arriesfamily.blogspot.

com

AYAM MASAK MANGGA BERLEMAK Bahan-Bahan 4 keping Dada ayam (dibuang tulang dan kulit) 2 sudu makan Serbuk lada hitam 1 biji Buah Mangga - dihiris 398 ml Santan kelapa 2 sudu makan Pes kari 2 batang Serai dihiris 2 sudu makan Air perahan limau 2 sudu makan Kulit limau - yang telah diparut 2 sudu makan Minyak zaitun

Cara Cara 1. Perapkan ayam bersama serbuk lada hitam dan garam 2. Letakkan buah mangga di atas ayam. 3. Campurkan santan, pes kari, kulit serai, kulit limau dan air perahan limau. Dibiarkan lebih kurang ½ jam. 4. Akar atau kukus ayam selama 20 menit

arriesfamily.blogspot.com

IKAN CINCARU TOMATO Bahan-Bahan 2 ekor Ikan cencaru 6 biji - Buah tomato - Lada boh cap lada - Garam dan serbuk perasa

Cara Cara 1. Ikan dibersihkan dan dibelah dua. 2. Buah tomato dipotong kecil dan digaulkan bersama lada boh, garam dan serbuk perasa. 3. Kemudian sumbatkan pada ikan yang dibelah tadi. Diperap seketika. 4. Panaskan minyak dan goreng. 5. Ikan disajikan dengan nasi panas.

arriesfamily.blogspot.com UDANG SEMARAK KASIH
Bahan-Bahan ½ kilo Udang 1 Tin kecil Tomato puri 1 biji Limau nipis 1 ikat Daun Ketumbar 1 cawan Air Minyak secukupnya Garam dan gula secukup rasa REMPAH GILING: 1 sdt Jintan halus 1 sdt Lada hitam 1 sdm Ketumbar 1 labu Bawang besar 1 ulas Bawang putih 5 biji Bawang merah 5 tangkai Lada kering 1 batang Serai UNTUK HIASAN: ½ cawan Bawang goreng 1 biji Bawang besar (dipotong bulat) 1 tangkai Lada merah (dihiris) 1 tangkai Lada hijau (dihiris)

Cara Cara Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang telah digiling tadi. Masukkan air, tomato puri dan udang dimasak sehingga mendidih. Kemudian masukkan air perahan limau, garam, gula dan daun ketumbar. Masak sehingga kuah pekat. Akhir sekali, masukkan bawang besar, lada merah, lada hijau dan bawang goreng.

arriesfamily.blogspot.com

IKAN KERAPU CENDAWAN KUKUS Bahan-Bahan 1 ekor Ikan kerapu 30 gm Buah tomato (dihiris) 5 gm lobak merah (dihiris) 5 gm Lada merah (dihiris) 5 gm Halia (dihiris) 50 gm Cendawan kering (direndam dan hiris) 60 ml Minyak bijan 50 ml Sos Tiram 40 gm Daun ketumbar 10 ml Kicap cair 1 sdt Madu ½ sdt Garam

Cara Cara 1. Ikan digaul bersama dengan minyak bijan, sos tiram, kicap cair, madu dan garam. 2. Masukkan lobak merah, lada merah, buah tomato, halia muda , cendawan dan daun ketumbar. 3. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati, akhir sekali jerang air kukusan dan kukus ikan selama 20 minit.

arriesfamily.blogspot.com ZARZUELA DE PESCADO Bahan-Bahan 1 ekor Lobster atau Udang Karang (dipotong empat) 2 keping Ikan merah 300 g Sotong (dipotong bulat) 6 ekor Udang galah 24 ekor kupang 2 ulas Bawang putih (dikisar halus) 3 biji bawang besar (dikisar halus) 2 biji Tomato (dipotong halus) 1 gengam Daun pasli (dipotong halus) 125 ml Air Minyak zaiton untuk menggoreng Garam dan gula secukup rasa Serbuk roti (digoreng dan dihaluskan lalu dicampur bawang putih dan badam)

Cara Cara 1. Panaskan minyak zaiton kemudian tumis bawang besar. 2. Masukkan lobster dan bawang putih 3. Apabila wangi, masukkan udang, ikan, sotong, kupang, tomato dan daun ketumbar lalu dikacau rata. 4. Biarkan 2 atau 3 minit dan masukan air, garam dan gula secukup rasa. 5. Akhir sekali, masukkan serbuk lada hitam dan serbuk roti yang dicampur bawang putih dan badam.

arriesfamily.blogspot.com

AYAM MASAK MERAH BERSANTAN Bahan-Bahan 1 ekor Ayam (dipotong lapan) 10 batang Lada merah 3 biji Bawang besar 5 ulas Bawang putih 5 biji Bawang merah 2 batang Serai 200 ml Kelapa kara 200 ml Air

Cara Cara 1. Ayam diperap dengan garam dan kunyit Lada merah, bawang besar, bawang putih, bawang merah dan serai dikisar halus. 2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. 3. Bahan bahan yang dikisar tadi, ditumis hingga garing. 4. Masukkan kelapa kara dan air biarkan sehingga mendidih 5. Akhir sekali, masukkan ayam, gula dan garam secukup rasa.

arriesfamily.blogspot.com

DAGING CINCANG BERSAYUR

Bahan-Bahan 300 g Daging ayam - dicincang 1 sudu makan Lada kisar 1 ½ sudu makan Sos tiram 2 sudu makan Kicap manis cair 2 sudu teh Serbuk pati ayam 1 sudu teh Gula 7 ulas Bawang merah kecil (dihiris) 3 ulas Bawang putih (diparut) 1 cm Halia (diparut) ½ labu Lada bulat hijau (dipotong dadu) 2 Biji Buah tomato (dipotong dadu) 6 keping Cendawan shiitake segar dihiris 7 batang Sayur sawi Sedikit garam. Cara Cara 1. Panaskan minyak, tumiskan lada kisar, bawang putih, halia dan bawang merah sehingga wangi. 2. Masukkan daging dan biarkan hingga daging setengah masak lalu masukkan cendawan, biarkan sebentar kemudian masukkan lada bulat dan gaulkan sehingga sebati. 3. Masukkan bahan bahan perasa, buah tomato dan sayur sawi, gaul lagi hingga sebati. Sedia untuk dihidang bersama daun salad.

arriesfamily.blogspot.com

IKAN BAWAL ISTIMEWA MAKANAN SIHAT Bahan-Bahan 1 ekor Ikan bawal 1 btg Serai 2 Keping Asam gelugur 3 biji Bawang putih (dihiris) 3 cm Halia (dihiris) 1 biji Lada (merah dan hijau) 250 gm Brokoli (dipotong kecil) 1 batang Lobak merah (dipotong kecil) 2 batang Daun sop (dipotong kecil) 2 batang Cili merah (dipotong kecil) 2 helai Daun limau purut 3 sdm - Air limau nipis - Sedikit garam dan serbuk perasa - Sedikit minyak Cara Cara 1. Panaskan minyak, tumiskan halia, serai, dan bawang putih . Tumis sehingga garing sedikit. 2. Masukkan air, lada merah, asam gelugur, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih. 3. Masukkan ikan, semua sayuran dan daun limau purut. 4. Akhir sekali masukkan air limau dan daun sop.

arriesfamily.blogspot.com

Rendang Daging Palembang Bahan-Bahan 600g daging 5 helai daun limau purut 850ml santan garam secukup rasa Untuk giling: 5 ulas bawang putih 1sdt jintan manis 1sdt serbuk kunyit 7.5 sm. halia 7.5 sm. lengkuas 10 biji bawang besar 2 sdt serbuk ketumbar 1sdt jintan putih 1sdt serbuk lada hitam 1sdt sebuk lada putih 1sdt jintan kasar Cara Cara 1. Santan dimasak dan masukkan bawang yang telah dikisar 2. Masukkan bahan-bahan giling, daun limau purut dan daging. 3. Masak sehingga kering barulah diangkat dan

dihidangkan.

arriesfamily.blogspot.com

KETAM MASAM MANIS Bahan-Bahan 1 kilo Ketam 1 cawan Minyak 1 cawan Cili yang telah dikisar 1 cawan Tomato puri/sos 1 cawan Tepong jagung dicampur dengan ¼ cwn air 5 biji Bawang putih (kisar hingga halus) 5 biji Bawang merah (kisar hingga halus) 1 sudu besar Perasa 1 sudu besar Cuka 25 gm Asam jawa 3 sudu besar Gula pasir 2 biji Telor ayam

Cara Cara 1. Ketam digoreng dan diketepikan 2. Tumiskan cili hinggga mendidih, campurkan tomato puri, cuka, asam jawa, serbuk perasa, gula pasir. 3. Masukkan air 2 cawan dan tunggu sehingga mendidih. 4. Pecahkan telor dan masukkan tepong jagung yang sudah dicampurkan dengan air ikut pekat sesuka hati.

arriesfamily.blogspot.com

PECHEL UDANG

Bahan-Bahan 4 ekor Udang raja 2 batang Lada merah (dikisar) 3 batang Lada hijau (dikisar) 5 ulas Bawang merah (dikisar) 5 ulas Bawang putih (dikisar) ½ kotak Santan pekat - Sedikit belacan (dibakar dahulu) - Sedikit daun cekur (dihiris halus) - Sedikit air, perasa, garam dan gula. - Sedikit minyak untuk menumis

Cara Cara 1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan bahan yang telah dikisar tadi dan ditumis sehingga layu (jangan terlalu gareng) 2. Masukkan santan pekat, sedikit air jika terlalu pekat, garam, perasa, gula dan gaulkan sehingga sebati. 3. Padamkan api, masukkan daun cekur ke dalam periuk tadi. 4. Akhir sekali, siramkan rempah ke atas udang yang telah di goreng. Siap untuk dihidangkan.

arriesfamily.blogspot.com

SAYUR PAPRIKA ALA THAI

Bahan-Bahan 200 gm daging dipotong tipis dan direbus 3 biji bawang putih dicincang 2 biji bawang besar dipotong bulat 3 sm sos tiram 3 sm sos tomato 100 gm bunga kobis 100 gm kobis cina 4 keping cendawan 1 pokok batang bawang putih 100 gm kacang panjang 100 gm brokoli 1 batang lobak merah ½ biji lada besar sedikit garam dan gula

Cara Cara 1. Rebuskan daging sehingga empuk bersama air daging . 2. Masukkan bawang putih ,bawang besar dan keduadua sos . 3. Biarkan sehingga mendidih dan pekat 4. Masukkan semua sayur-sayuran dan gaul rata , 4. Rasa garam dan gulanya. SERI SAMBAL UDANG VOUGE

Bahan-Bahan 1 kg Udang (tiger prawn) 100g Cendawan hitam 1 biji Bawang besar (dipotong bulat) 2 biji Tomato (dipotong bulat) 2 cm Halia (dikisar halus) 1 biji Bawang besar (dikisar halus) 3 biji Bawang putih (dikisar halus) 20 tangkai Lada kering ditumbuk kasar 1 ½ sudu teh Serbuk ketumbar 1 ½ sudu teh - Serbuk jintan manis - Garam dan gula secukup rasa.

arriesfamily.blogspot.com

Cara Cara 1. Tumis lada hingga garing, kemudian masukkan bahan bahan yang dikisar. Tumis hingga naik baunya 2. Selepas itu masukkan udang dan ditutup selama lima minit. 3. Masukkan pula cendawan, hirisan bawang dan tomato. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.

Tabbouleh

Bahan-Bahan arriesfamily.blogspot.com 125g gandum bulga 75ml minyak zaitun 500g daun pasli 75g daun pudina 6 batang daun bawang (dihiris halus) 4 biji tomato dipotong dadu 1 batang timun jus dari 2 buah lemon daun salad garam lada putih/hitam Cara Cara 1. Mulakan 1 jam sebelum dihidangkan supaya gandum dapat meresap dangan bahan-bahan lain. 2. Rendamkan gandum ke dalam air sejuk selma 15 min, lalu bilas dan salirkan air yang lebih. Letakkan gandum ke dalam mangkuk bersama jus lemon, garam dan lada putih/ hitam. Campurkan minyak zaitun. 3. Timun, daun pudina dan pasli dipotong halus dan dicampur bersama daun bawang. Rasa dan tambahkan jus lemon jika perlu. 4. Hidangkan bersama daun salad dan buah tomato.

BOTOK BOTOK (untuk 2 bungkus) arriesfamily.blogspot.com Bahan-Bahan (untuk digiling) SAYUR SAYURAN: Pucuk mengkudu hitam Pucuk Ubi Pucuk betik Pucuk belinjau Pucuk bebuas Daun selaseh Daun kunyit (Dihiris) Daun pisang untuk dibuat bungkus ½ ekor Ikan tenggiri (dipotong empat keeping) REMPAH: 1 biji Kelapa parut (disangai dan digiling halus) 1 biji Kelapa parut (ambil pati santan 1 mangkuk) 125 gm Rempah kari ikan 10 batang Serai (dikisar) 2 inci Halia (dikisar) 2 inci Lengkuas (dikisar) 20 gm Ikan bilis kering (dikisar) Sedikit air asam pekat Cara Cara 1. Bahan bahan yang dikisar tadi digaul rata bersama daun kunyit, rempah kari, kelapa yang dikisar, santan, air asam, garam dan perasa. 2. Pucuk pucuk daun disusun atas daun pisang dan lapiskan bersama ikan dan rempah. Bungkus daun pisang dan ikat bersama tali. 3. Boleh dikukus selama ½ jam.

DAGING KACANG BEREMPAH arriesfamily.blogspot.com Bahan-Bahan 1 ½ sm ketumbar ½ kg daging lembu atau kambing ½ st lada putih 1 cawan santan 6 ulas bawang merah [dibakar] 2 cawan susu kotak [rendah lemak] 5 biji lada merah 1 ½ sm kerisik kelapa 1 sm gula pasir 1 sm air limau ½ st garam 1 tin kacang tanah 5 sm minyak masak 10 potong jeruk asam [campuran] . ½ st halia ½ st kunyit ½ st lengkuas 3 biji buah keras 2 ulas bawang putih

Cara Cara 1. Tumiskan rempah-rempah dari bahan B sehingga gareng 2. Masukkan daging dan kacau sehingga rata 3. Masukkan kelapa goreng ,santan dan susu, kemudian air limau, gula dan garam . 3. Apabila sudah empuk daging dan pekat ,masukkan kacang dan jeruk asam (campuran ) dan hiaskan hidangan mengikut selera.

arriesfamily.blogspot.com

PASTA ALA FIZAH

Bahan-Bahan 200 gm daging lembu dicincang halus 200 gm daging ayam dicincang atau dipotong dadu 2 biji bawang besar dicincang halus atau dipotong dadu 3 ulas bawang putih dicincang halus 3 helai daun pasli dicincang 2 batang sayur celery dipotong kecil 1 batang lobak merah dipotong dadu 12 biji buah tomato direbus dan dikupas kulitnya lalu dikisar 5 biji buah tomato dipotong dadu 4 keping cendawan jepun dipotong kecil 1 helai daun salam 1 sudu kecil oregano leaves 1 sudu kecil oregano ground ½ sudu kecil thyme ½ sudu kecil crushed chilli (lada serbuk) ½ sudu kecil Italian seasoning 4 sudu makan tomato paste/puree 2 sudu makan tomato ketchup 1 sudu makan minyak masak atau minyak zaitun 1 sudu makan mentega sedikit serbuk keju parmesan untuk ditabur diatas pasta sebelum menghidang 1 bungkus pasta direbus sedikit all spices, crushed black pepper & white pepper, garam dan gula secukup rasa

Cara Cara

Panaskan minyak dan mentega didalam periuk .Setelah panas, masukkan bawang putih, bawang besar dan celeri, tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan lobak merah dan kacau seketika. Tutup periuk dan biarkan ia masak selama 4-5 minit. Buka penutup periuk dan masukkan daging ayam dan lembu. Kacau rata-rata selama 2 minit dengan api yang agak besar kemudian masukkan pula tomato (dipotong dadu) dan kacau lagi .Masukkan tomato kisar, tomato paste,oregano,daun salam,thyme ,crushed chilli ,all spices, pasli, white pepper, crushed black pepper, gula dan garam .Kacau rata seluruh bahan tadi dan masak dengan api yang kecil selama 20-30 minit .Sekali-sekala anda perlu mengacau masakan tadi agar ia tidak hangus .Buka penutup periuk dan akhir sekali masukkan cendawan, kacau lagi dan masak selama 5 minit. Setelah mendidih dan sos menjadi pekat, matikan api dan boleh dihidangkan

arriesfamily.blogspot.com

arriesfamily.blogspot.com

Recipi Ayam Kasturi

Bahan-Bahan 1 ekor ayam 30 biji bawang merah 2 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 batng serai 1.2 litre santan 1 sdt limau perahan sedikit minyak sedikit garam gula Bahan untuk digiling: 1 1/2 biji cili kering 1 sm kunyit 5 sm halia 8 biji buah keras 3 sm lengkuas

Cara Cara 1. Ayam dibersih dan ditoskan 2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih dan serai 3. Masukkan bahan-bahan giling

UDANG GORENG TAHI MINYAK arriesfamily.blogspot.com Bahan-Bahan BAHAN BAHAN (untuk tahi minyak) 1 biji Kelapa parut (ambil pati santan satu mangkuk) 2 sudu makan Ketumbar ½ sudu makan Jintan halus (dikisar) ½ sudu makan Jintan kasar (dikisar) 4 tangkai Daun kunyit Masakkan bahan bahan yang dikisar ini bersama pati santan dan daun kunyit sehingga menjadi tahi minyak dan toskan. BAHAN BAHAN LAIN ½ kg Udang besar (dibelah tengahnya) 2 batang Serai 1 inci Halia 2 biji Bawang besar (yang sedang) 3 biji Bawang putih 6 batang Cili kering 2 sudu makan Rempah kari ikan 2 sudu makan Gula pasir 5 biji Limau kasturi (ambil airnya) Sedikit garam dan serbuk perasa Cara Cara 1. Goreng udang bersama tepung dan toskan. 2. Tumiskan bahan bahan yang dikisar bersama rempah kari ikan, garam, sebuk perasa,. gula dan air limau sehingga garing. Setelah itu campurkan semua bahan tahi minyak tadi dan udang, gaul hingga rata. 3. Akhir sekali, boleh dihidangkan dan dimakan bersama nasi atau diratah saja.

AM COUNTRY`S CAPTAIN Bahan-Bahan 1 ekor Ayam (dibuang kulit dan dipotong) 15 tangkai Cili kering 20 tangkai Daun kari (diambil daun sahaja) 1 sudu makan Kunyit serbuk 3 biji Bawang besar (dipotong bulat) 3 biji Cili hijau 3 biji Cili merah 1 cawan Santan atau susu cair Sedikit garam dan serbuk perasa Minyak jagung untuk menumis.
arriesfamily.blogspot.com

Cara Cara 1. Lada kering, daun kari dan serbuk kunyit dikisar halus. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi hingga kering. Masukkan ayam, garam dan sebuk perasa lalu dikacau rata. Langsung masukkan santan dan sedikit air dan dikacau rata. 3. Apabila ayam sudah masak dan kering, masukkan cili merah, cili hijau dan bawang besar yang dipotong bulat. 4. Kemudian kacau dan masak lebih kurang 5 atau 6 minit. Lalu bolehlah dihidang.

arriesfamily.blogspot.com

AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan Exact quantity was not given by participant (Sukatan tidak diberi oleh peserta) 1 ekor Ayam (dibuang kulit dan dipotong 6) Susu Bawang goreng Kacang peas Minyak untuk goring dan menumis BAHAN BAHAN UNTUK DIKISAR: Lada kering Bawang putih Bawang besar Serai Lengkuas Tomato puri Sedikit garam dan gula

Cara Cara 1. Tumis bahan bahan tadi hingga bahunya naik kemudian masukkan susu cair. 2. Kemudia masukkan pula ayam yang telah digoreng setengah masak dan digaul sebati 3. Biarkan hingga kering (lembap). Dihidangkan bersama sama nasi atau roti.

arriesfamily.blogspot.com

KETAM SAMBAL KARI

Bahan-Bahan 500 g ketam 2 batang daun kari 1 batang serai (dititik) sedikit biji sawi 2 biji bawang besar dihiris 2 ulas bawang putih dihiris 2 biji buah tomato cili boh serbuk kari ikan 2 batang cili hijau asam jawa garam

Cara Cara 1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar hingga wangi, kemudian masukkan serai yang sudah dititik tadi. 2. Masukkan semua sekali bahan-bahannya, termasuk serbuk kari ikan, ketam dan gaul hingga sebati. 3. Perahkan sedikit air asam, garam secukup rasa. 4. Akhir sekali, bila ketam sudah masak bolehlah di taburkan dengan daun ketumbar.
Pulut Teratai

Bahan-Bahan arriesfamily.blogspot.com 150g beras pulut 3 helai daun teratai kering 2-3 utas tali rafia 25g biji teratai 3 keping cendawan kering 100g ayam 6 biji buah berangan kering 1 sdm udang kering 1 biji kuning telur asin ½ sdt air 1 sdt bawang putih 1 genggam kacang gingko 1 sudu kicap cair 1 sdm sos tiram 1 sdm minyak bijan 1 sdt gula ½ sdt lada sulah 1 sdt kicap pekat

Cara Cara 1. Panaskan minyak, tumiskan ayam bersama bawang putih, cendawan kering, kacang gingko, udang kering dan buah berangan kering. 2. Masukkan sos tiram, kicap cair, minyak bijan, kicap pekat dan gula. 3. Pulut direnjiskan dgn air untuk menghilangkan lekit kemudian digaul. 4. Campurkan pulut bersama bahan yg telah ditumis dan kacaukan sehingga rata. 5. Letakkan pulut ke atas daun teratai, masukkan kuning telur asin ditengah pulut kemudian tutupkan dgn pulut di atasnya. 6. Akhir sekali, bungkuskan pulut ke dalam daun teratai lalu diikat dgn tali rafia. Kukuskan selama 25 minit.

SATAY GORENG

Bahan-Bahan arriesfamily.blogspot.com 50 g daging kambing 5 biji bawang merah (dikisar) 5 ulas bawang putih (dikisar) 3 batang serai (dikisar) 1 inci halia (dikisar) 2 inci lengkuas (dikisar) 4 biji buah keras (dikisar) 100 g gula merah 1 ST jintan manis (dikisar) 1 ST jintan kasar (dikisar) 300g ketumbar kasar (dikisar) garam secukup rasa minyak setengah cawan.

Cara Cara 1. Daging diperap dan kemudian ditumis dengan bahan-bahan yang dikisar 2. Satay goreng boleh dihidang dengan roti atau dimakan begitu saja.

Asam Pedas Ikan Pari Bahan-Bahan

600g ikan pari (dipotong enam) arriesfamily.blogspot.com 1 tangkai bunga kantan (dipotong ½) 2 tangkai daun kesum 1 sdt garam 1 sdt gula jus asam jawa (30g buah asam jawa dicampur dgn 1 liter air) (yg dikisar) 6 batang lada merah 3 batang lada kering 1cm kunyit hidup 1sdb serai yg dihiris 4 hiris lengkuas ½ biji bawang merah 6 biji bawang putih 1 sdt ketumbar ½ sdt belacan Cara Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yg dikisar. 2. Masukkan ikan pari dan masak sehingga kecut selama 2-3 minit. 3. Masukkan bunga kantan yang dipotong ½ serta daun kesum. 4. Campurkan jus asam jawa dan biarkan hingga mendidih. Masukkan bahan-bahan perasa dan hidangkan bersama bunga kantan yang dihiris halus. AYAM ALA BELADO

Bahan-Bahan arriesfamily.blogspot.com 1 ekor ayam 1 batang timun 1 biji lettuce 1 biji limau 2 biji bawang besar 3 biji tomato 3 ulas bawang putih 15 batang lada merah halia sebesar ibu jari sedikit kacang peas sedikit bawang goreng garam gula dan serbuk perasa

Cara Cara 1. Ayam dipotong lapan kemudian digoreng 2. Lada merah, bawang besar, bawang putih, halia dan tomato dikisar. 3. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga aromanya naik. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Biarkan lebih kurang 15 hingga 20 minit 4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan gaul rata. KETAM LADA HITAM

Bahan-Bahan arriesfamily.blogspot.com 3 ekor Ketam kupiting (dicuci dan siang) 20 biji Lada merah 5 biji Bawang putih 10 biji Bawang merah 4 labu Bawang besar 50 sen Daun ketumbar 50 sen Lada hitam Air, garam dan gula secukup rasa

Cara Cara 1. Lada merah, bawang putih dan bawang besar, bawang merah dan daun akar ketumbar dikisar halus. 2. Lada hitam dikisar kering. 3. Tumis bahan yang dikisar halus hingga wangi dan baru masukkan lada hitam, gula, garam dan air, lalu dikacau rata. 4.Masukkan ketam dan daun ketumbar, masak hingga kering dan taburkan daun ketumbar di atas ketam.

Bahan-Bahan 3 kilo Tulang kambing atau lembu ½ inci Halia 3 biji Bawang besar 8 ulas Bawang putih 7 batang Cili hijau 7 biji Telur 1 sdt Lada hitam 1 sdt Lada putih 2 sdb Tomato Ketchup 1 senduk rata Gula (atau secukup rasa) ½ kotak Paste Cara Cara 1. Rebus tulang bersama air hingga empuk. 2. Setelah tulang empuk, tinggalkan ¾ setengah air dalam periok 3. Masukkan bahan bahan kisar tadi bersama serbuk lada sulah 4. Ambil paste setengah kotak dan kacau dalam rebusan 5. Kacau hingga rata dan pekat 6. Masukkan Tomato Ketchup dan kacau 7. Bubuh garam secukup rasa berserta gula, lada putih dan lada hitam 8. Kacau sampai mendidih 9. Masukkan telur 10. Ambil cili hijau yang telah dipotong dan taburkan ke dalam kuah.

arriesfamily.blogspot.com

Sup Tulang

arriesfamily.blogspot.com

IKAN BAKAR SELASIH

Bahan-Bahan 1 ekor ikan bawal sedikit daun selasih sedikit daun kesum 1 helai daun kunyit 3 helai daun limau purut 1 biji limau nipis 1 helai daun pisang BAHAN KISAR 15 batang lada kering 5 ulas bawang putih 2 biji bawang besar 3 batang serai 1 sm lengkuas sedikit garam dan gula

Cara Cara 1. Letakkan bahan-bahan yang dikisar diatas daun pisang. 2. Masukkan sekali ikan dan dedaun tadi. 3. Bungkus ikan dan bakar hingga masak. 4. Semasa menghidang, perahkan limau nipis diatas ikan.

arriesfamily.blogspot.com

Jhalfri Morog

Bahan-Bahan Rempah-rempah yang diperlukan: 1 sdt paprika ½ sdt serbuk kunyit 2 sdt serbuk ketumbar 1 sdt serbuk jintan 1 sdt serbuk kari 1 sdt serbuk cili Bahan-bahan lain: 4 sdm minyak sayur 1 biji bawang besar (dihiris bulat-bulat) 5 cm halia (dihiris halus) 4 ulas bawang putih (dihiris halus) 1 sdm jintan kasar (ditumbuk halus) 675 gram isi ayam (dipotong dadu) 2-3 biji tomato (dipotong dadu) 1 sdm lada jepun yang hijau- capsicum (dihiris) 1 sdm lada jepun yang merah (dihris) 2 sdm daun ketumbar (dihiris halus) 2-4 biji lada hijau (dipotong kecil) garam dan gula air perahan limau

Cara Cara 1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga garing 2. Masukkan serbuk rempah bersama jintan kasar serta isi ayam lalu kacau hingga daging ayam itu kecut 3. Kemudian masukkan tomato, daun ketumbar, lada jepun hijau dan lada jepun merah, garam, gula, sedikit air dan lada hijau yang dipotong kecil tadi. 4. Akhir sekali, tuangkan air perahan limau dan gaul hingga sebati.

ROTI PERANCIS GORENG Bahan-Bahan 2 bantal Roti perancis (dipotong dadu) 300 gm Udang hidup (dibuang kulit) 300 gm Daging cincang 2 keping fish cake (dihiris) 300 gm Sawi 300 gm Taugeh
arriesfamily.blogspot.com

BAHAN BAHAN PERASA 4 sdb Sos tomato 2 sdb Besar kicap manis ½ sdb minyak untuk menumis Garam secukup rasa BAHAN BAHAN KISAR 15 tangkai Cili kering 2 labu Bawang beasar 6 ulas Bawang putih Cara Cara 1. Tumis bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan ¼ cawan air dan bahan bahan perasa. 2. Masukkan udang, daging cencang, fish-cake dan gaul rata. 3. Setelah masak masukkan roti perancis, sawi, taugeh dan gaul hingga rata. 4. Untuk menghidangnya bolehlah di tabur dengan hirisan telur goreng dadar, daun sup, daun bawang , cili hijau dan cili merah.

arriesfamily.blogspot.com

SURIA RIA CUSTARD

Bahan-Bahan 2 biji telor 125 g gula 75 g custard powder 1,450ml susu rendah lemak 1 tin buah campuran biskut (sponge fingers)

Cara Cara 1. Masukkan dalam mangkok; telur, gula dan tepung custard dan kacau lalu tuangkan susu dan kacau rata dan tapis. 2. Jerang diatas api dan masak sampai pekat lalu sejukkan sebentar Cara Menghias: 1. Atorkan biskut fingers sepenuh mangkok, lalu tuangkan perlahan-lahan sos custard diatasnya dan sejukkan. 2. Tuangkan fruit cocktail diatasnya 3. Enak dimakan ketika sejuk

arriesfamily.blogspot.com
Bahan-Bahan 1 tin kecil Tomato puri 10 batang Cili kering 1 batang Serai 3 ulas Bawang putih 4 biji Bawang besa ½ inci Halia Sedikit belacan, gula dan garam

TOMATO CHICKEN (AYAM) ALA MELAYU

Main Course: Ayam (chicken leg)Minced Chicken Diced tomato SAYURAN (sayur goreng kelapa): 100 gm Sayur bayam/kurma 3 ulas Bawang putih 4 biji Bawang besa ½ cm Kunyit 2 biji Lada hijau 1sudu kecil Rempah tumis 50 gm Kelapa 2 helai Daun kari Sedikit belacan STARCH (pilaf rice) 50 gm Butter ½ biji Chopped onion 1 helai Bay leave 200 gm Beras 350 ml Chicken stock Salt and paper

Cara Cara

(Sauce): Kisarkan bawang putih, halia, bawang merah, cili kering, serai dan belacan. Tumis bawang besar yang dihiris, kemudian campurkan bahan bahan yang dikisar tadi dan tumis hingga garing Campurkan gula dan garam dan juga tomato pure. Cara Cara (sayur goreng kelapa): Kisar bawang putih, bawang merah, belacan dan kunyit kemudian ditumis bersama rempah tumis dan daun kari hinggalah garing. Kemudian campurkan kelapa dan tumis hingga kering dan akhir sekali masukkan sayur kurma/bayam. Cara Cara (untuk ayam): Gaulkan ayam cincang dan tomato dan sapukan kepada ayam yung dileperkan kemudian gulung ayam dan ikatkannya. Kukus kemudian pan-seal Cara Cara ((pilaf rice): 1. Cairkan mentega, tumis bawang hingga wangi. Masukkan beras, biarkan hingga mendidih. Tutup. Gaul nasi dengan mentega.

arriesfamily.blogspot.com

arriesfamily.blogspot.com

AYAM MANIS PEDAS

Bahan-Bahan 1 ekor Ayam 12 tangkai Cili kering (dikisar) 3 tangkai Serai (dikisar) 3 biji Bawang besar (dikisar) 2 ulas Bawang putih (dikisar) 2 biji Kentang (dipotong dadu) 2 biji Tomato (dipotong dadu) 2 batang Kayu manis 5 biji Buah pelaga 3 kuntum Bunga cengkih (lawang) 2 sudu makan Gula Garam, air, serbuk persa dan minyak HIASANNYA Daun salad Lada merah Cara Cara 1. Goreng ayam dan toskan, kemudian tumis bahan yang dikisar bersama kayu manis, buah pelaga dan bunga cenkih sampai garing. 2. Kemudian masukkan kentang, tomato dan air lalu masukkan garam, serbuk perasa dan gula, biarkan hingga masak lalu disiram kuahnya di atas ayam. 3. Hiaskan dengan daun salad dan cili merah.

arriesfamily.blogspot.com

Ikan KukusLimau

Bahan-Bahan 1 ekor ikan siakap 15 biji bawang putih (dipotong halus) 2 sdm daun bawang (dihiris) 15 cili padi 2sdm akar daun ketumbar 2 sdm sos ikan 1 batang serai (dipotong halus) 1 cawan stok ayam

Cara Cara 1. Ikan dibersihkan dan disiang 2. Taburkan cili padi, serai dan akar daun ketumbar. Campurkan dengan sos ikan, ikan stok ayam dan jus limau. Kemudian, taburkan pula bawang putih dan daun bawang 3. Setelah air mendidih, letakkan ikan ke dalam periuk kukusan dan masak selama 15 minit 4. Hidangkan panas-panas

KERISIK UDANG arriesfamily.blogspot.com Bahan-Bahan 1 kilo Udang hidup (dikopek kulitnya) 1 biji Kelapa (dibuang kulit dan diparut) 6 batang Lada merah 3 ulas Bawang putih 6 biji Bawang kecil ½ inci Halia 2 batang Serai ½ inci Lengkuas 20 biji Lada padi 1 helai Daun kunyit 1 ibu jari Kunyit hidup Beberapa helai daun limau Sedikit belacan, garam dan gula pasir Beberapa helai daun pisang

Cara Cara 1. Udang dibersihkan dan dibahagi dua, sebahagian dikisar dan sebahagian lagi dibiarkan. 2. Kelapa dikisar bersama udang sehingga halus. 3. Lada merah, bawang kecil, bawang putih, halia, lenghkuas, serai, kunyit dan belacan dikisar hingga halus. 4. Satukan bahan bahan yang dikisar dan masukkan udang yang sebahagian lagi bersama daun kunyit, lada padi, daun limau, garam, gula dan gaul sehingga rata. 5. Daun pisang dikerat, masukkan bahan bahan diatas dan bungkus seperti tapai hingga habis lalu dikukus. 6. Sedap dimakan bersama nasi atau roti.

arriesfamily.blogspot.com LAKSA LEMAK
Bahan-Bahan 600 g bawang kecil 60 g udang kering 40 tangkai lada kering sedikit kunyit hidup sedikit lengkuas sedikit belacan Bahan-Bahan (direbus) 1kg ikan selar kuning 2 ½ cawan air Bahan-Bahan Lain 3 keping daun limau purut Sedikit halia (dititik kasar) 2 cawan kelapa segar daun kesum 500 g udang sedang (dibuang kepala sahaja) 3 keping fish cake (dihiris halus) ¾ cawan minyak 1 kg mee laksa 600 g taugeh (dibuang ekor dan dicelur air suam) 1 batang timun (dikopek kulit dan dihiris halus) 4 tangkai cili hidup (dihiris halus) Cara Cara 1. Ikan direbus dan isinya dikisar halus. 2. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga garing bersama sama dengan daun limau purut dan halia. 3. Kemudian tuangkan ikan dan sedikit air rebusan nya kedalam bahan-bahan yang ditumis itu. 4. Masukkan santan kelapa segar dan tunggu sehingga mindidih barulah masukkan daun kesum, udang dan kek ikan, 5. masukkan pula garam secukup rasa.

arriesfamily.blogspot.com

AYAM NENAS

Bahan-Bahan ½ biji nenas (dipotong dadu) 250 g isi ayam ½ biji bawang Bombay 1 batang lada gombong 2 batang lada merah besar Bahan Rempah: 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 sdt udang kering ½ sdt kicap ½ sdt jus nenas ½ sdt gula pasir ½ sdt sos ikan 3 sdm sos tomato sedikit garam dan perasa. Cara Cara 1. Panaskan minyak, tumis bahan rempah hingga baunya harum. 2. Masukkan pula kicap, jus nenas dan sos ikan. Kacau hingga rata. 3. Masukkan sos tomato, gula, garam dan perasa. 4. Akhir sekali masukkan isi ayam dan buah nenas.

arriesfamily.blogspot.com

IKAN KURAU MASIN LEMAK CILI PADI

Bahan-Bahan 500 g ikan kurau 15 batang cili padi merah & hijau (dikisar) 5 biji bawang besar (dikisar) 2 ulas bawang puti(dikisar) 1 biji bawang besar (dikisar) ½ inci kunyit hidup (dikisar) 1 batang serai (dikisar) 1 helai daun kunyit 1 biji kelapa (diambil santannya) sedikit minyak untuk menumis garam secukup rasa

Cara Cara 1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hinggga wangi 2. Masukkan santan, masak hingga mendidih dan kacau perlahan-lahan supaya jangan pecah santan. 3. Masukkan ikan kurau masin dan akhir sekali masukkan daun kunyit dan garam.

arriesfamily.blogspot.com

CELOK IKAN TONGKOL

Bahan-Bahan 1 ekor Ikan Tongkol 3 keping Asam gelugur 2 batang Serai (dititik) 3 lembar Daun limau purut 2 sudu makan Belacan 2 biji Bawang besar (dikisar) 5 batang Lada hidup (dikisar) 2 biji Tomato (dibelah empat) 2 biji Lada hijau (dibelah empat) 2 biji Lada merah (dibelah empat) 1 sudu makan Serbuk kunyit Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara Cara 1. Panaskan air dan masukkan bahan kisar, belacan, daun limau, serai, asam dan serbuk kunyit. 2. Bila mendidih, masukkan ikan, lada hijau dan lada merah 3. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa. 4. Biarkan mendidih selama 10 minit barulah diangkat

arriesfamily.blogspot.com
Bahan-Bahan 1 kg Beras beryani 1 kg Ikan merah ½ kg Minyak sapi 2 biji Tomato ½ tin Susu cair Sedikit bawang goreng Daun sop dan daun bawang Garam secukupnya REMPAHNYA: 10 batang Lada merah 1 sudu makan Ketumbah 1 st Lada putih 10 biji Bawang kecil 5 ulas Bawang putih Sedikit kunyit hidup 50 sen Daun pudina 50 sen daun ketumbar Cara Cara

BERYANI IKAN

1. Ketumbar, lada putih, bawang kecil, lada merah, kunyit serta garam digiling sampai halus. (dibahagi dua) 2. Ikan dibersehkan dan gaul kan rempah tadi dan di goreng. 3. Tumis bawang hingga bahunya wangi kemudian masukkan rempah yang sebahagian tadi dan tumis hingga garing baru tuangkan air dan garam. 4. Bila mendidih masukkan susu pula lalu biarkan sampai mendidih. Dan bolehlah masukkan beras. 5. Bila masak masukkan ikan yang telah digoreng tadi berlapis lapis dengan nasi. 6. Akhir sekali taburkan bawang goreng dan daun pudina dan daun ketumbar. Tutup periok dan biarkan hingga nasi benar benar masak. SEMUR IKAN TONGKOL

arriesfamily.blogspot.com Bahan-Bahan 3 sudu makan Ketumbar (disangar dan dikisar) 1 sudu makan Jintan manis (disangar dan dikisar) 1 sudu makan Jintan putih (disangar dan dikisar) 1 sudu makan Lada hitam (disangar dan dikisar) 3 batang Serai (dikisar) 2 inci Halia (dikisar) 2 inci Lengkuas (dikisar) 6 biji Bawang putih (dikisar) 10 biji Bawang merah (dikisar) 20 batang Cili kering (dikisar) 1 ekor Ikan tongkol (digoreng) 1 batang Kayu manis 6 biji Buah pelaga 2 kuntum Bunga lawang 6 sudu makan Kicap manis 6 biji Bunga cengkih 6 sudu makan Kicap manis 6 sudu makan Cuka 1 sudu makan Garam 4 sudu makan Gula 6 sudu makan Minyak 1 mangkuk Air 2 biji Bawang besar (dipotong bulat) 2 biji Tomato (dipotong bulat)
Cara Cara 1. Tumis kayu manis, bunga cengkih, buah plaga dan bunga lawang hingga bahunya wangi, kemudian campurkan bahan bahan yang dikisar. 2. Selepas itu masukkan air, kicap manis, cuka, garam dan gula. Gaulkan hingga rata dan tunggu mendidih. Masukkan ikan yang telah digoreng dan masukan bawang besar dan tomato yang telah dipotong bulat.

