PERKARA PENGENALAN / PENDAHULUAN ISI / FAKTA HURAIAN CADANAGAN / KESIMPULAN BIBLIOGRAFI / RUJUKAN JUMLAH

MARKAH PENUH 1 4 4 3 3 15

MARKAH

CTU 261 ISLAM DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

KONSEP ALAM SEKITAR BERDASARKAN PERSPEKTIF AL-QURAN

KUMPULAN BN3B

NAMA NUR FARHANA BINTI MHD MOKHTAR ROSMIRA BINTI ROSMEE RUHAIZA BINTI MOHD RAZALI SHABELLA BINTI SHAHURI NABILAH BINTI IDRIS

NO PELAJAR 2009150617 2009169803 2009961163 2009289828 2009640696

DISEMAK OLEH : EN. MOHD ZAHIRWAN HALIM BIN ZAINAL ABIDIN

SEMESTER 3 2010-2011

ISI KANDUNGAN
BIL 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 PENGHARGAAN PENGENALAN ISI PERBINCANGAN, FAKTA DAN HURAIAN KESIMPULAN RUJUKAN TAJUK MUKA SURAT 1 2 3 23 24

PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. namun ianya sedikit sebanyak mampu menjelaskan persoalan yang terkandung di sebalik tajuk-tajuk kecil yang terdapat dalam isi kandungannya kerana kami telah mencuba untuk mendapatkan fakta-fakta yang jelas dan mudah difahami. Mudah-mudahan laporan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas berhubung dengan Konsep Alam Sekitar Berdasarkan Perspektif Al-Quran dan kepentingannya dalam usaha mencapai agenda negara menuju wawasan 2020. Disamping mengkaji selidik buku-buku yang terdapat di perpustakaan dan milik persendirian. Walaupun kelihatan penulisannya ringkas. Alhamdulillah wassalatu was-salam µala Rasulillah wa ¶ala¶ alihi wa sahbihi ajma µin. sokongan dan kerjasama yang diberikan amat berharga dan perlu dirakamkan sebagai penghargaan ini. Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang telah memberi masa kepada kami menyiapkan laporan ini yang bertajuk Konsep Alam Sekitar Berlandaskan Perspektif AlQuran.juga melayari laman-laman web yang berkaitan dengannya. -1- . Untuk itu ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang mengambil inisiatif menyempurnakan laporan ini atas usaha. Pada kesempatan ini kami ingin mengambil peluang untuk merakam penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Zahirwan Halim Bin Zainal Abidin yang merupakan pensyarah bagi mata pelajaran CTU261 sedikit sebanyak telah memberi sokongan dan panduan kepada kami bagi menyempurnakan laporan ini dengan jayanya.

Ratqa berasal daripada perkataan Arab rataqa yang bermaksud patch up. sebagai contohnya oleh Imam Said bin Jubair. iaitu ratqa dan fataq. Kewujudan gas helium dan sinaran radiasi secara seimbang di angkasa raya. unstitch. Ia melambangkan sesuatu yang terbuka. galaksi dan yang seumpamanya. ³Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Selepas itu berlaku pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahir bintang-bintang. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun.000 tahun dahulu mengagumkan. ³Tafsiran yang dibuat. Fataq pula berasal daripada bahasa Arab fataqa yang bermaksud unsew. Pada hari ini teori Big Bang menjadi satu teori yang sukar digugat dan pakar-pakar menganggapnya sebagai satu pegangan yang diiktiraf dalam ilmu kosmologi moden (standard cosmology) pada hari ini. Imam Said bin Jubair berkata. melekat dan menguncup.PENGENALAN Terdapat dua perkataan dalam tajuk ini yang perlu diberikan fokus. sew up iaitu ditampal dan dijahit. Berhubung dengan ayat ini.´ Mengikut teori Big Bang. kemudian berlaku suatu letupan yang kuat. menceritakan mengenai sesuatu yang tidak diketahui melainkan baru-baru ini. dibelah dan dikoyak. rip open. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat in. terungkai dan mengembang. -2- .´ Tafsiran oleh Imam Said bin Jubair ini yang dinyatakan lebih daripada 1. alam ini pada asalnya bercantum padu. Syeikh Said Hawa berkata dalam al-Asas fi al-Tafsir. menguatkan lagi teori Big Bang. sekitar 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. tear apart iaitu dibuka. Berhubung dengan tafsiran ini. planet-planet.

Ia mengisyaratkan proses kejadian langit dan bumi tidak berlaku berdasarkan konsep kemungkinan. Johannes Gutenberg University. Mainz. Pertama. Seperkara yang perlu kita fokuskan adalah berkaitan berkaitan dengan pertanyaan Allah kepada langit dan bumi sama ada kedua-duanya hendak datang secara tunduk ataupun terpaksa. bumi dan yang seumpamanya. Langit melambangkan kosmos yang luas. Apabila kita mengamati ayat ini secara mendalam kita mendapati ia mengandungi beberapa konsep kosmologi yang menarik. µDatanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa. Allah mengarahkan langit dan bumi supaya keluar menjelma daripada asap yang memenuhi kosmos di peringkat awal kejadian alam. iaitu sistem dan perencanaan Allah. Berhubung dengan ayat ini beliau berkata. PENCIPTAAN ALAM DARIPADA ASAP. Kenyataan ini memang selari dengan penemuan semasa dan hal ini akan dibincangkan kemudian. kebetulan ataupun rambang. Sebaliknya ia akan berlaku mengikut sistem dan perencanaan. Antara proses itu adalah kelahiran gas-gas hidrogen dan helium yang kemudiannya bercantum sehingga menjadi gumpalan asap raksasa.Beliau adalah seorang profesor dalam bidang sains geologi dan pernah menjadi dekan di Jabatan Geologi di Institute of Geoscience. Kedua. ayat ini menjelaskan Allah menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap. -3- . ³Kemudian dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia berkata kepadanya dan bumi. saya hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal usul yang sama. ³Melihat asal usul Muhammad. galaksi. Ia menunjukkan asap di kosmos menjadi batu bata kepada kelahiran bintang. Germany. Dalam surah Fussilat ayat 11 Allah menyatakan yang bermaksud.

