau lebih kata. Apabila frasa terdiri daripada beberapa patah kata. maka kesempurnaan bentuknya sebagai unit bahasa yang gramatis bergantung pada susunan letak kata-kata yang menganggotai kelompok frasa itu menurut kelasnya masing-masing. but not always. struktural dan tranformasi generatif. Dalam buku-buku tatabahasa lama.Elson dan Pickett (1969) memberi definisi frasa yang berbunyi: A phrase is a unit composed. Definisi yang dinyatakan oleh Nik Safiah Karim et al dilihat mengambil pendekatan aliran tradisional.

Widya Masri (2009) dalam Kuasai Struktur Ayat Dalam Bahasa Melayu menakrifkan frasa sebagai satu binaan yang tidak terpisah antara satu dengan yang lain bagi kata atau kata-kata yang membinanya. Abdul Hamid Mahmood (2006) menyatakan frasa boleh terdiri daripada satu kata sempurna. FSN mengandungi dua unsur wajib. frasa ialah satu unit bahasa di mana suatu konstruksi yang mungkin terdiri daripada suatu susunan kata-kata ataupun hanya satu kata yang berpotensi diperluaskan menjadi dua atau lebih kata dengan kehadiran subjek dan predikat atau kedua-duanya sekali atau tanpa kehadiran kedua-duanya. Frasa ini dikenali frasa eksosentrik yang bermaksud frasa yang tidak mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya. begitu juga halnya terhadap frasa kerja dan frasa adjektif. Di samping itu. Frasa keempat dalam binaan ayat ialah frasa sendi nama.3 Jenis Frasa Dalam bahasa Melayu. iaitu kata sendi nama diikuti oleh kata nama atau frasa nama. frasa kerja. Tiga daripada frasa-frasa ini iaitu FN.1. terdapat empat jenis frasa iaitu frasa nama. deretan partikel dan kata sempurna atau klausa. frasa adjektif dan frasa sendi nama. deretan kata sempurna. Frasa nama misalnya mempunyai kata nama sebagai unsur inti. frasa kerja. dan FA ialah frasa-frasa endosentrik. contohnya di sekolah dan di belakang sekolah. frasa adjektif dan frasa sendi nama. FK. Jadi kesimpulannya. frasa mestilah suatu konstituen yang tidak bersifat sebuah klausa dan dari segi taburannya suatu frasa itu boleh menjadi unsur klausa ataupun frasa sendiri 9. Maksudnya. tiap-tiap frasa boleh mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi frasanya. Sebaliknya. FN biasanya terbentuk pada gatra subjek sahaja manakala pada gatra predikat ada empat frasa dibentuk iaitu frasa nama. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama. frasa nama boleh juga hadir dalam konstituen objek. 5.1. Ibu Ibu budak itu Ibu budak itu Kota Bharu Bandar Kota Bharu Predikat Frasa Nama guru. guru. iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja (FK). seperti dalam contoh-contoh berikut ini: ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Jelas daripada ayat-ayat di atas bahawa frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja ataupun beberapa perkataan. guru sekolah agama.3. serambi mekah. Selain konstituen subjek dan konstituen predikat frasa nama. frasa nama hanya berfungsi sebagai predikat dalam pola FN + FN sahaja. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu.1 Frasa Nama (FN) Frasa nama (FN) ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. 2. terdiri daripada yang berikut: (i) FN + FN (ii) FN + FK (iii) FN + FA (iv) FN + FS Dalam semua pola ayat di atas. iaitu subjek dan predikat.9. Lihatlah contoh-contoh di bawah ini: Subjek Frasa Nama 1. frasa nama berfungsi sebagai subjek. 3. 4. serambi mekah.

Predikat Frasa Kerja Bil Subjek Kata Kerja 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Orang itu Mereka semua Kanak-kanak itu Para siswazah Kedamaian Tanah air Cahaya matahari memanggil melambaikan menaiki memohon memerlukan meminta menyinari Objek saya. tangan. bas sekolah. jawatan itu. kekuatan pertahanan. pengorbanan anak watan. alam semesta.

Satu lagi tempat yang diduduki oleh frasa nama adalah di bahagian unsur nama dalam frasa sendi nama. Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur dalam predikat frasa sendi nama (FS) seperti dalam contoh ayat 13-18.

Predikat Frasa Sendi Nama Bil 13. 14. 15. 16. 17. 18. Subjek Mereka Hadiah itu Lukisan tersebut Tabung simpanan itu Kereta itu Keluarnya Sendi Nama di daripada oleh untuk ke dari Frasa Nama Kuala Lumpur. Nasir Tuan Jamal. masjid. Kuala Perlis. pintu besar.

*Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Nama, Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan (2008)

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

Frasa Nama Pola-pola frasa nama

FN + FN FN + FN FN + FN

FN + FN

Binaan Frasa Nama

Binaan frasa nama yang terdiri daripada satu perkataan

Binaan frasa nama yang terdiri daripada sederetan perkataan

inti + penerang

inti + inti

 inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

9.1.3.2

Frasa Kerja (FK)

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsurunsur lain. Contoh frasa kerja adalah seperti ayat-ayat berikut:

Subjek 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10 . Azima Kami Hujan Belukar itu Hang Jebat Mereka Budak itu Anaknya Pemburu Dia

Frasa Kerja menang. sedang tidur . turun dengan lebatnya. terbakar perlahan-lahan. bertikam dengan Hang Tuah. makan ayam goreng itu. sedang membaca buku. menghidangkan sedulang makanan. menembak harimau itu dengan senapangnya. menjalankan tugasnya dengan baik.

Binaan Frasa Kerja Dalam ayat-ayat di atas ternyata bahawa binaan frasa kerja boleh dirumuskan sebagai terdiri daripada dua jenis, iaitu: (i) Frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif. Antara ayat-ayat yang mengandungi frasa kerja tanpa objek ialah: 1. Azima menang. 2. Kami sedang tidur. 3. Hujan turun dengan lebatnya.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009

namun unsur-unsur yang lain. walaupun kata kerja tidak mempunyai frasa nama sebagai objek.Dalam ayat-ayat di atas. Sebagaimana dengan frasa kerja tanpa objek. Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan (2008) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Seterusnya objek boleh juga diikuti oleh bahagian keterangan. iaitu kata bantu dan unsur keterangan boleh hadir bersama-samanya. unsur-unsur kata bantu dan keterangan boleh juga hadir dalam frasa kerja dengan objek. Dalam ayat-ayat di atas kata kerja diikuti oleh frasa nama yang menjadi penyambut kepada kata kerja sebelumnya. Keterangan mengbidangkan sedulang makanan. yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. buku. Antara ayat-ayat yang mengandungi frasa kerja dengan objek ialah: Frasa Kerja Subjek Kata Kerja 6(a) Mereka 7(a) Budak itu 8(a) Anaknya 9(a) Pemburu makan membaca Objek ayam goreng itu. *Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Kerja. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif. (ii) Frasa kerja yang mengandungi objek. menembak harimau itu dengan senapangnya. 10(a) Dia menjalankan tugasnya dengan baik.

Binaan frasa kerja yang tidak mengandungi objek Kata kerja tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap.Binaan frasa kerja Frasa kerja yang tidak mengandungi objek Frasa kerja yang mengandungi objek Mengandungi kata kerja tak transitif Mengandungi kata kerja transitif Kata kerja tak transitif yang dapat diberi unsur pelengkap sesudahnya. Kata kerja tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Malam ini 10. Anaknya 6. rendah. Orang muda itu 4. gelap benar. kemerah-merahan.1. Sebagai unsur keterangan. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. masih kecil lagi. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . jauh dari sini. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.9.3 Frasa Adjektif (FA) Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Pejabatnya Predikat (FA) sangat pandai. Warna bajunya 7. kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang. kata adjektif hadir sesudah kata nama. merdu. Suara penyanyi itu 9. paling besar sekali. baik sungguh. tentu baik.3. Contoh-contohnya: (i) frasa adjektif sebagai predikat: Subjek (FN) 1. Kakaknya 2. Markahnya 3. Perangainya 5. Perusahaan itu 8.

Dia Harimau Pak Lufti Asam pedas Bas ekspres budak binatang orang masakan kenderaan Frasa Nama Penerang pandai. sungguh nyenyak. 19. terlalu kerap. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . liar. 13. amat curam. asli. 14. 18. Dia Mereka Kanak-kanak itu Jirannya Jalan itu (iii) frasa adjektif sebagai unsur penerang: Predikat Subjek 16. 20. 11. cepat. 12. 17.(ii) frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat: Predikat Subjek Frasa Kerja berjalan pulang tidur datang menurun Keterangan (Frasa Adjektif) sangat cepat. kaya. 15. segera.

Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan (2008) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat.Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja. sama ada di hadapan atau di belakangnya. iaitu mengikut binaannya: (i) binaan satu perkataan (ii) binaan dua perkataan *Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Adjektif. inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini: Kata Bantu sudah belum masih - Penguat sangat terlalu amat Kata Adjektif pandai nakal besar tua malas jahat baik kecil cantik ganas Penguat benar betul amat amat sekali - Seperti yang telah disebutkan.

Penguat hadapan Penguat belakang Penguat Penguat bebas ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .Binaan frasa adjektif Binaan satu perkataan Binaan dua perkataan Binaan dua perkataan Kata adjektif + Kata adjektif Kata adjektif + kata nama Dua kata adjektif yang menerangkan keserasian makna. Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan Frasa adjektif yang membawa maksud kiasan. Dua kata adjektif yang menerangkan makna Berlawanan.

Frasa sendi nama boleh juga. ke. untuk. daripada.9. akan. pada.bentuk mortem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. sebagai pilihan. dan sebagainya. hingga. dengan. sampai. tentang. kepada.1. didahului oleh kata bantu. Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan (2008) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . dari. Binaan Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut: (i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama (ii) Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama (iii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Frasa Keterangan) *Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Sendi Nama. Kata sendi nama ialah. oleh. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah: di.3.4 Frasa Sendi Nama (FSN) Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. bagi.

mereka mogok. yang menjadi konstituen kepada ayat. dan sekiranya diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul. saya yang hadir. Klausa bebas boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Sebenarnya klausa adalah ayat dalam ayat. Kita sudah pun memahami klausa bebas. Nadia pandai. Sila teliti contoh yang berikut: 1.9.2 Klausa Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat.2. Bagaimana pula dengan klausa tak bebas? Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Klausa tak bebas hanya dapat berdiri apabila dimasukkan ke dalam binaan klausa bebas. Inilah sebabnya Za‟ba memanggilnya sebagai ayat kecil.3 Jenis Klausa Klausa terbahagi kepada dua jenis. 9. 3. Sila teliti yang berikut: Nadia pandai klausa bebas klausa utama kerana Nadia rajin belajar klausa tak bebas klausa bawahan Kamu pandai kerana kamu rajin belajar klausa bebas/klausa utama klausa tak bebas/klausa bawahan ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . iaitu klausa bebas dan klausa terikat (tak bebas). Dalam (1) klausa Nadia pandai mengandungi subjek Nadia dan predikat pandai. 2. klausa tersebut akan menjadi ayat yang gramatis.

9. Hanya ada inti frasa sahaja dan frasa sendi mengandungi kepala dan pelengkapnya. Perbezaan Merupakan unit yang menjadi bahagian ayat (atau klausa) Boleh menjadi subjek atau predikat dalam ayat. Mempunyai subjek dan predikat. Frasa Persamaan Klausa Frasa dan Klausa kedua-duanya unsur dalam ayat. Merupakan unsur pembentuk ayat. Melihat hubungan antara konstituen-konstituen yang menjadi frasa atau klausa.3 Perbezaan antara Frasa dan Klausa Sekarang kita akan meneliti persamaan dan perbezaan antara frasa dan klausa. Ayat mempunyai subjek dan predikat. Jika tidak ia adalah frasa ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . merupakan ayat dalam ayat dan dikenali sebagai ayat kecil. Unsur dalam klausa dapat dipertukarkan tempatnya. Oleh sebab itu frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Misalnya jika konstruksi memperlihatkan hubungan yang bersifat predikatif maka ia adalah klausa.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

1963) Kita perhatikan takrifan yang diberi oleh pengasas Linguistik Struktural. Pertama sekali. (C. terbitlah definisi yang dikemukakan oleh Otto Jesperson. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Menurut C. menakrifkan ayat sebagai “. Ujaran tersebut terletak di antara dua kesenyapan yakni kesenyapan sebelum dan sesudahnya.1 Definisi Ayat Sebenarnya takrif atau definisi ayat ada banyak. Fries. Dalam huraian tatabahasa Melayu yang berdasar pada rangka Tatabahasa Tradisional. Fries (1963)..1 Ayat Ayat boleh dilihat daripada segi ragam. semuanya bergantung kepada teoriteori linguistik yang dianuti oleh ahli-ahli bahasa. 1963). . C. a construction (or form) which. Demikian juga definisi ayat yang diberikan oleh St. ahli falsafah bahasa Denmark yang berbunyi: A sentence is a relatively complete and independent human utterance – the completeness and independence being shown by its standing alone or its capability of standing alone. dalam bab yang terakhir kita akan mempelajari mengenai ayat bahasa Melayu... i. in given utterance. ada lebih daripada dua ratus takrif tentang ayat yang diberikan oleh ahli-ahli bahasa. C. dan pola. kita meneliti definisi yang diberikan oleh aliran Tatabahasa Tradisional berpusat pada syarat “wujudnya fikiran yang lengkap”. 1963).BAB 10 PENJENISAN DAN PENGKELASAN AYAT BAHASA MELAYU 10.. C. is not part of any larger construction. sehingga timbullah takrif yang berbunyi “ A sentence ia a group of words expressing a complete thought ” (C. misalnya.1.e.A. Leonard Bloomfield (1961): . Oleh itu. 10. Fries. Melalui konsep ini. Fokker (1980). bentuk. of being uttered by itself. Takdir Alisjahbana (1964) dan Za‟ba (1965) sebagai ahli Tatabahasa Melayu Tradisional. Fries.ucapan bahasa yang mempunyai erti dan batas keseluruhannya ditentukan oleh turunnya suara”. (C.. C. Aliran Tatabahasa Struktural pula menakrifkan ayat dengan berdasar pada “ujaran yang berdiri sendiri dan bebas daripada ujaran-ujaran lain”.. jenis. A.

