You are on page 1of 53

PERKEMBANGAN KOGNITIF

DaN BAHASA

EDU 3102
KUMPULAN 5
NOOR HAKIMAH AINI BT ABDUL AZIZ
NABILA HUDA BT ABDUL RAZAK
HANIS ZHAFIRAH BT ABDUL JAAFAR
PENGENALAN PERKEMBANGAN KOGNITIF

Perkembangan kemahiran kognitif :


Kebolehan individu untuk berfikir, memberi
pendapat, memahami dan mengingati perkara
yang berlaku di persekitaran masing-masing.
Ia melibatkan mental seperti ingatan,
mengkategori, merancang, menaakul,
menyelesaikan masalah, mencipta,
berimaginasi dan lain-lain.
Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui


peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang
sama tetapi pada usia yang berbeza-beza.
Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk
kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-kanak
membina pengetahuan mereka secara aktif untuk
memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku
melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi
dan menilai persekitaran fizikalnya.
Untuk menerangkan dengan lebih lanjut
mengenai proses ini, Piaget memperkenalkan
4 konsep utama:
 Skema (Schema)
 Penyerapan (Assimilation)
 Pengubahsuaian (Accomodation) dan
 Keseimbangan (Equilibrium)
1. SKEMA
struktur kognitif atau mental yang membolehkan
individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan
keadaan persekitaran.
Skema adalah seperti sebuah kabinet yang
menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili
satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia
mempunyai skema umum dan semakin bayi itu
membesar skema yang diperoleh semakin
meningkat dan skema itu semakin diperhalusi.
Skema adalah proses mencipta, memperhalus,
membuat perubahan, menyusun dan
mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan,
skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap
susu dan menggenggam. Apa sahaja benda
yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya
seperti puting susu atau jari tangan. Bayi
berkenaan masih belum dapat membezakan
yang mana satu akan mengeluarkan susu atau
sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja
skema iaitu menghisap.
2. ASIMILASI
Merupakan proses kognitif di mana seseorang
menyatukan maklumat-maklumat baru atau
pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang
sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke
dalam struktur sedia ada.
Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia
sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman.
Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon
yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke
dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah
secara kuantitatif atau bukan kualitatif.
3. AKOMODASI
Merupakan penyesuaian diri dan menghasilkan
perubahan kualitatif serta perkembangan skema
(development of schema). Jika maklumat yang
diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan
diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu
tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau
diubah atau diubahsuai.
Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila
skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan
dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-
pengalaman baru.
Peningkatan maklumat dan pengalaman ini
meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini
berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu
mencapai tahap pemahaman yang stabil dan
mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.
4.KESEIMBANGAN
Proses ini akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak
menyeimbangkan proses penyerapan dan
pengubahsuaian.
Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima
maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke
dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses
keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak
dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai
melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema
yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan,
maka tahap keseimbangan akan tercapai.
Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi
sehingga dewasa.
Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget
mendapati bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah berbeza dan berubah
melalui empat peringkat mengikut perubahan
umur mereka. Piaget membahagikan empat
peringkat ini sebagai:
 peringkat sensori motor
 pra operasi
 operasi konkrit
 operasi formal
Peringkat Sensori Motor (0– 2 tahun)
Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan
deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan
persekitarannya.
Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorang bayi sudah
boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya.
Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan
lambing yang mudah.
Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor
dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-
perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam
persekitarannya.
Peringkat Operasi Konkrit (7– 12 tahun)

Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi,


menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati
proses songsangan. Di samping itu, kanak- kanak sudah
boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada
satu masa.
Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau
deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan
kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara
logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka
masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir
secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat
menyelesaikan masalah yang kompleks.
Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti
pembelajaran yang bererti masih bergantung
kepada objek- objek konkrit dan pengalaman
secara langsung.
Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh


menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif,
dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau
hukum matematik serta membuat rumusan atau
generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik.
Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol
matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak,
mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta
menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah
matematik.
• Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak mengalami
perkembangan pesat dalam proses operasi kognitif dan mengaplikasi
kemahiran ini apabila berfikir tentang objek, situasi dan orang yang
telah mereka lihat.
• Operasi kognitif adalah aktiviti mental dalaman yang membolehkan
kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun semula imej dan simbol
dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik. Beberapa
pemikiran yang beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak pada
peringkat operasi konkrit ini ialah pengekalan terutamanya isipadu
dan berat, mengklasifikasi dan mengkategori serta juga berupaya
membuat perkaitan logik (relational logic).
Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky
• Vygotsky percaya bahawa perkembangan
kognitif individu berlaku dalam persekitaran
sosio budaya yang mempengaruhi tingkah laku
dan pemikiran individu.
• Beliau memberi alternatif kapada idea Piaget
tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di
mana beliau menekankan peranan sosial dan
budaya dalam perkembangan minda kanak-
kanak. Perkembangan mental kanak-kanak
terhad disebabkan oleh sistem biologi yang
belum berkembang dan matang.
• Menurut Lev Vygotsky dalam Haliza Hamzah dan
Joy N. Samuel (2009), pemikiran kanak-kanak
berkembang akibat pergaulan dengan orang lain.
Baginya, kanak-kanak tidak dapat membina
pengetahuannya sendiri melainkan dengan
interaksi bersama individu-individu di
persekitarannya. Perkembangan kognitif berlaku
dalam dua peringkat:
 Peringkat sosial
 Peringkat individu
Peringkat sosial
• Maklumat atau pengetahuan individu
diperolehi melalui interaksi individu dengan
individu lain di persekitarannya.
Peringkat individu (peribadi)
• Kebolehan individu menukar maklumat dan
pengetahuan yang diperolehi daripada
interaksi sosial kepada kefahaman individu
(peribadi). Maklumat yang diperolehi ini bileh
menukar skemata individu.
Teori Perkembangan Metakognisi
Berdasarkan Mok Soon Sang (2008) antara teori
matakognisi adalah seperti berikut:
• Dewey (1910) - pemikiran sebagai aktiviti mental
dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi.
• Guilford (1967)- pemikiran merupakan sesuatu jenis
kebolehan atau keupayaan. Ia mempunyai pelbagai
kemahiran berfikir.
• Teori Roger Sperry (1979)- menghuraikan otak
manusia yang menggunakan bahagian kirinya
berfikir secara kritis dan bahagian kanannya berfikir
secara kreatif.
• Mayor (1977)- menafsirkan pemikiran sebagai
pengelolaan operasi mental dalam sistem
kognitif dan digunakan untuk menyelesaiakn
masalah.
• Davidoff (1979) - pemikiran sebagai
penggunaan simbol, gambar, perkataan,
pengamatan dan konsep. Melalu pemikiran,
rangsangan luar yang diterima oleh deria akan
ditafsirkan dengan peggunakan perkataan
atau simbol untuk membentuk konsep
terhadap rangsangan tersebut.
• Beyer (1991)- pemikiran sebagai operasi mental
terhadap input deria dengan menggunakan
maklumat ingatan untuk menaakul, mengadaptasi
dan mengasimilasikannya dengan tujuan
membentuk untuk mencari sesuatu makna.
• Menurut pandangan Islam- pemikiran ialah sesuatu
proses ynag menggunakan minda untuk mencari
makna dan penyelesaian terhadap sesuatu
keraguan untuk masalah yang tertimbul dengan
menggunakan pelbagai cara, membuat
pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang
logikal dan munasabah terhadap proses yang
dialami.
PENGENALAN PERKEMBANGAN BAHASA

Bahasa: Satu bentuk komunikasi sama ada


verbal atau non verbal,bukan-lisan dan tulisan.
Bahasa mengandungi perkataan-perkataan
yang digunakan oleh sesebuah komuniti
dengan peraturan tatabahasa dan
perbendaharaan kata yang tertentu.
KEPENTINGAN PERKEMBANGAN BAHASA

Perkembangan bahasa bagi seseorang kanak-kanak


adalah sangat penting kerana bahasa merupakan
pemangkin perkembangan kanak-kanak tersebut.

Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa dan


rakan sebaya, mereka membina kefahaman dan idea-
idea tentang perkara yang berlaku di persekitaran
mereka.
Menurut Berk (2001),
 bahasa memudahkan proses pengajaran.
 ia berkait rapat dengan kemahiran membaca
dan menulis.
Manakala Santrock (2007) menyatakan,
 bahasa akan memudahkan pelajar
mempelajari konsep-konsep abstrak.
 kemahiran bahasa menjadi alat kepada
perkembangan kendiri dan sosial.
TEORI DALAM KEMAHIRAN BAHASA

Perspektif Behavioris

Perspektif Kognitif

Perspektif Nativis
PERSPEKTIF BEHAVIORIS
Diperkenalkan oleh Ivan Pavlov.
Dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner.
Pembelajaran adalah berkaitan dengan
perubahan tingkah laku.
Teori pembelajaran mereka kebanyakannya
dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian
yang dilakukan ke atas haiwan seperti
anjing,tikus, kucing dan burung di dalam
makmal.
Mereka menumpukan ujian kepada
perhubungan antara ‘rangsangan’ dan
‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan
tingkahlaku.
Secara umumnya teori behavioris menyatakan
bahawa pengajaran dan pembelajaran akan
mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah
laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya.
Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah
laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan
diramal.
Skinner (1957) menyatakan ibubapa
memainkan peranan yang penting dalam
menyediakan perbendaharaan kata yang betul
kepada anak-anaknya.

Ibubapa atau penjaga kanak-kanak boleh


membantu perkembangan bahasa kanak-
kanak dengan memberi peneguhan yang
sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut
perkataan atau ayat dengan betul dan
difahami.
Mengikut perspektif behavioris, setiap
gerakbalas atau tingkahlaku yang
menggunakan bahasa diteguhkan.
Contohnya: Apabila seorang kanak-kanak
berkata, “Saya dahaga, nak minum”. Ibunya
bertindak balas dengan memberi minuman
kepada kanak-kanak tersebut. Tindak balas
ibunya hasil daripada perkataan dan bahasa
yang digunakan oleh anaknya betul. 
Kanak-kanak akan lebih gemar bercakap
apabila ibubapanya seringkali memuji dan
meneguhkan percakapannya.

Ibubapa boleh memberi tindakbalas dengan


melakukan gerakbalas yang selaras dengan
percakapan kanak-kanak, memuji kanak-kanak
apabila dapat menyebut sesuatu dengan betul
atau berinteraksi dengan kanak-kanak
menggunakan laras bahasa yang betul.
PERSPEKTIF KOGNITIF
Teori sosio kognitif pula menekankan tentang
peranan pemodelan.
Contoh: kanak-kanak meniru percakapan orang
dewasa.

Kanak-kanak mungkin mempelajari beberapa


aspek dalam kemahiran bahasa apabila melihat
dan mendengar percakapan orang lain. Mereka
seterusnya akan meniru dan akan mengulanginya
apabila diteguhkan.
Vygotsky melihat bahasa sebagai alat utama
untuk interaksi sosial, pemindahan budaya
dan menjana pemikiran individu.
Kanak-kanak mempelajari bahasa secara
berinteraksi setiap hari dengan orang-orang di
persekitaran. Orang-orang dewasa akan
mengubahsuai pertuturan mereka supaya
sesuai dengan kefahaman kanak-kanak.
Percakapan seperti bayi dan kanak-kanak kecil
dengan ayat-ayat mudah dan pendek disertai
dengan intonasi yang pelbagai memberi
bantuan kepada kanak-kanak untuk
mempelajari bahasa. Ini memudahkan
perkembangan bahasa berlaku.
PERSPEKTIF NATIVIS
Perspektif Nativis berasaskan kepada teori
perkembangan otak yang lebih cenderung melihat
perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan
diwarisi.

Teori ini dipelopori oleh Naom Chomsky yang


menyatakan proses perkembangan bahasa seseorang
individu lebih kompleks daripada peneguhan kepada
gerakbalas yang betul oleh Perspektif Behavioris atau
mempelajari daripada orang dewasa melalui peniruan
seperti yang ditegaskan oleh perspektif Sosio Kognitif.
Chomsky mencadangkan perkembangan bahasa
individu adalah merupakan proses dalaman dan
dipengaruhi oleh individu itu sendiri.
Ini bermaksud individu dilahirkan dengan keupayaan
berbahasa yang tersendiri yang mana Chomsky
melabelkannya sebagai “Tatabahasa Universal”.
Tatabahasa universal : asas kepada semua bahasa
yang ada. Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky
sebagai satu pembelajaran bahasa yang ada pada
setiap individu semenjak dilahirkan.
PERINGKAT-PERINGKAT
PERKEMBANGAN BAHASA
Perkembangan bahasa akan dibincangkan
melalui beberapa peringkat perkembangan
kanak-kanak iaitu:
 Peringkat Pranatal
 Peringkat Bayi
 Peringkat Kanak-kanak
 Peringkat Remaja
PERINGKAT PRANATAL
Pada minggu ke-30 sehingga ke-38,
peparunya berkembang baik dan sudah
berfungsi.

Janin boleh mendengar bunyi kuat dan


memberikan respons dengan menggerakkan
kaki dan lengan.
PERINGKAT BAYI
Semenjak lahir bayi sentiasa mengeluarkan
bunyi-bunyian. Tujuan komunikasi awal ini adalah
untuk menarik perhatian ibubapa, penjaga dan
orang-orang yang berada di sekitarnya.
Bunyi dan isyarat pergerakan yang dilakukan oleh
bayi berlaku melalui turutan yang tertentu pada
tahun yang pertama:
Menangis‘Cooing’Babbling’Membuat
isyarat
Perkataan pertama bayi adalah perkataan yang
penting dan dekat dengan mereka seperti :
orang-orang yang terdekat (papa, mama),
kenderaan (kereta, car) mainan (bola)
makanan (susu)
anggota badan (mata)
pakaian (baju)
ucapan (bye-bye).
Kadang-kala satu patah perkataan mereka boleh
membawa pelbagai makna. Contohnya ‘bola’
mungkin membawa maksud “itu bola” atau “saya
nak bola”.
Secara purata, bayi memahami lebih kurang 50
perkataan pada usia 13 bulan, tetapi mereka masih
tidak dapat menyebutnya sehingga dalam usia 18
bulan. Ini kerana, bagi bayi perkataan-perkataan yang
difahami selalunya melebihi perkataan-perkataan yang
diguna atau yang dapat disebut. Perbendaharaan kata
bagi bayi akan meningkat dengan cepat setelah
mereka dapat menyebut perkataan yang pertama.
Dalam usia 18 bulan mereka akan dapat menyebut
dalam lingkungan 50 patah perkataan. Bilangan ini
meningkat sehingga 200 patah perkataan pada usia 24
bulan (2 tahun). Peningkatan perbendaharaan kata
yang cepat ini dipanggil “vocabulary spurt”.
PERINGKAT KANAK-KANAK
Jadual 1 : Model tahap perkembangan
membaca di kalangan kanak-kanak yang
dicadangkan oleh Chall, 1979.
ARAS UMUR PENERANGAN
0 0-4 TAHUN Kanak-kanak mula menguasai kemahiran-
kemahiran asas untuk membaca. Mereka
memahami peraturan dalam membaca iaitu
bermula dari kiri ke kanan. Mereka mula
mengenali huruf, boleh menulis dan
membaca nama sendiri. Dengan sokongan
daripada ibu bapa dan guru pra sekolah,
kanak-kanak ini menguasai kemahiran
membaca yang asas.
PERINGKAT REMAJA
Kemahiran bahasa bagi remaja meningkat dengan
penggunaan ayat yang lebih kompleks. Setara
dengan perkembangan kognitif mereka yang lebih
abstrak, mereka sekarang dapat menganalisis
pelbagai bentuk makna perkataan dalam sesuatu
ayat.
Remaja juga sudah boleh memanipulasi bahasa
kepada bentuk peribahasa, perumpamaan, sajak,
puisi dan sebagainya serta memahami bahasa yang
ironik, berbentuk kritikal dan abstrak seperti sajak,
puisi, cerpen, laporan dan sebagainya.
Mereka boleh menyusun idea sebelum
menulis dan mengenalpasti antara
pendahuluan idea-idea utama dan penutup.
Mereka juga mencipta dialek mereka sendiri
menggunakan slanga dan jargon semasa
berinteraksi sesama mereka. Ini juga
merupakan salah satu ciri perkembangan
sosial remaja yang ingin mempunyai identiti
sendiri dan tergolong dalam kumpulan yang
tertentu.
PENGARUH BIOLOGI DAN PERSEKITARAN
DALAM PERKEMBANGAN BAHASA
PENGARUH BIOLOGI
Naom Chomsky (1957) menegaskan individu telah
diprogramkan secara genetik untuk menguasai
bahasa.
Beliau menyatakan kanak-kanak dilahirkan dengan
alat penguasaan bahasa atau LAD (Language
Acquisition Device) - mekanisme penguasaan bahasa
yang membolehkan mereka mengesan ciri-ciri dan
peraturan dalam penggunaan bahasa yang
digunakan di persekitaran.
Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai
kebolehan untuk mengesan tatabahasa dan
cara penggunaan bahasa tersebut.
Contohnya: kata ganti nama, kata tanya.
Menurut kajian, kecederaan pada kawasan
Broca dan kawasan Wernicke yang sama
kedua-duanya terletak di hemisfera kiri otak
boleh menyebabkan seseorang individu hilang
keupayaan dalam berbahasa.
Kawasan Broca adalah bahagian dalam otak
yang mengawal pergerakan otot yang
menghasilkan pertuturan. Manakala kawasan
Wernicke adalah bahagian yang terlibat dalam
memproses kefahaman berbahasa. Individu
yang mengalami kecederaan di kawasan ini
boleh bercakap tetapi percakapannya sukar
difahami dan individu tersebut juga
mempunyai kesukaran untuk memahami
percakapan orang lain. (Santrock, 2007).
PENGARUH PERSEKITARAN

Keluarga dan persekitaran mempunyai


pengaruh kuat ke atas kemahiran berbahasa.
Sokongan serta pengaruh ibubapa dan guru
penting dalam perkembangan bahasa kanak-
kanak.
Kajian mendapati jumlah masa interaksi antara
ibubapa dan kanak-kanak serta status
sosioekonomi ibubapa mempengaruhi
perbendaharaan kata kanak-kanak.
Daripada kajian Betty Hart dan Todd Risley
(Santrock, 2007) mendapati ibubapa dari
golongan professional kurang bercakap dan
kurang menerangkan sesuatu perkara dengan
lebih lanjut kepada anak-anak. Dalam kajian
lain, mendapati kanak-kanak yang mempunyai
ibu yang kerap berkomunikasi dengan mereka
mempunyai empat kali ganda lebih
perbendaharaan kata daripada anak-anak
yang mempunyai ibu yang pendiam.
Kajian oleh pra sekolah di Amerika (1998-99)
mendapati ibubapa yang membaca kepada
anak-anak mereka tiga hingga empat kali
minggu akan menyebabkan anak-anak ini
mempunyai kemahiran berbahasa yang baik
berbanding dengan ibubapa yang kurang
berbuat demikian.
~SEKIAN, TERIMA
KASIH~

You might also like