You are on page 1of 8

.

2 PERSEKITARAN PERNIAGAAN
Leave a commentGo to comments
Persekitaran Perniagaan
Berdasarkan teori system, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat berdikari. Organisasi
perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi
pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Sebelum para peniaga merancang strategi perniagaan,
mereka perlu mengenali, menganalisa dan memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebih
dahulu. Namun, persekitaran perniagaan boleh ditinjau dari dua perspektif iaitu persekitaran
perniagaan dalaman dan persekitaran perniagaan luaran.

1.3.1   Persekitaran Tugas (Pihak-pihak Yang Berkepentingan)


Persekitaran perniagaan dalaman sesebuah organisasi perniagaan terdiri daripada elemen-elemen
perniagaan asas seperti pemilik perniagaan, pelabur, pekerja, pengguna dan pembekal. Elemen-
elemen ini berinteraksi dan mempunyai hubungan langsung dalam pem,bentukan polisi, prosedur-
prosedur dan system sesebuag organisasi perniagaan.

1.3.1.1            Pemilik Perniagaan
Pemilik perniagaan juga dikenali sebagai tuan punya atau towkay perniagaan. Pemilik perniagaan
terdiri daripada individu atau kumpulan-kumpulan individu yang telah menyumbangkan modal dan
memiliki organisasi perniagaan. Pada amnya, pemilik perniagaan yang mengendali dan menjalankan
operasi harian perniagaan. Penglibatan pemilik perniagaan secara langsung dalam operasi harian pasti
akan mempengaruhi perjalanan perniagaan.

1.3.1.2            Pelabur
Pelabur juga merupakan pemodal organisasi perniagaan. Pelabur terdiri daripada individu, syarikat,
institusi dan badan-badan yang ditubuhkan oleh kerajaan. Setengah-setengah pelabur menyuntikkan
modal yang besar dalam organisasi perniagaan sama ada dalam bentuk mata wang ataupun teknologi
yang tinggi kerana mereka mempunyai kepentingan dengan perniagaan yang berkenaan. Pelabur
demikian akan bergiat dalam perjalanan perniagaan tersebut. Mereka inginkan pulangan yang baik.

Ada juga pelabur yang menyumbangkan modal dalam organisasi perniagaan melalui pembelian saham
atau syer . Mereka akan membeli saham organisasi perniagaan apabila harganya rendah dan menjual
apabila harganya meningkat. Pelabur demikian merupakan pemilik organisasi perniagaan yang pasif.
Mereka, pada amnya, tidak terlibat secara aktif dalam menjalankan perniagaan.

Pelabur menyumbangkan modal dalam sesebuah organisasi perniagaan bertujuan untuk memperolehi
keuntungan. Matlamat pulangan pelaburan yang telah ditetapkan oleh pelabur nescaya mempengaruhi
keputusan, dasar serta aktiviti-aktiviti perniagaan. Oleh itu, organisasi perniagaan perlu mengambil
tindak-tanduk yang dapat memenuhi kehendak pelabur jangka masa pendek dan juga pelabur jangka
masa panjang.

1.3.1.3            Pekerja
Pekerja merupakan sumber manusia yang penting dalam sesebuah organisasi perniagaan. Pekerja
terlibat secara langsung dalam operasi perniagaan. Oleh itu, pekerja dibayar gaji dan juga faedah-
faedah lain seperti cuti sakit, cuti tahunan, bonus dan sebagainya, dilindungi oleh kesatuan sekerja
dan juga kerajaan.

Interaksi pekerja dengan perniagaan perlu diberi perhatian yang rapi. Namun, pengambilan pekerja,
hubungan perindustrian diantara pemilik perniagaan dan kesatuan sekerja serta kerajaan akan
memberi kesan kepada penentuan bentuk sistem, dasar, perancangan strategi dan aspek-aspek lain
yang berkaitan dengan perniagaan.

1.3.1.4            Pengguna
Pengguna merupakan individu, institusi, firma dan kerajaan yang perlu diberi keutamaan oleh
organisasi perniagaan. Kejayaan sesebuah organisasi perniagaan amat bergantung kepada kepada
golongan pengguna. Permintaan golongan pengguna terhadap barangan atau perkhidmatan atau
kedua-duanya yang disediakan oleh organisasi perniagaan menetapkan sejauh manakah pencapaian
objektif / matlamat organisasi perniagaan iaitu mendapat keuntungan.

Kehendak atau citarasa pengguna mempengaruhi keputusan organisasi perniagaan terhadap jenis
atau barangniaga yang hendak ditawarkan di pasaran. Organisasi perniagaan harus sentiasa menilai
sama ada keluarannya dapat memenuhi kehendak pengguna atau tidak. Sekiranya keluaran yang
ditawarkan oleh organisasi perniagaan itu tidak diminati dan tidak disambut baik oleh pengguna,
maka organisasi perniagaan akan menanggung risiko tidak terjual yang tinggi dan ini pasti
merugikannya.

Selain itu, keluaran organisasi perniagaan perlu mempunyai inovasi, berkreativiti dan berkembang
maju supaya keperluan dan citarasa pengguna selari dengan perkembangan teknologi dunia hari ini.

1.3.1.5            Pembekal
Pembekal membekalkan bahan yang diperlukan oleh organisasi perniagaan untuk dijadikan
barangniaga yang boleh dijual dan memenuhi citarasa pengguna. Pembekal sendiri juga peniaga yang
mendapat keuntungan daripada jualan bahannya kepada organisasi perniagaan lain seperti kedai
runcit, pasaraya.

Pembekal sentiasa berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Pada hakikatnya, kedua-duanya saling
memerlukan diantara satu sama lain dalam dunia perniagaan. Interaksi diantara pembekal dan
organisasi perniagaan banyak memberi kesan kepada penetapan corak perjalanan / operasi dan
kemajuan sesebuah organisasi perniagaan. Hubungan baik dengan pembekal adalah perlu untuk
menjamin perjalanan / operasi sesebuah organisasi perniagaan tidak terganggu dan terus
berkembang.

1.3.1.6            Sistem dan Prosedur


Selain factor-faktor persekitaran perniagaan dalaman  yang telah dibincangkan tadi, semua prosedur
dan sistem organisasi yang diamalkan akan turut mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat
oleh pihak pengurusan. Keputusan perniagaan yang dibuat berdasarkan prosedur dan sistem
organisasi yang diamalkan akan mengarah organisasi perniagaan itu ke arah pencapaian
matlamatnya.

1.3.2   Persekitaran Umum
Persekitaran perniagaan luaran terdiri daripada elemen-elemen yang berinteraksi dan mempengaruhi
organisasi perniagaan secara tidak langsung. Diantaranya elemen-elemen persekitaran perniagaan
luaran ialah persaingan, persekitaran ekonomi, persekitaran teknologi, persekitaran sosiobudaya,
persekitaran politik dan undang-undang, institusi kewangan dan persekitaran global / antarabangsa.

1.3.2.1            Persaingan
Dalam system ekonomi kapitalis, organisasi perniagaan sering menghadapi persekitaran persaingan
yang dinamik. Persaing iaitu organisasi perniagaan lain yang mengeluarkan barangniaga atau
perkhidmatan yang sama, boleh menentukan daya tahan dan kreativiti, kemajuan dan kejayaan atau
kegagalan sesebuah organisasi perniagaan di dunia perniagaan. Persaing cuba membaiki produk
mereka supaya dapat berdaya saing dengan produk pengeluar lain malah menguasai pasaran.
Contohnya, di bidang automobil Proton telah berjaya mengeluarkan kereta yang dapat berdaya saing
dengan pengeluar-pengeluar kereta yang lain di Malaysia. Dengan perkataan lain, persaingan boleh
memberi kesan secara tidak langsung kepada perjalanan sesebuah organisasi perniagaan.

1.3.2.2            Ekonomi
Dalam perancangan organisasi perniagaan baik jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang,
peniaga-peniaga harus prihatin dan peka kepada perubahan ekonomi. Keadaan ekonomi baik ekonomi
tempatan mahupun ekonomi antarabangsa atau global, banyak berinteraksi dengan organisasi
perniagaan. Ia akan mempengaruhi operasi, prestasi dan dasar sesebuah organisasi perniagaan.
Misalnya, apabila kadar faedah pinjaman asas (Base Lending Rate [BLR]) bank meningkat,
tanggungan pembiayaan pinjaman organisasi perniagaan turut bertambah. Begitu juga dengan
peningkatan kadar inflasi. Kos pengeluaran akan meningkat apabila kadar inflasi meningkat.
Peningkatan kadar inflasi akan mengakibatkan harga bahan mentah yang diperlukabn daripada
pembekal turut naik. Untuk mempertahankan keuntungan dan meneruskan kewujudan organisasi
perniagaan dengan peningkatan kos yang mendadak dalam pasaran, maka peniaga terpaksa
bertindak sama ada menurunkan kos pengeluaran dan mencari barangan pengganti bagi bahan-bahan
mentah yang digunakan selama ini ataupun menaikkan harga jualan barangniaga di pasaran.
Persekitaran ekonomi yang sering berubah akan memberi kesan secara langsung serta merumitkan
lagi pihak peniaga untuk menetapkan pengurusan organisasi perniagaannya.

1.3.2.3            Teknologi
Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat yang pesat akan memberi kesan secara
langsung kepada organisasi perniagaan. Perkembangan teknologi banyak membantu perkembangan
organisasi perniagaan. Misalnya, operasi organisasi perniagaan seperti proses pengeluaran dengan
penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih dapat mengurangkan kesilapan manusia dan
menurunkan kos pengeluaran. Kerja-kerja pengurusan pejabat seperti merekod, menyediakan
Penyata Kewangan dan sebagainya dikendali dan dipermudahkan dengan penggunaan sistem
komputer. Aktiviti perniagaan iaitu pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan melalui
perdagangan elektronik  atau “e-commerce” dapat mengurangkan belanja dan masa.

Walaupun perkembangan teknologi membawa kesan yang positif kepada organisasi perniagaan, tidak
dapat dinafikan bahawa ia juga mendatangkan kesan-kesan negatif atau sampingan seperti
peningkatan kesesakan lalu lintas serta pencemaran udara dan air akibat pembuangan sisa-sisa
toksik, tenaga buruh digantikan oleh mesin, interaksi dengan mesin berbanding dengan manusia dan
sebagainya. Oleh itu, amalan pendekatan yang seimbang perlu diutamakan. Faedah dan kebaikan
daripada penggunaan teknologi moden dan canggih dipetik. Pada masa yang sama, kesan-kesan
sampingan akibat penggunaan teknologi moden dan canggih itu perlu diminimumkan.

1.3.2.4            Institusi Kewangan
Organisasi perniagaan tidak dapat mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan institusi kewangan.
Institusi kewangan merupakan salah satu elemen persekitaran luaran perniagaan yang juga
mempengaruhi organisasi perniagaan. Organisasi perniagaan yang ingin meluaskan atau
mengembangkan lagi aktiviti perniagaannya tetapi tidak mempunyai modal yang cukup boleh
mendapatkan kemudahan pinjaman seperti pinjaman jangka masa pendek, kemudahan “overdraft”
dan sebagainya daripada institusi kewangan. Modal dapat memberi kesan yang ketara kepada jenis,
saiz dan aktiviti-aktiviti perniagaan yang akan diusahakan.

Apabila dasar institusi kewangan itu berubah seperti mengurangkan jumlah pemberian kredit,
menghadkan pemberian kredit kepada jenis-jenis perniagaan tertentu, meningkatkan kadar faedah
pinjaman asas (BLR) dan sebagainya, organisasi perniagaan yang membuat pinjaman terpaksa
menanggung peningkatan liabiliti yang signifikan. Misalnya, kenaikan kadar faedah pinjaman asas
secara mendadak semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997 menyebabkan banyak organisasi
perniagaan mengalami kemerosotan. Kerajaan Malaysia terpaksa mengarahkan semua institusi
kewangan di Malaysia menurunkan kadar faedah pinjaman untuk menyelamatkan ekonomi negara
Malaysia. Langkah penurunan kadar faedah pinjaman asas daripada institusi kewangan dapat
memberi nafas baru kepada organisasi perniagaan yang menghadapi masalah kewangan serta
pemulihan semula ekonomi Malaysia.
1.3.2.5            Sosial dan Budaya
Dalam dunia perniagaan, penilaian terhadap persekitaran social dan budaya tidak dapat diringankan
kerana masyarakat yang menggunakan barangniaga dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
organisasi perniagaan mempunyai tahap sensitivity tersendiri. Setiap masyarakat seperti masyarakat
majmuk di Malaysia mempunyai nilai-nilai etika yang tersendiri mengikut bangsa dan agama.

Organisasi perniagaan perlu menghormati perbezaan nilai-nilai etika di kalangan masyarakat.


Misalnya, makanan yang dikeluarkan khas untuk masyarakat beragama Islam di Malaysia diwajibkan
mempamerkan logo “halal” daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kesedaran tentang
perbezaan, keinginan untuk mempelajari, mengetahui dan memahami perbezaan dan persamaan
nilai-nilai etika yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan
untuk maju dan mengembangkan perniagaannya sepanjang masa.

1.3.2.6            Persekitaran Politik dan Undang-undang


Organisasi perniagaan juga harus prihatin dan peka kepada persekitaran politik dan undang-undang
yang telah ditetapkan oleh kerajaan di tempat ia beroperasi. Perniagaan tidak dapat dipisahakan
daripada kuasa politik. Ia mungkin menyulitkan aktiviti-aktiviti organisasi perniagaan atau memberi
peluang kepada organisasi perniagaan. Misalnya, untuk melindungi dan mengembangkan industri
kereta yang baru, kerajaan Malaysia sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukai import
yang tinggi terhadap kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta dari negara luar.
Tindakan kerajaan Malaysia ini akan memberi tekanan kepada pengimport barangan yang berkaitan.
Pada masa yang sama, ia juga memberi kebaikan dan sokongan kepada peniaga tempatan.

Selain itu, undang-undang dan peraturan yang digubahkan bertujuan menjamin etika perniagaan.
Misalnya, undang-undang jualan langsung (Direct Sale) bertujuan untuk memberi perlindungan
kepada para pembeli dan pengguan terakhir. Persekitaran politik yang stabil dan undang-undang yang
sempurna membolehkan oragnisasi perniagaan terus beroperasi dan berkembang.

1.3.2.7            Global / Persekitaran Antarabangsa


Pada era globalisasi, operasi perniagaan tidak lagi terhad kepada persekitaran luaran setempat. Para
peniaga tempatan harus bersedia dan menyusun strategi dan merancang perniagaannya supaya
benar-benar berdaya saing dengan peniaga-peniaga antarabangsa. Keadaan politik, ekonomi dan
perkembangan teknologi semasa di negara-negara asing banyak berinteraksi dan memberi kesan
yang signifikan kepada perjalanan perniagaan di negara tempatan. Misalnya, kegawatan ekonomi
yang berlaku di Malaysia pada tahun 1997 telah menjejaskan sedikit sebanyak negara-negara barat
yang mengeksport industri pendidikan mereka. Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk
membekukan penghantaran pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara.
Tindakan kerajaan Malaysia sedemikian secara tidak langsung memaksa banyak institusi pengajian
tinggi luar negara untuk menawarkan biasiswa atau mengurangkan yuran pengajian kepada pelajar-
pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara.

Ringkasan Tajuk

sumber : cikgu azly

PERSEKITARAN TUGAS (PIHAK YG BERKEPENTINGAN)


PIHAK DEFINISI BAGAIMANA IA TANGGUNGJAW
MEMPENGARUHI? AB
PERNIAGAAN?
Pelanggan Pembeli Perubahan citarasa-
produk pengaruhi  jenis
keluaran/harga/kualiti
produk
Ikut
citarasa/kehendak 
pelanggan
Jaga
kualiti/harga/mutu
Beri maklumat
benar/lengkap
Pembekal Bekalkan Bekalan yg
INPUT/Bhn berterusan & cekap –
Mentah pengaruhi kejayaan sykt
Bayar hutang ikut
tempoh
Ikut perjanjian jual
beli
Pesaing Penjual Persaingan
produk serupa harga/kualiti – perlu buat
& di tempat inovasi terhdp produk
sama Amalkan persaingan
sihat
Tdk cemarkan nama
pesaing
Pembiaya/Pemodal Pemberi Sumbanganmodal/pi
pinjaman & njaman tinggi-bolehkan
modal pembesaran perniagaan
Bayar hutang ikut
syarat
Beripulangan/dividen 
yg baik
Bekalkan maklumaty
g diperlukan
Pekerja Tenaga buruh Pekerja
(mental/fizika ygberkemahiran/baik-      dp
l) t tingkatkan produktiviti
Semangatkerjasama/
motivasi-      bantu
perniagaan capai matlamat
Sediakan suasana
tempat kerja yg baik
Jagakebajikan/adil/h
ormatiidea pekerja
Kerajaan Penguatkuasa Cukai yg tinggi-
undang2 untung akan kurang
Pewujudan tanggjwb
sosial- aktiviti perniagaan
akan terjejas/terbatas
Jalankan perniagaan
ikut peraturan
Daftar perniagaan-
ada lesen
Bayar cukai kpd
kerajaan
PERSEKITARAN UMUM
PERSEKITARAN DEFINISI BAGAIMANA IA
MEMPENGARUHI?
Ekonomi Keadaan/Sistem EkonomiKuasa Prestasi ekonomi-
beli/harga brgDinamik baik/buruk..
Pasaran/Risiko Sistem ekonomi yg
diamalkan..kapitalis/sosialis
Harga brg-
mahal/murah
Kadar tukaran wang-
menarik/tdk
Sistem
kewangan/bank-
efisyen/lembab
Sosiobudaya Nilai budaya sosial/etikaPerubahan Budaya unik..pelbagai
populasiTanggungjawab sosial agama/adat resam/perayaan
Sikap/minat, golongan
muda/tua…beza citarasa
Taraf hidup…
kaya/miskin/bandar/luar
bandar
Politik & Perundangan Keadaaan politik, polisi awam, Bergantung kpd sistem
peraturan dan kawalan kerajaan, politik yg diamalkan-
sokongan atau galakan kerajaan komunis/kapitalis
serta sistem percukaian Undang2 yg ketat-
perlindungan hak cipta
Kestabilan politik
Galakan kerajaan
Persaingan & Jaringan Persaingan, jenis struktur pasaran, Bergantung kpd jenis
dan persaingan harga, produktiviti persaingan-jika tulen-harga
dan persaingan antarabangsa akan rendah tapi perlu jaga
kualiti
Teknologi Sebarang perubahan penggunaan Memudahkan &
sains percepatkan capaian
maklumat
Prosedur kerja lebih
mudah/cepat
Jimat kos penggunaan
buruh
Fizikal Kemudahan fizikal (bangunan, Pengangkutan yg
jalanraya, perhubungan), tenaga cekap akan cepatkan
(minyak, elektrik, dll), sumber penghantaran brg
semulajadi, pencemaran alam, dan Kemudahan
ekologi. perhubungan yg baik akan
percepatkan proses
perniagaan
Kemudahan
pergudangan
Kemudahan Air dan
letrik
Kekayaan sumber
semulajadi
KEPENTINGAN Fakta Huraian fakta Kepentingan
PERSEKITARANFIZIKAL 
TERHADAP Pengangkutan Keretapi, jalan raya, Pengangkutan yang
PEMBANGUNAN pelabuhan cekap mengekal kesegaran
PERNIAGAAN. barangan
Kos yang murah
Perhubungan Telefon, internet Untuk
memesan/menjual
Untuk komunikasi
Utiliti Air, elektrik, Bekalan air dan
elektrik yang berterusan
Voltage yang stabil
untuk industri mikrocip
Kandungan klorin
dalam bekalan air
menjejaskan perwarnaan
produk seperti kain
Zon Segala
Perdagangan infrastruktur yang
disediakan
Binaan kilang
Kawasan
perdagangan bebas cukai
Berhampiran
dengan pelabuhan
Pengecualian
cukai
insensif
pengeluaran/jualan
pemberian taraf
perintis
inland port – pihak
kastam mengenakan cukai
tanpa perlu pemunggahan
barang
kemudahan
infrastruktur
Pembangunan Kawasan
setempat/ciri- perumahan yang selesa
ciri budaya Wujud kedai-kedai
fizikal (perniagaan)
Balai bomba, balai
polis, kuil, masjid,
hospital dan sekolah
Memudahkan
pengguna

You might also like