Dalam huraian ayat bahasa Melayu. A. yang bermula dengan kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan yang menandakan bahawa tutur itu selesai. dan mengandungi proposisi yang lengkap. Asmah Hj. Ini dapat diperhati pada definisi yang diberikan oleh Asraf (2007). Perkara sedemikian berlaku kerana pegangan TTG. 2007) Terdapat ramai lagi ahli TTG di Malaysia yang menakrifkan ayat sebegini. Namun begitu. Raja Mukhtaruddin Dain (1977). Konsep ayat merupakan “ satu urutan kata-kata yang berstruktur “ ini dapat diperjelas dengan menambah keterangan bahawa urutan tersebut dipecahkan kepada Subjek dan Predikat. but nor every string of words is a sentence. Omar (2008) dalam buku Nahu Kemas Kini mendefinisikan ayat terdiri dari sekurang-kurangnya satu klausa yang disertai oleh intonasi yang lengkap. Jumlah ayat tidak terbatas namun semua ini terbahagi kepada dua golongan sahaja iaitu ayat inti dan ayat tranformasi. Jika kita membandingkan pernyataan yang dibuat oleh Asmah Hj Omar dengan Asraf. Jacobs dan P. Asmah membahagikan ayat kepada dua golongan iaitu ayat sistem (ayat dasar) dan ayat wacana (konteks). Kenyataan ini menjadi lebih jelas apabila kedua-dua tokoh menyatakan bahawa: A sentence is a structured string whose words fall into natural groups. Rosenbaum (1968) sebagai penganut TTG ada memberikan konsep ayat yang membayangkan fahaman aliran ini sebagai: A sentence is a string of words. S. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . ( Asraf. Hashim Musa (1978) dan ramai lagi. kita dapat melihat perbezaan yang ketara. takrif sebegini digunakan oleh sarjana Melayu yang beraliran Struktural iaitu Asmah Hj. Noam Chomsky sebagai pengasas Tatabahasa Tranformasi Generatif (seterusnya TTG) tidak memberikan pengertian ayat. Nik Safiah Karim (1978). Ayat ialah suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Omar. Antaranya ialah Lufti Abas (1972). Sekarang kita perhatikan takrif ayat aliran Tranformasi Generatif. di sini saya tidak ingin mengulas lebih lanjut. sarjana Melayu yang beraliran TTG memerihal ayat dengan memperlengkapkan adanya subjek dan predikat. Justeru. R.

Teliti dan lihat apakah perbezaan yang ditemui di antara ayat dengan klausa di samping frasa dengan perkataan. ayat merupakan inti asas sintaksis. pengguguran atau penyusunan semua unsur-unsur atau konstituennya. Namun. Predikat ayat boleh diwakili oleh frasa nama. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan unit-unit tatabahasa bagaimana perkataan dapat membina ayat. ayat tanya dan ayat seru. ayat tergolong kepada dua bahagian. ayat perintah. Ayat mempunyai dua bentuk susunan iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Ayat tunggal pula ialah ayat dasar atau inti yang mengalami peluasan tetapi masih mengandungi satu subjek dan satu predikat ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . menjadi bahagian terkecil daripada bahasa yang digunakan untuk menyampaikan suatu fikiran yang lengkap dan penting. Ada juga pakar bahasa yang menyatakan bahawa binaan ayat mengandungi ayat inti atau dasar dan ayat majmuk.Konklusinya. frasa adjektif atau frasa sendi nama. penggantian. Dari segi jenisnya pula. anak orang itu sedang makan sedang makan sedang makan Dalam apa-apa bahasa. ayat terdiri daripada ayat penyata. Dari segi ragam. Subjek ayat terdiri daripada frasa nama. frasa kerja. ayat bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat Klausa Frasa Perkataan anak orang itu anak orang itu Anak orang itu sedang makan. Ayat perlulah terbina daripada konstituen subjek dan konstituen predikat. ayat tidak terhad banyaknya. Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat inti. iaitu ayat dasar dan ayat terbitan. Ayat terbitan yang juga dikenali sebagai ayat transformasi mengalami proses perubahan atau penerbitan ayat melalui proses peluasan. setelah diklasifikasikan.

Ayat aktif ditandai oleh imbuhan „meN-„. serta frasa nama dan frasa sendi. frasa nama dan frasa adjektif. Dalam bahasa Melayu. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkenaan.3 Ragam Ayat Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Pola 3 : Baju itu + hijau. Ayat pasif ditandai oleh imbuhan „di-„ dan diikuti oleh perkataan „oleh‟. frasa nama dan frasa kerja.2 Pola Ayat Dasar Pola ayat terdiri daripada frasa nama dan frasa nama. Pola 2 : Anak mereka + sedang tidur.1. Pola 4 : Rumah Fatin + di Negeri Perak. pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu : Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Contoh : Pola 1 : Encik Hafez + pegawai pemasaran.1. Ayat i ialah ayat aktif. 10. (ii) Buku dibaca oleh adik. Contoh: (i) Adik membaca buku. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul.10. Ayat pasif mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Ayat ii ialah ayat pasif.

1. Ciri-cirinya ialah.1 Ayat Penyata Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.3. Saya mempunyai sebuah komputer. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. 10. Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.1 Ayat Aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.2 Jenis Ayat Jenis ayat terdiri daripada ayat penyata. Ia diakhiri dengan tanda noktah „. Ayat aktif tak transitif dibahagikan kepada dua jenis iaitu: Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan Ayat aktif tak transitif yang keterangan yang tidak boleh digugurkan. 10. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. ayat penyata bertujuan menyatakan sesuatu hal atau perkara dan dilafazkan dengan intonasi menurun pada akhir ayat.2 Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.10. dan ayat seruan.‟ ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu: Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja 10. ayat tanya.3.1. ayat perintah. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Contohnya.2. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.

Misalnya: Awak sudah mandi? Dia atuk kamu? Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa. ayat tanya dapat pula digolongkan kepada dua jenis iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya. Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut:- (i) Ayat suruhan: Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. berapa. Dalam ayat ini subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak. Misalnya: Siapakah emak awak? Mana satu pilihan awak? 10. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu.3 Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak.2. Dalam tulisan nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soal (?). Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. bila. siapa. kamu. yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat. Ayat tanya jenis ini boleh disertai partikel tanya -kah. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada dua golongan iaitu ayat tanya dengan kata gantinama tanya dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya. engkau dan selainnya digugurkan. engkau.2 Ayat Tanya Sekarang mari kita tinjau pula berkenaan dengan ayat tanya. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . bagaimana.2. kamu. mengapa. dan sebagainya.10. dan sebagainya yang digugurkan.

syabas dan sebagainya. Tuhanku! Wah. sakit dan sebagainya. (iii) Ayat silaan: Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Contoh Ayat Makanlah nasi ini dulu. Jenis Ayat Perintah Ayat Suruhan Ayat Larangan Ayat Silaan Ayat Permintaan 10. amboi. eh.(ii) Ayat larangan: Ayat menggunakan kata larangan seperti jangan. sama ada ayat itu didahului kata seru atau tidak.2. cantiknya perempuan itu! Amboi. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak pada akhir ayat. usah atau tak usah sebelum kata kerja untuk tujuan menegah seseorang melakukannya. takjub. cuba perhatikan contoh-contoh yang di bawah: Contoh Ayat Abang! Oh. marah. (iv) Ayat permintaan: Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. wah. besarnya rumah kau! ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Sila datang ke pejabat saya malam ini. geram. aduh. Untuk memahami ayat seruan tersebut. Tolong hantarkan tugasan esok. Jangan ambil wang orang.4 Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut.Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat. Kata seru yang sering digunakan ialah oh. cis.

1993) Asraf (2007) dalam Penunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu mendefinisi ayat inti ialah ayat dasar yang paling sederhana bentuknya dan merupakan ayat tunggal yakni terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.3 Bentuk Ayat Bentuk ayat pula terdiri daripada ayat dasar. 10. Lufti Abas (1975) yang menyebut ayat inti adalah ayat yang dihasilkan oleh rumus-rumus struktur frasa saja atau oleh rumusrumus struktur frasa dan transformasi wajib. (Nik Safiah Karim et al. iaitu ayat yang terbentuk daripada unsur utama yang wajib iaitu yang tidak mengandungi sebarang keterangan di dalamnya. ayat tunggal dan ayat terbitan. . Ayat terbitan termasuklah ayat tunggal dan ayat majmuk. Oleh sebab itulah ayat inti dikatakan Paul Roberts (1964) sebagai: . ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .. negatif dan sebagainya. Dengan kata lain. the stuff from which all else is made. . the basic.3. ayat inti atau ayat dasar sebagai ayat yang menjadi dasar atau punca terbitnya ayat-ayat lain dengan binaan paling ringkas. Konstituen subjek dan predikat hendaklah diisi oleh frasa inti dengan erti kata tidak disertai pelengkap. Justeru. Lazimnya ayat ini adalah ayat penyata dan ayat tunggal. ayat inti adalah ayat yang daripadanya dapat diterbitkan keseluruhan ayat bahasa Melayu yang lain.10. ayat dasar dikenal juga sebagai ayat inti. mengikut bahasa Melayu. elementary sentences of the language. ayat dasar ialah ayat yang tidak mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek atau frasa predikat. Jelaslah bahawa ayat inti merupakan ayat yang paling dasar iaitu yang terbit daripada penanda frasa batin dan belum mengalami transformasi pilihan seperti pasif.1 Ayat Dasar (Ayat Inti) Menurut Arbak Othman (1985). Kita akan meneliti setiap takrifan dan konsep ayat dalam bahasa Melayu. (Lufti Abas dan Raja Mukhtaruddin Dain. 1968) Rumusannya. Jadi daripada ayat dasarlah dibentuk ayat-ayat lain yang dipanggil ayat terbitan.

ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada satu klausa sahaja iaitu mempunyai konstituen subjek dan konstituen predikat. Ia terbentuk daripada unit-unit lain yang lebih rendah iaitu klausa. Kakak ke kedai. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Widya Masri (2009) dalam buku Kuasai Struktur Ayat Dalam Bahasa Melayu menyatakan ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat di mana ayat ini berbeza daripada ayat inti dari segi fakta bahawa ayat ini boleh disongsangkan sedangkan ayat inti tidak boleh disongsangkan.1. frasa dan kata. Konsep ayat dasar dan ayat tunggal terdapat pertindihan. ayat perintah dan sebagainya. Ayat tunggal merupakan unit tatabahasa yang tertinggi dibandingkan dengan unit-unit tatabahasa yang lain. Binaan ayat tunggal mengandungi unsur wajib atau mengandungi unsur pilihan. Seterusnya.3. Oleh itu. Abang pandai.Lihatlah contoh di bawah bagi ayat dasar. Arif sedang belajar. Urutan subjek dan predikat inilah yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar. Namun bukan semua ayat tunggal adalah ayat dasar kerana ayat ini boleh disongsangkan yang mana menyalahi prinsip ayat dasar.1 Ayat Tunggal (Ayat Selapis / Ayat Mudah) Istilah linguistik lama bagi ayat tunggal ialah ayat mudah atau ayat selapis. Selain itu. Contoh: Dia jururawat. Hal ini demikian kerana adanya ciri ayat dasar yang menyamai ayat tunggal. bukan semua ayat tunggal tergolong sebagai ayat dasar. 10. terdapat satu lagi perbezaan ketara iaitu ayat dasar terdiri daripada ayat penyata sementara ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat penyata dan juga ayat jenis ayat lain seperti ayat soalan.

