P. 1
SEJARAH TINGKATAN 2

SEJARAH TINGKATAN 2

|Views: 2,586|Likes:
Published by Clifford Hayes

More info:

Published by: Clifford Hayes on Mar 11, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/03/2014

pdf

text

original

BAB 1 KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH Pengenalan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) SHTI ditubuhkan pada

tahun 1600 di England. Syarikat ini diberi hak monopoli dalam perdagangan antarabangsa dan ditugaskan untuk meluaskan tanah jajahan oleh kerajaan British. 1.1 Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang Pulau Pinang menjadi pangkalan SHTI • SHTI perlukan sebuah pelabuhan untuk dijadikan tempat persinggahan, pusat pengumpulan barang dagangan dan pangkalan tentera. • Kegemilangan dan kemakmuran Kedah telah menarik minat Syarikat Hindia Timur Inggeris. • Akan tetapi, SHTI tidak boleh menguasai negeri Kedah kerana pada ketika itu Siam menganggap Kedah di bawah naungannya. SHTI mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam. • Kedudukan Pulau Pinang yang strategik di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat dapat memenuhi semua keperluan SHTI. Pada masa itu, Pulau Pinang merupakan scbahagian daripada Kedah. • SHTI ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai:(a) Pusat Pengumpulan Barang SHTI telah berjaya memonopoli perdagangan teh yang menguntungkan di China. Teh sangat diminati di Eropah. Sebagai tukaran dengan teh, China mahukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam. Kesemua barang-¬barang ini boleh diperoleh di Kepulauan Melayu. Pulau Pinang merupakan tempat yang sesuai sebagai pusat pengumpulan barang-barang tersebut. (b) Pelabuhan Persinggahan Pelabuhan Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai tempat menyediakan bekalan air, makanan dan kemudahan memperbaiki kapal sebelum kapal-kapal belayar ke Canton, China. Pelabuhan ini juga sesuai dijadikan tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.

Oleh itu.(c) Pangkalan Tentera Pada abad ke 18. Kedaulatan Kedah tercabar • Kedah makmur sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada kurun ke-16.1 Pulau Pinang. Perancis dapat menyerang British dalam masa yang singkat. Seberang Perai dan Perlis merupakan sebahagian daripada wilayah negeri Kedah sebelum tahun 1791. Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannya di India daripada diserang oleh Perancis. Perancis memiliki sebuah pangkalan tentera di Pulau Mauritius. British bermusuhan dengan Perancis. • Kedaulatan dan kemakmuran negeri Kedah telah dicabar dan ditentang dari dalam dan luar negeri. Peta 1. Pemilikan ini mengancam keselamatan British di Madras kerana melalui pangkalan ini. Ancaman Bugis . Kuala Kedah merupakan pelabuhan entrepot yang penting di Kepulauan Melayu.

Oleh itu. Kedah juga menghadapi ancaman daripada Burma kerana tidak membantu Burma semasa Burma berperang dengan Siam. Tawaran Sultan Abdullah amat menarik minat Francis Light kerana pihak Inggeris sememangnya sedang berusaha mencari pengkalan baru di Kepulauan Melayu. • Firma telah menghantar Francis Light untuk berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa pada tahun 1771. • Raja Haji. • Perjanjian tersebut telah dibatalkan Sultan apabila firma enggan memberikan bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis di Selangor. Setelah peperangan tamat. Ancaman Siam dan Burma • Kedah menghadapi ancaman daripada ancaman Siam kerana Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa Siam berperang dengan Burma pada tahun 1753-1781. • Kerabat diraja Kedah telah membuat pakatan sulit dengan orang Bugis di Selangor untuk menyerang Kedah.• Masalah di negeri Kedah muncul apabila Sultan Muhammad Jiwa yang memerintah Kedah(1723-1778) telah melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah pada tahun 1770.2 Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang . Siam menuntut Kedah menghantar bunga emas. • Melalui satu perjanjian yang telah di dibuat antara firma dengan Sultan Muhammad Jiwa. • Sultan Muhammad Jiwa terpaksa berundur ke Kangar. Sultan Kedah berasa terancam dan ingin mengekalkan kedaulatan dan kesejahteraan rakyat. wang dan tenaga manusia kesejahteraan rakyat. firma dibenarkan berniaga di Kuala Kedah. • • • • • 1. Baginda berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Syarikat Jourdain Sullivan and deSouza di India untukmenentang Bugis bagi mengembalikan kedaulatan Kedah. Sebagai balasan firma dikehendaki memberi bantuan ketenteraan kepada Kedah bagi menyerang Bugis. Baginda menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI untuk memperoleh perlindungan. • Pelantikan tersebut tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tungku Abdullah bukan anak gahara • Anak gahara ialah anak raja yang dilahirkan oleh isteri sultan yang berketurunan raja. Sultan Abdullah (1778-1797) terpaksa mendapatkan bantuan tentera daripada SHTI. seorang pemimpin Bugis telah mengetuai untuk menyerang dan menawan Kuala Kedah sertaAlor Setar.

Francis Light tidak mahu meninggalkan Pulau Pinang dan sebaliknya menawarkan bayaran ganti rugi Sultan Abdullah Tindakan tersebut telah menyebabkan Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu. Sultan Abdullah telah meminta SHTI memberikan bantuan ketenteraan seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian 1786. Perjanjian Inggeris. Sebenarnya.• • Francis Light menerima tawaran SultanAbdullah. iaitu King George III. • • • SHTI mungkir janji • • • • • • • • • Pada tahun 1786.Kedah dengan pada tahun 1786 tanpa pengetahuan SHTI. Kedah diancam oleh Siam. Sultan Abdullah telah mendesak Francis Light supaya meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak mengotakan janjinva. Siak dan Selangor untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang.Kedah 1786 • • • • SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh SHTI tidak boleh melindungi musuh-musuh Kedah SHTI akan membayar 30 000 Dolar Sepanyol setahun kepada sultan Kedah sebagai pampasan Sultan Abdullah telah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat beliau mestilah memberikan bantuan ketenteraan kepada beliau apabila diperlukan. SHTI tidak mahu menyinggung perasaan Siam untuk menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam. Kawasan petempatan mereka dinamakan Georgetown sempena nama Raja England. upacara menaikkan bendera Union J ack telah diadakan dan ini menandakan bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu. Francis Light telah menandatangani Perjanjian Inggeris . Pulau Pinang telah dinamakan sebagai Prince of Wales Island oleh Francis Light. Perjanjian tersebut hanya ditandatangani antara Sultan Abdullah dengan Francis Light. Dengan rasminya pada II ogos 1786. . SHTI tidak mahu memberikan bantuan ketenteraan kepada Kedah dengan alasan SHTI tidak terlibat dalam Perjanjian 1786. Baginda telah menyediakan angkatan tentera taut di Seberang Perai dengan bantuan daripada Riau.

Antara syarat-syarat perjanjian ini ialah:- Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1 Mei 1794 1) SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi 2) SHTI akan membayar $6. • Pada tahun 1821. .• • • Francis Light telah menyerang kubu Sultan Kedah di Seberang Perai dengan bantuan tentera British. • Selain itu. • Syarat-syarat Perjanjian dan Perikatan 1800: Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800 • • Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai SHTI akan membayar 10 000 Dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai • Dengan perjanjian ini. Sultan Abdullah akhimya kalah dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan lnggeris¬ Kedah pada I Mei 1791. kawasan tanah di SeberangPerai adalah subur dan sesuai untuk bercucuk tanam bagi menampung keperluan makanan di Pulau Pinang. Kedah sekali lagi telah tertipu dengan janji-janji manis SHTI apabila Siam menyerang Kedah tetapi SHTI tidak memberi sebarang bantuan. • Akhirnya Kedah ditakluki oleh Siam walaupun rakyat Kedah berjuang mempertahankan kedaulatannya. 1. • SHTI berpeluang mengambil Seberang Perai apabila Sultan Dziauddin meminta bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman Siam. • SHTI telah mengambil kesempatan ini dan memaksa Sultan Dziauddin menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith pada bulan Jun 1800.3 SHTI Mengambil Seberang Perai • SHTI telah membangunkan Pulau Pinang sehingga menjadi pangkalan laut dan pusat perdagangan yang penting di Kepulauan Melayu • SHTI memerlukan kawasan Seberang Perai sebagai benteng pertahanan kepada sekiranya Pulau Pinang diserang dari tanah besar.000 dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah setiap tahun • Gabenor Pulau Pinang yang pertama ialah George Leith. SHTI menduduki Seberang Perai yang kemudiannya dikenali sebagai Province Wellesly.

dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam. British tidak akan membantu sultan Kedah menyerang Siam daIam jajahan takluknya. • Melaka dan Betawi yang diduduki sementara oleh British akibat Perang Napolean diserahkan kembali kepada Belanda apabila Perang Napoleon tamat. Sultan ndah.• Pada Jun 1826. 5. British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah. Sultan Ahmad ?ajuddin II tidak didenarkan tinggal di 7(edah. Perak Selangor dan Burma. perlunya sebuah pelabuhan yang strategik di selatan Selat Melaka untuk menguasai laluan perdagangan antara China . Kebanyakkan kapal dagang lebih suka berdagang di Betawi. 3. • Melaka dab Betawi ialah tanah jajahan Belanda pada ketika itu. • SHT1 telah menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon. • Raja Belanda telah membenarkan British menduduki tanah jajahan Belanda untuk menyelamatkan tanah jajahan itu daripada diduduki Perancis. Pulau Pinang. 4. British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah. Pulau Pinang terletak terlalu jauh ke utara di Selat Melaka. • British sangat memerlukan sebuah pangkalan baru di Kepulauan Melayu kerana:a) Perdagangan SHTI dengan China semakin penting. Perjanjian Burney 1826 Antara syarat perjanjian ialah: 1. 1. Kita dapat melihat bahawa Francis Light dan SHTI telah memungkiri syaratsyarat perjanjian dan menggunakan tipu muslihat untuk mengambil Pulan Pinang dan Seberang Perai daripada Sultan Kedah. Sederang Perai.4 Pertapakan SHTI di Singapura SHTI gagal memajukan Pulau Pinang • Pulau Pinang gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu kerana kedudukannya kurang strategik. Oleh itu. Riau dan Lingga. Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai. Perjanjian Bumey telah ditandatangani antara Raja Siam iaitu Rama Ill dengan Henry Burney. 2. • Pemulangan ini menjejaskan perdagangan Inggeris di Kepulauan Melayu.

Taktik Raffles mengambil Singapura • Raffles tiba di Singapura Pada tahun1819. Di samping itu. • Syarat-syarat perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles: Perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles • SHTI boleh mendirikan loji di Singapura • SHTI bersetuju melindungi Temenggung daripada sebarang ancaman • SHTI akan membayar 3 000 Dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung . • Stamford Raffles telah diminta untuk mencarikan sebuah pelabuhan baru untuk menyaingi pengaruh Belanda.dengan India. b) SHTI ingin memecahkan monopoli perdagangan Belanda. • Satu perjanjian telah dibuat pada 30 Januari 1819 antara Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman. Singapura pangkalan perdagangan yang strategic • Raffles telah mencadangkan kepada SHTI bahawa Singapura boleh dijadikan sebagai pangkalan baru • Pada masa itu. • Perjanjian itu terpaksa ditandatangani oleh Temenggung Abdul Rahman kerana beliau bimbang diserang oleh Raffles. Peta 1. Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan yang buruk kepada pedagang British di Betawi. Singapura berada dalam wilayah takluk kerajaan Johor. • Raffles sangat berminat dengan Singapura kerana: (a) Kedudukan Singapura yang strategik dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda. (d) Singapura dapat menyekat monopoli perdagangan Belanda di Kepulauan Melayu. (c) Singapura dapat menyekat kemaraan kuasa Belanda di Kepulauan Melayu.3 Kedudukan pelabuhan-pelabuhan utama di laluan perdagangan antara India dengan China. (b) Singapura sesuai dijadikan pelabuhan bebas yang dapat menyaingi pelabuhan Belanda di Betawi. • Singapura diperintah olehTemenggung Abdul Rahman.

putera bongsu Sultan Johor. SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura. • Raffles telah menggunakan masalah pewarisan takhta kerajaan Johor sebagai helah untuk bertapak di Singapura. • Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rabman dan menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabalkan menjadi Sultan Johor. • Raffles dapat mengatasi masalah tentangan daripada Sultan Abdul Rahman apabila mengetahui adanya masalah pewarisan takhta yang berlaku pada tahun 1812. Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman denganRaffles. • Masalah perebutan takhta kerajaan Johor bermula apabila Tengku Abdul Rahman. • Dengan ini. • Syarat-syarat Perjanjian 7 Jun 1823: Antara syarat perjanjian ialah:• Sultan menerima bayaran sebanyak 1500 dolor Sepanyol dan Temenggung menerima 800 . • Raffles menandatangani satu perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman untuk membolehkan SHTI berkuasa di seluruh Singapura pada Jun 1823. telah dilantik menjadi Sultan Johor. SHTI mencengkam Singapura • SHTI telah membuat beberapa perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung untuk mengukuhkan kedudukannya di Singapura. iaitu Sultan Abdul Rahman. • Tengku Hussein pada ketika itu berada di Pahang kerana melangsungkan perkahwinannya.• SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat hubungan dengan negara Barat yang lain • Perjanjian tersebut dianggap tidak sah kerana dibuat tanpa persetujuan daripada Sultan Johor. • Sekembalinya dan Pahang. • Putera sulung Tengku Hussein atau Tengku Long tidak dilantik sebagai Sultan kerana baginda tidak ada semasa kemangkatan ayahandannya. Tengku Hussein menuntut hak menjadi Sultan Johor. • Tengku Abdul Rahman yang bergelar Sultan Abdul Rahman turut mendapat pengiktirafan daripada Belanda. • Pada 6 Feb 1819.

• SHTI berkuasa di seluruh Singapura dan pulau pulau yang berdekatan dengannya kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan dan Temenggung. iaitu Residen Singapura. • Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagangpedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya. Perjanjian 7 Jun 1823 • Pada 2 Ogos 1824. • British enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda dan hal ini telah mencetuskan ketegangan antara British dengan Belanda. • Belanda juga bimbang dengan kemajuan Singapura sebagai pusat perdagangan. • Syarat-syarat Perjanjian 2 Ogos 1824: Perjanjian 2 Ogos 1824 Antara syarat perjanjian ialah: 1.dolor Sepanyol setiap bulan. dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman untuk memaksa Sultan Hussein menyerahkan Singapura secara rasmi kepada SHTI. • Belanda bimbang pembukaan Singapura akan menjejaskan kepentingan ekonomi dan politik Belanda di Kepulauan Melayu. satu lagi perjanjian ditandatangani antara John Crawfurd. aktiviti perdagangan di Betawi akan terjejas.5 Perpecahan Kepulauan-Melayu • Pendudukan British di Singapura dibantah oleh Belanda yang mendakwa bahawa Singapura adalah di bawah lingkungan pengaruhnya. 2. • Perjanjian tersebut juga dikenali sebagai Persetiaan London. • Syarat-syarat perjanjian Inggeris¬Belanda 1824 : Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac 1824 . 3. 1. • Akhirnya pertikaian antara British dengan Belanda diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris Belanda 1824. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selama¬lamanya. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Qahman atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura.

(b) British dapat meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu. British berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura. iaitu Pulau Pinang. • Perjanjian ini telah membawa beberapa kesan. 4. Singapura dan Melaka masing¬masing ditadbir oleh Residen. • Gabenor dibantu oleh Residen Konsular. ketiga-tiga petempatan disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat (NNS) pada tahun 1826. SHTI mempunyai tiga petempatan. • Untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan. Melaka dan Singapura. • Gabenor bertanggungjawab kepada Gabenor Jeneral di India . (d) British dapat menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka. (c) British telah memiliki tiga pelabuhan penting di Tanah Melayu.4 Pembahagian kawasan pengaruh British dan Belanda akibat Perjanjian InggerisBelanda 1824 1. • Pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor. • Leftenan Gabenor mentadbir Pulau Pinang. Singapura dan Melaka. British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda. iaitu Pulau Pinang. iaitu Kepulauan Melayu dan Singapura di bawah pengaruh British manakala Kepulauan Riau dan Lingga di bawah pengaruh Belanda. (e) Empayar Johor-Riau berpecah Peta 1. 3. 2. Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu. sementara Belanda menyerahkan Melaka kepada British. Antaranya ialah: (a) Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua kawasan pengaruh.6 Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-negeri Selat • Setelah termeterai Perjanjian Inggeris¬Belanda 1824. • Corak pentadbiran di ketiga-tiga petempatan tersebut berbeza. Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura. • Ibu Negeri NNS yang pertama ialah Pulau Pinang yang kemudiannya digantikan oleh Singapura pada tahun 1832 kerana kedudukan Singapura yang lebih strategik dan menguntungkan.Antara syarat perjanjian ialah: 1.

(c) SHTI di India tidak mengawal kedatangan imigran Cina ke NNS. • Sebuah Majlis Perundangan ditubuhkan untuk membolehkan NNS menggubal perlembagaan dan undang¬-undang sendiri . (d) Para perdagang rugi apabila SHTI di India menggantikan mata wang dolar Sepanyol dengan mata wang rupee India melalui Akta Akta Wang 1855. (e) NNS dijadikan tempat buangan banduan. • Saudagar-saudagar British di NNS mahukan kerajaan British memindahkan pentadbiran NNS ke London.5 Kedudukan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826 • Dasar pentadbiran Gabenor Jeneral British di India tidak disenangi oleh penduduk tempatan dan saudagar kerana merasakan NNS seolah-olah tanah jajahan India. • Antara sebab penduduk tempatan dan saudagar British merayu supaya pentadbiran NNS dipindahkan dari India ke London pada tahun 1867 ialah: (a) Kebajikan NNS tidak diambil berat oleh SHTI di India. • NNS diletakkan dibawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di London. (b) SHTI di India hendak menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura. • Akhirnya kerajaan British mengistiharkan NNS sebagai tanah jajahan pada 1 April 1867.Peta 1. Imigran Cina menubuhkan kongsi gelap dan sering bergaduh sesama sendiri.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->