P. 1
Sistem Pendidikan Jepun Semasa Pemerintahan Meiji

Sistem Pendidikan Jepun Semasa Pemerintahan Meiji

|Views: 855|Likes:
Published by Jeceka

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Jeceka on Mar 03, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/31/2015

pdf

text

original

Sistem pendidikan Jepun Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan pada 1871 semasa di bawah pemerintahan Meiji dalam usaha

meninggikan bidang pendidikan di Jepun. Bincangkan perananperanan dimainkan oleh kementerian berkenaan. Pengenalan Pemerintahan Meiji (1868-1912) merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah Jepun. Zaman pemerintahan Meiji memperlihatkan kemajuan atau perkembangan dalam sistem pendidikan di Jepun. Semasa pemerintahan Meiji, bidang pendidikan mengalami perubahan yang besar iaitu berlakunya trnsformasi daripada sistem pendidikan feudal kepada sistem pendidikan moden ala Barat. Pemimpin-pemimpin Meiji telah menyedari bahawa pelajaran dan pendidikan merupakan suatu alat penting bagi transformasi Jepun kepada sebuah kuasa ekonomi dan militari yang termoden.1 Dengan kata lain, pelajaran dan pendidikan merupakan kunci dalam pembinaan sebuah negara yang kukuh dari segi ekonomi dan ketenteraan.2 Pada tahun 1871, sebuah Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan dan langkah-langkah telah diambil untuk mewujudkan sistem pelajaran yang sama dan sekata di Jepun. Penubuhan Kementerian Pelajaran ini banyak memainkan peranan kritikal yang mengubah imej Jepun kepada sebuah negara yang mempunyai taraf pendidikan yang tertinggi di dunia sehingga ke hari ini. Jepun menduduki tempat kedua sebagai negara yang mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di dunia selepas Korea Selatan.3 Peranan-peranan Kementerian Pelajaran Sistem pendidikan seragam Kementerian Pelajaran yang ditubuhkan pada 1871 ketika pemerintahan kerajaan Meiji juga turut bertanggungjawab menggubal dasar sistem pendidikan yang bersifat seragam. Antara sebab utama perlunya dasar ini diwujudkan ialah pertamanya, langkah ini akan memudahkan pihak kementerian melakukan pemantauan untuk mengenal pasti keberkesanan dasar-dasar lain yang telah dipraktikkan dalam sistem persekolahan tersebut. Pada masa yang sama, pihak kementerian akan dapat memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan setiap

1 2

M. Rajendran 1988. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd. hlm. 66. Ibid. hlm. 66. 3 Berita Harian, 2 Disember 2002.

1

Sistem pendidikan Jepun dasar yang digubal. Selain itu, sistem pendidikan seragam akan melancarkan pengurusan sistem pendidikan secara keseluruhannya. Keseragaman sistem pendidikan ini termasuklah dalam aspek usia yang diperuntukan kepada seseorang individu untuk menerima pelajaran, insfrastruktur, kaedah pengajaran, buku teks, penyeragaman ilmu Barat dengan ilmu di Jepun, dan sebagainya. Aspek keseragaman ini dilihat lebih berasaskan prinsip nasionalisme serta penyerapan kebudayaan Barat yang bersifat selektif. Dalam erti kata lain, pendidikan di Jepun telah menjadikan sistem pendidikan Barat sebagai model dalam sistem pendidikan mereka. Sebagai langkah awal penyeragaman, Kementerian Pendidikan telah membuat pengumuman bahawa sebanyak lapan kawasan pembelajaran dan pendidikan akan dibahagikan daripada keseluruhan kawasan di Jepun untuk membentuk satu struktur pendidikan yang teratur dan mudah diselenggara. Dalam setiap kawasan ini, Kementerian Pelajaran mengkehendaki sebuah universiti dibina untuk kemudahan penduduk Jepun yang ingin menyambung pelajaran pada peringkat tinggi. Selain itu, bagi setiap kawasan juga dibina sebanyak 32 buah sekolah yang merangkumi sekolah menengah. Sementara itu, sebanyak 210 buah sekolah rendah pula dibina di setiap kawasan yang telah dibahagikan bagi keperluan pendidikan awal anak-anak mereka. Pembahagian ini dilakukan bagi memastikan setiap penduduk Jepun menerima pendidikan yang sewajarnya. Ini kerana sebelum ini hanya lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan dan popular sahaja yang menyediakan peluang pendidikan kepada kanak-kanak Jepun. Sedangkan masih ramai yang tidak berpeluang menerima pendidikan kerana tidak disediakan keperluan asas di kawasan-kawasan yang terpencil ini. Ini akan menyekat keintelektualan generasi muda Jepun dan menyukarkan proses pemodenan Meiji. Oleh itu, inilah relevannya mengapa Kementerian Pelajaran melakukan pembahagian ini, yakni supaya semua generasi Jepun mendapat pendidikan yang seragam dan sama rata. Dari aspek usia, semua kanak-kanak yang berumur enam tahun ke atas diwajibkan menerima pendidikan dengan menghadiri kelas di sekolah.4 Ibu bapa diwajibkan untuk memastikan anak-anak mereka bersekolah supaya tidak ada antara mereka yang tercicir dalam pembangunan diri. Jepun dianggap sebagai negara pertama yang menjalankan dasar seperti itu. Hasil daripada penyeragaman ini, pada tahun 1880, sebanyak 28,000 sekolah rendah telah dibina. Manakala, seramai lebih dua juta murid telah mula bersekolah di sekolah-sekolah yang telah disediakan. Sementara itu, pada tahun 1886, Menteri Pelajaran yang berada di bawah pentadbiran Mori Arinori telah melakukan pelbagai pembaharuan yang berkaitan

4

Joginda Singh Jessy 1978. Sejarah China dan Jepun. Pulau Pinang: Adabi Publishing Sdn. Bhd. hlm. 150.

2

Sistem pendidikan Jepun penyeragaman sistem pendidikan. Antara pembaharuan yang dilakukannya termasuklah penyeragaman dalam sekolah rendah. Dalam penyeragaman ini, tempoh pengajian pada tahap sekolah rendah adalah selama lapan tahun untuk semua sekolah, tanpa ada pengecualian. Hal yang sama juga berlaku di sekolah menengah. Tetapi, tempoh pengajian di sekolah menengah adalah selama empat tahun sahaja. Ini bererti, tempoh masa seseorang melalui alam persekolahan ialah selama dua belas tahun sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti ataupun memasuki alam pekerjaan. Penyeragaman juga tidak terkecuali bagi sekolah-sekolah teknikal peringkat tinggi, sekolah ketenteraan dan sebagainya. Dari segi jantina pula, budak-budak lelaki dan perempuan diwajibkan memasuki sekolah rendah seawal umur enam tahun5. Sementara itu, Jepun yang telah mengubah dasar daripada dasar tutup pintu kepada dasar terbuka telah membuat satu pembaharuan dalam bidang pendidikan berkaitan dengan penguasaan ilmu dari negara luar khususnya negara Barat. Melalui Kementerian Pelajaran dengan dasar penyeragaman pendidikan dalam konteks penyeragaman ilmu antara Jepun dengan dunia Barat, beratus-ratus penuntut Jepun telah dihantar ke luar negeri untuk mempelajari ilmu-ilmu seperti sains, pentadbiran serta teknik perindustrian dari Barat. Hingga tahun 1902, hampir 11,000 pasport pelajar telah dikeluarkan. Dalam aspek pengajaran pula, pihak kerajaan telah mengupah tenaga sebilangan besar pakar, golongan profesional, pakar teknologi Barat dan lain-lain untuk mengajar berbagai-bagai kemahiran kepada rakyat Jepun di dalam negeri dengan harapan segala kemahiran yang ada di Barat akan turut ada di Jepun.6 Sebenarnya, dasar menyeragamkan pendidikan Barat dengan pendidikan di Jepun ini bersesuaian dengan Sumpah Piagam Diraja 1868 berkaitan Perkara (i) iaitu pencarian ilmu dari segenap pelosok dunia. Melalui piagam tersebut, kerajaan Meiji menghantar 100 delegasi Jepun ke Amerika dan Eropah dengan matlamat tersiratnya untuk menyelongkar kekuatan negara-negara tersebut. Dari situ, mereka telah melihat bagaimana Barat menguruskan sistem mahkamah, sekolah, kilang-kilang, dan sebagainya. Sebagai jalan untuk mempercepatkan proses pemodenan, kerajaan telah membawa masuk seramai 3000 penasihat Barat yang terdiri daripada jurutera, juruteknik, guru, penasihat undang-undang dan sebagainya. Mereka inilah yang melatih para muda mudi Jepun dan beberapa tahun kemudian mereka yang mendapat latihan ini menggantikan peranan orang Barat ini. Sebagai tindakan susulan melalui penyeragaman pendidikan, kerajaan Meiji telah menghantar pelajar-pelajar mereka ke negaranegara Barat ini.
5 6

Joginda Singh Jessy 1978. Sejarah China dan Jepun. Pulau Pinang: Adabi Publishing Sdn. Bhd. hlm. 140. Diperoleh pada September 15, 2008 daripada http://www.scribd.com/doc/2579073/PEMODENAN-MEIJI-baru

3

Sistem pendidikan Jepun Kesan daripada penyeragaman ini, pendidikan pada zaman Meiji mencapai tahap yang membanggakan malah setanding dengan sistem pendidikan yang terdapat di Barat. Salah satu kesan penting yang terhasil daripada penyeragaman pendidikan ini ialah wujudnya sistem undang-undang moden yang membuka mata rakyat Jepun untuk mengkaji semula perjanjianperjanjian tidak adil dan berat sebelah yang telah ditandatangani antara Jepun dengan kuasakuasa Barat dalam tahun 1850-an dan 1860-an. Selain itu, penyeragaman pendidikan juga telah meningkatkan tahap keintelektualan masyarakat Jepun dan sekaligus memperlihatkan penghasilan teknologi-teknologi moden di negara tersebut. Penggubalan sistem pendidikan ala Barat Penubuhan Kementerian Pelajaran pada tahun 1872 adalah bertujuan untuk menggubal satu sistem pendidikan moden untuk negara Jepun. Dalam usaha mewujudkan sistem pendidikan yang moden untuk seluruh negara, kementerian telah mewujudkan satu kumpulan untuk mengkaji sistem pendidikan di Barat yang sesuai untuk diamalkan di Jepun terutamanya sistem pendidikan dari Amerika. Sebenarnya maklumat terperinci tentang sistem pendidikan Amerika dan sistem pendidikan Barat telah diperkenalkan sebelum wujudnya Kementerian Pelajaran lagi. Misalnya, buku Fukuzawa Yukichi iaitu Western World (Seiyo Jijo) telah diterbitkan pada tahun 1867 mengandungi beberapa bentuk sistem pendidikan di Barat. Dalam tahun 1869, sebuah buku yang diterjemahkan oleh Uchida Masao adalah berkaitan tentang sistem pendidikan Belanda (Oranda Gakusei) dan dalam tahun 1870 pula terdapat satu terjemahan oleh Obata Jinzaburo iaitu kepelbagaian Western School Standards (Seiyo Gakko Kihan).7 Sejak penubuhan Kementerian Pelajaran, kementerian ini telah mengumpulkan beberapa dokumen dalam membuat perbandingan dalam sistem pendidikan Barat. Salah satunya adalah terjemahan oleh Kawazu Sukeyuki dan Sazawa Taro yang memberi satu gambaran sistem pendidikan orang Perancis (Fukkoku Gakusei) dan maklumat asal buku Perancis ini telah tersebar secara meluas semasa perancangan penubuhan sistem pendidikan dasar disebabkan ramai tokoh yang memberi pernghargaan tinggi terhadap sistem pendidikan Perancis ini. Dengan ini Kementerian Pelajaran telah mendasarkan pentadbiran pendidikan mengikut contoh dari Perancis iaitu suatu sistem pendidikan berpusat di bawah penguasaan Kementerian Pendidikan sendiri.8
7

Inazo Nitobe 1973. The Japanese Nation: Its Land, Its People and Its Life. Wilmington Delaware: Scholary Resources Inc. hlm. 181-183. 8 Herbert Passin 1989. Masyarakat dan Pendidikan di Jepun (Rustam A. Sani, Terjemah). Kuala Lumpur:

4

Sistem pendidikan Jepun Berdasarkan kajian tentang kepelbagaian Western School Standards dari pelbagai bahagian dunia yang telah dibuat sebelum penubuhan Kementerian Pelajaran lagi telah mendapati sistem Perancis dalam pentadbiran berpusat sesuai dengan pemikiran yang bersifat berpusat dalam kalangan pemimpin muda Meiji, berbanding dengan sebarang sistem lainnya. Walau bagaimanapun, timbul beberapa masalah dalam usahanya terutamanya dari segi beban kewangan. Masalah kewangan inilah yang membawa kepada pembiayaan sendiri oleh rakyat dalam pendidikan dasar. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1880 peraturan ini tidak dapat dilaksanakan dan badan-badan tempatan diarahkan supaya menyediakan biaya untuk sekolah-sekolah tersebut. Dengan ini, sepanjang zaman Meiji sebahagian besar perbelanjaan awam telah diperuntukkan untuk pendidikan.9 Pengaruh Amerika pula begitu kuat dari segi kurikulum dan kaedah. Hal ini kerana kebanyakkan pelopor dalam sistem pendidikan moden di Jepun mempunyai pengaruh yang kuat dalam sistem dari Amerika serta mempunyai hubungan langsung dalam sistem ini misalnya Mori Arinori dan Tanaka Fujimaro. Dalam hal ini perkembangan yang paling penting dalam membawa masuk pengaruh Amerika dari segi kurikulum dan kaedah adalah peranan yang dimainkan oleh Tanaka selepas dilantik sebagai Naib Menteri Pelajaran pada tahun 1973. Pengaruh Amerika begitu jelas kelihatan pada sekolah normal campuran lelaki dan perempuan yang digunakan asas sistem persekolahan dalam kalangan sekolah-sekolah normal.10 Sebelum dilantik menjadi Naib Menteri Pelajaran, beliau telah mengikut misi Iwakuru ke Eropah dan Amerika sebagai salah seorang setiausaha. Sebelum kembali ke Jepun pada Mac 1873, beliau telah melawat beberapa buah negara dan lebih memberi tumpuan kepada keadaan tentang sistem pendidikannya. Berdasarkan pengalamannya itu, beliau telah membuat satu laporan yang dikenali sebagai Riji Kotei, yang merupakan satu laporan terperinci tentang sistem pendidikan dan amalan-amalan dalam pendidikan di Barat dan telah dibentangkan kepada kerajaan. Laporan tersebut merupakan satu laporan organisasiorganisasi sekolah di Amerika, England, Perancis, Belgium, Jerman, Belanda, Switzerland, Denmark dan Rusia. Atas sumbangan beliau ini, dalam tahun tersebut juga beliau telah dilantik menjadi Naib Menteri Pendidikan. Sejurus selepas perlantikan beliau, dia dengan segera membawa David Murray dari Universiti Rutger ke Jepun sebagai penasihatnya. Ini

Yayasan Penyusunan Ilmu. hlm. 87-88. Ibid. hlm. 87-88. 10 Ibid. hlm. 89.
9

5

Sistem pendidikan Jepun berikutan minat yang dimainkan oleh Murray dalam mengatasi masalah pendidikan di Jepun.11 Berikutan ketibaan beliau ke Jepun pada bulan Jun 1873 sebagai penasihat dalam pendidikan, beliau telah dilantik Penguatkuasa dalam pendidikan pada bulan Oktober tahun tersebut. Dalam bulan Disember 1873, beliau telah membentangkan laporan pertamanya sebagai penguatkuasa dalam pendidikan kepada Kementerian Pelajaran dengan merangka beberapa pendapatnya dalam pembaharuan sistem pendidikan di Jepun. Pada bulan Februari 1975, beliau telah membentangkan laporan keduanya tentang pemeriksaan terhadap kemudahan dalam pendidikan di kawasan yang terpencil. Berdasarkan laporan ini, beliau merumuskan beberapa pendapat tentang pendidikan. Beliau menentang keras pendapat sesetengah tokoh politik yang hendak meluluskan satu bentuk perubahan yang radikal dalam kurikulum pendidikan dan menasihatkan supaya perubahan perlu dibawa secara beransuransur dan lebih memberi tumpuan kepada nilai moral dan warisan negara Jepun.12 Pada tahun 1876, Murray dan Tanaka telah mengunjungi Pameran Seratus Tahun Philadelphia di Amerika sempena ulang tahun kemerdekaan Amerika. Mereka telah membelanjakan wang yang banyak di Boston untuk membeli satu set perabot sekolah dan bahan pengajaran yang digunakan di sekolah-sekolah di sana. Inilah yang membawa kepada perubahan dalam bilik-bilik darjah di Jepun berdasarkan kepada sekolah-sekolah di Boston dalam tahun 1870-an.13 Dalam buku bacaan asas yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran, kebanyakannya merupakan terjemahan langsung karya-karya Eropah terutamanya Amerika malahan dalam subjek pendidikan moral juga. Misalnya, buku-buku bacaan asas yang disediakan pada tahun 1873 hampir keseluruhannya diambil daripada buku-buku Amerika iaitu Wilson Readers. Terdapat juga buku terjemahan karya orang Inggeris iaitu Chambers dalam salah sebuah buku teks pendidikan moral yang begitu meluas penggunaannya. Selain itu, terdapat juga buku bacaan yang penting terjemahan daripada buku Perancis yang membincangkan persoalan yang begitu asing bagi pengalaman Jepun, seperti sistem parlimen Republik Perancis dan agama Kristian.14
11

Sebelum tiba di Jepun, beliau telah membantu beberapa orang pelajar dari Jepun yang datang melawat ke Amerika yang telah diuruskan oleh Guido F. Verbeck (1830-1897). Berkat pengalaman beliau bersama-sama pelajar ini telah menarik minat beliau dalam masalah pendidikan di Jepun. 12 Inazo Nitobe 1973. The Japanese Nation: Its Land, Its People and Its Life. Wilmington Delaware: Scholary Resources Inc. hlm. 181-183. hlm 181. 13 Herbert Passin 1989. Masyarakat dan Pendidikan di Jepun (Rustam A. Sani, Terjemah). Kuala Lumpur: Yayasan Penyusunan Ilmu. hlm. 90. 14 Herbert Passin 1989. Masyarakat dan Pendidikan di Jepun (Rustam A. Sani, Terjemah). Kuala Lumpur: Yayasan Penyusunan Ilmu. hlm. 90.

6

Sistem pendidikan Jepun Dengan ini, adalah jelas pengaruh Barat begitu kuat dalam kurikulum dan kaedah di Jepun terutamanya pengaruh Amerika serta peranan yang dimainkan oleh Tanaka yang membawa masuk Murray bagi memperbaiki struktur pendidikan di Jepun. Murray telah berada di Jepun sehingga tahun 1878 apabila kepercayaan terhadap anasir-anasir yang agak kolot dapat dihapuskan secara beransur-ansur. Pendidikan untuk wanita Sistem pendidikan untuk wanita di Jepun bermula seawal kanak-kanak. Pada tahun 1872 dengan bahasa utama ialah bahasa Jepun, kerajaan Meiji mengisytiharkan pendidikan sekolah rendah adalah selama enam tahun dan wajib bagi semua kanak-kanak lelaki dan perempuan.15 Selepas pendidikan sekolah rendah selama enam tahun, pelajar berhadapan dengan pemisahan aliran.16 Ini merupakan fasa terpenting selepas tamatnya pendidikan selama enam tahun untuk sekolah rendah. Pemisahan aliran ini setelah dilakukan menjadi amat sukar dan mustahil untuk menukar aliran yang dipilih kepada aliran lain. Kepimpinan Meiji turut membangunkan pandangan berbeza yang lebih tepat tentang nilai pembelajaran untuk murid perempuan dan lelaki. Pada dekad pertama sistem pendidikan yang baru, kadar kehadiran untuk budak sekolah perempuan adalah pada kadar 25 hingga 50 peratus daripada penduduk yang layak.17 Menjelang tahun 1905, 93 peratus murid perempuan menghadiri sekolah asas seperti yang diperuntukkan undang-undang.18 Pemisahan paling besar dalam sistem pendidikan Jepun semasa pemerintahan Meiji selepas tamat sekolah rendah ialah pemisahan antara murid lelaki dengan murid perempuan.19 Pendidikan sekolah menengah di Jepun semasa pemerintahan Meiji ialah pendidikan yang bukan bersifat campuran antara lelaki dan perempuan ataupun coeducational20. Pelajar perempuan bersekolah di sekolah menengah di sekolah khusus untuk perempuan (dikenali sebagai “sekolah tinggi perempuan”). Pelajar lelaki pula menyambung pelajaran di institusi untuk lelaki yang terkemuka. Pendidikan sekolah menengah di Jepun adalah selama lima tahun.

15

Gordon, Andrew 2003. A Modern History of Japan: From Tokugawa Times to the Present. New York: Oxford University Press. hlm. 67. 16 Moore, Joe & Oldfather, Felicia 1973. Imperial Japan, 1800-1945. New York: Random House, Inc. hlm. 257. 17 Gordon, Andrew 2003. A Modern History of Japan: From Tokugawa Times to the Present. New York: Oxford University Press. hlm. 68. 18 Ibid. hlm. 68. 19 Moore, Joe & Oldfather, Felicia 1973. Imperial Japan, 1800-1945. New York: Random House, Inc. hlm. 257. 20 Ibid. hlm. 257.

7

Sistem pendidikan Jepun Pada tahun 1880-an dan 1890-an, pendidikan tinggi semakin meluas. “Sekolah biasa” melatih pelajar termasuklah pelajar wanita untuk kerjaya sebagai guru.21 Minoriti kecil murid sekolah menengah menyambung pendidikan dengan menghadiri sekolah tinggi awam dan persendirian.22 Beberapa daripada sekolah ini berperanan dalam mendidik wanita muda. Dalam tahun 1889, kerajaan mengkehendaki setiap daerah menubuhkan sekurang-kurangnya satu sekolah tinggi untuk perempuan.23 Beberapa kumpulan misionari Barat turut membuka sekolah tinggi untuk wanita muda. Tahap seterusnya ialah peralihan daripada sekolah menengah kepada sekolah prauniversiti (university-preparatory school) atau “sekolah tinggi” (kōtōgakkō) selama tiga tahun.24 Pada masa peralihan ini pelajar berhadapan dengan aliran yang paling radikal. Disebabkan kemudahan untuk pendidikan tinggi jauh di bawah permintaan, persaingan adalah ganas dan kejam. Hanya satu daripada 13 pelajar lepasan sekolah menengah yang dapat memasuki sekolah tinggi dan hanya satu daripada 25 pelajar yang dibenarkan menyambung ke sekolah tinggi yang berprestij yang membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Diraja (Imperial University). Terdapat tujuh kali lebih banyak pemohon daripada pembukaan untuk masuk ke universiti. Peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi adalah amat sukar disebabkan persaingan yang amat sengit.25 Peringkat menyambung pelajaran ke universiti ini adalah amat penting dan menentukan masa depan pelajar. Jika tidak dapat menyambung pelajaran ke universiti, pelajar tidak akan dapat memasuki saluran yang lebih tinggi untuk bidang pekerjaan sama ada perniagaan atau sektor kerajaan. 26 Hal yang sama turut berlaku kepada pelajar perempuan. Kegagalan untuk menyambung pelajaran ke universiti menyebabkan kehidupan pelajar kelak akan menjadi tidak terjamin. Tekanan terhadap kepentingan pendidikan sangat tinggi dalam kalangan pelajar termasuk juga dalam kalangan pelajar perempuan.27 Malahan para ibu bapa pelajar sendiri turut berhadapan dengan tekanan yang amat tinggi kerana mereka amat takut dan cemas sekiranya anak mereka gagal dalam peperiksaan. Para pelajar menerima tekanan yang amat tinggi daripada peperiksaan yang bakal dihadapi. Peperiksaan ini seringkali digelar shiken jigoku atau “examination hell”. Terdapat pelajar yang membunuh diri sekiranya gagal dalam
21

Gordon, Andrew 2003. A Modern History of Japan: From Tokugawa Times to the Present. New York: Oxford University Press. hlm. 106. 22 Ibid. hlm. 106. 23 Ibid. hlm. 106. 24 Moore, Joe & Oldfather, Felicia 1973. Imperial Japan, 1800-1945. New York: Random House, Inc. hlm. 258. 25 Ibid. hlm. 258. 26 Ibid. hlm. 258. 27 Ibid. hlm. 258.

8

Sistem pendidikan Jepun peperiksaan.28 Sistem pendidikan di Jepun ini menunjukkan betapa tingginya perasaan ego dalam masyarakat Jepun yang tidak sanggup berhadapan dengan kegagalan termasuk juga pelajar yang gagal dalam peperiksaan. Saluran pendidikan yang kedua atau dikenali sebagai “second-chance” sekiranya gagal sememangnya ada contohnya seperti kentei-shiken (licensing examination).29 Pelajar lepasan bukan sekolah menengah boleh menyambung pelajaran ke sekolah yang lebih tinggi atau kolej atau sekolah biasa yang menuju kepada “sekolah tinggi normal” dan daripada itu mereka boleh menyambung pelajaran ke universiti sama ada universiti untuk seni atau universiti untuk sains. Pendidikan tertinggi untuk wanita yang telah mengambil aliran sekolah khusus untuk perempuan ialah “universiti wanita” yang sama taraf dengan semmongakkō atau “colleges”.30 Banyak antara pelajar wanita yang bercita-cita tinggi tidak dapat memasuki universiti di Jepun menyambung pelajaran di luar negara khususnya di Amerika Syarikat untuk sekolah tinggi. Penerapan unsur patriotisme Ironinya, seiring dengan perkembangan peranan yang dimainkan oleh Kementerian Pelajaran, tidak terkecuali unsur patriotisme juga turut diterapkan dalam sistem pendidikan di Jepun. Hal ini dapat dibuktikan pada tahun 1872 iaitu satu undang-undang telah diwujudkan yang mewajibkan kanak-kanak daripada semua lapisan masyarakat yang berumur enam tahun diberi pendidikan rendah selama enam tahun. Kanak-kanak sekolah ini selain diajar mata pelajaran, mereka juga diajar perkara-perkara yang ada hubungan dengan pendidikan. Mereka dididik supaya menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada maharaja, bangsa dan juga semangat cintakan negara yang dikenali sebagai ‘Kokutai’.31 Di sekolah rendah juga, kerajaan memberi perhatian kepada penggubalan buku teks mengikut kehendak negara, mengawal latihan perguruan, kenaikan pangkat dan sebagainya.32 Selain itu, penerapan unsur patriotisme juga dapat dilihat melalui usaha terjemahan buku-buku berbahasa asing yang bermutu tinggi dalam bidang-bidang sains, teknik, sejarah dan juga politik ke dalam bahasa Jepun seiring dengan manifestasi sistem pelajaran yang
28 29

Moore, Joe & Oldfather, Felicia 1973. Imperial Japan, 1800-1945. New York: Random House, Inc. hlm. 258. Ibid. hlm. 258. 30 Ibid. hlm. 259. 31 Maswari Rosdi 1983. Sejarah China dan Jepun Moden,1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd. hlm. 93. 32 Abu Talib Ahmad 2005. Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 183.

9

Sistem pendidikan Jepun sangat dipentingkan pada ketika itu iaitu mata pelajaran sains dan teknik.33 Hal ini dapat dilihat menerusi kebanyakan buku bacaan asas yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran merupakan terjemahan langsung karya-karya dari Eropah dan khususnya Amerika, terutamanya dalam pendidikan moral dan sains.34 Hal ini menunjukkan betapa usaha kerajaan Jepun pada ketika itu yang menyedari betapa pentingnya bahasa Jepun dalam memberi kekuatan identiti kebangsaan mereka dan menjadi lambang kepada semangat jati diri rakyat agar tidak terpengaruh dengan bahasa-bahasa Barat yang mungkin dianggap berstatus tinggi oleh rakyatnya. Pada tahun 1880-an, terdapat lebih banyak falsafah konservatif yang dimulakan untuk diterapkan dalam sistem pendidikan. Usaha kesedaran ini dibuat untuk menggantikan lebih banyak kebebasan, nilai-nilai individualistik yang diajar di sekolah dengan manfaat tradisional seperti kesetiaan kepada maharaja, patuh kepada ibu bapa, membuat kebajikan dan bertindak mengikut kewajaran. Sejarah Jepun pula dititikberatkan sebagai usaha untuk mendedahkan kepada para pelajar dengan manfaat yang dapat diperolehi di negara mereka sendiri dengan tujuan penerapan unsur patriotisme.35 Selain itu, melalui Titah Diraja mengenai pelajaran telah dikeluarkan pada tahun 1890. Perintah ini menghuraikan bahawa kepatuhan dan penghormatan kepada maharaja dan negara harus ditegaskan dalam kurikulum sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi di Jepun. Oleh itu, pelajaran bukan sahaja memberi latihan praktikal melalui kurikulum yang berorientasikan Barat tetapi juga memberi penekanan yang sama ke atas pendidikan pendidikan moral yang diasaskan di atas etika Kung Fu Tze seperti ketaatan, kepercayaan dan membuat kebajikan ditambah pula dengan semangat nasionalisme yang berpusatkan maharaja.36 Atas arahan Kementerian Pelajaran di bawah Inoue, satu salinan Titah Diraja ditempatkan di setiap daerah sekolah bersama-sama dengan gambar maharaja dan maharani.37 Walaupun Titah Diraja ini perlu dihafal dan difahami oleh para pelajar, ia hanya dibaca oleh pengetua sekolah pada acara perhimpunan rasmi sekolah seperti waktu pelajar mendapat ijazah dan pada Hari Kebangsaan.38 Bagaimanapun, ternyata kedua-dua unsur ini telah
33 34

Ibid. hlm. 93. Herbert Passin 1989. Masyarakat dan Pendidikan di Jepun (Rustam A. Sani, Terjemah). Kuala Lumpur: Yayasan Penyusunan Ilmu. hlm. 90. 35 Mikiso Hane 2001. Modern Japan, A Historical Survey, Third Edition. United States of America: Westview Press. hlm. 110. 36 M. Rajendran 1988. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd. hlm. 67. 37 Benson, J. & Matsumura, Taka O. 2001. Japan, 1868-1945 From Isolation to Occupation. United Kingdom: Longman. hlm. 133. 38 Ibid. hlm. 134.

10

Sistem pendidikan Jepun bergabung untuk menghasilkan masyarakat yang berpendidikan, berpelajaran serta bersemangat nasionalis yang menjadi satu aset yang bernilai kepada Kerajaan Meiji ke arah usaha untuk mengubah Jepun menjadi sebuah kuasa yang terkuat dan paling moden. Moral, patriotisme dan semangat hormatkan maharaja telah memberikan keistimewaan dalam melatih belia-belia Jepun. Sebagai kesannya, kesedaran mengenai baik-buruknya sesuatu budaya, yang mana telah dimanifestasikan dalam konstitusi dan perdebatan perundangan, telah dapat ditanam dalam minda generasi demi masa depan.39 Modenisasi Kementerian Pelajaran juga telah memperkenalkan pendidikan yang bersifat universal dan utilitarian. Mata pelajaran baharu yang diperkenalkan pada peringkat tertinggi ialah termasuk kejuruteraan mekanikal, undang-undang Perancis, ekonomi dan bahasa Inggeris. Menjelang tahun 1910, pendidikan sudah menjadi universal apabila yuran persekolahan dimansuhkan.40 Langkah memodenkan sistem pendidikan dapat dilihat menerusi langkah menubuhkan sekolah-sekolah awam yang mengikut sistem Amerika, peringkat universiti pula mengambil sistem Perancis manakala pelajaran vokasional pula menggunakan sistem dari Jerman.41 Namun demikian, dari segi kurikulum dan kaedah, pengaruh Amerika amatlah kuat. Mori Minori, Tanaka Fujimaro dan para pelopor sistem pendidikan moden lainnya yang berpengaruh bukan sahaja kenal dengan sistem pendidikan Amerika, bahkan juga mempunyai sedikit sebanyak hubungan langsung dengan sistem itu. Dalam hal ini, perkembangan yang paling penting ialah perlantikan Tanaka sebagai Naib Menteri Pelajaran pada tahun 1873. Beliau dengan segera membawa David Murray dari Universiti Rutgers menjadi penasihatnya dan Murray menetap di Jepun sebagai penasihat atau Pemeriksa Pendidikan sehingga pada tahun 1878. Selain dari Jerman, beberapa profesor telah diambil dari Britain dan Amerika Syarikat. Antara profesor yang terkenal ialah E. S Morse dari Harvard pada tahun 1877 dan Ernest Fenolossa dari Boston pada tahun 1878. Kerajaan juga telah bertindak mengupah sebilangan besar pakar-pakar, golongan profesional, pakar teknologi Barat dan lain-lain untuk mengajar berbagai-bagai kemahiran kepada rakyat Jepun. Penasihat dan guru berbangsa asing dibawa masuk dengan ramainya
39 40

Beasley, W. G. 1990. The Rise of Modern Japan. New York: St. Martin’s Press. hlm. 96. Abu Talib Ahmad 2005. Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 183. 41 Joginda Singh Jessy 1978. Sejarah China dan Jepun (Ghazali bin Basri, Sunting). Pulau Pinang: Adabi Publishing Sdn. Bhd. hlm. 150.

11

Sistem pendidikan Jepun sehingga pada tahun 1870-an, bilangannya dianggarkan mencapai 5,000 orang. Hal ini dapat dilihat melalui jumlah tenaga pengajar yang terdiri dari bangsa Inggeris mengajar di sekolahsekolah teknik yang ditubuhkan oleh Kementerian Kerja Raya untuk latihan kejuruteraan. Pengajaran di sekolah-sekolah tinggi adalah secara meluas diajar dan dilaksanakan dalam bahasa asing.42 Sekolah-sekolah tinggi, terutamanya sekolah-sekolah teknikal peringkat tinggi telah ditubuhkan mengikut bidang-bidang seperti perubatan, sains, ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan, perikanan dan lain-lain.43 Sebagai persiapan untuk mendapatkan bakal-bakal pemimpin, pegawai-pegawai yang berkebolehan, pakar-pakar dan pekerja-pekerja mahir, kerajaan Jepun telah menghantar ramai pelajar dan pemuda Jepun ke Eropah untuk menuntut pelbagai ilmu pengetahuan. Dalam tahun 1871, kira-kira 54 orang pelajar telah berangkat bersama-sama dalam rombongan Iwakura ke seberang laut. Mereka dihantar ke Britain untuk mempelajari aspek angkatan laut, perkapalan, perdagangan dan ke negara Jerman untuk mempelajari aspek tentera darat dan ilmu perubatan dan ke Amerika Syarikat untuk mempelajari perkara-perkara mengenai perdagangan dan ekonomi. Hubungan dengan organisasi lain Pemimpin-pemimpin Jepun menyedari bahawa Jepun tidak boleh selamanya bergantung kepada negara-negara Barat sebagai tempat bagi pelajar-pelajar Jepun melanjutkan pelajaran kerana ia memerlukan perbelanjaan yang begitu besar. Oleh itu, adalah perlu bagi Jepun mendirikan pusat-pusat pengajian tingginya sendiri dalam negeri. Hasil kesedaran ini, maka maktab-maktab dan universiti telah didirikan. Dalam usaha Jepun meningkatkan mutu pelajaran, baik kerajaan atau pihak swasta telah sama-sama memainkan peranan penting. Universiti yang pertama dan yang terkenal ialah Universiti Diraja Tokyo kepunyaan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1877. Dalam tahun yang sama, didirikan Junior Technical College yang bertujuan untuk melahirkan pekerja-pekerja mahir untuk memenuhi keperluan perkembangan perusahaan dalam negeri yang sedang membangun. Universiti swasta yang terkenal ialah Universiti Waseda yang diasaskan oleh Okuma Shigenobu dalam tahun 1882 dan Universiti Keio yang diasaskan oleh Fukuzawa Yukichi, seorang sarjana, guru dan juga penulis.44
42

Herbert Passin 1989. Masyarakat dan Pendidikan di Jepun (Rustam A. Sani, Terjemah). Kuala Lumpur: Yayasan Penyusunan Ilmu. hlm. 90. 43 M. Rajendran 1988. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd. hlm. 93. 44 Maswari Rosdi 1983. Sejarah China dan Jepun Moden,1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd. hlm. 94.

12

Sistem pendidikan Jepun Kerajaan juga telah menghubungkan sekolah dengan pelbagai organisasi tempatan bagi mengawal atau memantau kegiatan mahupun ideologi rakyat. Dengan cara begini, kerajaan berjaya mengawal perkembangan idea-idea seperti sosialisme dan komunisme yang dianggap bercanggah dengan kepentingan negara. Kerajaan kini tidak lagi perlu menggunakan kekerasan yang berlebihan dalam usaha mengawal rakyat berbanding dengan apa yang dilakukan di tanah jajahan seperti Taiwan atau Korea atau pada awal pemerintahan Meiji.45

Kesimpulan Peranan yang dimainkan oleh Kementerian Pelajaran terbukti telah membawa banyak perubahan besar kepada negara Jepun. Kementerian Pelajaran yang ditubuhkan pada tahun 1871 ini telah mengubah masyarakat Jepun kepada masyarakat yang celik huruf dan mempunyai tahap intelektual yang tinggi. Penekanan yang diberikan kepada kepentingan pendidikan oleh pemimpin-pemimpin Meiji merupakan langkah bijak yang membawa kemajuan dalam semua aspek merangkumi ekonomi, sosial dan ketenteraan. Sekiranya pemimpin Jepun semasa pemerintahan Meiji tidak melakukan pembaharuan dalam aspek
45

Abu Talib Ahmad 2005. Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 183.

13

Sistem pendidikan Jepun pendidikan, negara mereka tidak akan mengalami transformasi yang penting dan mereka akan mengalami nasib yang sama seperti negara China ataupun negara-negara lain yang dijajah oleh kuasa Barat. Pemodenan aspek pendidikan melalui Kementerian Pelajaran ini juga merupakan salah satu kunci kejayaan Jepun mengekalkan kemerdekaannya dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara Barat. Pemodenan dalam sistem pendidikan Jepun ini telah membawa kemajuan kepada negara Jepun dan mengubah Jepun menjadi sebuah kuasa yang terkuat dan termoden di dunia.

14

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->