PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR

)
MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

MODUL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

RBT 3105 KAEDAH MENGAJAR
KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jun 2010

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2010 Bahagian Pendidikan Guru Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pelajaran Malaysia

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Pertama 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i

KANDUNGAN

MUKA SURAT i i ii iv v vii ix

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kandungan Kata Alu-aluan Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk Tajuk 1 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep 1.1 Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester 1.2 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian 1.3 Penyediaan Rancangan Tahunan dan Semester 1.4 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian - Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah - Penulisan Objektif Pembelajaran - Pemilihan Isi Pelajaran - Pemilihan Strategi, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran - Aplikasi Kemahiran Generik - Penerapan Nilai Aktiviti 1 Tajuk 2 Sinopsis Hasil Pembelajaran Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Perancangan pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

1 1 1 1 2 4 6 11 11 17 18 19 20 22 28 29 29 29

i

Kerangka Konsep 2.1 Jenis dan Contoh Bahan Bantu Mengajar 2.2 Bahan Bantu Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 2.3 Penggunaan dan Penyimpanan Bahan Bantu Mengajar 2.4 Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Aktiviti 2 Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurnian Modul

29 30 34 35 36 41 42 43 44

ii

iv .

Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Walau bagaimanapun. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. 1. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. dan masa anda. v . Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar.PANDUAN PELAJAR Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 2. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. anda boleh berbincang dengan pensyarah. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. sumber-sumber pembelajaran. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

6.3. Teliti maklumat yang diterima. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. vi . 5. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. 4. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.

penyediaan rancangan tahunan dan semester. Seterusnya.RBT 3105 Kaedah Mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Pengenalan : Modul ini memberi penekanan kepada tajuk-tajuk dalam Kursus RBT3105 Kaedah Mengajar Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. dan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi. dan Tajuk 2: Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi. menyediakan perancangan pengajaran berasaskan kepada sukatan pelajaran. Rangka Isi Pelajaran: Modul ini terbahagi kepada dua tajuk berikut. Tajuk 2: Menghuraikan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran termasuk sumber berasaskan ICT dan bagaimana mengintegrasikannya ke dalam pengajaran. Tajuk 1: Perancangan Pengajaran Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Tajuk ini diambil daripada Pro Forma Kursus RBT3105 iaitu Tajuk 3. rancangan Rendah yang meliputi pengajaran dan pembelajaran harian. dan penyediaan rancangan pengajaran harian. Huraian adalah meliputi jenis dan contoh bahan bantu vii . dan Tajuk 4. Ia meliputi tajuk Perancangan Pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. SINOPSIS Tajuk 1: Menjelaskan perancangan perancangan Kemahiran Hidup Sekolah rancangan pengajaran tahunan/semester.

mengajar. dan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. viii . penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar.

Konsep pendekatan objektivisme .Objektivisme dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Pendekatan konstruktivisme .AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. 1 Tajuk/Topik Teori Pendekatan pengajaran dan pembelajaran • Pendekatan objektivisme . Jam 6 • • • • • • • ix . Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.Konsep pendekatan konstruktivisme .Konstruktivisme dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Pendekatan pembelajaran secara kontekstual Pendekatan pembelajaran berasaskan projek Perubahan konsep dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Kajian Masa Depan Pembelajaran berasaskan ketrampilan (Competency Based Learning (CBL)) Pembelajaran psikomotor dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Interaksi Bersemuka (jam) 6 Modul (jam) Jum. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma) Bil.

Projek .Pembelajaran aktif/perbincangan .Simulasi .Bercerita Interaksi Bersemuka (jam) 12 Modul (jam) Jum.Berpusatkan murid .Perisian kursus pembelajaran (courseware) .Carta .Teknik-teknik menyoal .Berpusatkan bahan/aktiviti Kaedah dan teknik pengajaran pemusatan murid .Modul .Permainan .Aras-aras soalan • x . Jam 12 • • • Kaedah dan teknik pengajaran pemusatan bahan .Demonstrasi/tunjuk cara .Pembelajaran Masteri Kaedah dan teknik pengajaran pemusatan guru .Laman Web/Internet .Pembelajaran secara kooperatif . 2 Tajuk/Topik Strategi.Slaid .Peralatan/bahan Kemahiran menyoal dalam pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah .Berpusatkan guru .Pita rakaman . kaedah dan teknik Strategi pengajaran dan pembelajaran . kaedah dan teknik pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah • • Definisi strategi.Syarahan/kuliah .Lawatan .Bil.

3 Tajuk/Topik Perancangan pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah • • • Rancangan pengajaran tahunan/semester Rancangan pengajaran dan pembelajaran harian Penyediaan rancangan tahunan dan semester Menyediakan rancangan tahunan Menyediakan rancangan semester Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) 7 Jum.Bil.kaedah. teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Aplikasi kemahiran generik Penerapan nilai 8 8 - 4 Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi • • • • Jenis dan contoh bahan bantu mengajar Bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) xi . Jam 7 • Penyediaan rancangan pengajaran harian Menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Penulisan objektif pembelajaran Pemilihan isi pelajaran Pemilihan strategi.

6 6 JUMLAH 30 15 45 xii .Bil. Jam 6 6 Pengajaran makro • Perlaksanaan semua kemahiran mengajar bermula dari set induksi hingga kepada penutup bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. 5 Tajuk/Topik Pengajaran mikro • Perlaksanaan kemahirankemahiran mengajar tertentu bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah: Kemahiran set induksi Kemahiran menggunakan papan tulis Variasi rangsangan Kemahiran penyoalan Kemahiran pengukuhan Kemahiran menerangkan Kemahiran penggunaan sumber Kemahiran penutup Interaksi Bersemuka (jam) 6 Modul (jam) Jum.

Mengaplikasi pendekatan. kaedah dan teknik pengajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dengan cekap dan berkesan. Kerangka Konsep Rancangan pengajaran tahunan/semester Perancangan Pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Rancangan pengajaran dan pembelajaran harian Penyediaan rancangan tahunan dan semester Penyediaan rancangan pengajaran harian 1    . Memindahkan kemahiran mengajar dalam pelbagai situasi sebenar. penyediaan rancangan tahunan dan semester. Membincangkan bagaimana mengaplikasikan strategi.TAJUK 1 PERANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH Sinopsis Menghuraikan penyediaan pengajaran tahunan/semester. dan penyediaan rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Menyediakan perancangan pengajaran berasaskan kepada sukatan pelajaran. kaedah dan teknik pengajaran dalam perancangan dan penyediaan rancangan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Hasil Pembelajaran: 1. rancangan pengajaran dan pembelajaran harian. strategi. 2. 3.

1 Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester Seseorang guru perlu peka terhadap kehendak kurikulum bagi Matapelajaran Kemahiran hidup. Skop pelajaran yang perlu untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran serta mengaitkan pengalaman murid dengan apa yang diajar. bahan bantuan mengajar dalam media alam semula jadi. Oleh itu anda sebagai seorang guru perlu merancang pengajaran untuk memastikan kehendak kurikulum dipenuhi. Rancangan Tahunan/Semester adalah berdasarkan takwin minggu persekolah. perancangan pengajaran yang baik membantu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berkesan. media cetak dan media elektronik. Guru perlu menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi setiap sesi persekolahan sebagai panduan bagi pelaksanaan P&P. perlu membuat perancangan yang teliti untuk mencapai kejayaaan dalam pengajarannya. menggunakan pelbagai menggabungjalinkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. 2    . Bincangkan bersama rakan. Rujukan sukatan pelajaran. Rancangan pengajaran tahunan merupakan perancangan yang dibuat untuk tempoh satu tahun atau satu semester bagi satu-satu mata pelajaran. Rancangan tahunan merangkumi : • • • • Skop kemahiran bagi setahun yang disenaraikan dalam Huraian Sukatan keluaran Unit Perkembangan Kurikulum. Senarai kemahiran-kemahiran. Rancangan Pengajaran Semester/Tahunan perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum satu-satu sesi persekolahan bermula. bahan maujud. Setiap guru sama ada berpengalaman ataupun tidak.1.

1 Sukatan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Takwim Sekolah + Huraian Sukatan Kemahiran Hidup Sekolah Rancangan Tahunan/ Semester Rancangan Pengajaran Harian Rajah 1. Memastikan susunan topik-topik teratur. Penyelarasan untuk ujian bulanan dan semester. Memudahkan guru pengganti mengambil alih tugas. Proses penyediaan perancangan mengajar adalah sepertimana ditunjukkan dalam Rajah 1.1 Aliran proses penyediaan rancangan mengajar 3    .Rancangan ini penting untuk: • • • • • • Panduan guru. Semakan topik lalu dan akan datang adalah mudah. Pencegahan pemesongan topik.

Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang yang sesuai. Menyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar.2 Rancangan pengajaran dan pembelajaran harian Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran- pembelajaran yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersususn dan bersistem. Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah: • • • • • • Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai Merancang pengajarannya Menentukan strategi P&P Menyediakan bahan bantu pengajaran Menyediakan penilaian Antara kepentingan-kepentingan RPH ialah • • • • • • • • Menentukan objektif pengajaran tercapai.1. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4    . Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa yang diperuntukkan. penutup dan penilaian.

darjah.Komponen-komponen dalam RPH dapat diringkaskan seperti ditunjukkan dalam Rajah 1. masa. bilangan murid Topik Objektif P&P Pengetahuan Sedia Ada Sumber P&P KBSB KMD • • • • • • Langkahlangkah Isi Pelajaran Strategi Penerapan Nilai KBSB Penggunaan Sumber (ABM/BBM) • • • • Jenis-jenis penutupan Rumusan Aktiviti susulan Penilaian Objektif Rajah 1. Rancangan Pengajaran Harian Butiran Am Set Induksi Penyampaian Penutup • • • • • • • Tarikh. tahun.2 Komponen-komponen dalam RPH dapat diringkaskan seperti ditunjukkan dalam 5    .2.

1a dan Jadual 1. Menyediakan struktur organisasi 1 tempat kerja.1.1b: Jadual 1.3 Penyediaan rancangan tahunan dan semester Contoh format rancangan pengajaran tahunan/semester adalah sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 1. 2 Kreativiti Mengenal pasti bentuk asas reka bentuk 3 Kreativiti Melakar bentuk asas 4 Kreativiti Membina bentuk asas secara 3D 5 Reka Cipta Menghubungkaitkan 1 bentuk dengan fungsi produk SATU 6 Reka Cipta Memasang model yang lebih 1 1 1 1 6    .1a Contoh Rancangan Tahunan/Semester Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4 Semester Minggu Topik Hasil Pembelajaran Masa (jam) 1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan tugas.

menanda memotong bahan projek dan 1 13 Reka bentuk dan Penghasilan Projek Memasang komponen projek 1 7    .Semester Minggu Topik Hasil Pembelajaran kompleks berpandukan manual Masa (jam) 7 Reka Cipta Mengenal pasti 1 jenis dan fungsi pengikat penyantum 8 SATU Pendokumentasian Mengumpul dan 1 dan merekod maklumat 9 Mempersembahkan Pendokumentasian pendokumentasian 1 10 Reka bentuk dan Penghasilan Projek Menentukan projek 1 berpandukan kad kerja 11 Reka bentuk dan Penghasilan Projek Menentukan jenis 1 bahan dan kuantiti 12 Reka bentuk dan Penghasilan Projek Mengukur.

1b Contoh Rancangan Tahunan/Semester Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4 (Semester Dua) Semester Minggu Topik Hasil Pembelajaran Masa (jam) 1 Baik Pulih dan Penyenggaraan Mengenal pasti bahan dan agen pembersih 1 8    .Semester Minggu Topik Hasil Pembelajaran Masa (jam) 14 Reka bentuk dan Penghasilan Projek Mereka bentuk dan 1 membuat projek berdasarkan murid minat 15 Pengenalan Elektrik Mengenal pasti 1 nama. fungsi dan simbol komponen 16 Pengenalan Elektrik Membezakan di 1 antara litar siri dan litar selari 17 Pengenalan Elektronik Membaca menterjemah lukisan litar dan 1 18 Pengenalan Elektronik Memintal mengikat pada dan 1 wayar tamatan komponen Jadual 1.

kesukaan yang dan 1 mampu dibeli oleh murid dan guru 9    .Semester Minggu Topik Hasil Pembelajaran Meminyak untuk tujuan perlindungan dan perlinciran Masa (jam) 2 Pengenalan Tanaman Hiasan Mengenal beberapa jenis tanaman hiasan 2 3 Pemilihan Biji Benih Menyemai biji benih pokok bunga semusim 2 DUA 4 Penanaman Menyediakan bekas penanaman 2 5 Penjagaan Menjaga tanaman hiasan dalam bekas 2 6 Barang Jualan Mengkelas barang mengikut keperluan.

Semester Minggu Topik Hasil Pembelajaran Masa (jam) 7 Sumber Jualan Mengumpul maklumat cara mendapatkan bekalan 1 8 Membuat Rancangan Jualan Mengenal pasti 1 cara mendapatkan modal 9 Menyediakan barang jualan Menentukan tujuan membungkus dan melabel barang jualan 1 10 Mempromosi Jualan Membungkus barang untuk tujuan promosi barang jualan 1 11 Mengurus Jualan Menunjukkan cara layanan yang baik dan cekap 1 12 Merekod Jualan Merekod barang jualan 1 13 Mengira untung dan rugi Menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan jualan 1 10    .

00 pagi : 24 orang : Ikan Hiasan : Penyediaan Bekas/ Akuarium : Murid dapat memilih bekas/akuarium dan aksesori yang sesuai dan menyedia serta menghias akuarium.Semester Minggu Topik Hasil Pembelajaran Masa (jam) 14 Minggu Jualan Menjual barangbarang yang dikenal pasti 1 hari 1. Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat jenis-jenis ikan hiasan dan memelihara ikan hiasan. 11    .00 – 10. Sehubungan itu. contoh format rancangan pengajaran harian adalah seperti berikut: Mata Pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan Murid Topik/Tajuk Sub Topik Kemahiran : Kemahiran Hidup : 5 Bestari : 6 Jun 2010 : 9. Murid juga dapat mereka letak dan menyusun aksesori untuk mendapatkan pemandangan yang cantik.4 Penyediaan rancangan pengajaran harian a) Menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Penyediaan rancangan pengajaran harian oleh guru-guru dilakukan mengikut sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

bersih. Pendidikan Alam Sekitar : Tumpahan minyak dan pencemaran air yang sering berlaku. 2. Menyatakan 6 daripada 9 langkah-langkah menyedia dan menghias bekas akuarium dengan betul. Niali-nilai Murni : Kerjasama. kad nama. Mengingat kembali. pemadam. arang diaktifkan. Menyusun mengikut keutamaan urutan yang betul. 4. ikan hiasan. pasir. jimatkan air.Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat: 1. Menyusun dengan tepat 3 urutan teknik memasukkan ikan hiasan ke dalam bekas/akuarium. Kemahiran Berfikir : Menjana idea. marker pen. bertanggungjawab. Kajian Masa Depan : Komersialkan pemeliharaan ikan hiasan sebagai punca pendapatan sampingan 12    . batu. Membuat gambaran mental. Menyebut 6 daripada 9 aksesori bekas akuarium dengan betul. kayu buruk. gegelang bio. 3. poster. Bahan Bantu Mengajar : Video. menyayangi haiwan peliharaan dan estetika. papan tulis. penapis. Melakukan amali penyediaan bekas/akuarium ikan hiasan dangan aksesori yang dibekalkan dengan sekurang-kurangnya 80% pencapaian lengkap dengan betul. tumbuhan akuatik asli dan tiruan. lampu akuarium. akuarium. pam. power point. Membuat Inferens. model.

tumbuhan akuatik asli dan tiruan. 3.2 Jadual 1.Murid melihat tayangan 13  BBM: Power point. tayangan video. Guru memperkenalkan tajuk pengajaran hari ini: BBM: Pemain video Kemahiran Berfikir: Membuat inferens. batu. 4. Aksesori akuarium asas: i) pam ii) penapis 1. Murid melihat rakaman video mengenai situasi dalam sebuah akuarium yang dipenuhi dengan batu karang dan ikan hiasan yang berwarna-warni. 2. Rakaman mengandungi muzik dan dialog antara dua ekor ikan . Murid melihat tayangan power point sambil mendengar penerangan guru mengenai langkah-langkah penyediaan bekas/akuarium ikan hiasan. menjana idea Nilai-nilai murni: Menyayangi haiwan peliharaan PAS: Tumpahan minyak dan pencemaran yang sering berlaku menakibatkan hidupan air mati Penyediaan bekas/akuarium Langkah1 (10 minit) Memilih aksesori bekas/akuarium 1.Contoh rancangan pengajaran harian (RPH) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 1. pam. Ikan-ikan tersebut menceritakan tentang terseselamatnya mereka dari situasi air laut yang tercemar oleh tumpahan minyak. kayu   . 2. pasir.2 Contoh rancangan pengajaran harian (RPH) Langkah/ Masa Set Induksi (5 minit) Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan Pengenalan kepada topik penyediaan bekas/akuarium 1.

poster. iii) Letakkan arang diaktifkan dan gegelang bio di dasar akuarium. tumbuhan akuatik. kerjasama. Nilai-nilai Murni: Keselamatan.Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan 2. i) Letakkan akaurium di lokasi pilihan. Murid mengikut langkah penyediaan bekas akuarium secara amali dalam kumpulan BBM: Ikan hiasan. jimatkan air. bersih. bekas akuarium. 1. lampu akuarium Kemahiran Berfikir: Membuat gambaran mental. pasir dan kayu. pastikan ada pendawaian elektrik dan bekalan air. 3. bertanggungjawab. model. iv) Masukkan batu. mengingat kembali Langkah 2 (15 minit) Langkah-langkah menyedia dan menghias bekas akuarium. keutamaan.Wakil kumpulan akan mengambil segala peralatan dan aksesori akaurium yang akan dipasang di meja kerja mereka . ii) Membersihkan dan bilas bahan hiasan seperti batu. buruk. 2. Aksesori tambahan: i) batu ii) pasir iv) tumbuhan akuatik asli dan palsu v) kayu buruk vi) poster vii) model viii) lampu akuarium video mengenai penyediaan bekas/akuarium yang lengkap dengan aksessori tambahan berserta dengan muzik dan suara latar. estetika. Kemahiran Berfikir: Menyusun mengikut setelah di terangkan oleh guru. kad nama. membuat gambaran mental 14    . pasir dan kayu buruk. Murid diingatkan tentang keselamatan dan kerjasama berkumpulan.

vii) Masukkan air yang telah dinyah klorin ke dalam akuarium. viii) Hidupkan penapisan dalaman dan nyalakan lampu ix) Masukkan ikan. Murid memasukkan ikan ke dalam akuarium dan melabelkannya dengan kad kumpulan. Langkah 3 (15 minit) Teknik memasukkan ikan hiasan ke dalam bekas/akuarium i) Letakkan beg ikan hiasan ke dalam akuarium selama 20 hingga 30 minit. Pemilihan aksesori bergantung kepada spesis ikan yang hendak dipelihara. ii) Masukkan sedikit air akuarium ke dalam beg plastik. 2. iii) Biarkan ikan keluar bersama air daripada beg plastik. 1. 15    .Murid melihat tayangan video dan melaksanakan kerja amali selepas tayangan berkenan.Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan v) Tanamkan tumbuhan akuatik vi) Masukkan penapis dalaman dan letakkan pada dinding akaurium.

Murid dibimbing untuk membuat rumusan.Setiap kumpulan diberi papan tulis. akuarium. Penutup (5 minit) Rumusan: 1. Murid yang menjawab dengan betul akan diberi gulagula. 4. Kemahiran Berfikir: Membuat rumusan. Murid dikehendaki menjawab secara bertulis dengan memaparkan jawapan pada papan tulis.Langkah/ Masa Penilaian (10 minit) Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan Kuiz Berkumpulan 1. Penyediaan bekas/akuarium. Kumpulan yang menang akan diberi hadiah pensil. 3. marker pen. marker pen dan pemadam. Nilai-nilai Murni: Kerjasama BBM: Papan tulis. 16    . 2. 2. pemadam. Murid menonton tayangan video ikan hiasan sambil bersoal-jawab dengan guru. 5. a) Memilih aksesori yang sesuai untuk bekas /akuarium. Murid diberi taklimat mengenai syarat pertandingan. b) Langkah-langkah penyediaan bekas/akuarium. gulagula. Kajian Masa Depan: Komersialkan peliharaan ikan hiasan sebagai punca pendapatan sampingan. 1. c) Teknik memasukkan ikan hiasan ke dalam bekas. pensil. Tugasan susulan Murid dikehendaki melakar ajuarium yang canggih untuk tahun 2020.

Menggunakan bahasa yang menghuraikan tingkah laku yang boleh dilihat. 3. 2. Objektif pelajaran sepatutnya merangkumi ketiga-tiga aspek. tingkah laku murid dan tingkat pencapaian murid. Menggunakan kata kerja tindakan yang khusus yang menerangkan niat guru.b) Penulisan objektif pembelajaran Objektif pembelajaran perlulah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid-murid. Objektif boleh dalam bentuk: • Objektif implisit Melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti:memahami mengetahui atau menghargai sesuatu yang telah diajar • Objektif eksplisit Melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti:menyeranaikan menjelaskan memberikan contoh menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan Menurut Mager. 17    . Menggunakan bahasa yang boleh menghuraikan tingkahlaku yang boleh dinilai. tiga kriteria yang perlu diikuti semasa menulis objektif eksplisit iaitu: 1. iaitu situasi. Pilih satu topik dalam sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Bincangkan objektif pembelajaran yang baik dan senaraikan.

selaras dengan objektif pengajaran. 18    . 4. mudah difahami serta membantu ingatan yang lebih kekal. Kementerian Pendidikan Malaysia manakala di peringkat topik. pemeringkatan isi pelajaran dilakukan oleh pihak guru. daripada yang konkrit kepada yang abstrak dan daripada fakta kepada teori. 2. Ketika melakukan pemeringkatan isi. Isi pelajaran yang disediakan perlu sesuai dengan topik dan disusun mengikut tertib perkembangan pelajaran. 3. Kemaskini dan mengikut perkembangan semasa Berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Isi pelajaran hendaklah bermula dengan pengalaman sedia ada murid kepada pengalaman baru murid. Kemudian guru harus memikirkan topik dan isi yang perlu diawalkan dan yang boleh diajar kemudiannya. Di peringkat mata pelajaran. isi pelajaran diperingkatkan oleh Jawatankuasa Sukatan Pelajaran. Isi pelajaran yang sesuai juga perlu dirancang untuk pendidikan pemulihan dan pengayaan. Penyusunan isi adalah relevan dengan objektif-objektif pelajaran. Pemeringkatan isi pelajaran lazimnya dibuat mengikut prinsip-prinsip tertentu seperti bermula daripada yang mudah kepada yang kompleks. Bahasa yang sesuai serta istilah yang tepat digunakan 5. Guru perlu menyatakan segala isi pelajaran yang akan disampaikan . fakta atau maklumat yang disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Isi pelajaran mencakupi masa yang diperuntukkan. prinsip. Penyusunan isi pelajaran hendaklah mengikut urutan yang teratur. guru hendaklah menyeranaikan semua topik yang hendak diajar.c) Pemilihan isi pelajaran Isi pelajaran merangkumi segala konsep. Dalam pemilihan isi pelajaran. 6. bincangkan bagaimana anda memilih isi pelajaran. guru seharusnya pertimbangkan perkara-perkara berikut : 1.

Berikut ialah garis panduan yang boleh digunakan ketika memilih strategi pengajaran. Kaedah mengajar juga bererti cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun atau teratur. berupaya menimbulkan suasana P&P yang bermakna. kaedah. berpusatkan murid-murid dari segi minat. Contoh-contoh Kaedah : 1. keperluan dan aktiviti. Pemilihan strategi yang baik menjamin keberkesanan P&P.d) Pemilihan strategi. mengira. menulis dan melukis. iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran. mengambil kira penggabungjalinan kemahiran-kemahiran seperti membaca. Simulasi Merupakan situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar. Jenis simulasi adalah: a) sosiodrama b) main peranan 19    . berupaya mencakupi unsur penyerapan isi daripada beberapa bidang pelajaran dan penerapan nilai-nilai murni. mendorong dan menyeronokkan. Kaedah ialah suatu tindakan guru yang sistematik dan berurutan serta bertujuan mencapai objektif spesifik. iaitu: • • • • • • dapat meningkatkan lagi keberkesanan P&P. teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik-teknik untuk mencapai objektif-objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. dipelbagaikan agar dapat mengekalkan minat murid-murid.

kecekapan dan ketrampilan. guru boleh menggunakan pelbagai teknik seperti menyoal tentang jenis tanggam.2. berkemahiran. Kaedah dan Teknik pengajaran dan aplikasi dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah Rendah e) Aplikasi kemahiran generik Kemahiran generik adalah kemahiran am. Tunjuk Cara (Demonstrasi) Tunjuk cara merupakan situasi pembelajaran dengan guru menunjukkan cara melakukan cara melakukan sesuatu aktiviti atau memilih seorang murid yang berpengalaman untuk melakukan aktiviti yang dikehendaki. Teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Kemahiran generik berunsurkan kemahiran. Kecekapan boleh didefinisikan sebagai kemampuan atau kebolehan melakukan sesuatu dengan cepat dan sempurna. Contohnya dalam kaedah Tunjuk Cara membuat tanggam kayu. kepandaian dan kepantasan membuat sesuatu. Dengan melayari internet atau buku rujukan dapatkan maklumat berkaitan Strategi. Kemahiran boleh didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian untuk mengerjakan sesuatu. untuk menjadikan tunjuk caranya menarik dan memotivasikan murid. teknik mencari pemasangan tanggam yang ada pada bahagian-bahagian perabot dan meneka jenis tanggam yang digunakan pada cantuman bahagian perabot. Ketrampilan pula dijelaskan sebagai kecekapan dan kemampuan yang tinggi dalam menyelesaikan masalah. Guru yang berkualiti adalah guru yang mempunyai kemahiran-kemahiran generik dan dapat membimbing murid-muridnya ke arah kecemerlangan dalam pendidikan. kerjajaya dan hidup mereka nanti. Teknik merangkumi aktiviti perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. kualiti. pengetahuan dan sikap yang dipunyai oleh seseorang untuk berjaya dalam pembelajaran dan kerjayanya. Guru hendaklah menggunakan teknik yang dapat menimbulkan minat atau memotivasikan murid-murid dalam P&P. 20    . Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran.

laras bahasa sesuai dan mengalih idea ke bahasa lain. buat laporan. komputer. menolak atau menerima idea.dengar idea dan pandangan. Menulis . Kemahiran hidup tertentu dan diperlukan untuk kejayaan kerjaya dan personal. b. guna istilah sesuai. perbendaharaan kata luas. Kemahiran yang boleh digunakan atau dipindahkan secara am di tempat kerja dan bukannya kemahiran teknikal dan khusus.menulis jelas dan tepat. faham dan intepretasi dengan tepat.guna bahasa ikut suasana. Membaca . kata panggilan yang sesuai. menyediakan alat (slaid poster.mengendali alat teknologi (OHP. alat siaraya). Kemahiran utama penting untuk penglibatan diri dalam dunia pekerjaaan dan organisasi kerja. intepretasi maklumat.fasih. faham idea yang disampaikan. bahasa tepat dan jelas. bertindakbalas tepat dan berkesan. guna tanda baca. Bertertib & Sopan .menganalisis. Penggunaan Teknologi . gambarajah). penyampaian dengan bantuan alat. guna pengetahuan. buat rumusan. isitilah tepat. intonasi sesuai. aplikasi teknik baca. Ia berfokuskan kepada alam pekerjaan. bahasa badan.Secara umumnya kemahiran generik mempunyai elemen-elemen seperti : a. Dalam konteks sistem persekolahan di Malaysia. 21    . kemuka soalan dan menjawab jelas dan tepat. kemahiran generik yang dikenal pasti perlu untuk pelajar meneroka ruang-ruang ilmu adalah seperti berikut: • KEMAHIRAN KOMUNIKASI Bertutur . buat catatan. keupayaan menyepadukan kemahiran dan pengetahuan di c. Mendengar . Dalam konteks pendidikan di Malaysia kemahiran generik adalah kemahiran utama yang perlu ada di kalangan pelajar sebagai persediaan dalam melaksanakan tugas dengan sempurna dalam pelbagai situasi alam pekerjaan dan kehidupan seharian. menakkul.

menentukan kumpulan sasaran dan bilangannya. memisah dan memilih keutamaan. selenggara dengan sempurna dan yakin. Melaksanakan program/aktiviti . Mengendali. Keberkesanan penggunaan sumber . menghasilkan keluaran menepati masa. faham cara operasi dan kendali alat. Cekap dalam pengurusan masa . berpengetahuan mengenai aktiviti dan prosedur. Memahami isu dan tren dalam teknologi . menepati jumlah pengeluaran ikut sasaran. kendali ikut prosedur. mengurus sumber. membuat penyesuaian. Menggunakan sumber dengan cekap – boleh mengimbang jumlah pengeluaran dengan kos. carta tugasan (carta Gantt). terjemah keperluan berdasarkan teknologi baru. membuat pelan tindakan. menyelenggara dan baiki alat teknologi .menyediakan senarai tugasan. berupaya memaksimum output dengan sumber terhad. meneroka dan menghasilkan teknologi baru.• KEMAHIRAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI Menggunakan alat ikut prosedur dan proses . peka terhadap peralatan baik pulih.mengubahsuai teknologi sedia ada supaya lebih cekap.kenal pasti bahagian dan fungsi. berupaya memilih teknologi mengikut tren semasa. merancang alternatif sekiranya berlaku halangan. bekerja secara sistematik. menyelesaikan masalah dalam jangka masa terhad. membuat jadual tugasan induk. mengawal kualiti produk.bekerja ikut spesifikasi masa yang ditentukan. Mereka bentuk dan mencipta teknologi baru .memahami arahan buku manual. peka terhadap isu semasa. memahami simbol.mengenalpasti teknologi baru. membuat anggaran kos.menentukan sumber berkaitan aktiviti. memilih strategi ikut keutamaan. • KEMAHIRAN MERANCANG DAN MENGELOLA AKTIVITI Kebolehan membuat persediaan dalam merancang aktiviti . pengelolaan 22    . baiki kerosakan kecil dan mudah.mengenalpasti matlamat dan objektif. mengenali bahagian dan fungsi.

bersikap terbuka dan menghormati idea ahli. keluarga. mengetahui dan menjalankan peranan. rakan sebaya dan keluarga). bekerja sebagai satu pasukan. bertanggungjawab atas tindakan/keputusan yang dibuat. Memahami objektif bekerja secara kumpulan . memahami maksud yang tersurat dan tersirat. menyusun prosedur dan jangka masa untuk mencapai objektif. membuat refleksi. membuat pertimbangan atas cadangan dan pendapat. 23    . membuat persediaan maklumat yang cukup.mengetahui peranan dalam kumpulan. boleh menjelaskan tujuan bekerja secara kumpulan. menyelidik masalah untuk mendapatkan maklumat lengkap. Menganalisis punca masalah . Fizikal (ruang.mendengar dengan baik. • KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH Mengenalpasti masalah .diri sendiri (sikap.memahami sahsiah setiap ahli kumpulan.sistematik. bersikap toleransi. Mempunyai semangat kekitaan . memberi dan menerima teguran dan tunjuk ajar. Berbincang secara kumpulan . memahami bahasa.sanggup berkorban. wang. • KEMAHIRAN BEKERJA DENGAN ORANG LAIN DAN DALAM KUMPULAN Berkomunikasi dengan orang lain dan dalam kumpulan . proaktif dan reaktif). prasarana dan masa). menulis arahan dengan baik. menggunakan ‘body language’ yang sesuai. berpengetahuan mengenai topik yang dibincangkan. keyakinan. memberi pendapat dan cadangan. sifat diri. memberi kerjasama dalam melaksanakan tugas. sosio ekonomi (latar belakang. ketabahan.mentafsir dan mengenalpasti objektif kumpulan. Menerima ahli kumpulan lain . menyesuaikan diri mengikut konteks dan situasi. memahami persekitaran. menggunakan maklumbalas sebagai rujukan aktiviti akan datang dan bertindak positif. menghasilkan keputusan yang sepakat.meneroka masalah/menceritakan masalah. tolong menolong dan muafakat. menghormati hak orang lain. menggunakan bahasa yang sesuai dengan situasi. mengetahui halangan dalam komunikasi dan cara terbaik mengatasinya. penilaian. menggunakan santun bahasa semasa berkomunikasi. memberi perhatian. keadaan persekitaran (masyarakat. gaya dan intonasi pertuturan.

kertas kerja/cadangan).mengenalpasti dan memperoleh sumber maklumat (diri sendiri. laporan bertulis. membaca. bahan rujukan. iklan). Menyimpan maklumat .mengenalpasti pelbagai kaedah sebaran maklumat (poster. bilangan surat. Menyusun maklumat/penulisan . mengkaji keberkesanan keputusan. menyunting laporan. memo. menterjemah.menyenaraikan tindakan yang boleh menyelesaikan masalah. semua masalah dikaji. • KEMAHIRAN MENGURUS. membaca dan mengakses maklumat (memahami wacana. rakan sebaya. Memperolehi maklumat . membuat kesimpulan). mentafsir. mengkategorikan maklumat. carta. menguasai perbendaharaan kata. masyarakat.merangka format (membuat jadual. membuat pengkelasan). mencatat). diari. Memilih maklumat mengenalpasti kegunaan/keperluan (membuat rujukan. menilai tindakan melalui kriteria yang telah ditetapkan.mengenalpasti sumber (buku. Menganalisis maklumat . alam sekitar.kaedah menyimpan maklumat dalam bentuk fail (klasifikasi.keseimbangan pendapatan dengan keperluan. meringkas. memilih dan membuat keputusan.menilai semula keputusan yang telah dibuat.memeriksa maklumat untuk ketepatan dan kesempurnaan.mengkaji semula matlamat. orang. menyusun maklumat. menilai dan memilih maklumat yang relevan (tapis maklumat). nombor fail. kad dan lain-lain. multimedia). kaedah menyimpan dalam perisian komputer (disket. hard disk). menilai kualiti dan kebolehpercayaan. Membuat alternatif/pilihan . merumus. menyimpan maklumat dalam buku log. memo. Mengguna dan menyebar maklumat . mencatat (mencari isi penting. 24    . MEMILIH DAN MENGANALISIS MAKLUMAT Mancari maklumat . graf. memilih alternatif lain. katalog. buletin. Membuat penilaian semula . media masa/cetak. mencerakin. internet. pengurusan sumber) budaya (nilai-nilai masyarakat norma dan amalan hidup tren masyarakat). Membuat keputusan .

• KEMAHIRAN MEMAHAMI BUDAYA Menghayati nilai murni . bergaul dengan mesra dalam pelbagai situasi dan konteks. mewujudkan sikap prihatin dan gigih terhadap pekerjaan. mengenal pasti unit ukuran. membuat anggaran. memberi layanan. Membuat penilaian menggunakan teknik matematik . penggunaan laras bahasa yang tepat mengikut status dan situasi). jiran dan masyarakat . menyusun data.menggunakan teknik pengiraan dalam membuat penilaian.ambil berat terhadap kebajikan orang lain. 25    . menggunakan data untuk menyelesaikan masalah. Menghayati norma dan tren masyarakat . Menggunakan carta dan menterjemah carta. membanding dan membezakan untuk membuat pemilihan. mewujudkan persekitaran yang kondusif. Menggunakan unit matematik dalam mengintepretasikan jawapan untuk menyelesaikan masalah . boleh menukar unit ukuran. membaca meter.memahami nilai asas untuk berinteraksi dengan masyarakat (memperkenalkan diri secara bersopan. Menyusun dan menggunakan nombor untuk menghurai kuantiti dan kualiti menyusun nombor ikut urutan. membuat pengiraan. memupuk sikap penyayang. membuat analisis. menghormati pelanggan. mengamal sikap jujur. tahu teknik mengukur. pasaran saham dan lain-lain).memahami perbezaan nilai masyarakat merentasi agama dan kaum. membuat ramalan merangka strategi. membaca papan tanda (senarai harga barang. graf . menghargai orang lain.melakukan 4 operasi asas.• KEMAHIRAN MENGGUNAKAN IDEA DAN TEKNIK MATEMATIK Mengukur kuantiti dengan menggunakan unit ukuran . menghormati semua lapisan masyarakat.membaca dan memahami maklumat dalam graf/carta. menyelesaikan masalah secara congak.menggunakan penukaran unit ukuran dan harga. Menghayati dan sentiasa mewujudkan kemesraan dengan rakan. menyatakan perkaitan nombor dengan abjad. berterus terang dan amanah.

Ini boleh dilakukan seperti berikut : • Proses pengajaran dan pembelajaran mesti berfokuskan kepada penglibatan aktif semua pelajar. • Pengajaran dan pembelajaran tidak sahaja berfokus kepada subjek sebaliknya perlu dikembangkan dan diberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran seperti asas komunikasi. mengenang jasa. .mewujudkan rasa setia kawan. Pelajar perlu dilatih untuk menyelidik dan mengkaji sesuatu masalah sama ada secara individu atau dalam kumpulan. 26    . • • Pengajaran dan pembelajaran perlu menitikberatkan amalan praktis dalam kumpulan dan pembinaan semangat pasukan.melahirkan rasa bangga dengan sumbangan yang diberi. Mempunyai semangat patriotik . interpersonal. Mereka digalakkan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai sumber maklumat.Memahami profil organisasi . membuat keputusan dan etika. undang-undang dan perlembagaan. mencintai negara. mematuhi peraturan. Penekanan dan fokus yang lebih jitu bagi kemahiran-kemahiran ini perlu diberi keutamaan. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu menitikberatkan kaedah-kaedah seperti penyelidikan dan penemuan. mengalamlkan prinsip/nilai-nilai hidup masyarakat. Pada umumnya kemahiran-kemahiran generik yang dikenalpasti memang sudah terdapat dalam kurikulum persekolahan yang sedia ada.

f) Penerapan Nilai Pengajaran Kemahiran Hidup juga menekankan penerapan nilai-nilai murni yang di tegaskan oleh FPN. Malah aspek Keselamatan adalah antara kaitan nilai murni kasih sayang yang perlu diperhatian oleh semua guru Kemahiran Hidup terutama sekali dalam waktu pengajaran yang melibatkan aktiviti-aktivi amali. Keutamaan keselamatan ini merupakan salah satu ciri Bengkel Kemahiran Hidup yang penting supaya bengkel menjadi tempat yang sesuai dan kodusif untuk pengajaran dan pembelajaran. dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perlu masukkan aspek nilai-nilai murni tersebut. Satu papan tanda yang mesti dipamerkan di dalam UTAMAKAN KESELAMATAN Bengkel Kemahiran Hidup 27    . Justeru itu.

1. Rancangan kerja hendaklah merangkumi rancangan semester. kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kepada kaedah tersebut ada diminta menyediakan satu kaedah/teknik pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan di dalam kelas. Berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran KHSR.Aktiviti 1 Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. d. rancangkan satu rancangan pengajaran harian (Pilih tajuk mengikut bidang dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah) b. Satu rancangan kerja tahunan bagi tahun 4 atau tahun 5 atau 6 berdasarkan takwim sekolah. rancangkan: a. c. Anda telah mempelajari beberapa strategi. b. Berpandukan rancangan kerja tahunan dan semester yang anda bina. Kriteria adalah seperti berikut: a. Kerja dilakukan dalam kumpulan Berdasarkan topik Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Masa 10-15 min Bincangkan kelebihan mengapa anda memilih kaedah tersebut 2. 28    . Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar.TAJUK 2 BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN TEKNOLOGI Sinopsis Menghuraikan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran termasuk sumber berasaskan ICT dan bagaimana mengintegrasikannya ke dalam pengajaran. bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. strategi. Hasil Pembelajaran: 4. Menghuraikan pelbagai sumber termasuk sumber berasaskan ICT dan mengintegrasikannya ke dalam pengajaran. Kerangka Konsep Tajuk Jenis dan contoh bahan bantu mengajar Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi Bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) 29    . kaedah dan teknik pengajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dengan cekap dan berkesan. Mengaplikasi pendekatan. 5. dan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Huraian adalah meliputi jenis dan contoh bahan bantu mengajar.

fasilitator atau tutor bagi tujuan berikut: • • • Membantu pelajar memperbaiki kemahiran membaca dan kemahiran-kemahiran lain Ilustrasi atau mengukuhkan kemahiran.2. 30    . rasa. mendengar. Bahan bantu mengajar terdiri daripada bentuk buku.1 Jenis dan contoh Bahan Bantu Mengajar Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan Bahan Bantu Mengajar? Bahan bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran. dan Mengurangkan kebimbangan. Bahan bantu mengajar merupakan alat yang digunakan oleh guru. hidu dan sebagainya. Atan Long (1982) mengatakan bahawa bahan bantu mengajar merupakan alat yang menyokong penyampaian dan pembelajaran. papan hitam. kerisauan atau kebosanan pelajar. bahan bantu mengajar itu boleh juga dikategorikan kepada media elektronik dan media bukan elektronik. Ringkasnya di sini . Berdasarkan beberapa definisi bahan bantu mengajar. kapur dan gambar-gambar malah turut meliputi sebarang benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua panca indera iaitu melihat. Peralatan mengajar adalah tidak terhad kepada buku-buku teks. cuba anda rumuskan definisi bahan bantu mengajar dari perspektif pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. fakta atau idea. carta atau slaid yang dipancarkan kepada layar.

televisyen. Media atau medium bermakna saluran komunikasi. komputer dan pengajar. Contoh media termasuklah filem. Dari segi pengajaran. perhatian. perasaan.Apakah kaitan antara bahan bantu mengajar dan media pengajaran? Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut perkaitan antara bahan bantu mengajar dan media pengajaran. radio. mari kita fikirkan tentang media pengajaran. bahan bercetak. 2002) Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Ringkasnya. maka media itu merupakan media pengajaran. media pengajaran ialah bahan-bahan audio visual dan bahan-bahan berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran. Media digunakan untuk membantu proses komunikasi (Heinich. media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran. Apakah contoh media pengajaran yang akan anda gunakan untuk mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ? 31    . Sedangkan yang menggerakkan dan memberi kesan kepada manusia ialah mesej. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Definisi asal tentang media menekankan bentuk atau cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Ini bermakna yang menjadi fokus ialah peralatan yang membawa mesej dan mengenepikan peranan mesej itu sendiri. minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. gambar foto. Ada dua elemen utama bagi media pengajaran iaitu “media” dan “pengajaran”. rakaman audio. Heinich (2002) berpendapat bahawa jika media membawa mesej tentang pengajaran. Nyatakan kelebihan menggunakan media dalam pengajaran. Oleh itu.

1. pengkelasan jenis bahan bantu mengajar berdasarkan Rajah 2.a) Pengkelasan jenis bahan bantu mengajar Pada asasnya. para pengkaji telah mencipta konsep penyusunan hirarki kaedah pengajaran berasaskan tahap realisme. Semakin tinggi tahap realismenya maka semakin tinggi nilai bahan tersebut. Rajah 2.1 Kon Pengalaman Dale Kon Pengelaman Dale menekankan pengalaman konkrit pelajar berlaku apabila mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti itu. (Hoban dan Zissman. Pengalaman konkrit akan semakin berkurangan 32    . 1937) Oleh itu. Salah satu usaha dilakukan oleh Edgar Dale (1946) dan dikenali sebagai Kon Pengalaman Dale. Nilai bahan bantu mengajar bergantung kepada tahap realisme bahan itu.

Pengalaman enaktif merupakan pengalaman secara langsung atau pengelaman sebenar. 33    . Semakin ke atas ialah media visual dan di mercu kon ialah mediamedia yang abstrak. didapati istilah “media pengajaran” lebih meluas penggunaannya pada masa kini. Oleh itu. jika pelajar tidak faham akan konsep yang abstrak maka mereka cuma menghafal sahaja tanpa memahami konsep. Nyatakan contoh-contoh dan bincangkan perbezaannya! Jika kita amati kefahaman tentang perkataan “bahan bantu mengajar” dan “media pengajaran”. Jadi. Ini disebabkan pelajar tidak dapat belajar jika media yang digunakan tidak sesuai. Pengalaman simbolik atau digital menggunakan perkataan semata-mata.apabila pelajar menjadi pemerhati. Oleh itu. Brunner (1966) menafsirkan Kon Pengalaman Dale kepada tiga jenis pengalaman iaitu pengalaman enaktif. pengalaman ikonik dan pengamalan simbolik. Mengapa? Bincangkan ! Bincangkan kriteria pemilihan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Kkemahiran Hidup Sekolah Rendah. Bahan bantu mengajar juga dikelaskan kepada (a) Bahan Maujud. Pengalaman abstrak akan berlaku jika simbol visual dan verbal digunakan untuk mewakili peristiwa. Brunner mencadangkan pengajaran harus bermula daripada pengalaman enaktif. (b) Bahan Separa Maujud. dan (c) Bahan Abstrak. Pengalaman ikonik menggunakan simbol-simbol visual untuk mewakili satu perkara. kon ini menyusun media bermula daripada media yang konkrit di tapak.

34    .2.2 Bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Bahan bantu mengajar boleh direka bentuk dan dibangunkan secara khusus untuk pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.1 Bidang Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Bidang Reka Bentuk & Teknologi Keselamatan dan organisasi bengkel Kreativiti dan reka cipta Reka bentuk dan penghasilan projek Elektrik dan elektronik Baik pulih dan penyenggaraan Tanaman Hiasan Bidang Perniagaan dan Keusahawanan Barang jualan Merancang dan menyediakan jualan Mempromosi jualan Mengurus jualan Merekod jualan Fikirkan bahan bantu mengajar bagi bidang dan topik untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.1 Jadual 2. Walau bagaimanapun. Antara topik yang boleh disokong dengan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ialah sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 2. bahan bantu mengajar perlulah bersesuaian dengan topik yang diajar.

fakta atau konsep yang berkaitan dengan bahan bantu mengajar yang digunakan. Meneguhkan ingatan pelajar terhadap pengajaran guru. Menghasilkan pembelajaran yang lebih konkrit. Mengukuhkan sesuatu konsep yang dipelajari oleh murid-murid. Memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar. Keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar bukanlah berlaku secara automatik. 35    . Arahan yang jelas perlu diberikan sebelum bahan bantu mengajar digunakan. panduan penggunaan bahan bantu mengajar adalah sepertimana berikut: • • • • • • Bahan bantu mengajar perlu diletakkan pada tempat yang sesuai. Menunjukkan peringkat atau proses yang tidak boleh diperhatikan secara terus. Bincangkan kepentingan bahan bantu mengajar dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Bimbingan diberikan kepada murid-murid dalam membincangkan perkara.3 Penggunaan dan penyimpanan bahan bantu mengajar Tujuan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ialah : • • • • • • • Menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu. Memudahkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran guru. Bahan bantu mengajar hanya ditunjukkan pada masa yang perlu sahaja. Secara umumnya.2. seseorang guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar mengikut garis panduan penggunaan bahan bantu mengajar. dan Bahan bantu mengajar hanyalah berperanan memudahkan pembelajaran pelajar dan bukannya menggantikan peranan guru. Bahan bantu mengajar perlu disimpan dengan baik di tempat yang khusus setelah selesai digunakan.

Selepas digunakan ianya perlu disimpan di tempat yang sesuai.4 Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) Penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi khususnya teknologi maklumat dan komunikasi perlu dipertimbangkan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. penggunaan TMK meliputi: • • • • • • • Reka bentuk perisian. 2. Dalam dunia industri dan pembuatan. TMK telah menukar cara sesuatu produk itu direkabentuk dan dihasilkan. Dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi. 2D dan 3D Lukisan dan seni pembungkusan Perisian grafik Perisian CAD/CAM Pangkalan data Hamparan kerja Pemprosesan perkataan 36    . ianya perlu diurus dengan baik. Gambar-gambar disimpan dalam album plastic Bahan-bahan 3D boleh disimpan di dalam kotak Bahan 2D boleh disimpan dalam Rak Gantungan Bincangkan tiga kaedah penyimpanan bahan bantu mengajar Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.Bagi membolehkan bahan bantu mengajar boleh digunakan secara optimum. Kaedah penyimpanan bahan bantu mengajar ialah sepertimana berikut: • • • • • Menggunakan almari khas – Bahan 2D dan 3D Menggunakan Fail-fail Khas. Pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah berkembang dengan pantas.

Walau bagaimanapun. Guru perlu mengambilkira tahap perbezaan kemahiran dan kebolehan murid-murid.1 di bawah: 37    . TMK boleh membantu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran melalui : Memberikan akses kepada maklumat untuk penyelidikan Membantu kreativiti dalam reka bentuk Mempercepatkan aspek proses pembuatan Memperbaiki kualiti kerja Membantu murid memahami urusan dan kegunaan industri a) Perancangan untuk menggunakan TMK Perancangan menggunakan TMK adalah bergantung kepada : • • • • Bilangan komputer Lokasi komputer dan sumber TMK lain Sambungan komputer kepada peralatan lain Rangkaian komputer Menurut Owen-Jackson dan Davies (2002). guru perlu memastikan murid telah tahun dan boleh menggunakan TMK sebelum bahan bantu mengajar berasaskan TMK digunakan.• • Penerbitan meja Perisian kawalan dan sistem Melalui penggunaan • • • • • pelbagai program dan aplikasi. Antara kelebihan dan kekurangan penggunaan internet ialah sepertimana jadual 2. guru harus mencuba merancang bagi meningkatkan kemajuan bagi setiap pelajar dalam pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah khususnya bidang reka bentuk dan teknologi dan penggunaan TMK. Penggunaan internet juga boleh dipraktikkan dalam pembelajaran reka bentuk dan teknologi.

Guru menyediakan senarai laman web yang lebih banyak dan membenarkan murid memilih untuk mengaksesnya. membuat salinan dan mengedarkan kepada murid. boleh membangunkan kemahiran mengendalikan maklumat dan membuat keputusan. Guru memuat turun laman web dan memberikan murid mencapai laman web tersebut. Murid tidak membangunkan kemahiran mengendalikan maklumat. Bahan tidak direka bentuk untuk setiap individu murid. Kurang menarik bagi murid-murid. Kelebihan Guru membuat keputusan tentang apa yang dilihat oleh murid. Perlu mengawasi pelajar supaya fokus kepada kerja mereka (tidak terpesong). Murid tidak membangunkan kemahiran mengendalikan maklumat. mencetak. Guru menyediakan senarai laman web memastikan murid hanya mencapai laman web tersebut sahaja. menyunting dan mengedarkan kepada murid. 38    . Kurang menarik bagi murid-murid. Guru mencari maklumat dan memuat turun bahan ke komputer. Kerja murid-murid akan terbatas kepada laman web yang dipilih oleh guru sahaja Murid-murid mempunyai kebebasan mencari maklumat Kerja murid-murid akan terbatas kepada laman web yang dipilih oleh guru sahaja Murid-murid boleh mengakses jumlah maklumat yang banyak. Kekurangan Bahan tidak direka bentuk untuk setiap individu murid. Murid-murid memiliki capaian yang terbatas dan tidak b oleh menghubungkannya dengan sebarang lamanyang ditunjukkan. Juga melibatkan kos penggunaan internet dalam talian.2 Penggunaan TMK: Kelebihan dan Kekurangan Kaedah Guru mencari maklumat. Maklumat berpadanan dengan keperluan kumpulan murid-murid.Jadual 2. Murid-murid mula mempelajari bagaimana mencari maklumat. Tiada kos dalam talian. Murid diajar menggunakan enjin carian dan mendapatkan maklumat yang dikehendaki. tidak perlu menunggu di komputer dan kos yang rendah. Boleh menyediakan bahan yang terkini. Murid-murid mula mempelajari sendiri bagaimana mengakses maklumat.

lebih memahami produk dan bagaimana produk itu dihasilkan. c) TMK dan pemodelan Pemodelan merupakan proses kreatif pada peringkat paling penting reka bentuk dan pembuatan (Davies. prosedur. terdapat program atas meja dan grafik yang boleh membantu murid-murid menghasilkan pembungkusan dan promosi bahan untuk produk yang dihasilkan oleh mereka. Ini dapat membantu murid-murid yang tidak mempunyai kemahiran melukis. Pemodelan menggunakan TMK menyediakan peluang kepada murid-murid peluang menganalisis bahan. c) TMK dan pembuatan Secara tradisionalnya. proses penghasilan produk oleh pelajar boleh dilakukan dalam kuantiti yang lebih besar. Murid-murid juga boleh meneroka dan membuat eksperimen berkaitan idea reka bentuk. dengan jumlah yang ”One-off” merujuk kepada penghasilan prototip. Manakala penerbitan atas meja dan program pemprosesan perkataan juga boleh digunakan untuk menghasilkan lembaran arahan yang disertakan bersama produk. Kelebihannya ialah reka bentuk boleh diubahsuai tanpa melukis semula atau melakar semula. 39    . Dengan adanya TMK. Pemodelan membolehkan murid-murid : • • • • Mencuba idea sama ada ianya berfungsi atau sebaliknya Berfikir tentang cara memperbaiki idea Visualisasi idea Membangunkan idea sebelum membuat keputusan akhir. reka bentuk dan teknologi melibatkan murid-murid menghasilkan sesuatu produk secara ”hand-made’ dan berbentuk ”one-off” sedikit. Selain itu. struktur dan proses dalam usaha mendapatkan kefahaman konseptual yang lebih baik (Owen-Jackson & Davies. 1999). 2002). CAD juga menyediakan murid-murid peluang menghasilkan imej. Selain itu.b) TMK dan Reka bentuk Reka bentuk boleh dihasilkan oleh murid-murid menggunakan Computer-Aided Design (CAD) dan pakej-pakej lukisan. Perisian Computer Aided Drafting (CAD) boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi.

TMK boleh digunakan dalam proses ini. Komputer boleh membantu ramai murid-murid mengambil bahagian dalam reka bentuk dan aktiviti-aktiviti teknologi. daripada yang paling mudah iaitu Projektor OHP sehingga kepada alat persembahan multimedia yang canggih seperti Powerpointmembolehkan muridmurid menghasilkan persembahan dengan jadual. Ini merupakan tugas guru mempastikan apa yang telah dipelajari oleh murid-murid. murid-murid akan menulis apa yang ingin diperkatakan di atas kertas dan membacanya kepada rakan-rakan dalam kelas. jadual dan gambar dalam laporan mereka. Selain itu. Ianya melibatkan pengujian bahan. Sebagai contoh. pelajar kemampuan tinggi akan bergerak lebih pantas sepanjang program dan meminta lebih tugasan untuk dilakukan. Persembahan merupakan aktiviti yang sukar bagi murid-murid. Kebiasaannya. 40    . guru perlu mempertimbangkan semula cara pengajaran mereka apabila menggunakan TMK. Penggunaan pakej penerbitan meja dan program pemprosesan perkataan membolehkan murid-murid memuatkan rajah. murid-murid boleh dimotivasikan melalui penggunaan TMK yang lebih menarik dan menyeronokkan. guru perlu melihat sumbangan setiap murid dan bagaimana mereka berinteraksi. Penggunaan TMK boleh membantu guru membezakan kerja murid-murid. dan menganalisis data. Sebagai contoh. Penggunaan TMK. Ini bermakna.d) TMK. rajah. melaksanakan ujian pada komputer. modifikasi reka bentuk. e) TMK dan pembelajaran murid-murid Penggunaan TMK seharusnya memberikan impak kepada pembelajaran murid-murid. model dan gambar yang boleh menyokong teks. Apabila murid-murid menggunakan komputer secara kumpulan atau berpasangan. merekod keputusan ujian. perancangan atau produk. pengumpulan data. Kemajuan pembelajaran murid-murid boleh dikenalpasti oleh guru-guru melalui cetakan hasil kerja mereka. penilaian dan persembahan Penilaian boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang murid-murid melakukan aktiviti mereka bentuk dan menghasilkan produk.

5. 1. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas. 4. 2.Aktiviti 2 Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. 6. Berikan peranan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran 3. 41    . Terangkan kriteria Pemilihan Bahan Bantu Mengajar KHSR Nyatakan fungsi bahan bantu mengajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Dengan bantuan grafik. buat perbandingan antara bahan bantu mengajar bercetak dan bahan bantu mengajar tidak bercetak? Berikan garis panduan menggunakan BBM/ABM dalam aktiviti pengajaranpembelajaran KHSR Sebagai guru terangkan ciri-ciri umum yang boleh dijadikan panduan dalam menilai sesuatu sumber dari internet.

. (2003). London: David Fulton Publishers. 42 . K. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4.. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Primary design and technology: A process for learning (2nd Edition). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.. (2002). Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Matlamat Dan Misi. R. & Edwards. Shahabuddin Hashim. Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. (2000). In Gwyneth. Owen-Jackson. & Howe. L. Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 5. New York: Houghton Mifflin Co. Aspects of teaching secondary design and technology. D. D.. Learning theories: A educational perspective. London: David Fulton Publisher. G. Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad (2006). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Ritchie. C. B. O – J. A. Teaching Design and Technology 3 – 11: The essential guide for teachers. (ed. & Wilson.Rujukan Davies. Learning with technology: A constructivist perspective. D. (1999). Upper Saddle River: Prentice Hall. London: Routledge Falmer.). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.. Teaching science and design and technology in the early years . Jonassen. Integrating technology for meaningful learning. Peck. Kuala Lumpur: PTS Professional. J.. & Davies. Grabe. (2001). & Grabe. (2006). Schunk. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Great Britain: Antony Rowe Ltd. NJ: Prentice Hall. Integrating educational technology into teaching (2nd Edition). G. Hope. (2000). D. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. M. New Jersey: Prentice-Hall. ICT in design and technology. (2004). M. Roblyer. Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 6. H. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002).

Ed (Curriculum Studies). Kuala Lumpur (3 Tahun).UM Hj Rosehan b. Hashim Penolong Pengarah Unit Kurikulum. Edu.(IT). Penolong Pengarah.my Kelulusan: M. UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan). Institut Perguruan Teknik.edu.my Kelulusan: Ph. UM Dip. MPTKL Pengalaman: Penolong Pengarah.PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH) NAMA Dr NORIATI BINTI A.Sc. IPG Kampus Ipoh. IPG Kampus Ipoh (3 tahun) Guru Sekolah Menengah (16 tahun) Ketua Panitia Kemahiran Hidup (12 Tahun) Guru Sekolah Rendah (13 Tahun) 43    .A. Kementerian Pelajaran Malaysia. BPG.A. 31150 Hulu Kinta. Diploma BTEC Civil Engineering (UK). USM M. Sijil Perguruan (Binaan Bangunan). Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. tanbt@ipip.my Kelulusan: M Ed (Tech. & Voc. USM B.com. Hons (Geografi/Ekonomi). Hons.). USM B.(Geografi & Bahasa Melayu). haditun@gmail. UTM Pengalaman: Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia KELAYAKAN Kelulusan: PhD. Hons (Mechanical Engineering). Hons (Civil). UM B. Perak Darul Ridzuan. USM Sijil Guru MPI (B) Pengalaman: Pensyarah Jabatan Sains Sosial. Perak Darul Ridzuan.edu.(Sosiolinguistik). UTM B. Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Unit Dasar.Tech. Bahagian Pendidikan Guru.Tech with Educ. UTM. with Educ. 31150 Hulu Kinta.com drhadi@ipip. Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi Pensyarah.D (Multimedia Education & IT). rbh14@hotmail. Penolong Kanan HEM (1 Tahun) Guru Kanan Teknik & Vokasional (2 Tahun) Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan (2 Tahun) Guru Sekolah Menengah Teknik (10 Tahun) En. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu). Tan Beng Tiam Pensyarah. Perak (3 Tahun) Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan. Unit Kurikulum BPG.

IPG Kampus Ipoh (3 tahun) Guru Sekolah Menengah (16 tahun) Ketua Panitia Kemahiran Hidup (12 Tahun) Guru Sekolah Rendah (13 Tahun) 44    .my KELAYAKAN Kelulusan: Ph. Perak Darul Ridzuan. Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.com drhadi@ipip. with Educ. Hons (Mechanical Engineering).(IT). 31150 Hulu Kinta. haditun@gmail. USM B.my Kelulusan: M. Tan Beng Tiam Pensyarah. tanbt@ipip.PANEL PEMURNIAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH) NAMA Dr Abdul Hadi bin Mat Dawi Pensyarah. Penolong Kanan HEM (1 Tahun) Guru Kanan Teknik & Vokasional (2 Tahun) Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan (2 Tahun) Guru Sekolah Menengah Teknik (10 Tahun) En.A.edu. UTM Pengalaman: Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur (3 Tahun). Institut Perguruan Teknik.edu.Tech. Perak (3 Tahun) Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan.Sc. USM Sijil Guru MPI (B) Pengalaman: Pensyarah Jabatan Sains Sosial. IPG Kampus Ipoh. Hons (Geografi/Ekonomi). Perak Darul Ridzuan.D (Multimedia Education & IT). 31150 Hulu Kinta. USM B. USM M.Ed (Curriculum Studies).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful