TUGASAN

: 1) PEMBENTANGAN : 2) PENULISAN ILMIAH

17 OGOS 2009

TAJUK

: PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DI PERINGKAT AWAL KANAKKANAK

NAMA : 1) MOHD AMIRRUDIN BIN ZAKARIA 2) MOHD FAKRUL RADZI BIN ABU HASAN 3) WAN MOHD SZALIZAN BIN RAMLI 4) NORAINI BINTI SARIMIN 5) NURADILA BINTI ALWI

FAKULTI JABATAN TEMPAT SEMAKAN

: : : :

SENI DAN MUZIK PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ENCIK KAMARUL AZMAN BIN ABD. SALAM

1

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

FAKULTI SENI DAN MUZIK

SHV4193 – ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK

DISEDIAKAN OLEH: MOHD AMIRRUDIN BIN ZAKARIA MOHD FAKRUL RADZI BIN ABU HASAN WAN MOHD SZALIZAN BIN RAMLI NORAINI BINTI SARIMIN NURADILA BINTI ALWI D20061027072 D20061027056 D20061028003 D20071029907 D20071029921

SEMESTER 5 & 7 PROGRAM PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP

DISEDIAKAN UNTUK: ENCIK KAMARUL AZMAN BIN ABDUL SALAM

TARIKH HANTAR: 17 OGOS 2009

2

0 PENGLIBATAN KOMUNITI 14 3.0 PENGLIBATAN IBU BAPA 9 3.0 PENGENALAN 6 2.3 Masyarakat Setempat Badan Kerajaan Badan Bukan Kerajaan 14 17 18 4.2 3.0 KESIMPULAN 20 BIBLIOGRAFI 21 3 .1 3.ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGHARGAAN 4 1.

Tidak lupa juga terima kasih saya ucapkan kepada teman-teman yang banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu. Di kesempatan ini. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan.T kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapat juga kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini walaupun semasa tugasan ini dijalakan pelbagai rintangan terpaksa ditempuhi dan perlu disiapkan dalam masa yang singkat. semoga penulisan kami ini dapat memuaskan hati semua pihak. Bantuan beliau amat saya hargai walaupun beliau sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah. Beliau yang tidak lokek ilmu sentiasa memberi pandangan kepada para pelajarnya agar dapat menyelesaikan tugasan ini dengan berjaya.PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera. memberi tunjuk ajar. Kerjasama dari teman-teman amat kami hargai kerana tanpa sokongan dan komitmen daripada teman-teman mungkin merumitkan lagi proses menyiapkan tugasan ini. Justeru itu kami juga berharap agar hasil tugasan yang kami lakukan ini dapat 4 .W. Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan dan mendoakan kami. dan semangat kepada kami semasa menyiapkan tugasan ini. Akhir kata dari kami. saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Kamarul Azman bin Abdul Salam selaku pensyarah Subjek Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (SHV4193) merangkap penasihat tugasan ini kerana membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami semasa proses menyiapkan tugasan ini.

Kami hanyalah insan biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan. salam perpaduan daripada kami. Jika ada salah silap dan terkasar bahasa. 5 .melahirkan bakal guru yang berkarisma dan bertoleransi. kami ingin menyusun sepuluh jari tanda memohon seribu kemaafan. Harap dimaafkan. Sekian.

di rumah atau di luar rumah seperti komuniti yang juga memainkan peranan yang penting. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 – 6 tahun memerlukan pendedahan kepada persekitaran yang kaya dengan unsur pembelajaran. ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam pada peringkat kanak-kanak. perkembangan emosi. Malah penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam mendidik kanakkanak kerana mereka merupakan orang pertama yang mengasuh. perkembangan bahasa. 1996). 1985). perkembangan sosial dan perkembangan intelektual (Jillian Rodd. Komuniti atau masyarakat boleh mempengaruhi kanak-kanak serta ibu bapa kerana wujudnya jaringan hubungan. Mereka juga memerlukan peluang untuk melibatkan diri dalam berbagai jenis pengalaman.1. ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu pengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi segala pengalaman dalam kehidupan hariannya sama ada di pusat asuhan. Di peringkat awal kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak terdiri daripada lima peringkat iaitu perkembangan fizikal. 1985). Pendedahan dan penglibatan ini penting untuk mereka berkembang dengan sempurna (Rozumah & Salma. 6 . Sebagai pengaruh terbesar di dalam hidup anak. 1996).0 PENGENALAN Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang tersendiri hasil daripada perwarisan seperti yang telah dicipta dalam gen mereka (Rozumah & Salma. Kepelbagaian cara didikan ibu bapa memberi kesan kepada perkembangan moral kanak-kanak (Jillian Rodd.

pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah. Dari perspektif Islam. Peringkat selepas lahir hingga ke peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai peringkat ‘nursery’. pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada dalam kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. strategi pengajaran pembelajaran. Secara umum. 7 . Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak. yang lebih dikenali dengan peringkat ‘kindergarten’. Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur tiga hingga enam tahun. pendidikan awal Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat.Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Peringkat sesudah lahir dibahagikan juga kepada dua tahap. iaitu peringkat sebelum lahir dan peringkat sesudah lahir. Dalam tamadun Barat. konsep pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi kanak-kanak di peringkat selepas lahir hingga ke peringkat enam tahun. Ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Selepas beberapa kajian. pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat prasekolah. Iaitu dari mula dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga hingga meningkat ke enam tahun. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah.

0 PENGLIBATAN IBU BAPA 8 . untuk menyempurnakan tugas ibubapa. emosi dan jasmani kanak-kanak bergantung kepada sempurna atau tidaknya asuhan yang diperolehi terutama sekali dalam waktu kritikal. 2. Waktu ini disebut sebagai waktu kritikal. Mereka sependapat bahawa pendidikan kanak-kanak harus mendapat perhatian sepenuhnya kerana kanak-kanak mempunyai waktu tertentu yang sangat singkat dan perlu mendapat perhatian serius. taman-taman asuhan perlulah mempunyai kurikulum yang seragam untuk membentuk insan yang cemerlang yang akan menjadi pemimpin unggul pada masa akan datang.Jelaslah di sini bahawa pendidikan peringkat awal sangat dititik beratkan oleh filosofi Islam dan Barat. Jadi. Perkembangan intelek.

Guru pula akan dapat mengembangkan peranan profesional mereka sebagai pemudahcara pembelajaran kepada ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa sebaliknya pula boleh menambah pengetahuan.Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam pendidikan prasekolah. Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada murid. Dalam kata lain. anda lebih mengenali anak anda. terdapat kajian membuktikan bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak. kemahiran dan keyakinan untuk membantu pembelajaran anak mereka melalui taklimat dan perkongsian ilmu daripada guru. kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung 9 . Sebagai ibu bapa. Sekiranya dari pemerhatian anda memberikan gambaran bahawa di situlah anak-anak anda akan dapat berkembang dengan sepenuhnya. 1985). Oleh itu adalah sangat wajar bagi ibu bapa untuk meneruskan penglibatan mereka dalam samasama mendidik anak-anak di tadika. ibu bapa dan guru. Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006). kita perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran mereka. Ibu bapa adalah orang yang pertama mendidik anak-anak sebelum masuk ke tadika. maka anda telah pun menemui prasekolah yang betul. Kanak-kanak juga mempunyai sifatsifat yang diperolehi melalui tindak balas dengan alam sekeliling tempat mereka dilahirkan (Rosmah & Salma. Murid akan merasakan pembelajaran bukan sahaja diperoleh daripada guru di sekolah tetapi boleh diteruskan di rumah. dan anda mempunyai kuasa untuk terlibat secara aktif didalam pengalaman prasekolah anak anda.

ibu bapa disarankan agar memastikan anak-anak mereka mengulang kaji pelajaran selama dua atau tiga jam sehari dengan bimbingan ibu bapa. Antara peranan yang dimainkan adalah seperti berikut: i. Pendekatan ini juga mendapat perhatian yang serius dari pihak kerajaan bagi melahirkan anak-anak yang intelek dan berdaya maju seiring denganperkembangan negara. Hal ini terbukti dengan adanya kempen di peringkat kebangsaan untuk menggalakkan ibu bapa terlibat dengan pendidikan anak-anak mereka. Melalui iklan di televisyen dan lagu di radio. 2006 ). Mengukuhkan pembelajaran Eugenia Hepworth Berger (1991) menyatakan ibu bapa boleh melakukan apa sahaja seperti membantu dan menggalakkan di rumah untuk menolong anak mereka berjaya di sekolah misalnya melalui komunikasi. Penglibatan ibu bapa secara langsung dan tidak langsung akan memberi kesan yang positif terhadap perkembangan murid prasekolah kerana mereka merupakan pendidik di rumah (Jeffrey Glanz. Ini kerana anak – anak belajar untuk memahami sesuatu yang lebih baik apabila ibu bapa bercakap dan menerima serta mendengar idea mereka. Selain itu ibu bapa juga meneruskan amalan atau apa yang telah dipelajari oleh anak mereka di tadika seperti: 10 .memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap bersugguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran disamping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.

2008). suka menyiasat dan meneroka. Ibu bapa perlu menerangkan dengan lancar secara terus dari objek seperti komputer ( Douglas P. ucap selamat dan terima kasih Amalan kemahiran seperti menyiram pokok. ibu bapa juga boleh Memberi penerangan tentang pekerjaan Membuat demonstrasi dan memberi latihan dalam kraf. Ibu bapa merupakan tempat rujukan selain guru (Eugenia Hepworth Berger 1991). Amalan membaca doa-doa yang dipelajari di tadika Membaca buku. Contoh kepakaran yang boleh dilakukan oleh ibu bapa membantu dalam aktiviti pembelajaran seperti bercerita menyanyi serta menggunakan komputer. Di samping itu. mengeskperimen dan menyelesaikan masalah serta berkemampuan menumpu perhatian dalam meneroka sesuatu pengalaman pembelajaran (Aminah Ayob et al. Situasi ini memerlukan penglibatan ibu bapa untuk menerangkan dan menjawab setiap persoalan yang ditanya oleh anak mereka.Newton 2002 ). membuat kolaj dan lain-lain Menyumbangkan kepakaran atau sebagai rujukan Kanak – kanak mempunyai minat ingin tahu ( curiosity ) yang tinggi. Memberi khidmat nasihat dan runding cara    11 . menulis.  Amalan memberi salam. menghidang makanan dan mengemas   ii. melukis.

iii.Newton. 1985). (Douglas P. 2002 ). Memberi sumbangan tenaga dan bahan Penglibatan ibu bapa di peringkat awal kanak .kanak juga perlu menyediakan alat bantu pengajaran dan pembelajaran seperti menyediakan buku bergambar serta alat menulis. Pada masa yang sama lawatan ini dapat menjalinkan perhubungan yang rapat di antara ibu bapa dan 12 . 2002 ).Newton. Lawatan juga boleh dilakukan bersama tadika anak mereka bersama guru tadika. Kanak – kanak lebih mudah memahami jika melihat apa yang dinyatakan berbanding perkara yang abstrak (Douglas P. Dengan peralatan yang ada. Malah ibu bapa juga boleh membawa mereka untuk berkelah atau melawat supaya mereka boleh mengetahui dengan lebih banyak perkara selain pembelajaran di tadika. Fungsi pendidikan prasekolah dari perkembangan estetika dan daya kreatif ialah menyediakan berbagai jenis media seperti tanah liat. ibu bapa boleh membina taman sains untuk memberikan gambaran yang lebih dekat kepada kanak – kanak. blok atau plastisin (Rosmah & Salma. Dengan bahan yang ada ibu bapa perlu menyumbangkan tenaga dengan mengajar mereka dengan cara yang berbeza dari guru di tadika. Ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mengajar anak mereka jika mereka selesa dengan pendekatan yang hendak diajar.

alat 3. 2004). Selain itu.0 PENGLIBATAN KOMUNITI 13 .tenaga pendidik secara tidak langsung membolehkan pendidik memahami anak – anak dengan lebih mendalam. ibu bapa juga boleh menderma atau membaiki permainan terpakai dan menyediakan props. (Elizebeth & Jacqueline.

masyarakat mempunyai kepunyaan. Penjagaan kanak – kanak dengan kualiti yang baik akan merangsang perkembangan mereka. Masyarakat terdiri daripada pelbagai keluarga yang bekerja dalam pelbagai kerjaya yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kepakaran yang boleh membawa kepada satu simbiosis taska sekolah akan bermakna jika diatur dengan bijaksana. Berhubung dengan orang luar dalam komuniti boleh menpengaruhi pembelajaran kanak – kanak. Masyarakat setempat merupakan komuniti yang boleh mempengaruhi kanak – kanak. (Jeffrey Glanz. 2006 ) Dalam komuniti. menolong satu sama lain. Dengan penglibatan mereka.Selain ibu bapa. tanggungjwab dalam masyarakat. (Aminah Ayob et al. 1991) Apabila aktiviti seperti Hari Potensi dianjurkan. 2005) 3. memberi komitmen serta hormat (Thompson.1 Masyarakat Setempat Masyarakat luar bandar seperti penduduk kampung terutamanya gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalan oleh tadika kerana anak mereka sendiri merupakan murid tadika tersebut. Sokongan yang diberikan akan meningkatkan keyakinan kanak – kanak untuk berjaya. (Eugenia Hepworth Berger. 2008). secara tidak langsung mereka juga memberikan sokongan kepada anak mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. kanak – kanak mula untuk belajar bergaul dan saling memahami pelbagai budaya dengan komuniti 14 . pihak komuniti juga tidak kurang pentingnya dalam penglibatan di peringkat awal kanak – kanak.

2008).al. akhirnya ia akan menjadi hubungan yang kekal. Kanak – kanak yang mempunyai kemahiran yang sosial yang tinggi mampu untuk bergaul dengan komuniti pelbagai budaya. Pergaulan kanak – kanak dalam komuniti akan mempercepatkan kebolehan berkomunikasi lebih awal kerana terdapat ransangan luar yang positif. Lebih banyak hubungan berlaku dalam minda kanak – kanak lebih banyak sinaps terbentuk jika kanak – kanak terus diransangdan didedahkan kepada pengalaman – pengalaman pembelajaran yang banyak (Aminah Ayob et al. maka akan bertambah jaringan neuron dalam otaknya.setempat seperti yang ditekankan dalam kurikulum permata. berlaku proses interaksi dan komunikasi secara tidak langsung yang juga ditekanan dalam kurikulum permata. 2005 ) Falsafah Kurikulum Permata menekankan kefahaman dan budaya adalah amat penting dibina dari peringkat awal agar kanak – kanak membesar dengan kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan serta mengamalkan nilai – nilai murni dalam kehidupan dan dapat hidup secara bertoleransi dalam suasana masyarakat Malaysia yang majmuk. Malah kanak – kanak yang mahir berkomunikasi. Oleh itu. mudah berinteraksi. ( Thompson. Jika sinaps tersebut digunakan dengan kerap. Lebih banyak dan kerap kanak – kanak dirangsang. 15 . Ini kerana mereka mempunyai hubungan yang istimewa iaitu berada di set yang sama berasaskan kepercayaan yang sama dan selesa untuk melakukan bersama. adalah penting kanak – kanak diberikan ransangan positif yang banyak dan kerap supaya sinaps yang terbentuk menjadi kekal (Aminah Ayob et. 2008). Semasa bersosial dengan komuniti.

Ahli komuniti boleh menjadi pembantu guru. 3. Hari Potensi yang dijadikan aktiviti ko-kurikulum tabika yang dilaksanakan secara tahunan. Hari Potensi. Misalnya.2 Badan Kerajaan 16 . pensyarah dan tutor (Marzano. Dalam pada itu. masyarakat dan pemimpin tempatan yang memerlukan mereka untuk memberi komitmen supaya segala perancangan aktiviti berjalan dengan lancar. komuniti yang bertugas akan dipecahkan mengikut bahagian masing – masing. sosial dan perpaduan di kalangan ibu bapa. Melalui Hari Potensi ini ibu bapa dan komuniti akan berganding bahu untuk menjayakannya juga selaras dengan objektif Hari Potensi iaitu memupuk semangat kerjasama. komuniti juga secara tidak langsung menjadi pembantu kepada guru kanak – kanak. Henderson & Berla (1994) menyatakan bahawa kepercayaan untuk melihat kejayaan murid – murid adalah kritikal dan ia akan membuatkan ibu bapa menjadi optimis dengan komitmen mereka untuk memberikan sesuatu yang bermakna secara berterusan. Semasa terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum tadika. mereka juga akan berinteraksi dengan kanak – kanak untuk memberi sokongan supaya mereka dapat melakukan yang terbaik pada hari itu.Misalnya. 2003).

Oleh itu. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) terlibat dalam pengendalian TADIKA untuk kanak-kanak yang berumur 5. program yang dijalankan memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar. badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) juga terlibat dalam perkembangan kanak-kanak iaitu dengan kewujudan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA). Ibu bapa merupakan salah satu sumber untuk mengenalpasti anak berbakat terutama yang masih kecil ( Reni Akbar Hawad.6 tahun atau di peringkat pra sekolah. dengan pelaksanaan program pendidikan keibubapaan yang bertujuan memberi pendidikan tentang peranan ibubap dalam perkembangan kanak-kanak kepada golongan ini. ia dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak berjalan dengan lancar dan baik. Melalui TASKA. Hal ini demikian kerana. 2001). 2004) Selain itu. mereka harus diberi peneguhan atau pengukuhan supaya menjadi kanak bersahsiah baik. TABIKA yang dikendalikan oleh JPNIN ialah TABIKA Perpaduan yang membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya yang pelbagai. 17 . bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. sifat kanak-kanak boleh dikesan sejak dilahirkan sama ada dia seorang pemarah atau periang dan sama ada dia mudah ataupun susah untuk menyesuaikan diri dalam seseuatu keaadaan. Oleh itu.Penglibatan agensi-agensi kerajaan juga turut memberi impak kepada perkembangan awal kanak-kanak. (Rohani Abdullah.

Pada usia tiga hingga enam tahun adalah masa bermain bagi kanak-kanak dan masa belajar pada lingkungan umur ini bukan dalam dua demensi (pensil dan kertas) ( Reni Akbar Hawadi. tetapi juga seronok dan interaktif dan paling penting mereka akan pulang dengan pengetahuan yang dapat memberikan perubahan bermakna kepada bayi mereka melalui cara-cara urutan. penyusuan dan mandian yang betul. Ransangan yang betul terhadap bayi 0 hingga 6 bulan akan meningkatkan lagi 18 . Program pendidikan prasekolah KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA).Selain itu. (Utusan Malaysia.3 Badan Bukan Kerajaan Badan bukan kerajaan juga melibatkan diri dalam perkembangan awal kanakkanak. emosi. memandikan dan menyusu badan oleh profesional penjagaan kesihatan bayi. 3. 06/08/2009). Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M (Membaca. Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial. Bengkel yang diadakan oleh bertujuan mendidik para ibu bapa cara-cara mengurut bayi. untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun. Pelaksanaan TABIKA adalah berasaskan konsep memberi pendidikan non-formal secara belajar melalui bermain. Bengkel seperti ini bukan hanya hanya informatif dan berguna bagi para ibu bapa. Badan bukan kerajaan seperti Johnson & Johnson Sdn. Bhd telah menganjurkan bengkel keibupaan. Mengira dan Menulis). 2001). intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah.

19 . badan amal bukan kerajaan yang menjerumus kepada kebajikan kanak-kanak juga wujud di Malaysia. Islamic Relief WorldWide dan Yayasan Basmi Kemiskinan. Stimulasi yang diberikan dari rumah serta dorongan terhadap minat-minat kanak-kanak merupakan hal vital bagi perkembangan bakat kanak-kanak ( Reni Akbar Hawadi. kanak-kanak dapat dibantu melalui perkembangan awal mereka dengan lebik baik walau pun tanpa ibu bapa.perkembangan intelek mereka berkaitan dengan maklumat sentuhan (Rohani Abdullah. Taman Tun Dr. Program yang dijalankan adalah bertujuan membantu kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Dengan program ini. Contohnya. 2001). Selain itu. 2004).Taqwa. Antara program yang dilaksanakan adalah Malam Amal untuk rumah-rumah anak-anak yatim. Ismail. program Click A Child yang dinaungi Masjid At.

melahirkan idea dan meningkatkan keyakinan dalam melakukan penorakaan terhadap alam sekeliling. Perkembangan yang meliputi pelbagai aspek ini perlu dipastikan oleh ibu bapa serta komuniti dilalui oleh kanak-kanak dengan lancar. ransangan yang sesuai mengikut perkembangan kanak-kanak perlu diberikan supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran.5. Oleh itu. Penglibatan ibu bapa dan komuniti juga sangat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak kerana akan memberi impak kepada pembesaran dan secara tidak lansung kepada masa depan mereka yang merupakan aset penting negara.0 KESIMPULAN Kunci kepada kewujudan kanak-kanak yang berbakat dan bersedia untuk ke tahun 1 adalah kesedaran ibu bapa dan komuniti terhadap keunikan yang dimilliki oleh mereka dan kewujudan idea-idea yang diluahkan oleh golongan kanak-kanak ini. Kanak-kanak memerlukan ibu bapa yang responsif dan fleksibel serta komuniti yang sensitif terhadap pekembangan mereka. ibu bapa dan komuniti perlu sedar akan peranan masing-masing dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara pragmatik pada peringkat awal pembesaran mereka. meningkatkan kebolehan. 20 . Oleh itu.

1991. Washington. Singapore : South Wind Production.BIBLIOGRAFI Atan Long. A new generation of evidence : The family is critical to student achievement. 2002.Community Leadership : United States.1979. 1996. United States Of America : Macmillan Publishing Company Henderson. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Leadership in early childhood : the pathway to profesionalisme. Douglas P. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tingkatan 4. 2004. United Kingdom : Stanley Thornes Publisher Ltd Eugenia Hepworth Berger.Newton. 21 . Parents as Partners in Education : The school and Home Working Together . London : RoutledgeFalmer Elizebeth Sadek & Jacqueline Sadek. DC: Center for Law and Education Jeffrey Glanz. Corwin Press Jillian Rodd. A. 2002. Talking Sense in Sciene. 1994. Buku Teks DBP. School . Kuala Lumpur. 2006. Psikologi Pendidikan. Good practice in Nursery Management : 2nd edition. Dewan Bahasa dan Pustaka. T & Berla.

Alexandria. Psikologi perkembangan anak. Psikologi Pendidikan – Pendekatan Kontemporari Edisi Revisi. Pahang: PTS publications Sdn. Pusat Perkembangan Kurikulum. Bhd. Bhd. Utusan Malaysia. Rohani Abdullah. 1985. Penglibatan ibu bapa jamin kejayaan anak-anak. Perak: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.M (2005. Panduan Aktiviti Prasekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia. Siti Fatimah Binti Bdul Rahman (2006.2008. 2001. Jakarta: Gramedia Widiasarana. 2001.November 10). Bayi cerdik. VA : Association for Supervision and Curriculum Development. Selangor: Fajar Bakti Sdn.Kementerian Pendidikan Malaysia. J. Marzano. Thompson. Rozumah Baharudin dan Salma Ishak. Bhd. What works in schoos:Translating Research into action. Parent – teacher conference : Eight steps to parental succes Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2004. Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Pusat Perkembangan Kurikulum. Reni Akbar Hawadi. 2003. Kurikulum Permata. Februari 21). Ramlah Jantan dan Mahani Razali. Pusat Penyelidikan 22 . 2004. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. R. 2001.

net pada 12 Ogos 2009 Tanggjungjawab Kemas .utusan.com.html Ogos 2009 Click A Child diperoleh daripada laman web http://www.06http://www.diperoleh daripada laman web http://www. – diperoleh daripada laman web Utusan Malaysia. Arkib:2009. myMetro (2009.asp? y=2009&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.Ogos 14) Bengkel Urut Kembali Lagi.com/ pada 12 Ogos 2009 Penglibatan Ibu Bapa – diperoleh daripada laman web http://www.Ogos. Peranan Ibu bapa.ehomemakers.my/utusan/info.blogspot.my/111 pada 18 Ogos 2009 pada 12 23 .Perkembangan Kanak-kanak Negara.click-a-child.gov.kemas.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful