Kandungan

Pendahuluan
I.

Penjelasan konsep kepelbagaian budaya di Malaysia.
Penghuraian kepentingan kesedaran kepelbagaian budaya kepada guru.

II.

III.

Perbincangan mengenai implikasi kepelbagaian budaya kepada sistem pendidikan di Malaysia. (Konsep Unity in Diversity)

IV.

Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang memperlihatkan bagaimana anda dapat mengimplementasi satu aktiviti pengajaran dan epmbelanjaran berkesan yang mesra budaya/adat resam.

Rumusan Refleksi Rujukan Lampiran

Pendahuluan

Pendahuluan Mengikut Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsayang dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan.Budaya mempunyai dua peranan iaitu yang pertama membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan yang kedua memupukkesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14).

Negara yang mempunyai kepelbagaian budaya seperti Malaysia tidak terlepas daripada perselisihan perkaumanyang mencetuskan konflik antara kaum yang mengakibatkan peristiwa berdarah danpembunuhan orang-orang yang tidak berdosa. Walaubagaimanapun, peristiwa 13 Mei1969 merupakan titik-tolak kepada pembentukan negara Malaysia yang baru. Kerajaan Malaysia telah menggandakan usaha mereka bagi menyelesaikan masalah pelbagaikaum dengan harapan peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang. Sekiranya peristiwa berdarah seperti itu berlaku lagi maka, akan lahirlah pelbagai pandangan dan pendapat negatif dari luar yang menggambarkan tiada kesepaduan, toleransi dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Dengan itu, wajarlah budaya Malaysia dikekalkan kerana budaya ini

melambangkan identiti dan imej negar menjadi mata dunia.

Oleh kerana itu, isu-isu yang melibatkan hubungan antara etnik perlu difahami dan dihayati. Dalam konteks pengajaran Sejarah, peranan guru bagi membangkitkan kesedaran tersebut dalam kalangan pelajar amatlah penting, kerana pelajar merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat dan akan membentuk komuniti mereka sendiri pada masa akan datang.

iaitu mengandungi keseluruhan pengertian. Dalam Bahasa Inggeris. susunan organisasi ekonomi. tenaga dan pengaruh. Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat. kebudayaan disebut culture yang berasal dari perkataan Latin. Budaya itu adalah kecergasan akal fikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran mereka dalam menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut. norma. nilai. kesenian. Andreas Eppink memberikan definisi terhadap kebudayaan. kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. iaitu bermaksud mengolah atau mengerjakan. colere. agama dan termasuk juga segala pernyataan intelektual dan astistik yang menjadi ciri khas sesuatu masyarakat. sikap dan nilai. ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur sosial. Taylor mengatakan bahawa kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks yang di dalamnya terkandung pengetahuan. kepercayaan. agama. Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksidan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam . politik. Daya dalam Bahasa Melayu bermakna kekuatan kuasa. hukum. adat istiadat dan kemampuan-kemampuan lain yang diperolehi seseorang sebagai anggota masyarakat. tenaga dan pengaruh yang semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka. Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit iaitu buddhayah yang merupakan bentuk jamak dari buddhi (budi atau akal) diertikan sebagai halhal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Edward B. Ini memberi maksud seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa. adat resam. moral.I Penjelasan konsep kepelbagaian budaya di Malaysia. kepercayaan. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Pengertian dan Konsep Budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial.

malahan sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi.1986:56). Cina dan India. Pendekatan ini lebih sesuai kerana kepelbagaian budaya dalam konteks Malaysia adalah merujuk kepada penerimaan dan merapatkan jurang hubungan antara kaum yang melibatkan kaum yang dominan dalam situasi sosial. . konsep majmuk budaya telah difahami dan diterima.sekitar. kerana di Malaysia terdapat lebih 200 suku kaum. Fakta ini adalah hakikat yang telah membawa kepada kejayaan kaum Cina sejak dari awal penghijrahan mereka ke Tanah Melayu pada abad ke-19 (Sheela Abraham. kaum Cina di Malaysia merupakan kaum yang paling berpengaruh dan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting dalam masyarakat di negara ini. Setiap rakyat Malaysia berhadapan dengan realiti hubungan etnik. Pendekatan kepelbagaian budaya adalah berasaskan teori multikultural yang dikemukakan oleh Kymlicka (2002) dan Dworkin (2001) tetapi diubahsuai untuk konteks pengembangan budaya di Malaysia. Kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat. kerana ciri-ciri setiap etnik (meskipun kecil bilangannya) menjadi aset negara. biarpun yang kelihatan nyata adalah tiga komuniti etnik yang utama iaitu Melayu. Setiap kaum dalam negara telah bertanggungjawab dalam pembangunan negara terutamanya di Malaysia. khazanah warisan negara dan tinggalan sejarah yang telah berakar umbi sekian lama. Setiap etnik telah memberi warna kepada pembentukan budaya kebangsaan di negara kita. Budaya Malaysia adalah budaya majmuk bukan lagi budaya tunggal oleh golongan majoriti. Sebagai contoh. Tidak ketinggalan juga kaum India telah berjaya bersaing dengan kaum Cina dan kaum Melayu sehingga mendapat tempat di dalam ekonomi dan politik negara ini.

II) Penghuraian kepentingan kesedaran kepelbagaian budaya kepada guru. .

Dalam konteks pengajaran Sejarah mengandungi latar belakang demografi dan budaya. Oleh itu dalam konteks professional keguruan. Masalah dari aspek bahasa dan pertuturan boleh menimbulkan kekeliruan maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. seseorang guru itu akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan pelajar daripada pelbagai budaya. guru akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid. unsur kepercayaan dan adat resam. Kepekaan guru terhadap murid yang mempunyai masalah berbahasa amat dituntut. rapat dan tidak mewujudkan prasangka. mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat yang berbudaya.II) Penghuraian kepentingan kesedaran kepelbagaian budaya kepada guru. penghayatan pelajar tentang hubungan antara kaum akan semakin baik. pendidikan dan pengajaran di sekolah seharusnya berupaya menekankan nilai-nilai persefahaman budaya dan toleransi antara kaum. peranan guru bagi membangkitkan kesedaran tersebut dalam kalangan pelajar amatlah penting. Melalui pemahaman tentang budaya pelbagai kaum ini. Dengan adanya pemahaman terhadap budaya ini. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. pelajar perlu diberikan kefahaman yang jelas tentang sejarah budaya yang menerangkan tentang kewujudan budaya pelbagai kaum di Malaysia serta elemen-elemen penting dan keunikan setiap budaya yang terbentuk. Perhatian yang wajar perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah bahasa dan . Seterusnya. Untuk tujuan itu. dengan memahami budaya. Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Nilai-niai menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri mereka. Dalam masyarakat heterogen seperti di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya. kerana pelajar merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat dan akan membentuk komuniti mereka sendiri pada masa akan datang.

Pengetahuan awal guru terhadap budaya murid-muridnya amat penting dalam menyusun aktiviti pembelajaran terutamanya di dalam subjek Kajian Tempatan (KT) dan Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK). kepercayaan dan sistem nilai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlulah dikaji dan diteliti bagi menambahkan dan meluaskan ilmu pengetahuan guru berkaitan amalan dan budaya murid-muridnya di dalam bilik darjah. Melalui aktiviti ini. perkongsian dan pertukaran ilmu tentang budaya masing-masing akan berlaku dan secara tidak langsung aktiviti ini membolehkan jurang perkauman antara murid dapat dihapuskan. Kurikulum yang terkandung dalam kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK) umpamanya mengandungi adab-adab dalam setiap budaya di Malaysia. budaya. Selain itu. Dengan itu. Komunikasi merupakan medium dan saluran yang baik untuk menghubungkan individu dengan individu lain. pengetahuan tentang adat resam. Justeru. guru lebih mudah mengajar dan membimbing murid adab-adab tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan yang melibatkan pelbagai kaum di dalam satu kumpulan. Hal ini dapat membantu murid Cina dan India bertutur dengan lebih baik seterusnya mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru dengan berkesan. Perancangan pengajaran dan pembelajaran guru perlu melibatkan komunikasi dua hala iaitu interaksi guru dan murid serta interaksi murid dengan murid. Guru perlu menggalakkan murid-murid yang lemah bertutur supaya kerap berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid bangsa lain untuk memantapkan lagi pertuturan mereka. Penjelasan dan penerangan guru juga amat penting bagi mencari persamaan di dalam perbezaan yang terdapat dalam setiap kaum. Ciri-ciri .bertutur. guru seharusnya mengintegrasikan mereka iaitu murid Melayu yang mampu bertutur dengan baik dengan murid Cina dan India yang lemah bertutur di dalam kumpulan pemulihan yang sama.