2 Ayat Terbitan (Ayat Transformasi / Ayat Bukan Inti) Asraf (2007) dalam Penunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu mendefinisi ayat tranformasi ialah ayat lain yang kebanyakannya berasal daripada ayat inti tetapi dengan bentuk yang berubah atau sekurang-kurangnya maknanya berubah.10. Koutsoudas (1966) dan Paul Roberts (1964). ayat transformasi dua dasar dan ayat transformasi berdasar banyak. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . 1975) Asraf. Asraf (1974) membahagikan ayat tranformasi kepada ayat tranformasi satu dasar. Koutsoudas dan Asraf jelas menyatakan yang ayat transformasi hanya mengubah bentuk atau strukturnya sahaja. atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman. Pembahagian ayat transformasi adalah berdasar pada huraian dan pemerian yang dilakukan oleh beberapa ahli linguistik bahasa Inggeris seperti A.3. (Lufti Abas. Koutsoudas (1966) menerangkan bahawa ayat transformasi yang sederhana disebut ayat single-base-transformation atau singularly transformation. Dalam bahasa Melayu. A. Menurutnya lagi. Proses gramatis ini melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa. penyusunan semula. Konsep yang diutarakan oleh A. Ayat terbitan yang juga dikenali ayat transformasi ini terhasil apabila terlaksananya suatu proses gramatis. Samsuri (1978) mengemukakan 3 jenis transformasi iaitu transformasi tunggal (daripada istilah singularly transformation) yang sama maksud dengan transformasi satu dasar. iaitu ayat yang terbit daripada satu ayat lain (ayat inti –P) atau ayat yang dikatakan Asraf (1978) sebagai ayat selapis yang berubah struktur atau bentuknya daripada struktur atau bentuk inti tetapi tidak terjadi daripada dua ayat. Lufti Abas dan Samsuri menghasilkan huraian yang lebih tuntas dan padat tentang ayat transformasi. transformasi gabungan dan transformasi rapatan. Ayat Transformasi atau ayat bukan inti ialah ayat yang dihasilkan oleh rumus – rumus struktur frasa (dengan atau tanpa tranformasi wajib) bersama-sama dengan tranformasi bebas (tranformasi pilihan). ayat terbitan ini terhasil melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran. transformasi tunggal didasari oleh hanya satu penanda frasa.

3.2.10.Pengguguran Kata Nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama a) Pengguguran frasa nama sebagai subjek l. Dia sangat pandai + Dia rajin belajar Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar Dia sangat pandai kerana rajin belajar ii.Pengguguran frasa nama sebagai subjek b.Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif d. Kamu keluar ii. Awak semua pergi dari sini keluar! pergi dari sini! ll.Pengguguran frasa predikat c. contoh: i.1 Konsep Pengguguran Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu dan dengan demikian pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud. Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. Contohnya: i. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis pengguguran: a. Adik saya cerdik + Adik saya pemalu Adik saya cerdik tetapi adik saya pemalu Adik saya cerdik tetapi pemalu ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Frasa adjektif yang serupa Abang saya sangat rajin. Sepupunya belajar di Pahang a. Dia dan isterinya masih di kampung. Abang Ali sangat rajin. Dia masih di kampung. Pengguguran seluruh frasa predikat Frasa Predikat Contoh ayat Arifah belajar di Pahang.Frasa sendi nama yang serupa Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung.Frasa nama yang serupa Encik Abu guru sekolah.b) Pengguguran frasa predikat Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan. d. c. Isterinya masih di kampung. Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan maka semua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan. Puan Milah guru sekolah Encik Abu guru sekolah dan puan Milah guru sekolah Encik Abu dan puan Milah guru sekolah. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .Frasa kerja yang serupa Arifah belajar di Pahang dan sepupunya belajar di Pahang Arifah dan sepupunya belajar di Pahang b. Abang saya sangat rajin dan abang Ali sangat rajin Abang saya dan abang Ali sangat rajin. l.

Tabiat merokok membahayakan kesihatan. frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan.c) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif. Kereta yang hijau itu pilihan saya. d) Pengguguran Kata Nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) + penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya. Nani membeli baju itu. ii. Nani membeli baju yang cantik itu. Merokok membahayakan kesihatan. Yang hijau itu pilihan saya. Baju itu cantik. yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. ii. Bersenam boleh menyihatkan badan. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Nani membeli yang cantik itu. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. Contoh: i. Kereta itu hijau. Kereta itu pilihan saya. Contoh: i.

Untuk memahami jenis-jenis penyusunan semula contoh-contoh di bawah: tersebut.2 Proses Penyusunan Semula Dalam proses penyusunan semula bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu.2.10. Proses penyusunan semula ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada kata-kata tertentu. penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. (Frasa nama sebagai objek) Orang itu pergi ke Pasir Mas Ke Pasir Mas orang itu pergi. ( Ayat songsang ) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . (Frasa nama sebagai subjek) Allah mengurniai kita rahmat Allah mengurniakan rahmat kepada kita.3. cuba anda perhatikan Ayat Asal Adik membaling bola itu Penyusunan Semula Bola itu dibaling oleh adik. c) Penyusunan semula melalui ayat songsang. Namun demikian proses penyusunan semula ini tidak membawa perubahan pada makna ayat. Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula iaitu: a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek. B) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.

