You are on page 1of 20

4.3.

1 马来西亚政府中学课外活动评鉴指南 (国文版)
国文版)

PANDUAN PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM


SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA

1. PENDAHULUAN

1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan Badan Beruniform,
kelab dan persatuan serta sukan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini
adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah
kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan pasukan badan
beruniform, kelab/persatuan dan sukan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai
sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut.

1.3 Berdasarkan kepada tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian


Sekolah, pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum
yang diceburi oleh murid-murid. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah
adalah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah
berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah.

1.4 Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9. 1997, wakil Bahagian Pengajian
Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan
format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf agar kesahan dan kesahihannya tidak
dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari
markah penilaian kemasukkan murid ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

2. RASIONAL

2.1 Penilaian kegiatan kokurikum murid yang dibuat oleh sekolah adalah berbeza
antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur
ketidaksamarataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada
murid memperolehi markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan
kokurikulum adalah sama. Melalui penggunaan borang penilaian yang standard
unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.

2.2 Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang murid-murid untuk bergiat lebih
aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua murid mempunyai peluang yang sama
untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid
yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi penglibatan
yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk
mencapai cita-cita mereka.

101
3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterima pakai
oleh semua sekolah.

3.2 Membantu Jabatan Pengurusan IPT dalam membuat penilaian kemasukan


pelajar-pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi.

3.3 Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan murid


dalam aktiviti kokurikulum.

4. GARIS PANDUAN SEMASA MELAKSANAKAN PENILAIAN KOKURIKULUM


SEKOLAH

4.1 Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan/kemudahan berikut:


4.1.1 Perancangan yang jelas
4.1.2 Tempat Penyimpanan Buku Rekod Kehadiran dan Penilaian.
4.1.3 Buku Panduan Penilaian Kokurikulum.
4.1.4 Rancangan mingguan & tahunan kokurikulum.
4.1.5 Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluar oleh KPM dan agensi luar.

4.2 Gambar murid dilekatkan pada Buku Rekod Kehadiran dan Buku Rekod Penilaian.

4.3 Semua murid mesti mempunyai Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum dan Buku
Rekod Penilaian Kokurikulum.

4.4 Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan sekolah untuk merekod dan


menyerahkan data pencapaian murid.

4.5 Mengadakan taklimat kepada setiausaha peperiksaan, guru penasihat/pemimpin


dan guru kelas.

4.6 Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah.

4.7 Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai aktiviti Badan Beruniform,
Persatuan-Kelab dan Sukan.

4.8 Melantik guru yang berkemahiran sebagai guru penasihat/pemimpin.

4.9 Memberi peluang kepada guru yang berkemampuan dalam sesuatu bidang menjadi
guru penasihat dalam bidang tersebut.

4.10 Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi.

4.11 PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala.

102
5. CARTA ALIRAN PENGURUSAN PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH

1 Perancangan strategik kokurikulum sekolah Dilaksanakan pada minggu pertama


persekolahan
- Memaklumkan kepada ibu bapa, guru
dan murid.

2 Agihan Tugas Guru Penasihat/Pemimpin Nisbah guru-murid dalam kokurikulum


mengikut kepakaran. ialah 40-60 orang murid 2 orang guru
penasihat

3 Pendaftaran setiap murid dalam 3 elemen:


- Badan Beruniform
- Sukan /Permainan
- Kelab/Persatuan
Jumlah murid bagi setiap unit adalah antara
40-60

4 Menjalankan aktiviti mengikut perancangan Taklimat Pengisian data kepada


sekolah. Setiausaha Peperiksaan pada bulan Mei
Takwim & Rancangan Pelajaran
Mingguan
Buku rekod kehadiran disimpan di sekolah
dan dikeluarkan setiap kali perjumpaan

5 Merekod kehadiran murid dalam buku rekod


kehadiran kokurikulum ( RKK1 ) dan
ditandatangani oleh guru penasihat setiap kali
perjumpaan.

6 Guru Penasihat/Pemimpin melengkap kan


Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum dengan
merujuk rekod kehadiran kokurikulum ( RKK1 )

7 Guru Kelas melengkapkan Buku Penilaian


Kokurikulum ( BPK1) apabila memperolehi
Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum dari Guru
Penasihat/Pemimpin

8 Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum Jawatankuasa ini terdiri daripada:


mengesahkan markah kokurikulum murid. Pengerusi :Pengetua / Guru Besar
Setiausaha :GPK Kokurikulum
AJK :Tiga orang yang dilantik
Buku Penilaian Kokurikulum (BPK 1)
ditandatangani oleh GPK Kokurikulum,
Pengetua/Guru Besar dan Ibubapa/
Penjaga.

9 Keputusan Penilaian Kokurikulum dihantar ke 15 Oktober


Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk dicatatkan
dalam Sijil UPSR/PMR/SPM/STPM

10 Buku Rekod Kehadiran murid dan Buku Penilaian Buku Rekod Kehadiran dan Buku Rekod
Kokurikulum di simpan di sekolah Penilaian akan berpindah mengikut murid

103
6. PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM

6.1 Aspek-aspek yang dinilai:

6.1.1 Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid dalam setiap jenis aktiviti yang
disertai adalah berdasarkan kepada 4 aspek yang berikut:
a. Kehadiran
b. Jawatan disandang
c. Penglibatan
d. Pencapaian

6.1.2 Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah
seperti berikut:

Jadual 1

ASPEK PENILAIAN % MARKAH


Kehadiran 50
Jawatan disandang 10
Penglibatan 20
Pencapaian 20
JUMLAH 100

6.1.3 Markah Aspek Kehadiran ialah markah yang tertinggi (50%). Ini bertujuan
untuk menggalakkan murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah
kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan
dalam setahun; dengan mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti
kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa 2
jam(mengikut kursus). Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika
murid sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain
yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak
sekolah.

Kehadiran minimum bagi kegiatan Pasukan Badan Beruniform ialah 18 kali


perjumpaan setahun, kelab / persatuan 12 kali perjumpaan setahun dan
sukan / permainan 12 kali perjumpaan setahun. Perkiraan markah kehadiran
adalah seperti berikut:

Markah kehadiran

Jika jumlah kehadiran pelajar = a


Jumlah Perjumpaan setahun = b
Ketidakhadiran diluluskan = c
(cuti sakit, wakil sekolah dll)

Markah kehadiran = a x 50
b–c

6.1.4 Markah Aspek Jawatan Disandang ialah 10% dan diberikan kepada
individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan
kokurikulum. Sungguhpun begitu ahli-ahli biasa dan jawatan-jawatan yang
lain juga diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang.

104
Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut:

Jadual 2

Pasukan Badan Beruniform

JAWATAN MARKAH
Pengakap Di-Raja/ Pandu Puteri Di-Raja / Pegawai
Waran 1/ Sub-Inspektor/Drum Major/ Pangkat-Pangkat 10
lain yang difikirkan sama taraf.
Pegawai Waran II /Bintara Kanan/ Staf Sarjan / Sarjan
Mejar / Ketua Trup / Anugerah Ketua Pesuruhjaya / 8
Pangkat-Pangkat lain yang difikirkan sama taraf.
Sarjan/Penolong Trup / Bintara Muda / Ketua Platun /
7
Pangkat-Pangkat yang difikirkan sama taraf.
Koperal / Lans Koperal / Ketua Patrol / Penolong Ketua
Patrol / AJK / Laskar Kanan/Jawatan-Jawatan / 5
Pangkat-Pangkat yang difikirkan sama taraf.
Pra-Persetiaan / Ahli Aktif 3
Ahli Biasa 1

Jadual 3

Persatuan /Kelab / Sukan / Permainan

JAWATAN MARKAH
Pengerusi / Presiden / Kapten Pasukan / Ketua
10
Pasukan Sukan/Permainan / Ketua Rumah
Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi 8
Setiausaha / Bendahari 7
Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari 6
Ahli Jawatankuasa 5
Ahli Aktif 3
Ahli Biasa 1

6.1.5 Markah Aspek Penglibatan ialah 20%. Markah ini diberikan kepada semua
ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka di dalam semua aktiviti
yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai.

Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah sama.
Pemberian markah-markah adalah seperti berikut:

Jadual 4

PERINGKAT PENGLIBATAN MARKAH


Sekolah 8
Zon/Daerah/Bahagian 11
Negeri 14
Kebangsaan 17
Antarabangsa 20

6.1.6 Markah Aspek Pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan pencapaian

105
pelajar dalam pertandingan di peringkat Sekolah, Zon, Daerah, Bahagian,
Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa. Pencapaian yang dinilai hanyalah
kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga. Dalam aspek pencapaian
markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama. Markah-markah
pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Jadual 5

PERINGKAT MARKAH
PERTANDINGAN Johan Naib Johan Ketiga
Sekolah 3 2 1
Zon/Bahagian 5 4 3
Negeri 10 8 6
Kebangsaan 15 13 11
Antarabangsa 20 18 16

6.1.7 Setiap pemberian markah dalam aspek-aspek yang dinilai adalah


berdasarkan markah tertinggi yang layak diperolehi oleh seorang murid.
Umpamanya jika seorang pelajar pernah mewakili daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian yang diambilkira
hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa (20 markah).

7. KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI

7.1 Setiap murid sekolah menengah diwajibkan menganggotai pasukan pakaian


seragam, persatuan/kelab dan sukan. Dalam hal ini setiap murid memilih salah satu
aktiviti yang terdapat dalam setiap bidang kegiatan kokurikulum tersebut. Ini
bermakna penilaian kegiatan adalah berdasarkan:

a. Aktiviti Pasukan Badan Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, Pandu


Puteri, Pengakap, Seni Bela Diri dan sebagainya.
b. Aktiviti Kelab / Persatuan / Badan seperti Persatuan Bahasa Melayu, Kelab
Pencinta Alam, Kelab Seni Foto dan sebagainya.
c. Aktiviti Sukan / Permainan seperti Kelab Olahraga, Kelab Renang, Kelab
Memanah dan sebagainya.

7.2 Setiap jenis aktiviti yang dianggotai oleh murid akan dinilai berdasarkan
aspek-aspek yang telah dinyatakan dalam 6.1.1 dan agihan markah setiap jenis
aktiviti adalah sama seperti yang dinyatakan dalam 6.1.2. Sebagai contoh berikut
adalah markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi oleh Pelajar X:

Contoh:

i. Kegiatan Pasukan Badan Beruniform

Aspek Penilaian Prestasi Markah


a) Kehadiran Penuh (18/18) 50
b) Jawatan disandang Ahli Aktif 3
Menghadiri Jambori Pengakap
c) Penglibatan 14
Peringkat Negeri
d) Pencapaian Ketiga Kawad kaki Peringkat Negeri 12
JUMLAH 79

106
ii. Kegiatan Kelab/Persatuan

Aspek Penilaian Prestasi Markah


a) Kehadiran Penuh (10/12) 42
b) Jawatan AJK Persatuan Sejarah 5
Menyertai Seminar Penulisan Sajak
c) Penglibatan 14
Peringkat Negeri
Naib Johan Pertandingan Bahas Ala
d) Pencapaian 7
Parlimen Antara Kelas
JUMLAH 68

iii. Kegiatan Sukan/Permainan

Aspek Penilaian Prestasi Markah


a) Kehadiran Penuh (12/12) 50
b) Jawatan AJK Kelab Bola Sepak B18 5
Mewakili Negeri dalam
c) Penglibatan 14
Pertandingan Balapan MSSM
Naib Johan Timang Bola Sepak
d) Pencapaian 16
Nike Peringkat Kebangsaan
JUMLAH 85

7.3 Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum

7.3.1 Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti berikut:

Jadual 6

GRED MARKAH
A Antara 80% hingga 100%
B Antara 60% hingga 79%
C Antara 40% hingga 59%
D Antara 20% hingga 39%
E 19% ke bawah

7.3.2 Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi Pelajar X,


gred yang diperolehi bagi setiap kegiatan kokurikulum adalah seperti
berikut:

Jadual 7

Kegiatan Markah Yang Diperolehi Gred


Pasukan unit Beruniform 79 B
Persatuan/Kelab 68 B
Sukan/Permainan 85 A

107
8. MARKAH BONUS

8.1 Markah Bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang
oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran
sekolah. Perjawatan tersebut merangkumi:

a) Perjawatan Peringkatan Sekolah seperti pengawas, pengawas perpustakaan,


Imam dan sebagainya.

b) Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua rumah, Ketua bilik/asrama dan


sebagainya.

c) Perjawatan Peringkatan Kelas seperti Ketua Kelas/darjah dan sebagainya.

8.2 Bagi setiap jawatan tersebut markah bonus diberikan sebagai pengiktirafan kepada
murid di atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus yang
ditetapkan adalah seperti berikut:

Jadual 8

Bil Jawatan Markah Bonus


1. Ketua Murid I/Ketua Murid II 10
2. Timbalan/Penolong Ketua Murid 8
Ketua / Pengerusi badan-badan perkhidmatan atau
3. pengurusan utama yang ditubuhkan untuk membantu 7
sekolah – Ketua Asrama / Ketua PRS / Quartermasters
4. Penolong Ketua Asrama / Penolong Quartermasters 6
AJK Utama badan-badan perkhidmatan atau
pengurusan ( Bendahari / Setiausaha / Ketua Biro)
5. 5
- Asrama / PRS / Penerima sijil dan lencana SLAD /
PROSTAR / Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah
Ahli-ahli J/Kuasa perkhidmatan dan sokongan
- AJK Kecil Biro / Ketua Bilik / Ketua Dorm / Ketua
6. 3
Darjah / Ketua Tingkatan / Penerima sijil SLAD /
PROSTAR
Penolong Ketua Kelas / Penolong Ketua Bilik / Ahli
7. 2
Quartermasters

8.3 Anugerah Khas

Anugerah khas diberi sebagai pengiktirafan kepada murid/ pelajar di atas


pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang
diusahakan sendiri. Markah anugerah khas ini ditetapkan seperti berikut:

108
Jadual 9

Bil Jawatan Markah Bonus


Anugerah Remaja Perdana (ARP)
Emas 10
1
Perak 7
Gangsa 5
Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas Jaya
2 10
Kebangsaan
Pencapaian aktiviti kokurikulum di luar negara atas
pembiayaan sendiri
3 Johan 5
Naib Johan 3
Ketiga 2
4 NILAM 5
5 Lain-lain anugerah yang setara tara 5

8.4 Setiap murid hanya layak menerima markah bonus untuk jawatan yang paling
tertinggi yang disandang pada setiap tahun.

8.5 Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan tatatertib
atau kes disiplin, maka markah bonus ini tidak layak dimasuk kira.

9. GRED KESELURUHAN

9.1 Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seorang murid dalam dua
dari tiga jenis kegiatan kokurikulum yang dianggotai berserta markah bonus. Dua
bidang kegiatan dipilih bergantung kepada prestasi markah yang diperolehi, iaitu
dua bidang yang menunjukan prestasi tertinggi.

9.2 Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah


kedua-dua kegiatan kokurikulum yang diperolehi dan mendapatkan purata bagi
kedua-dua markah tersebut. Kemudian nilai tersebut dicampurkan dengan markah
bonus yang diperolehi. Hasil tambah tersebut dipadankan dengan nilai gred
sebagaimana yang terdapat pada 7.3.1.

9.3 Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi Murid X perkiraan
gred keseluruhan adalah seperti berikut:

Jumlah Markah Pasukan Badan Beruniform = 79


Jumlah Markah Persatuan/Kelab = 68
Jumlah Markah Sukan = 85

Markah purata ialah = (79+85) / 2


= 82

Markah bonus = 10 (sebagai Ketua Murid)


Markah keseluruhan = 82 + 10
= 92

Gred Keseluruhan =A

109
10. PELAKSANAAN

10.1 Semua sekolah menengah di setiap negeri diminta menggunakan format dan
borang yang sama dalam membuat penilaian aktiviti kokurikulum pelajar (Lihat
Lampiran 1,2 dan 3).

10.2 Penilaian hendaklah dibuat pada setiap hujung tahun atau selewat-lewatnya awal
bulan Januari tahun yang berikutnya. Tempoh ini diperlukan kerana masih ada
kegiatan kokurikulum peringkat kebangsaan yang dijalankan pada bulan Disember.

10.3 Oleh sebab penilaian kokurikulum dibuat sepanjang tempoh murid berada di
Tingkatan 1 hingga 6, pihak sekolah perlu menyediakan Buku Kemajuan
Kokurikulum yang telah diseragamkan oleh KPM. Langkah ini memudahkan
penyimpanan rekod-rekod kemajuan dan pemindahan rekod sekiranya murid
berpindah ke sekolah lain dan kemasukan ke Matrikulasi / IPT.

10.4 Pihak sekolah hendaklah membentuk jawatankuasa penilai yang terdiri daripada
guru–guru dan dipengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar.

10.5 Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru pemimpin sebelum disahkan oleh
Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum.

10.6 Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun sepanjang


persekolahannya . Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam bentuk
prestasi tahun semasa (GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh
persekolahan (CGPA). Contohnya prestasi GPA dan CGPA Murid X dalam bidang
kokurikulum dalam tempoh persekolahan sehingga Tingkatan 5:

Jadual 10

Tingkatan Markah Kokurikulum GPA CGPA


I 69 69 69.0
II 82 82 75.5
III 83 83 78.0
IV 89 89 80.8
V 80 80 80.6

Contoh pengiraan CGPA

Tingkatan II = (69+82)/2
= 75.5

Tingkatan IV = (69+82+83+89)/4
= 80.8

10.7 Untuk mendapatkan markah 10%, markah akhir hendaklah dibahagikan dengan
100 dan didarabkan dengan 10. Contohnya

Tingkatan V = 80.6 x 10
100
= 8.06

110
10.8 Bagi murid Tahun 6 , penilaian kokurikulum berdasarkan pencapaian terbaik dari
Tahun 4 hingga 6 diambil kira bagi kelayakan kemasukan ke Sekolah Berasrama
Penuh / MRSM.

10.9 Kes-Kes Terpencil

Penilaian kokurikulum bagi :


■ murid-murid Pendidikan Khas
■ murid-murid kurang upaya
■ pesakit kronik / luar biasa
■ sekolah di kawasan pedalaman
■ sekolah kurang murid (SKM)

10.10 Kes-Kes Khas

Murid-murid yang terlibat dalam aktiviti sukan berprestasi tinggi hendaklah dinilai
mengikut kriteria seperti murid biasa

11. PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM BAGI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 6

Murid-murid yang telah menamatkan Tingkatan 6 dan mengikuti Program Latihan


Khidmat Negara (PLKN), mereka yang terlibat boleh memilih markah prestasi PLKN
untuk turut dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini, murid mempunyai
empat pilihan dari tiga yang perlu dipilih untuk menentukan markah kokurikulumnya. Jika
prestasi murid didapati tinggi dalam kegiatan PLKN, maka markah terendah dalam
bidang lain akan digugurkan. Markah Kokurikulum yang diperolehi calon ialah 60 markah
@ 60/100 x 10 = 6 (pengekalan cadangan sebelumnya yang dicadangkan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

111
REKOD KEHADIRAN KOKURIKULUM Lampiran 1
BORANG A
Tingkatan: ___________________ Tahun: __________________

Minggu Unit T.tangan Kelab/ T.tangan Sukan/ T.tangan


Beruniform Guru Persatuan Guru Permainan Guru
Aktiviti Pemimpin Aktiviti Pemimpin Aktiviti Pemimpin
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39
40.

Jawatan: __________ Jawatan: __________ Jawatan: _________


Nama Guru Pemimpin Nama Guru Pemimpin Nama Guru Pemimpin
1. ________________ 1. ________________ 1. ________________
2. ________________ 2. ________________ 2. ________________
3. ________________ 3. ________________ 3. ________________

112
BORANG RUMUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM: Lampiran 2
BORANG B

SEKOLAH ……………………………………………………………………..

BORANG PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM


TAHUN…………………

1. Nama Murid: ………………………………….. 3. Jenis Kegiatan: .………………………….


2. Tingkatan: ……………………………………... 4. Jenis Aktiviti: ………………………………

AGIHAN
ASPEK PENILAIAN PRESTASI MARKAH
MARKAH
KEHADIRAN 50

JAWATAN YANG
10
DISANDANG

PENGLIBATAN 20

PENCAPAIAN 20

JUMLAH MARKAH 100

GRED

Tanda Tangan: ……………………………………..

Guru Pemimpin: ……………………………………

Cop Sekolah: ………………………………………

113
BORANG RUMUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM: Lampiran 3
BORANG C

SEKOLAH ……………………………………………………………………..

BORANG PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM


TAHUN…………………

Nama Murid: ………………………………….. No. K.P: …………...………………………….


Tingkatan: ……………………………………… Jantina: …………….…………………………

I II III IV
Agihan Prog.
Aspek Yang Dinilai Badan Kelab/ Sukan/
Markah Khidmat
beruniform Persatuan Permainan
Negara
KEHADIRAN 50
JAWATAN YANG
10
DISANDANG
PENGLIBATAN 20

PENCAPAIAN 20

JUMLAH MARKAH 100 60

GRED

Jawatan bidang-bidang lain : _________________________________________

Markah Bonus : GPA :

Gred Keseluruhan : CGPA :

Ulasan: ___________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

Disahkan Oleh

_________________________ ___________________________
Tanda Tangan P.K Kokurikulum Tanda Tangan dan Cop Pengetua

Tanda Tangan Ibubapa/Penjaga: ___________________ Tarikh: ____________________

114
2007 年度全国华文独中联课活动处之通讯录 (截至 2007 年 9 月止)
月止)

教师 性
序 学校 职位 联课活动处网址 联络电话
姓名 别
关莲意 女 组长
http://www.chhs.edu.my/phpc
1 麻坡中化中学 陈雪薇 女 助理 06-9522632
ms/data/activity/
洪大义 男 课委
http://www.peihwa.homeip.ne
2 利丰港培华独中 辜丽秀 女 主任 06-9571032
t/extracurricular/index.php
郑俊健 男 助理
3 居銮中华中学 - 07-7724021
黄德成 男 助理
http://yphs.net/data/cocurricul
4 永平中学 陈俊华 男 主任 07-4671611
um/
潘德福 男 主任
http://chsbp.net/article/activiti
5 巴株华仁中学 林彩虹 女 助理 07-4341186
es/
陈德利 男 书记
http://www.djz.edu.my/school
6 新文龙中华中学 罗晓涵 女 主任 07-4241148
/sbrchhs/ss_dormitory.php
7 笨珍培群独中 林玉华 女 主任 - 07-6873980
符贻锦 男 主任
http://www.foonyew.edu.my/s
8 新山宽柔中学 叶辅财 男 副主任 07-2224446
ociety/society.htm
陈美凤 女 书记
徐亚烈 男 主任 http://www.payfong.edu.my/s
9 马六甲培风中学 06-2824217
陈天龙 男 助理 tudentscc.htm
杨汉彬 男 主任
10 芙蓉中华中学 - 06-7612782
林锦安 男 副主任
11 波德申中华中学 林明利 男 主任 - 06-6471282
刘伟民 男 主任
http://www.tsunjin.edu.my/xo
朱清祥 男 副主任
12 吉隆坡循人中学 ops2/modules/xoopspartners/ 03-92214371
詹文龙 男 副主任 2006lianketuanti.php
高伟铭 男 书记
梁慧仪 女 主任
13 吉隆坡坤成女中 - 03-22732713
林秀莲 女 副主任
曾湘茗 女 主任 http://confucian.edu.my/cn/in
李傲程 男 助理 dex.php?option=com_content
14 吉隆坡尊孔独中 03-20261086
廖慧萍 女 内勤书记 &task=blogcategory&id=34&
林建豪 男 外勤书记 Itemid=41

115
教师 性
序 学校 职位 联课活动处网址 联络电话
姓名 别
李慧慧 女 主任
白万云 女 副主任
陈玉焮 女 副主任
http://www.chonghwakl.edu.
15 吉隆坡中华独中 郑盈盈 女 副主任 03-62587946
my/
白万发 男 副主任
郑守旺 男 助理老师
杨紫琳 女 助理职员
16 巴生光华独中 洪淑芬 女 主任 - 03-33416650
陈淑娴 女 主任 http://www.djz.edu.my/pinhw
17 巴生滨华中学 0333438128
吕绿萱 女 助理 a/PH5/pages/lianke.html
谢锡福 男 主任
黄志光 男 副主任
18 巴生兴华中学 - 03-33714241
颜友玲 女 助理
洪兴隆 男 书记
谢仙妮 女 联课组长
19 巴生中华独中 - 03-33728632
沈玉俊 男 助理
温慧玲 女 主任
20 怡保深斋中学 - 05-3126612
陈肖君 女 书记
游志明 男 主任 http://www.yukchoy.edu.my/s
21 霹雳育才独中 05-5267912
刘志忠 男 助理 ociety/
庄织华 男 主任 http://www.poilam.edu.my/ce
22 怡保培南中学 05-3215289
郑希浩 男 助理 camenusoc.asp
23 班台育青中学 张弘弼 男 主任 - 05-6771379
学生事务
24 江沙崇华独中 李亚国 男 - 05-7761484
主任
http://www.stnh.edu.my/Nan
%20Hua%202006/2006%20
林光进 男 主任
25 曼绒南华独中 Nanhwa%20Homepage/Lian 05-6913457
雷丰侥 男 助理 %20Ke%20Hua%20Dong%2
0Main.htm
杨秀琼 女 主任
26 金宝培元独中 - 05-4661363
张汉强 男 助理
27 安顺三民独中 孙凤娟 女 训导 - 05-6221622
王龙云 男 主任 http://www.djz.edu.my/school
28 太平华联中学 05-8072208
/hualian/huodong.htm
吴颖瀚 男 主任
29 吉兰丹中华中学 陈大升 男 助理 - 09-7887671
林孙兴 男 职员
黄鉥琍 女 主任 http://www.djz.edu.my/school
30 双溪大年新民立中 04-4211060
杨月诗 女 书记 /spsinmin/houdong.htm

116
教师 性
序 学校 职位 联课活动处网址 联络电话
姓名 别
31 亚罗士打新民独中 王玉珍 女 主任 - 04-7320021
32 亚罗士打吉华独中 刘荠祥 男 主任 - 04-7771222
李宗持 男 主任 http://www.jitsin-ind.edu.my/
33 大山脚日新独中 04-5305063
陈威汝 女 助理 society/society.htm
傅淑梅 女 主任 http://www.hchs.edu.my/socie
34 槟城韩江中学 04-2817181
郭燕玲 女 助理 tyclubs.htm
李淑菁 女 主任
35 槟城钟灵独中 - 04-8283655
黄清木 男 助理
训导兼联
36 槟城槟华女子独中 陈星君 女 - 04-2281604
课主任
37 槟城菩提独中 廖丽霞 女 主任 - 04-2271469
李志鹏 男 训导主任 http://www.chms1.edu.my/ke
38 古晋中华第一中学 082-331599
陈亮文 女 副训导 waihuodong/
39 古晋中华第三中学 许淑燕 女 训导主任 082-331877
40 古晋中华第四中学 彭碧玉 女 助理 - 082-243860
李红莹 女 训导主任
刘丽香 女 教师
41 石角民立中学 王石泉 男 教师 - 082-682788
杨小慧 女 教师
罗庆龙 男 教师
温世恒 男 教务主任
蔡秋铭 男 训育主任
42 西连民众中学 蔡汉薇
- 082-874073
女 教师
温世琪 女 教师
43 吴舜卿 教师
诗巫光民中学 - 084-319564
谢爱燕 教师
44 诗巫黄乃裳中学 严生勇 男 主任 - 084-215732
45 诗巫建兴中学 - - - - 084-320219
46 诗巫公教中学 黄楫钩 男 训导 - 084-322327
刘九财 男 主任
47 诗巫公民 江仙琦 女 书记 - 084-351392

林国秀 女 主任 http://www.smkaidee.net/scho
48 民都鲁开智中学 086-339339
Nancy 女 助理 ol_act.htm
黄秋雨 女 主任
49 美里培民中学 陈建荣 男 助理 - 085-432448
彭颖慧 女 助理
50 美里廉律中学 林波龙 男 副校长 - 085-612423
赵金锭 女 教师
51 泗里奎民立中学 - 084-651124
巫晓馨 女 教师

117
教师 性
序 学校 职位 联课活动处网址 联络电话
姓名 别
曾永道 男 主任 http://sttss.edu.my/AdminStaf
陈彦绫 女 副主任 f/Admin_CCA.htm
邬秀琴 女 会社组长
52 沙巴崇正中学 088-254154
冯慧盈 女 副会社 http://sttss.edu.my/SchActivit
江赐良 男 演艺组长 ies/SchActivities_2007Activit
陈宣绫 女 书记 iesRecords.htm
王经纶 男 主任 http://www.kiankok.edu.my/
53 沙巴建国中学 088-215959
任俭之 男 助理 main.php?do=showclub
54 沙巴吧巴中学 甘庆喜 男 主任 - 088-913955
55 沙巴保佛中学 钟天福 男 教师 - 087-211434
56 丹南崇正中学 邹文婷 女 主任 - 087-735698
57 斗湖巴华中学 黄南国 男 主任 - 089-772975
58 古达培正中学 古丁华 男 主任 - 088-611948
林琴音 女 主任
59 沙巴拿笃中学 - 089-882002
陈律部 男 助理
方年华 男 主任
张瑞欢 女 助理
60 山打根育源中学 - 089-218843
闵美仪 女 书记
邓勇咨 男 书记
刘惠萍 女 助理主任
关明华 行政助理 http://www.foonyewkulai.edu
61 宽柔中学古来分校 07-6636479
巫美子 职员 .my/news/ex060511c.php
林美岚 职员

118
4.3.3 国内外联课教育资源网站 (仅供参考)

国家 网站名称 网址
董总联课教育网站 http://www.djz.edu.my/student/lianke/di1/lianjie/lj4.htm
马 各校联课活动处网站 参考本册 “2007 年度全国华文独中联课活动处之通讯录” ”
来 马来西亚佳礼中文论坛。课外活动 http://chinese.cari.com.my/myforum/forumdisplay.php?fid=399
西 青少年艺术坊 http://www.ycamalaysia.com/v3/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1
亚 友谊花开部落格 http://youyihuakai.blogspot.com/2006/04/blog-post.html
All Malaysia Info http://allmalaysia.info/news/attraction.asp?id=225&pt=11

香港课外活动主任协会 http://hkeama.hkedcity.net
香港教育学院(课外活动资源网) http://home.ied.edu.hk/~oecas/related_website/related_website.htm
香港中学课外活动资料册档案 http://www.fed.cuhk.edu.hk/~nywong/course/hkdata.html
香港狮子会中学联课活动组 http://student.lionscollege.edu.hk/lc-eca/home.html
香港布厂商会朱石麟中学 联课活动 http://www.hkwmacsl.edu.hk/ex_activity/exact.htm
香港神托会培敦中学 联课活动 http://pooitun.school.net.hk/schorg/coedu.htm
香 西贡崇真天主教中学 课外活动 http://www.sts.edu.hk/skstcs/internet/sch_ext_cur_act/plan_03_04.htm
港 香港道教联合会圆玄学院第二中学 课外活动组 http://eca.yy2.edu.hk/
基督教粉岭神召会小学 课外活动 http://www.fagps.edu.hk/units/eca/
SKH Bishop Mok Sau Tseng Secondary School 联课活动 http://mst.hkcampus.net/~mst-ccur/intro/index.shtml
基督教粉岭神召会小学 课外活动 http://www.fagps.edu.hk/units/eca/
圣公会圣西门吕明才中学 联课活动 http://sslmc.mysch.net/~geog/main/activity/index.htm
优质教育基金网上资源中心 http://qcrc.qef.org.hk/qef/browse.phtml?nature_id=3&subnature_id=36
无国界义工-青年领袖培训中心 http://www.volunteer.org.hk/LTC/LTC01.htm

119
国家 单位 网址
台湾西苑高中 社团活动组 http://www.sysh.tc.edu.tw/train/group/007main.htm
世新大学 课外活动指导组 http://club.shu.edu.tw/
玄奘大学 课外活动指导组 http://www.hcu.edu.tw/sbb/
台湾东吴大学 课外活动组 http://www.scu.edu.tw/extracur/
台湾国立交通大学 课外活动组 http://www.cc.nctu.edu.tw/~activity/
明新科技大学 课外活动指导组 http://act.must.edu.tw/main.php
国立台湾大学 课外活动组 http://ccms.ntu.edu.tw/~activity/Frameset-2.htm
台 華梵大學課外組 http://www.hfu.edu.tw/~ec/
湾 雅加达台北国际学校 联课活动 http://www.jtis.org/snapshot_eskul.htm
教育部六大学习网 http://www.tskes.tpc.edu.tw/6E_NET/index.htm
中国青年救国团全球资讯网 http://www.cyc.org.tw
中华体验学习发展协会 http://www.pataiwan.com.tw/02/02_03.htm
冒险、探索教育资讯中心 http://www.colors.idv.tw/
亚洲体验教育学会 http://www.aaee.org.tw/index.htm
中国青年救国团全球资讯网 http://www.cyc.org.tw/
团康魔法城 http://www.mgct.com.tw/index_G.htm

http://www.dckw.net/?becom_authtest_username=&becom_authtest_key=9330A3894F806
东城区青少年课外活动网
55C6FCC5C663B589FA7
上网第一站.教案.实践活动 http://www.35d1.com/jiaoan/shi/Index.html

中华教育资源网 http://www.cn910.net/

中国拓展培训网 http://cnctc.org/html/tuozhan/tz_trainingcourse.htm
培训游戏大全 http://www.neixun.cn/pxyx/peixun_youxi.htm
快乐的课外教室 http://www.kewai3-12.com/

120