You are on page 1of 27

Laura H.

Chapman

*
Pengenalan
• Laura H. Chapman berperanan
sebagai pemimpin dalam bidang
pendidikan seni sudah melebihi 40
tahun.
• Buku, rencana, kajian dan ucapan
beliau membincangkan tentang isu
polisi, reka bentuk kurikulum,
pengajaran metadologi dan
penilaian.
• Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in
Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti
mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan
proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses
artistik.
• Proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam
penghasilan karya.
• Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman melibatkan 3
disiplin, iaitu:
(a) tidak bersifat statik,
(b) bersifat boleh ubah dan
(c) berulang-ulang.

• Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan


asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai.
• Maka, guru-guru pendidikan seni visual perlu
memahami bahawa proses penghasilan karya
tidak hanya tertumpu kepada satu cara sahaja.
• Pemahaman ini(proses artistik) perlu
diaplikasikan ke atas murid di dalam kelas.
• Pelbagai cara dan kaedah boleh diketengahkan
selagi proses penghasilan karya tersebut
dijelaskan dengan baik kepada murid.
• Bagi menggalakkan pelajar menghasilkan
karya seni, seseorang guru itu sendiri perlu
mempunyai pengalaman luas di dalam
penghasilan karya seni.
• Ini kerana, bimbingan dan panduan yang akan
diberikan kepada pelajar oleh guru
bergantung kepada pengalaman guru itu
sendiri.
• Namun demikian, dalam proses ini, guru
mungkin mempunyai kecenderungan untuk
menggunakan kaedah atau teknik yang sama
semasa menghasilkan karya terdahulu, namun
perlu diingatkan bahawa pengajaran
pendidikan seni visual di sekolah mempunyai
panduan yang telah ditetapkan agar tidak
keluar daripada objektif asal pendidikan seni
di sekolah.
• Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh
Chapman bagi menghasilkan karya seni:

1. Kaedah Penjanaan Idea


(Inception of Idea)

2. Pengolahan dan Pemurnian


(Elaboration and Refinement)

3. Kemahiran Menggunakan Bahan


(Execution in a Medium)
1. Pengwujudan Idea
(Inception of Idea)
• Dalam menjana idea, pengkarya menetapkan
objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya.
• Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat
menetapkan haluan penghasilan karya kerana
penetapan ini bergantung kepada ilham dan
cetusan idea.
• Yang nyata, proses ini agak lambat dan
memakan masa.
• Di dalam konteks pendidikan seni visual pula,
guru dimestikan untuk membimbing pelajar
dalam menetapkan hala tuju penghasilan
karya selain menerangkan kaedah menjana
idea.
• Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid
mungkin tidak mampu menghasilkan karya.
• Idea-idea boleh didapati melalui empat
pendekatan:
(a) Alam semulajadi dan objek di persekitaran
(b) Perasaan dalaman khayalan dan imaginasi
(c) Aliran dan tema sejagat
(d) Keperluan dan pengalaman hidup harian
Pendekatan/Tema Penjelasan
Alam semula jadi dan •Mengguna alam dan
objek di persekitaran persekitaran sebagai sumber
idea/ilham.
•Mengesan dinamik fom, kualiti
organik, keunikan, integrasi
alam dan kehidupan, unsur-
unsur seni seperti warna,
bentuk dan sebagainya boleh
menggerakkan kewujudan
idea/ilham.
•Mentafsir alam dengan
pengamatan yang jujur untuk
mencari nilai dan makna.
Pendekatan/Tema Penjelasan
Perasaan dalaman, •Pengalaman hidup
khayalan & imaginasi. memberi banyak kesan dan
pengaruh terhadap minda.
•Perasaan takut, misteri,
sedih dan sebagainya
adalah sumber penting
melahirkan idea/inspirasi.
•Perasaan dalaman,
khayalan dan imaginasi
merupakan motivasi
menggerakkan idea/ilham.
Pendekatan/Tema Penjelasan

Aliran dan Tema •Pemikiran manusia bersifat unik dan


Sejagat keupayaan menjelaskan konsep
mengenai sesuatu tema atau agenda
kehidupan.
•Sifat keunikan pemikiran manusia
itu menyebabkan berkembangnya
idea dalam pelbagai aliran dan tema.
•Akibat daripada pemikiran dan
keupayaan unuk menjelaskan
konsep dan agenda kehidupan,
menyebabkan manusia sentiasa
mempunyai idea dan inspirasi.
Pendekatan/Tema Penjelasan
Aliran dan Tema •Perkembangan aliran seni adalah satu
Sejagat bukti menjelaskan keadaan tersebut.
Keinginan untuk menjelaskan konsep
dan agenda seni, maka lahirlah idea-
idea dan pemikiran tentang seni.

Keperluan dan •Desakan dan keperluan dalam


pengalaman hidup kehidupan harian seperti keperluan
harian untuk hidup, keselamatan, keselesaan
dan sebagainya membuka ruang untuk
manusia berfikir, mendapatkan idea dan
mencipta sesuatu.
•Masalah adalah peluang yang terbaik
untuk manusia berfikir dan bertindak
secara lebih kreatif.
2. Perkembangan dan
Penghalusan Idea
(Elaboration and Refinement)
• Proses ini dilakukan bagi mendapatkan kajian
visual yang lebih sistematik dan tersusun.
• Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi
memastikan imej atau visual yang hendak
dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan
tema dan objektif penghasilan.
• Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-
kanak, proses ini dianggap signifikan kerana
proses pengolahan dan pemurnian biasanya
diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil
terbaik.
• Proses ini perlu didedahkan kepada murid di
sekolah supaya mereka dilatih untuk
mempunyai pengamatan mendalam terhadap
ketelitian.
• Pendekatan bagi fasa ini adalah seperti
berikut:
Pendekatan/Tema Penjelasan
Pemerhatian dan kajian •Meningkatkan kesedaran
visual terhadap kualiti tampak.
•Kajian-kajian yang terperinci
mengenai alam dan
fenomenanya meningkatkan
daya ekspresif.
•Frank Barron dan Irvin Child
menyatakan bahawa artis
mempunyai pemerhatian tinggi
untuk melihat, memerhati,
mentafsir dan mengurus
maklumat visual, berbanding
dengan mereka yang bukan
artis.
Pendekatan/Tema Penjelasan

Pemerhatian dan kajian •Menurut J.P. Guilford, artis


visual mudah dapat menyesuaikan diri
dan menggunakan media biasa
untuk menyelesaiakan masalah
baru. Iaitu dikatakan sebagai
kemahiran “adaptive flexibility”.
•Kajian visual akan meningkatkan
lagi ciri-ciri tersebut serta
membolehkan aktiviti
memperkembangkan dan
memperinci serta penghalusan
dilakukan dengan lebih keatif.
Pendekatan/Tema Penjelasan

Perubahan Cara •Berlainan artis berlainan gaya atau


Bekerja cara mereka bekerja. Terdapat
beberapa jenis kaedah menghasilkan
karya. Pengetahuan tentang kaedah-
kaedah berkarya, akan dapat
membantu usaha
memperkembangkan atau
menghalusi idea. Kaedah dan ciri-ciri
kerja tersebut, ialah :
bertumpu dan bercapah
spontan dan penetapan
orientasi tampak dan haptik
Pendekatan/Tema Penjelasan
Bertumpu: Artis memulakan kerja dari awal idea
hingga ke peringkat kemahiran media.
Menyedari unsur-unsur yang perlu
dianalisa dan diolah untuk mencapai
tujuan .
Bercapah: Artis meneroka dan membuat
percubaan pelbagai kaedah dan teknik
sebelum membuat keputusan/ tujuan.

Spontan: Artis meneroka dan mencuba pelbagai


teknik sehinggalah ia menemui
sesuatu teknik yang memuaskannya
bagi mencapai tujuan asal.
Pendekatan/Tema Penjelasan

Penetapan: Artis menentukan pilihan teknik


atau prosedur. Sanggup mengubah
tujuan asal, asalkan pilihan
prosedur pilihannya digunakan.
Orientasi Tampak : Disebut sebagai pemikiran visual
dimana kerja dilakukan bermula
dari tahap persepsi. Kualiti kerja
bergantung kepada maklumat dari
pengalaman tampaknya, untuk
menghasilkan karya.
Penjelasan

Orientasi Haptik : Artis bekerja secara bertindak


(Greek : kepada suasana, bergantung
Haptikosable to kepada imaginasi dan gerak isyarat
grasp) kinestetik secara lebih terbuka.
Penerokaan Simbol •Artis biasanya suka membuat
dan Makna penerokaan untuk mendapatkan
simbol dan makna yang baru dalam
kerja mereka.
•Pemikiran dan persoalan-
persoalan tentang fungsi,
kesesuaian bahan, impak dan
sebagainya membolehkan artis
meneroka pelbagai idea.
Pendekatan/Tema Penjelasan
Penerokaan Simbol •Keinginan dan keupayaan untuk
dan Makna menyelesaikan pelbagai persoalan
tersebut memerlukan tindakan dan
pemikiran yang menyebabkan idea
semakin berkembang serta
dihalusi.
•Penerokaan dalam tindakan untuk
menyelesaikan dan mendapatkan
keputusan, memberikan banyak
penemuan baru dan makna baru
yang turut menyumbang kepada
perkembangan dan penghalusan
idea.
3. Kemahiran Media
(Execution in a Medium)
• Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya
sangat bergantung kepada pemilihan yang
dilakukan oleh pengkarya.
• Sesetengah pengkarya akan terus
menggunakan bahan yang sama bagi
menghasilkan karya dan tidak kurang juga
yang gemar membuat eksperimentasi bagi
melihat kesan-kesan tertentu.
• Pemilihan bahan yang dipilih memberikan
kesan terhadap masa yang diambil bagi
menyiapkan sesuatu karya dan persediaan
yang perlu dilakukan sebelum
menghasilkannya.
• Dalam pendidikan seni visual, guru perlu
membimbing murid melalui pengenalan
terhadap bahan dan teknik penggunaan serta
penghasilan.
• Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi
dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh
murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.
• Maka, proses penghasilan karya seni mengikut
Chapman(1978) ialah seperti berikut:

Kemahiran Kaedah
Menggunakan Penjanaan
Bahan Idea

Pengolahan
dan
Pemurniaan
Rumusan
• Laura H. Capman telah menyatakan bahawa
proses kreativiti = proses penghasilan/artistik.
• Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru
PSV perlu menggunakan pelbagai cara dalam
menghasilkan karya dan yang penting sekali
ialah guru PSV harus menguasai bidang seni
visual ini supaya guru mempunyai pengalaman
yang lebih banyak untuk mengajar pelajar.

You might also like