You are on page 1of 3

1.

Letakkan Sasaran Yang Tinggi


Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru
yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering
dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk
meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha
bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya
merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar
nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk
mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar
berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan
sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak
mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang
tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa
kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi
tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga
boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar
diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana
mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka
mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang
berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain,
hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku
kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan
orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang
sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang
membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan
kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih
lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu
pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh
belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan
pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk
terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita
mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat
orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah
ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira
ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti
untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak
kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering
membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita?
Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan
sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-
rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita
belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana
setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-
soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan
tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?


Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir,


mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap
halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?


Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju
dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita.
Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita
tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau
hanya melemahkan kita.

Kemelut remaja lari dari rumah telah menjadi satu isu yang sering diperkatakan.
Keadaan inii jelas terpapar menerusi siaran media massa yang menjadi isu ini berita
utama mereka. Pelbagai pihak memberikan teori atau pandangan mereka mengenai
kemunculan kemelut ini dalam masyarakat kita.

Punca yang paling ketara ialah tekanan ibu bapa. Remaja yang lari dari rumah sering
menggunakan alasan tekanan ibu bapa sebagai penyebab utama mereka melakukan
perbuatan terkutuk ini. Tekanan ib bapa ini dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa
untuk memahami keperluan peribadi remaja yang begitu mendesak kini. Ibu bapa
sering menyalahkan anak atau tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya
kepada remaja. Jadi, kegagalan ibu bapa memainkan peranan mereka menjadi
pendorong utama remaja melarikan diri.

Selain itu, remaja lari dari rumah dikatakan berkait rapat dengan pengaruh rakan
sebaya. Nasihat yang diberikan oeh rakan sebaya tidak matang dan rasional apabila
remaja meluahkan masalah mereka. Keadaan ini berlaku kerana rakan sebaya itu
sendiri belum cukup matang dan berpengalaman dalam menangani arus kehidupan
yang penuh cabaran ini. Sesungguhnya, rakan sebaya yang memberikan nasihat
yang tidak baik akan membawa remaja itu mengambil tindakan untuk melarikan diri.
Remaja lari dari rumah juga dianggap akibat unsur barat yang dipaparkan menerusi
media massa terutama media elektronik. Remaja yang suka meniru akan melakukan
perkara yang mereka tonton di televisyen tanpa sebarang keraguan lagi. Remaja
tidak mampu membezakan lakonan dan realiti kehidupan yang jauh berbeza. Oleh
itu, media massa menjadi faktor yang berupaya menimbulkan keinginan remaja
untuk lari dari rumah mereka.

Kemelut ini turut dikaitkan dengan sahsiah remaja itu sendiri. Ramai remaja yang
tidak mempunyai sikap yang tabah dan positif apabila menghadapi sesuatu kemelut
yang melanda diri mereka. Remaja begitu mudah terasa atau berasa sensitif apabila
ditegur oleh ibu bapa sehingga sanggup melarikan diri. Jelaslah, keadaan ini
membuktikan bahawa masalah ini turut ditentukan oleh sikap remaja zaman ini yang
harus lebih kukuh dan tabah.

Kesimpulannya, gejala remaj lari dari rumah ini memang harus ditangani dengan
segera demi masa depan remaja kita yang semakin malap ditelan arus kemodenan
dunia. Semua pihak terutama masyarakat harus memainan peranan tersendiri dalam
menangani kemelut ini. Mungkin kita semua harus menyalahkan diri masing-masing
sebelum kita menyalahkan remaja dalam hal ini.