2. Mereka melaporkan . Budak itu menangis.10. Guru kelas tidak hadir. ( Frasa nama sebagai subjek ) Osman mengusik budak itu. Ayah sakit perut. ( Proses komplementasi ) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .Terdapat beberapa jenis peluasan ayat dalam bahasa Melayu .3 Proses Peluasan Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu.( Kata hubung ) Mereka melaporkan bahawa guru kelas tidak hadir.3. Osman mengusik budak yang menangis itu. ( Frasa predikat ) Ayah tidak pergi kerja kerana sakit perut. cuba anda perhatikan contoh-contoh di bawah: Ayat Asal Budak itu adik saya. Budak itu membaca buku Peluasan Budak yang membaca buku itu adik saya. iaitu: a) Peluasan frasa nama sebagai subjek b) Peluasan frasa predikat c) Peluasan dengan kata hubung d) Peluasan melalui proses komplementasi Untuk memahami proses peluasan tersebut. Ayah tidak pergi kerja.

® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 .

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan (2008). Bhd. Bhd. Bhd. Permulaan Ilmu Linguistik. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Bhd. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. Intonasi Dalam Hubungan Dengan Sintaksis Bahasa Melayu. Teori Linguistik. Awang Sariyan (2002). Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana Sdn. Ali Mahmood. Selangor: Penerbitan Sarjana Sdn. HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya: ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . Alias Mohammad Yatim (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Abdullah Hassan (2006). Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bhd. Bhd. Pengantar Teori Sintaksis.RUJUKAN Abdul Hamid Mahmood (2006). Asraf Abdul Wahab (2007). Asmah Haji Omar (2008). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Seman Salleh dan Zainal Abidin Kasim (2007). Sintaksis Dialek Kelantan. Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (2004). Sintaksis. Asraf Wahab (1988). Bhd. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Sasbadi Sdn. Nahu Melayu Mutakhir. Abdullah Hassan dan Seri Lanang Jaya Rohani (2006). Morfologi. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Asmah Haji Omar (1993). Arbak Othman (1984). Arbak Othman (1980). Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. Ceritera Bahasa. HBML 3503 Pengantar Linguistik Am.

Ismail Salleh (1993). Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia. Bhd. ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 Kuala Lumpur: . Imran Ho Abdullah dan Idris Aman (2007). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Isa Hassan (1993). Onn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Kajian Bahasa. Che Ibrahim Salleh (2008). Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bloomfield. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sabran dan Rahim Syam (1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Salleh dan Rahim Aman (2007). Ramli Md. Nik Safiah Karim. Seni Karya Nahu dalam Jurnal Bahasa. Lufti Abas (1985). Binaan dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. dalam Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia. Ramli Hj. L. BBM 3203 Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Linguistik: Teori dan Aplikasi. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Nor Hashimah. Jakarta: Balai Pustaka. Frasa Kerja dalam Bahasa Melayu. Linguistik Melayu. Siti Hajar Abdul Aziz (1996). Raja Mukhtaruddin Raja Dain (1986). Language. Zulkifley Hamid. Sintaksis Bahasa Melayu. Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Tinjauan Ringkas tentang Analisis Wacana dalam Sejarah Pemerian Tatabahasa Melayu dalam Jurnal Dewan Bahasa. Raminah Hj. Harimurti Kridalaksana (1983). Tatabahasa Pegangan. Hashim Hj. Kamus Dewan Edisi Baharu (2008). Hassan Alwi (2000). Dewan Bahasa dan Pustaka. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Musa (1993). Salleh (1995). (1935). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tradisi dan Inovasi dalam Penyelidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. London: Allen & Unwin. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara. Serdang: Penerbitan UPM.Azhar M. Farid M. Simin (1983).

-13. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Aspek Nahu Praktis Bahasa Melayu. Zaharani Ahmad (2008).2008.iiu. Afiks) Laman Sesawang: Http://www.my/mascitah/pengaplikasian. Za‟ba (2000). Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris”) ® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 . (Tajuk: „Prefiks‟) Laman Sesawang: Http://staff. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.doc.org/ber_prefix.8. Sumber Internet: Laman Sesawang: Http://id.wikipedia. (Tajuk: „Pengaplikasian Morfologi Bahasa Melayu‟) Sumber Jurnal: Zaharin Yusoff (Universiti Sains Malaysia. Sufiks.wilta. -13. Malaysia) (Tajuk Artikel: “Cintailah Bahasa Kita”) Deny Arnos Kwary (Univerisitas Sumatera Utara. Indonesia) (Tajuk Artikel: “ Delapan Jenis Afiks : Analisis Afiks Bahasa Arab.htm.org/wiki/Infiks (Tajuk : Infiks. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-3.edu.8.Zainal Abidin Ahmad.2008.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful