You are on page 1of 60

BORIA

PENGENALAN

 Boria adalah sejenis teater yang amat popular di


negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang.
 Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu
lakonan (lawak jenaka) dan nyanyian.
 Pada asalnya, para pelakon boria adalah lelaki
sahaja.
 Watak wanita yang timbul akan dilakonkan oleh
seorang lelaki yang memakai pakaian wanita sambil
merendahkan suaranya agar tidak selantang suara
lelaki.
 Lakonan akan dipenuhi dengan lawak jenaka yang
sengaja direka untuk mengelikan hati penonton.
 Jumlah pelakon biasanya enam orang.
 Sebaik sahaja babak lakonan berakhir, muzik pula
akan dimainkan menandakan bermulanya bahagian
kedua iaitu nyanyian.
 Si tukang karang iaitu ketua penyanyi dalam setiap
kumpulan, akan mendahului para kelasi
(penyanyi/penari latar) masuk ke pentas sambil
memusing-musingkan “baton” di tangan.
 Nyanyian di mulakan secara solo oleh tukang
karang yang kemudian diikuti oleh korus pihak
kelasi.
LATAR BELAKANG BORIA
 Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan
dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa
pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah
bin Abi Suffian.
 Kematian Saidina Hussein r.a yang penuh tragik itu
diperingati oleh kaum Syiah dengan mengadakan
upacara perkabungan tahunan khusus pada10hb.
 Muharam di perkuburannya. (takziya)
 Dalam upacara ini lakonan dibuat untuk
memperingati peristiwa yang menyayat hati itu.
 Seorang penyair akan mendendangkan syair-syair
mengisahkan Saidina Hussein r.a.dikepung musuh.
 Bekalan air dan makanan disekat untuk
melemahkan Saidina Hussein r.a.
 Apabila dendangan syair sampai ke episod
pembunuhan Saidina Hussein r.a, pengikut-pegikut
Syiah ini akan meratap sambil menjerit dan
memukul-mukul badan dengan sekuat hati sehingga
berdarah.
 Kaum Syiah menganggap perbuatan ini sebagai satu
jalan untuk menebus dosa mereka kerana
membiarkan Saidina Hussein r.a. menemui ajalnya
di tangan tentera-tentera Muawiyah bin Abi Suffian.
 Untuk acara akhir pula, mereka mengadakan satu
perarakan yang membawa lambang tangan bewarna
merah serta bendera-bendera di sekitar kawasan
perkuburan Saidina Hussein r.a.
 Acara tahunan ini mengalami perubahan sedikit
demi sedikit dari masa ke semasa.
 Apabila gerakan Syiah bertukar menjadi pertubuhan
yang berbau politik, teater ini dijadikan tempat
mereka mencari pengaruh.
 Sambutan hebat didapati di merata tempat setiap
kali diadakan persembahan.
 Golongan kaya pula membiayai kos persembahan
seperti mengedarkan minuman secara percuma
untuk menarik perhatian orang ramai.
 Oleh sebab itulah teater ini dikatakan turut
berkembang selari dengan perkembangan fahaman
Syiah.
 Di mana sahaja terdapat kaum Syiah teater ini pasti
wujud, maka berkembanglah teater ini ke Parsi,
India dan seterusnya menjalar masuk ke
Semenanjung Malaysia.
ASAL-USUL PERKATAAN
BORIA
 Sarjana HT Haughton berpendapat bahawa
perkataan boria diambil dari perkataan Hidustan
yang bermaksud ‘tikar’ atau ‘tikar sembahyang’
atau ‘tikar gulung’.
 Pendapat lain menyatakan bahawa perkataan ini
timbul kerana kumpulan boria ketika itu
menggunakan pakaian yang diperbuat daripada
tikar untuk menggambarkan kesengsaraan Saidina
Hassan dan Hussein r.a. di Karbala.
 Selain itu, ada pula pendapat yang mengatakan
perkataan boria berasal dari perkataan ‘Borai’.
 Borai dikatakan berasal dari bahasa Hindustan yang
membawa maksud gila atau sasau.
 Ini diinterpretasikan dengan aksi-aksi kelakuan
pemain serta pakaian-pakaian pelakon boria semasa
persembahan pada masa itu yang dikatakan seperti
orang gila.
 Ada juga pendapat mengatakan bahawa nama boria
diambil dari nama salah seorang pelakon boria yang
terkenal pada masas dulu iaitu Nanak Shah,
Majnum, Balva Ghagri dan Boria.
 Satu lagi pendapat menyatakan bahawa boria berasal
dari perkataan ‘Bori’ iaitu satu suku kaum yang
berasal dari Gujerat, India.
 Segelintir dari kaum ini telah berhijrah serta menetap
di Pulau Pinang dan kaum inilah dikatakan memulakan
kesenian permainan boria di Pulau Pinang.
 Pendapat lain pula mengatakan bahawa perkataan
boria ini adalah lahir dari gabungan perkataan ‘bori’
dan ‘ria’.
 Ria merupakan gabungan dari seni lakon, seni sastera,
seni lagu dan seni tari.
 Boria adalah satu gabungan elemen-elemen seni dari
suku kaum Bori itu tadi.
ORGANISASI KUMPULAN
 Sesebuah kumpulan boria pada masa dahulu
mengandungi 40 hingga 60 orang.
 Termasuk tauke(penaja), pengurus, tukang karang,

penari(sailor) dan pemuzik.


 Kesemua ahli terdiri daripada orang lelaki.

 Selepas Perang Dunia Kedua barulah terdapat

penglibatan wanita dalam kumpulan boria.


 Sesebuah kumpulan boria sering kali dibiayai oleh

seorang tauke.
 Kejayaan mementaskan persembahan boria menjadi

lambang prestij ketika itu.


 Oleh itu, ketiadaan kumpulan boria dalam sesebuah
kampung atau mukim dianggap sebagai sesuatu yang
memalukan.
 Keadaan ini tidak lagi berlaku pada masa kini.
 Boria kini dianggap satu persembahan hiburan yang
bersifat nasional bagi mengisi kemeriahan program-
program kesenian dan kebudayaan.
 Selain tauke, orang yang turut memainkan peranan
penting dalam kumpulan boria ialah tukang karang.
 Seorang tukang karang yang baik mestilah berupaaya
mencipta lirik sesuatu persembahan secara spontan,
mempunyai kekuatan dan berkesan serta dapat
membawakan lagu dengan sempurna, lantang dan
terang.
 Keupayaannya untuk memilih perkataan yang sesuai,

terutama untuk memuji tuan rumah adalah sesuatu yang


sangat diharapkan untuk memancing derma yang lebih.
 Sebab inilah tukang karang menjadi nadi penggerak

untuk sesebuah kumpulan boria.


 Pakaian tukang karang juga agak istimewa daripada

ahli-ahli lain dalam kumpulan.


Salah satu kumpulan boria
ALAT-ALAT MUZIK
 Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan
boria tidaklah begitu khusus.
 Aspek yang dipentingkan ialah keupayaan para
pemuzik untuk membawakan irama yang dapat
mengiringi nyanyian tukang karang.
 Lantaran itulah kadang-kadang alat muzik yang
digunakan hanyalah gendang violin dan marakas.
 Walau bagaimanapun, seandainya lebih banyak alat
muzik yang dapat digunakan semakin baiklah
persembahan tersebut.
 Antara alat muzik yang sering digunakan ialah violin,
gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordian,
harmonika, gitar dan berbagai alat lagi.
 Kemudian alat-alat muzik yang digunakan
diperbahagikan mengikut arus kemodenan semasa.
 Anatara alatan yang digunakan adalah drum, keyboard,
piano, gitar elektrik, trumpet dan sebagainya.
 Tetapi kini sesebuah kumpulan boria amat jarang
menggunakan pemuzik bagi mengiringi sesuatu
persembahan.
 Mereka lebih gemar menggunakan rakaman minus one
dari CD atau kaset bagi menjimatkan kos perbelanjaan.
gambus
harmonika
akordian
marwas
tabla
CERITA DAN LAKONAN
 Pada peringkat awal perkembangan boria di Tanah
Melayu, ianya masih mengekalkan cerita yang
berkisar dengan peristiwa Karbala dan kematian
Saidina Hassan dan Hussien r.a.
 Cerita ini kemudian dipelbagaikan kepada cerita arab
yang berlandaskan Hikayat Seribu Satu Malam,
cerita sejarah dan bangsawan kejadian semasa, cerita
Cina dan India serta saduran dari barat.
 Apabila masa kian berlalu, tema cerita dalam boria
juga turut berubah.
 Sehingga sekarang, walaupun masih mengekalkan
cerita yang berunsur sejarah, namun tema di dalam
sesuatu persembahan boria telah mengalami
perkembangan dan merupakan paparan isu-isu
sosial, pendidikan, perpaduan, kemasyarakatan, isu
semasa dan sebagainya di mana ianya lebih bersifat
mesej dan pengajaran.
 Pada peringkat awal, ianya tidak menggunakan
skrip sebaliknya lakonan adalah secara spontan dan
hanya berpandukan kepada senario yang ditetapkan.
 Pengarah hanya bertindak memberitahu pelakon
tentang tajuk dan jalan cerita yang hendak dimainkan
oleh kumpulan berkenaan.
 Oleh itu, terserah kepada pelakon dan tukang karang
untuk menjayakan lakonan di hadapan penonton.
 Di sini dapat melihat keistimewaan para pelakon
mematahkan cakap lawan sambil menggeletek hati
penonton.
 Dialog yang disampaikan dengan penuh sindiran dan
kdang-kadang para penonton yang hadir turut sama
berinteraksi dengan para pelakon bagi memeriahkan
suasana.
 Para pelakon dapat memanjangkan atau
memendekkan lakonan menurut kemahuan mereka
sendiri serta penyesuaian masa.
 Walau bagaimanapun, unsur humor masih dianggap
sebagai faktor penting bagi setiap persembahan boria.
 Satu perbezaan yang amat jelas ialah boria tidak lagi
sebagai medium untuk memperingati peristiwa
Karbala, sebaliknya merupakan persembahan
berinformasi yang menekankan unsur-unsur
pendidikan serta moral yang tinggi berikutan dari isu-
isu semasa serta kritikan yang dibuat untuk
menyedarkan masyarakat.
 Tetapi sejak kebelakangan ini, kebanyakan
persembahan boria adalah berdasarkan kepada
tema-tema mengikut sesuatu acara atau majlis yang
dianjurkan seperti bulan Citrawarna, hari
Kemerdekaan, sembutan perayaan dan sebagainya.
 Manakala dari segi pakaian pelakon pula, ianya
disesuaikan dengan cerita yang akan dimainkan.
 Namun adakalanya mereka memakai pakaian yang
beraneka ragam untuk menarik perhatian penonton.
 Penggunaan props juga bergantung kepada cerita
yang hendak dimainkan oleh sesebuah kumpulan
boria.
 Bermula pada awal 60an, timbul kumpulan-
kumpulan boria mula menggunakan pakaian
seragam yang beraneka warna untuk menambahkan
lagi keceriaan dan daya tarikan pertunjukkan
mereka dan senario ini masih berterusan hingga ke
hari ini.
Lakonan dalam persembahan boria
Babak lakonan dalam persembahan boria
Para pelakon boria menghayati watak
NYANYIAN

TUKANG KARANG
 Watak utama.
 Pada masa dahulu, tukang karang tidak memerlukan
skrip untuk menyusun rangkap kata dan hanya
berlandaskan isi cerita yang akan disampaikan.
 Sangat berkebolehan dan mempunyai kepintaran
dalam mengubah lirik boria.
 Harus mempunyai suara yang lantang dan jelas, serta
tahu menyanyi mengikut tempo lagu dan nada yang
sesuai.
SAILOR (Penari)
 Biasanya mendahului masuk ke pantas selesai sahaja
lakonan berakhir dengan diiringi muzik masuk
(intro).
 Pada pelakon yang mengambil bahagian pada
awalnya tadi turut masuk sebagai kelasi.
 Sailor serta pelakon semasa masuk akan membawa
payung, bendera, gendang panjang dan props lain
mengikut kemampuan kumpulan tersebut.
 Mereka diikuti oelh Tukang Karang yang akan
mengendalikan persembahan ini.
 Tukang Karang akan memulakan rangkap pertama
nyanyian secara solo sambil menari serta
mengoyangkan tongkat yang dibawanya.
 Kemudian diikuti oleh kumpulan (sailor) akan
menyanyi secara beramai-ramai sembil menari
serentak dengan gerak langkah tertentu mengikut
formaliti langkah tari boria yang dipilih.
 Begitulah berikutnya setiap rangkap Tukang Karang
akan disambut oleh ahli kumpulan dengan rangkap
yang pertama dinyanyikan berulang-ulang (chorus).
 Kini, ada juga kumpulan (sailor) semasa
persembahan tidak menyanyikan rangkap pertama
secara berulang-ulang.
 Mereka menyampaikan semua rangkap yang
dinyanyikan oleh tukang karang.
 Jika tukang karang menyampaikan rangkap kedua,
sailor juga akan turut menyambut dengan nyanyian
rangkap kedua dan seterusnya sehingga kepada
rangkap terakhir.
 Untuk menyerikan lagi kemeriahan suasana,
confetti (kertas warna-warni yang dipotong halus)
ditabur manakala streamers (seakan-akan mercun
tarik) diletupkan dan bendera yang menjadi
lambang kumpulan dikibar-kibarkan sewaktu korus
dinyanyikan oleh kelasi.
 Para kelasi akan berselerak memenuhi ruang pentas
tetapi pergerakan mereka terbatas, iaitu tetap berada
di belakang tukang karang.
 Pemuzik juga turut menari.
Tukang karang
menyampaikan
lagu dengan
sempurna, lantang
dan terang
Nyanyian oleh tukang karang
Rangkap korus disampaikan oleh kelasi
TARIAN
 Berkait rapat dengan sketsa yang dipersembahkan.
 Mula berkembang mengikut peredaran zaman di

mana pada tahun-tahun 50an dan 60an pada masa itu


lagu-lagu banyak dipengaruhi dengan irama twist,
agogo, hindustan, pop dan sebagainya.
 Bebas mempersembahkan lagu dan tari mengikut

kreativiti.
 Sebuah kumpulan tarian tradisional, akan

mempersembahkan unsur-unsur tari bercorak tarian


tradisional seperti Inang, Joget, Zapin, Masri dan lain-
lain.
 Kini, persembahan tari boria adalah lebih
meluas.
 Lagu-lagu yang dipersembahkan bukan sahaja

berdasarkan irama-irama seperti di atas tetapi


adalah lebih terkini dan bebas seiring dengan
perubahan semasa.
 Manakala persembahan dari segi tari boria adalah
lebih kreatif dan moden.
 Pengaruh irama disco, rap, hip hop dan sebagainya
sudah mula menular di kalangan sesetengah
kumpulan boria.
 Ini adalah satu perubahan yang mungkin boleh
menimbulkan pandangan dan pendapat yang
bercanggah dari pelbagai pihak.
 Namun begitu, selagi ianya masih lagi mengekalkan
unsur-unsur tradisi yang terdapat di dalam boria
maka perubahan yang ditonjolkan itu masih boleh
diterima.
Tarian dalam persembahan boria
Aksi penari-penari boria
KOSTUM DAN PROPS
 Pada peringkat awal, cara berpakaian lebih
bercorakkan kearaban.
 Tapi lama kelamaan ianya berubah menjadi sangat
bebas hingga ada kumpulan boria yang membawa
cerita Red Indian, cowboy, Troop Alendes dan
sebagainya.
 Pada masa itu boleh dikatakan hampir kebanyakan
kumpulan memakai seragam.
 Selalunya pakaian yang dipakai adalah mengikut
cerita.
 Antara props yang sering digunakan ialah pelita,
bendera, keris, payung, bunga manggar, tongkat dan
sebagainya.
 Walaupun begitu, pakaian untuk tukang karang
adalah lebih istimewa daripada semua ahli di dalam
kumpulan boria tersebut.
Perbezaan pakaian tukang karang dan penari
RANGKAP KARANGAN
 Berbentuk syair.
 Seandainya orang yang dijemput bermain datang
daripada golongan berada atau ternama, maka rangkap-
rangkap awal nyanyian selalunya bersifat pujian kepada
pengundang.
 Sementara itu rangkap pertama bagi sebarang lagu boria
mestilah memperkenalkan kumpulan masing-masing dan
rangkap inilah akan menjadi korus untuk lagu tersebut.
 Irama pula disesuaikan dengan cerita.
 Kalau cerita Arab maka irama akan mirip lagu-lagu Arab.
 Senikata yang baik harus mengandungi suku kata
yang sama di setiap hujung rangkap.
 Kalau rima `ta’ digunakan pada hujung baris
pertama maka hujung baris-hujung baris yang
berikutnya dalam rangkap yang sama mesti
mempunyai bunyi `ta’ dan bukan `da’ atau `be’
walaupun masih dikekalkan bunyi `a’contohnya:
Talip bin Talib suatu cerita
Membuang isteri kerana bercinta
Asyik Aminah mengenal harta
Sungai Pinang cahaya mata
 Pada akhir persembahan, kumpulan boria sering
kali mengucapkan salam atau memohon ampun di
atas segala kelakuan mereka sapanjang
persembahan.

Sebagai penutup penyudah kalam


Kami sekalian memberi salam
Sekalian saudara luar dan dalam
Berjumpa lagu di lain malam
BORIA MASA KINI
 Pada masa ini pertunjukan boria telah mengalami
banyak perubahan kerana faktor masa dan kesan
daripada pertandingan boria yang diadakan secara
meluas seperti festival Boria Sempena Pesta Pulau
Pinang, Pertandingan Boria Antara Sekolah-sekolah,
Gema Boria Semutiara dan sebagainya.
 Perubahan lain yang jelas ialah dari segi pakaian
kerana dulu pakaian yang digunakan adalah
beraneka ragam dari segi corak dan bentuk warna.
 Semakin beraneka pakaian yang digunakan semakin
hebatlah daya penarik sesebuah kumpulan boria.
 Begitupun, arus perubahan sekarang lebih ke arah
pemakaian pakaian yang seragam, misalnya kelasi-
kelasi akan menggunakan pakaian yang seragam
kecuali tukang karang memakai pakaian yang
berbeza iaitu baju yang lebih istimewa.
 Gerak langkah tarian juga telah diseragamkan dan
kerap menggunakan langkah-langkah tarian moden.
 Tetapi gerak tari tradisional masih dikekalkan
bergantung kepada sesuatu irama yang digunakan.
 Dari segi senikata lagu pula, ada juga yang
menggunakan pelbagai bahasa bergantung kepada
majlis atau persembahan yang diadakan.
Persembahan boria
PENUTUP
 Sesungguhnya telah banyak perubahan yang
berlaku dan dilakukan terhadap persembahan ini
sehingga boria telah menjadi sejenis teater
tradisional di dalam persekitarannya sendiri.
 Namun, perubahan-perubahan tersebut selagi dapat
dikawal hendaklah dianggap sebagai satu proses
semulajadi dan bukan elemen yang mengancam
kewujudan teater ini.
TOKOH-TOKOH BORIA
 1. Abu Bakar bin Jaafar(Pak Kan)
 2. Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Hamid
 3. Encik Abdullah bin Darus
 4. Tuan Syed Akir bin Syed Ahmad
 5. Encik Daud bin Ibrahim
VIDEO
BORIA

Boria.mp4
RUJUKAN

Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan,


Bahagian Pembangunan Kebudayaan dan kesenian,
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
Malaysia. 2003
Sekian, terima kasih.

TAMAT

You might also like