KACANG PHOOL

Bahan-Bahan 1 sdm minyak sapi ½ cawan minyak sayur 200 gm. daging kisar (sangai kering) 2 sdm rampah kari 1 tin kacang phool 1 tin kidney bean 1 biji bawang besar (dikisar) 3 ulas bawang putih (dikisar) 2 sm halia (dikisar) BAHAN TABUR: 1 biji bawang besar (dipotong dadu) 6 biji telur mata lembu (untuk 6 orang) 10 batang lada hijau (dihiris) limau kasturi

arriesfamily.blogspot.com

Cara Cara 1. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah kari. 2. Setengah daripada kacang phool dan kidney bean dikisar halus dan setengah lagi dipecah-pecah saja. 3. Kemudian masukkan daging kisar dan sedikit air jika perlu. 4. Akhir sekali, masukkan garam dan perasa.

arriesfamily.blogspot.com

SAPIK IKAN TONGKOL Bahan-Bahan 4 sdm ketumbar (dikisar) 1 sdm jintan manis (dikisar) 1 sdm jintan putih (dikisar) 4 batang serai (dikisar) 2.5 sm halia (dikisar) 2.5 sm lengkuas (dikisar) 6 ulas bawang putih (dikisar) 10 biji bawang merah (dikisar) 30 batang cili kering (dikisar) 2.5 sm kunyit hidup (dikisar) 10 helai daun limau (dikisar) 1 kotak santan 3 sdm kerisik, sedikit garam, sedikit gula 1 mangkuk air asam 1 mangkuk air 1 ekor ikan tongkol (digoreng atau dipanggang

Cara Cara 1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. 2. Masukkan air asam, santan, air, garam dan gula. Kacau sehingga rata dan biarkan mendidih. 3. Akhir sekali masukkan kerisik dan ikan.
MAKARONI BERIANI

Bahan-Bahan arriesfamily.blogspot.com 500 g macaroni 300 g daging cincang 5 biji bawang merah (dihiris – separuh dibuat bawang goreng) 2 sdm rempah beriyani 1 sdm serbuk ketumbar 1 sdm rempah korma 2 sdm cili boh ½ sdt lada putih 3 sdm kicap manis 3 sdm sos cili 4 sdm sos tomato 3 biji tomato (dipotong) 2 batang lobak (dipotong) 2 sdm halia (kisar) 2 sdm bawang putih (kisar) 1 sdm jus limau 1 cube stok ayam 3 biji cili merah (potong bulat) 3 biji cili hijau (potong bulat) 1 cawan minyak sayur daun ketumbar, pudina, bawang goreng dan garam.

Cara Cara 1. Air dididihkan bersama rempah kurma, cengkih, kayu manis. 2. Masukkan macaroni hingga empuk dan toskan. 3. Panaskan minyak, tumis bahan hiris, halia, bawang putih dan lada kisar hingga wangi. 4. Masukkan daging cincang, rempah beriyani, sos, kicap, cube ayam, garam, lobak, cili hijau/merah, tomato dan jus limau. 5. Akhir sekali masukkan macaroni dan gaul hingga rata. 6. Taburkan dengan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng apabila menghidangnya.

RENDANG SERANI

Bahan-Bahan arriesfamily.blogspot.com BAHAN HIRIS 4 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 1 sm sedikit kunyit hidup 2 sm halia 3 batang cili merah/hijau 1 batang serai (dititik) daun limau purut air asam jawa 200 g sawi asin 1 ekor isi ikan bawal minyak untuk menumis

Cara Cara 1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia, kunyit hidup dan serai. Masak hingga layu. 2. Masukkan cili hijau/merah dan daun limau. 3. Bila semuanya layu, masukkan asam jawa. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan ikan bawal, sayur asin dan akhir sekali garam.

Bahan-Bahan BAHAN A 200 g daging 150 g paru 150 g hati 1 sdt serbuk kunyit 1 mangkuk bawang goreng 15 tangkai lada kering air asam secukupnya garam dan gula merah BAHAN B (dititik) 2 batang serai 2.5 sm halia 2.5 sm lengkuas BAHAN C (dihiris) 4 batang lada merah 4 batang lada hijau 2 biji bawang besar 5 ulas bawang putih

arriesfamily.blogspot.com

SAMBAL GORENG SRI IMPIAN

Cara Cara 1. Daging dan paru direbus dan di potong dadu. 2. Hati dipotong dadu dan diketepikan. 3. Tumiskan bahan yang dihiris dan bahan yang dititik hingga layu dan wangi. 4. Masukkan lada kisar, serbuk kunyit dan tumis hingga garing. Masukkan garam, gula dan hati. Masak hingga hati empuk. 5. Tuangkan santan dan air asam. Gaul hingga rata. 6. Akhir sekali, masukkan daging dan paru. Gaul rata dan masak hingga mendidih.

Bahan-Bahan BAHAN A 1 kg isi ayam 1 sdt serbuk kunyit 1sdt garam BAHAN KISAR B 130 g lada merah 100 g bawang merah 20 g bawang putih 50 g rempah kari ayam 20 g halia 1 tin tomato paste BAHAN C 1 kuntum bunga lawang 4 kuntum cengkih 2 biji buah pelaga 2 sm kayu manis BAHAGIAN D 200 g bawang goremg 170 g tairu 30 g daun pudina 30 g daun ketumbar 1 biji lemon 1 cawan minyak air garam dan gula merah Cara Cara

arriesfamily.blogspot.com

AYAM SERI MENANTI

1. Ayam diperap bersama bahan A kemudian goreng setengah masak. 2. Tumis bahan kisar hingga naik minyak dan masukkan bahan C 3. Masukkan tomato, garam, gula dan air. Masak hingga mendidih 4. Masukkan ayam, tairu dan bawang goreng 5. Akhir sekali, masukkan daun pudina, daun ketumbar dan jus lemon. Masak hingga kuahnya pekat.

BEEHOON GORENG KETAM arriesfamily.blogspot.com Bahan-Bahan BAHAN KISAR 5 batang cili kering 4 ulas bawang putih 6 biji bawang kecil 1 sdt garam 2 sdt sos ikan BAHAN-BAHAN LAIN 2 ekor ketam 200 g isi ketam 65 ml air asam jawa & rebusan ketam daun bawang 2 sdt gula merah Thai 500 g beehoon daun bawang 300 g taugeh

Cara Cara 1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. 2. Masukkan ketam, gaul hingga sebati. Masak selama 5 minit. 3. Masukkan pula isi ketam, air asam/rebusan ketam, sedikit daun bawang , gula merah dan beehoon. 4. Akhir sekali masukkan lagi daun bawang, taugeh, garam dan gula.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful