You are on page 1of 24

TILAWAH

TINGKATAN 5

Layanan baik ke atas orang bukan Islam yang berminat terhadap Islam

Dan jika seorang daripada orang bukan Islam meminta perlindungan kepadamu (untuk
memahami ajaran Islam) maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat
mendengar keterangan keterangan Allah (tentang hakikat Islam) kemudian hantarkanlah
mereka ke mana-mana tempat yang aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana mereka itu
kaum yang tidak mengetahui.

3 perintah Allah kepada umat Islam :

Wajib beri perlindungan kepada orang bukan Islam sekiranya mereka meminta perlindungan

Hendaklah menerangkan ajaran Islam kepeda mereka

Hendaklah dihantar ke tempat yang aman

o Suasana harmoni
o Suasana aman
o Menjaga hubungan baik dengan orang bukan Islam
o Menunjukkan contoh teladan yang baik

Maksud dakwah Mengajak manusia melakukan yang makruf dan meninggalkan yang
mungkar
Ciri ciri pendakwah
1. Beriman dan bertakwa kepada Allah swt
2. Sabar dan tabah menghadapi semua dugaan semasa berdakwah
3. Tidak mudah berputus asa sekiranya dakwah
4. yang disampaikan tidak berjaya
5. Berani menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran
6. Memiliki akhlak-akhlak yung mulia yang menjadi contoh kepada orang ramai
7. Memiliki ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang tersebut

TAJUK : BATAS-BATAS PERGAULAN : AN-NUR AYAT 31


Cara-cara menjaga maruah diri

1. Tidak memandang perkara yang diharamkan.


2. Memelihara kehormatan diri.
3. Menutup aurat.

Batas-batas aurat

1. Lelaki dengan lelaki : di antara pusat hingga ke lutut.


2. Lelaki dengan perempuan ajnabi : di antara pusat hingga ke lutut.
3. Perempuan dengan lelaki ajnabi : seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak
tangan.
4. Perempuan dengan mahram : di antara pusat hingga ke lutut.
5. Perempuan dengan perempuan kafir : seluruh anggota badan kecuali muka dan
tapak tangan.
Pengajaran ayat

1. Wajib ke atas lelaki atau perempuan menghindari daripada melihat perkara-perkara


yang diharamkan.
2. Kita wajib menjaga kehormatan diri.
3. Haram kepada perempuan melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah.
4. Haram berpakaian yang menampakkan susuk badan.

Contoh Soalan

1. Senaraikan perintah Allah yang terdapat dalam ayat di atas.


2. Senaraikan golongan yang dibenarkan melihat batas aurat wanita.
3. Jelaskan batas-batas aurat bagi golongan berikut:
i. Lelaki sesama lelaki muslim
ii. Perempuan sesama perempuan
iii. Muslim bersama kafir
4. Jelaskan dua kesan menutup aurat dan tidak menutup aurat.

TAJUK : PERIBADI MUKMIN (15 -16 AS-SAJADAH)

Ciri-ciri orang beriman berdasarkan ayat

1. Sujud kepada Allah


2. Sentiasa mengingati Allah
3. Tidak takbur
4. Melazimi qiamullail
5. Menginfaqkan harta untuk jalan Allah

Jenis-jenis sujud

1. Sujud tilawah
2. Sujud sahwi
3. Sujud syukur

Pengajaran ayat

1. Umat Islam disunatkan membanyakkan solat dan zikir.


2. Allah menjanjikan pahala besar kepada orang yang melazimi qiamullail.
3. Orang mukmin hendaklah bersifat tawaduk.
4. Islam menggalakkan mencari harta yang halal dan menginfaqkannya ke jalan Allah.

Contoh Soalan

1. Nyatakan tiga sifat mukmin yang dinyatakan Allah dalam ayat di atas.
2. Jelaskan kelebihan orang yang beriman kepada Allah.
3. Senaraikan perbezaan anatara orang yang beriman dengan orang fasik.
4. Jelaskan pengertian sujud berikut:
i. Sujud Sahwi
ii. Sujud Tilawah
iii. Sujud Syukur

HADITH

TINGKATAN 5

TAJUK : KEHIDUPAN DI DUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU

Teknik pengurusan masa secara efektif

1. Merancang penggunaan masa


2. Mengurus masa dengan bijak
3. Menentukan wawasan hidup

Kelebihan menyegerakan segala urusan kehidupan

1. Dimuliakan Allah dan rasul


2. Urusan dapat disempurnakan dengan berkualiti dan mengikut jadual
3. Menyumbang ke arah kemajuan negara

Bekalan untuk hari akhirat

1. Taqwa
2. Ikhlas
3. Melakukan amalan-amalan sunat.

Pengajaran hadith

1. Tempoh kehidupan manusia di dunia adalah singkat


2. Manusia hendaklah menggunakan tempoh kehidupan di dunia sebaik mungkin
3. Islam melarang kita menangguh-nangguhkan urusan kehidupan
4. Seseorang muslim hendaklah menguruskan masanya dengan bijak.

Contoh Soalan

1. Terangkan teknik pengurusan masa secara efektif.


2. Nyatakan tiga kebaikan pengurusan masa dengan bijak.
3. Terangkan tiga akibat buruk sifat bertangguh dalam perkerjaan.
4. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat diambil dari hadith di atas.

TAJUK : ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH


Pengertian wali

Dari segi bahasa : bantuan atau perlindungan daripada Allah

Dari segi istilah : manusia biasa yang beriman, bertaqwa, beristiqamah melaksanakan
perintah Allah dan menjauhkan segala laranganNya secara zahir dan batin.

Ciri-ciri orang soleh

1. Berilmu
2. Beramal
3. Berakhlak mulia

Amalan-amalan sunat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah

1. Solat sunat
2. Puasa sunat
3. Membaca al-Quran
4. Berzikir
5. Berdoa

Kelebihan orang yang melakukan ibadah-ibadah nawafil

1. Disayangi Allah dan rasul


2. Berkat kehidupannya
3. Terpelihara daripada melakukan perkara maksiat
4. Makbul doa
5. Mendapat ganjaran pahala dan syurga
6. Mengecapi kenikmatan beribadah

Pengajaran hadith

1. Kekasih Allah ialah mukmin yang banyak melakukan ibadah nawafil.


2. Orang yang hampir dengan Allah ialah mukmin yang berilmu, beramal dan
berakhlak mulia.
3. Allah memperkenankan doa orang yang hampir kepadaNya.

Contoh Soalan

1. Senaraikan ciri-ciri orang yang soleh.


2. Jelaskan amalan-amaln sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah.
3. Nyatakan kelebihan orang yang melakukan ibadat naufal (sunat)
4. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat diambil dari hadith di atas.
IBADAT

TINGKATAN 5

TAJUK : PERKAHWINAN

Hikmah Perkahwinan Dari Segi Kesihatan

Perkahwinan dapat menjauhkan diri daripada maksiat terutama jenayah zina yang
boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti Aids dan siplis. Penyakit ini
menjejaskan kesihatan dan memusnahkan kehidupan.

Contoh Soalan

1. Sebutkan syarat-syarat isteri yang sah dikahwini.


2. Salah satu hikmah disyariatkan perkahwinan ialah dapat menjamin kesihatan.
Jelaskan tiga hujah anda.

TAJUK : WALI

Sebab-sebab wali nasab berpindah kepada wali hakim

1. Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan


2. Wali akrab tidak dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati
3. Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah
4. Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi
5. Wali sedang dalam ihram
6. Wali menyembunyikan diri
7. Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan
8. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain
yang setaraf dengannya
9. Wali enggan mewalikan

Contoh Soalan

1. Siapakah yang dimaksudkan dengan wali mujbir?


2. Kuasa wali nasab boleh berpindah kepada wali hakim. Jelaskan 2 daripada sebab
tersebut.
TAJUK : IDDAH

Pengertian

Bahasa : tempoh pengiraan


Syarak : tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas
berpisah dari suami

Jenis Iddah

1. Kematian suami
2. Penceraian

Iddah disebabkan kematian suami

STATUS ISTERI IDDAH


Hamil Hingga melahirkan anak
Tidak hamil 4 bulan 10 hari
Putus haid 4 bulan 10 hari
Belum disetubuhi 4 bulan 10 hari

Iddah disebabkan penceraian hidup

STATUS IDDAH
Hamil Hingga melahirkan anak
Tidak hamil Tiga kali suci
Putus haid Tiga bulan
Belum disetubuhi Tiada iddah

Sebab-Sebab Perbezaan Tempoh Jenis-Jenis Iddah

1. Iddah Bagi Perempuan Bercerai Hidup

Tempoh iddah tersebut dapat membersihkan rahim perempuan daripda benih hasil
perhubungan dengan bekas suami.

Bagi perempuan hamil tempoh hingga melahirkan anak cukup untuk menumpukan
perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kandungan

2. Iddah Bagi Perempuan Yang Tercerai Mati

Tempoh iddah tersebut sesuai bagi isteri yang kematian suami sebagai tanda
perhubungan dan kesedihan

3. Iddah Bagi Perempuan Yang Belum Disetubuh


Tiada beriddah kerana rahimnya bersih daripada benih suami

Hikmah Iddah

1. Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya untuk mengelak daripada
berlaku percampuran keturunan
2. Memberi peluang kepada suami isteri untuk berfikir dan menyesal di atas
perbuatannya
3. Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan yang tinggi nilainya
disisi agama dan masyarakat
4. Memberi penghormatan kepada suami yang meniggal dan menjaga perasaan
keluarganya terutama isteri

Hak Dan Status Isteri Semasa Dan Selepas Iddah

Hak Semasa Iddah

1. Isteri yang dicerai talak 1 dan 2 berhak mendapat hak sebagaimana sebelumnya
seperti nafkah zahir dan dilarang keluar dari rumah yang disediakan oleh suami tanpa
izin
2. Isteri dalam tempoh iddah talak bain tidak berhak mendapat nafkah kecuali tempat
tinggal dan tidak mendapat hak perwarisan
3. Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal selama dalam iddah
oleh waris terdekat suami

Hak Selepas Iddah

1. Tidak lagi mempunyai hubungan dengan bekas suaminya


2. Bebas menentukan pilihan sendiri
3. Berhak berkahwin semula dan boleh dipinang oleh lelaki yang ingin
memperisterikannya

Perkara Yang Dilarang Semasa Iddah

PERKARA YANG DILARANG SEMASA TEMPOH IDDAH TALAK SEMASA


TEMPOH IDDAH KEMATIAN SUAMI
Pinangan Diharamkan pinangan oleh lelaki lain secara terang dan sendirian
Diharamkan pinangan secara terang tetapi diharuskan secara sendirian
Keluar dari rumah yang disediakan oleh suami Tidak boleh keluar tanpa keiziznan
kecuali keperluan yang dibenarkan syarak Tidak boleh keluar kecuali keperluannya
kecuali dibenarkan syarak
Menghias diri Perempuan iddah rajie diharuskan berhias
Perempuan iddah bain disunatkan tidak berhias Diharamkan berhias
Perkahwinan Diharamkan berkahwin dengan lelaki bukan suaminya Haram
berkahwin
Contoh Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan iddah?
2. Islam telah menetapkan tempoh iddah bagi perempuan. Terangkan dua hikmah
iddah.
3. Jelaskan hak isteri semasa iddah.
4. Terangkan sebab perbezaan tempoh di antara dua jenis iddah.
5. Terangkan dua kesan disyariatkan iddah terhadap isteri.

TAJUK : RUJUK

Pengertian

Bahasa : kembali
Istilah : Suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan kepangkuannya

Rukun Rujuk

1. Orang yang merujuk iaitu suami atau wakilnya.


2. Orang yang dirujuk iaitu isteri.
3. Lafaz rujuk

Syarat Rujuk

Suami
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Kemahuan sendiri

Isteri
1. Islam
2. Telah disetubuhi oleh suami
3. Bukan penceraian secara fasakh
4. Bukan dijatuhkan talak tiga
5. Masih dalam tempoh iddah

Sighah
1. Menggunakan lafaz rujuk “aku rujuk engkau”
2. Tidak bertaklik “ aku rujuk jika engkau setuju”
3. Tidak ditentukan masa “ aku rujuk engkau selama 3 bulan”

Kesan Rujuk

1. Anak dan keluarga gembira dan bahagia.


2. Memberi ketenangan jiwa selepas kehilangan kasih sayang.
3. Suami isteri dapat peluang memperbaiki kelemahan masing-masing.

Hikmah Rujuk

1. bertepatan dengan fitrah manusia yang ingin kembali kepangkal jalan apabila
melakukan kesilapan
2. suami & isteri diberi peluang untuk menyambung semula hubungan mereka dengan
keazaman dan sikap yang baru
3. suami dan isteri berkesampatan memperbaiki kelemahan kesilapan yang lalu
4. dapat memberi ketenteraman jiwa
5. dapat menyatukan semula keluarga

Contoh Soalan

1. Nyatakan maksud rujuk.


2. Nyatakan tiga syarat isteri yang sah dirujuk.
3. Jelaskan tiga kesan rujuk kepada institusi kekeluargaan.
4. Terangkan dua hikmah rujuk terhadap keluarga.

TAJUK : ZIHAR

Pengertian Zihar

Bahasa : belakang
Istilah : suami menyamakan isterinya atau mana-mana anggotanya dengan ibunya
atau dengan mana-mana perempuan mahram baginya

Hukum Zihar ialah haram dan berdosa besar

Rukun Dan Syarat Zihar

Rukun Syarat
Suami 1. Baligh
2. Berakal
3. Sah talak. Tidak sah zihar kepada isteri yang berada dalam iddah talak bain
4. Kemahuan sendiri
Isteri 1. Isteri yang sah
2. Zihar disandarkan kepada isterinya atau mahar anggotanya
Orang yang diserupakan dalam zihar 1. Perempuan
2. Perempuan yang muhrim dengan sebab nasab penyusuan dan persemendaan
Sighah 1. Lafaz yang digunakan jelas dan khusus tidak memerlukan kepada niat
2. Lafaz yang digunakan tidak jelas dan tidak khusus, ia memerlukan kepada niat.

Langkah Mengelak Daripada Berlaku Zihar


1. Tidak mengikut sifat arab jahiliah apabila marah seperti menyamakan isteri dengan
ibunya atau mana-mana mahramnya.
2. Memahami konsep zihar
3. Suami hendaklah menahan kemarahan supaya tidak tergesa-gesa menzihar isteri

Kifarah Zihar

Mengikut tertib berikut:


1. Memerdekakan seorang hamba mukmin
2. Jika tidak mampu suami wajib berpuasa selama dua bulan berturut-turut
3. Jika tidak mampu berpuasa, suami wajib memberi makan enam puluh orang miskin
dengan kadar secupak bagi setiap orang

Akibat Zihar

1. Suami yang melakukan zihar mendapat kemurkaan Allah dan berdosa besar
2. Suami isteri haram melakukan persetubuhan
3. Perbuatan zihar menjatuhkan maruah isteri
4. Suami wajib membayar kifarah

Contoh-contoh Soalan
1. Apakah maksud zihar?
2. Senaraikan rukun zihar.
3. Jelaskan dua sebab berlakunya zihar.
4. Terangkan dua langkah untuk mengatasi berlakunya zihar.

TAJUK : POLIGAMI

Pengertian Poligami

Bahasa : Banyak isteri


Syarak : Lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetap tidak lebih empat orang
isteri pada satu masa

Hukum Poligami adalah harus

Syarat Poligami

1. Tidak melebihi empat isteri


2. Boleh berlaku adil
3. Mampu dari segi jasmani dan kewangan

Kesan Poligami Yang Tidak Mengikut Syarak


1. Mengundang kemurkaan Allah
2. Isteri tidak puas hati dan berlaku pergaduhan
3. Anak-anak tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada keluarga

Hikmah Poligami

1. Menyambung keturunan
2. Membela anak yatim dan wanita
3. Mengelakkan diri daripada maksiat
4. Mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat

Contoh Soalan

1. Jelaskan pengertian poligami menurut syarak.


2. Terangkan dua ciri keadilan dalam syarat poligami.
3. Huraikan tiga kesan berpoligami yang tidak mengikut syarat-syarat tersebut.
4. Terangkan dua hikmah berpoligami disyariatkan dalam Islam.

TAJUK : HADHANAH

Pengertian Hadhonah

Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumayiz dan tidak mampu
menguruskan diri sendiri

Hukum Hadhonah ialah wajib dan orang yang mengabaikan tanggungjawab berdosa

Hak Hadhonah

Bila berlaku penceraian ibu adalah orang yang paling berhak memelihara anaknya
Jika ibu hilang kelayakan hak hadhonah, ia berpindah kepada individu berikut
susunan:

1. Nenek sebelah ibu hingga ke atas


2. Bapa
3. Nenek sebelah bapa hingga ke atas
4. Datuk
5. Saudara perempuan seibu sebapa
6. Saudara perempuan seibu
7. Saudara perempuan sebapa
8. Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu sebapa
9. Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu
10. Anak perempuan kepada saudara perempuan sebapa
11. Emak saudara sebelah ibu
12. Emak saudara sebelah bapa
13. Waris lelaki yang boleh menerima asobah

Syarat Orang Yang Mendapat Hak Hadhonah


1. Islam
2. Sempurna Akal
3. Dewasa
4. Berakhlak Mulia

Sebab-Sebab Gugur Hak Hadhonah


1. Berkahwin dengan sorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian nasabkanak-
kanak tersebut
2. Berkelakuan buruk
3. Berpindah tempat kediaman untuk menghalang bapa kanak-kanak menziarahinya
4. Cuai atau menganiaya kanak tersebut
5. Murtad

Tempoh Hadhonah
1. Apabila kana-kanak tersebut telah dewasa dan dapat berdikari
2. setelah mencapai umur mumayiz, dia berhak memiliki untuk tinggal sama ada
dengan ibu atau bapanya

Contoh Soalan

1. Apakah maksud hadhonah?


2. Apakah hukum mengambil anak angkat dalam Islam?
3. Jelaskan tiga alasan Islam melarang membin dan membintikan anak angkat kepada
bapa angkatnya.
4. Huraikan dua syarat kelayakan penjagaan anak selepas perceraian.
5. Terangkan dua hikmah disyaraiatkan hadhonah.

AKIDAH

TINGKATAN 5

TAJUK : AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah

Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw dalam
perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menentang perkara-perkara bid’ah.
Prinsip-prinsip aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

1. Berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah


2. Berpegang dengan prinsip-prinsip al-Salafu al-Soleh
3. Apabila terdapat pertelingkahan pandangan mereka merujuk kepada al-Quran
4. Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka
5. Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih.

Kepentingan berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

1. Dapat membersihkan aqidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan.


2. Asas kepada penerimaan sesuatu amalan.
3. Hidup diredhai Allah.

Contoh Soalan

1. Nyatakan tiga prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.


2. Huraikan tiga sebab kita wajib berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

TAJUK : KHAWARIJ

Pengertian khawarij

Golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah tetapi tidak
menerima Majlis Tahkim.

Pegangan khawarij

1. Beriktikad bahawa pelaku dosa besar adalah kafir.


2. Mengkafirkan serta menghalalkan darah semua umat Islam yang berbeza iktiqad
dengan mereka.
3. Membataskan sumber syariat hanya kepada al-Quran sahaja.

Contoh Soalan

1. Siapakah golongan Khawarij.


2. Jelaskan iktikad yang menjadi pegangan golongan Khawarij.
TAJUK : AJARAN SESAT

Pengertian ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam
sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Contoh ajaran sesat

Qadiani

Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889M.
Dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatillah pada tahun
1949M.

Siri kesesatan ajaran Qadhiani

1. Iktiqad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai al-Mahdi, Nabi dan jelmaan Krishna
(tuhan dalam agama Hindu).
2. Beriktikad bahawa Allah menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab
yang bernama al-Tazkirah.
3. Beriktiqad bahawa Mirza Ghulam Ahmad mempunyai sejuta jenis mukjizat.
4. Menghapuskan jihad.
5. Mengubah ayat al-Quran seperti ayat 6, surah al-Saf, ayat 52 surah al-Hajj dan ayat
1 surat al-Qadr.
6. Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah.
7. Mengisytiharkan Qadhiani sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji.
8. Mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinaga, India.
9. Menghukum kafir selain penganut Qadhiani.

Taslim

Diasaskan oleh Hj. Muhammad bin Syafie pada tahun 1870an di Kampung Serunak,
Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran sesat yang paling tua di Malaysia.
Mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiyyah Batiniyyah.

Ciri kesesatan ajaran taslim

1. Beriktiqad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur
Muhammad.
2. Beriktiqad bahawa alam bersifat qadim.
3. Mentafsirkan ayat-ayat al-Quran mengikut hawa nafsu.
4. Mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin.
5. Menolak kewujudan hari kiamat, syurga dan neraka.
6. Solat secara niat tanpa rukun qauli dan fikli.
7. Menganggap Hj. Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

Contoh Soalan
1. Siapakah pengasas ajaran Qadiani?
2. Jelaskan tiga ciri kesesatan ajaran Qadiani.
3. Ajaran Taslim merupakan ajaran yang paling tua di Malaysia.
4. Terangkan dua iktikad kesesatan ajaran tersebut.

TAMADUN ISLAM
TINGKATAN 5
TAJUK : KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Faktor Penyebaran Islam

Faktor Dalaman

1. Keinginan daripada penduduk setempat yang tertarik dengan Islam serta akhlak
umatnya.
2. Galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari Baitulmal untuk para
pendakwah.
3. Dasar Kerajaan yang menyamakan kedudukan bangsa Arab dan bukan Arab.
4. Kedudukan Kota Baghdad yang menjadi tumpuan dalam bidang keilmuan dan
perdagangan antarabangsa.

Faktor Luaran

1. Pembukaan wilayah-wilayah baru


2. Penggunaan Bahasa Arab secara meluas yang mendorong kepada pemahaman al-
quran dan hadis
3. Hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyah dengan Negara luar.
4. Usaha para pedagang Islam berdakwah menerusi perdagangan mereka.

Bidang-bidang Ilmu

1. Ilmu Berteraskan Wahyu.

a) Ilmu Tafsir
Tokoh :i: Yahya bin Ziyad al-Farra’. 207H kitabnya Maani al-Quran.
ii: Ibnu Jarir at-Tabari 310H kitabnya Tafsir atTabari.

b) Ilmu Hadis
Tokoh : i: Bukhari 256 H Kitabnya Sahih Bukhari
ii: Muslim 261H Kitabnya Sahih Muslim
iii: Abu Daud 275H Sunan Abu Daud
iv: Tarmizi 279H Kutubu as-Sittah
v: Nasaei 303H Kutubu as-Sittah
vi: Ibnu Majah 273H Kutubu as-Sittah

c) Ilmu Fekah
Tokoh : i: Imam Abu Hanifah 150H
ii: Imam Malik 179H
iii: Imam Syafiee 204H
iv: Imam Ahmad Hanbal 241H
v: al-Qadhi Abu Yusuf 182H
vi : Sahnun 240H
vii: al-Mawardi 450H
viii : Ibnu Qudamah 620H
d) Ilmu Tauhid
Tokoh : i: Imam Abu Hassan al-As’ari 324H
Ii: Imam al-Ghazali 505H

2. Ilmu Berteraskan Aqal

a) Ilmu Matematik
Formula: Trigonometri, Algebra, Geometri, Logarithma, pengenalan kepada system
angka dalam abjad, pengenalan bilangan sifar (0) dalam system angka.

Tokoh : Muhammad bin Musa al-Khawarizmi (236H), dengan karyanya yang agung
bertajuk “Hisabul Jabri wal-Muqabalah” (Integration and Equations)

b) Ilmu Falak
Penemuan Baru:
1. Mengukur jarak antara bumi dan matahari.
2. Membuat jadual pegerakan bulan dan bintang.
3. Menjelaskan sistem geologi bumi serta pengaruh bulan dan matahari terhadap
pertukaran musim.
4. Mencipta alat pengukur sudut (astrolabe)

Tokoh :
al-Batani (317H).

c) Ilmu Kimia

1. Penemuan asid galian seperti asid nitric, asid sulfuric, dan asid hidroklorik.
2. Teori penghasilan alcohol.
3. Membaiki proses pembuatan kaca.

Tokoh : Jabir bin Hayyan (198H)

d) Ilmu Fizik
Bentuk-bentuk pencapaian

1. Mencipta teori pergerakan jirim, daya gravity dan pantulan cahaya.


2. Menjelaskan tentang lapisan mata serta proses penglihatan.
3. Menyukat kelajuan bumi dan cahaya.
4. Mencipta cermin mata.

Tokoh:
Al-Hassan bin Haitam (430H)
Menghasilkan lebih 200 karya seperti Kitabul Manazir, Maqalatun Fi Dhau’I dan
Maqalatun Fi at-Tahlil wa at-Tarkib

e) Geografi
Penemuan
1. Memberi ujaran yang tepat tentang keluasan permukaan bumi.
2. Menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob.

Tokoh:
As-Syarif al-Idrisi (461H) menghasilkan ensiklopaedia peta Eropah

f) Ilmu Perubatan

Pencapaian
1. menjelaskan kesan kuman dalam penyakit.
2. menjelaskan teori jangkitan virus seperti Tibi.
3. Menemui pelbagai penyakit seperti Rubella.
4. Alahan, Cacar, dan penyakit jiwa.
5. Mencipta ubat-ubatan untuk berbagai-bagai penyakit kronik.
6. Mencipta picagari, ubat bius, dan benang yang khusus untuk menjahit luka
pembedahan.

Tokoh:
Ibnu Sinna (428H) Qanun fi al-Tibb

Contoh Soalan

1. Jelaskan dua faktor dalaman yang mendorong penyebaran Islam pada zaman
kerajaan Abbasiyah.
2. Sebutkan empat contoh bidang ilmu yang diterokai pada zaman kerajaan
Abbasiyah.
3. Terangkan tiga kepentingan menguasai sains teknologi pada masa kini.

TAJUK : IBNU KHALDUN

Biodata

Nama : Abdul Rahman bin Muhamad bin Muhamad


Lahir : Tunisia
Tarikh Lahir : 732H/ 1332M
Keturunan : Arab Yaman
Bapanya : Seorang sarjana
Jawatan : Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishak bin Ali Yahya
Anggota majlis Ilmiah
Anggota Jabatan setiausaha sulit Sultan Abu Salim bin Abi al-Hassan di Fas,
Maghribi
Usia : 87 tahun
Meninggal dunia : Di Kaherah, Mesir 808H/1406M
Keperibadian Ibnu Khaldun

1. Tekun mencari ilmu.


2. Berjiwa pemimpin.
3. Kreatif.

Pendidikan

1. Mempelajari asas agama dan Bahasa Arab dari bapanya.


2. Mempelajari ilmu fardhu kifayah seperti mantiq, falsafah, sains, dan matematik dari
Muhamad bin Ibrahim al-Abadi.
3. Mendapat pendidikan tinggi dari guru-guru yang terkenal seperti Ahmad bin al-
Qassar dan Lisannuddin bin al-Khalib.

Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam

1. Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang


sejarah, politik, ekonomi,, sosialogi dan pendidikan.
2. Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel,
persidangan ilmuan serta judul- judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.

Contoh Soalan

1. Dimanakah Ibnu Khaldun dilahirkan?


2. Ibnu Khaldun meninggalkan sumbangan yang amat bernilai kepada tamadun
manusia.
Terangkan dua sumbangan beliau dalam bidang pemikiran Islam.

TAJUK : SHEIKH MUHAMMAD ABDUH

Biodata

Nama: Muhammad bin Abduh b Hassan Khaizullah


Lahir: Tonto, Mesir
Tarikh Lahir: 1266H/1849M
Jawatan: Guru di Masjid al-Husaini dan Darul Ulum, Mesir
Guru di Sekolah as-Sultaniyah Beirut.
Ketua Editor akhbar al-Waqa’ul al-Masriyah
Hakim Mahkamah Rayuan Mesir.
Anggota Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar
Mufti kerajaan Mesir.
Meninggal: 1314H/1905M di Iskandariah, Mesir.
Keperibadian Sheikh Muhamad Abduh

1. Berani menyatakan idea-idea Islah.


2. Tegas dan penyayang kepada anak-anak muridnya.
3. Berketerampilan sehingga diberi kepercayaan untuk menyandang beberapa jawatan
penting dalam Negara.

Pendidikan

1. Belajar menulis dan membaca daripada bapanya sendiri.


2. Mempelajari alQuran dan menghafaznya dalam masa 2 tahun.
3. Mempelajari Bahasa Arab di Masjid al-Ahmadi.
4. Belajar Tasawuf dan Tatabahasa Arab dari Sheikh darwis.
5. Belajar Ilmu Hisab dan falsafah dari Sheikh Hassan at-Tawil di Universiti al-Azhar.
6. Mendapat ijazah dari al-Azhar pada tahun 1877M

Aliran Pemikiran Sheikh Muhammad Abduh

1. Aqidah.
2. Integrasi Ilmu.
3. Kecekapan Pentadbiran.

Faktor Sheikh Muhamad Abduh Melakukan Pengislahan Dalam Sistem Pendidikan

1. Inspirasi gerakan Islah Sheikh Jamaluddin yang menjurus kearah menjadikan


integrasi ilmu.
2. Kesedaran Sheikh Muhamad Abduh terhadap keperluan Islah dalam kurikulum
sekolah dan universiti yang sudah ketinggalan zaman.
3. Sistem pendidikan pada masa itu lebih menjurus kearah taklid dan jumud.
4. Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan kerajaan menyebabkan golongan
miskin terpinggir.

Method Islah Sheikh Muhammad Abduh

1. Proses pengajaran di masjid al-Hussain Darul Ulum dan Universiti al-Azhar.


2. Media massa seperti majalah al-Urwatul wusta serta al-Ahram.
3. Karya-karya ilmiah seperti risalah tauhid, tafsir juz Amma dll.
4. Jawatan-jawatan yang disandangnya seperti hakim Mahkamah Rayuan Mesir,
anggota majlis pengurusan universiti al-Azhar dan Mufti kerajaan Mesir

Sumbangan Sheikh Muhammad Abduh dalam bidang pendidikan

1. Mewujudkan matapelajaran matematik, geomatri, algebra, geografi, sejarah dan


seni khat.
2. Mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil.
3. Mewujudkan farmasi khusus untuk pelajar universiti al-Azhar.
4. Menyediakan peuntukan gaji guru dari perbendaharaan Negara dan wakaf Negara,
5. Memperbaiki asrama pelajar dan menekankan aspek keselamatan dan kesihatan.

Karya.

1. Risalah at-Tauhid.
2. Tafsir Juz Amma.
3. Tafsir Suratul Asr.
4. Risalah Al-Rad Ala Al-Dahriyyin

Contoh Soalan

1. Nyatakan dua jawatan yang pernah disandang oleh Sheikh Muhammad Abduh.
2. Terangkan dua sumbangan Sheikh Muhammad Abduh dalam bidang pendidikan.
3. Senaraikan dua hasil karya Sheikh Muhammad Abduh.

TAJUK : HAMKA

Biodata

Nama : Abdul Malik Bin Sheik Abdul Karim Bin Sheikh Muhammad Amrullah.
Lahir : 13 Muharram 1362 Hijrah versamaan 16 Februari 1980 M.
Tempat Lahir : Sumatera Barat, Indonesia.
Bapanya : Sheik Abdul Karim seorang ulama terkenal yang membawa perubahan di
Minangkabau.
Usia : 73 tahun.
Meninggal : 24 Julai 1981M

Jawatan:

1. Pernah menjadi guru agama di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan Padang
Panjang.
2. Pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah Padang
Panjang.
3. Rektor Perguruan Tinggi Jakarta.
4. Pegawai Tinggi Agama Indonesia.
5. Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia.

Anugerah
1. Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti al-Azhar Mesir tahun 1959M.
2. Anugerah Guru Besar (Pofesor) oleh Universti Moestopo, Jakarta pada tahun
1960M.
3. Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun
1974M.
Keperibadian:

1. Petah berpidato dimana beliau pernah diberi penghormatan untuk berpidato dalam
satu rancangan radio Arab Saudi.
2. Barjiwa seni dimana rangkap-rangkap pantun, syair dijadikan selingan dalam
kebudayaan penulisan beliau.
3. Berani mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat islam menentang
penjajah Belanda.

Pendidikan
1. Mempelajari al-Quran dan asas agama daripada bapanya.
2. Pendidikan rendah di sekolah Desa Padang Panjang di sekolah Agama at-Tawalib
yang didirikan oleh bapanya.
3. Mengikuti pengajian di masjid-masjid dan surau.
4. Guru-gurunya: Sheikh Ibrahim Musa, Sheikh Ahmad Rasyid.
5. Masa lapang dihabiskan di perpustakaan.

Kegigihan Hamka mengembangkan dakwah Islamiah di Nusantara.

1. Sejak 17 tahun melibatkan diri dalam kegiatan dakwah dengan menerbitkan


majalah “Hatibul Ummah”.
2. Mengasaskan Persatuan Hindia Timur untuk mengajar haji kepada jemaah
Indonesia pada tahun 1927.
3. Mengasaskan kuliah ‘al-Mubaligh’ pada tahun 1935M.
4. Menerbitkan majalah ‘Pedoman Masyarakat’ pada tahun 1936M.
5. Mengasaskan beberapa majalah seperti Menara, Merdeka, Perundangan Panji
Masyarakat dan Gema Islam.
6. Tahun 1953 dilantik sebagai anggota pimpinan pusat Muhamadiyah.

Sumbangan
1. Penerus idea Islah yang dibawa oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad
Abduh.
2. Karya-karya beliau terutama Tafsir al-Azhar meninggalkan kesan mendalam dalam
bidang ilmu dan pemikiran di alam Melayu.

Hasil Karya Hamka

Dalam Bidang Agama

1. Tafsir al-Azhar.
2. Tasawuf Moden.
3. Pedoman Membanding Islam.
4. Arkanul Islam.
5. Sejarah Umat Islam.
6. Revolusi Agama
Dalam bidang Falsafah

1. Falsafah Hidup
2. Lembaga Hidup
3. Falsafah Ideologi Islam
4. Expensi Ideologi
5. Pandangan Hidup Muslim

Dalam bidang Sastera

1. Tengelamnya kapal Van Der Wijck


2. Di bawah Lindungan Kaabah
3. Laila Majnun
4. Mandi Cahaya Tanah Suci
5. Menunggu Beduk Berbunyi.

Perjuangan Hamka

1. Mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di


Indonesia.
2. Melancarkan penentangan terhadap khurafat, bidaah, dan tarekat kebatinan yang
sesat/ mendirikan pusat latihan dakwah Muhammadiyah.
3. Menyampaikan ajaran Islam tanpa rasa takut dan gentar.
4. Lantang mengkritik pentadbiran kerajaan Indonesia yang menyebabkan beliau
dipecat daripada jawatan Ketua Umum Majlis Ulama’ Indonesia. (MUI).
5. Beliau pernah dipenjara bersama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia.

Contoh Soalan

1. Nyatakan tiga karya Hamka dalam bidang agama.


2. Jelaskan kegigihan Hamka dalam mengembangkan dakwah Islamiah di nusantara.