P. 1
Tugasan PSK (2)

Tugasan PSK (2)

|Views: 491|Likes:
Published by heart_reenz

More info:

Published by: heart_reenz on Mar 06, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/18/2013

pdf

text

original

1.

0 PENGENALAN Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) mula diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah pada tahun 2005 iaitu di sekolah rendah dan juga menengah. Sebelum ini, Pendidikan Sivik bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa depan negara dalam mengharungi cabaran dalam era globalisasi. 1.1 KONSEP PSK PSK terdiri daripada dua komponen utama iaitu sivik dan kewarganegaraan. Seseorang perlu memahami pengertian kedua-dua komponen tersebut sebelum dapat memahami lebih lanjut berkenaan mata pelajaran ini. Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. Peranan utama guru adalah membantu murid menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab. 1.2 OBJEKTIF AM Secara umumnya, memandangkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja serta cabaran yang semakin hebat, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini adalah bersesuaian dalam memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Melalui subjek ini diharap dapat melahirkan individu yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, menghargai serta menghormati kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah pembangunan negara seterusnya kepada masyarakat antarabangsa.

1

Berasaskan penerapan nilai-nilai murni dan sejagat, bolehlah disimpulkan bahawa hasrat-hasrat murni yang telah disebutkan tadi sebagai objektif am bagi mata pelajaran PSK ini. 1.2 OBJEKTIF KHUSUS Objektif khusus PSK merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. 1.3.1 OBJEKTIF PENGETAHUAN : i. Mengenal pasti tingkah laku yang boleh menyumbang kepada pembangunan watak yang mulia. ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluarga yang bahagia. iii. Menjelaskan kepentingan hidup bersama secara harmoni. iv. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. v. Menerangkan sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpin negara. vi. Mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam masyarakat. 1.3.2 OBJEKTIF KEMAHIRAN : i. Mengurus diri dengan baik dan bertanggungjawab. ii. Mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku. iii. Berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan dan masyarakat. iv. Menangani konflik diri, keluarga dan rakan. v. Belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat. vi. Menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama. vii. Membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain.

2

1.3.3 OBJEKTIF NILAI : i. Mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri. ii. Menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga. iii. Menghormati kaum dan budaya lain. iv. Menyayangi alam sekitar. v. Menunjukkan semangat kekitaan. vi. Menghormati pemimpin dan menghargai jasa mereka. vii. Menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara. 1.4 KANDUNGAN/SUKATAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Sukatan mata pelajaran PSK berfokuskan penerapan nilai-nilai murni dalam memberi kesedaran murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan hidup bernegara. Ini bertujuan melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik serta mampu menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. Tema-tema yang telah dirancang di dalam sukatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Tema-tema yang telah tersedia di dalam sukatan ini ialah:1. Sayangi Diri 2. Sayangi Keluarga 3. Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat 4. Kenali Budaya Malaysia 5. Malaysia Negaraku 6. Sedia Hadapi Cabaran Sukatan PSK ini disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap

3

kebolehan murid. Sukatan Pelajaran PSK mengandungi tiga bahagian, iaitu Tema dan Tajuk, Hasil Pembelajaran dan Cadangan Aktiviti. 1.4.1 TEMA/TAJUK Bahagian ini mengandungi tema, tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran. Ini menentukan skop pengajaran bagi sesuatu tema mengikut tahun yang berkenaan. 1.4.2 HASIL PEMBELAJARAN Hasil Pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diharap dapat dicapai oleh murid pada setiap tahun. Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan tema dan tajuk. 1.4.3 CADANGAN AKTIVITI Bahagian ini mengandungi aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran bagi tema dan tajuk berkenaan. Guru juga boleh menggunakan aktiviti lain asalkan sesuai dengan tajuk pengajaran dan mencapai hasil pembelajaran. 1.4.4 PROJEK KEWARGANEGARAAN Projek ini merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sekolah rendah. Aktiviti ini dijalankan di luar waktu sekolah. Murid perlu melakukan kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun. Projek Kewarganegaraan harus dikait rapat dengan pembelajaran akademik dalam bilik darjah. Projek Kewarganegaraan ini diharap dapat menyediakan murid sebagai warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab. Guru harus memastikan murid menjalankan kerja projek ini mengikut tema yang ditetapkan.

4

1.5 STRATEGI, PENDEKATAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai mata pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai strategi, pendekatan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran mesti digunakan. Contohnya kepelbagaian strategi harus memberi penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu, strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang isu sivik, menerapkan pelbagai kemahiran dan memupuk nilai sivik ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu. Pelbagai pendekatan seperti induktif, elektif, tematif, pembelajaran masteri boleh digunakan oleh guru dalam memantapkan lagi penguasaan murid terhadap isi kandungan PSK serta nilai-nilai yang ingin diterapkan. Kaedah-kaedah P & P juga perlu sesuai dalam menarik minat murid. Ini termasuklah main peranan, lakonan dan juga projek di dalam mahupun di luar bilik darjah. Semua ini akan memudahkan lagi pencapaian objektif yang dirancang memandangkan kepelbagaian ini dapat menjadikan mata pelajaran PSK lebih menarik. 1.6 PENILAIAN Untuk mengukur pembelajaran murid dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai, seseorang guru itu boleh menggunakan pelbagai cara penilaian. Antara penilaian yang boleh dijalankan ialah pemerhatian, senarai semak tingkah laku, ujian, tugasan dan laporan.

5

2.0 MAKLUMAT UMUM 2.1 TEMPAT KAJIAN Kajian telah dilakukan di Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang, Kota Bharu, Kelantan pada hari Rabu, 1 September 2010. Jarak sekolah dari pusat bandar Kota Bharu adalah lebih kurang 5 kilometer dan sekolah ini menjalankan persekolahan satu sessi iaitu sessi pagi sahaja. 2.2 RESPONDEN Seorang responden telah dipilih iaitu Puan Yap Ai Hoon, guru PSK Tahun Lima Wawasan dan berketurunan cina kelahiran Kelantan.

6

2.4 MAKLUMAT RESPONDEN NAMA : YAP AI HOON UMUR : 44 TAHUN JANTINA : PEREMPUAN KELAHIRAN : BACHOK, KELANTAN. JAWATAN : SETIAUSAHA PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KELULUSAN : 1. KURSUS PERGURUAN ASAS, MAKTAB PERGURUAN KOTA BHARU (MPKB) 2. IJAZAH SARJANA MUDA SEJARAH DENGAN KEPUJIAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) OPSYEN : SAINS DAN SEJARAH PENGALAMAN MENGAJAR : 16 TAHUN PENGALAMAN MENGAJAR PSK : 4 TAHUN

7

3.0 KAEDAH & DAPATAN KAJIAN 3.1 PEMERHATIAN (KAEDAH KAJIAN 1) Pada hari Rabu, 1 September 2010, jam 10:45 pagi bertempat di kelas Tahun Lima Wawasan, Cikgu Yap Ai Hoon memulakan pengajarannya bagi mata pelajaran PSK kelas berkenaan yang bertemakan “Malaysia Negaraku” selama satu jam iaitu dua waktu P & P seminggu bagi mata pelajaran PSK. Tema ini amat bersesuaian dengan bulan kemerdekaan yang menjadi acara tahunan di setiap sekolah termasuklah Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang (SKPPG). Sambutan bermula pada 1 Ogos dan berlarutan sehingga 16 September setiap tahun di mana 15 September SKPPG dijadualkan mengadakan majlis sambutan kemuncak penutupan bulan kemerdekaan ini dengan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, kuiz merdeka, nyanyian lagu-lagu patriotik, dsb. Responden merupakan seorang yang berketurunan cina tetapi amat fasih berbahasa melayu serta menguasai loghat Kelantan sepertimana seorang melayu. Keunikan responden ialah beliau langsung tidak pandai berbahasa cina dan mendapat pendidikan awal hingga ke peringkat ijazah menggunakan bahasa pengantar, bahasa kebangsaan. Pergaulan luas dengan masyarakat melayu mematangkan diri beliau dalam mengamalkan nilai-nilai yang disasarkan oleh PSK. Oleh yang demikian, lebih senang bagi beliau menerapkan nilai-nilai ini ke dalam murid-muridnya memandangkan beliau merupakan contoh terdekat dan terbaik bagi mereka. Cara berpakaiannya yang melambangkan toleransi budaya, bahasanya yang menunjukkan persefahaman dan perpaduan dalam penguasaan bahasa kebangsaan tidak dapat disangkal lagi. Pengajaran responden dimulakan dengan satu set induksi yang menarik serta melucukan di mana responden membuat beberapa aksi meniru gaya percakapan serta perlakuan Perdana Menteri Malaysia seperti Tun Mahathir, Tunku Abdul

8

Rahman, dsb. Kemudian beliau meminta murid meneka gaya siapakah yang cuba ditirunya itu serta jawatannya. Ternyata murid tertarik dengan set induksi beliau ini dan saya yakin murid juga akan lebih berminat dengan P & P hari itu. Saya juga difahamkan bahawa responden merupakan seorang guru yang disukai oleh murid-murid sekolah berkenaan memandangkan beliau adalah seorang guru yang ceria, mudah didekati murid serta suka melawak. 3.2 3.2.1 DAPATAN KAJIAN OBJEKTIF PENGETAHUAN

Dalam mencapai objektif pengetahuan yang disasarkan oleh PSK, responden telah menggunakan pendekatan induktif dalam memastikan murid memahami isi kandungan yang disampaikannya. PENDEKATAN INDUKTIF Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat. Murid membuat kesimpulan manakala Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab dan menyediakan contohcontoh yang sesuai. Guru membina soalan-soalan untuk membimbing murid dalam membuat kesimpulan. Aktiviti P & P biasanya melibatkan penggunaan deria seperti penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Pengajaran responden bermula dengan fakta yang lebih mudah tentang namanama Perdana Menteri Malaysia bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman sehinggalah Perdana Menteri semasa. Kemudian barulah fakta yang lebih sukar serta terperinci diberikan apabila murid sudah menguasai yang mudah. Kemudian barulah murid diminta membuat kesimpulan dan memberikan penilaian mereka terhadap sumbangan-sumbangan setiap Perdana Menteri itu. Penggunaan pendekatan sebegini ternyata amat membantu kerana sewaktu sessi soal jawab secara lisan, murid-murid menunjukkkan kefahaman yang tinggi terhadap isi mata pelajaran hari tersebut.

9

Kaedah bercerita pula digunakan apabila beliau membacakan teks tentang biodata salah seorang Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir kepada murid. Selain membacakan teks berkenaan, responden juga telah bercerita dan mengaitkan pengetahuannya yang luas mengenai Tun Mahathir serta jasajasanya dalam membangunkan negara . Apabila diajukan soalan siapakah idola beliau, responden menjawab, Tun Mahathir Mohamad. Tidak hairanlah pengetahuannya tentang mantan Perdana Menteri tersebut sangatlah mengkagumkan serta dapat dikongsikan kepada murid-muridnya. 3.2.2 OBJEKTIF KEMAHIRAN

Bagi mencapai objektif kemahiran pula, responden telah menggunakan pendekatan elektif dan kaedah kerja berkumpulan. PENDEKATAN ELEKTIF Merupakan gabungan pendekatan yang digunakan sebagai satu strategi untuk melaksanakan P & P di dalam kelas. Contohnya: Guru menggunakan pendekatan strategi pemusatan bahan untuk kumpulan yang menjalankan aktiviti pengayaan dan strategi pemusatan guru untuk kumpulan yang menjalankan pemulihan. Responden telah memecahkan kelas kepada beberapa kumpulan kecil dan memberikan BBM berupa teks biodata setiap Perdana Menteri kepada kumpulan yang memerlukan pengayaan dan meminta mereka membuat nota ringkas. Manakala bagi kumpulan yang perlukan pemulihan, responden menggunakan strategi berpusatkan guru yakni beliau memberi lebih penerangan serta tumpuan bagi membantu kumpulan ini melakukan aktiviti yang diberikan. Setiap kumpulan mempunyai ketua dan responden cuba melatih mereka dalam membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan diri serta orang di bawah kepimpinannya iaitu ahli kumpulan yang lain. Inilah salah satu objektif kemahiran PSK yang cuba diterapkan beliau.

10

3.2.3 OBJEKTIF NILAI PENDEKATAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF P & P secara kumpulan di bawah bimbingan guru telah dipraktikkan oleh responden sebagaimana yang telah dinyatakan di atas. Guru sebagai pembimbing dalam sesuatu kumpulan pelbagai kebolehan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan atau projek. Latih tubi dilaksanakan. KRITERIA ASAS MENJAYAKAN P&P SECARA KOPERATIF & KOLABORATIF ialah Semangat saling bergantungan yang positif antara ahli sesama kumpulan serta ahli kumpulan yang lain. Kemahiran sosial diperlukan dan kesedaran akauntabiliti individu dalam membuat penilaian kumpulan. Penerapan nilai kerjasama tanpa mengira kaum, ahli kumpulan dan perbezaan latarbelakang dapat dipupuk oleh responden apabila beliau menggunakan pendekatan ini sewaktu menjalankan tugasan di dalam kelas. Nilai menghormati orang lain seperti rakan sebaya dan para pemimpin negara mampu dibentuk melalui aktiviti sebegini. 3.3 TEMUBUAL (KAEDAH KAJIAN 2) Soalan: Bagaimanakah cikgu menerapkan nilai-nilai sivik kepada murid-murid dalam mencapai objektif-objektif PSK? Responden: Kebiasaannya saya akan menggunakan pelbagai strategi, pendekatan dan kaedah semasa menjalankan proses P & P. Sebagaimana yang kita tahu, strategi berpusatkan guru, berpusatkan murid, bahan serta berpusatkan tugasan yang diberikan. Kalau hanya satu strategi saja digunakan, sudah tentu murid akan cepat berasa bosan semasa P & P kita. Begitu juga dengan pendekatan. Pendekatan yang sesuai dengan kebolehan murid kita hendaklah digunakan agar objektif P & P yang kita rancang dapat dicapai. Yang pentingnya ialah dapatan kepada murid itu sendiri. Jangan pula kita syok sendiri dan hanya ingin mencapai objektif yang telah kita rancang itu agar dapat ditulis

11

dengan baik di dalam buku rekod mengajar sahaja. Satu lagi cara ialah kita sendiri sebagai pengajarperlulah mempraktikkan apa yang kita ajarkan kepada murid. Kita adalah model terbaik yang dekat di mata anak murid kita. Kalau buruk tindakan kita, sudah tentu akan buruk juga tingkahlaku murid kita. Soalan: Apakah strategi, pendekatan dan kaedah yang cikgu gunakan semasa P & P bagi menarik minat murid? Responden: Biasalah yang kita selalu dengar. Pendekatan induktif, elektif, tematif, dsb. Bagi strategi pula, saya menggunakan keempat-empatnya iaitu berpusatkan guru, murid, bahan dan tugasan. Banyak BBM terpaksa disediakan tetapi itulah cara yang paling berkesan setakat ini. Kaedah pula hendaklah dipelbagaikan. Bercerita, main peranan, demonstrasi, dsb. Semua ini saya guna mengikut kesesuaian topik. Soalan: Adakah strategi, pendekatan serta kaedah yang cikgu gunakan itu berkesan dalam menarik minat murid kepada subjek PSK ini? Responden: Sudah semestinya berkesan. Bukan setakat teori, malahan secara praktikalnya juga amat berkesan. Soalan: Adakah program khusus seperti Minggu Sivik dilaksanakan di sekolah ini agar murid dapat mempraktikkan nilai-nilai sivik yang telah diajarkan secara teori di dalam kelas? Responden: Ada. Kita ada program khusus dalam mencapai objektif ini. Di SKPPG kita adakan satu bulan khusus bagi penerapan nilai-nilai murni terutamanya yang telah digariskan oleh PSK. Kebiasaannya bulan itu jatuh pada bulan Ogos selaras dengan sambutan hari ulangtahun kemerdekaan negara kita. Pihak sekolah merasakan bulan Ogos adalah bulan yang paling sesuai kerana ia mempunyai kaitan langsung dengan mata pelajaran PSK. Bukan setakat seminggu, bahkan sebulan. Kita adakan pelbagai aktiviti bercorak patriotik, semangat kekitaan dan pemupukan nilai murni dalam setiap aktiviti yang kita jalankan itu.

12

Soalan: Sejauh mana sambutan atau minat murid terhadap subjek PSK ini? Responden: Setakat hari ini, saya amat berpuas hati dengan sambutan serta pencapaian murid-murid saya khususnya dalam mata pelajaran PSK ini. Mereka menunjukkkan minat terhadap P & P yang saya jalankan. Dari sudut penyertaan dalam aktiviti yang kita anjurkan juga sangat memberangsangkan. Tak tahu pula saya dengan kelas cikgu-cikgu PSK yang lain kerana setiap dari kita mempunyai pandangan dan melaksanakan pendekatan yang berbeza. Soalan: Adakah cikgu berpuas hati dengan pengajaran cikgu berdasarkan maklum balas serta perubahan tingkah laku pada murid-murid cikgu? Responden: Setakat hari ini saya sangat berpuas hati. Murid-murid saya khususnya telah menunjukkan sikap toleransi antara kaum yang baik sungguhpun ada segelintir yang masih kurangmenunjukkan perubahan tingkah laku yang kita kehendakki. Mungkin juga sikap nakal mereka itu masih menebal lagi dan perlu dibimbing. Secara umumnya, saya amat berpuas hati. Soalan: Apakah bentuk penilaian yang cikgu ambil dalam menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran subjek PSK ini? Responden: Kebiasaannya saya akan membuat pemerhatian terhadap perubahan tingkahlaku mereka. Setakat atas kertas, semua orang mampu menulis jawapan dengan tepat tetapi sejauh mana penghayatannya terhadap nilai-nilai serta objektif yang hendak dicapai oleh PSK hanya boleh diketahui melalui pemerhatian perubahan tingkahlaku murid itu sendiri. Soalan: Apakah jenis-jenis projek amali yang cikgu berikan kepada murid-murid? Responden: Tugasan amali yang pernah saya berikan kepada murid adalah seperti tugasan projek membuat survey tentang barangan buatan Malaysia. Itupun saya hanya jalankan di kawasan sekolah di mana murid-murid saya akan dipecahkan dalam kumpulan kecil dan dikehendakki membuat senarai soalan barangan buatan Malaysia, menebual guru-guru lain tentang produk tempatan

13

yang mereka gunakan. Ini bagi mengetahui sambutan sebenar barangan tempatan kita di kalangan guru-guru di sini. Saya juga menganjurkan program gotong royong di sekitar kampung berhampiran dengan kerjasama PIBG sekolah. Sambutannya amat menggalakkan.

14

4.0

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Secara umumnya, P & P yang telah dijalankan oleh responden adalah amat baik dan berjaya mencapai objektif yang telah dirancang. Murid-murid Tahun Lima Wawasan telah menunjukkan minat terhadap isi pelajaran dan komunikasi dua hala telah berlaku. Set induksi sememangnya menarik dan langkah-langkah mengikut aliran dengan baik. Strategi, pendekatan serta kaedah yang digunakan amat bersesuaian dengan tahap kognitif murid kelas tersebut. Penutup dan kesimpulan yang dilakukan oleh responden juga ringkas dan padat yakni merangkumi semua isi yang telah diajarkan sepanjang proses P & P tersebut. Memandangkan proses P & P yang dijalankan responden adalah amat baik, tidak banyak cadangan penambahbaikan yang boleh diberikan. Cuma kawalan kelas agak longgar dan suasana agak bising sewaktu pembahagian kumpulan.Objektif-objektif pengetahuan, kemahiran dan nilai PSK boleh dikatakan tercapai apabila murid dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan dengan tepat. 5.0 RUMUSAN

Melalui pemerhatian dan temubual yang dijalankan, bolehlah disimpulkan bahawa mata pelajaran PSK ini amatlah penting terutamanya dalam suasana Negara kita yang berbilang bangsa dan setiap rakyat perlu mempunyai semangat bekerjasama serta bersifat toleran terhadap agama, budaya dan sensitive kepada perasaan setiap kaum dalam mengekalkan keharmonian negara. Sumbangan setiap daripada kita amatlah dituntut sekiranya kita ingin terus melihat Malaysia makmur, aman dan cemerlang dalam setiap bidang termasuklah sumbangannya di peringkat antarabangsa. Kepentingan PSK ini tidak boleh dinafikan bahkan secara peribadi, waktu pengajarannya perlu

15

ditambah agar impaknya lebih luas dan berterusan dari satu zaman ke zaman yang lainnya. Semua ini bermula dari sekarang di peringkat kanak-kanak lagi. Untuk memastikan keberkesanan mata pelajaran ini, maka guru-guru PSK perlulah memastikan strategi, pendekatan serta kaedah yang digunakan semasa P & P adalah bersesuaian bagi menarik minat murid serta penyampaian isi kandungannya berjalan dengan berkesan. Personaliti guru juga perlulah selari dengan hasrat yang ingin dicapai oleh PSK. Bukan hanya sekadar mengajar tetapi perlu juga menghayati semangat mata pelajaran ini. 6.0 REFLEKSI

Kerja kursus ini amat bererti kerana saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang subjek yang sebelum ini saya menganggapnya sebagai kurang penting. Setelah melalui proses pembacaan bahan mengenai PSK, pemerhatian dan temubual, barulah saya dapat menghayati matlamat serta objektifnya. Dalam jangkamasa panjang, ternyata ianya memberi kesan yang begitu penting dalam menjamin kemakmuran dan keamanan yang kita nikmati sekarang terus kekal dinikmati pula oleh generasi pelapis. Sekiranya tiada tindakan susulan bagi menyedarkan rakyat pelbagai kaum di Negara kita mengenai soal-soal perpaduan, keamanan dan semangat toleransi, maka rosaklah impian dan usaha para pemimpin terdahulu yang inginkan sebuah Negara Malaysia yang harmoni, progresif dan terkenal di mata dunia.

16

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->