Paul Davies dalam superforce (1984) berkata. Dalam bahasa Inggeris dukhan bermaksud smoke. Justeru Big Bang bukannya sekadar satu ledakan tetapi ia merupakan satu ledakan yang terancang. dalam kitab Al-Asas fi al-Tafsir .Kewujudan satu sistem yang mantap dan mampu mengatur proses kejadian alam secara tersusun lagi komprehensif dari satu peringkat ke satu peringkat menunjukkan memang wujud di sana maha perancang. Pandangan seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan maksud perkataan dukhan di dalam alQuran. Allah mengatakan langit dan bumi di peringkat awal dahulu kosong daripada sebarang objek di langit. -4- .´ Perkataan yang digunakan dalam ayat ini yang melambangkan asap adalah dukhan. ³Memang susah hendak dipercayai bahawa ledakan Big Bang yang dahsyat itu mampu menghasilkan tenaga dan kuasa tarikan yang tepat. Daripada asap ini lahirlah bintang-bintang serta galaksi disusuli dengan kelahiran sistem suria dan bumi. Yang wujud adalah asap. Dalam surah Fussilat ayat 11.´ 1) Kejadian Langit Dan Bumi Daripada Asap. As-Syeikh Said Hawa berkata. ³Sesungguhnya memang sudah ada suatu keyakinan sebelum terjadinya bintang-bintang. keadaan di angkasa raya adalah dalam bentuk gas seperti asap. iaitu Allah. Berhubung dengan ini. Berhubung dengan ini. Penggunaan kalimat asap atau smoke ini memang selari dengan penemuan semasa kerana asap lahir dari satu suasana yang panas dan suasana di peringkat awal kejadian alam sememangnya panas.

Oleh sebab bumi adalah satu objek maka langit yang dinyatakan Allah juga merupakan objek-objek seperti bintang dan galaksi. Selepas 30000 tahun berlalu (selepas Big Bang) gas-gas hidrogen dan helium bercantum kesan daripada tarikan graviti dan dengan itu lahirlah gumpalan-gumpalan asap raksasa. Dalam artikel bertajuk Gas Clouds In Space: Remnants of The Big Bang di San Francisco Examiner bertarikh 14 januari 2000. Para saintis menyifatkan asap daripada gas ini sebagai dark clouds. pengembangan alam berlaku dalam keadaan suhu tinggi di peringkat itu. ³awan-awan hitam. para saintis mengaitkannya dengan gas-gas (terutamanya hidrogen dan helium) yang wujud seperti awan tebal di peringkat awal dahulu. Keadaan ini memungkinkan kelahiran proton dan neutron dan percantuman keduaduanya melahirkan nukleus. Kajian menunjukkan. awanawan gas daripada hidrogen dan helium.Semasa menceritakan mengenai asap ini. fog of neutral hydrogen and helium dan hot mass of gas. Selepas masa berlalu lebih kurang tiga minit proses penyejukan pula berlaku. Keay Davidson melaporkan para saintis menemui gas hidrogen yang bergerak seumpama awan di kawasan angkasa dengan kelajuan lebih kurang 300 batu sejam. clouds of gas. Salah satu kajian yang dilakukan dalam bidang ilmu astrofizik adalah mengenal pasti keadaan alam selepas berlakunya peristiwa Big Bang. -5- . Daripada gumpalan-gumpalan asap ini. Kesemua objek ini lahir daripada asap. planet dan bumi. Nukleus ini kemudiaannya bercantum dengan elektron dan dengan itu lahirlah atom hidrogen dan helium. Kejadian langit dan bumi daripada asap menyentuh berkenaan kejadian objek-objek daripada asap. Ia bermaksud gas-gas di peringkat awal kejadian langit dan bumi wujud dalam bentuk seperti. selepas berlalu masa jutaan tahun. gas bersuhu tinggi´ dan yang seumpamanya. awan-awan daripada gas. lahirlah bintangbintang. galaksi.

-6- . Ayat ini adalah ayat mukjizat berhubung kejadian alam. Dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan muusi¶uun. Kesan daripada tarikan graviti yang berlaku antara molekul-molekul gas ini. alam ini mengembang 10 kuasa 50 daripada saiz nya yang asal dan selepas itu proses pengembangan ini menjadi perlahan sedikit berbanding sebelumnya. Satu di antara versi Big Bang yang diterima umum oleh pakar-pakar sains hari ini adalah konsep pengembangan alam. Meng ikut teori ini. Di samping itu sebahagian daripada awan ini menentukan komposisi kimia di galaksi-galaksi dengan menghujaninya dengan gas-gas tertentu dari masa ke semasa. Di bawah tajuk Star Formation. roomy. Justeru. Dalam bahasa Arab perkataan muusi¶uun berasal daripada perkataan wasa-µa. dalam surah az-Zariyat ayat 47 Allah mnjelaskan.´ ALAM SEMESTA MENGEMBANG Berhubung dengan fenomena ini. baik sekiranya dia menilai semula dirinya sebelum terlambat.¶ ³ Maksud ayat ini adalah langit ini Allah jadikan ia luas.Mereka mendapati awan-awan raksasa yang dipenuhi gas memainkan peranan penting dalam melahirkan bintang-bintang dan juga galaksi-galaksi di langit sebelum ini. luas. lahirlah bintang. ³Pakar-pakar dalam bidang kosmologi meyakini alam ini bermula lebih kurang 15 bilion tahun dahulu dengan ledakan Big Bang. The Earliest Stars. ³Dan langit kami bangun dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya. ia melaporkan. di peringkat awal selepas berlakunya letupan Big Bang. Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic oleh J Million Cowan menterjemahkan perkataan wasa-µa sebagai to be wide. sekiranya ada sesiapa yang masih enggan beramal dengan Quran kerana sombong dengan sains yang dimilikinya. spacious. Ia melahirkan gas-gas hidrogen dan helium dalam bentuk gumpalan awan raksasa. extensive yang bermaksud µmenjadi besar.