2007:12). Kelancaran pengajaran dan pembelajaran banyak disumbangkan oleh kerjasamadan perhatian yang diberikan murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru mestilah berupaya menyusun dan merangka pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan semua murid. Sebarang gangguan dari murid akan menjejaskan tumpuan murid-murid lain dan guru. Prejudis berlaku dalam bentuk pandangan negatif yang tersemat dalam hati seseorang yang berbeza kelompok etnik terhadap kelompok etnik lain (Shamsul Amri Baharuddin. penerapan nilai-nilai merentasi kurikulum harus diterapkan di dalam setiap mata pelajaran. Oleh itu. Oleh itu. Sebagai contoh pergaduhan antara murid yang melibatkan perkauman merupakan kes serius yang dapat merosakkan imej negara. Dengan adanya aktiviti yang dirangka dengan baik.persamaan dalam setiap budaya mampu membentuk hubungan yang harmonis sesama sendirisetelah murid-murid dewasa kelak. penyusunan kedudukan meja murid-murid dalam bilik darjah hendaklah melibatkan semua kaum. Hal ini bermaksud setiap kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengambil peranan penting untuk menjayakan tugasan yang diberi. Prejudis antara murid yang berbeza budaya perlu dikikis dan dihapuskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dan baik sangka antara murid dalam bilik darjah.murid pelbagai kaum akan mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Konflik yang timbul sesama murid dalam bilik darjah terutamanya yang melibatkan perkauman perlu diatasi segera bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih besar. Penekanan nilai-nilai positif dan moral pada setiap . guru dapat mengelakkan prejudis antara murid yang berbeza budaya. Kejayaan dalam melaksanakan aktiviti tersebut akan membentuk rapo yang positif dalam kumpulan mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan. Seterusnya kesedaran guru tentang hubungan yang harmonis antara murid.

Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat penting bagi memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya adalah jelas dan tepat. Kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran.kali proses pengajaran dan pembelajaran mampu membentuk dan mencorakkan peribadi murid-murid dalam menghadapi masaakan datang. Guru harus lebih berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat. .

III) Perbincangan mengenai implikasi kepelbagaian budaya kepada sistem pendidikan di Malaysia. ( Konsep Unity in Diversity) .

(Konsep Unity in Diversity) Budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan (Shamsul Amri Baharuddin. sistem pengetahuan dan sistem Dalam konteks pendidikan. Bergantung kepada kecekapan pengurusan sekolah untuk mewujudkan budaya yang sesuai untuk sekolah masing-masing. Komposisi kaum dan etnik warga sekolah menggambarkan kepelbagaian social budaya dalam masyarakat. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.2007:14). Murid-murid dididik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Antara Konsep Unity in Diversity terdapat tujuh unsur kebudayaan.2007:14). budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. budaya sekolah juga berbeza memandangkan warga sekolah-sekolah tertentu tergolong daripada kaum etnik tertentu. kepercayaan. . Amalan dalam sistem persekolahan di Malaysia menjurus ke arah kebangsaan dan system berpusat. kesenian. namun dalam perlaksanaannya wujud jenis-jenis sekolah yang berbeza. bahasa. iaitu peralatan dan kelengkapan hidup manusia. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan. Oleh itu. Budaya mikro yang menjadi amalan keluarga dan kaum etnik akan dibawa masuk ke dalam sekolah dan mempengaruhi sosiobudaya sekolah. Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. sistem kemasyarakatan.III) Perbincangan mengenai implikasi kepelbagaian budaya kepada sistem pendidikan di Malaysia. adat istiadat dan undang-undang (Shamsul Amri Baharuddin. Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapat memberi simbol dan makna kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit.

Guru perlu berkemahiran menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya murid ± murid agar masalah guru µsyok sendiri¶ dalam mengajar tidak berlaku. Sewajibnya guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran. Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial murid. spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran. tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak guru yang mengajar mengenal tulis baca. Oleh itu. persekitaran bilik darjah.s 38 Pelajar pada masa kini. berakhlak mulia. Sebagai seorang guru perkara ± perkara pokok seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. masyarakat dan negara. Guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid-muridnya. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan. berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. Murid adalah pelanggan manakala guru merupakan individu yang menawarkan perkhidmatan. Guru harus mempelbagaikan . Oleh itu perkhidmatan yang diberi haruslah mengiktu standard yang telah ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan. bertanggungjawab.Implikasi kepada guru µ«kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita kea rah wawasan yang ingin kita capai´ Dato¶ Sri Abdullah Ahmad Badawi PIPP 2006-2010 m.

adat budaya dan pegangan agama mereka. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. pelanggan iaitu murid haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Catatan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran hendaklah dicatatkan sebagai refleksi atau impak di akhir sesi pembelajaran. Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid ± murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal. menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek. boleh dicapai. Penyampaian pengajaran guru haruslah kreatif dan efektif. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid tanpa mengira kaum. Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali. Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan.kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Pelbagai kaedah dan strategi boleh dirancang dan dilaksanakan dalam mengatasi masalah murid -murid sedemikian. malahan . Hukuman berbentuk deraan dan memalukan seharusnya tidak dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat untuk mereka meneruskan pembelajaran. Murid yang lambat menerima pembelajaran tidak diabaikan. Ini akan memudahkan guru untuk merancang strategi dan kaedah yang sesuai untuk mengatasi kelemahan. Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang yang mana fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya. kerja yang dilakukan lebih spesifik. Secara ringkasnya dapat disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah. realistic dan bijak dalam pengurusan masa. boleh diukur pencapaiannya. menarik dan menyeronokkan.

kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran (b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajarpelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan). tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama. . Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain. pengurusan bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. dan. keturunan atau tempat lahir (a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam. (1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8. Implikasi kepada murid Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. .meliputi skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan. budaya ilmu dan berfikir. Ini termaktub di dalam perlembagaan persekutuan. ras. Perkara 12. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. kita haruslah melayan mereka dengan adil dan saksama. khususnya. Hak berkenaan dengan pendidikan. Sebagai seorang pelanggan.

Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas. menyeronokkan. kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik minat murid. Seharusnya seseorang guru mengenali dan memahami sosio-budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mesra murid. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Guru sebagai µrole model¶ kepada murid ± murid. disamping meningkatkan kecergasan mental. Dalam pengurusan bilik darjah. Dengan ini setiap murid dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negative. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan. Oleh itu guru mesti membentuk program ± program yang bertujuan membangunkan murid.Dalam berkomunikasi. aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. menyentuh emosi. penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus diamalkan oleh murid. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina. Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. . Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam penyampaian pelajaran kepada setiap murid. Budaya belajar yang ceria. setiap murid haruslah diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas mereka. penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai.

Kepelbagaian sosiobudaya juga terdapat dilihat dari segi kelas sosial dan amalan adat resam serta kepercayaan agama. Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Walaubagaimanapun interaksi masih lagi boleh berlaku di peringkat sekolah menengah yang kurang menekankan perbezaan budaya. Sekolah Model Khas. Manakala aliran-aliran sekolah menengah seperti SekolahMenengah Kebangsaan Harian. . Sekolah rendah mempunyai tiga aliran sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan. Warga sekolah yakni guru atau pelajar juga mempunyai latar belakang berbeza. Bahasa Mandarin digunakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Bahasa Tamil pula digunakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Namun akan wujud juga kepelbagaian berdasarkan budaya mikro sub-etnik daripada aspek bahasa dan adat resam. Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Ada juga sebilangan murid Melayu yang lemah berbahasa tetapi mereka dapat bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik kerana dipengaruhi latar belakang keluarga. Sekolah-sekolah pelbagai aliran ini wujud disebabkan kerajaan Malaysia ingin mengekalkan identiti tiga kaum terbesar supaya tidak pupus ditelan zaman disamping untuk mewujudkan satu budaya kebangsaan. Sosiobudaya yang mempengaruhi amalan budaya di sekolah juga terbatas kepada etnik majority. Kelas pemulihan yang berfungsi membantu murid-murid yang lemah dari aspek akademik juga dapat membantu mengukuhkan lagi pertuturan mereka.Implikasi terhadap Sekolah Jenis-jenis sekolah yang mempunyai fokus yang berbeza turut mengamalkan budaya yang berbeza. Sekolah Berasrama Penuh. Murid-murid pelbagai kaum dan budaya ini masih lagi tidak dapat diintegrasikan sekiranya pendidikan awal mereka hanya tertumpu dalam kolompok budaya mereka sahaja. Kepelbagaian budaya dalam sistem pendidikan di Malaysia menyebabkan wujudnya pelbagai aliran sekolah.Di peringkat sekolah rendah.

Pratt.Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawaapa yang sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan lainya bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atauproforma kursus tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar. Inilah yang dikatakan Kurikulum Tersirat Idea kurikulum tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson (1968)dalam bukunya Life in Classrooms yang dijadikan fokus kajian oleh Snyder (1973).Kurikulum tersirat boleh dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum sepertiaktiviti berpersatuan. Schubert. semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjahgur uharus menstruktur semula pengalaman pembelajaran murid supaya lebih menekankan kepada aspek-aspek nilai agar murid dapat menentukan baik buruk sesuatu tindakan yang mereka ambil. Guru digalakan menyelit nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1994.Oleh itu. (Margolis. 1997. 1994). kementerian pelajaran berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum . kegiatan panitia dan aktiviti unit kokurikulum. 2001. Apple (1980). Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah. 1998. Eisner. Wiles andBondi. sebagai seorang pendidik tanggungjawab guru termasuklah perlu menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. 1986). (Saedah Siraj. 2001.Melalui kurikulum tersirat. kandungan. . Oleh itu.Implikasi terhadap Kurikulum Tersirat Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif. Portelli (1993) dan lain-lainlagi. Penting bila murid keluar dari sistem persekolahan mempunyai budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum/etnik. harus menyelitkan dan mengalakkan interaksi dalam kelas sosial. Cahfel. strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu. Bergenhenegouwen (1987).

.IV. Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian(RPH) yang memperlihatkan bagaimana anda dapat mengimplementasi satu aktiviti pengajaran dan epmbelanjaran berkesan yang mesra budaya/adat resam.

Saling Hormat Menghormati antara Kaum Lain 2.Mata pelajaran: Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan Hari : Rabu Tarikh : 12/2/2011 Kelas : 4 Merah Masa : 30 minit Bilangan Murid: 30 orang( 14 orang lelaki dan 14 orang perempuan) Kandungan Akademik Tajuk : Menghayati Traditional Kaum Masing-masing : Keunikan Pakaian dan Makanan Yang Kita Warisi Pengalaman Sedia Ada : Murid-murid sudah mengetahui jenis-jenis pakaian traditional dan jenis-jenis makanan traditional pelbagai kaum. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran ini. 2. 3. 3. murid dapat: 1. Penerapan Nilai: 1. Mengena pasti pebagai warisan budaya Malaysia. Mengekalkan warisan budaya Malaysia. Kecerdasan Pelbagai Bahan Bantu Mengajar : Lampiran A : Teks buku Lampiran B : Persembahan Slaids Lampiran C : Soalan Kertas Kajang . Koperatif. Teknik pembelajaran : Perbincangan dalam kumpulan Kaedah pengajaran: KBKK. Berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia. Menggalakkan kerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Memupuk keadaan terhadap nilai positif yang dibawa dalam setiap budaya.

Guru menunjukkan beberapa gambar pelbagai kaum. Murid berbincang dengan guru tentang arah dan alasan untuk mengekalkan warisan pakaian dan makanan masyarakat Malaysia. - Slaid persembahan (Lampiran B) - Penerangan Soal jawab . Guru menjelaskan bahawa kita perlu berasa bangga dengan kekayaan warisan budaya pelbagai kaum di Malaysia kepada murid. iaitu pakaian dan makanan. Guru memperkenalkan topik pelajaran. 3. Guru meminta pelajar menyatakan kaitan antara semua gambar yang diberikan. 2. - Strategi/ Sumber Slaid persembahan (Lampiran B) KBKK Langkah 1 (6 minit) Pendekatan Penjelasan Nilai 1. dan pelbagai hidangan yang dinikmati masyarakat Malaysia dalam bentuk slaid persembahan. jenis tarian. 2.Langkah/ Masa Set Induksi ( 3 minit ) Kemahiran/ Pyerapan Pengenalan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. 3. Guru menjelaskan perihal warisan budaya masyarakat Malaysia.

Langkah 2 Pendekatan (7 minit) Penjelasan Nilai. Guru mempamerkan pakaian traditional yang dipesan kepada murid dan dibawa dari rumah untuk dipakai dan diperagakan di dalam kelas. - Soalan Kertas Kajang (Lampiran C) - Perbincangan Langkah 3 Pendekatan (12 minit) Penjelasan Nilai. Wakil kumpulan membentangkannya di dalam kelas. 2. 3. - Penerangan Koperatif Kecerdasan Pelbagai . 2. Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk menjalankan aktiviti perbincangan. Pembelajaran Koperatif 1. Murid menyenaraikan cara serta sebab untuk mengekalkan dan mengamalkan warisan pakaian dan makanan dalam bentuk jadual. murid menyenaraikan contoh lain warisan pakaian dan makanan pelbagai kaum di Malaysia. Murid juga berbincang untuk menghasilkan poster ringkas yang bertema Pakaian Traditional Warisan Kebanggaan Kita. Pembelajaran Koperatif 1. 3. Secara berkumpulan.

Guru merumuskan tentang kepentingan menerima kepelbagaian agama dan budaya dalam masyarakat Malaysia.Penutup (2 minit) Rumusan 1. Penerangan . dan perlu merasa bangga dengan kepelbagaian tersebut yang juga dikagumi oleh masyarakat luar Negara.

2 3 4 Menanamkan rasa cinta dan bangga terhadap warisan pakaian traditional masyarakat Malaysia. Memperliahtkan keunikan aksesori pakaian tersebut. Mengadakan pertandingan pertunjukan fesyen pakaian traditional. Menghidangkan makanan traditional semasa majlis jamuan dan acara khas di sekolah. Memakai pakaian tradisional semasa menyambut acara khas di sekolah. bil 1 Cara Menyediakan makanan traditional apabila rakan berkunjung ke rumah semasa menyambut perayaan. Mengumpulkan resipi makanan traditional rakyat Malaysia untuk dijadikan koleksi. Memakai pakaian tradisional semasa majis perkahwinan atau upacara keagamaan. Menjadi panduan kepada masyarakat tempatan ataupun orang luar. Meneruskan warisan turuntemurun.Lampiran C Cara Mengekalkan dan Mengamalkan Warisan Pakaian Tradisional. Menanamkan rasa cinta dan banga terhadap warisan makanan traditional masyarakat Malaysia. Sebab Berkongsi keenakkan makanan traditional yan dihidangkan. 2 3 4 . bil 1 Cara Memakai pakaian tradisional semasa menyambut perayaan. Sebab Menunjukkan setiap kaum mempunyai keistimewaan pakaian traditional masing-masing. Cara Mengekalkan dan Mengamalkan Warisan MakananTradisional. Sesuai dengan keadaan majlis. Memakai pakaian tradisional semasa perkahwinan atau upacara keagamaan.

Rumusan .

Rumusan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai budaya. adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. etnosentrisme dan diskirminasi dalam kalangan anggota masyarakat. emosi. Justeru. Perubahan dalam budaya juga mengikut perkembangan sesuatu masyarakat. rohani dan intelek serta sosial. ekonomi dan sosial. . Justeru. dalam konteks ini adalah amat penting pendidikna pelbagai budaya diutamakan. iaitu melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani. Perubahan merupakan sifat penting bagi sesuatu kebudayaan. pendidikan pelbagai kaum dan budaya telah menampakkan kepentingannya selepas berlakunya tegedi 13 Mei 1969. amalan positif atau negatif masyarakat tersebut bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dankekuatan unsurunsur yang terdapat di dalam budaya. Usaha menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum ini juga selaras dengan hasrat FPK. iaitu membina negara bangsa. Hal ini bertujan mengelakkan unsur-unsur etniksiti. Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalam aspek politik. Di Malaysia. Usaha secara berterusan dijalankan olehe Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui teras pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Dasar pendidikan telah dibentuk berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan mengambil kira kepentingan dan matlamat pendidikan bagi semua kaum. Masyarakat yang yakin kepada budayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan laranganyang terdapat dalam budaya tersebut.

Refleksi .

. oleh itu guru tidak harus bersikap memberat sebelah terhadap sesuatu kaum ataupun tidak cukup memahami sesuatu bangsa kerana ini akan menyebabkan perselisihan faham antara murid dan guru walaupun kami sudah dewasa. maka guru perlu menggunakan pelbagai aktiviti yang dapat memperkaitkan budaya bangsa dalam dan membolehkan pelajar mempelajari dari permainian ataupun semasa aktiviti kumpulan. kesedaran budaya dan perasaan kekitaan akan menjadi kriteria penting bagi mewujudkan identiti yang dapat dikongsi bersama dan dalam masa yang sama memudahkan usaha untuk membentuk integrasi nasional menerima dan memahami persamaan serta perbezaan kebudayaan antara kaum. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu. Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. saling menghargai keunikan budaya antara kaum. Disebabkan kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat lain. Perwujudan kebudayaan berasaskan persamaan. Disebabkan guru sentiasa menjadi fasilitator. saya telah menyentuh pada topik yang belum saya pernah berfikir secara mendalam. saya telah memasukkan unsur pelbagai kaum supaya pelajar dapat mengenalkan bagaimana adat resam bangsa lain dan saling membelajari. Akhirnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan yang telah membantu dan member nasihat kepada saya semasa menghadapi masalah dalam kerja kursus ini. iaitu kepelbagaian budaya bangsa halangan murid-murid belajar dan usaha guru yang ingin memupuk perpaduan antara kaum.Refleksi Daripada subjek ini. Dalam pengajaran harian. Budaya ialah pencorak yang membentuk imej luaran dan dalaman sesuatu masyarakat.

Rujukan .

com/guru/2009/12/23/budaya-dan-kepelbagaiankelompok-di-malaysia/ 4. Oxford Fajar Sdn. http://www.scribd. 2011.193210%20Kemajuan%20Ahmad%20Ali. Selangor.com/doc/31686103/Konsep-Kepelbagaian-Budaya 3. http://www. Budaya dan Pembelajaran. Bhd. Boon Pong Ying. Noriati A.com/doc/47185176/implikasi-kepelbagaian-sosiobudaya .com/doc/31686100/Kepentingan-KesedaranKepelbagaian-Budaya-Kepada-Guru 6.html 7.ukm. http://www. 2. pdf 5. http://amaljaya.my/fpendidikan/images/download/18.Rujukan 1.%20Razaq. http://www. http://iltizamskg.blogspot. Rashid.scribd.scribd.%20Zahara%20&%20A.com/2010/02/implikasi-kepelbagaian-budayaedu3106. Shah Alam.

Lampiran .

. Mohd. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3.org/ budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah. personaliti dan emosi. saiz badan. yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. Arshad Hj.com/usrah/pembangunan -sistemsosio-budaya-islam-dalam-kontek-masyarakat-malaysia/ maksud sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat. Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras. yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal ± hal berkaitan budi dan akal manusia. untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut. Manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa. fikiran. usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Dalam konteks pendidikan.m/s:180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Taib ( bekas professor Madya UiTM) telah menyatakan dalam laman web http://dppwp. tenaga dan pengaruh. etnik dan adat budaya mereka sahaja.1996. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari segi jantina. Dr. Apakah yang dimaksudkan dengan sosio-budaya? Menurut ensiklopedia bebas http://ms. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).wikipedia. kepelbagaian sosio- budaya. kesihatan. lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang hidup. Apabila ke dua ± dua perkataan ini dicantumkan (budaya) membawa maksud tenaga.Setiap etnik membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek Sebelum membincangkan moyang lebih lanjut yang berkaitan terdahulu.wordpress. tahap tenaga. terlebih dahulu dihuraikan maksud budaya itu sendiri.

elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran. Natijahnya. pengukuran dan penambahbaikan. Murid adalah pelanggan manakala guru merupakan individu yang menawarkan perkhidmatan. tidak Kecemerlangan mereka realitinya memperlihatkan kematangan berfikir.Implikasi kepada guru µ«kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita kea rah wawasan yang ingin kita capai´ Dato¶ Sri Abdullah Ahmad Badawi PIPP 2006-2010 m. Selain itu guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan mengintegrasikan TMK. mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Dalam erti kata lain. bertanggungjawab. tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak guru yang mengajar mengenal tulis baca. berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. penilaian prestasi. Oleh itu perkhidmatan yang diberi haruslah mengiktu standard yang telah ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. sumber pembelajaran. keupayaan mencipta dan dan menyumbang kepada pemajuan Negara-bangsa global¶ . Guru perlu berkemahiran menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya murid ± murid agar masalah guru µsyok sendiri¶ dalam mengajar tidak berlaku.s 38 Pelajar pada masa kini. ³orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah. masyarakat dan Negara. kepetahan berkomunikasi. kemurnian tingkah laku. berakhlak mulia. bantuan Setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina. penglibatan aktif murid. ketokohan sebagai pemimpin. seolah ± olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik. terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti pada yang sijil diharapkan oleh peperiksaan masyarakat secara dan Negara.

kognitif dan afektif ke tahap yang optimum. dan potensi penambahbaikan dan P&P kemajuan secara murid. Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas. Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. b) Berpandukan bahan ± bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian c) Penilaian semasa. Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan. berterusan. Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia. Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu. proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang digariskan. Hukuman berbentuk deraan dan memalukan seharusnya tidak dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan . kaedah dan teknk yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif. Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid ± murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal. (2001). Antaranya ialah: a) Pendekatan.(Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan. seseorang guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid ± muridnya. pengajaran dan pembelajaran yang berkesan boleh ditakrifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti iaitu proses yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor. Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial murid. pelanggan iaitu murid haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Jemaah Nazir Sekolah (2001):hlm 24) Bertitik tolak dari pernyataan di atas.

Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid tanpa mengira kaum.minat Murid yang untuk lambat mereka menerima meneruskan pembelajaran tidak pembelajaran. Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang yang mana fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya. Ini termaktub di dalam perlembagaan persekutuan. penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran kea rah memacu pembangunan Negara. penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus diamalkan oleh murid. Dalam berkomunikasi. menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh member peluang kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Bagi murid yang kecelaruan jantina. realistic dan bijak dalam pengurusan masa. Sebagai seorang pelanggan. boleh diukur pencapaiannya. boleh dicapai. kerja yang dilakukan lebih spesifik. adat budaya dan pegangan agama mereka. kita haruslah melayan mereka dengan adil dan saksama. diabaikan. Unsur ± unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan. Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana ± mana jantina mesti dielakkan untuk member peluang sama rata pada setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran. aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya . Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali.

namun kita harus menerima hakikat. Seharusnya seseorang guru mengenali dan memahami sosio-budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mesra murid. dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negative. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina. setiap murid haruslah diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas mereka. Budaya belajar yang ceria. Oleh itu guru mesti membentuk program ± program yang bertujuan membangunkan murid. Guru sebagai µrole model¶ kepada murid ± murid. menyentuh emosi. Acapkali dibaca dan didengar permasalahan masalah disiplin seperti ponteng sekolah. Walaupun berat untuk diakui. Dalam pengurusan bilik darjah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. salah satu faktor penyebab permasalahan ini adalah datangnya dari guru yang tidak komited terhadap kerjayanya. disamping meningkatkan kecergasan mental. kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik minat murid.tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Cadangan kaedah P&P dalam menangani kepelbagaan sosio-budaya murid Kepelbagaian sosio-budaya murid member kesan secara langsung terhadap kaedah yang harus digunapakai oleh guru dalam sesi P&P agar setiap murid mendapat peluang sama rata dalam penerimaan pembelajaran. Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam penyampaian pelajaran kepada setiap murid. vandalisma dan sebagainya yang dilakukan oleh murid. menyeronokkan. Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Seringkali guru menggunakan kaedah yang tidak selari dengan kehendak dan penerimaan murid yang mengakibatkan murid bosan untuk .

Related Interests