You are on page 1of 34

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

1.0TAJUK KAJIAN

HARI DEEPAVALI

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 1


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

2.0KANDUNGAN

1.0 TAJUK KAJIAN.....................................................................................................................1


2.0 KANDUNGAN.........................................................................................................................2
3.0 PENGHARGAAN....................................................................................................................3
4.0 OBJEKTIF KAJIAN...............................................................................................................5
5.0 KAEDAH KAJIAN.................................................................................................................6
6.0 HASIL KAJIAN......................................................................................................................8
6.1 Perayaan Tradisi..................................................................................................................8
6.1.1 Nama perayaan / Nama lain perayaan.......................................................................8
6.1.2 Pihak / etnik / kaum yang terlibat..............................................................................9
6.1.3 Tarikh / Tempoh masa dirayakan............................................................................10
6.1.4 Tujuan perayaan........................................................................................................10
6.2 Latar Belakang...................................................................................................................12
6.2.1 Sejarah / Asal usul perayaan.....................................................................................12
6.2.2 Upacara khusus dalam perayaan..............................................................................14
6.2.3 Tempat khusus sambutan dijalankan..........................................................................17
6.3 Persiapan Sambutan Perayan...........................................................................................18
6.3.1 Sebelum perayaan......................................................................................................18
6.3.2 Semasa perayaan........................................................................................................22
6.3.3 Selepas perayaan........................................................................................................27
6.3.4 Peraturan/pantang larang/amalan sampingan........................................................28
6.4 Kesan perayaan..................................................................................................................30
6.4.1 Keluarga.....................................................................................................................30
6.4.2 Perpaduan..................................................................................................................32
6.4.3 Pelancongan................................................................................................................33
6.4.4 Peluang perniagaan...................................................................................................35
7.0 RUMUSAN.............................................................................................................................36
8.0 LAMPIRAN...........................................................................................................................38
9.0 RUJUKAN..............................................................................................................................43

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 2


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

3.0PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua

Sekolah yang telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru Geografi saya iaitu Cik Anis kerana telah

memberikan panduan, nasihat, teguran serta bimbingan sepanjang masa kajian ini

telah dijalankan.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu bapa saya yang

banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk

menghasilkan kerja kursus yang cemerlang. Mereka juga telah menyediakan

pengangkutan untuk saya pergi ke Perpustakaan Negara bagi mengumpul sumber-

sumber yang saya perlukan.  Selain itu, kos penggunaan internet juga adalah di bawah

tanggungan mereka.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana

mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki

lagi mutu folio saya ini. Terima kasih juga diucapkan atas segala perkongsian

maklumat antara kita semua.

Sekalung budi dan penghargaan saya rakamkan di atas kerjasama yang diberikan oleh

orang sumberku, Puan Jaya iaitu makcik saya yang merupakan seorang guru sejarah.

Jasa baik dan ketulusan hati beliau dalam membantu saya memberi maklumat berguna

sepanjang kerja kursus ini dijalankan akan sentiasa saya kenang.

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 3


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Sekian, terima kasih.

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 4


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

4.0OBJEKTIF KAJIAN

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu perayaan tradisi kaum di

Malaysia. Perayaan yang dipilih oleh saya ialah Hari Deepavali.

Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut:

a) Memenuhi kehendak sukatan pelajaran Sejarah Tingkatan Dua.

b) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih yang akan membantu saya

membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

c) Mengetahui tentang perayaan Hari Deepavali dengan lebih jelas iaitu asal-usul,

adat dan pantang larang perayaan ini.

d) Memberi peluang kepada saya mengumpul dan menyimpan maklumat berkaitan

perayaan tradisi justeru mengelakkan budaya ini daripada luput daripada ingatan

saya.

e) Memperkaya pengalaman hidup saya terutamanya kemahiran berkomunikasi

dengan orang lain iaitu melalui temu bual saya dengan orang sumber bagi kajian

ini.

f) Menanamkan semangat patriotisme dalam diri saya dan juga kalangan generasi

muda melalui kajian ini.

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 5


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

5.0KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini iaitu:

a) Temu ramah

Saya telah menemu ramah Puan Jaya yang beralamat di No.1, Jalan SS2/7, Petaling

Jaya, Selangor. Sebelum kaedah ini dijalankan, saya terlebih dahulu menyusun soalan

yang bakal dikemukakan kepada beliau. Kaedah ini dilakukan untuk memperoleh

maklumat berkaitan latar belakang sejarah Hari Deepavali. Saya telah mendapat

kerjasama yang baik daripada orang sumber saya. Segala soalan yang saya ajukan

dijawab dengan jelas oleh beliau. Hasilnya, saya mendapat banyak maklumat tentang

Perayaan Hari Deepavali.

b) Pemerhatian

Setiap kali perayaan Hari Deepavali disambut di rumah saya dan rumah nenek saya,

saya telah memerhatikan segala persiapan yang dilakukan oleh ibu bapa dan nenek

saya. Pemerhatian yang saya buat sedikit sebanyak telah digunakan sebagai bahan

dalam kerja kursus saya ini.

c) Internet

Melalui kaedah melayari internet, saya memperolehi pelbagai maklumat mengenai

Perayaan Hari Deepavali dengan lebih terperinci dan mendalam lagi. Saya telah

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 6


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

memuat turun maklumat tersebut dan menganalisisnya agar ia bersesuaian dengan

kajian yang dijalankan.

d) Penyelidikan dan Perpustakaan

Saya telah membuat kunjungan ke Perpustakaan Negara untuk membuat penyelidikan

lebih lanjut berkaitan tajuk kerja kursus saya.   Saya telah mendapatkan fotokopi

bahan-bahan yang relevan daripada buku-buku ilmiah, surat khabar dan majalah

untuk dibawa balik dan dianalisis isi kandungannya.

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 7


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

6.0HASIL KAJIAN

6.1Perayaan Tradisi

6.1.1 Nama perayaan / Nama lain perayaan

Hari Deepavali yang juga dikenali sebagai pesta cahaya merupakan perayaan

yang paling popular dan ditunggu-tunggu setiap tahun oleh semua penganut

yang beragama Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan

gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang

bererti barisan. Dengan kata lain, Deepavali bermaksud ‘sebarisan lampu atau

pelita’.

Barisan pelita yang menjadi hiasan pada Hari Deepavali

Cahaya daripada pelita yang terang menandakan kecerahan dan kebaikan

mengatasi kegelapan dan kejahatan. Kemenangan yang diperoleh hasil

perjuangan dan pengorbanan yang besar dalam usaha mengatasi dugaan dan

rintangan tentunya patut diraikan bersama-sama.

Sambutan Hari Deepavali oleh sebuah keluarga di Malaysia

6.1.2 Pihak / etnik / kaum yang terlibat

Perayaan Hari Deepavali disambut oleh semua penganut agama Hindu di

seluruh dunia.

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 8


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 9


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

6.1.3 Tarikh / Tempoh masa dirayakan

Perayaan Hari Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam

kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Masyarakat di selatan

India meraikannya selama tiga hari berturut-turut berbanding lima hari di

sebelah utara negara itu. Di Malaysia, perayaan Deepavali disambut sehari

tetapi terpulang kepada individu untuk mengadakan rumah terbuka sebanyak

mana hari yang mereka mahu. Namun begitu, masyarakat India yang tinggal

di kawasan ladang dan estet menyambut perayaan itu lebih lama dalam

suasana kampung.

6.1.4 Tujuan perayaan

Perayaan Hari Deepavali disambut sebagai pesta meraikan kemenangan pihak

yang baik, jujur dan benar dalam mengatasi pihak yang jahat, tidak jujur dan

berperangai buruk. Dengan kata lain, perayaan ini adalah sebagai suatu

kejayaan atas nilai-nilai kebaikan yang mengatasi nilai-nilai kejahatan.

Perayaan Deepavali berkait rapat dengan konsep kepercayaan agama dan

‘Hukum Karma’ mereka yang telah menetapkan bahawa kebaikan dan

kejujuran itu akan mendapat ganjaran yang baik. Sebaliknya, kejahatan pula

akan dibalas dengan pembalasan yang setimpal. Biasanya, tatkala meraikan

sambutan yang disulami dengan rasa kesyukuran, pesta yang penuh warna-

warni itu bagaikan memberi cahaya kegembiraan yang mampu menghilangkan

tekanan fikiran buat seketika.

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 10


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh)

mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan

akan kekal abdi.

Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir.

Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang

memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam

maya). Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran

yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang

berkekalan buat selama-lamanya akan disedari.

Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari

manusia daripada berbuat jahat.

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 11


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

6.2Latar Belakang

6.2.1 Sejarah / Asal usul perayaan

Terdapat dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Hari Deepavali


iaitu:

a) Kembalinya Dewa Rama ke Ayodhya

Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula apabila Dewa

Rama, iaitu Raja Ayodhya pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama

14 tahun. Rama pulang ke negaranya dengan isterinya, Sita dan adindanya,

Lakshamana selepas membunuh raja syaitan Ravana, seorang yang jahat.

Sepanjang perjalanan apabila Dewa Rama serta keluarganya balik ke

Ayodhya, menuju ke arah utara India dari India Selatan, orang yang tinggal di

situ menyalakan pelita minyak sapi yang menandakan kebaikan telah

mengatasi kejahatan berikutan kematian Ravana. Mereka menyalakan lampu

pelita di sepanjang perjalanan Dewa Rama kembali ke tanah jajahannya.

Dewa Rama membunuh Ravana Dewa Rama dan isterinya Sita

b) Pembunuhan Narakasura

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 12


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Menurut lagenda, perayaan Deepavali dikatakan disambut pada hari di mana

salah seorang dewa Hindu iaitu Dewa Krishna berjaya membunuh seekor

syaitan durjana yang mencetus huru-hara dan selalu memeras rakyatnya iaitu

Raja Narakasura, pemerintah Pradyoshapuram sehari sebelum perayaan

Deepavali. Sebelum kematian Raja Narakasura, dia meminta rahmat dari

ibunya, Satyabhama bahawa semua orang patut menyambut kematiannya

dengan cahaya berwarna-warni. Raja Narakasura meminta semua manusia

agar mereka merayakan hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada

mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada

mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat

kejahatan sesama manusia. Dengan kata lain, untuk meraikan kejayaan

kebaikan mengatasi kuasa kejahatan, perayaan Deepavali diraikan.

Raja Narakasura Dewa Krishna membunuh Raja Narakasura

6.2.2 Upacara khusus dalam perayaan

a) Upacara Jyothi Villaku

Salah satu upacara kerohanian khusus yang diadakan pada mana-mana hari

sebulan sebelum tibanya Deepavali ialah upacara memasang pelita yang

dinamakan Jyothi Villaku. Malangnya dalam zaman sekarang, sebahagian

besar penganut Hindu tidak mengadakan upacara ini. Upacara ini sebenarnya

bersangkut-paut dengan penghayatan terhadap kuasa cahaya atau dikenali

sebagai jyothi dalam bahasa Tamil. Semasa upacara ini, penganut Hindu akan

menyediakan barangan sembahyang yang paling asas seperti kemenyan, bunga

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 13


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

melor, buah-buahan dan sedikit juadah makanan. Mereka akan menjemput

sekumpulan orang yang terdiri dari beberapa orang dewasa, kanak-kanak dan

remaja yang berusia di antara empat hingga tujuhbelas tahun ke rumah

mereka. Upacara Jyothi Villaku dimulakan sekitar pukul 7.30 malam di mana

pelita-pelita kecil dibawa oleh kanak-kanak ke rumah mereka yang menjemput

kumpulan itu yang kemudiannya disusun di hadapan tempat sembahyang.

Kumpulan itu kemudiannya mengambil tempat duduk di atas lantai sebelum

melengkapkan tiga pusingan persiapan menyanyikan lagu keagamaan.

Pertama, Mounam (bertafakur) disusuli Thyanam (duduk dalam posisi bersila

dengan tangan di atas paha) dan akhirnya Pranavam (menyebut perkataan

'Aum' sebanyak tiga kali).

Apabila selesai, barulah kanak-kanak itu akan melagukan enam buah lagu

selama 30 minit. Sambil memanjatkan kepujian dan kesyukuran kepada

Tuhan, pelita yang dibawa dipastikan tidak terpadam dengan menuang minyak

yang cukup. Sebelum berangkat pulang, semua orang yang terlibat akan

disajikan dengan hidangan tradisional seperti vadai dan minuman jus. Upacara

ini dapat membangkitkan kesedaran dalam diri penganut Hindu supaya

sentiasa taat kepada Tuhan dan mendoakan yang terbaik buat seisi keluarga.

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 14


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Pelita-pelita kecil dibawa oleh kanak-kanak Lagu keagamaan dinyanyikan semasa upacara Jyothi Villaku
semasa upacara Jyothi Villaku

b) Upacara pemujaan khas untuk memperingati sanak saudara yang


telah meninggal dunia

Sehari sebelum perayaan Deepavali juga, penganut agama Hindu akan

membuat upacara sembahyang untuk memperingati sanak saudara yang telah

‘pergi’ buat selama-lamanya. Dalam upacara ini, telah disediakan pelbagai

barangan untuk dipersembahkan kepada roh-roh tersebut. Antaranya

termasuklah pakaian yang terdiri daripada baju yang cantik atau pakaian sanak

saudara yang telah meninggal dunia itu yang masih disimpan dalam keadaan

baik. Selain itu, makanan kegemaran sanak saudara yang telah meninggal

dunia itu disediakan dan seterusnya dipersembahkan di hadapan gambar

mereka. Ini diikuti dengan upacara berdoa serta menyeru roh yang biasanya

diketuai oleh ketua keluarga. Seterusnya makanan itu dimakan oleh ahli

keluarga dan ada kalanya ianya akan diberi kepada haiwan. Bagaimanapun,

pemujaan roh ini mungkin tidak akan dilakukan oleh sesebuah keluarga

sekiranya mereka mengalami kecelakaan seperti kemalangan atau kematian

salah seorang ahli keluarga menjelang perayaan Deepavali. Hal ini demikian

kerana upacara kematian dan pemujaan roh sudah diadakan ataupun roh orang

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 15


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

yang baru mati itu baru sahaja disucikan oleh api dan tidak perlu lagi dipuja,

memadailah mengingatinya sahaja.

6.2.3 Tempat khusus sambutan dijalankan

Amalan balik kampung turut menjadi salah satu kemestian bagi penganut

agama Hindu untuk menyambut perayaan Deepavali di kampung halaman

bersama sanak saudara.

Bagi hari pertama Deepavali iaitu sebelah pagi, selepas bermandikan minyak

bijan dan memakai pakaian baru, penganut agama Hindu akan bersembahyang

di rumah mereka dan seterusnya di kuil sebelum pulang untuk bersarapan.

Seboleh-bolehnya penganut agama Hindu tidak akan keluar rumah untuk

seharian bersama keluarga dan melayan tetamu yang datang bertandang.

Penganut Hindu juga percaya yang Dewi Lakshmi, iaitu dewi kekayaan dan

kemakmuran akan datang melawat rumah mereka pada hari Deepavali. Jadi

segala persiapan telah dibuat untuk menyambutnya.

Dewi Lakshmi iaitu dewi kekayaan dan kemakmuran

6.3Persiapan Sambutan Perayan

6.3.1 Sebelum perayaan

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 16


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Seperti kemeriahan perayaan lain, penganut agama Hindu juga membuat

persiapan awal, biasanya bermula sebulan sebelum perayaan itu bagi

menjadikan sambutan Deepavali mereka lebih bermakna tahun demi tahun.

Mereka membersihkan rumah dan juga membuat kuih-muih tradisional seperti

muruku, neiurundai, atherasam, omapodi, halwa, laddu, palkova, bundhi,

achi muruku dan chippi. Tetapi pada masa kini, biskut dan kek juga

merupakan juadah hari Deepavali selain daripada kuih-muih tradisional

masyarakat India. Walau bagaimanapun, bagi golongan wanita yang bekerja,

kebanyakan mereka berpeluang membeli pelbagai kuih tradisional, kek dan

biskut yang dijual di gerai-gerai yang didirikan sempena sambutan perayaan

Hari Deepavali.

Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membeli pakaian baru seperti

sari dan sut punjabi untuk perempuan dan kurta untuk lelaki, pelbagai jenis

aksesori seperti gelang tangan dan kaki serta peralatan hiasan rumah untuk

sambutan hari Deepavali.

Sesetengah penganut agama Hindu juga membersihkan diri dan jiwa mereka

dengan mengamalkan puasa, hanya makan sayuran, dan bermeditasi pada hari-

hari tertentu sebelum perayaan Deepavali disambut.

Kad ucapan juga biasanya dihantar kepada beberapa pihak sebagai satu cara

mengucapkan selamat Hari Deepavali kepada orang tersayang, ibu bapa,

kenalan dan sanak saudara yang terdekat. Malah apa yang menariknya, kad

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 17


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

ucapan turut dihantar oleh rakan taulan pelbagai kaum di negara ini dengan

semangat muhibah. Pada masa sekarang, kad ini dihantar dalam bentuk e-mel,

sistem pesanan ringkas (sms) dan sistem pesanan bergambar (mms).

Sehari sebelum perayaan Deepavali, rumah akan dihiasi dengan langsir baru,

kad-kad ucapan yang diterima, pelita atau lampu dan kolam yang dihiasi indah

di hadapan pintu masuk ke dalam rumah. Bagi penganut agama Hindu,

sambutan Deepavali kurang serinya kalau kediaman tidak dihiasi dengan

kolam, biarpun kecil tetapi mesti ada. Kolam adalah lukisan bermotifkan

bunga-bungaan di atas lantai rumah yang diperbuat daripada beras berwarna-

warni. Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di

sebalik tradisi ini adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga

kecil seperti semut. Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah

yang membuat kolam tersebut. Hiasan kolam juga merupakan lambang

penyembahan dewa Lakshmi, dewi kekayaan yang dipercayai hanya akan

mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan kolam di pintu masuk

rumah mereka.

Hiasan kolam di pintu masuk rumah

Kemeriahan perayaan Hari Deepavali lebih menyerlah seandainya barisan

pelita yang diperbuat daripada tanah liat disusun rapi menghiasi kawasan

persekitaran rumah penganut agama Hindu. Perbuatan menyusun pelita itu

amat penting kerana ia secara langsung menterjemahkan maksud kegelapan

hidup yang dilalui selama ini akan diterangi cahaya yang membawa

kebahagiaan dan kesejahteraan.

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 18


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Barisan pelita di persekitaran rumah penganut agama Hindu


Sehari sebelum Deepavali disambut juga, kaum wanita sibuk memasak juadah

untuk dipersembahkan semasa upacara memperingati sanak saudara yang telah

meninggal dunia yang akan diadakan pada hari tersebut. Pelbagai juadah

kegemaran sanak saudara yang telah meninggal dunia disediakan.

6.3.2 Semasa perayaan

Pada pagi Deepavali, seawal pukul 3 pagi, penganut agama Hindu akan

memasang pelita atau lampu di sekitar kawasan rumah. Kuih-muih serta buah-

buahan untuk upacara pemujaan diletakkan di atas daun pisang bersama-sama

dengan pakaian baru dengan dikelilingi pelita yang sedang menyala untuk

melambangkan sesuatu yang baik. Pada waktu tersebut, sebiji buah kelapa

akan dibelah dua dan kemudiannya diletakkan di tempat hidangan. Ini diikuti

dengan upacara sembahyang oleh setiap ahli keluarga sambil membakar

setanggi dan kemenyan.

Seterusnya, ketua keluarga akan meletakkan sedikit minyak bijan ke atas

kepala setiap ahli keluarga sebelum mereka mandi sebagai tanda simbolik

untuk menyucikan diri. Selepas upacara penyucian yang melambangkan

permulaan yang baru, mereka sekeluarga akan memakai pakaian baru mereka

itu.

Bagi kaum wanita, mereka memakai sari iaitu sebidang kain berukuran 5

hingga 6 ela panjang yang dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 19


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

bersulam diletak di atas bahu kiri. Kanak-kanak perempuan pula dan juga

sesetengah kaum wanita memakai salwar kameez atau dikenali sebagai baju

punjabi iaitu blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang

longgar. Kanak-kanak perempuan juga ada yang memakai pavadai thavani

iaitu berupa skirt panjang yang dililit dengan separuh daripada kain sari.

Bagi kaum lelaki pula, mereka memakai kurta iaitu sejenis pakaian berupa

kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain

kapas atau linen. Kemudian, mereka sekeluarga akan bersembahyang lagi di

rumah mereka. Ini diikuti dengan kunjungan ke kuil di mana patung dewa

Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Bagi menghormati ahli keluarga yang telah meninggal dunia, masyarakat India

tidak akan menjamah sebarang makanan sebelum mereka habis menghadiri

upacara sembahyang di kuil. Selain penghormatan kepada ahli keluarga yang

telah tiada, tindakan ini juga bertujuan untuk mendapatkan kesejahteraan diri

dan keluarga.

Sedikit sama cara amalan raya Deepavali dan Aidilfitri, mendapat restu

daripada orang tua sebelum bersarapan dengan keluarga adalah satu amalan

yang wajib. Pada hari ini, pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan

akan mendapat penghargaan. Anak-anak digalakkan sujud di kaki ibu bapa

atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu.

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 20


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak

seharusnya “vegetarian” iaitu hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran

(daging tidak digalakkan). Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan

mereka pada hari yang bermakna ini.

Tetapi pada masa kini, terdapat juga penganut yang memasak makanan yang

bukan “ vegetarian”. Deepavali tetap diserikan dengan banyak makanan tradisi

yang enak seperti tosai, capati, idli, idiyapum, puttu, kari ayam, kari kambing

dan pemanis mulut seperti halwa dan laddu yang memenuhi meja. Semua ahli

keluarga akan berkumpul untuk makan bersama.

Sesetengah penganut agama Hindu akan mengadakan sambutan perayaan

secara besar-besaran dengan menganjurkan rumah terbuka untuk menjamu

sanak-saudara dan rakan-rakan mereka yang bukan beragama Hindu.

Sambutan sebegini selalunya berlangsung dalam tempoh satu atau dua hari

dan dapat mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat di Malaysia dan

menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia. Amalan memberi wang iaitu

angpau kepada kanak-kanak juga semakin popular pada Hari Deepavali. Duit

ini selalunya diberi oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul

duit pelbagai rupa bentuk dan warna. Amalan ini akan memeriahkan lagi

suasana perayaan Hari Deepavali.

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 21


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Sesetengah daripada mereka akan berkunjung ke rumah saudara dan sahabat

handai. Di kalangan penganut agama Hindu, perayaan Deepavali yang muncul

setahun sekali sememangnya ditunggu-tunggu. Inilah masanya untuk mereka

merapatkan hubungan persaudaraan sesama ahli keluarga, sanak saudara dan

teman-teman.

Rumah terbuka yang diadakan pada Hari Deepavali

Di negara kita, perayaan Deepavali telah diisytihar sebagai cuti umum di

seluruh negara, maka amalan kunjung-mengunjung dapat dilakukan. Amalan

ini mencerminkan semangat kekitaan dan perpaduan serta keharmonian hidup

berbilang kaum di Malaysia.

Makanan, kuih tradisional dan manisan juga dihantar kepada jiran-jiran

terdekat tidak kira bangsa dan agama supaya Deepavali yang disambut

menjadi lebih meriah.

Pada waktu malam hari Deepavali, bukan sahaja lampu-lampu pelita

dinyalakan malahan lampu-lampu moden yang berwarna-warni turut dipasang.

6.3.3 Selepas perayaan

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 22


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat masih diteruskan selama

beberapa hari selepas Hari Deepavali untuk mengukuhkan lagi hubungan

kekeluargaan dan silaturahim.

Di Malaysia, kebanyakan rumah-rumah terbuka yang dianjurkan oleh

penduduk beragama Hindu di sesebuah taman perumahan serta rumah terbuka

peringkat daerah, negeri atau kebangsaan anjuran pemimpin negara dan kaum

juga diadakan beberapa hari selepas Hari Deepavali itu sendiri. Melalui

amalan rumah terbuka, persefahaman di kalangan rakyat Malaysia yang

berbilang kaum dapat dipupuk.

Semua rakyat tidak kira tua, muda, besar dan kecil dijemput hadir ke majlis

rumah terbuka tersebut. Khemah dipasang dan penyediaan makanan

dilakukan secara gotong-royong. Upacara tersebut amat meriah dengan

pelbagai makanan tradisional dan moden yang sungguh lazat seperti nasi

beriani, kari ayam, kurma, tosai, muruku, achi muruku, omapodi dan manisan

seperti laddu dan neiurundai disediakan untuk dijamu selera oleh semua yang

hadir di jamuan tersebut.

6.3.4 Peraturan/pantang larang/amalan sampingan

Salah satu amalan yang masih diikuti sehingga hari ini ialah amalan

berkabung bagi menghormati sanak saudara yang telah meninggal dunia.

Semua ahli keluarga terdekat bagi seseorang yang telah meninggal dunia

dilarang menyambut perayaan Deepavali selama setahun, kecuali melawat ke

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 23


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

rumah rakan-rakan seagama. Selain penghormatan kepada ahli keluarga yang

telah tiada, tindakan ini juga bertujuan mendapatkan kesejahteraan diri dan

keluarga.

Manisan berkait rapat dengan kepercayaan penganut Hindu. Manisan seperti

jilepi, mysore pak, palkova, halwa, laddu dan atherasam dianggap juadah

wajib bagi menjadikan sambutan Deepavali lebih bermakna dalam kehidupan

setiap penganutnya. Kehadirannya bukan sahaja dijadikan penyeri di atas

meja, malah merupakan pelengkap identiti bagi perayaan masyarakat India.

Manisan merupakan acara pembuka bagi perayaan hari Deepavali kerana

dikatakan membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan

kesejahteraan yang berpanjangan ke dalam diri seseorang. Mengikut

kepercayaan penganut agama Hindu, manisan yang dibuat itu tidak boleh

dimakan selagi manisan itu belum mendapat restu daripada Tuhan. Maka,

pada pagi Deepavali, masakan dan beberapa jenis manisan dipersembahkan

semasa penganut Hindu bersembahyang di rumah, untuk mendapat restu

daripada Tuhan. Selepas bersembahyang, barulah hidangan dengan pelbagai

manisan yang disediakan dan juga makanan istimewa lain boleh dinikmati.

Manisan wajib disediakan semasa perayaan hari Deepavali memandangkan manisan


merupakan tanda pengenalan atau identiti masakan kaum India

Walaupun sibuk macam-mana sekalipun, penganut agama Hindu akan masak

sekurang-kurangnya satu jenis kuih tradisional seperti muruku, omapodi atau

achi muruku di rumah mereka. Ini adalah kerana mengikut kepercayaan

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 24


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

penganut agama Hindu, kalau periuk tak berisi minyak, maknanya ada

kematian di rumah mereka.

Seorang penganut agama Hindu sedang menyediakan muruku bagi sambutan Hari Deepavali

6.4Kesan perayaan

6.4.1 Keluarga

Pelbagai jenis perayaan antara kaum memang memberi kesan terhadap

institusi kekeluargaan. Setiap perayaan merupakan penantian bagi ahli

keluarga pada setiap tahun untuk bertemu dengan sanak saudara dan rakan-

rakan yang datang berkunjung ke rumah. Biasanya sanak-saudara yang

berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan perayaan ini.

Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.

Sanak saudara berkumpul dan bersama-sama meraihkan Hari Deepavali dengan penuh
kemeriahan

Pada kebiasaannya sepanjang sebulan sebelum Hari Deepavali disambut,

setiap keluarga akan sibuk membuat persiapan di rumah termasuk membuat

kuih-muih, menjahit langsir dan alas meja serta membersihkan rumah. Situasi

seperti ini akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Bagi penganut agama Hindu, hubungan kekeluargaan semakin erat apabila

mereka bersarapan pagi dan makan tengah hari bersama pada Hari Deepavali

yang melibatkan seluruh ahli keluarga. Persediaan makanan tersebut juga

dilakukan bersama-sama oleh ahli keluarga.

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 25


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Selain itu, amalan anak-anak memohon restu daripada ibu bapa dan orang tua

dan amalan isteri memohon restu daripada suaminya pada Hari Deepavali

akan menimbulkan suasana harmoni dalam keluarga.

6.4.2 Perpaduan

Perayaan dapat menghidupkan perpaduan di antara rakyat, ini kerana

semua orang yang ada di Malaysia atau di mana juga tidak kira agama

dan bangsa mereka mempunyai perayaan masing-masing. Di hari

perayaan, amalan rumah terbuka dan kunjung-mengunjung menjadi

amalan rutin perayaan supaya dapat disambut bersama dan

kemeriahannya juga dikongsi bersama. Justeru itu, perpaduan dan

keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan

tenteram.

Dengan adanya perpaduan, kita mampu mewujudkan suasana

kehidupan yang harmoni, kestabilan politik, kekuatan ekonomi dan

keseimbangan sosial dalam masyarakat dan negara. Bukan mudah bagi

sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum hidup dengan

rukun damai serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Keadaan yang aman ini telah membolehkan kerajaan merancang

pembangunan negara dan membawa kemajuan dan kemakmuran untuk

rakyat jelata. Perpaduan adalah kunci kepada keamanan, kesejahteraan

dan kemakmuran rakyat dan negara.

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 26


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Semangat persaudaraan dan rasa setiakawan yang terjalin antara rakyat

pelbagai kaum semasa majlis rumah terbuka diadakan merupakan

faktor penting bagi memastikan generasi baru Malaysia terus

menikmati suasana kehidupan yang harmoni.

6.4.3 Pelancongan

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan


berlangsung kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut
serta dalam perayaan ini kerana mereka ingin menghayati secara lebih
dekat perayaan yang ada di Malaysia ini yang dianggap unik dan
mempunyai sentuhan sendiri. Aset ataupun daya tarikan ini
mempunyai potensi yang besar untuk diperluaskan lagi agar negara
Malaysia dapat terus dipromosikan sebagai satu destinasi pelancongan
yang terkenal bagi pelancong-pelancong asing. Ini akan mempunyai
kesan gandaan ke atas ekonomi negeri ini di mana sektor perhotelan
dan perkhidmatan-perkhidmatan lain juga akan turut berkembang di
samping menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat di
negara ini. Seperti mana kita sedia maklum, industri pelancongan
berupaya memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan
ekonomi sesebuah negara.

Rumah-rumah terbuka yang diadakan sempena sesuatu perayaan itu

mencerminkan identiti masyarakat yang harmonis di mata pelancong

asing. Pada hari ini, Malaysia sudah terkenal hampir seluruh pelosok

dunia sebagai negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa

yang hidup dalam suasana aman, bersatupadu dan saling menghormati

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 27


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

antara satu sama lain walaupun mempunyai perbezaan daripada segi

suku kaum, bangsa, kepercayaan dan adat resam. Sebenarnya,

keunikan inilah yang menjadi teras perpaduan dan kecemerlangan

bangsa Malaysia sehingga menjadi negara contoh kepada negara-

negara lain di dunia yang sering menghadapi berbagai-bagai masalah

sosial dan politik.

6.4.4 Peluang perniagaan

Perayaan Hari Deepavali memberi peluang perniagaan kepada para

peniaga untuk menjual barangan yang diperlukan untuk persiapan

sambutan perayaan seperti pelita, lampu elektrik berwarna-warni,

hiasan rumah, pakaian tradisional dan kuih-muih.

Banyak gerai-gerai sementara juga didirikan sempena sambutan

perayaan ini. Terdapat suri rumah yang mengambil peluang membuat

kuih dan biskut yang mempunyai pelbagai rupa dan rasa. Secara tidak

langsung, kemunculan perayaan telah membolehkan masyarakat

Malaysia meningkatkan sumber pendapatan mereka.

Gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan sempena sambutan Hari Deepavali

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 28


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

7.0RUMUSAN

Saya amat bersyukur kerana telah menyiapkan kerja kursus Sejarah saya ini dalam

tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak

pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

Melalui kerja kursus ini, saya telah dapat menguasai kemahiran membuat

penyelidikan dengan tatacara yang betul serta meningkatkan kemahiran

berkomunikasi saya.

Sebagai rakyat Malaysia, saya merasa bangga dan bersyukur kerana di negara

kita terdapat masyarakat pelbagai bangsa dan agama yang turut sama memeriahkan

perayaan Hari Deepavali yang disambut oleh penganut agama Hindu.

Kajian ini telah menyedarkan saya bahawa kita sepatutnya bekerjasama untuk

mengekalkan pelbagai perayaan tradisi yang disambut oleh masyarakat di

Malaysia dengan mengamalkan amalan kunjung-mengunjungi semasa perayaan

supaya perpaduan kaum dapat dipupuk.

Di samping itu, kita haruslah bersatu padu dan berharmoni sesama kaum. Untuk

merealisasikan misi 1Malaysia, tidak seharusnya ada sebarang salah faham di antara

kaum. Dengan ini, kita dapat mengekalkan keharmonian di negara ini sekaligus

mengeratkan lagi perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 29


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Kita juga haruslah bertimbang rasa supaya tiada kaum di Malaysia yang akan tersisih

tetapi sebaliknya merasa kegembiraan berada di bumi negara ini. Negara Malaysia

merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum. Saya

amat menyayangi negara Malaysia.

Salam Satu Malaysia.

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 30


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

8.0LAMPIRAN

Kad ucapan Hari Deepavali

Kad ucapan Deepavali yang dihantar kepada kawan-kawan dan sanak saudara terdapat dalam
pelbagai rupa, bentuk dan saiz.

Menyalakan Pelita Pada Hari Deepavali

Masyarakat Hindu menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang menyatakan kebaikan akan
mengatasi kejahatan.

Kuih-muih Tradisional Masyarakat India

Muruku Atherasam Neiurundai Omapodi


Kuih-muih tradisional masyarakat India yang disediakan sempena sambutan Hari Deepavali

Upacara Mengingati Ahli Keluarga Yang Meninggal Dunia

Upacara memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia yang diadakan sehari sebelum
Deepavali

Hiasan Kolam

Hiasan kolam memeriahkan suasana Deepavali

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 31


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Upacara Mandi Minyak

Upacara mandi minyak bijan pada pagi Hari Deepavali sebagai lambang penyucian badan dan
semangat

Pakaian Baru Pada Hari Deepavali

Penganut agama Hindu berpakaian baru pada hari Deepavali

Pakaian Tradisional Kaum India

Sari Salwar kameez Kurta Pavadai thavani


Pakaian tradisional kaum wanita, lelaki dan kanak-kanak yang dipakai pada Hari Deepavali
Pada Hari Deepavali

Penganut agama Hindu bersembahyang di rumah sebelum mengunjungi kuil

Suasana di kuil semasa Hari Deepavali Beberapa juadah hari Deepavali

Suasana meriah Deepavali di rumah. Manisan merupakan hidangan wajib pada sambutan Deepavali

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 32


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Rumah Terbuka Pada Hari Deepavali


Amalan rumah terbuka Deepavali yang dapat memupuk perpaduan melalui perkongsian perayaan ini
dalam suasana yang aman dan harmoni

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 33


Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

9.0RUJUKAN

Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali

http://www.kosmo.com.my

http://www.mstar.com.my

Buku ilmiah

Muhammad bin Harun, 2007, Siri Adat dan Budaya Masyarakat Malaysia-Adat dan Budaya
Masyarakat India, Scientific Focus Sdn. Bhd.

Zabri Zakaria, 2005, Siri Variasi Seni dan Budaya - Perayaan Masyarakat Majmuk

Zabri Zakaria, 2005, Siri Variasi Seni dan Budaya - Pantang Larang dalam Masyarakat

Akhbar

Berita Minggu,18 Oktober 2009

Utusan Malaysia,17 Oktober 2009

Berita Harian, 20 Oktober 2009

Berita Harian, 18 Oktober 2009

Majalah

Dewan Budaya,Oktober 2009, halaman 10 -19

Orang Sumber

Puan Jaya yang beralamat di No.1, Jalan SS2/7, Petaling Jaya, Selangor.

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 34

You might also like