You are on page 1of 1

 

Keluarga

Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertaliandarah,


perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Kasih sayang keluarga adalah hartayang
tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan wang ringgit.Oleh itu, setiap
anggotakeluarga perlu mengekalkan tradisi kekeluargaan mereka bagi mengekalkan
hubungansilaturahim antara anggota keluarga

Setiap ahli keluarga haruslah mengamalkan nilai mengekalkan tradisikekeluargaan.


Definisi bagi nilai tersebut adalah menerima, menghormati danmengamalkan sesuatu
kebiasaan, adapt dan kepercayaan yang diwarisi secara turuntemurun dalam
keluarga.Mengekalkan tradisi kekeluargaan dapat memupuk nilai-nilai murni seperti
keibubapaanyang bertanggungjawab, kehormatan dan kesetiaan anak kepada ibu bapa
dan orang tua,perhubungan yang mesra antara generasi, ibu bapa yang menunjukkan
contoh tauladanyang baik dalam mendidik anak supaya berakhlak mulia sepanjang
hayat, rumah tanggayang menjadi tempat perlindungan yang paling selamat, tenteram
dan membahagiakanpenghuninya.

Selain itu, setiap anggota keluarga harus mempunyai nilai hormat dan taat
kepadaanggota keluarga. Definisi bagi nilai tersebut ialah memuliakan setiap anggota
keluargadengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan
keluargayang harmoni. Salasilah keluarga memberi gambaran yang jelas mengenai
taliperhubungan atau persaudaraan keluarga. Justeru, keluarga yang bahagia
dapatdiwujudkan sekiranya keluarga tersebut mengamalkan tradisi kekeluargaan.

Ibu bapa harus merancang aktiviti bersama-sama keluarga mengenai tradisikeluarga


yang akan diadakan. Ahli keluarga akan merasakan bahawa mereka jugamerupakan
sebahagian daripada proses perancangan amalan tradisi tersebut. Anak-anak adalah
pewaris generasi masa kini, maka setiap aktiviti yang kita lakukan bersama dalamtradisi
keluarga akan menjadi ikutan mereka apabila dewasa kelak.

You might also like