You are on page 1of 5

Bola sepak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bola sepak

Pemain penyerang (Nombor 10) cuba menendang bola melepasi penjaga gol bagi mendapatkan gol.

Badan induk tertinggi FIFA

Nama samaran Football, Soccer, Futbol, Footy/Footie

Ciri-ciri

Contact Bersentuh

Ahli pasukan 11 pada satu masa

Kategori Indoor or Outdoor

Bola Bola sepak

Olimpik 1900

Penyerang (memakai baju merah) boleh menggelecek melepasi pertahanan (dalam baju putih).
Kemudian dia boleh memilih sama ada untuk memberikan satu tendangan ke arah gol; penjaga gol akan
cuba untuk menghentikan bola itu daripada memasuki gol.

Bola sepak (association football atau soccer) ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan
ditonton di dunia. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (B. Inggeris: International Federation of Association Football, B. Perancis: Fédération
Internationale de Football Association)

Isi kandungan [sorok]

1 Sejarah

2 Taktik

3 Cara permainan

4 Kejohanan antarabangsa
5 Lihat juga

6 Pautan luar

[sunting]Sejarah

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China
sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman
Pertengahan Eropah.

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan
yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih
teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza
itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah
ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-
undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi
Undang-undang Bola Sepak hari ini.

Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa
(International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan
ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara.
Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu
industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium.
Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat
biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion
pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak
pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan
pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang
biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya
yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan
tumbesaran dalam popularitinya.

Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia
merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan
Kenangan Dunia Lalu.

[sunting]Taktik
Maklumat lanjut: Kedudukan dan formasi bola sepak

Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol.


Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik
telah berubah. Mereka termasuklah:

pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.

pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang,
tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.

penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.

Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan
masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.

Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian spesifik di
padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan
pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan
kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain
berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir
perlawanan itu.

Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga
nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang
kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang.
Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.

Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.

[sunting]Cara permainan

Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang
pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada
pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di
antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki,
tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol
yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan
tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.

Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-
dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan
kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah
jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang
menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.

Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap
pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi
perlawanan.

[sunting]Kejohanan antarabangsa

Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang
diselenggarakan oleh FIFA. Piala Dunia diadakan setiap empat tahun sekali. Lebih dari 190 negara
bertanding di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir.
Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat minggu dan kini melibatkan 32
pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di
dalam Piala Dunia dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali.

[sunting]Lihat juga

Sistem liga

FIFA - Badan pentadbiran bola sepak tertinggi

Piala Dunia FIFA

Undang-Undang Permainan

cara-cara menyepak bola

[sunting]Pautan luar

Templat:Spoken Wikipedia-2

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Bola sepak

Wikinews mempunyai bahagian yang berkaitan:

Football

Federation Internationale de Football Association (FIFA)

The Current Laws of the Game (LOTG)


The Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation (RSSSF)

You might also like