UNIT 1

PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS MORAL

Sinopsis Unit ini mengandungi empat tajuk. Setiap tajuk membincangkan perkara yang berlainan. Tajuk pertama membincangkan kefahaman tentang konsep asas moral. Kandungannya meliputi definisi, konsep-konsep asas moral dari perspektif pelbagai agama. Selain itu peraturan moral, adat, agama dan undang-undang turut dimuatkan.Tajuk kedua membincangkan aspek pemikiran moral iaitu pemikiran naturalis, emotivis, intuisionis dan rasionalis. Tajuk ketiga memberikan kemahiran kepada pelajar mengenal pasti berhubung konsep asas nilai yang merangkumi normatif, jenis-jenis nilai dan konsep nilai merentasi kurikulum. Tajuk keempat pula memberikan kefahaman kepada pelajar dan tingkah laku individu yang bermoral. Objektif Pada akhir unit ini pelajar dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. memahami dan menghayati konsep-konsep asas moral; memahami falsafah dan mengenal pasti perbezaan dalam aspek-aspek agama dan moral; Memahami konsep pemikiran moral yang mempengaruhi konsep asas moral. menangani masalah dalam kehidupan diri, keluarga, komuniti, masyarakat, negara dan sejagat; mengenal pasti sifat-sifat individu bermoral. menghuraikan tingkah laku yang terbit daripada kesedaran tentang dimensi moral. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian dengan komponen dimensi moral yang terdiri daripada penaakulan, emosi, dilema moral

1

TAJUK 1

Konsep Asas Moral

Pengenalan
Terdapat pelbagai pendapat yang bertentangan dalam menerangkan konsep Pendidikan Moral seseorang guru. moral.

Pemahaman konsep asas moral akan mempengaruhi kandungan dan kaedah mengajar Seseorang guru moral perlu dilengkapi dengan pengetahuan tentang teori etika sebagai asas memahami peranan nilai sebagai piawai yang asas dalam mempengaruhi dan mencorakkan penaakulan dan perlakuan muridmurid. Pengetahuan dan kefahaman teori perkembangan moral dari segi psikologi juga akan memperkukuhkan kefahaman dan pendekatan guru dalam penyampaian nilainilai moral kepada murid-murid. Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita pastinya mengaitkannya dengan konsep nilai, etika dan akhlak. Amat penting bagi kita memahami konsep-konsep yang saling berkaitan ini untuk mencari pengertian moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat. 1.0 Definisi Konsep Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep berikut: moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsepkonsep ini yang saling berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat. 1.1 Konsep Moral Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ - bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan. Contohnya, sepasang suami isteri menemui seorang bayi di tepi sebuah 2

balai raya ketika pulang ke kampung orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak mempunyai anak setelah 10 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk membawa bayi comel itu balik ke rumah dan membelanya tanpa mengikut peraturan undang-undang. Akhirnya setelah berbincang mereka akur bahawa undang-undang negara perlu dipatuhi. Mereka membawa bayi comel itu ke balai polis untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang ditentukan. Contoh kedua, Nora terjumpa dompet kawannya yang tercicir. Dia mengutipnya tanpa pengetahuan sesiapa. Nora boleh menyimpan dompet itu jika dia mahu. Nora seorang budak yang jujur dan ikhlas. Dia segera memulangkan dompet tersebut. Nora ialah seorang budak yang bermoral. Dia tidak teragak untuk berbuat demikian kerana kejujuran merupakan sebahagian daripada akhlaknya. Tiada guna dia mengambil dompet kepunyaan orang lain kerana hatinya akan menjadi gelisah. Gerak hatinya tidak merestui perlakuan tersebut. Hatinya lapang apabila dia memulangkan dompet tersebut kerana dapat membantu meringankan bebanan orang lain. Latihan 1.0 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:

Bayangkan anda berada di perhentian bas yang sibuk. Beri lima contoh perlakuan moral dan lima contoh perlakuan tidak moral yang mungkin anda dapat lihat di sana.

Tingkah Laku Moral 1. beratur semasa menaiki bas 2. 3. 3. 4. 5. 4. 5.

Tingkah Laku Tidak Moral 1. bertolak-tolakkan semasa menaiki bas 2.

Rumusannya ‘moral’ ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan

3

masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik. Oleh itu insan moral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

1.2

Konsep Etika

Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat atau cara hidup. Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya . Contoh 1 Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.

Latihan 1.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut:

Mengapakah Etika Keguruan diwujudkan ? 4

Jika tiada Etika Keguruan apakah yang akan berlaku dengan profesion perguruan ? i. ii. ii. Tentunya Etika Keguruan banyak membantu guru dalam menjaga taraf profesionalisme keguruan ! Berikut ialah contoh amalan naratif dalam pelbagai profesion. Anda diminta mengisi ruang kosong di bawah dengan contoh-contoh positif dalam profesion yang anda pilih Amalan Etika Negatif/ Positif dalam pelbagai Profesion Amalan Etika Negatif Kedoktoran Keguruan Ketenteraan 5 Polis .i. iii. iii.

Menipu/ tamak Kuala Lumpur – seorang bekas tentera disyaki terbabit dalam skim cepat kaya kerana beliau telah menggunakan wang tersebut untuk membeli 17 buah kereta mewah.1. Kecuaian Ipoh. Perak – seorang suri rumah berumur 32 tahun menuduh seorang doktor yang membantunya bersalin dii sebuah hospital swasta kerana telah menarik keluar ususnya ketika proses membersihkan plasentanya. Tidak profesional Seremban – seorang anggota polis telah ditangkap kerana terbabit dalam kes mencabuli seorang amah Indonesia semasa ditahan di lokap. Perak – Peralatan senjata sebanyak satu trak telah dicuri keluar dari kem tentera kerana terdapat ahli tentera yang terbabit dalam kes ini. 2. 1. Tidak profesional Petaling Jayaseorang pensyarah universiti yang berumur 34 tahun telah dibunuh kerana disyaki terbabit dalam kes menjalinkan hubungan sulit dengan seorang bekas pelajarnya 2. Tidak profesional Amerika – seorang guru wanita ditangkap kerana terbabit dalam kes mencabuli kehormatan kanak-kanak dalam laman web. 2. Tidak berperikemanusiaan Negeri Sembilan – seorang polis pelatih telah menembak mati seorang rakannya yang berumur 22 tahun di asrama pusat polis selepas bertengkar berhubung dengan teman wanita Amalan Etika Positif Kedoktoran Keguruan Ketenteraan Polis 6 . Kecuaian Jepun-seorang doktor dengan tidak sengaja menyuntik cecair berzat di dalam peparu seorang pesakit dan menyebabkan pesakit tersebut mati akibat penyakit peparu 1. Tidak mempunyai sikap taat kepada negara / membelot negara sendiri Kangsar. 2. 1.

berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga.t. seseorang itu dianggap tidak berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam. Contohnya. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi punca maksiat. Akhlak Islamiah dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s. Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi: i) ii) memelihara kesihatan mental.Menurut Islam orang yang meminum arak disebat sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya. sehingga mendorong seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya.w. Di samping itu. Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap peminum arak dan penjudi. Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan mendorong manusia mencuri.1. rohani dan jasmani punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah 7 . mengikut agama Islam. Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga. menipu dan membunuh.3 Konsep Akhlak Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik.

Syabas ! Anda sudah habis membaca tentang tiga konsep asas moral. Tuhan manciptakan kita 2 biji mata untuk melihat. Konsep Asas Moral Moral Maksud Contoh Menjelaskan Konsep 8 . 2 belah kaki untuk berjalan tetapi Tuhan hanya mencipta sekeping hati kerana Tuhan mengamanahkan kepada kita untuk mencari akhlak mulia. seseorang yang minum arak sepatutnya tidak memandu kenderaan kerana dikhuatiri jika seseorang berada dalam keadaan mabuk. Arak dianggap tidak baik kepada kanak-kanak tetapi baik pada setengah orang dewasa. Laughing at someone else's can shorten it. Renungi kata-kata hikmah berikut: • • Laughing at our mistakes can lengthen our own life.3 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut: Aktiviti 1 Isikan butir-butir yang bersesuaian dalam bentuk pengurusan grafik berikut. 2 belah tangan untuk memegang. minum arak dalam majlis bukanlah suatu perbuatan yang tidak bermoral. Hakikatnya akhlak dan moral memang berbeza kerana akhlak bersumberkan al-Quran dan hadis manakala moral berpiawaikan tanggapan dan budaya masyarakat setempat. sudah tentu boleh mengakibatkan kemalangan. Latihan 1. Bagaimanapun.iii) iv) v) memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat Dalam masyarakat Barat pula.

1 Peraturan Moral i. & Tang C. adat. 1990) 1. Pengertian Peraturan Moral • • • Peraturan moral ialah satu hasil kajian tentang betul salah tingkah laku manusia. kebiasaan masyarakat dan agama yang menolong mereka dengan lebih mudah membuat jangkaan tentang cara tingkah laku orang lain. Etika dan Akhlak Dari Perspektif Agama dan Kepercayaan Seterusnya mari kita renungkan petikan di bawah: Dorothy Emmet (1966) menyatakan bahawa nilai moral bukan sesuatu yang wujud tersendiri dan terperinci dalam satu kekosongan. Peraturan moral bersifat rasional dan autonomous kerana manusia sentiasa berminat dalam tingkah laku sendiri. Peraturan moral menyediakan undang-undang yang sistematik tentang tanggapan-tanggapan / matlamat-matlamat yang unggul. membandingkan tingkah laku manusia 9 . Pada tahun 1979. James Hemming(1980) menyatakan bahawa peraturanperaturan masyarakat mestilah dilihat sebagai fakta-fakta kehidupan sosial. berfikir dan bersoal jawab tentang tingkah laku-tingkah laku. 1. (Koo. sebagai prinsip-prinsip yang perlu dalam pergaulan dan kelakuan terhadap orang lain dan perhubungan antara manusia. Moral dan Akhlak) Sediakan jawapan anda dalam bentuk pengurusan grafik / carta. beliau mengatakan bahawa manusia bergantung atas beberapa peraturan.P.Y.4.4 Moral.Etika Akhlak Aktiviti 2 Berikan tiga persamaan dan tiga perbezaan antara tiga konsep asas moral (Etika. K.

Cuba anda buat refleksi Prinsip manakah yang banyak • Prinsip Autonomi Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas. seseorang bermoral haruslah menghormati orang lain iii Prinsip-prinsip peraturan moral Apakah faktor utama yang mempengaruhi tindakan anda? selepas membaca penerangan di bawah. mempengaruhi tindakan anda? Terdapat tiga jenis prinsip peraturan moral yang dikemukakan. Dia tidak merokok bukan kerana dia takut dimarah ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapapun dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh • Prinsip Keadilan Keadilan melibatkan menghormati hak orang lain dan kesaksamaan. 10 .dan cuba mencari prinsip-prinsip dan rasional atas tingkah lakunya sendiri. Contoh : Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa merokok membahayakan kesihatan. Oleh itu keadilan tidak akan membenarkan individu menyalahgunakan kebebasannya untuk individu yang bersifat tamak dan mementingkan diri sendiri. Antara ciri peraturan moral adalah: • • • Boleh diubah-ubah. ii. Tiada pengasas. Dicipta oleh manusia. Pertimbangan dikategorikan sebagai moral.

Contoh 1: Seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh. menghargai sifat mementingkan diri sendiri. • Prinsip Altruisme Belas kasihan. dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Khatijah. Satu sen pun tidak diambilnya. Altruisme juga akan menjauhkan individu daripada 1. gadis remaja itu mengamalkan sikap alturisme yang begitu tinggi nilainya. Pengertian Peraturan Adat 11 . Wang tersebut diperolehi melalui kemenangannya dalam peraduan meneka lagu. Tanpa apa-apa tujuan mencari nama atau mempromosi syarikat atau pertubuhan.Contoh : Di sekolah A. simpati. Guru Besar sentiasa menyuruh guru X membuat kerja-kerja pentadbiran sekolah. Perkara tersebut membuktikan salah guna kuasa oleh guru besar sehingga membawa kesan negatif kepada kehidupan guru tersebut. semoga Allah merahmati hidupmu! Semoga anda sentiasa menjadi contoh insan yang sentiasa menjunjung amalan murni dan kemanusiaan.00 kepada Persatuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk membantu mangsa pencerobohan Amerika Syarikat ( AS ) di Iraq. seumur hidupnya belum tentu beliau akan menerima wang yang sebegitu banyak. Contoh 2 : Seorang gadis berusia 19 tahun telah menderma RM60. Beliau ialah Khatijah Khalilul Rahman.4. Akibatnya guru X tidak ada masa langsung untuk dirinya dan keluarganya sedangkan terdapat ramai guru di sekolah A yang tidak mempunyai banyak kerja .2 Peraturan Adat i. Bangkok dan lain-lain. India.000. Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa. Khatijah memang unik.

agama mempunyai peraturan-peraturan tertentu. Himpunan definisi adat: Dr. (Koo dan Tang. 1. Peraturan ini menetapkan 12 .4. Van Dijk: Semua kesusilaan dan kebiasaan dalam semua lapangan hidup. Pengertian Peraturan Agama • Menurut Alan Harris. juga semua peraturan tingkah laku. Ciri-Ciri Peraturan Adat • • • Cara hidup manusia yang mementingkan sifat-sifat tingkah laku yang murni serta baik. Dicipta oleh manusia dan disampaikan secara lisan seperti nasihat. Peraturan ini termaktub dalam kitab agama. Penafsiran peraturan adat berbeza mengikut kaum. R. ditegur dan disapa dan tidak dengan cara yang bertulis. teguran dan teladan dari satu generasi kepada generasi yang lain. diajar. • Peraturan agama merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Syed Alwi: Peraturan-peraturan hidup yang dipusakai daripada datuk nenek kita dan yang diperturunkan daripada bapa kepada anak atau daripada yang tua kepada yang muda dengan kaedah ditunjuk.3 Peraturan Agama i.• • Perkataan ‘adat’ adalah suatu istilah yang berasal dari bahasa Arab yang bererti ‘kebiasaan ’ dalam mengharungi kehidupan manusia. Peraturan-peraturan ini berlainan mengikut ajaran agama masing-masing (Koo dan Tang. 1990). masa dan lokasi. 1990) ii.

(Koo dan Tang.4 Peraturan Undang-Undang i. ii.4. (Koo dan Tang. 1. nilai dan peraturan sesebuah masyarakat yang boleh membentuk tingkah laku dengan watak seseorang itu lahir daripada kepatuhan individu terhadap autoriti yang sah. Justeru. seorang ahli fikir Inggeris menyifatkan peraturan undangundang sebagai satu perintah yang diberikan oleh pihak pemerintah kepada rakyat dan sekiranya perintah itu tidak ditaati. Pengertian Peraturan Undang-Undang Himpunan definisi peraturan undang-undang: • Mengikut Weber. 1990) ii. pihak pemerintah akan menggunakan kekerasan supaya undang-undang dipatuhi.panduan tingkah laku dan menyatakan balasan jika peraturan itu dilanggar. norma. • • • • • Ciri-Ciri Peraturan Agama Tidak boleh diubah-ubah Bukan ciptaan manusia Setiap penganutnya mestilah mematuhi peraturan yang terdapat di dalam agama masing-masing Peraturan agama adalah satu cara hubungan antara manusia dengan Tuhan Peraturan agama juga merangkumi cara hubungan antara manusia dengan manusia. Ciri-Ciri Peraturan Undang-Undang 13 . 1990) • Austrinm. peraturan boleh mendorong penganutnya mematuhi tuntutan agama.

Renungi persoalan berikut: Hidup dikandung adat. Latihan 1. belas kasihan. mati dikandung tanah. Di manakah letaknya nilai-nilai agama dan undang-undang? Jawab latihan berikut untuk menguji kefahaman anda. Individu yang membuat kesalahan boleh didenda wang atau dipenjarakan.2 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut Aktiviti 1 Isikan butir-butir dalam bentuk pengurusan grafik berikut: 14 . Kejahilan terhadap suatu peraturan undang-undang tidak boleh menjadi alasan bagi membela diri dari tuduhan atau dakwaan. Perlu dipatuhi oleh setiap individu. Alat kawalan dan bahan rujukan bagi suatu kesalahan.• • • • • • Peraturan-peraturan masyarakat yang telah diluluskan oleh autoriti. jangan mati adat. Perasaan kasih sayang. tolak ansur dan baik hati tidak wujud. Tidak ada unsur pilih kasih dan faktor-faktor kronisme dalam pelaksanaan undang-undang. Biar mati anak.

Peraturan Agama dan UndangUndang dalam perkahwinan Komponen Moral Peraturan Moral Adat Peraturan Agama Undang-Undang Contoh Amalan Dalam Perkahwinan TAJUK 2 PEMIKIRAN MORAL 2. Adat.1 Naturalis Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran naturalis. 15 .Peraturan Moral Kepentingan Untuk Diri dan Masyarakat Masa dan Tempat Amalan Sumber Rujukan Kesan kalau Tidak Diamalkan Adat Peraturan Agama UndangUndang Aktiviti 2 Berikan contoh-contoh amalan Peraturan Moral.

Perasaan ini dilahirkan melalui air muka. kata-kata. • Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi segantang. Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah: • Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh. menyiksa atau membunuhnya. • • • • Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu menceraikannya. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telah merdeka 47 tahun yang lalu. tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih. belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. 2.2 Emotivis Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi.Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah: • Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan 16 . Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir. • Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur.

2. ‘lagi kutebas pohon di hutan. baru kutahu luasnya bentara’. Gerak hati mereka ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia. mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. 2. orang yang terlebih dahulu makan garam.3 Intuisionis Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan.4 Rasionalis Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab. sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang. Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati. Maka berkatalah Munsyi Abdullah. intelek Melayu dalam bahasa indahnya. maka teballah intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau ‘kasanova’ lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau. Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.• • Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka keluarga. Bak kata pepatah Melayu ‘terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina’. menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik. Kesimpulannya. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua. Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu. 17 . Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini.

