Gray Princeley Chua Unit PISMP Sains 2011 No.

120 Wisma Semarak Institut Perguruan Tawau

Encik Mazania Bin Haji Kasimin Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Perguruan Tawau 27 FEBRUARI 2011

Melalui, Encik Mad Noor bin Madjapuni Unit Matematik Institut Perguruan Tawau

Tuan, Surat Tunjuk Sebab Atas Kesalahan Tidak Menghadiri Aktiviti Institut Saya Gray Princeley Chua, No. KP: 910730-13-5349 Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk. 02. Saya ingin menyatakan sebab ketidakhadiran saya mengikuti aktiviti institut pada 14 Februari 2011. Saya tidak dapat menghadirkan diri pada waktu tersebut kerana terdapat masalah kesihatan yang tidak dapat saya tahan pada masa tersebut. Saya amat menyesali kesalahan yang saya lakukan dan berjanji tidak akan mengulangi kembali kesalahan tersebut. 03. Saya berharap pihak Tuan dapat mempertimbangkan hukuman atas kesalahan yang saya lakukan. Kerjasama daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih Yang benar,

(Gray Princeley Chua) Unit PISMP Sains 2011