Dalam surah Hud ayat 7. Semasa mnjelaskan mengenai masa yang diambil bagi proses kejadian langit dan bumi (iaitu enam hari). Mereka mendapati pada peringkat awal kejadian kosmos alam ini adalah lebih kecil daripada atom. dalam surah al-Ma¶arij. Pada hari ini dengan bantuan alat yang lebih canggih penemuan-penemuan semasa semakin memantapkan lagi teori pengembangan alam ini. ia menjelaskan kejadian langit dan bumi melalui pelbagai peringkat. Kemudian pada masa satu per setrilion saat ia mengembang sehingga menjadi kosmos yang luas. Sebagai contoh. dianggotai oleh 20 orang pakar astronomi. ³Malaikat-malaikat dan jibrail naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun. semakin laju proses pengembangannya. Allah berkata. Kadangkala satu hari di sisi Allah menyamai 50 ribu tahun mengikut kiraan dunia. proses kejadian langit dan bumi melahirkan air dan Arasy Allah berada di atas air. Ayyaam bermaksud µage. time¶ iaitu µumur. Kumpulan kedua pula mendapati pengembangannya berlaku dengan kelajuan 57 km/sec/Mpc. Kumpulan ini mendapati alam ini mengembang dengan kelajuan 80 kn sesaat semegapersaat (km/sec/Mpc). masa¶. era.´ -7- . Kumpulan pertama yang dikenali sebagai pasukan The Hubble Space Telescope Key Project Team. Satelit ini dikenali sebagai Wilkilson Microwave Anisotropy Probe atau WMAP. Allah menggunakan perkataan ayyaam. Pertama. ayat 4 Allah menyatakan. ³Dan dia yang mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari dan adalah Arasynya di atas air«´ Ayat ini menjelaskan berkenaan dua perkara. µEnam hari¶ bermaksud µenam masa ataupun enam peringkat masa¶. Dua kumpulan pakar sains mengesahakan alam ini sememangnya sedang mengembang.Beliau mendapati semakin jauh sesebuah galaksi itu daripada bumi. PENCIPTAAN ALAM DALAM ENAM HARI. Kedua. era.

³Kami berdua datang dengan suka hati. mengikut edarannya mengelilingi matahari. Syed Qutub di dalam Fi Zilal al-Quran berkata. Tuhan sekalian alam.Azhar pula berkata. Allah menjelaskan. ³Hari (dalam ayat ini) adalah hari Allah.´ Hamka di dalam Tafsir al. Yang (bersifat) demikian itu adalah Tuhan semesta alam. Dan kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta kami memelihara langit dengan sebaik-baiknya. dia sahaja yang tahu kadar masanya. Dia memberkatinya dan dia menentukan bahan-bahan keperluan hidup penghuninya dalam masa empat hari. Konsep ini adalah selari dengan sains berdasarkan konsep Pengembangan Masa atau Time Dilation yang dikaitkan dengan Teori Relativiti Albert Einstein. Dan ia menjadikan di bumi itu gunung-ganang yang kukuh di atasnya. Kemudian dia menuju ke arah langit sedangkan langit masih merupakan asap. Dalam surah Fussilat ayat 9 hingga 12. ³Datanglah kamu keduanya menurut perintahku sama ada dengan suka hati ataupun dengan terpaksa. Ada antaranya yang lebih panjang daripada hari di bumi dan ada juga yang lebih pendek.´ -8- .´ Keduanya menjawab. Demikianlah ketentuan Allah yang maha perkasa.Justeru. Justeru. Berjuta-juta bintang di langit mempunyai hari-harinya sendiri. ³Ssungguhnya patutkah kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam masa dua hari dan kamu adakan sekutu-kutu baginya. Lalu ia menjelaskan kepadanya dan kepada bumi. (Penjelasan itu sebagai jawapan) bagi orang-orang yang bertanya. lagi maha mengetahui. hari mengikut kiraan manusia di bumi adalah berbeza dengan hari di alam yang berbeza pada dimensi yang berbeza. Ia bukan hari-hari yang dihitung oleh manusia di bumi ini. ³Tidak syak lagi yang dimaksudkan dengan hari dalam ayat ini adalah hari-hari yang ditetapkan Allah. Ia adalah hari meliputi seluruh alam dan bukannya hari yang dikira menurut peredaran bumi mengelilingi matahari yang hanya memakan masa 24 jam. 1) Enam Atau Lapan Hari.´ Maka dia menjadikannya tujuh langit dalam dua hari dan dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya.

´ adalah episod-episod bertindih yang berkaitan dengan proses yang sama iaitu proses kejadian bumi. (Allah menetapkan) dua hari bagi penciptaan bumi dan dua hari lagi bagi penciptaan gunung-ganang dan penetapan keperluan hidup. 2) Bible Dan Enam Hari. ³Dan menciptakan bumi dalam masa dua hari. hari Sabtu. ³Berhubung dengan penciptaan bumi. penciptaan alam memakan masa enam hari dan diakhiri dengan hari istirahat. Justeru. Sebenarnya bahagian satu dan dua iaitu. Riwayat Bible menyebutkan secara tegas. kenyataan langit dan bumi dicipta dalam enam peringkat dapat dianggap sebagai satu pandangan yang putus tanpa perbezaan pendapat (qat¶ii) dikalangan ulama Islam. Imam an-Nasafi pula berkata. Berbalik kepada ayat-ayat dalam surah Fussilat ini. Dia menjadikan gunung-ganang dan menentukan bahan-bahan keperluan hidup atas bumi dalam masa empat hari. ³Musuh-musuh Islam suka menjadikan ayat ini sebagai bukti Quran tidak autentik. iaitu. ³Dia menciptakan bumi dalam masa dua hari. Dia menjadikan gunung-ganang dan menentukan bahan-bahan keperluan hidup atas bumi dalam masa empat hari. iaitu. Justeru orang-orang Yahudi menjadikan hari Sabtu sebagai hari cuti selepas enam hari bekerja seperti yang Tuhan lakukan. -9- . Mereka sebenarnya yang tersilap dan bukannya Quran.Ayat ini menceritakan tentang ia seolah-olah menunjukkan proses kejadian langit dan bumi melalui lapan masa (dan bukannya enam).Dia menjadikan tujuh langit dalam dua hari. ³Berpandukan dalil-dalil daripada Quran. Hal ini disebabkan gunung-ganang adalah sebahagian daripada muka bumi. hari-hari yang Allah sebutkan dalam bahagian satu bertindih dengan harihari yang Allah sebutkan dalam bahagian dua. penciptaan bumi sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada kejadian gunung-ganang serta bahan-bahan keperluan hidup kerana semuanya berlaku serentak. Kesemuanya memakan masa empat hari.´ Seterusnya Said Hawa sendiri di dalam kitab beliau al-Asas fi al-Tafsir berkata.

3 Allah menjelaskan. diliputi oleh kegelapan yang pekat. Kenyataan-kenyataan ini juga boleh dipertikaikan. itulah hari yang pertama. Samudera yang bergelora.´ lalu cahaya pun ada. ³Hal ini disebutkan di dalam Fi Zilal al-Quran. iaitu semasa langit dan bumi sedang menjelma keluar dalam bentuknya yangditetapkan. Sebagai contoh. ³Hendaklah ada cahaya. Quran adalah jauh lebih siantifik daripada Bible. pada hari ketiga laut. bulan dan bintang ±bintang. (Kejadian 2:1-5) Seterusnya Bible mengatakan pada hari kedua Tuhan mencipta langit. manusia dan binatang darat dicipta pada hari keenam dan pada hari ketujuh Tuhan berehat. Kemudian dia mengasingkan cahaya daripada kegelapan. darat dan tumbuh-tumhuhan dicipta. -10- . Dalam aspek ini. ARASY DI ATAS AIR ? Syed Qutub berkata. Penemuan semasa menunjukkan matahari dan bintang dicipta terlebih dahulu daripada bumi sedangkan Bible berkata sebaliknya. Allah terus menyambungnya dengan kenyataan bahawa Arasy Tuhan berada di atas air. adalah tidak saintifik tumbuh-tumbuhan dicipta terlebih dahulu daripada matahari. tetapi kuasa Allah bergerak di atas permukaan air. ³Semasa Allah menceritakan berkenaan kejadian langit dan bumi (dalam enam masa). 5 Dia menamakan cahaya itu µSiang¶ dan kegelapan itu µMalam¶. 4 Allah berpuas hati melihat hal itu. pada hari keempat Tuhan menjadikan matahari. yang menutupi segala sesuatu. pada masa itu air sudah wujud dan Arasy Allah berada di atas air. ³1 Pada mulanya.Di dalam AlKitab terbitan The Bible Society of Malaysia. Apa yang dapat dimanfaatkan kepada kenyataan ini adalah semasa berlaku proses kejadian langit dan bumi. disebutkan. ketika Allah mula menciptakan alam semesta. 2 bumi belum berbentuk dan masih kacau-bilau. pada hari kelima binatang-binatang laut dan burung-burung dicipta. Selepas malam dan pagi berlalu.

iaitu 13ystem1313 (80%) dan helium (20%). Sebahagian daripada bintang-bintang ini meletup (exploded) sekali gus melahirkan oksigen. tetapi Arasy agak berbeza kerana ia berada di dimensi yang berbeza. Penemuan ini adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui sistem yang dikenali sebagai Submillimeter-Wave Astronomy Satellite (SWAS) yang dilancarkan ke angkasa lepas pada 5 Disember 1998. Perkataan air dalam ayat ini dapat dikaitkan dengan angkasa raya yang luas yang dipenuhi air. ³Arasy allah berada di kawasan yang lebih tinggi iaitu di atas angkasa raya yang dipenuhi air berada di bawahnya. kenyataan Allah bermaksud. Justeru. Apabila di ambil kira penemuan-penemuan ini dan dikaitkan dengan surah Hud. Ia adalah benda ghaib dan berada di alam ghaib. walaupun merupakan makhluk seperti langit dan bumi. dua jenis gas wujud dan mendominasi angkasa.Ada sesuatu yang dapat kita manfaatkan daripada kenyataan ini iaitu air wujud di peringkat awal proses kejadian langit dan bumi sebelum wujudnya hidupan lain. Kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains semasa kerana selepas berlaku Big Bang berlaku lebih kurang 14 bilion tahun dahulu. Kawasan-kawasan ini dikenali sebagai interstellarclouds. namun ia terpisah daripada proses kejadian langit dan bumi.. ayat 7 yang bermaksud.´ ia mungkin bermaksud Arasy Allah. Gas-gas ini kemudiannya melalui beberapa proses sehingga melahirkan bintang-bintang dan galaksi.´ Kedua-duanya adalah terpisah daripada satu sama lain. 13ystem1313 dan hidupan yang terdapat dalamnya memerlukan air. ³Dan dia yang mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari dan adalah Arasynya di atas air. -11- . Oksigen bercantum dengan 13ystem1313 dan dengan itu lahir molekul yang stabil yang bernama air.

berumur lebih kurang 10 bilion tahun dan bumi serta matahari berumur lebih kurang 4. Langit dalam ayat kedua berkaitan bahagian atmosfera yang terdekat dengan bumi yang terdapat awan-awan padanya. Langit dalam ayat ketiga mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang pertama. kemudian dia berkehendak menuju sistem langit lalu dijadikannya tujuh langit dan dia maha mengetahui segala sesuatu. dalam surah an-Naziat. iaitu (menjadikan) langit sebagai bangunan. Langit dalam ayat yang pertama berkaitan dengan penciptaan langit. ³Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi. ayat 27 hingga 30 Allah mengatakan langit dicipta terlebih dahulu daripada bumi.5 bilion tahun. ia merupakan langit yang khusus. ³Dalam ayat-ayat ini perkataan langit (iaitu samaa¶ dalam bahasa Arab) disebutkan sebanyak empat kali. Dia menuju ke langit dan Dia menjadikan tujuh langit. ayat 22 hingga 29 beliau berkata.´Tetapi dalam surah al-Baqarah. kita diberitahu bahawa galaksigalaksi. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (bagi kemudahan penduduknya). Walaupun ayat keempat yang berkaitan dengan kejadian tujuh lapis langit.´ Di dalam al-Asas fi al-Tafsir. Apabila kita kaitkan kesemua ini dengan ilmu moden. ayat 29 mengatakan bumi dicipta terlebih dahulu daripada langit. Allah berkata. (dan sistem solar hanya sebahagian daripadanya). -12- . Sebenarnya Quran mengatakan bumi dicipta terlebih dahulu sekiranya dibandingkan dengan penciptaan tujuh lapis langit yang khusus. Allah menjelaskan. ³Kamukah yang sulit penciptaannya ataukah langit? Dia menjadikan malamnya gelap-gelita serta menjadikan siangnya terangbenderang. Dia menurunkan hujan daripada langit. LANGIT ATAUPUN BUMI ? Sebagai contoh. as Syeikh Said Hawa mengutarakan satu pandangan yang menarik berhubung dengan isu ini.APA YANG DICIPTA DAHULU. Semasa 14ystem komen mengenai surah al-Baqarah.

Fasa ketiga (Kelahiran Atom). Fasa pertama (Ledakan dan Pengembangan). Peringkat ini bermula daripada saat ledakan Big Bang sehingga berlalu masa 0. -13- . Pada peringkat ini masa berlalu lebih kurang tiga minit. Keadaan ini memungkinkan quarks bercantum sistem sendiri dan bertukar menjadi proton dan neutron. melalui proses penyejukan dan turun ke paras 10 kuasa 8 darjah Celsius. Selepas itu proses penyejukan berlaku dan dengan itu gas-gas dihasilkan terutamanya karbon dioksida. Dalam masa yang singkat angkasa dipenuhi sistem dan quarks.000000000000000000000000000000001 saat. Ia berkembang daripada ukuran sebesar atom kepada ukuran sebiji buah nangka dalam masa yang begitu singkat iaitu kurang daripada satu per sebilion saat dalam keadaan suhu yang mencecah 10 kuasa 27 darjah Celsius. Fasa kedua (Penyejukan dan Kelahiran Nukleus).Suhu bumi pada masa itu berada pada tahap yang tinggi justeru tidak sesuai untuk dihuni oleh sebarang hidupan. Atmosfera mempunyai tujuh lapis. KRONOLOGI KEJADIAN ALAM. Suhu pada masa itu mencecah lebih kurang 10000 darjah Celsius. Suhu yang diperingkat sebelumnya berada di tahap yang tinggi. Kosmos pada masa itu melalui proses pengembangan yang laju. nitrogen dan air. Di peringkat ini sistem bercantum dengan proton serta neutron dan dengan itu lahir atom-atom ini menjadi titk permulaan kepada kelahiran cahaya di kosmos. Gas-gas ini menjadi asas kepada kejadian langit atmosfera ini bermula lebih kurang sejuta tahun selepas kejadian bumi. Percantuman proton dan neutron melahirkan hidrogen dan proses kelahiran hidrogen ini menjadi asas kepada kelahiran atom hidrogen dan helium. Fasa ini memakan masa lebih kurang 300000 tahun.

Ledakan ini mengeluarkan elemen-elemen berat seperti emas. Supernovae dan Matahari). Daripada gumpalan-gumpalan asap ini lahirlah galaksi. Fasa keenam (Kejadian Bumi dan Atmosfera dan Permulaan Hidupan). Gas-gas yang disedut oleh lubang hitam ini berada di tahap suhu yang tinggi sehingga mengeluarkan cahaya terang benderang yang pada hari ini dikenali sebagai quasars. Proses kehancuran ini melahirkan ledakan dahsyat yang dikenali sebagai supernovae. uranium dan plumbum (lead). Fasa ini memakan masa daripada 1 bilion tahun hingga 9 bilion tahun selepas ledakan Big Bang.Lubang ini mempunyai tarikan sistem16 yang terlalu kuat dan dikenali sebagai lubang hitam atau black hole.5 bilion tahun yang lepas) lahir hidupanyang pertama di atas bumi. Di peringkat ini bermula kejadian bumi dan atmosfera yang berhubungan dengannya.5 bilion tahun dahulu. -14- .Fasa keempat (Asap Dan Kelahiran Galaksi Serta Bintang). Pada pringkat ini tarikan 16ystem16 menyebabkan gas-gas hidrogen dan helium bercantum sehingga melahirkan gumpalan-gumpalan asap raksasa. Fasa kelima (Percantuman Galaksi. perak. Di penghujung fasa ini (lebih kurang 5 bilion tahun dahulu) lahirlah matahari dan 16ystem solar. Bintang-bintang yang hancur bersama-sama dengan gas yang terhasil terhumban ke suatu pusat dan dengan itu menghasilkan satu lubang yang terlalu padat (very dense) tanpa mempunyai isipadu (with no volume). Fasa ini bermula lebih kurang 9 bilion tahun selepas ledakan Big Bang. Proses cantuman ini berlaku dengan dahsyat sekali sehingga menyebabkan kemusnahan sebahagian bintang. 1 bilion tahun selepas itu (lebih kurang 3. Kelahiran Big Hole. iaitu 4. Pada peringkat ini proses kehancuran bintang-bintang berlaku dengan pesatnya. Fasa ini bermula 300000 tahun sehingga lebih kurang 1 bilion tahun selepas Big Bang.

Ia bermaksud µto become visible. day (from dawn to dusk)¶ yang bermaksud siang hari. Allah menggunakan perkataan µlail¶. hari (daripada waktu terbit matahari kepada waktu senja). perkataan asal agh-thosya (root word) diterjemahkan sebagai µto be become dark (night)¶ yang bermaksud menjadi gelap (malam). Sebaliknya perkataan yang digunakan adalah µdhuha¶. Dalam surah an-Naziat ayat 28 hingga 30. Di dalam A Dictionary Of Modern Written Arabic. Nahaar di dalam A Dictionary Of Modern Written Arabic diterjemahkan sebagai µday time. Sahabat Abdullah bin Abbas mentafsirkan µAghthosya lailaha¶ sebagai menggelapkan malam. Pemisahan ini berlaku dengan Big Bang dan dalam masa yang singkat angkasa mengembang dipenuhi elektron dan quarks. serta menjadikan siangnya terang-benderang. ia mengisyaratkan µsiang¶ yang dimaksudkan bukannya siang yang berkaitan dengan terbit dan terbenamnya matahari. dinyatakan perkataan asal kepada perkataan dhuha adalah dhaha.´ Semasa menceritakan mengenai kegelapan di kosmos di saat langit sedang dibangunkan. Oleh kerana perkataan nahaar tidak digunakan dalam ayat ini. Justeru perkataan dhuha dalam ayat ini menjelaskan mengenai suasana terang benderang yang membolehkan kita melihat sesuatu. appear¶ iaitu dapat dilihat. Apabila menceritakan keadaan malam. menzahirkan diri. Berhubung dengan perkataan siang. Allah berkata. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (bagi kemudahan penduduknya). Ia dapat diterjemahkan sebagai µmalam¶ seumpama malam di bumi yang gelap-gelita tanpa matahari. Allah menggunakan ungkapan µAgh-thosya lailaha¶. ³Dia meninggikan bangunan (langit) lalu menyempurnakannya dan dia menjadikan malamnya gelapgelita.KOSMOS GELAP ATAUPUN CERAH.Di dalam A Dictionary Of Modern Written Arabic. kebiasaannya apabila Allah menceritakan berkenaan proses siang di bumi. perkataan yang digunakan adalah µnahaar¶. -15- .

Kejadian bintang-bintang di angkasa raya sememangnya menakjubkan. Perkataan ini digunakan lebih kurang 5 kali di dalam Quran.¶ Penemuan ini berjaya dilakukan dengan menggunakan Spitzer Space Telescope. Perkataan ini digunakan lebih daripada 10 kali di dalam Quran. Selepas Big Bang reda. Perkara yang perlu disebutkan adalah mengenai penggunaan perkataan µakh-raja¶ semasa Allah menceritakan mengenai cahaya µsiang¶ di langit di peringkat awal dahulu. Ia menunjukkan cahaya di langit dikeluarkan daripada kegelapannya. Ia seolah-olahnya menampakkan yang fenomena ini berlaku di luar persekitaran bumi. iaitu bintang yang cahayanya menembus (an-najmu at-thaqif). ³Demi langit dan yang datang pada malam hari. Kebiasaannya apabila Allah menceritakan mengenai perubahan ataupun silih bergantinya malam dan siang perkataan Arab yang digunakan berasal daripada perkataan walaja. Sebagai contoh dalam surah Luqman ayat 29. Allah menjelaskan. Kadangkala perkataan ikhtilaf (iaitu perubahan) digunakan bagi menceritakan berkenaan µperubahan malam dan siang¶. Dalam surah at-Thariq ayat 1 hingga 3 Allah berkata.´ BINTANG YANG MENEMBUS.´ Perkataan yuuliju dalam ayat ini berasal daripada perkataan walaja. alam berada dalam keadaan gelap gelita berjuta-juta tahun lamanya sebelum lahirnya objek yang bercahaya ini. Salah satu jenis bintang yang wujud adalah bintang yang cahayanya menembus. Sekiranya di bumi µsiang dimasukkan kepada malam¶ tetapi kali ini µsiang dikelurkan daripada malam. tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari. Akh-raja bermaksud µdikeluarkan¶.´ -16- .1) Antara Masuk Dan Keluar. ³Apakah kamu tidak memerhatikan bahawa Allah memasukkan (yuuliju) malam kepada siang dan memasukkan siang kepada malam.

kehancurannya berlaku melalui satu ledakan besar yang dikenali sebagai supernova.Dalam ayat ini. Ledakan seumpama ini akhirnya melahirkan lubang hitam atau black holes seperti yang disebutkan sebelum ini. terutama yang beratnya tidak mlebihi dua kali ganda berat matahari. proses reaksi nuklear ini akhirnya terhenti disebabkan bintang kehabisan hidrogen. Ia dikaitkan dengan malam hari bagi menampakkan kegemilangan cahayanya persis cahay terang yang menembusi kegelapan di malam hari. Apabila asap ini berinteraksi dengan foton ultr ungu (photons) ia mula bersinar dan pada masa itu lahir apa yang diistilahkan sebagai planetary nebula ini adalah pelbagai dan salah satu daripadanya adalah bentuk bunga ros yang bersinar. Selepas berbilion tahun berlalu.. Keadaan ini menyebabkan bahagian dalam bintang menguncup (contracts) dan menghasilkan suhu yang tinggi. hayatnya berakhir dengan ia bertukar menjadi gumpalan gas berbentuk asap yang dikenali sebagai planetary nebula. -17- . bahagian luar bintang bertukar menjadi gumpalan gas berbentuk asap dan terus berpisah daripada bahagian dalamnya. Justeru an-najmu atthaaqif dapat diertikan juga sebagai bintang yang bercahaya menembusi langit. Suhunya mungkin meningkat daripada 15 ribu juta Celsius kepada 100 ribu juta Celsius dan pada masa itu helium bercantum bagi menghasilkan karbon dan oksigen. BINTANG-BINTANG DAN NEBULA ROS. Tenaga ini terhasil melalui proses reaksi nuklear (nuclear fusion reactions) yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam bintang (core). Akhirnya. Bagi bintang yang beratnya berganda-ganda berbanding matahari. an-najmu bermaksud bintang dan at-thaaqif bermaksud menembusi. Imam Nafasi mentafsirkan perkataan thaaqif sebagai yang bercahaya. Namun bagi kebanyakan bintang.

apabila Quran menyebutkan langit dan bumi ia memfokuskan mengenai objek-objek dan bintang adalah antara objek penting di langit sehingga Allah bersumpah paling kurang dua kali mengenainya di dalam al-Quran. Dalam surah ar-Rahman ayat 37. Bagi umat Islam apa yang penting adalah apabila ayat ini diturunkan tidak ada sesiapa pun yang mengetahui sesama bintang-bintang melalui proses kehancuran ia akan terbelah dua dan bahagian luarnya bertukar menjadi gas nebula dan nebula ini pula boleh menjelma dalam bentuk bunga ros yang bersinar.´ Terjemahan ini adalah berasaskan apa yang disebutkan oleh Said Hawa al-Asas fi al-Tafsir. Ayat ini mengingatkan kita mengenai bencana Hari Kiamat semasa kehancuran berlaku di langit dan pada masa itu tidak ada sesiapa pun yang dapat membantu kita kecuali Allah. Apatah lagi hampir kesemua ulama semasa mentafsirkan ayat ini mengaitkannya dengan kejadian Hari Kiamat. Namun.1) Nebula Ros. -18- . Ayat Quran ini diturunkan bukan bertujuan menceritakan kelahiran nebula ros ini. Seperti yang disebutkan sebelum ini. ³Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti mawar (ros) yang di (lumuri) minyak. Allah berkata. sekiranya difikirkan secara mendalam. terdapat satu aspek yang sama antara insiden kelahiran nebula ros ini dengan kejadian Hari Kiamat iaitu kedua-duanya berkait rapat dengan fenomena kemusnahan bintang-bintang. Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu ia berubah menjadi merah seumpama bunga ros yang bersinar.

Ia menjelaskan apabila berlaku Hari Kiamat alam ini seolah-olahnya digulung. dan berada pada jarak yang paling jauh daripada matahar. -19- . Proses nuklear yang berlaku dalam matahari melahirkan cahaya matahari (sunlight).724 batu bersamaan dengan 149.680. Rata-ratanya ulama mentafsirkannya sebagai µdigulung¶. dan 2 peratus unsur-unsur lain yang terhasil daripada proses kehancuran bintang-bintang di kosmos. berada di tengah-tengah sistem suria dan para saintis menganggapnya sebagai bintang generasi ketiga (third generation star). Ledakan bintang besar ini dipanggil supernova dan ia melahirkan gumpalan gas yang dikenali sebagai solar nebula. Matahari yang mengandungi 74 peratus hidrogen dan 25 peratus helium. Solar nebula mengandungi 98 peratus hidrogen dan helium. Ia juga menjelaskan matahari semasa berada di penghujung hayatnya akan kehilangan cahayanya. Jarak antara matahari dan bumi adalah 93. asteroid dan meteoroid mengelilingi matahari mengikut masa yang Allah tetapkan. ³Dan matahari semasa ia digulung (kuwwirat).8 juta batu atau 152.026. Cahaya ini diibaratkan sepeti nadi kehidupan bagi bumi kerana hampir kesemua jenis hidupan di bumi ini memerlukannya dan memanfaatkannya melalui proses fotosintesis. iaitu lebih kurang 5 bilion tahun dahulu. lebih kurang pada tanggal 2 Julai setiap tahun.MATAHARI DAN AKHIR HAYATNYA. Namum sahabat Abdullah bi Abbas mentafsirkannya sebagai µzahabat¶ yang bermaksud µpergi atau menghilang¶. Matahari adalah 109 kali lebih besar daripada bumi. Setiap tahun.Dalam surah atTakwir ayat 1 Allah menyatakan.´ Perkataan yang penting untuk dibahaskan dalam ayat ini adalah µkuwwirat¶.6 juta kilometer. Matahari juga adalah bintang. iaitu 94. Kejadiannya bermula lebih kurang 8 hingga 10 bilion tahun selepas Big Bang. planet-planet. Ia lahir kesan daripada gelombang kosmik (shockwaves) yang berlaku selepas meledaknya sebuah bintang raksasa. dan Imam an-Nafasi mentafsirkannya sebagai µhilang cahayanya¶. Bumi. bumi berada pada jarak paling dekat dengan matahari lebih kurang pada tanggal 2 Januari dengan jarak 91.000 kilometer.4 juta kilometer.

´ Hal yang sama ditekankan dalam surah an-Nabak ayat 13 yang bermaksud.Tenaga ini terhasil melalui proses nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam matahari (core). Keadaan ini menyebabkan bahagian dalam matahari (core) menguncup (contracts) dengan menghasilkan suhu yang tinggi. ³Dan kami yang jadikan siraajan wahhaaja (iaitu matahari). shining yang bermaksud bercahaya. ³Maha suci Allah yang menjadikan di langit gugusan bintang (buruj) dan menjadikan padanya siraaj dan bulan yang muniir. bersinar. Selepas berbilion tahun berlalu. Dalam surah al-Furqan ayat 61 Allah menjelaskan. gleam. ³Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat dan Allah menciptakan pada langitlangit itu bulan sebagai nuur dan matahari sebagai siraaj. Bahagian dalam matahari (core) pula bertukar menjadi objek yang dikenali sebagai white dwarfs atau µsi kenit putih¶ dan tamatlah riwayat hidup matahari. MATAHARI PELITA DAN BULAN CAHAYA. Ayatayat ini menjelaskan mengenai perbezaan antara matahari dengan bulan dalam konteks cahaya yang dikeluarkan kedua-duanya. Selepas masa berlalu suhu di bahagian luar matahari menurun dan dengan itu pudarlah cahayanya. glow yang bermaksud cahaya menyilau. Muniir diertikan sebagai luminious.´ Nuur diertikan sebagai brightness. radiant.´ Dalam surah an-Nuh ayat 15 hingga 16 pula Allah berkata. Keadaan ini selari dengan tafsiran Imam Nafasi berhubung perkataan kuwwirat dalam ayat Quran yang disebutkan sebelum ini. Akhirnya bahagian luar matahari ini bertukar menjadi gumpalan gas berbentuk asap dan terus terpisah daripada bahgian dalamnya. proses ini akhirnya terhenti disebabkan matahari kehabisan hidrogen dan dengan itu ia menjadi tidak stabil. Dengan lahirnya gumpalan gas berbentuk asap ini jadilah ia sebuah planetary nebula. Dalam Quran matahari disebut sebagai objek yang mengeluarkan cahaya dan bulan bersinar kesan daripada cahaya matahari itu. -20- .

Mengikut Quran. ORBIT-ORBIT BUMI DAN OBJEK DI LANGIT. Seperti bintang-bintang yang lain. seorang pakar astronomi daripada Poland. Teori geosentrik dalam bidang ilmu kosmos diperkenalkan oleh seorang tokoh astronomi Yunani bernama Claudius Ptolemaeus (Ptolemy). Beliau mengutarakan teori baru yang dikenali sebagai teori heliosentrik. Kemudian datanglah Nicolaus Copernicus. bintangbintang dan objek-objek lain berpusing mengelilinginya. lampu mengeluarkan cahaya sedangkan cermin hanya memantulkan cahaya. Kiasannya adalah seperti lampu dan cermin. Tenaga ini terhasil melalui proses reaksi nuklear (nuclear fusion reactions) yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalamnya. beliau mengatakan bumi berada di tengah-tengah angkasa dalam keadaan pegun (motionless) dan matahari. Berpandukan buku beliau Almagest (150 Masihi). sebagai satelit. beliau mengatakan matahari berada dalam keadaan pegun di tengah-tengah angkasa manakala objek-objek lain di kosmos berpusing mengelilinginya. Teori ini menguasai barat hinggalah ke abad 16 Masihi. kestabilan matahari dan sinaran cahaya yang keluar daripadanya bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkannya. Manakala bulan pula. Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa kerana matahari adalah sebuah bintang sedangkan bulan adalah satelit. Melalui buku beliau yang diterbitkan pada tahun 1543 Masihi bertajuk De revolutionibus orbium coelestium (On The Revolutions of the Heavenly Spheres). -21- . Pertamanya teori geosentrik dan keduanya teori heliosentrik. tidak mengeluarkan cahaya sendiri. matahari membakar dan dengan itu mengeluarkan cahaya sedangkan bulan hanya bersinar iaitu menerima dan memantulkan cahaya.

Oleh kerana matahari dan bulan berputar di atas paksinya dalam bentuk bulatan. atau lebih kurang 29 hari sekiranya putaran ini diukur daripada bumi (synodic month). Malam dan siang bukannya objek sebaliknya merupakan fenomena yang berlaku di atas bumi. ayat 33 menunjukkan ia berputar atas paksinya sekali gus mengisyaratkan bintang-bintang yang lain (seperti matahari) juga berputar atas paksinya.´Perkataan yasbahuun bermaksud berenang. Dalam ayat ini jumlah objek yang Allah nyatakan hanya dua iaitu matahari dan bulan. ia menunjukkan bumi berputar dan hasil daripada putaran bumi di atas paksinya lahir fenomena malam dan siang.Sebagai contoh. Yasbahuun adalah perkataan perbuatan (verb) yang digunakan bagi objek yang berjumlah lebih daripada dua. Oleh sebab putaran malam dan siang berlaku di atas bumi maka objek ketiga yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah bumi. ³Dan dialah yang menciptakan malam dan siang. ayat ini menunjukkan matahari dan bulan bergerak dalam bulatan.32166 hari (sidereal month) bagi menyempurnakan satu pusingan. matahari dan bulan beredar dalam bulatan sebagaimana beredarnya rahat ketika menggulung benang. Dalam surah al-Anbiyak. Perkataan berenang pada asalnya berkaitan dengan perbuatan seseorang yang bergerak dalam air melalui pergerakan anggota badannya. matahari dan bulan. Kesemuanya beredar (yasbahuun) dalam falaknya. justeru kedua-duanya adalah objek bulat yang berpusing-pusing.¶ Rahat ialah suatu alat bulat seumpama roda yang digunakan bagi menggulung benang. Falak bermaksud bulat seperti sfera. Imam Ibn Kathir menukilkan pandangan sahabat Abdullah bin Abbas yang mengatakan µmalam dan siang. dalam surah A-Anbiyak ayat 33 Allah berkata. -22- . Penemuan semasa mengesahkan ia berputar atas paksinya dan mengambil masa 27. (sekiranya ukuran ini dibuat tanpa mengambil kira pusingan bumi mengelilingi matahari). disebabkan Allah mengatakan malam dan siang berputar (yasbahuun). Tambahan daripada itu.Justeru di dalam Tafsir al-Quran al-Azim. Pentafsiran ini menunjukkan para sahabat di zaman nabi sudah berpegang dengan pendapat matahari dan bulan berputar dalam bulatan di atas paksinya sendiri. Kiasannya dengan matahari dan bulan ialah kedua-duanya bergerak sendiri ke angkasa.

Bintang-bintang yang berkedipan di ruang angkasa amat menusuk hati melihat keindahannya. jenis-jenis bintang dan yang paling penting orbit-orbitnya. Namun disebalik yang indah terdapat pelbagai perkara yang banyak kita tidak ketahui. Kejadian yang teramat menakjubkan sehingga kajian dilakukan namun masih ada kekurang. Hal ini menyebabkan meningkatnya intelek pemikiran golongan sekarang untuk meneroka dan mempelajari ilmu-ilmu falak. Pengetahuan-pengetahuan seperti ini amat berguna dan mampu membuka pemikiran ke lebih meminati terhadap ilmu pengetahuan terutamanya terhadap ilmu bidang kosmologi.KESIMPULAN. Selain itu. Kesimpulan yang boleh diolah daripada kajian terhadap kejadian bintang dan teori bigbang ialah mengamati keindahan penciptaan yang maha esa yang tiada nilainya. kita dapat mengetahui kejadian-kejadian angkasa raya yang luas dimana sebelum ini kita tidak ketahui dengan mendalam. -23- . Antaranya ialah bagaimana terjadinya bintang.

1) Buku Quran Saintifik oleh Dr. Danial Zainal Abidin PENGANTAR : Dato¶ Seri (Dr.RUJUKAN.) Haji Harussani B.quransaintifik. Mohd Asri B.com.my -24- . Zainul Abidin (Mufti Kerajaan Negeri Perlis) 2) Internet : http://www. Haji Zakaria (Mufti Kerajaan Negeri Perak) Dr.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful