You are on page 1of 1

LKKKS/14/2009

20hb. Februari 2009

Hasro Furniture Gallery (M) Sdn Bhd


Lot 12, Jalan PBR 33
Fasa 4C , Kawasan Perindustrian
Bukit Rambai, 75250
Melaka DENGAN SERAHAN TANGAN

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI TUJUAN LAWATAN KERJA KE KOTA KINABALU SABAH, PADA
2HB HINGGA 5HB JULAI 2009

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Syariah Melaka
akan mengadakan Lawatan Kerja Ke Kota Kinabalu, Sabah yang dijadualkan bermula pada 2hb
Julai 2009 sehingga 5hb Julai 2009.

3. Untuk makluman tuan, tujuan utama lawatan kerja ni adalah untuk melawat Mahkamah
Syariah Kota Kinabalu, Sabah serta untuk pendedahan dan input baru kepada pegawai dan
kakitangan Mahkamah Syariah Melaka. Ianya penting bagi kami untuk mempertingkatkan lagi
prosedur kerja ke tahap yang lebih efisyen dan mengemaskinikan lagi Sistem Penyampaian
Awam di peringkat jabatan.

4. Sehubungan dengan itu, kami amat menghargai sekiranya pihak tuan memberi
sumbangan bagi membiayai lawatan kerja ini. Sumbangan bolehlah dibuat atas nama “KELAB
SUKAN DAN KEBAJIKAN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA”.

5. Di atas kerjasama dan pertimbangan tuan sangat dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih

Sekian,terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………………………………
TUAN AMIRRUDIN ABDUL LATIP
Pengerusi
Lawatan Kerja Ke Kota Kinabalu, Sabah.
b/p Ketua Hakim Syarie
Mahkamah Syariah Negeri Melaka
Melaka

You might also like