Latar Belakang

Sunnah Nabawiah merupakan sumber kedua di dalam Islam selepas daripada al-Quran al-Karim. Keperluan kepada memahami dan menjadikan ia sebagai sandaran hukum menjadi begitu mendesak bukan sahaja sebagai satu ilmu yang perlu diketahui oleh penuntut pengajian Islam tetapi juga masyarakat awam. Sunnah menjadi benteng utama dalam mempertahankan keaslian ajaran yang di bawa oleh Rasul s.a.w. Menyedari kepentingan Sunnah ini dapat terus disebarkan dan dipertahankan maka pihak Jabatan al-Quran dan al-Hadith bercadang untuk mengadakan seminar Sunnah Nabawiah Antarabangsa: Realiti dan Cabaran Semasa. Muktamar ini perlu diadakan bagi membincangkan mengenai keperluan memahami Sunnah dan kaedah berinteraksi dengan hadith-hadith Nabi s.a.w disamping mengetengahkan isu-isu berkaitan yang sesuai pada masa kini.

3. Menghuraikan peranan Institusi Pengajian Tinggi berkaitan dalam menangani isu dan cabaran berkaitan dengan Sunnah Nabawiah dalam masyarakat awam serantau. 4. Mengenal pasti cabaran dan rintangan dalam memastikan Sunnah Nabawiah terus terpelihara. 5. Menyatukan masyarakat dan ummah dengan seruan kembali kepada sunnah dalam menangani permasaalahan semasa.

Format Penulisan
Syarat Penulisan Kertas Kerja : Bagi memastikan kertas kerja yang di hantar oleh para peserta menepati kehendak dan objektif seminar, sebagaimana berikut: 1. Kajian yang di hasilkan adalah asli, bermutu dan bebas dari kesalahan bahasa sebagaimana yang termaktub di dalam garis panduan penulisan akademik. Kajian juga haruslah tepat, padat dan tidak terkeluar dari topik perbincangan. 2. Topik-topik perbincangan didalam kertas kerja haruslah menzahirkan perkaitan yang jelas dengan tema dan objektif seminar. 3. Artikel berbahasa Arab perlu ditaip dengan tulisan bersaiz 16 dan nota kaki bersaiz 14 dalam Traditional Arabic. Halaman muka surat diantara 15-25 muka. 4. Artikel berbahasa Melayu atau Inggeris perlu ditaip dengan tulisan bersaiz 12 dan nota kaki bersaiz 10 dalam Times New Roman. Halaman muka surat diantara 15-25 muka. 5. Penulis diingat agar menghantar abstrak melalui email.

Tema Umum
“Sunnah Nabawiah Pemacu Generasi Rabbani ”

Skop Dan Topik
• Khidmat dan kesungguhan para ulama semasa terhadap sunnah. - Kajian terkini dan kritikan terhadapnya - Aspek teknikal dan keperluan penggunaan ICT dalam kajian sunnah - Usaha penterjemahan hadith-hadith nabawi kedalam bahasa lain • Aliran-aliran dalam pengajian hadith - Metodologi pengajian hadith - Metodologi pengajaran dan silibus hadith - Pemikiran orientalis dan kritikan

Objektif
Muktamar berikut: ini diadakan dengan objektif seperti 1. Membincangkan isu semasa dan cabaran berkaitan Sunnah Nabawiah. 2. Menyediakan penyelesaian dan jawapan kepada isu dan cabaran berkaitan dengan Sunnah Nabawiah kepada para peserta.

Yuran Penyertaan
Pembentang ( Luar Negara ) Pembentang/Institusi (Dalam Negara) Pelajar Ijazah Tinggi (IPTA / IPTS) Pelajar Ijazah Tinggi (UM) Peserta : : : : : USD200.00 RM400.00 RM200.00 RM100.00 RM100.00

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful