P. 1
Tugasan kumpulan 4-pendidikan sains awal kanak-kanak

Tugasan kumpulan 4-pendidikan sains awal kanak-kanak

|Views: 941|Likes:

More info:

Published by: Thiruselvi Rengasamy on Mar 18, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/10/2014

pdf

text

original

Sections

  • 1.0 PENGENALAN
  • 2.0 DEFINISI SAINS AWAL
  • 3.0 DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS AWAL KANAK-
  • 4.0 KURIKULUM PERMATA
  • 4.6 Kanak-kanak Bagi Umur 3 hingga 4 Tahun

TUGASAN

: 1) 2)

PEMBENTANGAN PENULISAN ILMIAH

TAJUK : PENDIDIKAN SAINS AWAL DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK

NAMA :

1) 2) 3) 4) 5)

CHRISTOPHER ANAK BARAT NOVIE ADILAH SONDIG TAI CHEN HIUNG NORHAFIZAH BT MANAN HISHAM JAIMIE

FAKULTI JABATAN TEMPAT SEMAKAN : : :

:

SENI DAN MUZIK PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DEWAN TAMAN BERNAM 1 ENCIK KAMARUL AZMAN BIN ABD.SALAM

1

PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP DAN TEKNIKAL ( AT 31 ) Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
Kumpulan 4 Tajuk : PENDIDIKAN SAINS AWAL DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK
Tugasan berkumpulan Disediakan oleh:

Nama

No.matrik

Christopher anak barat Novie adilah sondig Tai chen hiung Norhafizah bt Manan Hisham Jaimie

D20071029848 D20071029835 D20071029859 D20071029846 D20071029876

Nama Pensyarah : EN. KAMARUL AZMAN B. ABD. SALAM

2

ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA/SURAT

1.0 2.0 3.0 4.0 4.1

PENGENALAN DEFINISI SAINS AWAL DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS AWAL KURIKULUM PERMATA Bidang Pembelajaran Perkembangan Deria/Sensori Dan Pemahaman Dunia Persekitaran Peringkat perkembangan Kanak-kanak (Pra-Sains)

4 6 9 12

12 12 16 21 25 29

4.2 4.3

Kanak-kanak Umur 0 hingga 6 bulan. Kanak-kanak Umur 7 hingga 12 bulan 4.4 4.5 4.6 Kanak-Kanak Umur 1-2 Tahun Kanak-kanak Bagi Umur 2 hingga 3 Tahun Kanak-kanak Bagi Umur 3 hingga 4 Tahun KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAJARAN SAINS AWAL KANAK-KANAK.

5.0

34

6.0

KAJIAN LEPAS BERKAITAN PEMBELAJARAN SAINS AWAL KANAK-KANAK. 38 45

7.0 KESIMPULAN RUJUKAN dan BIBLIOGRAFI

3

1.0

PENGENALAN Istilah Pendidikan awal kanak-kanak meliputi umur yang mana dalam

lingkungan 0-4 tahun dan telah diwujudkan seawal tahun 2006 serta telah dimasukkan dalam akta Pendidikan 1996 mengikut peraturan-peratuaran kurikulum kebangsaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Vyogtsky (1984), penerapan pendidikan awal sains seharusnya dimulakan pada peringkat lebih awal lagi. Hal ini adalah berkaitan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Harlan & Jelly (1989) mengatakan bahawa matlamat pendidikan sains awal kanak-kanak dapat membentuk dan memupuk perkembangan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran. Satu dasar telah ditetapkan dengan menyediakan kurikulum bagi Pendidikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai Kurikulum Permata. Kurikulum permata dirancang dengan mangambil kira semua aspek

perkembangan jasmani, rohani, mental dan emosi dan ia adalah berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak berumur 0-4 tahun. Penetapan Sains bagi kanak-kanak bermula dengan apabila mereka sedar mereka dapat belajar berhubung alam kehidupan mereka melalui tindakan dan perlakuan sendiri, seperti menuip belon ataupun buih sabun dan menambah blok binaan yang membuat binaan asas tidak stabil. Peluang-peluang mempelajari sains terdapat di pelbagai tempat dan keadaan contohnya, di dapur, di kawasan sekolah, di tepi kolam dan laut, di muzium, di zoo dan juga di tempat permainan yang disediakan. kita menggunakan ilmu sains bagi menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan

4

oleh kanak-kanak. Sebagai bidang ilmu. sains membekalkan rangka konsep bagi membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling. Pendedahan awal kanak-kanak ke atas sains adalah penting bagi perkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang lain. serta mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada. Ilmu pengetahuan sains ini menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak dibantu menghubungkan fakta dan konsep. Pengetahuan sains membolehkan mereka memahami fenomena yang terdapat di sekeliling mereka. Proses ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru. 5 .

konatif dan afektif.sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Menurut Joseph Abruscato (2000). Interaksi positif yang dialami secara terus membantu peningkatan kanak-kanak dalam pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang. Oleh itu. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif. membuat ketulan ais. kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanakkanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling.0 DEFINISI SAINS AWAL Umumnya. Dengan kata lain. 6 . mengasah pensel ataupun memasang lampu. sains adalah sesuatu yang berkaitan dengan persekitaran yang mana ia akan mewujudkan perasaan ingin tahu kanakkanak untuk meransang perkembangan kognitif dan deria mereka. ia menfokuskan dengan perkembangan deria/ sensori dan pemahaman dunia persekitaran. memerhati serangga. Dengan kata lain. Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat alam. menunggang basikal. Bidang pembelajaran ini lebih dikenali sebagai pra-sains. sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Definisi Sains awal adalah subjektif iaitu sains adalah sesuatu yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari apabila mereka bertanyakan soalan. Pengetahuan.2. pendedahan awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Merujuk kepada pendidikan sains awal.

kanak-kanak pada umumnya bersifat ingin tahu atau inkuisitif. Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada pemerhatian. Harlan & Rivkin (1996). kanak-kanak akan cuba membina pengertian dan kefahaman berhubung dengan fonomena yang dialami. sentuhan. rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik. Melalui proses ini. Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat 7 . Pengetahuan sains awal yang diterapkan kepada kanak-kanak bermatlamat memberi pendekatan hands-on dalam pengajaran sains dengan memberi ruang dan peluang kanak-kanak membina kefahaman sendiri dengan bantuan guru. Soalan-soalan ini biasanya berkaitan dengan perkara yang dialami oleh kanak-kanak. Justeru. aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanakkanak secara aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan pembelajaran. Proses Pendidikan Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap kali ditanya dengan tujuan mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung sesuatu yang menarik perhatian mereka.Menurut Johnston (1996). antara tujuan pendidikan sains adalah : Membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-kanak.

kritis. 8 . analitis dan sisitematik dalam membuat penakulan.Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif. Membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni.

haiwan. Maka mereka perlu diberikan peluang. 2003). Tingkah laku ini adalah suatu proses siasatan saintifik. Secara semula jadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.0 DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS AWAL KANAKKANAK Menurut Isaac Asimov (1994).3. Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusan dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tidak balas yang berlaku di dalam persekitaran. Pengalaman sains dapat membantu kanak-kanak mengenali dan memahami persekitarannya. menyelesaikan masalah. proses tumbesaran. Hasil keputusan kajian sentiasa berubah dan tidak tertumpu kepada satu jawapan sahaja. manusia dan benda di persekitarannya. Keterbukaan berfikir ini perlu diterapkan kepada setiap kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran pendidikan sains awal kanak-kanak. Umumnya. 9 . menyoal. cuaca. Pengalaman ini akan menggalakkan kanak-kanak supaya mahir berfikir. maka akan timbul beberapa soalan seperti “Apa ini?”. Apabila mereka tersentuh objek. Sains ialah cara kita berfikir dan melihat dunia persekitaran kita. kanak-kanak cenderung mengetahui fakta berkaitan fenomena alam semula jadi. membuat rumusan dan membina pengetahuan yang berasaskan pengalaman saintifik. galakan dan masa bagi memenuhi keperluan mindanya. Setiap tingkah laku mereka adalah suatu proses eksperimen yang berlaku secara spontan setiap hari. “Bagaimana ia berfungsi?”. Bagi memenuhi keperluan tersebut kanakkanak harus dibimbing dengan kaedah saintifik bagi menggalakkan mereka menyelesaikan masalah (Nani Menon & Rohani Abdullah. “Kenapa?”.

Ia juga adalah sesuatu yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu. meneroka persekitaran. 1995 mengatakan bahawa sains adalah semua yang wujud di sekitar kita. Sains adalah pemikiran dan perbuatan dan ia berlaku seiring. Sains adalah suatu proses memerhati. Pemerhatian beliau terhadap kanak-kanak secara berterusan termasuk pemeriksaan terhadap kesilapan anak-anak sendiri. berfikir dan membuat perkaitan antara satu tindakan dan kesan atau kejadian dan peristiwa. tidak kira dimana kita berada. secara tidak langsung mereka akan terlibat dalam proses berfikir dan mendapat maklumat secara saintifik. rasa takjub. proses sains adalah suatu pembelajaran yang dapat menggalakkan kanak-kanak memperoleh pengetahuan fakta sains. memerhati. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi pendidikan sains awal kanakkanak sebaiknya disesuaikan dengan tingkat perkembangan kebolehan dan kemampuan kanak-kanak. maka 10 . Menurut Jean Piaget dalam teori perkembangan kognitif mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan kecerdasan dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat belajar mengikut kemampuan perkembangan intelek yang dialami oleh kanak-kanak dengan berterusan. 2003). Apabila kanak-kanak terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti meneroka dan mencuba-cuba. serta ingin tahu dan terokai. Pada kanak-kanak pra sains adalah pekara yang mereka hairan.Brewer. Dalam pendidikan awal kanak-kanak. minat dan proses penyelesaian masalah (Nani Menon & Rohani Abdullah. meramal. menggalakkkan minat ingin tahu. menjalankan uji kaji dan membuat infrensi.

beliau merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah dan teratur yang mendasari pemikiran kanak-kanak. Dengan meningkatnya pembelajaran dan kematangan kanakkanak. 11 . sistem-sistem ini seharusnya diidentifikasi dan dibahagi mengikut cirri-ciri yang tersendiri. Untuk memahami perkembangan. Menurut Piaget. kedua-dua kecerdasan dan manifestasinya menjadi berbeza-beza (Suppiah Nachiappan. sistem-sistem ini adalah berbeza-beza daripada sistem logikal yang digunakan oleh orang dewasa. 2008). Piaget percaya fungsi kecerdasan adalah untuk membantu menyesuaikan diri (adaptasi) adalah berdasarkan perkembangan kognitif yang dilihat bersama-sama dengan respon kompleks yang dialami terhadap persekitaran. Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur.

lama-kelamaan dia akan belajar bahawa skima untuk menghisap puting botol susu berbeza dengan menghisap putting susu ibunya atau menghisap jari. 4.2 Kanak-kanak Umur 0 hingga 6 bulan.4. memegang dan melihat. proses perkembangan 12 .1 Bidang Pembelajaran Perkembangan Deria/Sensori Dan Pemahaman Dunia Persekitaran Peringkat perkembangan Kanak-kanak (PraSains) Dalam isi kandungan Kurikulum Permata. Piaget memanggil corakcorak gerakan spontan ini sebagai skima-skima dalaman dan skima ini sentiasa berubah. bidang sains awal terdapat dalam bidang pembelajaran yang keempat iaitu bidang yang melibatkan pembelajaran perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran peringkat perkembangan kanak-kanak dalam lingkungan 0 hingga 4 tahun. Walaubagaimanapun.0 KURIKULUM PERMATA 4. Menurut Piaget. pada peringkat umur 0 hingga 6 bulan ini pemahaman bayi tentang dunia ini berasaskan pada pergerakan spontan yang tidak dipleajari seperti menghisap. bayi dapat menyesuaikannya kepada pengalaman-pengalaman baru yang dialami. Melalui cara ini. Contohnya bayi yang berumur 2 bulan sudah mempunyai skima menghisap. Berikut merupakan perincian setiap peringkat umur dalam lingkungan tersebut serta fokus yang diberi penekanan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang ini.

Bentuk pemikiran bayi adalah berdasarkan pada aktiviti sensori dan motor. bayi sudah mengenali tangan dan kakinya serta akan menghisap dan bermain dengannya. Bayi juga sudah boleh memusingkan badannya dengan sendiri. Melalui ‘uji kaji-uji kaji’ ini bayi mula memperoleh satu konsep bahawa diri mereka adalah satu identity yang berbeza dengan objek-objek lain serta belajar tentang karakteristik- 13 . Aktiviti sensori ialah pengalaman-pengalaman yang dikesan melalui lima deria manakala aktiviti motor diperolehi hasil gerak balas fizikal terhadap objek iaitu pengalaman semasa bermain atau merasa objek berkenaan. bayi sudah boleh mengangkat kepalanya apabila ditiarapkan serta mencapai benda yang dihulurkan kepadanya. Bayi juga akan menangis apabila keperluaannya tidak dipenuhi. Menjelang usia 3 bulan. Pada usia 4 hingga 6 bulan. Menjelang usia 4 bulan.kognitif berlaku kerana kanak-kanak mulai sedar bahawa penghisapanpenghisapan ini berbeza-beza dari segi cara dan gaya ( Jas Laile Suzana Jaafar. 1996). Pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 0 hingga 6 bulan ini sibuk mencari satu perhubungan antara tingkah laku mereka dan akibat-akibat yang akan terjadi apabila mereka menolak pinggan ke tepi meja. Bayi akan mula menunjukkan rasa terujanya dengan mengenjut badannya ke atas dan ke bawah dan seronok bila diagah. Di penghujung umur 6 bulan. bayi semakin mahir mengawal kepala dan bahagian dada ketika meniarap. bayi lebih matang dari segi emosinya dan dia akan mula menunjukkan emosi yang pelbagai dalam situasi yang berbeza.

mereka akan membina pengetahuan mengenai nama dan ciri-ciri objek dalam persekitaran mereka yang akan digunakan bagi aktiviti olahan peringkat seterusnya. (Aminah Ayob et al. Fokus Modul Umur 0 hingga 6 bulan Fokus modul pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 0 hingga 6 bulan dalam pra sains ini ialah memberi ransangan yang banyak supaya kanak-kanak dapat melihat dan menyesuaikan diri dan mengenali objek di persekitarannya melalui pancaindera. Sifat ingin tahu akan menjuruskan minat kanak-kanak supaya mencuba dan mengeksperimenkan. Intervensi yang dijalankan adalah untuk memastikan kebolehan melihat persekitaran dan pergerakan dengan perpekstif yang berbeza. Pada peringkat pra operasi (umur prasekolah). memegang. 2008). berkecai apabila jatuh dan sebagainya.karakteristik objek dan bagaimana ia berkaitan dengan satu sama dengan lain (Aminah Ayob et al. menolak dan melihat kesan tindakannya ke atas sesuatu objek. Disamping itu ingin meningkatkan deria lihat dan menanam perasaan ingin tahu. Pusat Perkembangan Kurikulum. kanak-kanak mempelajari ciri-ciri objek yang timbul tenggelam di dalam air. 2008). Menurut Piaget. merasa. ingin memupuk kemahiran menghubungkan sesuatu objek dengan aktiviti tertentu. Melalui uji kaji yang dilakukan secara menghidu. melantun apabila dilambung. Kementerian Pendidikan sudah berusaha kearah itu 14 . kanak-kanak mula mengenali dunia melalui deria mereka pada peringkat kanak-kanak. Semakin banyak mereka mempelajari sains. mengetuk. Selain itu juga.

letak di kerusi atau kerusi bayi dalam kereta. serangga. a. Ini adalah suatu titik tolak yang amat penting bagi memulakan pembelajaran sains dan penerapan pemikiran saintifik dan peringkat awal lagi (Nani Menon & Rohani Abdullah. 2003). • Menggunakan gim kanak-kanak untuk bayi bermain sendirian. b. Meletakkan bayi pada posisi yang berbeza-beza. Mendukung bayi dalam keadaan vertikal. Objektif Pembelajaran 1. • Menggantung permainan di atas katil bayi untuk meransang daya tumpuan. 3.Memupuk kemahiran menghubungkan sesuatu objek dengan aktiviti tertentu. Kebolehan melihat persekitaran dan pergerakan dengan perspektif yang berbeza. Cadangan Aktiviti • Baringkan bayi di atas katil bayi. • Permainan yang menggunakkan pertembungan mata. Mengagah bayi dari pelbagai posisi. Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 0 Hingga 6 Bulan. Membezakan warna dan objek. 4. • Berkomunikasi dengan bayi semasa menakapnya. Kaedah a. 15 .Meningkatkan deria lihat dan menanam perasaan a. 2.di mana pembelajaran awalan sains dalam komponen perkembangan kognitif. • Bermain dengan bayi dengan memanggilnya dari lokasi yang berbeza. bunga. Menayangkan kepada bayi mainan pelbagai bentuk dan warna yang menarik. • Membawa bayi bersinar-sinar melihat persekitaran sambil bercakap-cakap dengannya dan memperkenalkan beberapa jenis benda hidup seperti daun pokok. Menggunakan barang mainan yang mempunyai pelbagai fungsi. baring dengan sokongan bantal. b.

Selain itu. pada umur bayi 7 hingga 12 bulan dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap perkembangan ini. membina dan memecah dan membina semula. 4. 2008). Pada umur 7 hingga 12 bulan. 2004). dua jenis perubahan intelektual berlaku pada peringkat perkembangan ini iaitu tindak balas bayi menjadi lebih terkawal dan bermatlamat. perkembangan bayi sudah dikatakan sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. ( Rohani Abdullah. Mereka juga mula memahami kemungkinan terdapat barang di bawah atau belakang sesuatu. pada umur antara 7 hingga 12 bulan bayi mula melibatkan diri dalam tingkahlaku yang bermatlamat dan mereka boleh menjangkakan peristiwa secara lebih berkesan. ia akan berbunyi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan yang berlaku. suka menyusun. apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan.ingin tahu. (Aminah Ayob et al. kekalan objek iaitu memahami bahawa objek terus wujud walaupun tidak kelihatan. bayi sudah dapat menyusun dan mencantum skema asas untuk menghasilkan skema yang lebih rumit.3 Kanak-kanak Umur 7 hingga 12 bulan Menurut Piaget. Selain itu juga. Hasil daripada kemahiran ini. menghadap ke depan atau ke belakang. Semua aktiviti dilakukan secara meneroka melalui penggunaan semua 16 . Contohnya. Mereka amat gemar melakukan aktiviti mencuba dan meneroka seperti mengeluarkan barang daripada almari atau laci.

(Aminah Ayob et al. 2008). Fokus Modul Umur 7 hingga 12 bulan Fokus modul pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 7 hingga 12 bulan dalam pra sains ini ialah member ransangan yang banyak supaya kanak-kanak dapat melihat dan menyesuaikan diri. Pada peringkat ini. Misalnya. dapat mengenali dan menamakan anggota badan serta membezakan sesuatu objek. apabila 17 . 2008). Akhir sekali. mengenali objek.deria termasuk deria rasa. membezakan pelbagai objek dan bunyi serta mengenali diri sendiri. Akan tetapi. Kemahiran pergerakan yang meningkat dan pemahaman cirri kekalan objek membolehkan bayi mencari benda yang tersorok di bawah kain ataupun di belakang penjaga. Selain itu. mereka faham ibu ataupun alat permainan kegemarannya wujud walaupun tiada di depannya ketika itu. membezakan warna dan objek yang berlainan dan membezakan bauan yang pelbagai dan meningkatkan kepekaan deria bau. Mereka amat suka meneroka dengan menyentuh semua barang dalam persekitarannya. seorang bayi berusia 9 bulan. bayi hanya terikat kepada tempat yang tersorok. Intervensi yang dijalankan adalah untuk memastikan kebolehan membezakan pelbagai bunyi dan meningkatkan deria pendengaran. (Aminah Ayob et al. Contohnya. beliau sudah pandai mencari bola yang tersorok di belakang abangnya. Pada peringkat perkembangan kanak-kanak umur 7 hingga 12 bulan bayi mula memahami ciri ‘kekalan’ pada objek yang terdapat di sekitarnya.

bayi tersebut tetap mencari bola di belakang abangnya. Peningkatan kebolehan memahami konsep kekalan objek dan pengawalan koordinasi badan bayi membantu mereka mengambil bahagian secara langsung dalam permainan cikucak. Mereka akan mencarinya pada tempat yang sama sehingga menjumpai objek tersebut. (Rohani Abdullah. Bayi juga menujukkan tingkah laku yang bermatlamat dan dapat menjangkakan peristiwa dengan lebih berkesan.abangnya menggerakkan bola itu ke tempat lain. yang akan terus memberi galakkan kepada bayi supaya dapat memahami maksud perkataan itu. Pada hujung peringkat kecil ini. Walau bagaimanapun keupayaan mereka mencari objek ayang hilang bagi bayi berumur 10 bulan adalah terhad. misalnya ibunya akan wujud setiap kali mereka menjerit ataupun menangis. Dia sudah dapat memahami objek itu masih wujud walaupun dia tidak melihatnya. 2004). apabila mereka ingin mendapat perhatian ibu. mereka dapat menggunakan strategi menjerit ataupun menangis. Jadi. Bayi sudah berupaya memperoleh satu perwakilan mental pada objek yang hilang dengan mewakilkan apa yang dilihatnya lalu disimpan di dalam mental. Kurikulum Pendidikan Sains Awal 18 . bayi berkebolehan mengawal bahasa dengan menggunakan dua perkataan seperti “papa” ataupun “mama”. Panggilan ini mengembirakan ibu bapa.

19 . b. 2. • Mengetuk objek berbeza yang akan menghasilkan bunyi yang berbeza di hadapan. Membezakan a. Ucap tahniah pada bayi apabila menjumpai mainan tersebut. bunyikan dan sembunyikan. • Menggunakan boneka warna dan objek yang berlainan.Kanak-Kanak Bagi Umur 7 Hingga 12 Bulan. • Bermain barang mainan yang lembut atau boneka yang berwarna terang dan berbeza. • Bermain dengan objek yang berbeza bentuk dan warna (alat mainan mobil). CADANGAN AKTIVITI • Memanggil nama bayi dengan intonasi yang berbeza. Tanya bayi “bunyi apa tu? Dari mana datangnya bunyi tu?” mula mencari bunyi tersebut bersama bayi dengan cara merangkak bersama-sama. Bercakap dengan bayi b. Memperkenalkan pelbagai bunyi dari sumber yang berlainan. • Mainkan rentak muzik atau alunan nasyid yang berlaian setiap hari. KAEDAH a. • Mencari bunyi: contoh dapatkan alat muzik atau kotak muzik. Menggalakkan bayi bermain dengan objek yang berlaian bentuk dan warna yang berlainan. Kebolehan membezakan pelbagai dan meningkatkan kepekaan deria pendengaran. OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1. Memperkenalkan kepelbagai bauan yang berbeza.

3. • Letakkan bauan yang berbeza dalam helaian kain/tisu. Keadaan kanak-kanak ini akan cuba menyesuaikan dan mengubahsuaikan pelbagai skema yang terbentuk dengan lebih kreatif serta 20 .dalam bercerita atau memoerdengarkan lagu ‘incy wincy’. • ‘Spider’ menggunakan labah-labah. membezakan sesuatu objek. • Tunjukkan buku cerita yang hanya ada gambar atau lukisan. Cari peluang untuk bunyikan bunyi yang biasa pada pendengaran kanakkanak. 3. • Menujukkan buku bergambar berwarna (tanpa tulisan) dan membaca bersama-sama. 4. Mengenali dan a. menamankan anggota badan. Kanak-kanak ini merupakan peringkat permulaan eksperimen menarik bagi seorang sanitis kecil. Membacakan buku dengan meletakkan bayi di atas pangkuan bayi. pada peringkat usia 12 hingga 18 bulan.4 Kanak-Kanak Umur 1-2 Tahun Menurut Rohani Abdullah (2004). dan reka cerita sendiri.Membezakan bauan yang pelbagai dan meningkatkan kepekaan deria bau. bungkuskan dengan pembalut yang berbeza warna dan hayun dan tayangkan di depan bayi.

Oleh itu. dalam Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget menyatakan bahawa usia ini merupakan akhir tahap sensori motor. Bukan itu saja. Menjelang usia 18 bulan.menunjukkan tingkah laku cuba-jaya dalam langkah mereka menyelesaikan cabaran yang ditimbul dalam aktiviti bermain. iaitu representasi dalaman terhadap rangsangan luaran. di mana kanak-kanak pada usia ini mula menunjukkan tanda-tanda representasi pemikiran. kanak-kanak ini semakin meningkat dan juga memahaman terhadap kekekalan objek kepada penguasaan bahasa juga tumpuan mempengaruhi minat bayi bagi menunjukkan sesuatu dengan jari untuk menanyakan atau meminta sesuatu yang mereka tiada. 21 . Kanak-kanak pada usia ini juga cuba mencantumkan dan mengkoordinasikan pelbagai skema bagi menyelesaikan masalah yang semakin kompleks ketika mereka menghadapinya. (Suppiah Nachiappenet al. Pada usia ini juga. 2008). kanak-kanak ini akan mengalami perkembangan kemahiran motor halus dan juga berupaya untuk memegang objek kecil dengan ibu jari dan jari telunjuk dalam aktiviti harian mereka seperti menekan tombol dan memutarkan suis yang mereka gemar untuk melakukannya. Tetapi dalam usia antara 22 hingga 24 bulan. kanak-kanak ini boleh mengetahui untuk menggunakan permainan dengan cara yang betul dan dikaitkan dengan peristiwa bagi membezakan apa yang telah dilihat dan dipelajari oleh mereka. kanak-kanak akan menghadapi pengalaman fizikal yang dilalui telah membantu mengembangkan kemahiran kognitifnya. Contohnya. Oleh itu. kanak-kanak akan mula memikirkan tentang orang dan benda tetapi tidak semestinya dapat memperspesikan pada ketika itu.

2004). namun demikian mereka terpaksa bergantung kepada bukti-bukti mentah atau objek-objek yang wujud bagi memahami sesuatu perkara. Walau pun pada peringkat umur ini kanak-kanak itu belum menguasai lambang bahasa bagi menamakan benda dan kejadiaan di sekelilingi. Sementara itu. mereka akan dapat mengingat lebih banyak perkara. Oleh itu. kanak-kanak ini masih dalam jangka masa pemerhatian yang semakin bertambah.kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk mengalami sendiri agar membolehkan kanak-kanak ini memanipulasikan objek-objek ini untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya dan mengulangi aksi yang sama(Aminah Ayob et al. 2008). kanak-kanak meningkatkan deria melihat iaitu kemahiran penumpuan mereka dalam masa yang sama untuk agar dapat membezakan warna dan objek-objek yang telah mereka lihat samaada dengan membacakan buku bergambar kepada mereka sambil memangku anak tatih di atas riba (Rohani Abdullah. Pada peringkat ini. Fokus Modul Umur 1-2 Tahun 22 . kanak-kanak pada tahap ini perlu mengembangkan kebolehan derianya untuk membezakan pelbagai bunyi dan pelbagai bauan yang dapat dikesani oleh deria bau mereka.

Intervensi yang dijalankan adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut : 1. 3. Menggalakkan perkembangan kelima-lima deria 23 . Meningkatkan deria melihat dan menyentuh. 2. Meningkatkan kemahiran penumpuan dan kemahiran bahasa.Fokus modul ialah memberi rangsangan yang banyak supaya bagi meningkatkan persekitaran lagi melalui kebolehan penggunaan kanak-kanak deria menyesuaikan meningkatkan diri dengan serta kemahiran penumpuan dan kemahiran berbahasa kanak-kanak.

3. • Bawa mereka keluar dan biarkan mereka mendengar pelbagai bunyi yang berlainan yang mempunyai maksud dalam kehidupan mereka contoh dengan bunyi burung.menghidu. Meningkatkan deria melihat dan menyentuh a.OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1. menyentuh.5 Kanak-kanak Bagi Umur 2 hingga 3 Tahun 24 . tangisan kanakkanak lain dan sebagainya. Memperdengarkan pelbagai bunyi dari persekitaran Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 1 Hingga tahun. permainan berfungsi ada dan hilang. dan merasa. menyentuh tekstur kulit. • Galakkan mereka melihat. Meningkatkan kemahiran penumpuan dan kemahiran bahasa a. b. bergambar sambil memangku anak tatih di atas riba 2. Menyeidakan pelbagai • Sediakan buah-buahan seperti oren. Menggalakkan perkembangan kelima-lima deria a. menghidu dan meras buahan tersebut. KAEDAH Membacakan buku CADANGAN AKTIVITI • Gunakan buku cerita bergambar yang besar dan berwarna warni serta mempunyai tekstur yang berbeza dan biarkan kanakkanak membolak-balik muka surat. mendengar. dan anggur. bahan yang membolehkan kanak-kanak melihat. 4. jambu merah dan hijau. siren ambulans. Bermain dengan • Hide and seek biarkan kanakkanak melihat pengasuh bersembunyi dahulu sehingga mereka memahami permainan.

seorang kanak-kanak mungkin mennganggap sebatang penyapu sebagai kuda . pada peringkat praoperasi. ulasan.lambang-lambang. Menurut teori Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak berlaku perubahan besar dari segi perkembangan kognitif apabila ia mula boleh menggunakan skema yang berasaskan penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk perwakilan simbolik yang lain serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mudah. ( Jas Laile Suzana Jaafar. Mereka mampu mengendalikan dunia secara simbolik atau perwakilan objek ketika menyelesaikan masalah dan mengingat kembali 25 .Pada tempoh usia ini. Hal ini kerana persekitaran komunikasi amat penting dalam menggalakkan keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif. objek dan perkataan. ibu bapa sentiasa digalakkan menggunakan isu-isu perbincangan tentang sebab-musabah dalam perbincangan keluarga agar dapat mewujudkan komunikasi yang positif dan merapatkan hubungan rapat dengan kanak-kanaknya. contohnya. kanak-kanak di peringkat awal usia ini akan cuba memperoleh bahasa dengan memanjangkan makna tertentu yang mungkin boleh difahami ataupun tidak. Berdasarkan teori piaget. kanak-kanak masih menggunakan bahasa yang mudah sperti tanda-tanda. Tetapi biasanya kanakkanak ini akan menghabiskan sebahagian besar masanya dengan mengumpulkan sebanyak mungkin informasi mengenai persekitaran tanpa disedari. 1996). 1988). Oleh itu. dan soalan dengan mengambil kira kebolehan pemahaman bahasa anak (Damon. Kebanyakan Ibu bapa mempengaruhi kanak-kanak melalui arahan. Oleh itu. kanak-kanak ini menggunakan simbol dalam pemikiran mereka.

dengar dan bau serta memantapkan perkembangan bahasa. (Craik dan Lockhart. 1990). Mereka juga mampu berfokus pada pemprosesan information dalaman dan meningkatkan keupayaan untuk mengingatkan semula informasi.peristiwa yang lalu. Fokus Modul Umur 2 hingga 3 Tahun Fokus modul ialah memberi rangsangan yang banyak supaya bagi meningkatkan lagi kebolehan kanak-kanak untuk memberi tumpuan. tetapi juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual. • Meningkatkan deria sentuhan. Oleh itu.1972. membuat penelitian. 26 . Intervensi yang dijalankan adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut : 1. Meningkatkan kemahiran meneliti sesuatu menggunakan deria. Lockhart dan Craik. meningkatkan daya ingatan dan bagi meningkatkan kemahiran berfikir kemahiran intelektual melalui penggunaan deria serta pendedahan awal kepada penggunaan teknologi dalam kehidupan. kanak-kanak adalah sesuai dengan meningkatkan dan memantapkan kemahiran-mahiran meneliti terhadapa sesuatu benda dengan perkembangan deria dan perkembangan bahasa mereka serta deria sentuh agar dapat merangsang perkembangan afektif dan emosi mereka pada peringkat awal.

Menyedari dan mula memahami tentang kegunaan teknologi dalam kehidupan seharian di samping meningkatkan daya kreativiti dan menguatkan otot-otot tangan. Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 2 Hingga 3 Tahun OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN AKTIVITI 1.• Merasai perbezaan melalui sentuhan dan merangsang perkembangan afektif dan emosi. iii. Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual. • Pelbagai jenis objek yang digunakan yang boleh dikenali berdasarkan bunyi. Meningkatkan deria sentuhan. 3. 2. • Menutup mata kanak-kanak dan biarkan mereka merasa dan menamakan objek dengan mata yang tertutup. Peningkatan kemahiran meneliti sesuatu benda mengguanakan deria ii. a. Merasai perbezaaan melalui sentuhan dan merangsang perkembangan afektif dan emosi.Menydiakan merangsang deria untuk aktiviti penggunaan mengenali • Letakkan objek yang berkainan di dalam kotak suruh mereka mencari objek yang dikehendaki tanpa melihat ke dalam kotak. dengar dan bau serta mematapkan perkembangan bahasa. sesuatu benda. 27 . 4. Menguasai bahasa dan menggalakkan penguasaan ilmu.

2. Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual. 1.bau. licin. • Berlakon. • Berjalan di atas permukaan yang berbeza seperti rata dan tidak rata. Mendedahkan kepada anak tatih barangan berteknologi yang digunakan dalam kehidupan seharian • Sediakan gunting kanakkanak dan suruh mereka mengunting bentuk dan objek yang berlainan tetapi mesti dengan pengawasan 28 . • Memperkenalkan kepada anak tatih pelbagai benda dan makanan serta fungsinya. a. • Sediakan permulaan objek yang berbeza teksturseperti kasar. Gunakan peluang yang ada untuk melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti berfikir. lembut dan lainlain sambil memeperkenalkan perkataana-perkataan baru tersebut. Agaknya apa yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan kelebatan buah pokok ini’ ? 3. Menguasai bahasa dan menggalakkan penguasaan ilmu.Mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai cara untuk menguasai bahasa dan menambahkan ilmu • Bercerita bersama kanakkanak. a. bentuk dan tekstur. Sebagai contoh : mengenai ‘ pokok tomato kita ni berbuah sangat lebah dan pokoknya juga tinggi. • Menyanyi. • Memerhati benda-benda hidup di sekitar. Menyedari dan mula memahami tentang kegunaan teknpologi dalam kehidupan seharian disamping meningkatkan 4.

• Membuka peti ais. mereka dapat menyoal. peti ais basikal dan sebagainya.daya kreativiti dan menguatkan otot-otot tangan. 29 . mengenalkan barangan di dalamnya sambil menerangkan fungsinya ‘menyejukkan’ beri peluang anak tatih bermain dengan basikal atau trisikal sambil pengasuh menerangkan fungsi ‘kayuh’ 4. orang dewasa. Dalam tahap usia ini mereka akan memperolehi insiatif iaitu hasil positif dalam tahap ini. tetapi sebaliknya jika kanak-kanak pada tahap ini dihalang daripada melaksanakan kehendak dan rancangan aktivitinya oleh ibubapa. Perkembangan bahasa berkembang dengan cepat. Biar mereka guntung bentuk yang diingini oleh mereka. kanak-kanak ini akan mula berupaya menerokai persekitaran dan mencipta aktiviti sendiri. maka ia akan memperkembangkan rasa bersalah yang akan membawa kepada perasaan takut dan kurang tegas dalam sesuatu perkara yang mereka kakukan (Jas Laile Suzana Jaafar. Mereka mempunyai persekitaran fizikal yang lebih luas dan bebas bergerak.2002). seperti gunting.6 Kanak-kanak Bagi Umur 3 hingga 4 Tahun Mengikut Teori Psikososial Erikson. memahami jawapan dan dapat membayangkan berbagai-bagai kemungkinan.

begitu juga. kanak-kanak telah berkeinginaan mempunyai kuasa membuat keputusan yang berkaitan dengan aktiviti seharian. susun angka mudah ikut urutan dan nama anggota badan. Mereka mula faham konsep masa lepas dan masa sekarang dan masa hadapan. empat segi dan meniru gaya orang dewasa menulis. Sebagai contohnya mereka akan cuba membuat bentuk bulatan. Fokus Modul Umur 3 hingga 4 Tahun Fokus modul ialah memberikan rangsangan yang banyak bagi meningkatkan lagi kebolehan kanak-kanak untuk memberi tumpuan.hal ini kerana mereka bimbang dan malu apabila mereka melakukan sesusutu perkara dipandang salah di depan orang lain (Aminah Ayob et al. Mereka berusaha menunjukan dan membuktikan mereka boleh membuat sesuatu yang diingini dengan kebolehan dan daya usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang lain. Mereka tidak sahaja malu kepada diri sendiri tetapi juga malu kepada individu yang berberada di sekeliling mereka. Pada masa yang sama kanak-kanak dalam lingkungan umur ini akan berasa malu apabila tidak diberi kuasa yang perlu ada pada mereka. kanak-kanak ini boleh mengenali dan sekurang-kurangnya enam warna. 2008). Pada tahap usia ini juga kanak-kanak mula menggunakan bahasa untuk menyatakan sesuatu. meningkatkan daya ingatan dan bagi meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran intelektual melalui penggunaan deria serta pendedahan awal kepada 30 . membuat penelitian.Pada umur 3 hingga 4 tahun. Perkembangan daya ingatan dan imaginasi semakin meningkat.

bau dari pelbagai objek yang berbeza bentuk dan menamakannya a. bau dari sentuhan. membuat pengamatan dan analisis. Intervensi yang dijalankan adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut : 1. 3. bentuk dan warna. sikat. Memperdengar dan memperkenalkan pelbagai objek yang berbeza untuk bunyi yang berbeza • Letakkan di dalam karung kecil objek-objek yang berbeza rupa. Mengawal neurologi jari dan daya fokus koordinasi tangan dan mata. Kurikulum Pendidikan Sains Awal Kanak-Kanak Bagi Umur 3 Hingga 4 tahun. 5. Mempertingkatkan kemahiran deria. • Minta kanak-kanak memasukkan tangan ke dalam 31 . sentuhan. dan bentuk seperti kunci. bentuk dan warna. OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN AKTIVITI 1. Meningkatkan kemahiran mengimbangkan tangan dan jari dan meningkatkan kemahiran gabungan pelbagai rasa. 7. Mempertingkatkan kemahiran deria rasa dari pelbagai rasa. 4. Meningkatkan deria rasa. sentuhan. bau dari pelbagai objek yang berbeza bentuk dan menamakannya. Meningkatkan kemahiran berfikir secara analogi dan deduktif. 6. 2. Memahami kemahiran penggunaan. tin dan lain-lain. menumpukan perhatian objek yang berbeza bentuk dan menamakannya. Meningkatkan deria rasa.penggunaan teknlogi dalam kehidupan. mahir dan kaitan objek/situasi dengan rutin harian.

• Meneka bunyi objek yang hilang boleh mempertingkatkan daya kemahiran deria dan mefokus. a. 3. Mempertingkatkan kemahiran deria. • Ajak kanak-kanak meneroka dan mendengar setiap bunyi yang dihasilkan. bentuk. • Sediakan tali sederhana halus dan objek yang berlubang ditengahnya untuk dimasukkan tali ditengahnya. Mengawal neurologi jari dan daya fokus koordinasi tangan dan mata.karung tersebut meneka dan menamakan objek berdasarkan tekstur. Warna/ tekstur. Memberikan peluang kanakkanak menerokai melalui pengalaman langsung. jelas dan berulang-ulang. a. 4. dalam keadaan mata tertutup teka bunyi apa yang dihasilkan atau bunyi yang tidak terdengar. 2. Mendedahkan kanak-kanak dengan pengalaman 1. • Biarkan kanak-kanak bermain dengan selesa mengikut kehendak mereka. Mempertingkatkan kemahiran deria rasa dari pelbagai tekstur dan suhu yang berlainan. Bermain pasir/ air • Sediakan bekas diisi dengan air atau pasir yang berlainan. • Ajar kanak-kanak memasukkan tali ke dalam lubang objek dengan perlahan. Agar lebih menarik. a. 5. menumpukan perhatian dan pengamatan. a. bau tanpa melihatnya. Meningkatkan kemahiran mengimbangi tangan dan jari a. Memasak dan merasa : Ajar dan ajak kanak- 32 . Menjahit. Boleh sediakan bekas yang berbagai bentuk untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak menerokainya.

Berbual dengan kanak- kanak tentang perbezaan rasa. tanah liat dan puzzle. tekstur bentuk dan warna bahan masakan/ minuman. Bereksperimen dengan air. Ajak mereka merasa makanan/ minuman yang mereka sediakan. kanak memasak dan menyediakan masakan ringkas atau minuman yang pelbagai rasa. e. ikan (dalam sungai/laut). • Ajar kanak-kanak menggunakan alat permainan. • Tunjuk contoh hasil kerja diikuti papan imaginasi bertemakan safari. b. langsung.dan meningkatkan kemahiran gabungan pelbagai rasa. • Sediakan replika/ permainan binatang yang menarik dihadapan kanak-kanak (Mini World Play Materials ). d. dan membuat pengalaman dan analisis sifat bahan. binatang buas (dalam hutan). bentuk dan warna. • Minta kanak-kanak asingkan c. • Lebih menarik jika disediakan b. Bermain lego. Meningkatkan kemahiran berfikir secara analogi dan secara analogi dan deduktif. membuat pengalaman dan analisis. Mengasingkan replika binatang/ benda mengikut kumpulan. antara replika binatang-binatang itu di atas papan imasginasi safari contohnya. Belajar menggunakan bahan yang ada untuk menyelesaikan masalah dan belajar mencuba dengan menggunakan strategi yang sedia ada. c. 33 . 6. • Berbual dengan kanak-kanak untuk menggalakkan penggunaan bahasa dan perkataan yang sesuai semasa pengasingan dibuat. deduktif. burung (atas pokok). a. Menyediakan persekitarann yang menggalakkan pemikiran analogi.

dengan galakkan dan pujian yang selari dengan pencapaian hasil kerja. • Sediakan permainan pelbagai jenis tekstur dan material yang boleh direndamkan dalam bekas yang berisi air. Anak patung. panjang dan lain-lain. kecil meja. 5. Contohnya tinggi. span. Memahami kemahiran pengunaan. • Sambil melabel. ajak mereka berbual tentang objek atau situasi tersebut. a. bekas plastik dan lain-lain. • Galakkan pembinaan daya kreatif dengan memberi satu permasaalahan. • Galaka pembinaan daya kreatif dengan memberi satu permasaalahan. besar. kerusi. reka cerita fantasi untuk lebih menarik. Melabel objek/situasi • Ajak kanak-kanak membantu melabekan objek atau situasi tertentu di dalam kelas atau sekitar sekolah. rendah. bunga.0 KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAJARAN SAINS AWAL KANAKKANAK Menurut Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004) dalam “Sikap & keyakinan guru-guru prasekolah dalam pengajaran sains awal” . ikan. terdapat enam 34 . tali. makna dan kaitan objek/ situasi dengan rutin harian. 7. bulat.

air dan pasir serta bahanbahan manipulatif dan aktiviti-aktiviti seperti bernyanyi. Membuat permerhatian atau pencerapan adalah kemahiran paling asas dalam proses sains. Antara objektif komponen perkembangan kognitif ialah bagi membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains. dapat memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. menghayati serta mampu melaksnakan kurikulum seperti yang dihasratkan.komponen pembelajaran dalam kurikulum prasekolah yang dilaksanakan secara bersepadu. konsep ruang. 35 . Komponen perkembangan kognitif mengandungi konsep-konsep awal sains dan bertujuan untuk mengembangkan kemahiran kognitif dan memupuk sikap positif terhadap sains. membuat inferens dan membentuk hipotesis. Salah satu daripadanya ialah perkembangan kognitif. Kemahiran proses yang lain ialah seperti berkomunikasi. Tambahan pula. Kefahaman konsep asas serta penguasaan kemahiran proses diperolehi melalui interaksi dan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti-aktiviti seperti bermain dengan blok. memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Kemahiran proses sains membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bahan dan fenomena alam serta memupuk sikap ingin tahu dan suka menyiasat. Keberkesanan perlaksanaan kurikulum ini banyak bergantung kepada pendidik yang berada di dalam kelas. Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan. Para pendidik diharapkan faham. proses sains dan penyelesaian masalah. berlakon dan mendengar atau menonton cerita kanak-kanak.

kemahiran serta sikap yang bersesuaian dengan subjek yang diajar. Kajian turut menunjukkan sikap guru yang negatif atau neutral terhadap sains akan dapat dirasai dan menjadi ikutan murid-murid(Gabel & Rubba. Sikap ialah tindakbalas tingkah laku yang didorong oleh pemikiran (mentality) yang diterjemahkan dalam bentuk tindakan seorang individu. Bandura (1986) menyatakan pendapat dua jenis jangkaan sebagai daya kognitif utama yang memandu tingkah-laku. Dapatan-dapatan kajian menunjukkan konsepsi. Sebalikya individu tersebut tidak menunjukkan tingkah laku yang sama jika hasil kerja tersebut dilihat tidak memberi ‘keuntungan’ kepadanya. kepuasan dan keseronokan serta perkembangan kanak-kanak. Sikap dianggap salah satu elemen penting yang mempengaruhi pemikiran dan tindakan seseorang khususnya dalam pendidikan.Mereka perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan. sikap serta kepercayaan guru tentang sains sering mempengaruhi keputusan dan tindakan dalam proses pengajaran dalam sains awal kanak-kanak. kepercayaan serta nilai yang dihayati guru turut mempengaruhi corak Pengajaran dan meniggalkan kesan terhadap pembelajaran. Selain sikap. individu akan memperlihatkan tingkah laku dimana dia percaya hasil kerjanya akan dihargai. Jenis jangkaan pertama dikenali sebagai jangkaan hasil kerja(outcome expetancy) dan berkait dengan ‘hasil kerja’.1997). 36 . Dapatan-dapatan kajian menunjukkan peranan guru adalah penting dalam usaha memupuk dan menanam sikap yang sesuai terhadap sains. Kepercayaan berkait rapat dengan tingkah laku dari aspek fobia dan jangkaan-pencapaian kendiri. Umumnya.

minda kanak-kanak semakin berkembang dan mudah bagi mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru. Efikasi-kendiri juga mempengaruhi kecekapan dalam mempamerkan tingkah laku tersebut. usaha dan ketabahan jika berlaku rintangan terhadap pencapaian prestasi tingkah laku tadi. kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun merupakan golongan yang perlu dibentuk sebelum menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih tinggi. kita membina jangkaan- jangkaan( expectancy) secara umum tentang kemungkinan-kemungkinan berdasarkan pengalaman hidup dan kepercayaan secara khusus tentang keyakinan an keupayaan kita untuk menangani sesuatu tugasan tau keadaan. Dengan ini. Komponen Perkembangan Kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. matapelajaran Sains adalah begitu penting kerana pihak kerajaan Malaysia ingin mengorak langkah ke arah 37 . Menurut Farrah Wahilda Bt Hj Khirluddin (2006) dalam “Perisian pengajaran berbentukan komputer(PBK) untuk pra sekolah di bawah tajuk mengenal haiwan”. Menurut Bandura (1986). Efikasikendiri mempengaruhi pilihan tingkah laku yang perlu dibuat.Jenis jangkaan kedua ialah efikasi-kendiri merujuk kepada kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu tingkah laku dengan jayanya. Tambahan pula sejak kebelakangan ini. Ia juga menekankan pemupukan sikap positif terhadap Sains. perkembangan kognitif pelajar dapat diperkukuhkan dari awal sebelum menjalani pendidikan di sekolah rendah. Disebabkan inilah pembangun memilih projek untuk membangunkan perisian bagi kanak-kanak pra-sekolah kerana pada peringkat ini.

audio. proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P) Sains di peringkat prasekolah memerlukan guru yang berperanan penting meransangkan pemikiran aktif dan kreatif kanakkanak. Seterusnya. adalah dunia sebenar dan pengalaman harian.0 KAJIAN LEPAS BERKAITAN PEMBELAJARAN SAINS AWAL 38 . persekitaran pembelajaran yang kurang memuaskan dan pendekatan pengajaran yang statik. video dan animasi bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik minat pelajar. Sains di peringkat prasekolah katanya. grafik. guru boleh bermula dengan aktiviti ‘sains harian ’iaitu perbezaan tentang kandungan apa yang telah dipelajari. pelajar hilang minat terhadap sesuatu pembelajaran adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan antaranya adalah bahan pembelajaran tidak menarik organisasi isi kandungan tidak sistematik. Oleh itu. Guru-guru perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya sesuai dengan topik dan aktiviti sains. Bustam Kamri. Pensyarah Pendidikan Pra-Sekolah Institut Bahasa Melayu Malaysia berkata. Dr . Kesemua faktor-faktor ini menyumbang kepada keciciran pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. penggunaan elemen-elemen multimedia seperti teks.kemajuan sains dan teknologi untuk menapai status negara maju pada tahun 2020. 5. Ini secara tidak langsung kanak-kanak dapat menghubungkaitkan sains yang dipelajari dengan pengalaman harian mereka. Menurut Lumpe & Staver (1995).

Mathematics. Secara umumnya. hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan “ilmu” atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang. pembelajaran awal adalah sangat penting untuk kanak-kanak. Selaras dengan itu. pembelajaran sains awal banyak dikaitkan dan dilihat melalui kajian-kajian lepas yang dilaksanakan oleh banyak individu dan pihak didalam memperkasakan lagi bahawa pendidikan dan pembelajaran kanak-kanak diperingkat awal adalah sangat penting. 39 . Antara kajian-kajian lepas yang banyak menyentuh tentang pembelajaran sains awal kanak-kanak ialah dapat dilihat melalui kajian Edward Chittenden dan Jacqueline Jones (1999) yang menyatakan “Dialogue on Early Childhood Science. Dalam bentuknya yang praktikal. Dalam menjana pendidikan. and Technology Education/First Experiences in Science. pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran. penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam konteks kanak-kanak.Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan.

“in active science programs. and perform various investigations. and emerging skills through their conversations. children make choices. memberi contoh perlakuan dan membawa mereka meneroka kepada sesuatu yang ‘aneh’ iaitu sesuatu yang baharu bagi mereka. such as constructions. Kajian ini turut mengaitkan tentang teori John Dewey (1859-1952) yang memperkenalkan tiga peringkat aktiviti pembelajaran dalam perkembangan kanak-kanak. their questions. al. M Quillan et.Mathematics and Technology” yang menyebut. dan. Melalui keterangan tersebut dapat diperhatikan bahawa kanak-kanak akan membuat pelbagai spekulasi terhadap apa yang mereka dapat perhatikan seperti membuat andaian pilihan. Setelah itu. drawings. children might demonstrate their interests. or writings”(Bredekamp dan Rosegrant (1995) di dalam Edward Chittenden dan Jaqueline Jones (1999) ). understandings. adalah sangat penting menjana pemikiran kanakkanak dengan membuat komunikasi dengan mereka dan membiarkan mereka berkomunikasi. their actions. (2007) didalam “A Guide to Early Childhood Program Development”. Dapat dilihat juga pelbagai kajian terhadap pembelajaran sains awal kanak-kanak melalui kajian yang dibuat oleh Mark K. Dalam pada itu. 40 . kanakkanak akan mempraktikkan perkara tersebut dengan cara mereka yang tersendiri. In such settings. dan akan memperkatakan pendapat mereka melalui perkara-perkara yang menarik dan baharu bagi mereka. voice opinions. iaitu: Memperkembangkan sensori keupayaan dan koordinasi fizikal Menggunakan bahan yang mendorong dan membina sesuatu yang menarik. and the work they produce.

maka melalui pelbagai pembelajaran ianya dapat membantu perkembangan sifat kendiri. and encouraging the pursuit of individual interests and questions. 2007). Melalui tiga peringkat aktiviti yang diperkenalkan tersebut. and early science experiences can capitalize on this inclination”. Sehubungan dengan itu. “His contributions can be witnessed in early childhood settings which focus on providing direct experience with materials and peers. Kanak-kanak adalah sangat aktif dan sangat sentiasa bersedia untuk menerokai dunia baru. pembelajaran sains awal di peringkat kanak-kanak adalah satu pengalaman yang akan membentuk kanak-kanak tersebut kepada sesuatu bidang yang yang digemarinya. kanak-kanak harus dibentuk dengan keupayaan sensori (keupayaan pancaindera) dan fizikal agar dapat mempergiatkan diri didalam meneroka pelbagai ilmu baru dan dapat menjana pemikiran dengan lebih baik untuk mengaplikasikan apa yang mereka dapati dari pengamatan terhadap setiap bahan yang digunakan didalam sesi pembelajaran mereka diperingkat awal tersebut. al. Beliau turut menerangkan tentang kepentingan dan kesan pembelajaran sains diperingkat awal kanak-kanak. Kanak-kanak akan lebih cenderung 41 . pergaulan dan perkembangan intelektual kanak-kanak tersebut. Menurut French (2004) di dalam Kathy Cabe Trundle (2009) “Young children are motivated to explore the world around them.- Menerokai idea baru.” (Mark K. Kajian-kajian lain yang dapat diperhatikan didalam mengaitkan pembelajaran sains awal kanak-kanak ialah yang dibuat oleh Kathy Cabe Trundle (2009) dalam jurnalnya “Teaching Science During the Early Childhood Years”. M Quillan et.

untuk bergiat terus dalam sesuatu bidang yang akan memberi banyak faedah kepadanya didalam menganjak kedewasaan. tetapi melihat kepada bidang yang diminati oleh kanak-kanak tersebut. This program also effectively integrates text. 2009). “Supporting children as they develop scientific thinking during the early childhood years can lead children to easily transfer their thinking skills to other academic domains which may support their academic achievement and their sense of self-efficacy” Kuhn & Pearsall (2000). a standards-based curriculum. & GarciaMilla (1992). Kanakkanak akan lebih berdaya saing dan mampu menghadapi dunia ini dengan lebih berdaya maju dengan pelbagai kelebihan. Maka dengan itu. Merujuk kepada kenyataan tersebut. kecenderungan kanak-kanak dalam sesuatu bidang tidak sepatutnya dihalang dengan kehendak atau keinginan ibu bapanya sahaja. 2009) 42 . Science and Literacy provides a systematic instructional framework. Galakan dan dorongan harus diberikan agar tidak memberi sebarang bentuk tekanan yang membuatkan kanak-kanak hilang arahnya. and high quality teacher resources. and diagrams into inquiry-based instruction” (Kathy Cabe Trundle. “Young children need quality science experiences during their early childhood years. yang membawa kepada kesan negatif seperti tekanan dan kemurungan. Kuhn & Schauble. memberi sokongan akan membantu meningkatkan pemikiran yang saintifik kanak-kanak dan seterusnya memberi kesan terhadap keupayaan akademik yang berkeupayaan tinggi di kalangan kanak-kanak itu sendiri. di dalam Kathy Cabe Trundle. illustrations.

(Jack P. al. 2007). Membentuk kanak-kanak adalah berdasarkan kecenderungannya dari usia awal. Shonkoff et. “Stress in early childhood can be either growth-promoting or seriously damaging”. “Toxic stress in early childhood is associated with persistent effects on the nervous system and stress hormone systems that can damage developing brain architecture and lead to lifelong problems in learning. kerana diusia awal. menurut mereka pembelajaran ini adalah berterusan dan berhubung rapat dengan pembentukan perkembangan keupayaan minda kanak-kanak tersebut. Kajian ini mengutamakan pembelajaran sains awal kanak-kanak yang bermula dari awal (sebelum lahir) sehingga dewasa. Shonkoff et. (2007) melalui jurnal mereka yang bertajuk “The Science of Early Childhood Development”. Shonkoff et. kanak-kanak lebih terdedah 43 . and both physical and mental health”. al. kajian ini banyak memperkatakan tentang keupayaan kanak-kanak menerima sesuatu benda baru (pembelajaran) yang kadang-kadang membawa kepada tekanan yang serius. al. (2007). Menurut Jack P. al.“The basic architecture of the brain is constructed through an ongoing process that begins before birth and continues into adulthood” (Jack P. Dapat diperhatikan juga kajian berkenaan dengan pembelajaran sains awal kanak-kanak melalui Jack P. behavior. 2007). Shonkoff et. Penekenan terhadap pembelajaran yang sukar diterima oleh kanak-kanak akan memberi impak yang tidak memberi keuntungan kepada kanak-kanak itu sendiri. Selain itu. ini lebih efektif daripada membentuknya di usia dewasa. ianya akan membawa kepada pelbagai kesan negatif semasa pembelajaran tersebut. ini berikutan bebanan pelbagai pembelajaran yang sukar diikuti dan diterima oleh kanak-kanak.

Menurutnya “sensitive periods” merupakan satu tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. 2007). Kesimpulannya. Kajian-kajian ini hakikatnya masih tidak lari dengan teori-teori dan model-model yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh awal dalam bidang perkembangan manusia dan kanak-kanak. ianya mula diperkatakan didalam Model Montessori (1870-1952) didalam kajiannya terhadap perkembangan awal kanak-kanak. fokus mereka adalah terarah kepada membantu dan menerangkan keperluan kanakkanak didalam menjalani tempoh awal mereka dengan lebih efektif dan mampu bergerak di tempoh dewasa mereka dengan lebih berkeyakinan dan mampu melihat hala tuju mereka. al. Walaubagaimanapun.dengan “sensitive periods” yang membawa mereka berfikir dengan lebih fokus dan kelibat mereka akan lebih cenderung dengan perkara-perkara yang mereka tertarik secara semula jadi. Dalam pada itu. setiap kemahiran yang dikuasai kanak-kanak itu merupakan kemahiran-kemahiran yang berdasarkan kecenderungannya dirinya sendiri. Merujuk kepada “sensitive periods”. “Getting things right the first time is more efficient and ultimately more effective than trying to fix them later” (Jack P. Shonkoff et. 44 . terdapat pelbagai kajian lepas yang memperkatakan tentang pembelajaran sains awal kanak-kanak.

rasa dan bau. Hal ini adalah penting bagi pendidik untuk menyediakan peluang dan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dan meneroka alat fizikal mereka. sentuhan. maka semakin meningkat minat dan keinginan mereka mencari penjelasan di samping memperkembangkan bahasa. 45 . pengalaman sains awal membuka jalan dan menjadi asas pembinaan kemahiran dan kecekapan dalam sanis pada masa hadapan. Perkataan biasanya didahului dengan gambaran mental yang dibentuk melalui pengalaman kanak-kanak itu berinteraksi dengan bahanbahan disekeliling mereka yang mana aktiviti sains akan membantu kanakkanak dalam aspek ini.7. melihat.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya. semakin banyak penerokaan yang dilakukan sama ada dengan mendengar. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan bahanbahan dan persekitaran yang dapat meransang naluri ingin tahu mereka.

Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. Journal of Verbal Learning and Verbal Behavior. W.R. American Association for the Advancement of Science (AAAS). Diperolehi dari 46 .. and Technology Education/First Experiences in Science. (2000). selain itu. NJ: Prentice-Hall Craik. (1972). CURRICULUM 507 229 Bandura.F. San Francisco : Jossey-Bass. Rohani Abdullah. 2008. Jacqueline Jones (1999). Kurikulum Permata : panduan Pendidikan Awal Kanakkanak 0-4 Tahun.M dan Lockhart. Azizah Lebai Nordin &Mahani Razali.S. Teaching children science: A discovery approach (5th ed. Mastura Badrzis. (1986). Englewood Cliffs. Boston: Allyn & Bacon. RUJUKAN dan BIBLIOGRAFI Aminah Ayob. membuat ramalan melalui eksperimen ringkas apabila sesuai dan membuat rumusan. Mathematics and Technology. Edward Chittenden. Damon. 11 : 671-684. Tanjong malim. Level of processing : A framework for memory research.Pendidik perlu memainkan Peranan yang penting dalam membantu kanakkanak menguasai kemahiran saintifik serta konsep-konsep sains dengan menyediakan persekitaran dan peluang-peluang yang membolehkan kanakkanak meneroka alam sekeliling. J. Secara tidak lansung.). Mathematics. The Social World of Child. Abruscato. 1977. A. Interaksi antara mereka akan membantu kanak-kanak tersebut membina kefahaman dan menguasai konsep-konsep. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara . Dialogue on Early Childhood Science. pendidik perlu berinteraksi dengan kanak-kanak dan membimbing mereka membuat penemuan pengetahuan yang diinginkan melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan itu.I.

FISHER CURRICULUM also has 1st ed. Journal of Research in Science Teaching. D. Englewood Cliffs. Diperolehi daripada http://www. Science experiences for the early childhood years: An integrated approach (6th ed. Jas Laile Suzana Jaafar. National Scientific Council on the Developing Child. 5&6.ngsp. pada 26 Februari 2010.R. 1995.pdf pada 26 Februari 2010.M (1990).).Rubba P. 19-24.pdf. J. 47 . A.us/DMGetDocument. Ampang. FISHER CURRICULUM 372. 87-112. The Science of Early Childhood Development. (1996). Kathy Cabe Trundle (2009).R. 44. & Rivkin. Diperolehi dari www.Attitude change of elementry teachers according to the curriculum studied during workshop participation and their role as model science teachers. Psikologi Kanak-Kanak Dan Remaja.. (1996). CURRICULUM 507 437 Jack P. Sydney: Prentice Hall Australia. J.pdf.F. Dewan Bahasa dan Pustaka.gov/pdf/Shonkoff. al.. D. 16. Lockhart.ga. Technology for children. The Ohio State University.com/Portals/0/. Buckingham. (2007).doe. Early explorations in science.358044 3. (1979).speaker.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/FARRAHWAHILD AAP010074D2006TTP. Diperolehi dari http://www. S.http://public. Peer collaboration and concept development. Journal of Research in Science Teaching.k12. 32(1) : 71-98. 1996. NJ: Merrill Curriculum 507 375 Johnston. UK: Open University Press. pada 26 Februari 2010. Farrah Wahilda Bt Hj Khirluddin (2006). Perisian pengajaran berbentukan komputer(PBK) untuk pra sekolah di bawah tajuk mengenal haiwan. M.fp./SCL22-0429A_AM_Trundle.S dan Craik.T. Lumpe. J.utm.aspx/Dialogue on Early Childhood Science. Harlan & Jelly (1989). Level of processing : A retrospective commentar on a framework for memory reseacrh. Center on the Developing Child at Harvard University.Universiti Teknologi Malaysia. Selangor. Canadian Journal of Psychology. Shonkoff et.I. & Staver.pdf Gabel. Teaching Science During the Early Childhood Years. 607 88 Harlan.

FISHER CURRICULUM 372. 2003. Diperolehi dari http://www. Suppiah Nachiappan. 156 & 159. Science for children (2nd ed. pada 26 Februari 2010. Pahang. Surayah Zaidon & Haslinda Md. State Board of Education. Rohani Abdullah. Oxford fajar Sdn. Publication & Distributor Sdn. Selangor Darul Ehsan. 2008.Mark K.ct.Bhd.gov/sde/lib/sde/PDF/DEPS/Early/early_childhood_guide. Bentong.sde. Ali.Bhd. Psikologi Pendidikan. Vyogtsky (1984). 48 . A Guide to Early Childhood Program Development. 2004.Universiti Sains Malaysia. Sikap & keyakinan guruguru prasekolah dalam pengajaran sains awal. Shah Alam. Shah Alam. al. Pahang. Selangor. pdf. Bentong.Bhd. Sydney: Prentice Hall Australia. M Quillan et. Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur. (2007). Bayi Cerdik. Nani Menon & Rohani Abdullah. Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah. Pendidikan Prasekolah. 2008.). PTS Publication & Distributor Sdn.3044 1 Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->