Perkara-perkara yang berhubung dengan ketuhanan adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh dihujah dengan logik akal biar pun 1000 orang cerdik pandai berhimpun untuk mencari logiknya. Seseorang yang berpendidikan moral haruslah: (a) menghormati kuasa yang menjadi sumber arahan serta boleh dipercayai dan tidak mengikuti arahan secara terburu-buru. Contohnya perkara tentang Hari Kiamat. menyelesaikan masalah. masalah moral dan pertimbangan moral. kewujudan Tuhan. Manusia yang waras akan menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan. K. ( Franken. Etika ialah Falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan. (d) mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang perasaan orang lain. 4. 3. membuat keputusan dengan bijak. bunuh diri. daripada pemikiran rasional. Akhlak ialah nilai-nilai yang baik dan sifat-sifat yang terpuji mengikut prinsipprinsip moral Islam. perwatakan yang baik.Beza antara manusia dan binatang ialah akal. menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu. (e) mempunyai sikap yang betul. merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. (c) bertindak secara rasional. W. 5. 18 . Kita hidup dalam masyarakat yang dikongkong oleh peraturan dan undangundang. Walau bagaimanapun bukan semua perkara boleh ditaakulkan. Hari Pembalasan dan sebagainya Rumusan Kita perlu berikan perhatian kepada perkara berikut: Kes-kes bukanlah berpunca 1. dan (f ) bertindak secara wajar dan berpegang teguh kepada prinsip dan peraturan moralnya sendiri. (b) bertindak di atas kemahuan / keputusan sendiri berdasarkan prinsipprinsip moral. Moral ialah satu kualiti baik yang merupakan prinsip sosial dan piawai tingkah laku yang dapat diterima individu dan masyarakat. 1973 ) 2.

H. Serdang: Penerbit UPM. Peraturan moral ada kaitannya dengan hukum agama. Kefahaman perbezaan jenis nilai memberikan penjelasan tentang pegangan nilai antara individu.H. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn.P.Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn.Bhd. Pendidikan Moral.6. (2000). (1992 ). (1990). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral. K. peraturan-peraturan yang termaktub atau nilai-nilai sejagat. C. Teori 19 .Bhd. Koo. (1994).Bhd. Pendidikan Moral. C.Y.Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.P. Eow. Pendidikan Moral. Bacaan Asas Abdul Rahman Md. & Tang. L. K. Aroff & Chang.Aroff (1999).Y. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. TAJUK 3 KONSEP ASAS NILAI Pengenalan Berikutnya pula kita akan membincangkan Sistem Nilai (konsep dan jenis-jenis nilai) dan Teori Etika. Bhd.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Strategi pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Rujukan Abdul Rahman Md. Hena Mukherjee et al. Koo. Pendidikan Moral. undang-undang negara dan peraturan adat.Bhd. B. Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul. & Tang. (1990).

benar dan patut. Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli falsafah yang berlainan telah mentakrifkannya dalam konteks atau cara yang berbeza. Moral ialah pertimbangan sama ada sesuatu perbuatan atau perlakuan itu salah atau sebaliknya. telah mencetuskan soal pendebatan moral dalam etika dunia perubatan. sila rujuk buku Pendidikan Moral oleh Koo Kee Peng dan Tang Chee Yee (1990). Pelbagai tanggapan telah dibuat. Untuk direnung: Dalam konteks kematian pasangan Laleh dan Laden. Contohnya: Kita patut melakukan apa yang baik dan benar Anda patut berkelakuan baik Anda patut makan makanan berkhasiat Menderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan Sesuatu tindakan itu ‘baik’ atau ‘benar’ sekiranya tindakan sejajar dengan tugas dan tanggungjawab. Petak pertama bermoral dan beretika.1 Pernyataan Normatif Sebelum kita mulakan tajuk ini. dan ‘salah’ jika perlakuan/tindakan bertentangan konsep baik dan benar. Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik. 3. kembar Iran yang popular. Bab 1.Petak ketiga 20 . Petak kedua bermoral tetapi tidak beretika. Walaubagaimanapun kes ini boleh dilihat dari 4 petak. Secara ringkasnya kes itu menjurus kepada persoalan patut atau tidak patut berdasarkan kepada moral dan etika. Etika pula sama ada sesuatu perbuatan itu adil atau tidak.etika pula akan membantu pelajar melihat perbezaan pandangan manusia dalam membuat penilaian tindakan masing-masing daripada pelbagai asas teori.

. Baik Tidak Baik Benar Tidak Benar Contoh Kesan 21 ... Situasi/Amalan Harian Layanan Terhadap Orang Tua Pengurusan Wang Sendiri Pergaulan Lelaki dengan Perempuan Tugas Profesional Tindakan Yang Baik Tindakan Yang Benar Tindakan Yang Patut Aktiviti 2 Berikan contoh dan kesan kalau kita amalkan tindakan berikut.. Petak keempat ialah tidak bermoral dan tidak beretika Latihan 3. Tindakan Yang..1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut: Anda pilih petak yang mana? Apakah pendapat anda? Jawab latihan berikut untuk menguji kefahaman anda... Aktiviti 1 Isikan bentuk pengurusan grafik berikut..tidak bermoral tetapi beretika.

iaitu sederhana. cantik dan lain-lain adalah suatu penilaian yang dibuat oleh akal manusia mengikut piawaian mereka.2 Jenis-Jenis Nilai Nilai merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda. objek. Nilai relatif berbanding nilai mutlak (absolute). tingkah laku dan situasi) sebagai baik. Bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat.2.1 Nilai Instrumental (Ekstrinsik) berbanding Nilai Intrinsik Nilai-nilai ini digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai. Nilai Instrumental (Ekstrinsik) • • Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. 1990: ms 70) Menilai sesuatu dengan perkataan. • 3. wujudlah pelbagai kegunaan nilai: • • Nilai instrumental (ekstrinsik) berbanding nilai instrinsik. Tidak bergantung pada nilai lain • 22 . tidak berfaedah. • Nilai Intrinsik Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya. Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara. dibenci atau di antara kedua pola ini. (Koo K.Patut Tidak patut 3. Justeru.P. idea. buruk. Nilai subjektif berbanding nilai objektif. diingini. baik. berfaedah. atau sebaliknya iaitu buruk. Nilai merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda (manusia.

Nilai Instrumental (Ekstrinsik) • Nilai peringkat kedua. kasih saying. Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat akhir. Contoh: Dia berpura-pura rajin di depan ibunya untuk mengambil hati ibunya. Nilai-nilai di atas pula tidak bergantung dengan nilai lain untuk mencapai matlamat.3 Nilai Relatif berbanding Nilai Mutlak atau Nilai Absolute Nilai Relatif Nilai Mutlak (Absolute) Kualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberikan pandangan Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu. Nilai peringkat pertama.2 Nilai Subjektif berbanding Nilai Objektif Nilai Subjektif Nilai Objektif • • Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang. Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau 23 . misalnya berani. • Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi. Nilai relatif ialah arbitrari (tidak • • Nilai yang kebaikan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan sesebuah masyarakat.2. keadilan. misalnya baik hati. • • • Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat masyarakat. Contoh: Hakim menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara kepada perogol setimpal dengan jenayah yang dilakukan. rajin dan hormat menghormati. • • Nilai Intrinsik untuk mencapai sesuatu matlamat. 3. Nilai di atas (mengambil hati) bergantung kepada nilai lain (rajin) untuk mencapai matlamatnya. 3.2.

Latihan 3. Instrinsik 3. tidak sempurna dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan. Kekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir semua situasi norma masyarakat. Instrumental 2. CONTOH Berikan satu situasi yang sesuai untuk kita gunakan nilai-nilai berikut: Jenis Nilai 1.2 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut Aktiviti 1 Untuk setiap jenis nilai. berikan satu contoh bagi menjelaskan nilai yang dibincangkan JENIS NILAI Instrumental Instrinsik Objektif Subjektif Mutlak Relatif Aktiviti 2. Boleh berubah mengikut masa. Objektif Situasi Yang Sesuai Untuk Menggunakan 24 .• tertentu). • buruk.

Menanam semangat cinta akan nilai suci Menghormati kebaikan dan membenci keburukan Membentuk sikap positif yang berguna kepada agama.3 Konsep Nilai Merentas Kurikulum Semua nilai baik sama ada yang termaktub dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.4. kemanusiaan dan kewarganegaraan. Pendekatan ini dikenali sebagai nilai merentas kurikulum. Antara objektif yang hendak dicapai menerusinya ialah: • • • Menanam kesedaran. 1990. Matlamat penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan adalah untuk melahirkan insan dan juga warganegara yang baik serta memiliki akhlak mulia. Penerapan nilai-nilai murni dilakukan dengan menyeluruh dalam semua mata pelajaran KBSR dan KBSM. Mutlak 6. Subjektif 5. atau mana-mana mata pelajaran yang diajar di sekolah seharusnya menyelitkan nilai murni untuk dijadikan panduan hidup murid. bangsa dan juga sewaktu menjalankan tugas dan tanggungjawab. Nilai-nilai murni merupakan unsur yang amat penting dan diserapkan ke dalam setiap mata pelajaran. Contohnya guru matematik boleh menyelitkan 25 . • • • • • Menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan Menjalankan tugas dengan dedikasi Melatih diri dengan displin Meningkatkan hasil atau produktiviti Berusaha dan mencapai kecemerlangan (Kementerian Pendidikan Malaysia.25) • Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru dan pihak sekolah untuk memupuk nilai kepada murid-muridnya. Nilai-nilai ini berteraskan kerohanian.hal. kefahaman. Relatif 3. keyakinan diri dan juga kesyukuran.

Begitu juga mereka perlu berdisiplin sepanjang tempoh perhimpunan dengan tingkah laku yang telah ditetapkan. 26 .nilai murni seperti kejujuran. Guru boleh mengaitkan cerita tentang peniaga yang berjaya dalam perniagaan disebabkan pelanggannya percaya terhadap kejujurannya menimbang dan mengukur barangan yang dijual. Contohnya ada sekolah yang tandasnya mesra pelanggan iaitu sama taraf dengan tandas hotel ternama. Selain itu sekolah haruslah mengaplikasikan nilai murni dalam rutin bilik darjah. Bagaimana budaya sekolah berupaya memupuk nilai murni ke dalam diri pelajar? Rumusannya. penerapan nilai merentas kurikulum perlu dilakukan secara berstruktur dan bersungguh-sungguh kerana penghayatan nilai murni tidak akan berlaku secara kebetulan. semasa menyampaikan topik ukuran berat dan panjang. Terdapat banyak jenis nilai dalam kehidupan yang mempunyai ciri dan fungsi tertentu. 2. Moral adalah suatu nilai tetapi bukan semua nilai bersifat moral. 3. luar bilik darjah. Nilai adalah ukuran atau piawai yang ditetapkan oleh seseorang untuk mengukur sesuatu. kurikulum dan majlis-majlis sekolah. hormat pelanggan. Rumusan 1. Mengapakah sekolah tersebut mampu mempunyai kualiti tandas yang sedemikian hebat sedangkan kebanyakan sekolah menghadapi masalah mengekalkan tandas dalam keadaan bersih. keadilan. Sesungguhnya pengaruh nilai dalam pembangunan masyarakat dan negara amat penting dalam merealisasikan Wawasan 2020. Semua warga sekolah perlu bekerjasama untuk menentukan kejayaan konsep ini. Siapakah yang harus diberikan pujian dan apakah kaitannya dengan nilai merentas kurikulum? Dalam majlis-majlis di sekolah seperti perhimpunan. murid perlu berdiri tegak semasa lagu kebangsaan dinyanyikan.

L. Pendidikan Moral: siri pendidikan. Hena Mukherjee et al. Pendidikan Moral. Tajuk ini 27 . (1996). Pendidikan Moral 1. (1992 ). Bhd. (2000). C. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn Bhd. Serdang: Penerbit UPM. Aroff & Chang. B.4.Bhd.K. K. konsep baik. Bacaan Asas Abdul Rahman Md. L. Rujukan Abdul Rahman Md. Aroff (1999). (1994). Dalam masyarakat majmuk.Bhd. (1994). Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.Y. P. Baik. sekarang kita akan berbincang pula tentang Individu Yang Bermoral. TAJUK 4 INDIVIDU YANG BERMORAL Pengenalan Setelah kita memahami konsep asas Moral dan konsep asas nilai dalam Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Tam. Ethics: theory and contemporary issues. benar dan patut diamalkan dengan mengambil kira kepelbagaian latar belakang individu seperti agama dan adat 6. benar dan patut merupakan ciri-ciri yang diperlukan bagi Insan Bermoral 5. Eow. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. (1995).H. Koo. Strategi pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Pendidikan Moral. USA: Wadsworth Publishing Company. Mackinnon.Bhd. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Peraturan dan pegangan prinsip moral seseorang akan menentukan bagaimana dia menghayati konsep baik. Abdul Rahman Aroff & Chang. Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.P. & Tang. Pendidikan Moral teori etika dan amalan moral. (1990). benar dan patut.H. Y.H.

bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar mengenai komponen dimensi moral yang terdiri daripada penaakulan.1 Dimensi Moral Konsep moral boleh difahami dengan lebih lanjut berdasarkan dimensi moral. 4. perasaan moral dan perlakuan moral.1.1 Penaakulan Moral Berupaya membuat penaakulan moral. iaitu pertimbangan atau fikiran secara rasional dan berautonomi (bebas). Ketiga-tiga dimensi ini boleh dijelaskan melalui rajah di bawah. Penaakulan moral juga boleh dikaitkan 28 . DIMENSI MORAL Penaakulan Moral Emosi Moral Perlakuan Moral Pemikiran dan Pertimbangan Emosi dan Perasaan Tingkah laku dan Tindakan Rasional Inovatif Bebas Normatif Tepat Tajam Kreatif Kritis Empati Berjiwa Simpati Murah hati Kasih sayang Belas kasihan Altruistik Sentimen Bertanggungjawab Berdedikasi Berprihatin Bekerjasama Huraian tiga dimensi moral ini adalah seperti berikut: 4. kita boleh membahagikan moral kepada tiga dimensi. emosi dan tingkah laku. iaitu penaakulan moral. Secara amnya.

Sahsiah murid ini cukup menyenangkan guru kelasnya. malu. menghalang seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat anti sosial. 4. Oleh itu. bermotivasi altruistik yang berpatutan. guru itu terpaksa mengambil tindakan mengikut peraturan sekolah. Perasaan ini akan membawa kepada perlakuan individu secara moral.3 Tingkah Laku Moral Individu yang bertingkah laku moral dapat bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut kemampuan sendiri terhadap sesuatu keputusan yang berlandaskan penaakulan dan emosi moral.dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran. dia tidak akan dapat pergi ke Australia menghadiri majlis konvokesyen kakaknya.1. Misalnya. emosi moral ini adalah penting untuk mengawal perlakuan. bimbang serta perasaan simpati dan empati. belas kasihan. prihatin. Contoh 2: Seorang murid meniru dalam peperiksaan akhir tahun buat pertama kali kerana ayahnya sangat garang dan telah mengugutnya jika dia tidak dapat tempat pertama. Keputusan yang dibuat oleh hakim adalah berdasarkan penaakulan moral tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.1. Walau bagaimanapun sebagai guru yang tegas dan adil. 29 .2 Emosi Moral Mempunyai emosi moral seperti suara batin. perasaan empati dan simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri. Contoh 1: Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap sepasang suami isteri yang terlibat dalam pengedaran dadah walaupun pasangan tersebut mempunyai tiga orang anak kecil yang masih memerlukan perhatian. 4. iaitu kehalusan perasaan individu yang mengandungi rasa bersalah.

1. Pelbagai tindak-tanduk pelanggaran nilai moral yang dipamerkan sebenarnya membawa mesej yang paling jelas bahawa kesedaran moral di kalangan manusia sebagai makhluk sudah kian menurun atau mungkin sudah terus tandus. teruna X memberitahu hajatnya kepada ibu bapanya untuk meminang gadis A yang setia menanti kepulangannya. Setelah lima tahun berlalu. Contoh: teruna X mencintai gadis A yang tinggi budi pekertinya. 4.Contoh: • • • memulangkan dompet yang dijumpai di kantin kepada guru bertugas dengan hati yang ikhlas memimpin orang buta menyeberang jalan tidak terjebak dalam rasuah walaupun pekerja-pekerja lain dalam unit tersebut • melakukannya kerana dia sedar bahawa rasuah akan merosakkan sistem pekerjaan dan ditegah oleh agama sebagai ibu tunggal yang mempunyai seorang anak cacat iaitu tiada tangan dan kaki sanggup mendokong anaknya pergi balik ke sekolah sejak Tahun Satu hingga Tahun 6. Fikirkan tentang perkara yang berikut ! Masalah moral yang melanda manusia dewasa ini memerlukan perhatian yang sewajarnya dan perlu dirawat segera sebelum menjadi semakin parah dan mungkin sahaja menghancurkan sistem sosial yang sepatutnya terjalin dalam suasana yang harmoni dan menyelesakan. berhemah tinggi dan kaya raya. 30 .4 Dilema Moral Suatu keadaan serba salah kerana terpaksa membuat pilihan antara dua nilai yang baik. Teruna X berjanji untuk mengahwini gadis A sekembalinya daripada melanjutkan pelajaran di luar negara. Konflik nilai timbul apabila si ibu tidak mahu menerima gadis A kerana beliau telah ada calon untuk anaknya. Calon pilihan ibu ialah seorang gadis yang berpendidikan tinggi.

1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut. warganegara Australia itu mendapati wanita hamil itu antara ribuan yang mati. Melukakan hati ibu atau melukakan hati kekasihnya? Kedua-duanya melibatkan nilai moral iaitu menghormati ibu atau berpegang janji kepada kekasihnya. 2 Situasi Kes langgar lari Dimensi Moral Ada penaakulan moral sahaja Huraian Tahu bersalah tapi tidak bertanggungjawab 1. Bersimpati dengan kes kanakkanak berusia 6 tahun perlukan wang RM 80. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan keadaan di atas berlaku? Kaitkan jawapan anda dengan mana-mana dimensi moral. seorang warganegara Australia terpaksa melepaskan tangan pelancong wanita British yang hamil yang memeluk badannya ketika hanyut dilambung ombak Tsunami.000.00. Selepas kejadian itu. Aktiviti 1 Jawab soalan-soalan berikut: Berikut adalah satu siri kombinasi antara empat dimensi moral.rawatan leukimia Ada perasaan moral sahaja 31 . Lengkapkan pengurusan grafik di bawah dengan butiran yang sesuai. Perlakuannya yang melepaskan wanita itu ialah contoh dilema moral kerana dia terpaksa memilih antara nyawanya atau wanita itu.Situasi di atas mewujudkan dilema moral kerana teruna X terpaksa memilih antara pilihannya atau pilihan ibunya. Renungan:Dalam kejadian Tsunami di Phuket baru-baru ini. Latihan 4. 1.

1. 1. 4.Situasi 2. Dimensi Moral Huraian Ada tindakan moral sahaja.2 Sifat-sifat Individu Bermoral Bagaimana kita mengganggap seseorang itu bermoral ? Sifat moral seseorang individu biasanya dapat dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran dan kejiwaannya. perasaan dan tindakan moral. Namun begitu kadangkala seseorang itu bertindak kerana terpaksa. 4. Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga merangkumi aspek-aspek kerohanian dan pemikiran. Adakah anda dan orang-orang di sekeliling anda orang yang bermoral? Mari kita renungkan bersama. Ada penaakulan moral sahaja. Ada penaakulan dan tindakan moral sahaja Ada penaakulan.1 Prinsip-Prinsip Individu Bermoral Terdapat berbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral kerana masing–masing mempunyai fahaman yang tersendiri. Terdapat teori-teori yang 32 . 1. Tidak membayar Cukai Pendapatan walaupun sedar akan kesalahannya 2.00 kepada Tabung Pahlawan yang dibawa oleh murid dari rumah ke rumah 2. Membayar saman kesalahan Trafik 2. 1. Ibu mendermakan buah pinggang kepada anaknya yang memerlukan pemindahan buah pinggang 2.2. Menderma RM 1.

tidak berat sebelah. Tentunya juga keadilan membawa makna tidak pilih kasih. Ada yang mempertahankan egoisme sebagai moral dan sebagainya. integrity dan lawfulness. (i) Prinsip Keadilan Ramai orang memperkatakan tentang keadilan. Pemikir-pemikir Pendidikan Moral mengemukakan tiga prinsip sebagai panduan menentukan insan bermoral iaitu prinsip keadilan. sama rata. Bayaran setimpal adalah keadilan bagi mereka. prinsip altruisme dan prinsip autonomi.meletakkan kepuasan hati dan keseronokan sebagai sifat moral. Ada yang menganggap peraturan masyarakat sebagai asas penentuan nilai moral tetapi hakikatnya nilai-nilai dalam masyarakat juga berbeza dan banyak bercanggah di antara satu sama lain. bukan hanya sama dengan orang lain. 33 . Ianya juga merangkumi kemahuan kepada peraturan. kejujuran. seimbang. Ada pihak yang mengatakan bahawa adil itu saksama.” iaitu tempat yang sesuai dan sepatutnya . Namun begitu sama rata tidak juga menunjukkan keadilan apabila seorang yang bekerja lebih masa tetapi masih mendapat bayaran yang sama. Prinsip keadilan merupakan prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan keuntungan antara individu dan masyarakat. sesuai dan berpatutan (reasonable way). Hakikatnya sukar dicari suatu persepakatan dalam menentukan nilai-nilai moral. dan sama rasa. Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan prinsip ini amat berkaitan dengan Teori Keadilan Sosial.yang mempunyai kelemahan dan menerima berbagai kritikan. Di antara prinsip keadilan yang telah disebut oleh beliau ialah Prinsip Keadilan Umum iaitu keadilan sosial yang mana masyarakat diorganisasikan supaya semua individu memberi sumbangan kepada kebajikan umum. Keadilan “distributive” ialah adil dalam agihan kebaikan dan beban juga menunaikan perjanjian antara manusia. equity. Agama Islam pula mendefinisikan keadilan sebagai “meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bagi Aristotle yang banyak menulis tentang konsep keadilan menyatakan adil itu sebagai “ fair-minded”. tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri.

34 . kebencian dan tamak. simpati. Individu itu tidak mengakuri tanggungjawab moral. Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. 1990). Adakah anda setuju dengan pendapat ini? Dari perspektif bahasa pula autonomi berasal dari suku kata Autos bererti diri sendiri dan Nomos bererti undang-undang. Pertimbangan tersebut akan lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu berdasarkan belas kasihan. Ini disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya bertingkahlaku secara rasional dan adil. Biasanya keputusan yang diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat moral dan berkeperimanusiaan. Perlakuan dan pertimbangan individu merupakan hasil tekanan kuasa atasan contohnya seorang guru disiplin mengenakan peraturan kepada pelajar-pelajar atas arahan pihak atasan.(ii) Prinsip Altruisme Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh individu akan melibatkan orang lain terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Ini boleh diertikan sebagai penentuan sendiri tentang peraturan dan kawalan berdasarkan pengalaman dan alasan sendiri. (iii) Prinsip Autonomi Adakah kita bebas membuat pertimbangan? bebas. simpati dan empati menghilangkan rasa kepentingan diri sendiri. Perasaan kasih sayang. Prinsip altruisme melibatkan perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk menjaga kebaikan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. memandang penting dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Andaian bahawa pertimbangan Persoalan ini ada kaitannya dengan prinsip autonomi kerana prinsip ini menerangkan konsep pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral. Bak kata pepatah bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. (Koo. tetapi hanya mematuhi perintah dari kuasa luar. Amalan prinsip altruisme juga bermaksud individu akan menjauhi daripada kejahatan dan mementingkan diri sendiri.

sejagat boleh dijadikan undang-undang yang rasional pada mana-mana tempat sama ada di peringkat negara atau institusi. iaitu keadilan.Kant menyatakan individu perlu dihormati kerana mereka adalah agen autonomi untuk membuat keputusan dalam mengambil sesuatu tindakan. b. Seseorang individu perlu mengembangkan ketiga-tiga dimensi moral iaitu penaakulan moral. Agama adalah seperti jiwa bagi akhlak dan akhlak pula adalah laksana udara kepada jiwa. Insan bermoral ialah Rumusan 1.” Sejauh manakah agama dapat menghalang seseorang daripada membuat perkara yang tidak bermoral? Latihan 4. Untuk direnung: “Sesungguhnya agama dan budi luhur itu adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Sepatutnya prinsip-prinsip yang universal.2 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut. emosi / perasaan moral dan tingkah laku moral. Aktiviti 1 Soalan 1 a. 35 . Berdasarkan refleksi dari pengalaman anda semasa di peringkat sekolah dahulu berikan tiga contoh perlakuan bagi setiap prinsip moral di atas. syarikat. Lakarkan dalam bentuk grafik. altruisme dan autonomi. keluarga dan sebagainya.

4. Pendidikan moral kini sedang menghala kepada aspek pemupukan dimensidimensi moral ini. Sifat-sifat manusia bermoral adalah digolongkan kepada tiga bidang besar secara kasar iaitu: • Sikap mempunyai pertimbangan terhadap perasaan.2. SOALAN TUTORIAL Konsep Asas Moral 36 . keperluan dan kepentingan orang lain adalah sama pentingnya dengan perasaan. universal dan preskriptif. Mempunyai kebolehan bertindak secara terkawal dan tidak keterlaluan. keperluan dan kepentingan diri sendiri. Ketiga-tiga dimensi moral adalah saling berkaitan dan sama-sama digunakan bila seseorang individu membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan. 3. • • Mempunyai kebolehan membuat keputusan diri sendiri yang rasional.

moral dan akhlak. (2 jam) Konsep Asas Nilai 1. huraikan situasi tersebut dari sudut pematuhan terhadap peraturan moral. (2 jam) Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul. daripada kedua-duanya. agama dan undang-undang. 37 . Terangkan mengapakah pendekatan intuisionis terhadap kemoralan lebih baik daripada pendekatan naturalis. Pilih satu situasi yang anda saksikan. (2 jam) Pemikiran Moral 1. banding bezakan antara konsep etika. adat. Kenal pasti jenis-jenis nilai yang terdapat dalam artikel-artikel tersebut. (2 jam) Bagaimanakah pendekatan emotivis berbeza Individu yang Bermoral 1. Dengan menggunakan pengurusan grafik.1. (1 jam) 2 Pilih tiga artikel daripada keratan akhbar atau majalah. Huraikan kekuatan dan kelemahan diri anda dari segi amalan nilai-nilai murni dan agama. (1 jam) 2. Berdasarkan pengurusan grafik kaitkan konsep dimensi-dimensi moral dengan individu yang bermoral. Cadangkan cara-cara anda meningkatkan amalan tersebut.

Bhd. & Tang. Bhd. Kuala Limpur PANEL PENULIS MODUL BIL NAMA KELAYAKAN 38 ..Bacaan Asas Abd Rahman Aroff (1999). ________________& Chang. Y. Petaling Jaya. (1990). Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Bhd. Pendidikan Moral: Konsep dan Program Pendidikan Moral. Pendidikan Moral:Siri Pendidikan Tinggi. (1994). Pendidikan Moral Siri Pendidikan. K. Khamis (1999). Koo. C. Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR. Bhd. B. Eow. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. K. (1996). Y.K. Pendidikan Moral. Bhd.H. Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Pearson Education Malaysia Sdn. Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral.H. L. Tam. K. Etika (Pendidikan Moral) untuk institusi pengajian tinggi. Kementerian Pelajaran Malaysia. P. Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia. (2000). Rujukan Ahmad b. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.

USM Diploma Pendidikan. Rohaini Kamsan Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah. Pendidikan Islam.1 PENYELARAS Dr. Seremban.A. Kuala Lumpur 3 4 Pn. Maktab Perguruan Raja Melewar. Ng Choo Tang Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa. Pn. UPM. USM M. Johor. Ed (Bimbingan & Kaunseling).Ed Teknologi Pendidikan. UKM Pengalaman Mengajar: Pendidikan Moral 9 tahun B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM) Sarjana Pengurusan (UUM) Pengalaman mengajar Moral : 18 tahun Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral B A (Hons) Kesusasteraan Melayu dengan Pendidikan (USM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 19 tahun B. UM M. Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 10 tahun BSc (Hons) Kimia. Econs (UM) Diploma Pendidikan (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 15 tahun 2 Cik J Krishna Kumary a/p Juval Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Jalan Datin Halimah. Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 1 tahun B. UM Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 12 tahun B. D (Pendidikan). Chia Yip Lan Maktab Perguruan Sarawak 98009 Miri Sarawak Pn. 56000 Kuala Lumpur Pn. (Hons). Sc.Sc. 70990. Quran Sunnah. Soc. 98009 Miri. Pn. (Hons) Sosiologi (USM) Diploma Pendidikan: Siviks (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun B. Johor Pn. UKM SPI. UM M. Pn. Noorlela bt. 803500 Larkin. Pendidikan Moral. Sarawak 5 6 7 8 PANEL PEMURNI MODUL 39 . UM Ph. Rohani binti Ismail Maktab Perguruan Ilmu Khas. Negeri Sembilan. Shariff. Jalan Yaacob Latif. 803500 Larkin.A. Beg Berkunci 43. (Hons) Sejarah & Geografi. Koh Geok Wah Maktab Perguruan Sarawak. DK. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Pengerusi BA (Hons) Sejarah. Universiti Queensland. Mohd. Maznah Binti Abd.

(Hons) Psikologi. Maznah Binti Abd. Sc. Pn. Psikologi Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 14 Tahun 6. Jalan Yaacob Latif. B A (Hons) Sejarah dan Geografi USM) Diploma Pendidikan (USM) M SC. Serawak. Asiah binti Saad Institut Perguruan Darul Aman 06000 Jitra. Jalan Datin Halimah 80350 Larkin. UKM M. Pn.Ed. Jalan Bakam. Johor Baharu Sarjana Muda Saster (Kepujian) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 17 Tahun 3. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kelayakan B. (Hons) Sosiologi (USM) Diploma Pendidikan: Siviks (UM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun 5. 56000 Kuala Lumpur. Jalan Datin Halimah 80530 Larkin Johor Baharu.Bil. Rohaini Kamsan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim. Pn. B.A. Pendidikan Moral (UPM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 10 tahun 40 .(Bimbingan & Kaunseling) Phd (Pendidikan) Pengalaman mengajar Pendidikan Moral 1 tahun 1. Sc. 98009 Miri. B. (Bimbingan dan Kaunseling) UM Pengalaman mengajar: Pendidikan Moral 18 tahun Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral 4. PENGERUSI Pn. A. (Hons) Sejarah M. Ed. Soc. Chia Yip Lan Maktab Perguruan Sarawak. Kedah Darul Aman B.A. Rohani binti Ismail Maktab Perguruan Ilmu Khas. 2. (Hons) Pengajian Asia Tenggara M. Cik Krishna Kumary Juval Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim. Nama PENYELARAS Dr.

Ustaz Ahmad Zaki bin Hashim Institut Perguruan Darul Aman 06000 Jitra.7. Kedah Darul Aman BA (Hons) Pengajian Islam M Ed (Pendidikan Islam) Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 2 tahun 41 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful