P. 1
USAHA – USAHA GATT/WTO DALAM MENGGALAKKAN PERDAGANGAN BEBAS SERTA KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA – NEGARA MEMBANGUN

USAHA – USAHA GATT/WTO DALAM MENGGALAKKAN PERDAGANGAN BEBAS SERTA KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA – NEGARA MEMBANGUN

|Views: 1,063|Likes:
Published by Wahyu Prabowo

More info:

Published by: Wahyu Prabowo on Mar 14, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/12/2014

pdf

text

original

USAHA ± USAHA GATT/WTO DALAM MENGGALAKKAN PERDAGANGAN BEBAS SERTA KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA ± NEGARA MEMBANGUN

1.Pendahuluan

1.1.

Latar belakang pembentukan GATT

Akhir Masa Keemasan Perdagangan Bebas (1815-1914) Perang Dunia I dianggap telah menamatkan masa keemasan Perdagangan Bebas (18151914) iaitu masa dimana aktiviti ekonomi dan perdagangan berkembang dengan pesat, dimana ramai negara-negara Eropah mengambil langkah untuk memenuhi segala keperluannya dengan upaya sendiri (swasembada) ekoran suasana yang tegang di persekitaran Eropah. Dalam pertanian, langkah yang diambil oleh negara-negara Eropah untuk mengembangkannya ialah larangan import, subsidi dan peningkatan tarif sehingga menimbulkan distorsi dalam perdagangan antarabangsa. Di Amerika, kemelesetan ekonomi yang dialami pada tahun 1929 juga telah membuat para ahli Kongres untuk menerapkan polisi proteksionisme. Sehingga ramai negara lain juga mula mengamalkan polisi proteksi. Namun, perdagangan dan perekonomian dunia tetap tidak membaik sehingga Perang Dunia II pecah. Usaha-usaha untuk menghidupkan kembali sistem perdagangan sebenarnya telah mula pada tahun 1930-an. Amerika Syarikat sendiri telah mengeluarkan Akta Perjanjian Perdagangan Resiprokal (Reciprocal Trade Agreement Act) pada tahun 1934. Isi akta tersebut ialah membolehkan Presiden mengadakan perjanjian dengan negara rakan dagang Amerika Syarikat untuk menurunkan tarifnya scara resiprokal (dilakukan oleh kedua pihak). Bagaimanapun, usahausaha ini mula serius dilakukan setelah Perang Dunia II.

1

khususnya. Bagaimanapun. Dalam 1 Kartadjoemena. wakil daripada 56 negara mula membincangkan piagam dari ITO dan menghasilkan piagam Havana. Pada bulan Oktober 1947 di Geneva Switzerland. Pada akhir tahun 1940-an. halaman 66. Untuk mencapai tujuan tersebut. pada tahun 1944 diadakan persidangan Breton Woods untuk membentuk IMF dan IBRD atau Bank Dunia. wakil daripada kerajaan AS telah bertemu beberapa kali dengan wakil dari negara-negara utama lainnya untuk merancang sebuah sistem perdagangan antarabangsa pasca perang yang akan selari dengan sistem kewangan antarabangsa. Piagam ITO (piagam Havana) ditandatangani. Kedua pertubuhan di atas hanya mengatasi masalah kewangan antarabangsa dan pembangunan. negara-negara membahas perlunya lembaga ketiga selepas perang. 2 . dengan mulai berakhirnya PD II. 1. dan menyebabkan GATT sebagai satu-satunya instrumen antarabangsa dalam bidang perdagangan. negara-negara yang menandatangani GATTdisebut sebagai contracting parties (pihak yang berkontrak). Penubuhan GATT Pada tahun 1944. menyedari bahawa dasar tarif beggar-thyneighbor tahun 1930-an telah memberikan sumbangan terhadap persekitaran yang menyebabkan perang.1 Dengan ketidakikutsertaan AS sebagai salahsatu kuasa ekonomi terbesar maka ITO pun gagal dibentuk. GATT sebagai pengganti ITO GATT sebagai perjanjian tidak mempunyai ahli seperti sebuah pertubuhan. 23 negara menandatangani Perjanjian Umum mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT) sebagai pemangkin awal untuk liberalisasi perdagangan. peraturan yang mengatur perdagangan antarabangsa dan pengurangan tarif. (1996) GATT dan WTO: sistem. forum dan lembaga internasional di bidang perdagangan.2. Pada bulan November 1947 di Havana Kuba.1. Jakarta : Universitas Indonesia. H.3. Kongres AS menganggap penubuhan sebuah pertubuhan perdagangan antarabangsa seperti ITO telah melebihi hak presiden yang telah diberikan oleh Kongres dalam Akta Perjanjian Dagang Resiprokal dimana disebutkan hak presiden hanyalah untuk menurunkan tarif dalam perdagangan sahaja.S. Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (ITO). Pertemuan ini mempunyai dua tujuan iaitu untuk merancang piagam untuk ITO dan untuk merundingkan substansi suatu perjanjian ITO. Pada Mac 1948. maka negara-negara Sekutu mulai berusaha untuk mempersiapkan orde baharu sistem ekonomi antarabangsa. namun kerana Kongres AS tidak menyetujuinya AS tidak ikut serta.

GATT merujuk kepada dokumen utama GATT. Setiap ahli GATT mesti menerapkan peraturan yang tercantum ³sejauh mungkin tanpa bertentangan dengan undang-undang yang berlaku pada waktu negara tersebut menjadi ahli GATT´2. dan secara awamnya dikenal sebagai the General Agreement. cukai anti pelambakan dan perlakuan nasioanal (national treatment). yang secara harfiah adalah General Agreement on Tariffs and Trade. y Bagian III Ianya terdiri dari pasal XXIV hingga pasal XXXV (12 pasal). Bagian ini mengatur hal penting seperti prosedur kastam. y Bagian I Ianya terdiri daripada dua pasal iaitu Pasal I yang menghuraikan prinsip Most-Favoured Nation atau MFN dimana perlakuan paling baik yang diterima oleh satu ahli kena diterapkan ke semua ahli di GATT. Peraturan dalam bagian kedua GATT ialah peraturan sementara (provisional). y Bagian II Bagian kedua terdiri daripada dua puluh pasal (pasal III ± pasal XXII). pasal XXXVII dan pasal XXXVIII. GATT secara formal tidak bertindak sebagai pertubuhan namun sekumpulan negara-negara yang menandatangani GATT yang bertindak bersama (contracting parties acting jointly) walaupun secara de facto masyarakat antarabangsa telah menerima GATT sebagai pertubuhan antarabangsa. y Bagian IV Bagian ini terdiri dari tiga pasal iaitu pasal XXXVI. Ianya mengatur ketentuan spesial dan berbeza (special and different treatment) kepada negara membangun. Dalam melakukan aktivitinya. 2 3 . Bagian ini mengatur tentang Free Trade Area dan ketentuan prosedural dan operasional yangdiperlukan dalam menerapkan perjanjian. Pasal II merupakan pasal yang mengatur penurunan tarif yang disetujui dalam GATT. Bagian ini ditambahkan ke dalam GATT pada tahun 1965. terdiri daripada 38 pasal yang dibahagi menjadi empat bahagian.pengambilan keputusan. subsidi. Teks sebenar kalimat dalam tanda kutip ialah ³«to the fullest extent not inconsistent with existing legislations´ seperti yang tercantum dalam Protocol of Provisional Agreement.

sebagai sebuah perjanjian interim. Ianya menghasilkan perjanjian GATT 1944 dan 3 Ibid. pada putaran Tokyo. 3 Pada masanya. Torquay (1951). putaran Uruguay diadakan pada tahun 1986. beberapa komoditi seperti tekstil dan barangan pertanian tidak termasuk dalam GATT. Lima putaran pertama hanya membahas masalah penurunan tariff. Kedua. GATT berjaya mengadakan delapan putaran perdagangan sebelum diubah menjadi WTO. Untuk mengatasi masalah ini. Ketiga. dan tidak pernah rasmi disahkan sebagai pertubuhan antarabangsa melakukan aktiviti ³pertubuhan/organisasi´nya melalui Protokol Penerapan Sementara (Protocol of Provisional Application).GATT. dan paten ubat-ubatan frustasi kerana kurangnya perlindungan hak intelektual daripada negara sedang membangun dan GATT juga tidak mencakup perdagangan perkhidmatan yang kini berkembang pesat. Dengan protokol ini. Tokyo (1973-1979). ianya terdapat beberapa masalah dengan struktur GATT. Kelemahan GATT dan Perubahan GATT menjadi WTO Walaupun GATT berjaya dalam menurunkan tarif dalam perdagangan antarabangsa. Dillon (1960-1961) Kennedy (1964-1967). program komputer. Dalam PPA. dan Uruguay (1986-1994). Kemudian. negara-negara yang menghasilkan barangan intelektual seperti film. ianya ramai dipercaya bahawa proteksi perdagangan yang diperbolehkan menghadkan perdagangan dan merusak pola perdagangan di beberapa sektor penting. ianya terdapat pengecualian iaitu klausa grandfather dimana negara ahli boleh tidak menerapkan perjanjian dalam bagian tersebut kerana bertentangan dengan undangundang yang telah berlaku ketika GATT ditubuhkan. Geneva (1956). halangan bukan tarif seperti subsidi mula dibahas. Negaranegara dengan pertikaian/ketidaksetujuan (disagreement) yang berlangsung lama tidak boleh mencapai resolusi pemecahan masalah. Sedangkan bagian II. Keempat. mula dari putaran Kennedy. halaman 47 4 . 1. negara-negara ahli scara teknikal boleh segera menerapkan perjanjian GATT secara provisional atau darurat. Putaran-putaran ini bermula dari putaran Geneva (1947). negara ahli kena menerapkan bagian I dan III dari GATT tanpa perkecualian. langkah-langkah untuk mengatasi perlambakan (dumping) mula dibincangkan.4. Masalah tersebut ialah mekanisme penyelesaian masalah (dispute settlement) tidak berfungsi seberkesan yang diharapkan. Annecy (1949).

Dengan demikian prinsip utama adalah bahawa konsesi yang diberikan kepada satu negara rakan niaga harus berlaku pula bagi semua negara lainnya. perkhidmatan dan kekayaan intelektual. Lebih jauh. y Perlakuan Nasional/National Treatment Prinsip ini melarang perbezaan perlakuan antara barangan asing dan barangan tempatan yang berarti bahawa ketika barangan import telah lulus semua peraturan kastam dan masuk ke pasar tempatan ianya tidak boleh diperlakukan lebih buruk daripada barangan tempatan. Akhirnya.menciptakan WTO. hak cipta.1. Prinsip ini tercantum dalam artikel pertama GATT.1. sehingga semua negara ditempatkan pada kedudukan yang sama. dan paten tempatan dan asing. Sehingga. 5 . mencaj cukai kastam pada sebuah import bukanlah sebuah pelanggaran terhadap perlakuan nasional bahkan apabila barangan tempatan tidak dikenakan cukai yang sama. Perdagangan tanpa diskriminasi y Most-Favoured Nation (MFN) atau non-diskriminasi Secara ringkas MFN adalah prinsip bahawa perdagangan antarabangsa antara ahli harus dilakukan secara non-diskriminatif. Inti 2. pertanian.1. ianya agak sedikit berbeza. Satu negara tidak boleh diberi perlakuan lebih baik atau lebih buruk daripada negara lain. jenama. set peraturan baharu tersebut berlaku dengan WTO terbentuk rasmi pada tahun 1995. putaran Uruguay meluaskan GATT authoriti ke area baharu iaitu tekstil. artikel kedua GATS (General Agreement on Trade in Services) dan artikel keempat TRIPS (Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights). Prinsip-prinsip GATT/WTO 2. Ianya juga mesti diterapkan pada perkhidmatan tempatan dan asing. Perlakuan Nasional hanya berlaku sebaik suatu barangan. Prinsip ini juga tercantum pada artikel 17 GATS dan artikel 3 TRIPS. 2. perkhidmatan atau hak cipta telah memasuki pasaran. Walau dalam penerapannya.

Perkecualian ini berlaku bagi kedua bentuk perjanjian perdagangan regional iaitu wilayah perdagangan bebas (free trade area) dan persatuan kastam (customs unions) Pada wilayah perdagangan bebas. ianya tidak bertujuan untuk menghalang keuntungan yang mungkin boleh dicapai apabila beberapa ahli berkeinginan menurunkan tarifnya lebih jauh lagi. bagaimanapun ianya bersifat sementara dan non-diskriminatif. beberapa negara mungkin ingin terus maju dengan perdagangan bebas yang lebih besar lagi. semua negara ahli persatuan tersebut mnetapkan tarif luaran yang sama 6 . Hal ini diatur dalam pasal XIX GATT. Dalam kata lain. dimana negara ahli boleh menerapkan had dalam importnya atau mencabut konsesi tarif kepada negara lain untuk barangan yang mengalami peningkatan import yang besar sehingga menimbulkan kesulitan untuk industri tempatan negara tesebut.y Waiver dan had darurat terhadap import Waiver ialah perkecualian terhadap aturan GATT oleh suatu negara kerana negara tersebut telah memiliki dasar yang berlawanan dengan GATT sebelum GATT ditubuhkan. contoh EU. perjanjian seperti ini diperbolehkan dalam GATT apabila untuk menggalakkan perdagangan negara-negara dalam wilayah tersebut. Sehingga GATT mengecualikan perjanjian perdagangan regional ini. Pada tahun 1947. Dalam persatuan Kastam/Customs Unions. para perunding menyadari bahawa dari semasa ke semasa. ahli-ahli tetap mengekalkan tarif luaran yang berbezabeza tergantung kepada negara-negara di luar wilayah tersebut tapi terlibat dalam perdagangan bebas sesama ahli dalam wilayah tersebut. had boleh diterapkan apabila peningkatan import barangan telah mencapai taraf yang boleh menimbulkan injury bagi industri tempatan. y Perkecualian untuk Perjanjian Perdagangan Regional Walau berlawanan dengan MFN. Hak ini disebut safeguard. AFTA dan NAFTA. Salahsatu negara yang mendapat waiver adalah Amerika Syarikat iaitu dalam bidang pertanian. Walau GATT lebih menyukai tarif yang non-diskriminatif. ketika perjanjian GATT dibentuk. Wilayah perdagangan bebas ini seperti NAFTA (North America Free Trade Area) dan AFTA (ASEAN Free Trade Area). Hak darurat ialah hak negara untuk membatasi import apabila ia dirasa berlebihan sehingga menimbulkan kesulitan yang berat atau menjejas industri tempatan.

2.1. ketika negara-negara setuju untuk membuka pasar mereka terhadap barangan dan perkhidmatan. Perdagangan yang lebih bebas. Salahsatu customs unions adalah Masyarakat Eropah atau Europe Unions. y Tarif Binding Ianya merupakan komitmen untuk mengikat negara-negara ahli supaya tidak meningkatkan cukai terhadap barangan import setelah masuk ke dalam daftar binding. Pada pertanian.Understanding the WTO. (2008). Ianya dianggap sebagai hambatan yang paling serius dan paling sering ditemui sebagai warisan dari zaman depresi pada tahun 1930-an. 100% barangan telah mempunyai tarif yang diikat (bound tariff). transparan dan boleh dijangka y Tarif sebagai alat tunggal proteksi negara GATT mengizinkan proteksi terhadap barangan tempatan oleh kerajaan melalui tarif sahaja. Sehingga ianya meningkatkan kestabilan pasaran bagi pedagang dan pelabuh. Dalam GATT/WTO. Satu dari pencapaian Putaran Uruguay ialah peningkatan jumlah perdagangan yang di bawah komitmen binding. mereka mengikat komitmen mereka.kepada negara di luar wilayah persatuan dan menghapuskan tarif import dalam perdagangan sesama ahli. dan dampak distorsi akibat proteksi tersebut dapat dilihat secara lebih jelas. Untuk barangan. Halaman 12 7 . ia kena berunding dengan rakan dagangnya. Suatu negara boleh mengubah tarifnya asal masih di bawah tarif maksimum tersebut. 2. Ianya agar perlindungan yang diberikan dan batasan kepada barangan luar dapat diterapkan dengan cara yang lebih jelas dan transparan. Namun ianya diperbolehkan apabila suatu negara menghadapi masalah dalam perimbangan perbelanjaannya. Apabila ia ingin mengubah komitmen binding-nya. Geneva : World Trade Organization. ikatan (binding) ini berwujud tarif maksimum.4 y Larangan terhadap batasan kuantitatif Iaitu larangan terhadap batasan import yang bersifat kuantitatif seperti kuota dan yang lain. Ini bertujuan agar rakan dagang memperoleh pampasan terhadap dampak perubahan dalam tarif maksimum. Perkecualian ini diatur dalam pasal XVII GATT yang menentukan bahawa restriksi kuantitatif boleh dilakukan oleh satu negara 4 World Trade Organization.

WTO seringkali menghadapi masalah.4. Timbal-balik.3. Dalam Putaran Uruguay.5 WTO juga memberikan konsultasi kepada negara yang menerapkan halangan kuantitatif ini untuk memulihkan perekonomian negara tersebut dan kemungkinan polisi alternatif lain yang boleh diambil selain had import kuantitatif tersebut. Perlakuan khusus dan berbeda bagi negara-negara berkembang (Special dan Differential Treatment for developing countries ± S&D). Countervailing duties ialah cukai yang dikenakan kepada barangan yang mendapat subsidi export dari negara pengeluar dan anti-dumping duties ialah cukai bagi barang yang dianggap dilambak oleh negara pengeluar.1. Untuk meningkatkan partisipasi negara-negara berkembang dalam perundingan perdagangan internasional.´ Seperti yang tercantum di artikel XVII 8 . kedua cukai ini diatur. suatu proses penukaran konsesi. bahagian integral perjanjian WTO.2. S&D diterapkan.1. memudahkan pengurangan 5 Teks sebenar dari artikel di atas ialah ³«to apply quantitative restrictions for balance of payments purposes in a manner which takes full account of the continued high level of demand for imports likely to be generated by their programs of economic development. 2. Menggalakkan persaingan yang adil Atau fair competition. 2.1. disempurnakan dan menjadi 2. Usaha-usaha GATT/WTO dalam menggalakkan perdagangan bebas 2. Menurunkan tarif melalui reciprocity dan non-discrimination Timbal-balik (reciprocity) ialah amalan yang wujud dalam putaran perundingan GATT/WTO dimana suatu negara menawarkan untuk mengurangi salahsatu halangan perdagangannya dan negara kedua ³timbal-balik´ dengan menawarkan untuk mengurangi salahsatu halangan perdagangannya. Hal ini diatasi dengan memberi negara pengimport hak untuk mengenakan countervailing duties dan anti-dumping duties seperti yang tertulis dalam perjajnjian teks GATT dan hasil daripada Tokyo Round. ianya boleh berupa masa lebih bahagi negara membangun untuk memenuhi komitmen mereka dalam banyak perjanjian WTO dan hak istimewa yang dibuat untuk meningkatkan kesempatan dagang negara membangun melalui akses pasar yang lebih luas.membangun untuk mencegah mengecilnya simpanan devisa kerana peningkatan import.2. dengan semakin seringnya negara-negara mengenakan subsidi ekspor dan dumping.

Di bawah WTO. Sehingga timbal-balik ianya diperlukan oleh dua negara besar untuk terlibat dalam liberalisasi perdagangan. Selain keuntungan praktikal. Terkadang. Pengalihan perdagangan ialah amalan yang mahal dimana pengeksport menghantar barangannya ke negara ketiga. Mengapa WTO mengadopsi pendekatan multilateral dengan syarat yang ketat untuk non-diskriminasi? Ianya kerana non-diskriminasi adalah cara yang selesa untuk mengurangi kompleksitas hubungan perdagangan antarabangsa. Non-diskriminasi dalam polisi tarif. Ianya juga memiliki keuntungan praktikal. yang bererti mengatur tarif yang sama ke import dari semua negara. Di sisi lain. Sehingga. Di peringkat praktikal yang murni. Sehingga prinsip non-discrimination memperluas keuntungan yang didapat daripada pengurangan tarif resiprokal daripada perundingan dua negara ke semua ahli GATT/WTO. tetapi ini boleh dicapai melalui hubungan rangkaian bilateral. untuk memenuhi syarat tarif yang lebih murah ini. WTO melalui amalan pengurangan tarif resiprokal (timbal-balik) menyediakan mekanisma yang diperlukan untuk negara-negara komit dalam perdagangan bebas. Non-discrimination atau perlakuan yang sama rata. non-diskriminasi melindungi negara pengeksport daripada oportunisme bilateral. mungkin lebih mudah untuk bernegosiasi dalam satu set tarif import multilateral daripada terlibat dalam puluhan perjanjian bilateral. non-diskriminasi juga mempunyai keuntungan ekonomi. mengubah pakejnya dan menghantar barangan tersebut ke negara tujuan dimana barangan itu dikenakan tarif bagi negara ketiga yang lebih rendah (kerana ³datang´ dari negara ketiga). 9 . Non-diskriminasi juga mencegah pengalihan perdagangan (trade re-routing) dimana barangan dihantar melalui negara ketiga untuk mengelakkan tarif yang tinggi.halangan perdagangan. negara-negara besar yang mengurangi tarif import mereka akan mengalami keuntungan kerana rakan niaga mereka secara bersamaan akan mengurangkan tarif import mereka. non-diskriminasi memastikan kerajaan mengimport dari negara pengeluar dengan kos yang paling rendah. memastikan bahawa sumber-sumber dialokasikan ke penggunaan yang paling produktif dan berkesan. berarti bahawa ketika salahsatu ahli GATT/WTO menawarkan sebuah konsesi tarif kepada ahli GATT/WTO lain. perancang tidak perlu menyalin sebahagian besar daripada perjanjian lagi dan lagi. ia mesti menerapkannya ke semua ahli GATT/WTO.

putaran perdagangan GATT/WTO berfokus untuk menurunkan tarif lebih jauh. sederhana dan boleh dijangka. Perluasan ke bidang lain (TRIPs. kuantiti. Pada GATT. Dalam prosedur lesen import. Kemudian putaran Kennedy (1964-1967) mula membincangkan tentang perjanjian anti-dumping. TRIPs (Trade-related of Intelectual Property ) iaitu perjanjian mengenai hak cipta/hak kekayaan intelektual. Ianya merupakan hal yang penting kerana beberapa polisi menerapkan perlakuan yang berbeza terhadap negara-negara pengeksport seperti polisi anti-dumping dan anti-subsidi. Ianya merupakan perlindungan terhadap hak cipta (copyright). Preshipment inspection ialah penyemakan yang lebih jauh terhadap import terutama butiran penghantaran seperti harga. Ianya bertujuan untuk melindungi kepentingan kewangan negara (mencegah perpindahan modal.2. Pada peraturan pengiraan nilai barangan kastam (rules for the valuation of goods at customs). persetujuan WTO bertujuan untuk sistem pengiraan nilai kastam (customs valuation) yang adil.barangan kena menjalani perubahan yang besar sehingga syarikat memindahkan tahap pengeluarannya ke negara ketiga. ianya diperluas ke bidang lain seperti perkhidmatan dan beberapa peraturan lain. 2. Ianya juga mengatur isu-isu birokratik dan undang-undang yang boleh menjadi penghalang dalam perdagangan seperti prosedur lesen import.3. Dengan pengamalan tarif tunggal non-diskriminasi. penipuan komersial dan penghindaran cukai). 1. proses pengalihan perdagangan tidak perlu wujud. seragam dan netral.2. dan aturan mengenai asal barangan (rules of origin). dan masalah lain seperti prosedur perizinan import. SPS dan GATS) Ketika GATT digantikan oleh WTO. peraturan pengiraan nilai barangan kastam.2. 2. ianya hanya mengurus perdagangan barangan sahaja. TRIMs. Lalu. dan kualiti barangan yang ditempah dari luaran oleh negara membangun. Menghilangkan rintangan perdagangan bukan tarif Pada tahun-tahun pertama. halangan teknikal. cap 10 . Namun pada WTO. inspeksi barangan sebelum dikapalkan (preshipment inspection). Aturan asal barangan adalah kriteria yang digunakan untuk menentukan dimana suatu barangan dikeluarkan. ianya dirasakan bahawa WTO perlu memperluas bidang perdagangan yang dicakup. WTO mengatur agar pelesenan import transparan. putaran Tokyo (1973-1979) menjadi usaha pertama dalam melawan halangan bukan tarif seperti subsidi dan cukai yang dkenakan untuk mengimbangi subsidi tersebut (countervailing duties).

Apabila mereka melakukannya. penunjuk geografi (geografical indication) iaitu ketika nama barangan merupakan nama tempat pengeluar seperti keju cheddar dari kampung Cheddar. atau haiwan. Tatacara peralihan yang khusus selama sistem baru dieprkenalkan. tanaman. paten dan lain-lain. Peraturan tersebut kena diterapkan hanya sejauh yang diperlukan untuk melindungi kehidupan atau kesehatan manusia.Ianya juga melarang polisi pelabuhan yang akhirnya berhujung ke batasan terhadap kuantiti. kecil kemungkinan mereka akan dituntut melalui jalur hukum dalam suatu pertikaian.dagang (trademark). 3. Britain. Perjanjian ini mencakupi lima isu iaitu a. Ianya menyatakan bahawa beberapa tindakan daripada kerajaan boleh membatasi dan mengganggu perdagangan dan oleh itu. 11 . ahli-ahli tidak boleh mengeluarkan polisi yang membezakan dan merugikan orang asing atau barangan asing.dan pestisida) dan keselamatan tumbuhan dan haiwan. b. ia juga menyatakan bahawa peraturan tersebut kena berasaskan sains yang mendukung. Bagaimana perjanjian prinsip asas sistem perdagangan dan barangan intelektual lainnya diterapkan. Ianya hanya berlaku pada tindakan yang mempengaruhi perdagangan barangan sahaja. Negara ahli digalakkan menggunakan standard. polisi yang mengenakan syarikat untuk menggunakan sumbersumber tempatan dan polisi yang menghadkan import syarikat atau mengenakan target untuk export suatu syarikat. Ianya mengizinkan setiap negara untuk mengatur standard keselamatannya sendiri. lalu desain industri. SPS (Sanitary and Phytosanitary Measure) iaitu perjanjian mengenai keselamatan makanan (daripada bakteria. 2. Bagaimana negara-negara menerapkan perlinfdungan hak tersebut dalam wilayahnya d. garispandu (guideline) dan rekomendasi antarabangsa bila ada. kontaminan. Dan peraturan tersebut tidak boleh dengan sewenang-wenang membezakan negara-negara dalam kes dan kondisi yang sama. Bagaimana untuk memberi perlindungan yang cukup bagi hak kekayaan intelektual c. TRIMs (Trade-related of Investment Measure) iaitu perjanjian mengenai syarat kerajaan tempatan terhadap suatu pelabuhan. Namun.

warga tetap (permanent residence) atau pekerjaan tetap. berbeza dengan perdagangan barangan. Negara yang lebih lemah mesti berurusan dengan setiap kuasa ekonomi utama secara individu dan mungkin 12 . GATS (General agreement on Trade Service) iaitu perjanjian mengenai perdagangan perkhidmatan seperti perbankan. maka pelabuhan akan masuk ke dalam negara membangun dan menciptakan pekerjaan dan akhirnya menambah pendapatan negara. sepertiga dari pekerjaan global dan hampir 20 peratus dari perdagangan global. perdagangan perkhidmatan lebih kompleks. barangan import dengan harga yang murah boleh masuk ke pasar domestik. Kesan terhadap negara membangun 2.4.1. sektor komunikasi mempunyai dua peranan. perkhidmatan kini dimasukkan ke dalam peraturan WTO. Harga barangan yang lebih murah akhirnya akan meringankan biaya hidup bagi masyarakat dalam suatu negara dan menginkatkan kualiti hidup mereka.3. Dengan meliberalisasikan perdagangan. Bagian ini beurusan dengan hak individual untuk menetap sementara di suatu negara untuk menyediakan perkhidmatan. Tanpa sebuah regim multilateral seperti sistem WTO. 2. b. Bagian tambahan GATS menunjukkan beberapa masalah dalam perkhidmatan yang tidak ada dalam barangan. iaitu sebagai salahsatu sektor aktiviti ekonomi dan sebagai alat dasar suplai aktiviti ekonomi lain (contoh transfer wang elektronik). c. Ianya juga memperkuat posisi negara membangun. membantu perekonomian negara membangun Dengan liberalisasi perdagangan. ketidakstabilan dalam sistem perbankan mempengaruhi keseluruhan ekonomi. telekomunikasi. Perpindahan manusia (movement of natural persons). dan memberikan pilihan yang lebih banyak terhadap pengguna. Perkhidmatan kewangan. pengangkutan dan lain-lain. Ianya menjelaskan bahawa GATS tidak berlaku pada orang-orang yang mencari pekerjaan tetap atau sebagai syarat untuk mendapatkan kewarganegaraan. Oleh itu. Telekomunikasi.3. negara yang lebih berkuasa akan lebih bebas dalam menerapkan kemahuan mereka secara unilateral kepada negara yang lebih lemah. Bagaimanapun. a. Bidang perkhidmatan mewakili sektor yang tumbuh paling cepat dari ekonomi global dan meliputi dua per tiga daripada pengeluaran global.

TRIPs juga dianggap memperkuat monopoli TNC terhadap teknologi sehingga memperlemah posisi negara membangun. untuk memastikan keberadaan dan perkembangan firma lokal dan memberi had kepada dalam kepemilikan TNC terhadap sektor-sektor penting. Perjanjian seperti TRIMs yang menghilangkan syarat-syarat bagi pelabuhan asing dianggap membawa kepentingan syarikat multi-nasional.2. malaria dan tuberkulosis.3. Negara membangun juga memperoleh perlakuan khusus dan berbeza dalam WTO berupa tarif import yang lebih rendah terhadap barangan mereka dan perpanjangan masa dalam memenuhi komitmen mereka dalam perjanjian WTO. menunjukkan bahawa terdapat dasar yang jelas untuk menilai siapa yang salah dan benar.3. Dimana dalam WTO. Sebagai alat negara maju dalam mengatur perekonomian dunia Negara membangun menganggap bahawa WTO telah menjadi alat bahagi negara maju dalam mengatur perekonomian dunia demi kepentingan mereka sendiri. harga ubat AIDS yang mahal kerana paten yang dikenakan telah menjejaskan usaha untuk memerangi penyakit tersebut sebab ramai epnderita yang tidak boleh membeli obat tersebut. Ianya juga dianggap bahawa negara maju membawa kepentingan syarikat multi-nasional dalam perundingan WTO dalam memperluas kuasa mereka pada negara membangun. beberapa kes ini mungkin akan menyebabkan konflik politik yang serius. untuk mengelakkan amalan TNC seperti transfer pricing dan monopolistic market allocation. Negara maju juga cuba untuk membawa isu-isu baharu yang 13 . negara kecil lebih mempunyai suara dalam urusan perdagangan dengan negara besar. Terdapat 300 sengketa telah dibawa ke WTO sejak penubuhannya pada tahun 1995. Fakta bahawa sengketa boleh diselesaikan dalam perjanjian WTO. Sebagai platform penyelesaian sengketa WTO boleh menjadi platform bagi negara membangun dalam menyelsaikan sengketa mereka dengan negara maju. 2. 2.tidak tahan terhadap tekanan yang tidak dinginkan daripada negara maju. Negara membangun beranggapan bahawa syarat tersebut diperlukan untuk melindungi perimbangan perbelanjaan pembayaran mereka (balance of payments). Hal ini telah membawa konflik antarabangsa dan mencetuskan deklarasi Doha pada November 2001 yang berusaha untuk mengecualikan perubatan daripada perjanjian TRIPs terutama ubat terhadap AIDS.3. Di Afrika. Tanpa sebuah cara penyelesaian yang konstruktif dan harmoni (perjanjian WTO).

terdapat 62 negara kecil dan miskin yang menyumbang 0. menurut Bank Dunia. ia kena membuka pasrannya sendiri dan pembukaan pasaran ini mesti cukup menarik bagi negara rakan untuk mahu terlibat dalam negosiasi. Apa yang negara membangun inginkan ialah perdagangan yang adil dimana sistem perdagangan antarabangsa mendukung keperluan pembangunannya sehingga dapat setara dengan negara maju. ianya masih dirasakan kurang. dan trade facilitation. polisi persaingan. maka pihak yang lebih lemah akan cenderung menanggung kerugian.3. Pada tahun 200. 2. WTO telah berjaya dalam menggalakkan perdagangan namun keuntungan perdagangan tersebut tidak terbahagi secara merata. Untuk sebuah negara memperoleh peningkatan akses pasaran.03% dari arus perdagangan. Akses pasaran dalam WTO diperoleh melalui negosiasi dengan asas timbal-balik. Paten benih yang dilindungi TRIPs. menjejaskan pertanian negara membangun kerana menaikkan harga benih. Ketiga isu pertama dianggap tidak berhubungan dengan perdagangan. kerana beberapa peraturan WTO memberatkan negara membangun.4.05 peratus 14 . Kesan Prinsip dan Usaha WTO y Prinsip MFN menyebabkan negara membangun kurang mendapat bahagian dalam akses pasaran. Dengan perdagangan bebas. dimana negara maju cuba membawa isu investasi. government procurement. Ianya merupakan fakta yang menyedihkan bahawa dalam WTO negara dengan pasaran yang kecil merugi dalam proses negosiasi timbal-balik kerana mereka tidak cukup menarik bahagi rakan dagangnya. Dalam perdagangan bebas.3. namun ianya hanya menghasilkan 0. 2. Walau dalam WTO terdapat perlakuan khusus dan berbeza bahagi negara membangun. ianya boleh menguntungkan kedua pihak apabila kedua pihak tersebut setara namun apabila salahsatu pihak lebih berkuasa dari pihak yang lain.negara membangun anggap tidak berhubungan dengan perdagangan seperti pada Singapore Issue pada tahun 1996.5. Sebagai contoh 20 peratus daripada populasi dunia ialah negara kurang membangun. Meletakkan negara membangun pada level yang sama dengan negara maju tanpa benar-benar mempertimbangkan kapabiliti mereka Perdagangan bebas yang diperjuangkan WTO dirasakan tidak adil bahagi negara membangun.

hanya satu peratus dari tenaga kerja terlibat dalam pertanian. 58 peratus daripada tenaga kerja terlibat dalam pertanian. jumlah pekerja yang menjadi petani ialah 74 peratus daripada keseluruhan pekerja.dalam perdagangan dunia secara individual dan 1. 15 . Melalui PTA 6 Enabling Clause ialah bahagian dari GATT 1994 di bawah WTO yang membolehkan pengecualian daripada perlakuan non-diskriminasi dalam menyokong negara membangun. Negara-negara ini secara struktur merugi dalam negosiasi akses pasaran. Pada banyak negara membangun. Oleh itu. Sedangkan di negara maju seperti Amerika Syarikat. keramik. barangan import yang lebih murah akan menggantikan hasil keluaran petani tempatan yang akhirnya akan kehilangan pekerjaan mereka. barangan kulit dan barangan industri sederhana lainnya. Sebagai contoh. Oleh itu. Ianya dianggap bahawa negara membangun menjadi penumpang gratis (free rider) dalam sistem WTO kerana mengambil keuntungan dari prinsip MFN dan menawarkan sedikit daripada liberalisasi perdagangan mereka. GSP memberikan negara membangun akses pasaran dengan tingkat tarif yang lebih rendah daripada tarif MFN.1 peratus secara kolektif. di India. India mengambil posisi tegas dalam perbincangan untuk tidak bernegosiasi yang boleh menghilangkan pekerjaan masyarakatnya. Apabila tarif import pertanian dipotong. Perlakuan khusus dan berbeza ianya diciptakan untuk mendukung perekonomian negara membangun. y Pemotongan tarif import dalam sektor penting negara membangun boleh menjejaskan perekonomian negara. Di Kenya. pertanian adalah sumber utama pekerjaan masyarakat terutama yang berskala kecil. negara membangun juga dibolehkan tanpa had untuk mengurangkan apa-apa sekatan perdagangan dalam kadar peratus dan produk yang mereka tentukan antara mereka sendiri (berlawanan dengan prinsip non-diskiriminasi) di bawah Enabling Clause.6 Bagaimanapun perlakuan ini tidak diterapkan dalam sektor penting yang merupakan eksport utama negara membangun seperti tekstil. Ianya disokong dengan kuat oleh kumpulan 42 negara membangun lain yang dikenal sebagai G33. mereka diberikan akses preferensial kepada pasaran negara maju di bawah Generalized Scheme of Prefrerences (GSP). Selain itu. y Perlakuan Khusus dan Berbeza untuk negara membangun telah menjadi alat oleh negara maju untuk mengawal negara membangun tersebut.

negara membangun meminta perdagangan yang lebih ³adil´ daripada ³bebas´ dalam sistem WTO. Ianya diwujudkan dengan perlakuan yang spesial dan berbeza dimana negara maju tidak mengharap negara membangun untuk membalas apa-apa konsesi perdagangan dalam negosiasi.(Preferential Trade Agreement) dan skim S&D. 3. Mereka menggunakan PTA dan skim S&D agar negara membangun mahu mendukung mereka dalam isu yang tak berhubungan dengan perdagangan seperti standard buruh dan lain-lain. Bagaimanapun. Kesimpulan Sejak penubuhannya. 16 . Bagaimanapun. Oleh itu. GATT (kemudian menjadi WTO) telah berjaya menurunkan tarif perdagangan dan menghilangkan beberapa halangan perdagangan lainnya dalam usaha untuk meliberalisasikan perdagangan antarabangsa. Ianya boleh memberikan akses pasaran yang lebih luas ke negara-negara maju. negara maju cuba memasukkan agenda mereka yang tidak berhubungan dengan perdagangan ke dalam institusi dan perjanjian perdagangan. memberikan lebih banyak pilihan barangan bagi pengguna tempatan dan menjadi platform penyelesaian pertikaian perdagangan. perbezaan kapasiti dan kapabiliti antara negara maju dan negara membangun telah memberikan kesan bahagi negara membangun dalam sistem WTO. hal ini masih dirasa kurang bagi negara membangun yang memerlukan bantuan kewangan dan teknikal untuk mengejar ketinggalan mereka daripada negara maju. Ianya juga menjadi badan yang mengurus maslah perdagangan dan pertikaian perdagangan antarabangsa. Bagi negara membangun. Beberapa perjanjian seperti TRIPS dianggap memberatkan negara membangun terutama dalam hal perubatan dan pertanian. sistem WTO telah menjadi pemangkin perdagangan dan juga tantangan. Usaha WTO dalam meliberalisasikan perdagangan dianggap telah memberikan kesan negatif bahagi perekonomian negara membangun yang berupa industri tempatan yang tidak boleh bersaing dengan barangan import dan meluasnya jangkauan MNC terhadap perekonomian negara membangun.

New York : Palgrave Macmillan.sice. A. dari http://www. Homi & Roger Strange. dari http://time. Geneva : World Trade Organization. (2008). H.wto. 17 . Jagdish. The WTO and developing countries.edu.pdf Katrak.d. GATT dan WTO : sistem.oas. (Eds.pdf World Trade Organization. dari http://cpqrack2. (n. (2003)..pdf Kartadjoemena. S.Bibliografi Bhagwati.org/english/docs_e/legal_e/gatt47_e.Understanding the WTO. Diperolehi Mac 11. Reshaping the WTO. M.). The WTO and the Poorest Countries: The Stark Reality.pdf Crowley.) diperolehi pada 7 haribulan Mac 2010. 2010. Jakarta: Universitas Indonesia. Diperoleh pada Mac 2010. Q IV. 42-57. (2005).dufe. Diperolehi pada bulan Februari 2010.org/digital_ assets /publications/economic_perspectives/2003/4qeppart4. (1996).cn/wencong/bhagwati/FEERFinal. A. dari http://www. & Arvind Subramaniam. (2004). Economic Perspectives.org/ geograph/devpmt/matoo. Mei). Far Eastern Economic Review. An Introduction to the WTO and GATT. forum dan lembaga internasional di bidang perdagangan. The Text of GATT. (2004. Mattoo. 1-7.chicagofed.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->