UNIT 2.

1 ENJIN
Objektif Kursus
Pada akhir unit ini pelajar akan dapat: 1. Menyatakan fungsi enjin dalam kenderaan. 2. Menerangkan kendalian enjin dua lejang dan empat lejang. 3. Menyatakan perbezaan enjin dua lejang dan empat lejang. 4. Mengelaskan enjin mengikut susunan injap, silinder, aci sesondol, dan susunan ruang pembakaran. 5. Menamakan bahagian kepala silinder. 6. Menerangkan binaan kepala silinder. 7. Melakukan kerja-kerja ujian mampatan. 8. Menganalisis hasil ujian mampatan.

Pencapaian kompetensi
Pada akhir unit ini pelajar akan dapat: 1. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja. 2. Membezakan antara enjin empat lejang dengan enjin dua lejang serta menerangkan kendaliannya. 3. Mengenalkan bahagian kepala silinder serta mengelaskan enjin mengikut susunan injap silinder, aci sesondol dan susunan ruang pembakaran. 4. Melakukan ujian mampatan kering dan basah serta menganalisi hasilnya.

Maklumat penting

2.1 Kendalian Rajah 2.2.1 ENJIN Fungsi: Menghasilkan kuasa untuk menggerakkan kenderaan dan menjalankan semua peralatan elektrik serta alat tambahan dalam kenderaan.1. terdapat liang pada dinding silinder yang ditutup dan dibuka oleh penggerak piston iaitu liang masuk.0 a.0 Enjin dua lejang 2. Lihat Rajah 2.2. Sebaliknya. Pergerakan ke atas .1. liang pindah dan liang ekzos.1 Kendalian Enjin Dua Lejang Enjin dua lejang tidak menggunakan injap.

Liang masuk terbuka pada ketika ini. palam pencucuh mengeluarkan bunga api dan membakar campuran udara dan bahan api yang telah dimampatkan. v. Campuran udara dan bahan api dari koburetor masuk ke dalam kotak engkol melalui liang masuk. Piston menutup liang pindah dan liang ekzos. Pada akihir pergerakan piston ke atas. ii. ii. iv. Gas ekzos keluar melalui liang ekzos. iii. Vakum terwujud dalam kotak engkol. Pembakaran menyebabkan ledakan dan menghasilkan kuasa yang tinggi. Liang masuk tertutup dan pergerakan piston menolak campuran udara dan bahan api melalui pindah ke ruang pembakaran. v. Pergerakan piston memampatkan campuran udara dan bahan api di ruang pembakaran.i.1 Enjin empat lejang . iv. vi. Piston ditolak dari TTA ke TTB menyebabkan liang ekzos dan liang pindah terbuka. Rajah 2. Pergerakan ke bawah i. Aci engkol berpusing menyebabkan piston bergerak dari TTB ke TTA. b. iii.

mampatan.2 Kendalian Enjin Empat Lejang Enjin empat lejang mempunyai injap dan prosesnya melibatkan empat lejang iaitu lejang masuk. iii. Lejang kuasa i. Lejang mampatan i. kuasa dan ekzos seperti dalam Rajah 2. Kedua-dua injap masih tertutup. ii. c. Campuran udara dan bahan ap dicucuh oleh bunga api yang dikeluarkan oleh palam pencucuh. Lejang masukan i. ii. Piston bergerak dari TTB ke TTA.2. iv. Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup. iii. Kedua-dua injap tertutup. iii. Tekanan atmosfera menolak campuran udara dan bahan api dari koburetor ke dalam silinder melalui injap masuk yang terbuka. v. .1 a.1. Campuran udara dan bahan api dimampatkan. ii. Piston ditolak dari TTA ke TTB. Vakum terwujud di bahagian atas piston dalam silinder.1. Ledakan menghasilkan kuasa yang tinggi. b. Piston bergerak dari TTA ke TTB. Piston menghampiri TTA dalam lejang mampatan.

Enjin Empat Lejang a. c. Pergerakan piston dari TTB ke TTA menolak gas yang terbakar keluar melalui injap ekzos. Salur masuk dan salur ekzos dikawal oleh injap. iv. b. b. Jadual 2. Minyak pelincir dicampur dengan bahan api petrol bagi tujuan peliciran. Pada akhir lejang ekzos. injap ekzos mula membuka. Kepala piston mempunyai pemesong untuk mengawal pengaliran campuran udara dan bahan api ke dalam silinder. ii. Satu pusingan aci engkol melengkapkan satu kitaran. Proses ini berulang selagi enjin hidup. Dua pusingan aci engkol melengkapkan satu kitaran. Apabila piston sampai ke TTB. d.2. Lejang ekzos i.2 PENGELASAN ENJIN 2.0 Perbezaan antara enjin dua lejang dengan enjin empat lejang Enjin Dua Lejang a. iii. injap masuk mula membuka.d.1 Susunan Injap . Pembukaan dan penutupan liang dikawal oleh piston. c. Terdapat takungan asing unuk menakung minyak pelincir bagi tujuan peliciran. Tiada pemesong pada kepala piston. d. 2.

3 Jumlah Silinder 2.2.2 Jumlah Silinder Rajah 2.2 Susunan Injap 2.3 Jenis Susunan Silinder .2.Rajah 2.

pepasangan injap dan palam pencucuh.0.Rajah 2. Komponen-komponen utama yang terpasang pada kepala silinder ialah aci sesondol. Lihat Gambar Foto 2.2. Rajah 2.5.5 Kepala silinder 2. Lihat Rajah 2. . Kepala silinder enjin lama dibuat daripada besi tuang sementara enjin moden menggunakan aloi aluminium. Jurnal aci sesondol bergerak di dalam galas yang terdapat di dalam kepala silinder.2. Aci sesondol biasanya dibuat daripada besi tuang.4 Jenis susunan silinder 2.5 Aci Sesondol Fungsi utama aci sesondol ialah membuka injap masuk dan ekzos mengikut urutan yang ditetapkan.4 Kepala Silinder Fungsi utama kepala silinder adalah untuk menutup silinder enjin agar dapat membentuk ruang pembakaran. Gear aci sesondol dipasang pada bahagian hadapan aci sesondol dan disambungkan pada gear aci engkol dengan tali sawat pemasangan.

Dudukan kamiran terdapat pada kepala silinder besi tuang sementara jenis pasang tekan terdapat dalam kepala silinder aloi aluminium.8 Pepasangan Injap Kenderaan menggunakan sama ada injap jenis Popet atau cendawan. Jenis dudukan injap ialah dudukan kamiran dan dudukan pasang tekan. Lihat Rajah 2.2. Sudut dudukan injap dalam enjin ialah 45° atau 30°.7 Dudukan injap Dudukan injap bersama-sama muka injap berfungsi menghasilkan kedap udara.2. Terdapat dua jenis pandu injap. Terdapat dua jenis . Rajah 2. batang dan jidar injap.6.6 Pandu injap dan dudukan injap 2.6 Pandu Injap Pandu utama aci sesondol ialah tempat batanginjap bergerak. Injap diuat daripada proses larikan dan bahagian utamanya ialah muka. iaitu pandu injap kamiran dan pandu injap pasang tekan. 2.2. Jenis kamiran dibuat semasa proses pembuatan kepala silinder sementara jenis pasang tekan ialah sarung yang dipasang pada lubang dalam kepala silinder.0 Aci sesondol 2.Gambar Foto 2.

9 Panca Rongga Masuk Panca rongga masuk dibuat daripada aloi aluminium dan dipasang pada kepala silinder. Kepala injap masuk lebih besar daripada kepala injap ekzos. Pegas injap dibuat daripada keluli pegas dan dibezakan berdasarkan bilangan gelung.2. 2. Campuran udara dan bahan api masuk melalui saluran ini.2. Pengadang injap dibuat daripada getah neoprene berfungsi untuk menghalang kemasukan minyak pelincir ke dalam ruang pembakaran.injap iaitu injap masuk dan injap ekzos. Lihat Rajah 2. Aci Sesondol Atas Tunggal (SOHC). gas ekzos keluar melalui saluran panca rongga ke paip ekzos. Karburetor atau pemancit dipasang pada panca rongga masuk dan mempunyai saluran yang disambung ke setiap silinder.11 Jenis Aci Sesondol 1.2.7. Sesetengah batang injap ekzos mengandungi natrium untuk menyejukkan injap. .10 Panca Rongga Ekzos Panca rongga ekzos dibuat daripada besi tuang dan dipasang pada tepi silinder. Sudut muka injap ialah 45° dan 30°. 2. Aci Sesondol Atas Kembar (DOHC). Semasa injap ekzos terbuka.7 Pepasangan injap 2. ukuran dan ketegangannya. 2. Rajah 2.

12 Jenis Ruang Pembakaran Rajah 2.8 Jenis aci sesondol 2.2.Rajah 2.3 UJIAN MAMPATAN Ujian mampatan dilakukan atas sebab yang berikut: .9 Jenis ruang pembakaran 2.

Penggunaan bahan api yang tinggi. 2. Ujian mampatan basah dilakukan apabila bacaan ujian mampatan kering adalah rendah daripada spesifikasi. 2. Mampatan basah.1 Jenis Ujian Mampatan 1. 3. Menganalisis hasil ujian mampatan kering dan basah. Melakukan ujian mampatan kering dan basah.4. Penggunaan minyak pelincir yang berlebihan. Mampatan kering. Kuasa enjin berkurangan. Ujian ini dilakukan untuk menentukan sama ada kebocoran berlaku pada kawasan kepala silinder atau pada bahagian-bahagian bongkah silinder. 2.4.1 Tugasan 1.4 AKTIVITI 2. 2. Mengenal pengelasan enjin. Menanggal kepala silinder enjin empat lejang. 3.1. 5.3. 2. Mengenal bahagian dan komponen kepala silinder. 2. 6.2 Peralatan Alat dan mesin . 4. Menanggal kepala silinder enjin dua lejang.

b. c. Hidup dan panaskan enjin. Ujian mampatan kering a. d. c. Kabel dari gelung penyalaan dibumikan. Ulang semula gerak kerja 1 dan 2 pada semua silinder yang lain. Menguji dan merekod ujian mampatan kering dan basah.3 Langkah Kerja 1. Semua palam pencucuh dikeluarkan. Engkol enjin sehingga jarum tolok mampatan sampai ke kedudukan stabil. b. 2.4. Merombak rawat kepala silinder enjin empat lejang empat silinder. 4. Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum ujian mampatan ialah: a.a) Alat tangan b) Penguji mampatan Bahan dan kelengkapan a) b) c) d) e) f) g) h) Kenderaan yang boleh digunakan Enjin empat lejang Enjin dua lejang Enjin OHC Manual woksyop Minyak pelincir Carta enjin Model enjin 2. Injap pendikit mesti dibuka penuh semasa ujian. Pasang penguji mampatan pada lubang palam pencucuh. Rekodkan semua bacaan. 3. d. Cara mengeluarkan but getah palam pencucuh 5. . Merombak rawat kepala silinder enjin dua lejang satu silinder.

(a) . b.Memasang penguji mampatan pada lubang palam pencucuh 6. 2. Masukkan sedikit minyak pelincir ke dalam silinder enjin.4 Rekod Ujian Mampatan Silinder 1 2 3 4 Mampatan kering (a) Mampatan basah (b) (b) . Ulang gerak kerja ujian mampatan kering.4. Ujian mampatan basah a.