Usaha-Usaha untuk Memelihara Permainan Tradisional

Dalam era globalisasi kini, permainan tradisional semakin dilupakan. Antara permainan tradisional tersebut ialah permainan gasing, wau, congkak , guli dan sebagainya. Oleh itu, usaha-usaha tertentu perlu diambil untuk mempopularkan kembali permainan tradisional terutamanya kepada generasi muda. Salah satu usaha bagi mempopularkan permainan tradisional ialah melalui pihak sekolah. Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti ko-kurikulum yang berkaitan dengan permainan tradisional melalui penubuhan kelab atau pe rsatuan di sekolah. Guru-guru juga perlu diberikan pendedahan dan latihan secukupnya supaya mereka dapat membimbing para pelajar untuk bermain permainan tersebut. Melalui kegiatan ini juga, pelbagai perta ndingan dapat diadakan seperti pertandingan gasing pang kah, congkak, guli dan wau. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat para pelajar terhadap permainan tradisional . Selain itu, pihak tertentu terutamanya Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan harus mengorak langkah untuk mempopular kan permainan tradisional dengan mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri atau kebangsaan. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa µtak kenal maka tak cinta¶. Oleh yang demikian, acara seperti permainan wau dan gasing jika dipersembahkan di pesta permainan tradisional, pasti akan dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk mengenali dan mencuba permainan ini. Permainan tradisional juga perlu dikomersialkan supaya dapat menarik minat pihak penganjur atau syarikat-syarikat untuk menajanya. Antaranya ialah dengan mempromosikan permainan tradisional semasa sukan Komanwel atau sukan SEA agar dapat menarik perhatian negara -negara lain. Misalnya, semasa sukan SEA pada tahun 2003 yang lalu , negara Vietnam telah mengambil peluang untuk memperkenalkan permainan tradisinya kepada negara -negara lain. Kesimpulannya, usaha untuk memupuk dan memelihara permainan tradisional tidak harus dipandang enteng . Hal ini kerana, permainan tradisional merupakan khazanah dan warisan negara yang harus dipelihara supaya µtidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas¶. Jika tidak, permainan tradisional mungkin hanya dapat ditonton di muzium oleh generasi akan datang.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful