You are on page 1of 15

HASIL KAJIAN

NAMA BANGUNAN : Bangunan Stadthuys

• Nama Lain

Nama lain bagi Bangunan Stadthuys ialah Bangunan Merah. Stadthuys

membawa maksud State House iaitu Dewan Bandaran.

Latar belakang
• Asal usul

Bangunan Stadthuys ialah salah sebuah bangunan yang tertua yang telah

dibina oleh pemerintah Belanda di Melaka. Bangunan ini dikatakan bangunan

tertua binaan penjajah Belanda di rantau Asia Tenggara. Bangunan Stadthuys

pada zaman Belanda mengandungi dua tingkat. Bahagian Hadapan tiga tingkat

dan dua tingkat di bahagian belakang. Oleh kerana kedudukannya di lereng bukit

St. Paul, bangunan ini kelihatan seperti bertingkat-tingkat. Warna asal bangunan

ialah warna putih tetapi telah ditukarkan kepada warna merah kerana bangunan

ini berhampiran bukit St. Paul.

• Pengasas

Pengasas bangunan ini ialah pemerintah Belanda pada tahun 1650 setelah

mengambil alih Melaka dari Portugis pada tahun 1641. Tiada rekod yang

menyatakan tarikh yang tepat bangunan ini dibina. Ada yang mengatakan

bangunan ini telah dibina di antara tahun 1641 dan ada pula pendapat yang

menyebut bangunan ini telah dibina pada tahun 1650an.


• Lokasi

Bangunan ini terletak di Banda Hilir. Ia juga terletak berhampiran dengan

Kubu A Famosa. Selain itu, bangunan ini terletak berhampiran dengan Dataran

Pahlawan.

• Tujuan Penubuhan

Bangunan ini dibina bagi menempatkan tempat pentadbiran pemerintahan

Belanda dan juga sebagai tempat kediaman Gabenor Belanda di Melaka.

Dikatakan juga selain sebagai kediaman Gabenor Belanda. Stadthuys

merupakan tempat pembesar-pembesar dan tentera-tentera Belanda berkumpul.

Selain itu, di beberapa bahagian, ditempatkan hamba abdi yang disebut sebagai

‘Misericordia’. Bangunan ini juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran . Gabenor

Inggeris tidak lagi mendiami bangunan ini kerana sejak dari zaman Belanda,

mereka telah membina sebuah kediaman khas untuk Gabenor di puncak bukit

berhampiran dengan Gereja St. Paul yang tidak jauh dari Bangunan Stadthuys.

Setelah mencapai kemerdekaan, bangunan ini terus diguna sebagai pusat

pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan sejak tahun 1957 hingga 1980

setelah bangunan khas untuk pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan siap

untuk diguna yang terletak di Jalan Hang Tuah.

KEISTIMEWAAN BANGUNAN
• Reka Bentuk Pelan

Satu penyelidikan pelan secara menyeluruh telah dibuat dan untuk tujuan

tersebut, seorang arkitek yang juga merupakan seorang jurutera yang pakar

mengenai bangunan-bangunan lama Belanda Laurens Vis telah diundang bagi

tujuan tersebut. Disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, hanya pada

pertengahan tahun 1986, kerja-kerja restorasi secara keseluruhan dapat

dijalankan. Kerja-kerja restorasi dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya dan

pembiayaannya ditanggung oleh Kerajaan Negeri melaka. Kerja-kerja restorasi

tersebut dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama menumpukan kepada

kerja-kerja bahagian atas dan luar bangunan manakala kerja-kerja fasa kedua

merangkumi bahagian dalam dan kekuatan bangunan.

Mengenai bentuk asal Bangunan Stadthuys, tidak banyak rujukan yang

dapat dijadikan panduan. Hanya tulisan Laurens Vis dalam The Stadthuys of

Malacca yang menyentuh Stadthuys secara menyeluruh dan hanya

menumpukan bangunan ini dalam bentuk pelan asal bangunan ini yang dibina

pada zaman Belanda yang dikeluarkan pada tahun 1982 dan juga kertas kerja

mengenai bangunan ini yang dibuat oleh Encik Amir Hamzah bin Mohd Yunus

yang merupakan arkitek yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja restorasi

bangunan ini pada tahun 1986. Selain daripada tulisan tersebut, beberapa

gambar mengenai bangunan ini yang dirakamkan pada zaman pemerintahan


Inggeris boleh juga dijadikan panduan. Penglibatan penulis secara langsung

dalam melihat setiap perkembangan yang berlaku semasa kerja restorasi

dijalankan menambahkan oengetahuan mengenai setiap perubahan yang

berlaku sejak ia dibina hinggalah rupa bentuk berlaku setelah ianya direstorasi.

Di dalam sebuah lukisan yang dilukis pada tahun 1807 dan dipetik

penerangannya ‘ The Two Plate of Malacca in engraved for the eight volumes of

pinkertones general collection of voyages publishes in 12811, from a scetches

made by E.H Locker in 1807’. Dari segi ilustrasi atau lukisan yang dibuat oleh

E.H Locker tersebut, ianya menunjukkan Bangunan Stadthuys yang asal dibina

pada zaman Belanda yang belum ditokok tambah. Kedududkan Locker

melukisnya kemungkinan bertentangan dengan Gereja Christ yang melukiskan

bahagian sisi hadapan Bangunan Stadthuys dilukis dengan jelas. Selain

daripada Stadthuys yang kelihatan nyata dalam lukisan Locker ialah Bangunan

Gereja Christ yang kemungkinan juga merupakan bentuk asal kerana pada

waktu itu terdapat anjung yang dibina kemudian. Bersebelahan dengan Gereja

Christ merupakan Bangunan Pejabat Pos Melaka yang sekarang dijadikan

sebagai Muzium Belia. Bangunan ini juga dipercayai bangunan yang dibina pada

zaman Belanda dan telah diubahsuai menjadi dua tingkat pada zaman

pemerintahan Inggeris seperti yang dapat dilihat hari ini. Di sebelah kiri gambar

yang dilukis oleh beliau merupakan sebahagian dari pintu kota dari arah Sungai

Melaka. Kemungkinan besar, semasa lukisan ini dilukis, Kota Melaka belum lagi

diruntuhkan oleh Pemerintah Inggeris. Seperti yang digambarkan oleh Munshi


Abdullah, bentuk pintu kota yang terdapat di sebelah Banda Hilir yang masih

wujud hingga sekarang sama seperti pintu utama yang terletak di hadapan

Sungai Melaka. Perbezaan kecil yang dapat dikesan di antara kedua-dua pintu

ini ialah tempat berkawal di pintu kota utama terdapat juga dibahagian belakang

pintu kota manakala di pintu Kota Santiago yang terletak di Banda Hilir tidak

terdapat askar berkawal. Pintu kota dari arah Sungai Melaka merupakan pintu

kota utama yang menjadi tumpuan setiapa pedagang yang berurusan di Melaka

yang berhampiran pula dengan pusat pentadbiran Bangunan Stadthuys sudah

tentu ianya dibina dengan lebih teguh dan menarik.

• Pengubahsuaian

Perubahan yang dilakukan pada zaman Inggeris, tingkap-tingkapnya

terutamanya di bahagian bangunan utama walaupun ada diantaranya

merupakan tingkap dua lapis. Daun tingkapnya disusun bersilang bagi

mengelakkan tempiasan hujan. Kerja-kerja pengubahsuaian dibahagikan kepada

dua fasa. Fasa pertama menumpukan kerja-kerja bahagian atas dan luar

bangunan manakala fasa kedua pula merangkumi bahagian dalam dan kekuatan

bangunan. Antara kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan ialah:


i) Fasa pertama:

• Meruntuhkan bangunan-bangunan binaan baru dan membersihkan

kawasan tersebut. Antara binaan tersebut ialah Bangunan Telekom, stor

pejabat daerah dan binaan tandas yang terdapat di halaman bahagian

dalam bangunan.

• membuka atap genting belanda dicuci dan digunakan semula.

• Menukar atap genting India, China dan asbestos kepada corak asal

genting belanda.

• Merawat kerja kayu yang masih boleh digunakan dan menggantikan kayu-

kayu dari jenis yang terbaik kepada kerja kayu yang telah rosak teruk dan

tidak boleh dirawat dan menguatkan dan membaik pulih beberapa

bahagian tembok yang telah retak dan merawat plaster yang masih boleh

dikekalkan. Plaster yang rosak ditanggalkan dan diplaster semula dengan

menggunakan bahan yang sesuai seperti plaster asal.

ii) Fasa kedua:

• Membersihkan tambahan-tambahan baru yang terdapat di dalam

Bangunan Stadthuys

• Membaik pulih tembok-tembok ruangan dalam menggunakan bahan dari

jenis yang seakan bahan binaan asal.

• Meruntuhkan dan membersihkan binaaan tambahan baru di ruang

terbuka,
• Membaik pulih kerja kayu pintu dan tingkap yang asal. Pintu dan tingkap

buatan baru digantikan dengan bentuk pintu pada zaman Belanda. Lantai

yang telah rosak juga digantikan mengikut jenis dan bentuk ruang-ruang

yang berlainan di bangunan tersebut iaitu lantai tarakota, grinite, batu bata

dan lantai kayu.

Seperti juga kerja-kerja fasa pertama, hasrat kerja difasa kedua juga

mengekalkan bentuk asal Bangunan stadthuys.

• Bahan binaan

Asas dan bahan binaan Bangunan Stadthuys berbeza dengan binaan

bangunan pada masa kini. Keseluruhan bahagian asas dan tembok besar

terletak di tanah keras dan bongkahan batu laterit. Ukuran tembok yang

diperbuat daripada batu laterit yang tlah dibentuk menjadi empat segi bujur tidak

menentu. Ada yang besar dan ada yang kecil. Bahagian atas tembok bangunan

ini disusun bercampur aduk dengan batu laterit dan batu bata yang digunakan

pada zaman Belanda. Manakala tembok asas dibina agak tebal iaitu setebal 3

kaki dan mengecil sedikit di bahagian atas. Disebabkan tembok yang tebal

memberikan kekuatan kepada Bangunan Stadthuys kekal sehingga hari ini.

Plaster yang digunakan pada keseluruhan tembok bangunan ini menggunakan

motar kapur.
Selain itu, lantai pada bangunan ini pula terdiri daripada tiga bahan utama

iaitu tarakota, grinite dan kayu. Tarakota dan lantai grinite merupakan lantai

dibahagian bawah manakala lantai yang tidak berasaskan tanah lereng bukit dan

lantai dibahagian atas menggunakan lantai kayu. Lantai tarakota ditempatkan

bertentangan dengan jam besar dan di veranda bahagian belakang bangunan

yang bertentangan dengan tembok penahan dan bangunan lama di lereng Bukit

St. Paul. Manakala lantai dari batu grinite pula digunakan pada hampir

keseluruhan ruang dan veranda iringan yang bertentangan dengan batu asas

pembinaan muzium bersejarah. Ruangan bahagian dalam Bangunan Stadthuys

ini juga menggunakan lantai tarakota dan lantai yang disusun daripada batu

zaman Belanda. Penggunaan lantai yang tidak seragam di tingkat satu yang

mernagkumi lantai kayu, grinite, tarakota dan batu bata menjadikan ia sebagai

sebuah bangunan yang unik yang pernah dibina pada zaman pemerintahan

Belanda di Melaka. Dua tangga naik yang terdapat dibahagian hadapan

bangunan ini pada asalnya merupakan tangga ynag dibina tegak. Ianya telah

diubah menjadi separuh tegak semasa pemerintahn Inggeris. Di tembok di

antara dua tangga ini di tempatkan batu peringatan bangi memperingati

askar0askar yang telah terkorban dalam Perang Dunia Kedua.

Kayu kayan yang digunakan untuk membina Bnagunan Stadthuys ini

sebahagian besarnya dari jenis kayu jati yang merupakan kayu terbaik yang

banyak terdapat di negara kita pada masa tersebut. Ukuran kayu untuk tujuan
pembinaan ini tidak menentu dan mengikut keperluan. Kayu kekuda di bumbung

bangunan, berukuran 10 inci x 10 inci. Manakala ukuran kayu kekuda dibahagian

belakang agak kecil sedikit. Ukuran kayu untuk lantai pula 10 hingga 12 inci

dengan ketebalan hampir 2 inici. Kebanyakan kayu-kayu tersebut tidak diketam

halus. Kebanyakan kayu-kayu yang digunakan ditarah menggunakan kapak atau

gergaji sahaja. Siling bagi bangunan utama merupakan siling dua lapis. Siling

sebelah atas merupakan papan lebar manakala syiling dibawahnya pula

merupakan papan yang disusun rapi. Syiling dibahagian belakang merupakan

syiling selapis yang disusun mengikut curam bumbung. Atap asal bangunan ini

merupakan atap genting seperti corak yang terdapat di Belanda. Sebelum

bangunan ini diubahsuai, hanya bangunan utama dan bahagian belakang yang

bertentangan dengan Gereja Christ masih menggunakan genting asal manakala

lain-lain bahagian bangunan ini menggunakan genting China dan genting India.

Ini disebabkan beberapa bahagian dari bangunan ini merupakan bangunan

tambahan yang dibuat pada zaman Inggeris.

Tingkap-tingkap di bangunan utama merupakan tingkap empat petak dan

ianya merupakan tingkap dua lapis. Di bahagian luar diperbuat daripada kayu

dan ruang tingkap ini merupakan kayu nako yang boleh digerakkan ke atas dan

ke bawah. Tingkap dibahagian dalamnya pula merupakan tingkap cermin.

Tingkap-tingkap dibahagian belakangnya pula merupakan tingkap dua muka dan

dibuat hanya selapis. Ukurannya juga lebih kecil daripada tingkap dibahagian

utama.
• Hiasan dalaman

Bangunan Stadthuys yang dibina oleh pemerintah Belanda terdiri daripada 3

bahagian utama. Bahagian bawah yang sempadan dengan lorong gereja yang

bertentangan dengan Gereja Christ merupakan ruang yang tidak diketahui

penggunaannya. Sebahagian besar daripada ruang ini tidak bertingkap. Hanya

pintu sahaja yang disediakan pada setiap ruang. Terdapat 11 ruang bahagian ini

di mana ukurannya di antara satu dengan lain. Tembok belakang pada ruang-

ruang ini merupakan tembok penahan lereng Bukit St. Paul yang diatasnya

merupakan tingkat satu bangunan ini. Pintu yang terdapat di antara dua tangga

merupakan satu ruang yang gelap. Kemungkinan ruang ini merupakan bilik

kurungan yang dipanggil sebagai ‘misericordia’ kerana tingkap pada tembok dan

pintu bahagian dalam diperbuat daripada besi palang yang kukuh. Di tingkat saty

ruang bangunan utama dipercayai digunakan sebagai pejabat pentadbiran dan

diikuti dengan ruang pejabat Gabenor Belanda. Ruang ini dibuat istimewa dan

cantik kerana bahagian syilingnya dibuat dari susunan kayu jati yan dihias

dengan bingkai berukir. Di bahagian belakang dari ruang utama dipercayai

dijadikan kantin atau tempat berehat pembesar-pembesar dan askar-askar

Belanda kerana kedudukannya bertentangan dengan binaan yang dipanggil

sebagai dapur Belanda. Dapur ini dibina berasingan dari bangunan utama. Saiz

dapur yang agak besar memberi gambaran jumlah masakan yang banyak dalam
satu-satu masa. Di tingkat atas ruang utama, kegunaannya tidak dapat

dikenalpasti. Anjung kecil tempat pintu yang dibuat bertentangan dengan

kedudukan veranda di antara dua tangga adalah dipercayai berperanan sebagai

tempat gabenor berucap atau tempat gabenor memmberi tabik hormatpada hari-

hari perbarisan.

Terdapat dua bangunan di kiri dan kanan dari ruang bangunan utama.

Diantaranya pula merupakan kiri dan kanan dari bangunan utama. Diantaranya

pula merupakan halaman yang kemungkinan dijadikan taman. Bangunan ini

bertingkat mengikut lereng Bukit St. Paul. Sambungan dinsebelah kanan yang

bertentangan dengan batu asas pembinaan Muzium Sejarah merupakan ruang

yang sukar ditentukan penggunaannya. Hanya ruang paling atas dikatakan

sebgai tempat penginapan gabenor sebelum kadiaman rasminya dibina.

Seperkara yang menarik tentang ruang ini, terdapat lukisan kaligrafi cina yang

dilukis disekeliling tembok ruang tersebut. Malangnya, sebahagian daripada

lukisan ini telah hapus apabila kerja0kerja mengecat dilakukan di kawasan

tersebut.

• Kegunaan dahulu dan sekarang

Dahulu bangunan ini dibina bagi menempatkan tempat pentadbiran

pemerintahan Belanda dan juga sebagai tempat kediaman Gabenor Belanda di


Melaka. Selain sebagai kediaman Gabenor Belanda, bangunan ini juga

dikatakan tempat pembesar-pembesar dan tentera-tentera Belanda berkumpul.

Selain itu, di beberapa bahagian bangunan ini, ditempatkan hamba abdi yang

disebut ‘misericordia’. Bangunan ini juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran.

Gabenor Inggeris tidak lagi mendiami bangunan ini sejak zaman Belanda.

Seperti yang dapat dilihat pada masa ini, bangunan ini tetap kekal sebagai

pusat pentadbiran. Pejabat Ketua Menteri Melaka yang pertama dan kedua

menggunakan kediaman gabenor ini di tingkat paling atas tetapi malangnya pada

tahun 1975, bangunan ini telah terbakar. Kesan daripada peristiwa tersebut,

bangunan ini tidak dibaiki dan semua jabatan berpindah ke kompleks kerajaan di

wisma persekutuan dan seri negeri di Jalan Hang Tuah pada tahun 1975.

• Cara pembinaan

Bumbung bangunan ini dibuat curam. Berkemungkinan juga Belanda di

Melaka membina Bangunan Stadthuys ini mengenakan ciri-ciri dan teknik seperti

bangunan yang terdapat di Negara Belanda. Kebanyakan bangunan di Belanda

dan eropah bumbungnya dibina curam kerana banyak tanggungan salji pada

musim sejuk. Bumbung yang dibina curam akan memudahkan salji larut ke

bawah dan tidak berkumpul di atas bumbung yang akan menambah beban

tanggungan yang memungkinkan bumbung runtuh. Oleh kerana ianya

merupakan bangunan besar yang pertama dibina oleh Belanda semasa


memerintah Melaka, kemungkinan faktor ini diambil kira. Bangunan-bangunan

lain yang dibina oleh pemerintah Belanda selepas Bangunan Stadthuys,

bumbungnya tidak curam seperti Bangunan Gereja Christ, Lembaga Air, MAIM,

muzium-muzium lama dan lain-lain bangunan pada zaman tersebut.

Seperti yang dijelaskan, ruang taman di antara dua bahagian sambungan

inisebuah perigi ditemui semasa kerja-kerja menyediakan pelan terukur

Bangunan Stadthuys pada akhir tahun 1979 hingga 1980. . Ianya disusun empat

persegi dengan menggunakan batu laterit. Perigi ini dipercayai perigi yang digali

semasa zaman pemerintahan Portugis kerana ianya diperbuat daripada batu

laterit dan dikambus padat. Selain daripada batu laterit, tembok perigi ini

berukuran 3 kaki x 3 kaki yang dibuat bercampur aduk dengan batu karang yang

dibentuk.

Selain itu, semasa kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan, satu tapak laluan

ditemui mengelilingi kawasan taman ini. Di bawah tapak laluan ini merupakan

saluran longkang. Tapak laluan ini ditutup dengan tanaman rumput pada tahun

1986 semasa kerja-kerja membina Muzium Sejarah giat dijalankan.

You might also like