Unit 2

1 Perpaduan dalam keluarga
Dalam keluarga,kita mesti mempunyai sifat kasih sayang antara satu sama lain yang begitu erat sekali.Ibu dan bapa mesti memberi rasa kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anaknya.Selaku ibu bapa,mereka perlulah memberi didikan yang secukupnya untuk masa hadapan mereka nanti.

2
 Ibu bapa juga harus meluangkan masa untuk

anak-anak,supaya anak mereka dapat merasa kasih sayang daripada kedua ibu bapa.Mereka tidak boleh meluangkan sepenuh masa mereka dengan bekerja saja.Kesannya,anak berasa tersisih dan mula bergaul dengan perosak rakan sebaya dan tidak lupa juga anak tersebut akan mengalami TEKANAN yang besar,seperti kurang menumpukan perhatian dalam pelajaran,selalu berhayal dan membuat masalah di sekolah untuk mencuri perhatian.

3

4
KASIH SAYANG MEMUPUK -Memberi bimbingan kepada anak-anak secara PERPADUAN
berterusan agar mentalnya subur. -Beri kesempatan menimba pelajaran. -Beri galakan dalam apa-apa yang diusahakan asalkan tidak membawa kemudaratan. -Beri tanggungjawab agar dapat membentuk keyakinan. -Beri pujian apabila peroleh kejayaan,dan juga kegagalan jika dia sudah mencuba sedaya upaya.

5
 Sesebuah keluarga bahagia dapat

menjamin perpaduan yang utuh dalam kalangan mereka.  Anak-anak ibarat sehelai kain putih yang suci bersih.Ibu bapalah yang mencorakkan dan mewarnainya.  Perpaduan dalam negara bermula daripada perpaduan dalam keluarga.  Dengan adanya perpaduan,sebarang kerjasama dapat berjalan dengan lancar sehingga dapat mencapai matlamat yang dikehendaki.

MUTIARA KATA

6 PERPADUAN DALAM KELUARGA