You are on page 1of 18

SOALAN TUGASAN

Pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat mengesan serta mengenalpasti tahap kesihatan
seseorang. Tubuh badan adalah anugerah yang tidak ternilai yang diberikan kepada kita. Di
dalam tubuh badan kita terdapat beberapa organ dan jaringan yang mempunyai peranan masing –
masing. Pelbagai jaringan sistem yang wujud aadalah saling bergantungan di antara satu sama
lain dengan bermatlamatkan pengekalan keseimbangan. Akhbar Mingguan Malaysia keluaran 17
Oktober 2010 telah menyingkap kisah duka pesakit paru – paru yang menantikan penderma
organ untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Harapan mereka amat besar untuk menanti
insan mulia yang sanggup menderma organ. Negara kita masih kekurangan bekalan organ kerana
tidak ramai yang sanggup mewasiatkan organ apabila meninggal dunia. Sikap ini perlulah diubah
kerana organ yang didermakan boleh menyelamatkan ramai individu yang memerlukan organ
untuk menggantikan organ mereka yang rosak seperti jantung, paru – paru dan sebagainya.

Untuk menyediakan tugasan ini anda dikehendaki menemubual sekurang – kurangnya DUA
anggota masyarakat, seorang darinya berkedudukan dan diiktiraf sebagai pemimpin seperti
ketua kampung, guru besar atau individu yang sama kedudukannya dan seorang lagi pengamal
perubatan atau pengubat penyakit seperti bidan, bomoh atau individu yang sama. Anda juga
boleh merujuk kepada bahan bercetak seperti akhbar dan majalah untuk menyokong pandangan
anda.

1
Pendermaan organ merupakan isu yang masih hangat diperkatakan di negara kita dan isu ini
amat sensitif untuk diperkatakan bagi sesetengah kaum di Malaysia terutamya kepada keluarga si
mati. Mengizinkan pendermaan organ atau tisu ahli keluarga yang mereka sayangi setelah beliau
meninggal dunia bukanlah sesuatu keputusan yang mudah untuk dibuat dan sudah tentulah ia
menjadi satu isu yang sensitif kepada keluarga simati. Namun demikian adalah sangat penting
untuk kita sebagai anggota masyarakat memahami kepentingan dan kebaikan daripada
pendermaan organ kepada orang yang memerlukannya. Oleh sebab itu, keputusan untuk
menderma organ perlu dilakukan oleh seseorang individu semasa masih hidup untuk
mengurangkan bebanan mental yang perlu ditanggung oleh ahli keluarga yang lain. Untuk
menjadi penderma organ, seseorang individu perlulah mendaftarkan diri kepada Daftar
Penderma Organ Nasional. Borang akuan penderma dan kad penderma juga perlu di isi. Borang
yang sudah lengkap di isi perlu dihantar ke Pusat Sumber Transplan Nasional dan kad
penderma pula adalah untuk simpanan penderma. Apabila sudah mendaftarkan diri, maka
seseorang individu itu telah membenarkan organ dan tisunya digunakan selepas individu itu
meninggal dunia.

Sebelum menjadi penderma organ, adalah perlu untuk kita mengetahui apakah itu pendermaan
organ? Pendermaan organ adalah satu proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang
untuk tujuan transplan selepas individu tersebut meninggal dunia. Pemindahan organ ini pula
adalah satu proses pembedahan yang melibatkan pertukaran organ yang gagal berfungsi dengan
sempurna dengan organ yang berfungsi dengan baik daripada seseorang penderma yang telah
meninggal dunia. Ia bertujuan untuk menyelamatkan nyawa penerima organ agar dapat
menjalani hidup yang lebih selesa dan sempurna.

Setiap individu juga perlu mengetahui apakah organ atau tisu yang boleh didermakan kepada
orang yang memerlukan. Umumnya, organ – organ yang boleh didermakan adalah seperti
jantung, hati(hepar), buah pinggang, pankreas dan juga paru – paru. Manakala tisu – tisu yang
boleh didermakan pula adalah seperti tulang, kulit, mata dan inap jantung. Semua organ dan tisu
yang dinyatakan di atas adalah sebahagian tubuh badan yang boleh didermakan.

Setiap penderma organ dan tisu tidak perlu risau kerana organ dan tisu mereka hanya boleh
diperolehi selepas disahkan meninggal dunia oleh dua orang doktor yang bertauliah dan yang
tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu. Penderma organ juga tidak perlu risau tentang

2
rawatan yang diterima kerana para doktor akan berusaha menyelamatkan nyawa si penderma
walaupun sudah mengetahui bahawa pesakit adalah penderma organ. Hal mengenai pendermaan
organ hanya akan dibincangkan dengan waris penderma selepas kematian disahkan.

Selain daripada itu penderma juga tidak perlu risau dengan pembedahan yang akan dijalankan
untuk tujuan pemindahan kerana pembedahan ini melibatkan pakar bedah yang berpengalaman
dan tidak akan mengubah atau menjejaskan rupa bentuk dan tubuh badan penderma. Luka
selepas organ atau tisu diperolehi akan dijahit dengan sempurna dan jenazah si penderma tidak
akan mengalami apa – apa kecacatan fizikal. Proses pembedahan pemindahan ini dilakukan
dengan tertib dan penuh rasa hormat seperti pembedahan – pembedahan yang lain.

Bagi penderma yang beragama Islam pula, mereka tidak perlu risau kerana pendermaan organ
tidak akan melambatkan urusan pengkebumian jenazah kerana urusan pengkebumian boleh
dijalankan seperti biasa. Para doktor akan membersihkan, mengkafankan dan memulangkan
jenazah kepada ahli keluarga secepat mungkin selepas organ dan tisu diperolehi.

Seperti yang kita telah maklum, pendermaan organ di negara kita, Malaysia amatlah kurang jika
dibandingkan dengan negara – negara yang lain. Masih ramai lagi masyarakat di Malaysia yang
kurang faham dengan kepentingan pendermaan organ apabila sudah meninggal dunia. Adalah
diharapkan agar masyarakat di Malaysia lebih memahami tentang pendermaan organ dan tisu
dan kepentingan serta kebaikannya di dalam masyarakat. Menurut sumber yang saya perolehi
dari Kosmo Online bertarikh 15 Februari 2011, dinyatakan bahawa Melayu kurang derma
organ. Menurut Dr. Nordiyanah Hassan, pada keseluruhannya, orang Melayu sangat kurang
menderma organ berbanding dengan bangsa lain di Malaysia akibat keraguan dalam kefahaman
agama.

Mungkin ramai orang yang beragama Islam berpendapat bahawa menderma organ kepada orang
yang bukan beragama Islam tidak mendatangkan apa – apa pahala. Namun anggapan ini adalah
tidak benar sekali kerana di dalam Surah Al – Baqarah ayat 272 membawa maksud pendermaan
organ kepada bukan Islam tetap dijanjikan pahala kerana ia dilakukan atas dasar membantu
mereka yang memerlukan dan untuk menyelamatkan nyawa. Oleh yang demikian orang Islam
boleh menderma organnya kepada orang yang bukan beragama Islam dan begitu juga sebaliknya.
Agama Kristian, Buddha dan Sikh juga beranggapan bahawa menderma organ adalah satu
perbuatan yang mulia dan terpuji. Agama Kristian menggalakkan umatnya untuk menderma
organ kepada orang yang memerlukannya tanpa mengira pegangan agamanya. Dalam agama

3
Kristian adalah sesuatu yang amat mulia bila dapat menyembuhkan orang yang sakit seperti yang
termaktub didalam kitab Injil.

“ Heal the sick…freely ye have received, freely give.” Matthew 10:8.

"Any act that can save life, such as organ donation, is a great thing and quite acceptable within
our faith."

Council of African & Afro-Caribbean Churches (UK)


"The Methodist Church has consistently supported organ donation and transplantation in
appropriate circumstances, as a means through which healing and health may be made
possible."
Methodist Church UK
Melihat kepada pandagan yang diberikan seperti di atas, jelas menunjukkan bahawa agama
Kristian menggalakkan penganutnya untuk menderma organ dan tisu mereka untuk tujuan
menyelamatkan nyawa orang lain.
Menurut sumber yang saya baca daripada www.mykhilaf.com yang menyebut tentang hukum
derma organ dalam Islam. Menderma organ atau tisu bukanlah sesuatu yang haram dan ianya
digalakkan di kalangan penganut agama Islam. Oleh sebab itu umat Islam perlu memahami
hukum derma organ dari penderma yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia agar dapat
mengelakkan keraguan dan kekeliruan yang mereka alami. Kekeliruan inilah yang menyebabkan
kurangnya penderma organ dari orang Melayu yang beragama Islam. Diharapkan kekeliruan dan
keraguan ini dapat diatasi setelah memahami hukum derma organ yang sebenarnya. Adalah juga
diharapkan agar bertambahlah penderma organ di kalangan masyarakat kita selepas ini.

Melihat daripada segi kebaikan pendermaan organ ini, saya merasakan bahawa media massa dan
media cetak juga memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat
Malaysia tentang kepentingan dan kebaikan pendermaan organ kepada orang yang memerlukan.
Seperti kes yang berlaku kepada Tee Hui Yee yang berusia 14 tahun yang menjalani hidupnya
dengan jantung mekanikal. Nasibnya mungkin kurang baik sebelum ini namun setelah campur
tangan pihak media massa dan media cetak, “Utusan Malaysia” khususnya melancarkan usaha
untuk mendapatkan jantung yang baru untuk Hui Yee, siapa sangka ramai pihak yang datang
untuk menghulurkan bantuan. Disinilah peranan media massa dan media cetak sangat
diperlukan dan diharapkan juga media massa dan media cetak terus membantu menyedarkan
rakyat Malaysia untuk menderma organ dan tisu mereka kepada orang yang memerlukan apabila
mereka telah meninggal dunia. Isu keagamaan perlu diperjelaskan agar tidak timbul kekeliruan
dan keraguan seperti yang berlaku kepada Hui Yee kerana pendermaan organ ini melibatkan
orang yang Islam dan bukan Islam.

Kita juga perlu tahu bahawa sinar dan harapan yang baru yang dapat diberikan kepada kehidupan
orang yang memerlukan organ atau tisu yang didermakan. Sebagai contoh adik Mohammmad
Afiq Ikmal yang mendapat hati baru yang didermakan oleh insan yang berhati mulia iaitu Wan
4
Mohd Hafizam dan juga Tee Hui Yee yang mendapat jantung baru daripada penderma yang
bermurah hati. Mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Bayangkanlah
jika tiada insan yang berhati mulia yang mendermakan hati dan jantung mereka apakah mereka
berdua dapat menjalani kehidupan yang lebih baik? Keikhlasan hati Wan Mohd Hafizam ini
sepatutnya menjadi contoh kepada seluruh rakyat Malaysia. Wan Mohd Hafizam sendiri
menggalakkan agar ramai lagi yang menderma organ dan beliau berharap agar kempen derma
organ diperluaskan seperti kempen kesihatan yang lain.

Sumber yang saya dapati dari Institute of Islamic Understanding Malaysia,


http://www.ikim.gov.my jumlah penderma organ di Malaysia masih sangat sedikit daripada
negara yang lain. Dinyatakan bahawa setakat tahun 2005, hanya 10 atau 11 orang sahaja rakyat
Malaysia yang menderma organ mereka. Iaitu bersamaan dengan 0.6 penderma bagi setiap sejuta
rakyat berbanding dengan sesetengah negara Eropah yang lain iatu 30 hingga 35 penderma bagi
setiap sejuta rakyat. Institut ini juga telah menyatakan faktor mengapa pendermaan organ
sangat kurang di Malaysia. Antara faktornya adalah:

1. Faktor budaya yang berkaitan dengan sikap masyarakat yang tidak mahu mayat sanak
saudara mereka diusik melalui pembedahan pemindahan organ atau tisu.
2. Faktor agama yang kononnya melarang pendermaan organ dilakukan.
3. Faktor kekurangan maklumat yang tepat juga menyebabkan kurangnya rakyat Malaysia
menderma organ dan tisu mereka.

Memahami hukum derma organ dalam Islam dan begitu juga dalam agama yang lain adalah
penting agar penderma organ dan ahli keluarga yang lain bersedia dari segi mental. Orang yang
beragama Islam juga tidak perlu risau kerana 23 Jun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan telah
menggariskan syarat - syarat yang mesti diambil kira dalam pemindahan organ. Empat syarat
yang perlu diketahui adalah :

1. Pemindahan organ dibenarkan jika ia merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan


nyawa seseorang yang mengalami kegagalan organ.
2. Penderma organ disahkan mati.

5
3. Tidak melibatkan urusan jual beli. Dalam kata lain, organ tubuh badan bukan barang
dagangan tetapi mesti dianggap derma.
4. Mendapat kebenaran dari keluarga penderma.

Oleh sebab itu, adalah diharapkan masyarakat Malaysia bertambah terbuka dan menganggap
menderma organ adalah sesuatu yang penting dan perlu dilakukan. Ini kerana ramai yang
memerlukan organ dan tisu daripada penderma yang berhati mulia

6
Saya juga telah bertanyakan beberapa rakan sepejabat dan juga beberapa penduduk tempatan
mengenai pendermaan organ ini dan rata – rata mereka sanggup menjadi penderma organ dan
ada juga di antara mereka yang tidak begitu setuju untuk menjadi penderma organ. Namun
begitu, mereka belum lagi mendaftarkan diri sebagai penderma. Adalah diharapkan mereka akan
mendaftarkan diri selepas ini. Berdasarkan kaji selidik ini juga, saya mendapati 10 daripada
mereka yang sanggup menjadi penderma organ mereka rata - ratanya faham mengenai
pendermaan organ namun tidak pernah mendengar tentang Pusat Sumber Transplan Nasional.
Borang kaji selidik tersebut disertakan sebagai lampiran. Ini menunjukkan bahawa maklumat
mengenai pusat ini adalah sangat sedikit dan ramai yang tidak mengetahui kewujudannya.
Mungkin selepas ini Kementerian Kesihatan perlu meluaskan informasi tentang Pusat Sumber
Transplan Nasional ini kepada masyarakat setempat. Selain daripada itu, saya juga menemubual
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Long Lapok dan seorang jururawat masyarakat tentang
pendapat mereka mengenai pendermaan organ ini.

Berikut adalah hasil temubual saya bersama dengan dua orang responden tersebut.

7
NAMA : AUGUSTINE ANAK BABA

NO. KP : 531608 – 13 - 5329

JAWATAN : GURU DG34

Soalan Temubual bersama dengan Guru Besar Encik Augustine Anak Baba.
8
1. Selamat pagi cikgu. Terima kasih kerana sudi ditemubual saya pada pagi ini. Soalan
pertama saya pernahkah cikgu mendengar tentang Pusat Sumber Transplan Nasional?
Selamat pagi cikgu. Sejujurnya saya belum pernah mendengar tentang pusat tersebut
tetapi Institut Jantung Negara selalu saya dengar.

2. Pusat Sumber Transplan Nasional lebih kurang seperti Institut Jantung Negara juga
cikgu. Ia merupakan sebuah pusat untuk menempatkan organ - organ seperti jantung,
pankreas, hati dan organ yang lain yang didermakan oleh penderma yang telah
meninggal dunia. Organ yang didermakan ini akan dipindahkan kepada orang yang
memerlukannya. Setelah mengetahui serba sedikit mengenainya, ingin saya bertanya
apakah pandangan cikgu mengenai Pusat Sumber Transplan Nasioanal ini?
Oh begitu rupanya. Pada pandagan saya Pusat Sumber Transplan begini sangat baik dan
perlu ada di negara kita ini.

3. Menderma organ dapat menyelamatkan nyawa orang lain adakah cikgu bersetuju?
Ya, saya sangat bersetuju kerana saya pernah membaca kisah tentang seorang lelaki yang
sanggup menderma sebahagian daripada hatinya kepada seorang bayi lelaki. Begitu juga
dengan Tee Hui Yee yang mendapat jantung baru yang didermakan oleh penderma yang
baik hati. Maka saya sangat bersetuju tentang pendermaan organ dapat menyelamatkan
nyawa orang lain walaupun saya tidak tahu mengenai Pusat Sumber Transplan Nasional
namun saya membaca di surat khabar dan di berita tentang pendermaan hati dan jantung
yang dijalankan.

4. Daripada sumber – sumber yang saya dapati daripada internet dan juga akhbar,
sebenarnya tidak ramai rakyat Malaysia yang menjadi penderma organ. Menurut kajian
yang dijalankan, setakat tahun 2005 hanya 10 sehingga 11 orang sahaja rakya Malaysia
yang mendermakan organ mereka selepas meninggal dunia. Jumah ini sangat sedikit ika

9
dibandingkan dengan negara Eropah yang lain. Apakah pandangan cikgu, mengapakah
rakyat Malaysia kurang menderma organ mereka?
Jumlah itu sangat sedikit. Pada pandangan saya, rakyat Malaysia mungkin belum
didedahkan dengan perkara ini secara meluas jika dibandingkan dengan negara lain.
Kekurangan maklumat yang betul juga mun gkin menjadi puncanya.

5. Secara peribadi, cikgu sendiri bagaimana?


Secara peribadi, saya merasakan saya kekurangan maklumat yang tepat dan betul
mengenai pendermaan organ ini seperti juga saya tidak pernah mendengar tentang Pusat
Sumber Transplan Nasional itu sendiri.

6. Selepas temubual ini, adakah cikgu ingin mengetahui lebih lanjut tentang pendermaan
organ?
Ya. Sudah pasti saya akan mencari maklumat mengenai pendermaan organ sama ada di
internet atau akhbar. Saya pasti akan mendalami tentang pendermaan organ ini.

7. Berbalik kepada jumlah pendermaan organ yang sangat sedikit di negara kita, apakah
cadangan cikgu untuk menggalakkan pendermaan organ di kalangan rakyat Malaysia?
Pada pendapat saya, Kementerian Kesihatan haruslah memainkan peranan yang penting.
Kementerian harus menjalankan kempen – kempen tentang pendermaan organ ini dan
menyampaikan maklumat yang tepat tentang pendermaan organ kepada masyarakat di
Malaysia.

8. Soalan saya yang terakhir, sanggupkah cikgu menjadi penderma organ dan mendaftarkan
diri sebagai penderma?

10
Saya akan memikirkan tentang perkara tersebut cikgu. Saya akan mempertimbangkannya
dan mendapatkan maklumat tentang pendermaan organ secara terperinci. Ini kerana saya
tidak mahu ia mendatangkan masalah kepada ahli keluarga saya yang lain.

9. Baiklah cikgu. Terima kasih banyak kerana sudi ditemubual oleh saya mengenai perkara
ini.
Sama – sama.

11
NAMA : ENNY ANAK JAHON

NO. KP : 820612 – 13 - 5668

JAWATAN : JURURAWAT MASYARAKAT

12
Soalan Temubual bersama dengan Cik Enny Anak Jahon.

1. Selamat pagi Cik Enny. Terima kasih kerana sudi ditemubual oleh saya pada pagi ini.
Soalan saya yang pertama, pernahkah Cik Enny mendengar tentang Pusat Sumber
Tranplan Nasional?
Selamat pagi cikgu. Ya saya pernah mendengar tentang Pusat Sumber Transplan
Nasional.
2. Kalau begitu, cik tahulah fungsi pusat tersebut?
Ya, saya memang tahu tentang fungsi pusat transplan tersebut.
3. Dimanakah cik bertugas sebagai jururawat pada masa ini?
Saya bertugas di Hospital Besar Miri di bahagian kecemasan.
4. Saya ingin bertanya kepada Cik Enny, tahukah Cik Enny prosedur untuk menjadi
penderma organ?
Ya saya tahu. Pertama kita haruslah mengisi borang akuan penderma dan kita akan diberi
kad penderma dan borang yang sudah lengkap di isi hendaklah dihantar ke Pusat Sumber
Transplan Nasional. Penderma juga haruslah memaklumkan kepada ahli keluarga bahawa
dia sudah mendaftar diri menjadi penderma organ supaya tidak timbul masalah kelak.
5. Setakat ini Cik Enny, pernahkah cik terjumpa dengan pesakit yang menjadi penderma
organ?
Malangnya belum pernah lagi cikgu. Banyak juga kes kemalangan yang berlaku yang
pernah saya jumpa dan menyebabkan kematian di kalangan masyarakat kita dan organ –
organ mereka dalam keadaan yang baik namun oleh kerana mereka tiada kad penderma,
maka para doktor tidak dapat melakukan apa – apa.
6. Kebanyakan sumber yang saya baca mendapati tidak ramai rakyat Malaysia yang
menjadi penderma organ. Setakat tahun 2005, hanya 10 hingga 11 orang sahaja yang
menderma organ mereka selepas meninggal dunia. Pada pendapat cik, mengapakah
perkara ini berlaku?
Kemungkinan besar ianya berlaku disebabkan oleh faktor agama bagi yang beragama
Islam. Ramai juga teman sekerja saya yang Muslim tidak sanggup menderma organ

13
mereka. Saya pun tidak tahu sebab yang khusus. Ia juga mungkin berlaku kerana
kurangnya sumber maklumat yang tepat mengenai pendermaan organ ini.
7. Adakah cik merasakan pendermaan organ dapat menyelamatkan nyawa orang lain?
Ya. Pendermaan organ dapat menyelamatkan banyak nyawa. Contohnya adik
Mohammad Affiq Ikmal yang mendapat hati baru yang didermakan oleh insan yang
mulia dan begitu juga Tee Hui Yee yang mendapat jantung baru dari penderma organ
yang mulia hatinya.
8. Melihat kepada keperluan dan faedah yang didapati daripada pendermaan organ ini,
apakah yang perlu dilakukan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan khususnya un tuk
menggalakkan rakyat Malaysia menderma organ?
Pada pendapat saya pihak Kementerian Kesihatan perlu mengadakan kempen yang
berterusan tentang pendermaan organ ini dan menyalurkan maklumat yang betul
tentang pendermaan organ baik dari segi agama dan juga dari aspek yang lain.
9. Baiklah Cik Enny. Soalan terakhir saya, sanggupkah cik menjadi penderma organ?
Ya, saya sanggup. Saya dan beberapa rakan setugas saya telah mengisi borang akuan
pendermaan organ dan saya berharap ramai lagi yang akan berbuat demikian.
10. Terima kasih banyak Cik Enny kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual oleh saya
pada pagi ini.
Sama – sama cikgu.

14
Berdasarkan temubual yang saya jalankan bersama dengan dua responden di atas saya dapat
merasakan kakitangan kesihatan seperti Cik Enny lebih memahami tentang pendermaan organ
daripada Guru Besar, cikgu Agustine. Ini mungkin disebabkan mereka bekerja dengan pesakit
dan didedahkan dengan perkara ini lebih banyak jika dibandingkan dengan pekerja kerajaan yang
lain seperti cikgu. Selain daripada itu, mereka juga sentiasa mendapat maklumat yang terkini
tentang isu pendermaan organ ini. Namun demikian kedua – dua responden ini memandang isu
pendermaan organ sebagai satu perkara yang sangat baik dan patut dilakukan. Cikgu Augustine
sendiri berkata yang beliau akan memikirkan untuk menjadi penderma organ manakala Cik Enny
sendiri telah mengambil langkah dengan mengisi borang akuan pendermaan organ.

Secara peribadi pula, saya melihat pendermaan organ adalah sesuatu yang baik dan patut
dijadikan amalan di negara kita. Kalau di negara Eropah ramai rakyatnya yang menjadi
penderma organ, mengapa pula tidak di Malaysia? Lagipun tiada isu keagamaan yang timbul
kerana sudah diperjelaskan oleh Majlis Fatwa Negara bahawa pendermaan organ di kalangan
orang Islam adalah tidak haram dan begitu juga dengan agama yang lain. Saya juga akan
mempertimbangkan untuk menjadi penderma organ selepas ini.

Saya juga berpendapat kebanyakan masyarakat setempat yang tidak dapat menjadi penderma
organ kerana organ mereka juga tidak berfungsi dengan baik. Ini mungkin disebabkan oleh cara
hidup yang diamalkan. Tidak ramai yang mengamalkan gaya hidup yang sihat di kalangan
masyarakat setempat. Ini dapat diperhatikan dalam kehidupan seharian mereka. Ramai yang
merokok, minum arak dan juga perkara – perkara yang lain yang boleh mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan mereka sendiri. Mungkin juga mereka perlu disedarkan untuk
mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat untuk menjaga organ – organ mereka daripada rosak.
Kempen yang berterusan dan ceramah ke rumah – rumah panjang untuk menyampaikan
maklumat kepada penduduk tempatan agar mengamalkan gaya hidup yang sihat. Asasnya adalah
amalan gaya hidup yang sihat untuk kesihatan yang lebih baik.

15
RUJUKAN :

BUKU

1. Ben David & Orit Brawer. (2005). Organ Donation and Transplantation : Body Organs
As An Exchangeable Socio – Cultural Resource. Westport: Connecticut, London.
2. Editors, Catharyn T. Liverman & James F. Childress. (2006). Organ Donation:
Oppurtunities For Action. The National Academic Press: Washington, D.C.
3. Ronald Munson. (2002). Raising The Dead: organ transplant, ethics and society. Oxford
University.

LAMAN WEB

1. Christianity and Organ Donatin. (n.d.). Retrieved March 14 2011, from


http://www.organdonation.nhs.uk/ukt/how_to_become_a_donor/relig
2. Derma Organ Dalam Islam. Julai 2009. Retrieved February 15 2011, from
http://anizyn.blogspot.com/2009/07/derma-organ-dalam-islam.html
3. Fatwa Derma Organ. 22.10.2010. Retrieved February 15 2011, from
http://darululumonline.wordpress.com/2010/10/22/fatwa-derma-organ
4. Hukum Derma Organ. (n.d.). Retrieved February 15, from www.mykhilafah.com.
5. Kosmo Online. Melayu Kurang Derma Organ. 18.10.2010. Retrieved February 15 2011,
from http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?=2010&dt=1018&p
6. Mohd. Radzi Mohd. Zin. Kikis fobia derma organ. (n.d.). Retrieved February 15 2011,
from http://www.bicarajutawan.com/forum/14502/
7. Panduan Kesihatan. Pendermaan Organ. 30.10.2006. Retrieved February 15 2011, from
http://papisma.org/panduankesihatan1?p=6
8. Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah. Menyelamatkan nyawa penerima organ. 30.9.2006.
Retrieved February 15 2011, from http://www.utusan.com.my/utusan/infor.asp?
y=2009&dt=0726&pub=U
9. Shaki Mohd. Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh. Sensasi Derma Organ. 9.10.2007.
Retrieved February 15 2011, from http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp
10. Siti Fatimah Binti Abdul Rahman. Galak Derma Organ. 13.10.2006. Retrieved February
15 2011, from http://www.ikm.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&group...

16
17
18

You might also like