You are on page 1of 2

BAHASA BABA DAN NYONYA

Bahasa Baba ialah sejenis dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang-orang Baba di Malaysia,
khususnya di Melaka dan Pulau Pinang. Walaupun bahasa ini berasal dari Melaka, bahasa Baba yang
dituturkan di Pulau Pinang berbeza dengan bahasa Baba Melaka dalam beberapa aspek.

Pada dasarnya, bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa Hokkien dengan bahasa Melayu.
Walaupun kebanyakan nahu bahasa Baba berasal daripada bahasa Melayu, bahasa Baba berbeza
daripada bahasa Melayu dalam kebanyakan aspek yang utama dan oleh itu, merupakan satu bahasa
yang berasingan. Antara perbezaan ini adalah:

Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan Cina, umpamanya lai untuk 'datang', dan banyak lagi
kecenderungan ke arah sintaksis Hokkien, khususnya bagi idea-idea yang abstrak, yang tidak difahami
oleh orang-orang Melayu.

Orang-orang Baba tidak tahu akan kebanyakan perkataan dan sintaksis bahasa Melayu.

Bahasa Baba telah mengubah kebanyakan sebutan bahasa Melayu, termasuk juga sebutan bahasa
Hokkien.

Orang-orang Baba menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas, berbanding peribahasa Melayu.

Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu. Umpamanya, "Ibu bapanya
sedang makan di meja" disebut "Dia punya mak-bapa ada dudok makan do sblah punya mejah". Selain
itu, mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului kata nama, iaitu berbeza dengan bahasa
Melayu.

Orang-orang Baba tidak tahu tentang perkataan-perkataan yang berhubung dengan agama Islam.

[sunting] Kata ganti nama


saya = goa (我 góa)
anda = lu (汝)
dia = i (伊 i)
kita = wa lang (我人 góa lâng)

[sunting] Perkataan berkaitan dengan hubungan sanak saudara


Perkataan-perkataan yang berkaitan dengan hubungan sanak saudara semuanya adalah daripada bahasa
Hokkien kecuali mak, adik, dan abang:

ayah = 'ntia (爹 tia)


datuk = 'ngkong (公 kong)
kakak = tachi (大姊 tōa-chí)
bapa saudara = impek (伯 peh)
adik bapa = nchek (叔 chek)
suami kakak = chau (姐夫 chiá-hu)
[sunting] Perkataan berkaitan dengan rumah

ibu rumah = tian (廳 thian)


kawasan tengah tanpa bumbung = chimchi (深井 chhim-chin)
tingkat atas = loteng (樓頂 lâu-téng)
serambi dalam = pangkeng (pang-keng)
serambi luar tanpa bumbung = la-pen (lau-pin)
lampu = teng atau tanglung (燈籠 teng-liong)
meja = toh (bahasa Hokkien; 桌 toh)
permaidani = tanak (毯仔 thán-á)
cat = chat (漆 chhat)

Bagaimanapun, peralatan dapur diberi nama Melayu, kecuali barangan jenis Cina seperti:

teko = tekuan (茶壺 tê-kòan)


sudu sup = tngsi (湯匙 thng-sî)
cerek = teko (茶壺 tê-kó͘)

Terdapat satu pengecualian, iaitu sumpit yang berasal daripada bahasa Melayu, "sepit" (iaitu penyepit).
Orang-orang Baba menggunakan perkataan Melayu bagi perkara memasak, kecuali 'mengukus' yang
dipanggil tīm (燖). Bagaimanapun, kebanyakan masakan mereka diberi nama Cina seperti bami, tauyu,
kianchai, kuchai, dan sebagainya. Beberapa jenis pakaian juga diberi nama Cina.

[sunting] Perkataan berkaitan dengan agama


Perkataan-perkataan berkaitan dengan agama menunjukkan lagi satu aspek pengaruh budaya Cina
dalam kehidupan orang Baba:

tokong = bio (廟 biō)


tokong besar atau dewa Cina = tokong (mungkin daripada nama dewa, Tua Pek Kong (大伯公 Tōa-Peh
Kong))
membakar colok = sio-hio (燒香 sio-hiun)
melutut = kui (跪 kūi)

You might also like