You are on page 1of 19

Azizulhasni Sekadar Tempat Kelapan Acara Pecut Lelaki

Dikemaskini :

Pelumba basikal negara Azizulhasni Awang sekadar di tempat kelapan acara


pecut lelaki selepas menduduki tempat terakhir sewaktu perlumbaan penentuan
tempat kelima hingga kelapan hari ini.

Pelumba berusia 22 tahun itu gagal menandingi dua pelumba Belanda iaitu
bekas juara dunia Theo Bos dan Teun Mulder, serta Kevin Sireau dari Perancis
sewaktu perlumbaan di Velodrom Laoshan itu.

Sireau menjadi pelumba pertama menamatkan perlumbaan dengan masa


10.719s untuk menduduki tempat kelima diikuti Mulder, Bos dan pelumba negara
itu, yang beraksi kali pertama pada Sukan Olimpik.

Semalam, Azizulhusni tunduk kepada juara dunia Chris Hoy dari Great Britain
pada saingan suku akhir.

Azizulhasni dilaporkan berkata beliau akan berehat sebentar di kampungnya di


Dungun, Terengganu untuk menyambut Hari Raya Aidilitri sebelum kembali
menjalani latihan di Melbourne.

Pasukan kebangsaan menjalani latihan di Melbourne dan meluang masa


beberapa minggu di Sepanyol sebelum datang ke Beijing.

- Bernama

Biarpun Tewas Chong Wei Tetap Wira Negara, Kata Ismail Sabri

Dikemaskini :
Walaupun sekadar membawa pulang pingat perak di Sukan Olimpik Beijing,
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob tetap mahu rakyat Malaysia
menganggap pemain badminton negara Lee Chong Wei sebagai seorang wira.

Katanya Chong Wei seharusnya tetap dianggap sebagai wira kerana berjaya
menghadiahkan pingat perak kepada negara, sekaligus menamatkan penantian
12 tahun sejak edisi 1996 tanpa sebarang pingat sebelum ini.

"Chong Wei memberikan persembahan yang terbaik, tetapi pemain China Lin
Dan berjaya memberikan persembahan yang luar biasa untuk menafikan
peluang Malaysia," katanya ketika dihubungi
Bernama di Beijing, Ahad malam.

Ismail yang berada di Gimnasium Universiti


Teknologi Beijing untuk menyaksikan
perlawanan akhir itu menafikan Chong Wei
tertekan pada perlawanan tersebut kerana
banyak memberi mata mudah kepada lawan.

"Jika berdasarkan permainan Chong Wei


sebelum ini termasuk ketika permainan
separuh akhir menentang pemain Korea Lee
Hyun-Il, tiada tekanan malah Chong Wei
bermain seperti biasa pada perlawanan akhir
ini," katanya.

"Tetapi Lin Dan bukan sahaja berjaya


membuktikan dia merupakan pemain
nombor satu dunia, malah bermain
cemerlang menutup setiap sudut gelanggang walaupun Chong Wei mencuba
pelbagai cara untuk mendapat mata," katanya.
Pada perlawanan Ahad malam, pemain China itu menafikan emas pertama
negara dalam sejarah penyertaan di temasya sukan terbesar dunia itu apabila
menundukkan Chong Wei dalam perlawanan dua set 12-21 dan 8-21 sekaligus
menjuarai perseorangan badminton lelaki.

"Kita terpaksa berpijak di bumi nyata, kerana Lin Dan mempunyai rekod yang
lebih baik ketika menentang Chong Wei dengan menang 10 kali dan hanya kalah
lima kali sebelum ini," katanya.

Ismail berkata Chong Wei yang kini berusia 26 tahun masih mempunyai peluang
untuk beraksi pada pentas Olimpik 2012 di London.

- Bernama

Trio Berbasikal Negara Atasi Rekod Kebangsaan, Tempat Ke-7 Pecut


Berpasukan

Dikemaskini :

Trio berbasikal negara Azizul Hasni Awang, Josiah Ng dan Rizal Tisin hari ini
berjaya memengatasi rekod kebangsaan semasa bersaing dalam pusingan
kelayakan pecut berpasukan di Velodrome Laoshan hari ini.

Pasukan itu berjaya membuat catatan masa 44.725s untuk memadamkan rekod
kebangsaan sebelum ini 45.511s, dan menduduki tempat ketujuh paling pantas
di antara lapan pasukan yang layak bagi pusingan pertama.

Bagaimanapun mereka ditumpaskan dalam pusingan pertama oleh Perancis,


yang merupakan pasukan kedua terpantas dalam kelayakan. Pasukan negara
membuat catatan masa 44.822, manakala Perancis, pemenang pingat perak,
membuat catatan 43.656s.

Britain memperolehi pingat emas dengan catatan 43.128s.

Terdahulu sebelum perlumbaan Azizul berkata trek Laoshan kelihatan amat


sesuai bagi mereka memecahkan rekod kebangsaan.

Beliau bersama Josiah akan kembali ke velodrome itu sekali lagi esok bagi acara
keirin, di mana Josiah pernah menduduki tempat ke enam pada Sukan Olimpik
Athens sebelum ini.

- Bernama

Pemanah Chu Sian Mengatasi Pemegang Rekod Olimpik Untuk Ke Suku


Akhir
Dikemaskini :

Pemanah Malaysia, Cheng Chu Sian


mengatasi pemegang rekod Olimpik Lee
Chang Hwan untuk mara ke suku akhir
individu lelaki hari ini.

Kedua-duanya terikat 105-105 setelah


12 panahan.

Mereka memperoleh sembilan dengan


panahan pertama dan dalam kedua,
Lee, ke pertama dan memperoleh
sembilan lagi.

Chu Sian melihat peluangnya. Beliau


meningkatkan lagi dan mempamerkan
pencapaian baik, terkena tengah papan
untuk kali kedua dalam pusingan ketiga.

Tepukan bergemuruh di tengah-tengah peminat Korea yang datang untuk


memberikan sokongan kepada Lee yang banyak pengalaman.

"Saya tanya diri saya bahawa saya akan berbuat terbaik untuk acara pasukan
ini. Saya tidur agak awal malam tadi," katanya yang berusia 22 tahun dari Pulau
Pinang.

"Saya telah menewaskan dia sebelum ini tetapi saya tidak ingat bila. Lee juga
telah menewskan Wan Khalmizam sebelum ini dan mungkin kerana ini, dia
banyak tertekan apabila berhadapan dengan lawannya dari Malaysia," tambah
Cheng.

Cheng akan bertemu Bair Badenov dari Rusia pada pukul 4.13pm petang ini.
Pemanah Rusia itu mara setelah menewaskan Jay Lyon dari Kanada 115-110.

Ini adalah pencapaian terbaik oleh seorang pemanah Malaysia dalam sejarah
Olimpik dalam acara sukan yang masih lagi tidak popular di negara.

Lee, merupakan sebahagian pasukan pemenang emas Korea Selatan,


memperoleh rekod Olimpik 117 pada pusingan pertama dua hari lepas.

Cheng satu mata di belakang panahan kedua tetapi kesunguhannya kepada 52-
50 membawa ke situ kerana pemanah Korea memperoleh tujuh dalam panahan
ketiga.
Setelah sembilan panahan, kedua-duanya pada tahap 78-78. Chu Siang, satu
lagi di belakang selepas panahan ke-10 tetapi bangkit dengan betul dalam
penahan ke-11 menjadikannya 96-96 untuk ke panahan akhir di mana-mana
kedua-dua memperoleh sembilan untuk terikat 105-105.

Cheng, ranking tertinggi pemanah Malaysia dalam kedudukan dunia dengan


nombor 13, bimbang dengan pasukan ke suku akhir dalam pasukan dengan Wan
Khalmizam Abd Aziz and Muhd Marbawi Sulaiman.

Pasukan itu dalam ranking keempat dunia, berharap ke suku akhir untuk
memperoleh pingat.

- Bernama

Pencemaran Air
Seperti yang berlaku pada pencemaran udara, pencemaran air pula melibatkan
pembuangan bahan-bahan toksik dan beracun ke dalam sistem pangairan. Biasanya
pembuangan bahan-bahan kimia oleh pihak kilang seperti kilang getah dan kelapa
sawit dan sebagainya pula mengakibatkan pencemaran air. Air yang tercemar ini
mengganggu hidupan akuatik seperti ikan,kerang,udang dan lain-lain mati apabila
memakan bahan beracun dari kilang ini.Jika ikan-ikan ini ditangkap dan dimakan oleh
manusia,tentulah ia membawa kesan yang buruk kepada kita juga. Penggunaan air
laut terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin di dalam sektor “power plant”.
Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin di “power plant” ini
akan disalurkan semula ke laut. Jadi kawasan saliran laut itu akan panas dan
mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar beradaptasi kerana suhu airnya
meningkat secara mendadak. Efluen yang dihasilkan oleh industri terutamanya
industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik seperti N,P
dan K disamping sebatian2 organik terlarut. Oleh itu, nutrien ini menyebabkan
hazard pencemaran dilupuskan secara tidak patut dalam sungai ataupun di dalam
tasik. Pengayaan berlebihan sungai dan tasik oleh nutrien itu akan menyebabkan
eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen
terlarut (BOD). Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk
pembuangan sisa-sisa kilang, masalahnya apabila berlaku hujan lebat atau loji
pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar lalu menyebabkan 2 permasalahan iaitu pertama
seandainya sisa ini mengalir di permukaan ia akan masuk ke dalam sistem saliran
terutamanya sungai dan sekiranya masuk ke dalam sistem air bawah tanah ia akan
mencemarkan air bawah tanah terutamana sistem akuifer. Yang mana kedua2nya ini
akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan air itu sendiri.
• air merupakan kebutuhan mutlak yang dibutuhkan oleh semua makhluk hidup

• faktor yang mempengaruhi kualiti air

o oksigen terlarut (DO = dissolved oksigen)

o Keperluan Oksigen Biokimia (BOD)

o zat padat terlarut

o pH

o suhu

• pencemaran fisika

o ditentukan oleh perubahan warna, suhu, kekeruhan


o disebabkan oleh senyawa basa,, sampah dan daun-daun yang
merupakan polutan terapung maupun polutan tersuspensi seperti
tanah, kotoran manusia dan hewan
• pencemaran kimiawi

o disebabkan oleh zat organik termasuk protein, karbohidrat dan lemak


o disebabkan oleh senyawa organoklor pada insektisida, fungisida dan
herbisida
o disebabkan oleh buangan industri yang mengandung garam beracun
dan tumpahan minyak di laut
• pencemaran fisiologis

o bau dan rasa tidak enak

o disebabkan senyawa amina, fluol dan merkaptan

• pencemaran biologi
o disebabkan oleh bakteri patogen, virus, protozoa, parasit dan zat
toksin

Zat additif makanan


• zat warna

o alami : daun suji, kunyit

o sintetis : kadang bersifat karsinogen

• zat pengawet

o gula atau garam

o untuk makanan kaleng: Na-benzoat, sendawa asam sulfat


o sebagai anti oksidan : BHA (butil hidoksi anisol), BHT (butil hidroksil
toluen)
• zat penyedap rasa

o monosodium glutamat

o pemanis : sakarin, dulsin, siklamat (karsinogen)

o essens : amil valerat, etil butirat, amil asetat


Pencemaran Udara

Merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau


zarahan yang toksik atau radioaktif dalam atmosfera. Bila memfokus kepada kigiatan
indusrti secara jelas kita dapat perhatikan pelepasan asap2 kotor oleh industri terus
ke udara melalui cerobong-cerobong asap kilang. Asap-asap yang dikeluarkan ini
mengandungi antaranya PM10, CO, Nitrogen Oksida dan sebagainya yang mana ia
merupakan penyebab kepada punca utama penipisan ozon. Selain itu bahan2
pencemar yang dilepaskan ke udara ini juga akan mengakibatkan pelbagai kesan
buruk kepada alam sekitar seperti penyumbang kepada hujan asid, pemanasan bumi
dan juga jerebu.
• penyebab pencemaran udara adalah adanya zat kimia di udara yang
melampaui ambang batas
• sumber pencemaran udara antara lain:

o kendaraan bermotor

o kegiatan industri

o sampah padat

o penggunaan berbagai bahan kimia

o kebakaran hutan, letusan gunung berapi

• karbon monoksida
dihasilkan oleh pembakaran yang tidak sempurna, konsentrasi CO lebih dari
32 ppm (parts per million, bagian per juta) dapat mengganggu pernapasan
• karbon dioksida
dihasilkan oleh pembakaran BBM, hasil fermentasi letusan vulkanik,
pernapasan makhluk hidup
• oksida nitrogen (NO dan NO2)
berasal dari pembakaran kendaraan bermotor dan industri pembangkit listrik
bersifat beracun dan katalis pembangkit kabut
• oksida belerang
o berasal dari pembakaran biji oksida, batu bara yang mengandung
belerang
o gas SO2 bersifat racun menyebabkan mata pedih dan radang pada alat
pernapasan
o dengan uap air akan membentuk asam sulfat yang mengakibatkan
hujan asam
Pencemaran udara yang telah dikesan sejak bermulanya Revolusi Perindustrian di
Great Britain . Sejak itu , kes-kes pencemaran udara yang serious telah berlaku .
Sebagai contoh , di London pada 1950-an , kabut akibat pencemaran udara telah
meragut lebih daripada 4,000 orang .
Hujan asid telah dikenal pasti sebagai satu kesan yang memudaratkan . Sulfur
dioksida merupakan punca hujan asid . Sebenarnya , sulfur dioksida ini juga
dihasilkan oleh kejadian semulajadi iaitu oleh letupan gunung berapi . Tetepi , hanya
10% sahaja terhasil apabila letupan gunung berapi , 90% yang lain adalah dihasilkan
oleh kegiatan manusia . Antara kesan daripada hujan asid ialah menyebabkan
kematian haiwan dan tumbuhan . Tasik yang terlalu berasid tidak sesuai lagi untuk
hidupan . Sebagai contoh , banyak tasik di Sweden adalah terlalu berasid dan tidak
mempunyai hidapan dalamnya . Bangunan juga terhakis akibat hujan asid .
Selain itu , kesan rumah hijau juga merupakan kesan pencemaran udara Penghasilan
karbon dioksida oleh kilang-kilang secara berlabihan merupakan punca kesan rumah
hijau . Gas yang lain seperti metana , CFC dan nitrus oksida merupakan punca yang
lain . Kesan rumah hijau merupakan pemanasan bumi yang tidak terkawal .
Kesan rumah hijau boleh mengakibatkan kejadian yang lain . Kenaikan suhu telah
mengakibatkan ketulan-ketulan ais di Artik dan Antartik mencair . Paras air laut akan
semakin menaik dan membanjiri kawasan-kawasan yang rendah . Ini menyebabkan
penduduk kawasan tersebut terpaksa berpindah dan kegiatan ekonomi mereka sudah
tentu terganggu .
Selain itu , pencemaran udara juga menjejaskan kesihatan manusia . Bahan-bahan
pencemar di udara akan menyebabkan gangguan penafasan manusia serta penyakit-
penyakit peparu seperti barah .

Pencemaran Tanih

Pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu


kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran
ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan
pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.
Biasanya sesetengah kawasan perindustrian dilakukan di kawasan hutan. Jadi
penerokaan hutan akan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha kilang. Tanah yang
diteroka ini selalunya lebih besar daripada kawasan yang ingin digunakan sebagai
kawasan kilang. Masalah yang timbul atau kesannya kawasan yang berlebihan ini
akan terbiar dan mengakibatkan ketidakseimbangan ekosistem. Bagi industri air
mineral, air bawah tanah akan digali oleh kilang ini lalu mengakibatkan adanya
ronga2 kosong dibawah tanah dan ini mendorong kepada kejadian subsidence. Selain
itu sampah yang di hasilkan oleh sisa perindustrian terutamanya carbon dioksida,
nitrogen dioksida dan sulfur boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tanih
seperti ketidaksuburan tanih akibat peningkatan kekonduksian tanih yang mana
tanih ini tidak sesuai untuk tumbuhan hidup. Rumah Hijau juga memberi kesan
kepada tanih dimana ia menyebabkan kenaikan penguraian guna tanih sekaligus
meninggikan hasil tanaman. Pada zaman dulu pula antara punca pencemaran kepada
alam sekitar oleh kegiatan industri adalah disebabkan oleh kegiatan melombong
menggunakan kapal korek. Kapal korek ini biasanya dilakukan di kawasan yang
lapang. Jadi selepas bijih timah habis di lombong, kawasan tersebut akan
ditinggalkan dan menjadi kawasan mati kerana sebarang aktiviti biologi tidak dapat
dilakukan kerana kawasan tersebut tercemar dengan pelbagai sisa daripada indutri
perlombongan.

• di tanah terdapat berbagai unsur yang dibutuhkan makhluk hidup: K, N, P, Ca,


Mg, S, Cl, Fe, Cu, Mn, Zn dll
• kehidupan dan kesuburan tanah tergantung dari banyaknya mikroorganisme
yang hidup di lapisan tanah
• pencemaran tanah akan merusak susunan kimia tanah dan mengganggu
kehidupan organisme yang hidup dalam tanah

• bahan pencemar tanah:


o limbah rumah tangga: kertas bekas, plastik bekas, potongan karet,
logam

o limbah pertanian: pupuk dan pestisida

Punca-Punca Pencemaran Tanih


Antara punca-puncanya ialah:
1. Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksik
dan sisa-sisa kilang.
2. Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah
pencemaran tanah.
3. Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah
satu punca pencemaran tanah.

Kesan Pencemaran Yang Memudaratkan tanah

1. Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana
bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.
2. Pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti
tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif
yang mampu membunuh manusia secara perlahan.

3. Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada


pencemaran tanah. Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik
perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Secara
tidak langsung ia akan mendatangkan kesan yang mendalam terhadap kesihatan
manusia.

4. Pencemaran alam juga turut memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia. Jika
hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk
melihat keindahan alam ini.

Cara mengatasi

Antara cara-cara mengatasi ;


• Melalui pihak media cetak
o Eg;
 kesedaran kepada manusia terhadap pentingnya alam sekitar
yang selamat diwujudkan dengan hasil tulisan Racheal Carson
yang bertajuk ‘Silent Spring’(1962)
 ‘The limits to growth’ laporan dari institut teknologi
massachusetts dan kelab alam sekitar ekoran alam sekitar yg
tercemar menyatakan seluruh dunia akan musnah pada 20
masihi andai alam sekitar terus tercemar
 tindakannya – di Amerika Syarikat pihak majalah ‘The
Ecologist’ menganjurkan langkah2 untuk menyelamatkan dunia
• persidangan oleh kuasa-kuasa besar mengenai cara menjaga alam sekitar dari
tercemar harus dilaksanakan serta menggubal undang2 yg baik untuk
menjamin kualiti alam sekitar
o Eg;-
 Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai alam sekitar
(UNCHE) di Stockholm(1972).
• Membincangkan perlu wujud jabatan khas ttg alam
sekitar bagi setiap negara ahli
• Merangsang ideologi environmentalisme ( ideologi yg
meletakkan nilai alam sekitar sebagai matlamat kepada
sebarang tindakan manusia)

• Memusatkan kawasan perindustrian

• Mewujudkan kawasan perawatan sisa industri

• Menggunakan alat-alat tertentu untuk memerangkap sisa-sisa yang


dikeluarkan oleh industri contohnya pengasing elektrostatik

LANGKAH MENCEGAH

Penggunaan CFC
Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama
am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-
bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi.
Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC
digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan
rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya,
pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC
mampu memusnahkan 1000 molekul ozon.
Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan
kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) .
Perundangan
Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar.
Contohnya,
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)
Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan
Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar.
Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977)
Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50
HDU.

Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)


Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada
1000 meter.

LANGKAH MENGAWAL

Pengasing Elektrostatik
Alat ini menggunakan daya elektrostatik untuk mengasingkan partikel udara.
Misalnya,
apabila sesuatu benda dicas, maka ia mempunyai daya elektrostatik dan mampu
menarik bendasing. Pengasing elektrostatik menggunakan prinsip ini untuk menarik
partikel-partikel kecil dari udara. Contohnya, apabila cerobong kilang dicas, asap
yang mengandungi partikel kecil akan ditarik oleh daya ini dan melekat di tepi
cerobong.
Modal experimen adalah seperti berikut. Partikel-partikel kecil tidak dapat dinaikkan.
Oleh itu, Prinsip Bernoulli terpaksa diaplikasikan.

'Wet Scrubber'
Alat ini paling ketara digunakan dalam industri besar dan kecil. Alat ini digunakan
berdasarkan prinsip dimana satu aliran gas dihubungkan dengan cecair supaya
bahan pencemar dapat larut dalam cacair. Berikut adalah modal experimen.

Penampalan Ozon
Bahagian ozon yang berlubag boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di
atmosfera melalui penggunaan belon helium.
Selain itu, menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang mampu
menampal ozon.

Pengertian masalah sosial remaja


Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan
negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan
keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang
diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi
mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda
1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada
dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan
1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke
bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur
tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja,
golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah
21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam
persekolahan.

Statistik Gejala Sosial Remaja


Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan
penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang
berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.
Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan
remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa
Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun
1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan
jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450
atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas
pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah
kekerasan dan harta benda.
Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu
dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama
mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan
Malaysia, Januari 1992).
Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan
bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di
seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307
kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes
membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai
204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja
kaum India.
Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara
tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan,
diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.
Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari
rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992
(2221 kes) dan 1993 (1485 kes).
Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif,
antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah yang
ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja.
Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius
dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di
kalangan remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan
Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992),
bilangan remaja yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988,
sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada
tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.
Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi
gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa.
Istilah yang popular digunakan kini adalah “budaya lepak”. Satu kajian
di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90%
remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72%
remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum
Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac
1993).
Punca Keruntuhan Akhlak
Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan
ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan
ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal
pasti adalah seperti berikut;
1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja
adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah
bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga
berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga
yang mempunyai latar belakang yang baik.
Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak
yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan
serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup,
sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain
menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau
kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama
lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan
remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu
bapa.
Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan
keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu
memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu
banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh
remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh
dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi
keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang
kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan
ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang
mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada
ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan
hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur,
perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga,
keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak
harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi
pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah
keruntuhan moral.
Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang
bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan
merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat,
pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia
anak sepanjang masa.
2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa
membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi
cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui
persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut
dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini,
mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan
video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja.
Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan
terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional
dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya
menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada
masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat.
Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.

Cara Mengatasi Masalah


Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu
pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya
ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:
1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian
yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah
memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu
bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk
mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui
rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka
berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan
moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan
sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan
memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap
masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-
anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara
bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima
kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah
menjadi role model kepada anak.
2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan
aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti
kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-
perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer,
video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-
undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan
pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab
pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.
Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir
sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah
mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada
pihak polis.
5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan
seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah
adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka.
Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang
berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan
pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan
yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan
guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu
bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka
dan positif.
Kesimpulan
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih
penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab
dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana
pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar
diatasi.