falsafah negara Malaysia yg mendukung lima prinsip penting, iaitu kepercayaan kpd Tuhan, kesetiaan kpd raja dan

negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, serta kesopanan dan kesusilaan;

Penghayatan Rukun Negara amat penting kerana mampu mendidik seseorang lebih menghormati kaum-kaum lain. Malah boleh mewujudkan perasaan hormatmenghormati dan tolak ansur yang boleh menyumbang kepada keharmonian dan perpaduan di negara yang didiami rakyat berbilang kaum dan agama.

atu lagi kepentingan menghayati Rukun Negara ialah prinsip kepercayaan kepada Tuhan mampu menerapkan kepercayaan beragama yang boleh mengukuhkan ikatan pelbagai kaum di Malaysia serta mempunyai jati diri yang padu. Rukun Negara juga mendidik kita mempunyai kesetiaan tinggi yang diberikan kepada raja dan negara kerana raja adalah lambang perpaduan Negara Selain itu, Rukun Negara mendidik kita supaya menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Negara. Rukun Negara juga mampu melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik dan progresif selain bersifat terbuka terhadap cara hidup rakyat pelbagai keturunan